DISCLAIMER DAN ARAHAN TUGASAN
Cerpen ‘Hadirnya dirimu…’ ini ditulis dengan niat dan tujuan untuk membantu pelajar memahami proses pembujukan yang betul yang perlu diaplikasikan oleh pembujuk berkredibiliti di negara ini khusus bagi menjayakan kempen 1Malaysia. Sebarang nama individu watak, tempat, jangkamasa, jalan cerita, gambaran tentang tempoh peristiwa yang dirujuk dalam plot penceritaan, jenis peristiwa dan perlakuan yang ada dalam cerpen ini adalah fiksyen semata-mata dan tidak merujuk kepada mana-mana individu atau kumpulan dalam ahli masyarakat sama ada individu atau kumpulan ahli masyarakat tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Plot penceritaan, tema dan konsep cerita adalah direka dengan maksud untuk memperlihatkan situasi semasa yang pernah wujud dalam konteks masyarakat tempatan satu masa dahulu. Cerpen ini ditulis sebagai panduan bagi para pelajar menilai aspek sentimen dan implikasinya kepada konsep 1Malaysia. Pelajar perlu memberikan komentar bersifat teknikal yang berpatutan agar pelaksana kempen 1Malaysia boleh menfokuskan kepada usaha mengikis unsur-unsur sentimen kenegerian, kewilayahan dan kesukuan dan tidak terbatas kepada aspek perpaduan kaum semata-mata seperti yang diuar-uarkan sebagai subjek utama [landasan] dalam pembinaan konsep 1Malaysia itu sendiri.
Pelajar perlu menyumbangkan idea pembujukan yang sesuai yang bakal dijana oleh kumpulan pendidik [guru] di kawasan pedalaman negeri Sabah bagi menjelaskan kepentingan konsep 1Malaysia kepada masyarakat tempatan. Guru sebagai pemimpin pendapat yang berkredibiliti dalam kalangan masyarakat setempat mempunyai potensi yang tinggi untuk diamanahkan memikul tanggungjawab bagi menyampaikan mesej yang betul, jelas dan mudah difahami oleh masyarakat setempat [terutamanya di kawasan luar bandar].
Pelajar perlu mengemukakan syor dari sudut rekabentuk mesej berkenaan 1Malaysia yang bakal disampaikan oleh guru-guru di sekolah luar bandar kepada masyarakat setempat, cara yang betul untuk menyamppaikan mesej berkenaan malah juga saluran yang tepat untuk digunakan agar mesej berkenaan sampai kepada pihak yang disasarkan dalam kempen 1Malaysia di peringkat tempatan. Ini penting untuk serba sedikit membantu pihak kerajaan sebagai penggerak kempen berkenaan menambahbaik konsep 1Malaysia dari pelbagai aspek khasnya dari sudut takrif konseptual dan falsafah 1Malaysia itu sendiri. Hal yang demikian akan membantu pihak kerajaan menghasilkan satu pelan kempen 1Malaysia yang komprehensif. Pendapat oleh para pelajar kursus AK21503 berupa cadangan yang lahir hasil pembacaan cerpen ini perlulah bersifat ilmiah semata-mata.
Harap maklum.
Hadirnya dirimu…
I
Amiza mengepal genggaman jari-jemari tangan kirinya…matanya berkaca memandang jauh ke satu sudut di luar tingkap biliknya…sebuah bukit kecil dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit merajai lebih dua pertiga kawasan di belakang rumah guru yang dikongsi dengan abangnya yang juga adalah seorang guru. Semua ciri fizikal yang umum tentang ladang kelapa sawit adalah pemandangan biasa yang terdapat di kawasan perumahan guru sekolah kebangsaan Jaya Baru. Air matanya dikesat beberapa kali. Amiza tidak ingat berapa kali tangisannya berhenti dan bersambung semula.
