Pages

Memaparkan catatan dengan label [AK30903] Kuliah 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label [AK30903] Kuliah 13. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2010

[AK30903] Kuliah 13

Aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan adalah dua perkara yang menjadi asas dalam perancangan strategi dan praktis amalan perhubungan awam dan periklanan. Aspek kemanusiaan menjadi nadi kepada pembinaan hubungan yang baik antara organisasi dan khalayaknya. Demikianlah juga dengan aspek kemasyarakatan yang lazimnya ditafsirkan sebagai landasan untuk bertindak bagi pengiklan menyajikan mesej berkaitan produk/perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan asasi, keperluan dan kehendak ahli masyarakat sebagai pelanggan/pengguna.

Fikirkan...bagaimana aspek kemanusiaan boleh digunakan untuk menghasilkan satu-satu iklan yang berorientasikan nilai seperti elemen kendiri dan kehormatan diri. Bagaimana pula aspek kemasyarakatan digunakan oleh seseorang pengamal perhubungan awam dapat digunakan untuk menjayakan Corporate Social Responsibility [CSR] - 'tanggungjawab sosial korporat'