tag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post296469366882821630..comments2023-04-08T17:36:13.343+08:00Comments on PR CIRCLE: [AK21503] Kuliah 4syahhttp://www.blogger.com/profile/10089990693136686590noreply@blogger.comBlogger54125tag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-18776426244482538572010-11-28T00:58:16.931+08:002010-11-28T00:58:16.931+08:00Situasi yang pernah saya lalui berlaku pada tahun ...Situasi yang pernah saya lalui berlaku pada tahun lepas apabila dua orang yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah saya. Apabila pintu rumah dibuka kedua-dua orang tersebut (seorang lelaki dan seorang lagi wanita) memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai daripada sebuah agensi yang dilantik pihak kerajaan bagi memantau keselamatan dapur gas memasak dirumah-rumah. Pada ketika ini fasa awal pembujukan sudah bermula. Sebenarnya saya juga berasa hairan kerana baru pertama kali saya mendengar adanya agensi yang dilantik untuk tujuan tersebut.

Selepas memperkenalkan diri tetamu wanita yang tidak diundang itu kemudiannya seolah-olah meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah setelah saya tidak mempelawanya masuk dengan mengatakan,"di hadapan pintu saja kah kami boleh bercakap." Pertanyaan wanita tersebut telah menunjukkan fasa pra matang pembujukan kerana pada ketika itu juga matanya melirik ke ruang tamu rumah saya.

Fasa berikutnya masuk ke fasa matang pembujukan apabila saya membenarkannya masuk (dengan syarat hanya dia seorang sahaja, yang lelaki kena tunggu di luar)dan dia mula membuat pemeriksaan pada hos dapur gas saya dengan gaya seolah-olah seorang pakar dalam bidang tersebut. Dia kemudiannya membuka hos dapur gas saya dan menggantikannya dengan hos baru yang dibawanya.

Fasa terakhir berlaku apabila dia mula menyalakan api dapur gas tersebut dan menyatakan bahawa api nyalaan dapur itu kini lebih kuat dan ianya lebih menjimatkan gas. Saya tersenyum dan berkata, "oh ya ka, saya nampak macam biasa saja". Melihat reaksi saya yang tidak menyokongnya dia kemudiannya berkata,"puan kena bayar RM45 untuk hos yang baru saya gantikan." Saya mengatakan kepadanya yang saya tidak mahu membayar kerana saya tidak pun menyuruhnya menggantikan hos tersebut. Dia kemudiannya mengurangkan harga hos tersebut ke RM15 dan saya bersetuju untuk membayar dengan harga tersebut memandangkan rayuannya seolah-olah meminta kesihan. Lagi pun hos dapur gas saya juga sudah lama tidak berganti.

Kedua-dua orang tersebut sebenarnya adalah jurujual dan bukannya pegawai yang dilantik bagi memantau keselamatan dapur gas. Itu la antara kes pembujukan terhadap saya yang pernah saya alami.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/00547994076989967132noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-35718840310150719132010-11-26T09:46:20.124+08:002010-11-26T09:46:20.124+08:00Assalamulaikum dan salam sejahtera
En. Syah dan s...Assalamulaikum dan salam sejahtera

En. Syah dan semua pembaca blog ini

pembujukan ini digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan perhatian dan lama kelamaan ia mendapat perhatian yang lebih lanjut dan membentuk kita untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara. dalam situasi ini, saya berpengalaman semasa dipejabat dengan seorang jurujual buku memperlajari bahasa inggeris.

1)Fasa awal pemujukan:
seorang jurujual buku untuk mempelajari bahasa inggeris cuba memberi penerangan kepada saya dengan memperkenalkan buku tersebut sesuai untuk kanak-kanak seawal umur 1 tahun. jurujual tersebut memberitahu anak saya sudah sesuai untuk memiliki buku tersebut kerana pembelajaran mestilah bermula dari awal.

2)Fasa Pra Matang:
jurujual tersebut memberikan penerangan bahawa saya pun boleh turut serta mempelajari bahasa melalui buku tersebut. kakak pun boleh belajar sama kan jika membeli buku ini.... kata jurujual itu. cia cuba meyakinkan lagi dengan memberi contoh-contoh buku itu, dan apabila saya melihatnya saya mula tertarik,,,,

3)Fasa Matang:
jurujual mencuba lagi meyakinkan saya dengan tawaran cara pembayaran, kerana harga buku itu juga boleh dikatakan agak mahal. setelah berbincang dia memberikan 3 pilihan cara bayaran iaitu bayar secara tunai atau pun bulanan selama 12 bulan atau 24 bulan. saya pun mula berfikir kerana saya sudah tertarik dengan buku tersebut.

4)Fasa pasca pemujukan:
pada peringkat ini saya sudah betul-betul tertarik dengan kandungan buku tersebut ditambah lagi dengan tawaran cara bayaran yang diberikan. jurujual juga meyakinkan saya kalau kakak beli buku ini , ia boleh dipakai sampai bila- bila untuk kesemua anak kakak akan datang. pada peringkat ini saya pun membuat keputusan untuk membeli buku ini dengan membuat booking dalulu dan membuat bayaran pendahuluan sebagai belian.Zunaidah Arib - YA2008-1171https://www.blogger.com/profile/04774283822503263800noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-20160518017837731002010-11-17T01:04:36.273+08:002010-11-17T01:04:36.273+08:00Salam Damai..
Sesi pujuk memujuk merupakan rutin ...Salam Damai..

Sesi pujuk memujuk merupakan rutin seharian yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan sama ada dalam suasana pembujukan penjualan barangan, pembujukan perasaan yang sedang merajuk atau kecewa, pembujukan kempen-kempen seperti pilihan raya dan sebagainya. Pengalaman saya dalam situasi ini ialah semasa membeli ‘handphone’ di sebuah supermarket yang terkenal di Kota Kinabalu.

1)Fasa awal pemujukan:
Sedang saya berjalan-jalan mengelilingi deretan kedai jualan telepon bimbit, tetiba saya ternampak handpone yang sangat menarik perhatian saya. Dengan sesaat langkah laju saya menuju kea rah kedai jualan handphone tersebut. Dengan senyuman ramah penjual di kedai tersebut menyambut kehadiran saya dan serta merta mengajukan soalan kepada penjual kedai handphone tentang jenis/ model handphone. Saya menyatakan kesukaan saya kepada penjual tersebut ialah Sony Ericsson, lantas dia memberi jawapan dan respon yang positif.

2)Fasa Pra Matang:
Selepas penjual menjawab pertanyaan dari saya, penjual tersebut menanyakan sama ada saya berminat membeli jenis/model handphone yang lain selain dari Sony Ericsson. Saya tertarik dengan cadangan penjual tersebut, lantas penjual tersebut mengambil dan mengeluarkan model-model handphone lain. Antara model-model canggih yang dipertontonkan penjual tersebut kepada saya ialah jenama LG, NOKIA, APPLE dan sebagainya. Saya sekadar membelek-belek handphone tersebut kerana hati saya hanya pada jenama Sony Ericsson.

3)Fasa Matang:
Penjual tersebut mencuba untuk mengubah perhatian saya dengan memberitahu bahawa tahap kecanggihan jenama dan model-model handphone tersebut lebih tinggi berbanding Sony Ericsson. Walau bagaimanapun respon saya tidak berubah dan tetap untuk Sony Ericsson, maka penjual tersebut berdiam diri selepas mendengar keputusan saya.

