Pages

Memaparkan catatan dengan label PIT STOP DISKUSI 5 [AK30903]: Penarikan Semula Produk dari pasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIT STOP DISKUSI 5 [AK30903]: Penarikan Semula Produk dari pasaran. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2010

PIT STOP DISKUSI 5 [AK30903]: Penarikan Semula Produk dari pasaran


Usaha pihak pengeluar produk untuk menarik semula satu-satu produk keluar dari pasaran dilakukan khusus untuk mengelakkan kemudaratan di pihak pengguna akibat penggunaan produk yang bermasalah. Sungguhpun begitu, terdapat kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh pihak pengeluar produk untuk menarik semula produk dari pasaran, membaikpulih produk [jika masih boleh dipulihkan], membayar pampasan kepada pengguna yang mendapat musibah dan melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk mem'bersih'kan imej-reputasi organisasi pengeluar produk berkenaan di mata dan hati khalayaknya. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan yang diterima oleh pengguna dan pengeluar produk kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran?