
Penyakit Denggi berdarah adalah antara penyebab kepada krisis kesihatan di kawasan perumahan, industri malah juga di luar bandar. Terdapat banyak kaedah [mekanisme] mempromosikan cara hidup sihat yang membolehkan ahli masyarakat menghindarkan diri mereka daripada punca-punca berlakunya Demam Denggi. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM] berusaha menjalankan kempen Anti-Aedes dan Cegah Denggi di semua peringkat. Namun, masalah tetap timbul akibat kurang pengetahuan tentang kepentingan menjaga kebersihan di sekeliling rumah terutama hal berkaitan dengan tempat takungan air dan semak-samun yang dipercayai boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes. Siapa yang bersalah dalam hal ini tidak penting tetapi bagaimana kedua-dua belah pihak baik kerarjaan mahu pun masyarakat memberi dan mendapat input yang berguna untuk mencegah Demam Denggi. Apakah pendapat anda terhadap kualiti strategi penyampaian mesej dalam kempen Anti-Aedes terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit Demam Denggi.