4)Fasa pasca pemujukan:
Selepas itu, sekali lagi penjual tersebut menanyakan tentang kepastian saya untuk membeli handphone model Sony Ericsson, tanpa berfikir panjang saya segera menyatakan saya mahu membeli pilihan saya. Sekali lagi penjual tersebut mencuba mengalih perhatian saya dengan menyatakan bahawa harga kesemua jenama dan model tersebut adalah berbeza-beza. Namun begitu saya tetap dengan pendirian saya. Bagi elakan komunikasi lisan yang panjang dengan penjual handphone tersebut, saya mengeluarkan wang dari dompet saya dan membeli handphone kesukaan saya.
Pengalaman saya ini memberi gambaran jelas kepada empat fasa pembujukan. sekian..nenlyhttps://www.blogger.com/profile/03486600568108871865noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-19024098830203025612010-11-08T17:23:46.672+08:002010-11-08T17:23:46.672+08:00Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, sa...Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk. Saya telah didatangi seorang lelaki berusia separuh abad ketika saya sedang bersarapan yang ingin memohon derma ikhlas daripada saya bagi membantu Persatuan Orang Kurang Upaya. Bagi pendapat saya, proses Fasa Awal Pembujukan yang dialami saya adalah lelaki itu tersenyum sedih sambil datang menghampiri. Saya sebenarnya khuatir tentang apa yang dikehendaki lelaki tersebut. Namun, tetap senyum dengannya. Hal ini kerana saya berasa kasihan dengan renungan matanya yang sayu. Ternyata, dia datang mendekati dan menyapa saya secara sayu tentang tujuannya untuk memohon saya membeli 1 paket pen biasa. Saya cuba menolak memandangkan saya tidak mempunyai keperluan untuk membelinya pada ketika itu. Selain itu, ia adalah kerana saya sedang bersarapan ketika dia datang menyapa. Fasa Pra Matang berlaku apabila dia cuba memberitahu saya bahawa wang pembelian pen tersebut akan diberi kepada Persatuan OKU. Saya mula berasa terpujuk atas dasar simpati. Fasa Matang pula berlaku apabila saya seolah-olah masih ragu terhadap kata-katanya. Dia terus menunjukkan sebuah kad yang telah ditandatangani ramai (seperti kad derma untuk larian). Dia juga telah menunjukkan gambar kanak-kanak OKU kepada saya. Saya pun berasa yakin dan simpati lalu menghulurkan wang sebanyak RM10 untuk pen yang biasa yang harganya kurang dari RM 3. Fasa Pasca Pembujukan berlaku apabila saya mula berfikir tentang kebenaran kenyataan lelaki tersebut kerana saya melihatnya tidak meminta derma daripada mana-mana pelanggan dalam kedai tersebut. Namun, saya juga tidak ambil kisah sangat memandangkan keadaan fizikal lelaki itu sememangnya boleh memujuk hati nurani saya. Saya berpendapat bahawa saya membuat keputusan tersebut kerana faktor kasihan (psikologi) dan faktor persekitaran ketika itu. Saya berharap urusan antara lelaki tersebut berakhir secepat mungkin kerana banyak mata sudah memandang ke arah kami menyebabkan saya berasa kurang selesa.
Itu lah perkongsian pengalaman saya sebagai sasaran pembujuk. Sekian.Catherina.Whttps://www.blogger.com/profile/01271994642228081150noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-25171300119847472222010-11-08T17:18:43.502+08:002010-11-08T17:18:43.502+08:00Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, sa...Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk. Saya telah didatangi seorang lelaki berusia separuh abad ketika saya sedang bersarapan. Dia ingin memohon derma ikhlas daripada saya bagi disalurkan kepada Persatuan Orang Kurang Upaya. Bagi pendapat saya, proses Fasa Awal Pembujukan yang dialami saya adalah lelaki itu tersenyum sedih sambil datang menghampiri. Saya sebenarnya khuatir tentang apa yang dikehendaki lelaki tersebut. Namun, tetap senyum dengannya. Hal ini kerana saya berasa kasihan dengan renungan matanya yang sayu. Ternyata, dia datang mendekati dan menyapa saya secara sayu dan memberitahu tentang tujuannya untuk memohon saya membeli 1 paket pen biasa. Saya cuba menolak memandangkan saya tidak mempunyai keperluan untuk membelinya pada ketika itu. Selain itu, ia adalah disebabkan saya sedang bersarapan ketika dia datang menyapa. Fasa Pra Matang berlaku apabila dia cuba memberitahu saya bahawa wang pembelian pen tersebut akan diberi kepada Persatuan OKU. Saya mula berasa terpujuk atas dasar simpati. Dia menyuruh saya agar berbuat amal sementara masa masih ada. Saya berasa tersinggung. Namun, ada kebenarannya. Seterusnya, Fasa Matang berlaku apabila saya seolah-olah masih ragu terhadap kata-katanya. Dia terus menunjukkan sebuah kad yang telah ditandatangani ramai (seperti kad derma untuk larian). Dia juga menunjukkan gambar kanak-kanak OKU kepada saya. Saya pun berasa yakin dan simpati lalu menghulurkan wang sebanyak RM10 untuk pen yang biasa yang harganya kurang dari RM 3. Fasa Pasca Pembujukan berlaku apabila saya mula berfikir tentang kebenaran kenyataan lelaki tersebut kerana saya melihatnya tidak meminta derma daripada mana-mana pelanggan dalam kedai tersebut. Namun, saya juga tidak ambil kisah sangat memandangkan keadaan fizikal lelaki itu sememangnya boleh menyentuh hati nurani saya.
Saya berpendapat walaupun saya tidak mempunyai keperluan untuk membeli pen tersebut namun disebabkan faktor kasihan(psikologi) telah membuat saya membuat keputusan tersebut.
Itu lah perkongsian pengalaman saya sebagai sasaran pembujuk. :)Catherina.Whttps://www.blogger.com/profile/01271994642228081150noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-81690137043151127552010-11-07T10:10:59.158+08:002010-11-07T10:10:59.158+08:00fairoz yahya YA2008-1470
Assalamualaikum dan sala...fairoz yahya YA2008-1470

Assalamualaikum dan salam sejahterah
Saya amat tertarik setelah membaca tajuk kuliah 4 yang dipaparkan oleh pensyarah kita. Ini kerana saya telah mengalami pengalaman yang sama keempat-empat fasa pemujukan .Kejadian telah berlaku di salah sebuah pusat membeli belah city mall di mana saya telah diperdayakan oleh promoter . Ketika itu saya bersama ibu saya ke sana untuk membeli barang keperluan dapur .

Fasa pertama : 'Awal Pemujukan'
Bermula apabila saya didatangi oleh promoter barangan elektrik didalam kompleks tersebut meminta saya untuk mendengar dan menjanjikan hadiah berbentuk diari hanya untuk mendengar. Saya diterangkan mengenai produkyang mereka jual sambil berjalan ke premis mereka. Setelah sampai di permis tersebut saya melihat ada 2 orang lagi promoter yang ada disitu. Saya disuruh untuk mengores satu cabutan dan alngkah terkejutnya saya apabila saya dikatakan telah memenangi hadiah barangan elektrik secara PERCUMA daripada syarikat mereka. Saya seperti terpukau dan telah diminta untuk bersabar kerana promoter tersebut mahu membuat panggilan bagi mengsahihkan yang saya telah mendapat cabutan yang bertuah.

Fasa kedua : 'Pra-matang'
Tak semana-mana saya diarahkan untuk mengisi boring tetapi saya telah menyedari akan tipu helah mereka kerana jika benar saya bertuah mengapa saya perlu mengisi boring tersebut. Jika sekadar untuk mengambil nombor kad pengenalan bagi mempastikan saya mendapat hadiah tersebut takpalah. Ini boring yang diberikan seolah-olah saya hendak membeli barangan mereka.

