Pages

Memaparkan catatan dengan label PIT STOP DISKUSI 6 [AK30903]: Etika periklanan menurut Kod ASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIT STOP DISKUSI 6 [AK30903]: Etika periklanan menurut Kod ASA. Papar semua catatan

Isnin, 1 November 2010

PIT STOP DISKUSI 6 [AK30903]: Etika periklanan menurut Kod ASA


Garispanduan periklanan nasional menentukan bentuk dan kandungan iklan yang benar-benar boleh memberi kesan baik kepada audien satu-satu iklan di media massa. Ketetapan yang dibuat untuk mengekang kecuaian atau tindakan sengaja pengiklan untuk memasukkan sebarang unsur yang berlawanan dengan sensitiviti agama, kaum dan budaya di negara ini seharusnya mendapat perhatian daripada semua pihak. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil iklan yang cenderung menyalahi arahan/panduan pengiklanan yang dikuatkuasakan menerusi Kod Amalan ASA. Apakah penyebab kepada situasi ini dan bagaimanakah bentuk aduan yang boleh diajukan kepada pihak Advertising Standards Authority (ASA) untuk mengatasi isu berkaitan dengan perlanggaran etika dalam iklan?