Sesekali terdengar olehnya suara rengekan kecil Alinah yang tidur di ribaannya sejak beberapa minit yang lalu. Alinah adalah anak kepada abang sulongnya. Sejak beberapa hari lalu, Alinah asyik mengigau sambil menyebut nama Amir, abang kepada Alinah. Neneknya berada di dapur bersama ibunya yang masih bersedih. Sesekali terdengar esakan dan beberapa butir kata yang keluar dari bibir Hamidah. Amiza tahu Hamidah benar-benar dirundung kesedihan. Kedengaran juga suara Hashim agak terketar-ketar dengan nada sebak bercakap-cakap di bawah rumah disahut beberapa suara orang kampung.
II
“Amir!...Amir!..” suara keras Hashim memanggil seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang sedang asyik bermain guli dengan rakannya di bawah rumah sebuah rumah guru yang telah lama tidak berpenghuni. “Amir!..mana pula si Amir ni!” dahi Hashim berkerut memandang sekeliling kawasan belakang rumahnya. Terapat enam unit rumah guru di kawasan perumahan guru yang dibuka seawal tahun 1970 itu. Dua daripadanya diperuntukkan khas bagi guru besar dan guru penolong kanan. Sebahagian daripada unit-unit rumah guru itu sudah pun usang dan ini membuktikan usianya yang sebenar. Beberapa papan yang menyelimuti dinding rumah tampak rapuh dek dimamah anai-anai. Bumbung zink dan pancur air juga berkarat. Hanya sesekali dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu rumah-rumah ini dibaiki dan ia bergantung kepada peruntukan kewangan yang disediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Daerah Sri Tepian.
“..mau kena juga budak ini!” ada nada kemarahan dalam hati Hashim kepada anak sulong kepada dua adik-beradik hasil perkongsian hidup dengan isterinya Hamidah. Sekelumit nasihat tidak mahu diendahkan oleh Amir walaupun Amir tahu hukuman paling ringan yang diberikan oleh bapanya itu adalah yang paling maksima bagi kanak-kanak seusianya. Hashim melibas-libaskan batang penyapu ke arah kiri dan kanan badannya tatkala Amir sudah pun berada di belakangnya. “Hhhaaaa!!!..itu pun kau!mana kau pigi tadi…bapa cari kau tadi?” dengan dialek daerah ditambah dengan jegilan mata Hashim mampu memberikan pandangan yang digeruni oleh hampir setiap pelajar di sekolah kebangsaan Jaya Baru, sebuah sekolah yang dihuni lebih 600 orang pelajar pada satu-satu sesi pengajian. Amir malu juga dengan rakan-rakan sekolahnya kerana bapanya kerapkali diejek oleh rakan-rakannya kerana selalu menghukum mereka.
“sudah..sudah..Amir,..pigi mandi nak” tiba-tiba Hamidah menjengah melalui tingkap rumahnya. Dia tahu kalau tidak dihalang, sudah tentu batang penyapu menjadi habuan Amir petang itu. Amir sedikit lega ketika ibunya yang penyabar itu mencelah sebelum bapanya merotan dan memarahinya. Amir tahu kelewatannya petang itu bukanlah kerana disengajakan tetapi Cikgu Aziz yang lewat menitipkan satu sampul berwarna putih khas buat emak saudaranya, Amiza. Kadang-kadang geram juga Amir dengan permintaan yang dipohon oleh Cikgu Aziz kepadanya.”..asyik-asyik surat,..surat..apa isinya ni cikgu?" Amir bertanya sambil menggosok-gosokkan tangannya. Pertanyaan sebegitu diajukan buat kesekian kalinya kepada Cikgu Aziz kerana Amir mahu tahu tentang isi kandungan surat tulisan tangan yang ditulis agak tergesa-gesa oleh Cikgunya yang berasal dari negeri Kedah nun jauh di tanah semenanjung. ”ehh.Amir janganlah tanya ni kan surat untuk Cikgu Amiza…bukan untuk Amir…” Cikgu Aziz menjeling Amir sambil tersengih dan menjuihkan bibirnya yang dihiasi kumis halus.