Fasa ketiga : 'Matang'
Saya tidak mengisi boring tersebut dan bertanya apa yang mereka mahu? Promoter berkenaan memberitahu saya hanya perlu membuat pembayaran RM 2000 sahaja untuk memperolehi 7 item produk iaitu ( vacume, blander, aircond dan air purifier ). Promoter tersebut juga menyuruh saya untuk memanggil kawan saya untuk memuatkan barang-barang tersebut kedalam 2 kenderaan kerana kenderaan yang saya guna tidak mencukupi ruang untuk barang-barang tersebut.

Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
Saya sudah menjadi marah dan berkata kepada promoter-promoter tersebut saya mahu hadiah yang kamu telah janjikan iaitu diari kerana saya telah mendengar apa yang mereka telah promosikan. Setelah mendapat diari tersebut saya beredar dari sana sambil menyatakan kepada promoter-promoter tersebut supaya mereka perlu berhati-hati kerana tidak semua orang senang dengan apa yang mereka lakukan kepada saya tadi. Tetapi saya telah berfikir profession mereka sebagai promoter memang itulah kerja mereka jika difikir-fikirkan harga kepada 7 item barang tadi akan mencecah RM 6,000 hingga RM 8,000.

Akhirnya kesan kejadian kempen dan pemujukan yang dilakukan oleh agen berkenaan telah memberi kesan dalam diri saya supaya tidak akan terpedaya kepada agen-agen jualan langsung lagi.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/07174206934612934099noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-61674241323589957662010-11-02T14:13:52.411+08:002010-11-02T14:13:52.411+08:00Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-r...Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blog yang saya hormati.

Secara jujur dan ikhlas saya mendapati bahawa blog ini telah mencapai fasa ‘matang’ dan sedang menuju ke pasca pembujukan bagi diri saya sendiri kerana jika selama ini saya hanya tahu memberikan alasan “tunggulah….tunggulah ada masa baru buat.” Tapi, sekarang bukan hanya sekadar ingin berdiskusi atau berbincang dengan rakan-rakan, tetapi saya dapat rasakan bahawa saya begitu berminat untuk melemparkan rumusan dan pengalaman saya ke dalam blog ini. Terima kasih encik Shah kerana telah menghasilkan satu ruangan ‘pembujukan’ yang berkesan dan memberikan ‘hadiah’ yang sudah pastinya akan menarik minat pelajar-pelajar untuk turut serta.

Selepas membaca beberapa perbincangan rakan-rakan yang lain, saya mendapati bahawa pengalaman mereka tidak banyak beza dengan pengalaman yang pernah saya lalui. Cuma, kes Aliza dan Ayie sahaja yang saya belum rasa sendiri kerana anak masih kecil lagi. Belum tahu apa itu meminta walaupun sudah pandai memujuk minta makan dan minum susu. Saya tertarik dengan pengalaman Kusmayani78 kerana apa yang dia katakan memang ada benarnya. Jurujual-jurujual barangan elektrik ‘AOWA’ sememangnya mempunyai pembujukan kuat dan kadang-kadang dapat mempengaruhi pelanggan untuk membeli barangan mereka.

Fasa pembujukan:

Pengalaman saya berjalan-jalan di City Mall bersama-sama dengan makcik saya yang kebetulan ingin membeli barangan elektrik. Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba langkah kami terhenti ketika mendengar satu sapaan lembut dari arah depan kami. Mula-mula malas juga nak mendengar. Namun, cara komunikasi dan mesra mereka membuatkan kami mengambil keputusan untuk mendengar penerangan barangan elektrik mereka. Saya lihat makcik saya pun dah mula berminat. Jadi, saya tidak sampai hati nak menolak. Apa salahnya mendengar demi menjaga hati orang tua.

Fasa ‘pra matang’:

Semasa penerangan terperinci diberikan kepada kami, makcik saya memang sudah termakan pujukan jurual tersebut. Dia sudah mula bertanyakan soalan-soalan berkaitan barangan elektrik mereka. Mungkin juga ingin menguji atau membuat perbandingan barangan elektrik yang makcik saya pernah beli sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa makcik saya sedikit sebanyak mempunyai pengalaman dalam memilih barangan elektrik. Kami dibawa masuk ke dalam kedai dan memberikan kami sati peraduan kalau tidak silap saya tentang peraduan gores dan menang.

Fasa matang:

Saya pun menggores peraduan gores dan menang tersebut dan kami mendapati kami telah memenangi peralatan dapur dan beberapa barangan elektrik yang lain. Pada mulanya kami sangat gembira kerana riak wajah mereka menunjukkan kami yang kami telah berjaya membawa pulang barangan yang bernilai ribuan ringgit. Tetapi, saya mula sedar dan berubah sikap sebaik sahaja jurujual tersebut mengatakan bahawa kami hanya dapat membawa pulang barangan tersebut jika kami membayar sejumlah wang. Pada masa inilah saya mula rasa was-was dengan keikhlasan jurujual tersebut.

Fasa ‘pasca pembujukan’:

Selepas keluar dari kedai tersebut, saya menerangkan kepada makcik saya mengapa saya mengambil keputusan untuk keluar dari kedai tersebut. Ini kerana pengalaman kawan-kawan telah mengingatkan saya pada ketika itu supaya berhati-hati berurusan dengan orang sekiranya melibatkan soal ‘wang’. Saya sangat bersyukur dan sejak dari hari itu, saya cukup berhati-hati apabila terserempak dengan pembujuk/jurujual yang cuba mendekati saya. Lebih baik katakan ‘tidak’ sebelum terperangkap lebih lama.

Jumpa lagi diperbincangan seterusnya.Intan.Mhttps://www.blogger.com/profile/09479111326704915069noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-80111353064017404462010-11-01T14:03:07.062+08:002010-11-01T14:03:07.062+08:00Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia...
Cara ...Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia...

Cara luarbiasa sebagai manusia biasa, ‘alah bisa tegal biasa’..itu prinsip kebanyakan para promoter produk mahupun perkhidmatan yg ada pada masa kini. Kemesraan adalah tiket utama mereka dalam menyakinkan para sasarannya untuk menerima apa sahaja bentuk produk mahupun perkhidmatan yg ditawarkan. Kita perhatikan fasa2 dalam proses pembujukan ini; situasi di mana saya dan juga sepupu sedang menunggu tibanya masa berbuka puasa (Anjung Selera).

Fasa awal pembujukan, saya bersama dengan sepupu didatangi oleh seorang promoter barangan (Buku2 kanak2 & CD). Beliau memperkenalkan diri dengan nada suara yg amatlah mesra disamping penampilan yg kemas. Beliau menerangkan beberapa buku kanak2 yg sememangnya bagus utk sesi pembelajaran kanak2, kerana ianya disertai dengan CD.

Fasa Pra matang pula berlaku apabila Sepupu sy yg mempunyai keinginan utk membeli Buku tersebut utk anak buah kami cuba membelek2 bbrp buku tersebut. Promoter tersebut memberikan penerangan yg lebih lanjut dan kami disogokkan dengan harga promosi (Lebih Murah –RM10) dari harga biasa yg ada tertulis di dalam buku tersebut. Sy sebenarnya kurang berminat (apatah lg masa itu tengah lapar) Tapi kerana rasa kasihan, sy turut saja melayan promoter tersebut. Walaubagaimanapun, sebenarnya saya telah lama menyimpan niat utk membeli CD (Bacaan ayat suci) utk di dengar dlm kereta. Promoter tersebut sememangnya mempunyai CD tersebut, maka sy pun tidak teragak2 untuk membelinya kerana dia menjanjikan yg CD tersebut sememangnya berkualiti baik (Sesuai utk VCD/Mp3).

Seterusnya pada fasa matang apabila kedua2 pihak bersetuju dengan tawaran harga dan barangan tersebut. Saya dan sepupu sy berfikir bahawa tidak salah utk membeli buku dan CD tersebut kerana kami mempunyai kepentingan dan keperluan utk memilikinya.

Pada fasa berikutnya, di mana dalam fasa pasca pembujukan ini, sememangnya kami akan mendapatkan kebaikan dgn membeli Buku & CD tersebut. Sebelum promoter tersebut meninggalkan kami, dia ada berpesan sekiranya inginkan produk keluaran mereka pada masa akan datang, maka bolehlah menghubungi beliau seperti yg tertera di dlm kertas yg diberikan olehnya. Kami berdua hanya mengangguk, mengiyakan kata2nya. Dalam fasa ini, memperlihatkan peranan promoter tersebut yg telah berjaya mempengaruhi kami utk membeli produk mereka.

semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sy dan sepupu mencuba CD tersebut. Maka, sy pun memasangkan di dalam VCD/Mp3 player kereta. CD yg disertakan di dalam Buku kanak2 tersebut boleh didengari. Sayang dan hampa, CD (Bacaan ayat suci) tersebut tidak dpt dibaca dan langsung tiada bunyi.Aduhhh...pada akhirnya, sy pasrah juga memandangkan niat sy utk membelinya adalah telus. Sepatutnya sy cuba utk mendengarnya sendiri baharulah sy membelinya. (sebagaimana CD2 yg dijual di kedai2)...Betullah pepatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’...

sekian...sekadar perkongsian pengalaman...~TelingaGajah~https://www.blogger.com/profile/09411762071142420348noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-13975970389290813542010-10-28T11:02:41.339+08:002010-10-28T11:02:41.339+08:00Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sememangnya b...Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sememangnya banyak keadaan yang dialami oleh rakan-rakan tentang peristiwa yang dibujuk untuk membeli sesuatu barangan. Saya juga ingin berkongsi mengenai pengalaman bagaimana berlaku perubahan tingkahlaku, emosi dan sikap selepas aktiviti pembujukan. Memang manis kata-kata seorang yang mempromosi produknya. Kadangkala peringkat pertama kita akan diperangkap dengan beberapa perkara. Diberi barangan percuma, diberi kertas untuk digores dan macam-macam lagi supaya kita tidak dapat lari daripada mereka.
Selepas itu bermula penerangan tentang produk mereka. Kita terpaksa mendengar walaupun tidak berminat. Apabila sudah diterangkan, dipaksa pula kita membeli produk tersebut, walaupun kita tidak berminat. Dan akhirnya membuat kita meluat dan meninggalkan mereka. Selepas itu saya tidak pernah lagi berminat dan meluat dengan orang dan produk yang dipromosikan. (Sebab : Caranya memaksa pelanggan untuk membeli produk tersebut)zaza aaghttps://www.blogger.com/profile/10499648540445017665noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-63790670264839580502010-10-23T04:56:50.427+08:002010-10-23T04:56:50.427+08:00Salam semua.
Setelah membaca semua komen-komen da...Salam semua.
Setelah membaca semua komen-komen daripada rakan-rakan seperjuangan, saya tertarik dengan ulasan saudari Sandralyn Abarasa. ya kalau kita tengok hampir semua di setiap pusat membeli belah dapat dilihat ramai promoter yang mempromosikan barang jualan mereka. Saya juga seperti kebanyakan orang yang mana akan mengelak jika ada promoter yang cuba mempromosikan barang mereka kepada saya. Bukan apa, cara mereka tu kadang-kadang buat kita menyampah dan ada juga yang cuba menipu. Jadi, berhati-hati saja la okay.Ella Aqashahttps://www.blogger.com/profile/11936198963673616767noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-47542020919694623352010-10-21T16:54:18.931+08:002010-10-21T16:54:18.931+08:00Aslmualaikum and greetings to all...
as a person w...Aslmualaikum and greetings to all...
as a person who is being persuade by a campaigners (flatterer) or promoter, or whoever, at first we must feel like not comfortable with the situation. but a promoter (for example) use various kind of persuasion method in order to build or create an interest to what he or she is talking, so that we will feel comfortable. sometimes we can feel like angry and want to avoid them. but sometime if they used a suitable method of persuasion, we can be influenced by them.
At 2nd phase, when they already create interest, so we will give him time to explain on what he wants to talk to, and we can ask them if we had any enquiry about that. but sometimes if we cannot be influenced (from their perception), they will used reverse phsychology. but we cannot simply believe or accept all of the promoters words.
Then the person will explain further, let say for example, if we want to buy an insurance, at first we will just heard on what they said, but then they will explain about their products detailed. so that we can ask them more and they will try to influenced us to buy. sometimes, although we feel that we are not being comfortable, but the promoter will realize and then used any methods that can influences his audiences. And sometimes we just feel wanna be angry with them because some of my friends were being forced to buy someting.
The last phase, the flatterer (people who persuade) will now ask us using the reverse phsychology action. at this phase, we must know that a person had an interest or not. if a person had an interest, he (the promoter)will give more benefits to them.we at that time will feel very cheap, promotion, and others but somet people will not accept that kind of way to market your product.
As a conclusion, the process of persuasion is very difficult because it is not easy to influence people on what are you talking.sometimes as promoter, should remove your shyness and then you will persuade people.maybe the last phase of persuasion is the effectiveness of the product.people who persuade will be able to identify his or her consumers. at the last phase, a consumer will decide whether to accept or not about the product...
salam....Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-3726220479403457692010-10-21T16:30:10.538+08:002010-10-21T16:30:10.538+08:00salam dan selamat sejahteraan..
kuliah 4 adalah ku...salam dan selamat sejahteraan..
kuliah 4 adalah kuliah yang amat menarik minat semua pelajar.ia menceritakan pengalaman masing masing yang pernah kit alami.saya juga mengalami pengalaman sama.Perkara ini berlaku di salah sebuah pusat membeli belah di kota kinabalu.Di dalam pusat membeli belah ini terlampau banyak promoter promoter jualan pelbagai barangan.saya pernah di tahan oleh seorang promoter AOWA semasa saya memasuki bangunan tersebut.promoter tersebut cuba menghulur kan kepada saya hadiah berupa botol air yang cantik dan mahal.Pada fasa ini ia di panggil fasa awal pemujukan di mana ia cuba memikat saya dengan memberi barangan percuma kepada saya.Sekiranya saya mengambil barangan percuma tersebut seumpama saya termasuk perangkap mereka.setelah saya ambil sahaja barangan ia akan masuk ke fasa kedua iaitu fasa pra matang di mana promoter akan mengajak saya duduk di meja mereka dan akan mencerira kan tentang barangan yang mereka sedang promosi kan.Dalam fasa ini mereka akan menggunakan bahasa yang manis manis dan indah untuk memikat hati saya.mereka akan bersungguh bercerita sehingga menimbulkan keyakinan dalam diri saya terhadap barangan mereka.ini mereka hampir berjaya memujuk saya.Proses ini terus masuk ke fasa matang setelah saya hampir terperdaya dengan kata kata mereka.dalam proses ini mereka telah memberi saya 5keping cabutan bertuah dan mereka menyuruh saya memilih salah satu nya.setelah sya memilih mereka terus mengata kan dengan penuh semangat mengata kan saya menang hadiah bernilai rm2500.mereka juga mengatakan saya adalah orang pertama yang memenangi cabutan bertuah ini.saya rasa sangat teruja pada masa itu.dan saya telah termasuk perangkap mereka.Pada proses terakhir ialah pasca pemujukan mereka mengatakan sekiranya saya ingin mengambil hadiah cabutan bertuah tersebut saya mesti membeli barangan mereka yang bernilai rm3500 dahulu baru la say dapat menuntut hadiah cabutan bertuah tersebut.saya berasa hairan dan tertipu kerana harga barangan tersebut lebih mahal dari hadiah cabutan yang saya menangi itu.dalam pada masa yang sama promoter tersebut telah memaksa maksa saya supaya menbeli barangan mereka dengan mengatakan saya kan rugi sekiranya tidak membeli barangan tersebut kerana hadiah cabutan bertuah akan terlepas.dala proses ini saya menjadi tidak selesa dan marah kerana rasa tertipu oleh pujukrayu mereka.
Dan akhir sekali saya terus bangun dan pergi dari situ tetapi promoter tersebut tetap mengejar saya dan terus memaksa saya terus saya memarahinya lalu ia berhenti dari memaksa.
Dari pengalaman yang telah saya alami itu telah menjadi kan saya fobia untuk memasuki pusat membeli belah tersebut sekiranya saya ingin memasuki bangunan tersebut saya akan melalui pintu belakang agar tidak berjumpa dengan promoter promoter yang suka memaksa itu.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/08697990912028910392noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-52833980377165979882010-10-21T02:15:49.130+08:002010-10-21T02:15:49.130+08:00Salam.....
Dalam pembujukan mengikut pensyarah ada...Salam.....
Dalam pembujukan mengikut pensyarah ada 4 fasa. Saya telah mengalami pengalaman keempat-empat fasa pemujukan. Kejadian telah berlaku di pusat membeli belah Giant, di mana saya telah di tipu oleh agen jualan yang menjanjikan kunun-kunun hadiah yang lumayan setelah membuat cabutan yang pada saya telah dirancangkan.