Amir berasa selesa dengan lawak jenaka dan kemesraan yang dikongsi oleh Cikgu Aziz. Rumah Cikgu Aziz seringkali menjadi persinggahan Amir, Edward, Janis dan Elah setiapkali selesai waktu persekolahan. Cikgu Aziz mengajar Amir dan kawan-kawannya tentang tips untuk ikhtiar hidup di hutan, membuat lastik dan membina perangkap rusa. Amir tahu kemesraan Cikgu Aziz lebih dirasai oleh emak saudaranya, Amiza. Walau masih berumur sepuluh tahun, Amir seolah-olah tahu apa yang bermain di benak fikiran Amiza.
“mak cik ni suka Cikgu Ajis yea?!!” Amir pernah mengusik Amiza sebaik menyerahkan sebuah sampul surat daripada Cikgu Aziz. “mana kau tau Amir?!” perasaan Amiza sedikit terganggu dengan pertanyaan Amir itu. “tu….tu yang senyum-senyum lepas dapat surat daripada Cikgu Ajis tu mestilah suka tu kan..kan?!!" Amir sedikit berteriak sebelum terus berlari ke bawah rumah untuk bermain-main bersama rakan-rakannya.
Jauh di sudut hati Amiza tersimpan keseronokan tidak terhingga tatkala menerima dan membaca surat-surat Cikgu Aziz. Banyak usikan dan pengajaran yang berguna daripada Cikgu Aziz yang dianggapnya sebagai khazanah berharga dalam surat-surat tulisan tangan yang baginya biasa saja dari segi bahasa, ringkas kandungannya tetapi mendalam dari sudut makna tersirat.
Amiza pun tahu Cikgu Aziz begitu menghargai pertolongannya terutama dalam hal mengenai selok-belok adat dan pantang larang masyarakat di kampungnya. Banyak terma dan istilah dalam dialek daerah mengikut etnik di Sabah yang sudah dipelajri Cikgu Aziz meski usia pengalamannya baru menjangkau lapan bulan di sekolah tempat mereka sama-sama mengajar. “bah..bah..bah…patutlah di kampung ni selalu ‘bah’ (banjir) sebab aku yang sebutnya banyak kali harap-harap aku tak terlibat ‘bah’ hee… hee…” Cikgu Aziz mengusik Amiza sambil disambut tawa mesra Amiza dan Hariani ketika Cikgu Aziz mula-mula pandai menyebut perkataan tersebut secara bersemuka dengan Amiza.
III
Selesai sahaja solat Maghrib, Amiza terus sahaja mengemaskan telekung dan tikar sembahyangnya di atas sebuah almari pakaian. Dia sempat menerpa ke arah cermin dan melihat pipi kanannya yang kemerahan. “aduhh…ini tentu menyakitkan…lagi sakit hati kalau kawan-kawan mengejek di sekolah esok..” Amiza merungut sendiri sambil mengusap-usap pipi kirinya dengan belakang tangan. Kedengaran sesekali suara Hashim batuk di luar rumah. Mungkin abang sulongnya itu sedang mengisi tong deram dengan air telaga yang diangkatnya dari telaga berdekatan. Tahun 1983 adalah tahun kemajuan bagi kebanyakan daerah berdekatan dengan bandar utama di negeri tumpah darahnya itu tetapi tidak di Kg. Jaya Baru. Jalan tidak berturap dan hanya dihampar dengan batu kerikil dari kuari adalah lanskap biasa di kawasan tersebut. Bekalan air dan elektrik juga agak terhad ke tempat tersebut tidak seperti kawasan berdekatan dengan pekan Sri Bidara yang sebahagiannya sudah mempunyai punca elektrik dan bekalan air paip walaupun tidak sesempurna bekalan kedua-dua sumber berkenaan di bandar Sri Tepian. Amiza tahu, telah menjadi rutin Hashim untuk mengangkat air telaga menggunakan baldi berulang kali sebelum maghrib. Air itulah juga yang akan digunakan untuk mereka sekeluarga mandi dan Hamidah pula menggunakan sebahagiannya untuk tujuan memasak dan membasuh kain.