Fasa pertama : 'Awal Pemujukan' Setelah cabutan dibuat, agen telah menunjukkan reaksi yang terkejut dan gembira lalu berlakon kununnya saya telah memenangi hadiah menarik dan terus menelefon bosnya menyatakan saya menang dan mengesahkan saya tiada keluarga dalam kalangan agen tersebut. Saya seperti tidak percaya dan terkejut adakah ianya benar atau pun satu penipuan ke atas diri saya lalu agen tersebut meminta saya untuk ke kaunter bagi urusan tuntutan hadiah kununnya free.

Fasa kedua : 'Pra-matang' hati saya berdetik lagi, adakah ianya benar dan betul. Saya masih tidak mempercayainya lagi, lalu bertanyakan lagi adakah hadiah tersebut perlukan bayaran. Lalu di terangkan saya hanya perlu membayar 1 barangan sahaja bagi mendapatkan 4 atau 5 barangan seterusnya.

Fasa ketiga : 'Matang' Setelah saya amati benar-benar ternyata saya ibarat mengantuk disorongkan bantal. Disini saya dapat membuat kesimpulan bahawa tektik yang agen ini buat adalah tektik hanya mahu melariskan jualan dengan sedikit penipuan. Hati saya berdetik , tinggalkan lah kaunter tersebut dengan menyatakan saya tidak mempunyai wang untuk membayar 1 barangan yang harganya menceceh 2 ribu ringgit.

Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
lalu saya pun menganbil keputusan meninggalkan agen tersebut tanpa menghiraukannya tanpa belas kasihan....hahahaha...lariii
sejak dari itu apabila saya pergi ke gaint, saya tidak lagi menghiraukan rayuan dan pembujukan agen yang mahu menipu pada pandanagan saya.sekian....Unknownhttps://www.blogger.com/profile/17120845322157891093noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-58712945854140543782010-10-18T07:08:57.096+08:002010-10-18T07:08:57.096+08:00Salam..seperti rakan-rakan saya yang lain saya jug...Salam..seperti rakan-rakan saya yang lain saya juga pernah menjadi sebagai sasaran pembujuk dimana fikiran saya berubah untuk berminat membeli produk kesihatan iaitu tepung organik yang dapat membuang lemak yang tidak bagus didalam badan kita serta memudahkan pembuangan air besar bagi mengelak penyakit buasir.Pada awal pembujukan,saya diperkenalkan oleh penjual produk mengenai serba sedikit tentang penggunaan produk tersebut.seterusnya pada peringkat fasa pra matang,saya masih kurang berminat untuk membeli produk tersebut serta masih ragu-ragu kerana saya takut tentang kesan-kesan yang tidak baik berlaku.Selain itu,saya juga memikirkan kos kerugian melalui pembelian sekiranya produk tersebut tidak mujarab seperti yang dikatakan.Tetapi apabila sampai ke peringkat fasa matang saya mula tertarik untuk membeli produk tersebut setelah penjual menerangkan kelebihan-kelebihan yang ada pada penggunaan produk itu.Penjual juga berusaha menarik perhatian saya untuk membeli dengan memberikan diskaun.Melalui pengalaman pelanggan lain yang berasa puas hati dengan penggunaan produk ini menyebabkan saya yakin untuk membeli.Pada peringkat yang terakhir iaitu fasa pasca pembujukan,saya amat berpuas hati dengan pembelian produk tersebut setelah melihat perubahan yang berlaku kepada diri saya tanpa kesan-kesan yang tidak baik.Sekarang saya sentiasa menggunakan produk kesihatan ini tanpa menukar produk lain.Saya juga pernah membawa rakan-rakan saya untuk mencuba produk ini.Unknownhttps://www.blogger.com/profile/01177617611890898197noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-59496907520854373692010-10-16T03:47:13.572+08:002010-10-16T03:47:13.572+08:00Salam kepada semua rakan-rakan,
Merujuk kepada pen...Salam kepada semua rakan-rakan,
Merujuk kepada pengalaman yang dihadapi oleh Talita, saya juga mempunyai pengalaman yang hampir sama seperti beliau. Tetapi ada sedikit perbezaan contohnya pda Fasa awal pembujukan, mereka yang menjual barangan jenama Frisco ini menunjukkan kemesraan yang berlebihan sehingga menimbulkan perasaan yang kurang senang kepada saya dan juga keluarga saya. Kemudian, pada peringkat pra matang mereka mula memberikan barangan percuma kepada saya. Apabila saya ingin mengambil barangan tersebut mereka menahan saya dan menyuruh saya mengisi borang. Tetapi saya telah menolak untuk tidak menerima barangan tersebut. Kemudian, untuk fasa matang mereka menggunakan anak saya yang berumur 4 tahun untuk mengambil barang tersebut. Cara paksaan mereka menyebabkan anak saya menangis kerana mereka telah menarik tangan anak saya. Mereka memaksa dia untuk mengambil barang tersebut kemudian menahan kami sekeluarga. Ini menyebabkan saya sakit hati dan terus melenting kepada jurujual tersebut. Bagi fasa terakhir iaitu pembujukkan saya menganggap dan membuat rumusan bahawa perbuatan menjual barangan dengan cara yang dilakukan oleh Frisco dan yang seangkatan dengannya sangatlah tidak sesuai dan kurang sopan. Ia seperti kita menipu kepada pelanggan dengan cara bermulut manis dan memberikan kata-kata yang bagi saya seperti ugutan.Jualan seperti ini bagi saya tidaklah sesuai dan menganggu ketenteraman pengunjung terutama di kompleks membeli belah.

Sekian.Ahmadhttps://www.blogger.com/profile/04466921738960042305noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-54566810201215180422010-10-12T15:55:25.383+08:002010-10-12T15:55:25.383+08:00Salam kepada semua rakan-rakan...
Seperti yang te...Salam kepada semua rakan-rakan...

Seperti yang telah dipelajari, tentang kaedah-kaedah pemujukan. Di sini kita beralih pula kepada fasa-fasa pemujukan. Seperti yang saya fahami, pemujukan memainkan peranannya yang penting kepada setiap audiens yang disasarkan. Matlamat yang jelas dan berterusan sehingga membentuk persepsi dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu. Pemujukan yang berulang-ulang dan yang cukup menarik, menyebabkan keyakinan golongan sasar, sekaligus membimbing dan mempercayai idea-idea yang ditawarkan mengikut kehendak dan keinginan. Sebagai manusia memang tidak akan lari daripada pengalaman pemujukan yang berlaku dalam diri, dan tidak terkecuali saya sendiri.

Mengikut pengalaman saya, fasa pertama ialah awal pemujukan yang mana saya mula-mula diperkenalkan dengan barangan kosmetik. Memandangkan tugas rutin saya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan dan berada di kaunter hadapan, saya terpaksa menjaga penampilan diri dan kelihatan menarik. Di tambah lagi dengan saranan yang diberikan oleh ketua jabatan, yang menekankan perkara tersebut, sehingga sanggup menguruskan jurusolek untuk mengajar cara-cara menggunakan barangan mek-up. Saya yang kurang berminat dan tidak terbiasa menggunakan barangan mek-up pada ketika itu, cuba memperlekahkan kata rakan-rakan yang setiap masa menggunakan mek-up. Sehingga pada suatu hari saya bercerita dengan rakan baik saya, dia juga memberikan pendapat yang sama tentang perlunya berpenampilan menarik. Dia juga berkata tidak rugi sekiranya bersolek untuk kelihatan lebih menarik untuk pelanggan dan juga keselesaan orang yang memandang dan apalagi bila diarahkan oleh bos.

Fasa yang ke-dua ialah pra-matang. Fasa ini telah membawa saya kepada kisah kehadiran jurusolek yang secara tiba-tiba, yang diarahkan untuk mengajar cara-cara menggunakan alat mek-up. Dalam keadaan yang didatangi tiba-tiba, telah memaksa diri saya bagikan patung bernyawa, yang terpaksa akur dengan kehendak jurusolek tersebut. Di mulakan dengana sesi perkenalan dengan barangan mek-upnya, seterusnya mengenakan mek-upkan saya. Banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Kehalusan budi bicara dan kelembutan tangan jurusolek tersebut, lama-kelamaan menyebabkan saya rasa terbuai dan terpanggil untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai mek-up yang sesuai dan cara menjaga kecantikan diri.

Fasa matang pula berlaku, setelah siap disolek, saya melihat penampilan wajah baru saya yang agak menarik perhatian saya. Padahal pada awal pertemuan, saya amat keras hati untuk mengaku tentang kehebatan jurusolek dan kosmetik yang digunakan tersebut dapat mengubah penampilan wajah saya, diselang selikan lagi dengan kata-kata manis mereka yang memuji penampilan wajah baru saya dan kelebihan mempunyai wajah cantik seiring dengan tugas yang perlu berdepan dengan orang ramai dengan penampilan wajah yang lebih berkeyakinan di kaunter.

Manakala Fasa pemujukan berlaku apabila saya mula bermain dengan perasaan sendiri, saya terpujuk dan merenung kembali kata-kata rakan pejabat yang memberi tahu saya tentang kepentingan berpenampilan dengan wajah menarik. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan, perlunya ada perubahan kearah yang lebih baik untuk kemajuan diri dan kepentingan mengikut situasi dalam jangka masa terdekat.amisahmahmudhttps://www.blogger.com/profile/08634350275129328413noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-83524890015904583902010-10-11T10:12:35.591+08:002010-10-11T10:12:35.591+08:00Salam...Adik Syukri, thank u very much sb ko slu s...Salam...Adik Syukri, thank u very much sb ko slu sokong akak...rasanya klu akak bertanding jadi ahli parlimen pun kau akan turun mengundi dengan semangat yg berkobar-2. Klu menang gerenti akak jadikan kau Setiausaha Politik utk membantu dlm kempen2 yang memerlukan pembujukan yg berkesan.

Saudari Aliza, thank u 4 yr response and the explaination as well. Ingatkan kau tiada beli bah utk durang, rupa2nya ada pula. I am definitely agree with u, yelah klu dah pernah dibelikan lepas tu masih mau lagi dah tentu kita sebagai ibubapa akan berfikir banyak kali utk membelikan mereka, lagipun rasionalnya permainan tu mahal, dan klu musnah lagi sekali bererti terbang duit RM200. Situasi yg dialami oleh saudari Aliza turut berlaku kpd saya yg ada 4 anak lelaki, selalunya saya akan memberi mereka peluang utk memiliki permainan yg mereka kehendaki. Bukan hnya atas sebab saya menyayangi anak2 dan merasakan semasa kecil saja mereka berpeluang utk bermain, tetapi juga saya akan melihat dan menimbangkan juga pelbagai aspek spt pengalaman, pengajaran dan keseronokan yg akan mereka alami semasa sesi bermain. Namun sbg anak2 yg masih kecil, merosakkan barang permainan adalah perkara biasa yg akan berlaku. Jesteru kita sbg ibubapa boleh menggunakan situasi ini sbg salah satu elemen pemujukan, kita letakkan syarat bhw kita hny akan membeli permainan tersebut jika mereka berjanji utk menjaganya dgn baik, dan sekiranya permainan itu rosak...there is no second chance, dan mereka kena belajar menerima 'term and condition' tersebut.ayie YA20077514https://www.blogger.com/profile/14725997462702908472noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-27127195577271593562010-10-11T09:25:34.720+08:002010-10-11T09:25:34.720+08:00Salam sejahtera,
Proses pembujukan mempunyai fasa-...Salam sejahtera,
Proses pembujukan mempunyai fasa-fasa atau peringkat mana sesuatu kempen itu dijalankan mengikut tempoh masa tertentu. Fasa-fasa ini disebut sebagai fasa awal pembujukan, fasa pra matang, fasa matang dan pasca pembujukan. Setiap fasa ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan mengikut urutan fasa tersebut. Sebagai contoh, fasa awal pembujukan adalah di mana pembujuk berkenal-kenalan dengan sasaran atau audien untuk menjalinkan hubungan kedua-dua pihak. Ini boleh menjalinkan kemesraan dalam hubungan dan kedua-dua pihak sudah boleh bertukar-tukar pendapat dan maklumat di antara satu dengan yang lain. Peringkat fasa pra matang pula, pembujuk telah mula menguji tentang sesuatu fakta maklumat audien tersebut. Sebagai contoh, pembujuk bertanyakan soalan apakah pendapatnya mengenai kempen anti buang bayi, atau patutkah ramaja hamil ditempatkan disekolah khas. Dengan soalan sedemikian audien sudah mula memberikan respon kepada isu atau persoalan atau topik kempen tersebut. Fasa selanjutnya, iaitu fasa matang pembujuk mengupas isu pembuangan bayi dengan hujah-hujahnya sekali. Sebagai contoh, bilangan kes buang bayi sepanjang tahun semasa dan tahun lalu, kes-kes yang melibatkan ramaja bawah umur umpamanya dan sebagainya. Setelah itu pembujuk perlu merumus dan memantau kesan-kesan kempen tersebut, dan fasa ini disebut sebagai fasa pasca pembujukan. Ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kempen tersebut berjaya menarik audien menyertai, memberi pendapat atau cadangan serta melihat tahap kefahaman dan sumbangan idea mereka terhadap isu ini.
Perkongsian pengalaman yang pernah saya lalui semasa melawat satu pemaran computer atau ‘computer fairs’, yang di adakan di Dewan Chancellor UMS dua tahun lepas. Keramahan petugas di pameran tersebut menjadikan saya tertarik untuk mendengar penerangan yang panjang lebar mengenai computer berjenama Fujitsu. Petugas pameran seorang lelaki cina yang masih muda tetapi sangat fasih berbahasa melayu dan Inggeris. Cara menyapa yang penuh sopan dan hormat, disertai senyuman yang ceria, menarik minat saya untuk berhenti mendengar penerangannya, dan inilah yang disebut fasa awal pemujukan di mana pemuda tersebut berjaya menarik perhatian saya untuk berbual dengannya. Kemudian saya bertambah tertarik apabila pemuda cina itu mendemokan computer tersebut kepada saya. Beliau memberi penerangan secara terperinci mengenai computer riba tersebut malah meminta saya untuk mencubanya sendiri. Setelah menguji computer tersebut saya mula bertanya beberapa soalan berkaitan computer itu. Dengan pantas beliau memberikan saya jawapan yang memang tepat dan memang jawapan yang saya perlukan. Peringkat ini juga dikenali sebagai fasa pra matang dalam proses pembujukan. Seterusnya pembujuk menerangkan keuntungan jika saya memilih untuk membeli komputer dari jenama itu. Dengan memberikan segala alasannya yang memang betul pada pandangan saya, saya pun mengambil satu keputusan untuk membeli computer tersebut dan ini adalah peringkat fasa matang. Petugas itu juga menerangkan bahawa saya telah membuat satu pilihan yang tepat kerana jenama computer ini dikeluarkan terus daripada dua negara iaitu Jepun dan Jerman dan bukan seperti beberapa jenama yang lain yang dikeluarkan dari beberapa negara secara klon computer. Selepas itu petugas pameran tersebut mengatakan beliau sangat gembira bukan saja dapat menjual computer tersebut tetapi dapat berkenalan dengan saya sebagai seorang kawan. Saya merasakan gambira kerana bukan saja mendapat sebuah computer baru tetapi mendapat seorang kawan baru yang pakar computer dan ini lah yang dikenali sebagai fasa pasca pembujukan.
Sekian terima kasih.J-A-M-E-Shttps://www.blogger.com/profile/11054582639958749217noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-79122082241473142022010-10-09T11:52:29.414+08:002010-10-09T11:52:29.414+08:00Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Mala...Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Post kali ini bertujuan memberi maklum balas kepada ulasan Saudari Ayie tentang ulasan saya sebelum ini mengenai keputusan tidak membelikan permainan helikopter kawalan jauh untuk anak-anak saya.