Namun, Cikgu Aziz biasa dengan keadaan tersebut kerana kampungnya di Kedah pun hampir serupa dengan Kg. Jaya Baru. Mandi, membasuh dan minum air telaga adalah rutin yang menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan mereka sekeluarga. Bunyi tuil pelaras lampu pam kedengaran begitu kuat di luar menandakan lampu sudah menyala. Sungguhpun begitu, Amiza tidak endahkan sangat rutin harian abangnya itu. Amiza lebih cenderung untuk mengenang insiden di sekolah siang tadi. Kejadian di sekolah itu benar-benar membuat Amiza terkejut bercampur bangga kerana orang yang disukainya selama ini membuktikan sikap bertanggungjawab kepada seorang wanita. “penyengat ni kalau tidak dibuang bisanya mungkin boleh membawa mudarat..” Cikgu Aziz tunduk sambil menguis bangkai lebah yang baharu saja mati dek tamparannya menggunakan buku latihan milik pelajar. Amiza masih menahan sakit semasa Cikgu Hariani membantunya mengusap minyak herba untuk mengurangkan kesakitan dek gigitan penyengat semasa Amiza menuruni tangga untuk ke kantin sekolah. Beberapa titisan air mata Amiza terkena tangan Cikgu Hariani. Kesakitan yang dirasainya benar-benar menusuk ke rahangnya walaupun selepas beberapa minit digigit.
“nasib baik hero kau cepat tadi” Cikgu Hariani sempat bergurau. Dia tahu Cikgu Aziz menyukai Amiza sejak Cikgu bujang itu sampai lapan bulan yang lalu iaitu dua bulan lewat daripada Amiza dan dirinya sendiri melaporkan diri sebagai guru di sekolah luar bandar itu. Hariani dan Amiza rasa beruntung kerana sudahlah mengikuti latihan di maktab perguruan yang sama malah ditempatkan sebagai guru juga di sekolah yang sama. Mereka berkawan baik semenjak di maktab lagi. Hariani tahu Amiza meminati Cikgu Aziz kerana hati budinya. Sememang Cikgu Aziz seorang yang baik, berbudi bahasa, menghormati orang tua dan tahu menyesuaikan diri di dalam situasi dan budaya satu-satu masyarakat walaupun beliau adalah orang asing di tempat mereka.
Hariani sedar dengan kemesraan yang mula berputik antara Amiza dan Cikgu Aziz walaupun bagi sebilangan besar guru-guru di sekolah itu keadaan itu agak janggal kerana Cikgu Aziz adalah ‘orang luar’ dan Amiza pula orang tempatan. Namun, bagi Hariani, peduli apa dengan kata-kata orang yang penting kita tahu apa yang kita buat tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi agama dan adat. Malah bagi Hariani, lebih baik ramai kawan dan kenalan tidak kira dari mana mereka berasal yang penting tidak ada musuh baik yang diketahui atau tersembunyi. Dalam kebanyakan masa, Amiza banyak membantu Cikgu Aziz berusaha memahami pelat bahasa tempatan malah sesi pembelajaran ‘informal’ secara percuma oleh Amiza itu telah dilakukan secara aktif sejak hari pertama Cikgu Aziz melaporakan diri untuk bertugas di sekolah itu. Hariani juga tahu kemesraan Amiza dengan Cikgu Aziz hanya setakat rakan sekerja sahaja tapi bagi Hariani, kalau sudah jodoh apa salahnya. Lagipun, kedua-duanya sama padan. Hariani juga mendapat tahu yang Amiza pernah mengalami kekecewaan dek perasaannya yang dipermainkan oleh seseorang sewaktu sama-sama mengikuti latihan perguruan di maktab dahulu.

Peluang bertemu Cikgu Aziz adalah suatu yang berharga dan mesti digunakan Amiza sepenuhnya untuk memulihkan semangat dan kepercayaannya terhadap kaum lelaki dan sebagai kawan rapat, Hariani sudah tentu akan menyokongnya seratus peratus.
Dalam masa yang sama, Hariani juga akur dengan kebengisan Cikgu Hashim yang juga merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid di sekolah tersebut. Ada sedikit kelainan pada sikap dan layanan Cikgu Hashim terhadap Cikgu Aziz sejak kebelakangan ini. Ironinya, Hariani tahu bahawa Cikgu Hashim jugalah yang menyuruh Amiza untuk membantu Cikgu Aziz untuk memahami bahasa dan pantang larang penduduk setempat kepada Cikgu Aziz. Kalau semasa mula-mula Cikgu Aziz sampai di sekolah itu dahulu, Cikgu Hashimlah juga yang bersusah payah menjemput guru itu di perhentian bas bandar Sri Tepian, membantu membersihkan rumah bujang yang bakal didiami oleh Cikgu Aziz dan memperkenalkan Cikgu Aziz kepada masyarakat setempat. Keakraban Cikgu Hashim jelas terpapar menerusi aktiviti sukan dan kemasyarakatan tidak kira sama ada acara tersebut berlangsung di masjid mahu pun balai raya. Cikgu Aziz yang terkenal jaguh dalam sukan badminton kerapkali juga kecundang dalam permainan badminton jika berhadapan dengan Cikgu Hashim. Malah kedua-duanya juga selalu dipasangkan sebagai bergu bagi menandingi mana-mana bergu dalam kalangan ahli persatuan belia SANYA di kampug berkenaan.
Bunyi air memenuhi mangkuk singki di sudut bilik guru mengejutkan Cikgu Hariani dari lamunan. Hariani hampir terlupa menutup pili air selepas mencuci tangan di singki bilik guru. Dia tahu sejak sehari dua ini dia asyik terlupa sesuatu yang telah menjadi rutinnya baik di rumah mahu pun di sekolah. Ingatannya kepada keakraban Cikgu Hashim dan Cikgu Aziz terhenti sebaik kedengaran bunyi loceng sekolah dibunyikan menandakan sesi akademik sekolah satu sidang itu sudah tamat.
“Amiza!...ohhh Amiza!..." Cikgu Hariani memanggil Amiza dari beranda sekolah sambil menghadap ke arah kantin. “..dah balik ni mungkin…” bentak hati Hariani. Sesekali dia mengesat tangannya yang berdebu dek penghadang tangan di beranda papan menghadap sebuah gerai yang juga merupakan kantin sekolah itu.
Musim tengkujuh yang jatuh antara bulan Ogos dan Disember saban tahun membuatkan tanah becak dan debu bertaburan ditambah pula apabila panas silih berganti dengan hujan, maka, keadaan lebih teruk dengan denai yang menghala ke arah kantin turun berlumpur kerana dipijak oleh pelajar berulang kali. Hariani dibesarkan di kampung Ulu Sapi manakala, Amiza, abang dan kakak iparnya berasal dari daerah Papar di sebelah pantai barat Sabah. Namun, keakraban mereka sudah menerobosi jurang sahabat dengan kata lain mereka seperti adik beradik. "..mungkin sudah balik lah tu..” Hariani sedikit terkilan kerana tidak sempat memberitahu pesanan Cikgu Hashim tentang Cikgu Aziz dan Amiza.
Amiza sudah jauh berjalan di denai menghala ke rumah guru yang terletak kira-kira 100 meter dari bangunan sekolah semasa Hariani menjerit memanggil namanya. Jarak antara rumah guru dan sekolah sememangnya dekat sahaja. Namun, pandangan sesiapa pun akan terhalang dek rimbunan pelepah pokok kelapa sawit yang seolah-olah menjadi sempadan antara himpunan rumah guru dengan blok sekolah. Hati Amiza masih mempersoalkan tindakan abangnya memarahi Cikgu Aziz pagi tadi.