Sebenarnya, sebagai ibu bapa, kita juga perlu menguasai kemahiran membujuk anak-anak apabila mereka meminta untuk dibelikan alat-alat permainan. Kanak-kanak memang sukakan permainan dan mereka juga mudah bosan dengan satu-satu alat permainan dalam tempoh yang singkat.

Keengganan seseorang ibu bapa itu bukanlah bermakna mereka tidak menyayangi anak tetapi kerana terlalu sayanglah, ibu bapa akan memilih permainan yang lebih sesuai untuk anak-anak.

Untuk makluman Saudari Ayie, saya ada 2 orang anak yang mempunyai minat sama. Harga sebuah helikopter kawalan jauh sekurang-kurangnya RM99.90. Membeli 2-buah bermakna RM199.80 hampir mencecah RM200. Rasionalnya, adalah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk membeli alat permainan yang lebih sesuai dan bermanfaat serta disukai mereka kerana 2-buah helikopter kawalan jauh yang dibeli untuk mereka sebelum ini musnah dalam satu insiden perlanggaran sesama sendiri di udara sebelum terhempas di laut Tanjung Aru!

p/s : Jadilah pembeli bijak!Aliza Alihttps://www.blogger.com/profile/04610088256840340811noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-31595127962834507552010-10-07T18:00:19.594+08:002010-10-07T18:00:19.594+08:00Assalamualaikum dan salam 1Kampus buat ahli PRCIRC...Assalamualaikum dan salam 1Kampus buat ahli PRCIRCLE yang dirahmati...
Saya amat tertarik setelah membaca tajuk kuliah 4 yang dipaparkan oleh pensyarah kita. Ini kerana saya telah mengalami pengalaman keempat-empat fasa pemujukan yang telah memberi kesan sehingga ke hari ini.Kejadian telah berlaku di salah sebuah pusat membeli belah Giant di mana saya telah diperdayakan oleh agen jualan langsung yang berpeleseran. Ketika itu saya bersama suami ke Giant untuk membeli barang keperluan harian dalam suasana yang sesak menjelang sambutan Aidilfitri.
Fasa pertama : 'Awal Pemujukan'
Peristiwa bermula apabila promoter barangan jenama AOWA telah manahan laluan saya sebelum memasuki pasaraya Giant dan meminta saya untuk membuat cabutan. Setelah cabutan dibuat, dia telah menunjukkan reaksi yang terkejut dan gembira kerana saya telah memenangi hadiah 4 buah barangan elektrik secara PERCUMA daripada syarikat mereka. Saya seperti terpukau dan telah diminta untuk ke kaunter seterusnya untuk mengisiborang penyertaan sebagai syarat untuk menuntut hadiah tersebut.

Fasa kedua : 'Pra-matang'
Saya dan suami seperti terpukau dan terus menuruti arahan promoter tersebut walaupun saya dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mereka telah membujuk saya dengan mengatakan tuah anak dalam kandungan saya kerana memenangi cabutan bertuah tersebut. Suami saya telah bertanya secara detail mengenai syarat dan terma selanjutnya dan berkali-kali mereka menegaskan ianya adalah percuma.

Fasa ketiga : 'Matang'
Setelah saya menurunkan tandatangan dan butiran pribadi lengkap, promoter berkenaan meminta saya hanya perlu membuat pembayaran RM2,100 sahaja untuk memperolehi 4 produk iaitu ( vacume, blander, aircond dan air purifier ). Secara tiba-tiba suami saya menarik tangan saya dan meninggalkan kaunter tersebut.

Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
Promoter-promoter tersebut telah berlari mendapatkan saya untuk memujuk saya agar menerima tawaran mereka dengan menerangkan bahawa harga sebenar produk tersebut ialah RM9,200. Tetapi saya dan suami telah membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan mereka.

Akhirnya kesan kejadian kempen dan pemujukan yang dilakukan oleh agen berkenaan telah memberi "trauma" kepada saya jika terlihat agen-agen jualan langsung. Jadikan ia sebagai teladan dan peringtan.

terima kasih...kusmayani78https://www.blogger.com/profile/04700970209043926903noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-86991415383166775082010-10-05T14:55:42.058+08:002010-10-05T14:55:42.058+08:00Assalamualaikum dan salam perpaduan..saya amat ber...Assalamualaikum dan salam perpaduan..saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudari Ayie. Anak-anak haruslah diberi peluang untuk bermain dan biarlah mereka merasai kenikmatan semasa mereka di zaman kanak-kanak.syukrihttps://www.blogger.com/profile/01110436925838606013noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-82267111376410358072010-10-04T01:13:07.618+08:002010-10-04T01:13:07.618+08:00Assalamualaikum...salam sejahtera..,
Begitulah pe...Assalamualaikum...salam sejahtera..,

Begitulah peranan pembujuk dalam menyakinkan para sasarannya untuk menerima apa sahaja bentuk prodak mereka. Kemesraan adalah tiket utama mereka. Ambil hati adalah tektik permulaan. Apabila hati sudah tertawan, mudahlah mencapai misi. Namun segalanya bergantung kepada pemikiran,penilaian dan penerimaan setiap individu.Mungkin persekitaran lebih banyak mempengaruhi dalam kita menerima dan membuat keputusan. Saya sokong pendapat Puan Aidah mengenai pembujukan ini. Seperti Puan Aidah, saya juga melalui fasa yang serupa.

Pada Fasa awal pembujukan, saya telah diperkenalkan dengan buku yang mengandungi beberapa cerita pengajaran berunsur pendidikan. Ia lebih kepada pendidikan agama yang mendidik anak-anak kecil seusia di bawah 12 tahun.Diselitkan dengan CD yang menampilkan lagu-lagu rohani khas untuk kanak-kanak.

Fasa 'pra matang' saya mula memberi respon yang baik, apabila menyedari buku ini sememang bagus untuk perkembangan minda dan pembesaran anak-anak saya. Saya tidak teragak-agak membelinya kerana saya juga sedar mengenai apa yang ingin disampaikan dalam buku tersebut.

Fasa 'matang' berlaku apabila anak-anak saya seronak menyanyi dan mendengar kisah serta pengajaran dari buku dan juga CD tersebut.Saya melihat betapa seorang kanak-kanak berusia setahun lebih dapat menghafal Alif, Ba, Taa sehingga habis hanya dengan mengikut rentak lagu tersebut dan melihat cara ianya disampaikan, iaitu pendidikan melalui lagu.

Pada fasa 'pasca pembujukan' saya menyedari.Saya selalu dan suka menghadiahkan anak-anak saya dengan buku dan CD yang mengandungi ilmu untuk mereka praktikkan sampai bila-bila. Pembujuk yang berjaya menyampaikan masej sebenar.

sekian dulu dari saya,dianaderinhttps://www.blogger.com/profile/17117645978136970097noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-90097628794180559062010-10-02T16:50:55.898+08:002010-10-02T16:50:55.898+08:00Aidah @Dewi berkata:
Asalamualaikum dan salam 1 ...Aidah @Dewi berkata:

Asalamualaikum dan salam 1 UMS, Dalam kehidupan manusia di dunia ini, lazimnya cara dan penerimaan seseorang kepada sesuatu perkara atau maklumat adalah tidak sama dan berbeza-beza. Ianya bergantung kepada pemikiran, penilian dan pemahaman seseorang terhadap perkara atau maklumat yang diterima. Dari pengalaman saya, pada peringkat awal pembujukan, pembujuk telah berusaha mendekati saya dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan tindakbalas saya. Pembujuk telah menggunakan komunikasi yang baik dalam proses untuk mengubah pandangan saya dari segi sikap dan tingkalaku. Pembujuk telah menelefon saya, untuk membawa saya masuk perniagaan MLM. Mulanya saya ragu-ragu, dan tidak yakin dan timbul perasaan bimbang dan curiga.
Peringkat kedua, yang melibatkan usaha pembujuk dalam fasa'pra matang', dimana pembujuk telah berusaha meyakinkan dengan menggunakan kata-kata yang manis, dan memujuk saya dengan cuba memuji kebolehan saya kononnya saya pandai bercakap, macam-macam pujian yang diberikan, akhirnya saya datang berjumpa dengan dia. Pembujuk telah memperlihatkan saya semua prodak dalam perniagaan tersebut. Pembujuk amat bijak berkata-kata tentang peluang yang cerah dalam perniagaan itu.
Peringkat ketiga dalam fasa 'matang', pembujuk telah membuat segala kemahiran dan kebolehan yang ada dalam dirinya untuk mengupas segala isi dan hujah yang berkaitan untuk meyakinkan saya. Saya cuba menolak dan bermacam-macam persoalan yang saya timbulkan, tetapi pembujuk dapat memujuk saya dengan memperlihatkan bonos yang diperolehinya setiap bulan dan akhirnya saya percaya dan masuk sebagai ahli.
Seterusnya peringkat keempat, dalam pasca pembujukan, pembujuk telah merungkai semua idea, kaedah dan segala langkah-langkah yang merujuk kepada aktiviti pembujukan untuk memancing saya agar dapat menerima segala maklumat yang disampaikan. Walaupun, pada peringkat ini saya masih ada sedikit keraguan tetapi saya sematkan juga keyakinan apabila melihat beberapa bukti dan penyampaian pembujuk yang ikhlas, kebetulan pula pembujuk itu adalah kawan lama.dewihttps://www.blogger.com/profile/15129794577561386519noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-10136209715366815202010-09-28T17:18:33.729+08:002010-09-28T17:18:33.729+08:00Assalamulaikum rakan-rakan semua, saya ingin berko...Assalamulaikum rakan-rakan semua, saya ingin berkongsi pengalaman dalam aktiviti Pemujukan yang pernah saya alaminya sendiri.

Pada peringkat pertama Fasa'awal pemujukan' saya menerima satu panggilan dari seorang perempuan kawan lama kenalan dari persekolahan tempat anak saya belajar. Semasa dalam perbualan kami, dia mengajak saya keluar minum lepas waktu kerja. Saya memberi alasan saya sibuk buat masa kini. Seminggu kemudian dia telefon sekali lagi tetapi saya menolak dengan alasan saya ada operasi pada sebelah malam. Seminggu lagi dia telefon juga tanpa berputus asa mengajak saya keluar, kononnya lama tak jumpa dan asik-asik sibuk. Kali ini saya tak mampu untuk menolaknya kerana ingin menjaga perasaan kawan juga. Saya pun keluarlah pada malam tersebut.

Fasa'pra matang' saya pun berbual-bual dengan dia sambil ketawa menceritakan kesah anak di sekolah mereka. Setengah jam berlalu saya pun nak minta izin untuk balik dengan alasan anak bersekolah esok pagi, dengan pantas dia membayar bil kami tu sampai saya tak sempat nak bangun ke kaunter. Dia pun mula memberitahu hal sebenar yang dia nak ajak sangat saya keluar adalah ingin mempekenalkan produk kesihatan. Saya menolaknya kerana sudah banyak produk yang pernah saya gunakan tetapi dia tidak berputus asa dengan pelbagai teknik pemujukan.

Fasa'matang' saya pun terpujuk dengan pemujukanya sehingga saya sanggup membayar wang dengan sejumlah empat anggka tanpa pemikiran yang waras kerana dia telah menggunakan teknik pemujukan yang berkesan sehingga saya terpengaruh.

Fasa'pasca pemujukan' saya sampai di rumah dengan perasaan gembira bahawa saya telah membeli produk kesihatan untuk keluarga saya. Apabila suami saya melihat barang yang saya bawah balik dia pun bertanya, makanan apa yang awak beli tu? (anak-anak saya pun meluru dengan cepat untuk mendapatkan barangan tersebut. Saya pun menjawap, saya beli dengan kawan produk kesihatan. Suami saya pun melihat barangan tersebut, dengan perasaan yang gembira saya pun memberinya. Suami saya bertanya berapa harganya? saya menjawap dengan jumlah RM..... Dia terkejut barangan tersebut adalah barangan tiruan dan tiada lambang halal dan telah tamat tempohnya. Saya pun dengan cepat menelefon kawan tersebut tetapi nombor telefonya tidak dapat dihubungi. Rupa-rupanya saya telah ditipu.

Ini adalah pengalaman saya yang tak pernah serik-serik dan selalu terkena kerana ingin menjaga perasaan kawan tetapi kawan tiada perasaan yang ikhlas untuk berkawan dengan jujur.Asrinawaty Bte Shapainni ( Ya2008-1124 )https://www.blogger.com/profile/06456249466725263164noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-7971122202831498007.post-7633441988871883682010-09-27T11:23:19.674+08:002010-09-27T11:23:19.674+08:00Assalamualaikum, saudari Aliza...eh apasal la kau ...Assalamualaikum, saudari Aliza...eh apasal la kau tidak belikan anak2 mu helikopter tu, kesiannya bah budak2 tu. Harap2 saudari Aliza tidak akan bertekad dan bertegas lagi utk membeli permainan tu selepas mengikuti kursus kempen dan pembujukan. Masa kecil ni lah peluang mereka utk bermain...berikanlah mereka peluang itu....ayie YA20077514https://www.blogger.com/profile/14725997462702908472noreply@blogger.com