“Hhhaa..Cikgu Aziz..lepas bawa budak pigi pendidikan jasmani,..simpanlah semula semua peralatan sukan tu secara betul di stor semula!” agak tinggi suara Cikgu Hashim kepada Cikgu Aziz. Amiza kebetulan lalu berdekatan dengan stor sukan kerana itulah laluan yang biasa dilaluinya dari bilik guru ke bilik darjah 3 Mawar. Amiza ditugaskan mengajar pelajar-pelajar darjah 3 dan dia juga adalah guru kelas 3 Mawar. Amiza sempat mendengar beberapa bait kata yang kurang menyenangkan yang keluar dari mulut abangnya sendiri.
“kalau datang ke tempat orang…fikir dahulu sebelum bercakap,..lihat dulu sebelum berjalan,..tanya dulu sebelum bertindak…”suara Hashim begitu jelas memasuki lubang telinganya. Amiza bersembunyi di balik pokok bunga raya berdekatan stor sukan dan dari jarak dan kedudukannya itulah dia nampak Cikgu Aziz dan Hashim sedang berhadapan antara satu sama lain.
“Apa maksud Cikgu?!" tanya Cikgu Aziz dengan muka yang menampakkan sedikit kekeliruan. “kau boleh tanya apa yang sepatutnya kau tau?!" Hashim membentak sambil tangannya menggenggam erat kayu hoki. Cikgu Aziz menjauhkan sedikit posisinya daripada Hashim. “kau berkawan dengan aku sebab nakkan adik aku!!” Hashim meninggikan nada suaranya sambil menjegilkan mata ke arah Cikgu Aziz.
“Ramai orang kampung bercakap tentang adik aku dan kau!!!" Hashim seolah menidakkan peluang Cikgu Aziz untuk menjawab. Cubaan Cikgu Aziz untuk bercakap tidak diendahkan oleh Hashim yang terus berlalu pergi sambil mencampakkan kayu hoki ke tanah. Hashim masih bercakap-cakap sambil berjalan meninggalkan Cikgu Aziz sendirian dengan perasaan yang bercampur-campur.
IV
“Benar atau salah bukan soalnya tapi kalau sudah orang kampung yang bercakap, ia melibatkan maruah kita fahamm!!” Hashim memandang tepat ke arah Amiza. Hamidah yang sedang melipat kain menepuk-nepuk belakang Alinah yang sedang dibuai mimpi sambil menghisap ibu jarinya. Anak kecil berusia tiga tahu setengah itu sudah biasa tidur walaupun dengan bunyi atau gangguan kebisingan memenuhi ruang di sekelingnya. Sudah hampir satu jam Hashim bercakap tentang Amiza dan Cikgu Aziz. “kalau bukan kerana dia,..kau tidak akan jatuh hatikah?!” Hashim menguji Amiza dengan soalan-soalan yang memedihkan hatinya. Baju kurung berwarna merah jambu masih belum dibukanya semenjak dia memasuki rumah lagi. Hashim langsung tidak memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.
“Dia orang semenanjung bah!!” Hashim berulang kali mengutarakan hujah yang serupa. Amiza tahu dari dulu lagi Hashim begitu taksub dengan sentimen anti-semenanjungnya. Tapi itu pun selepas dia bergaul dengan Hasim, Ali dan Idris. Ketiga-tiga mereka ini adalah antara orang tua di kampung itu. Hasim adalah antara peneroka terawal di rancangan tanah tersebut. Manakala, Ali pula adalah anak bekas ketua kampung di situ. Idris pula adalah kontraktor yang kerapkali mendapat projek untuk membangunkan sekolah sejak beberapa tahun yang sudah. Amiza pernah mendengar dari mulut rakan-rakan guru di sekolah bahawa wujud sentimen anti-semenanjung yang melampau dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.
“kalau iya pun orang semenanjung, apa salahnya dengan si Aziz tu?” Hamidah mencelah. Hashim hanya memandang tepat ke arah muka Hamidah yang hanya tunduk dan terus menyelesaikan kerja melipat kain. Hamidah tahu Hashim tidak akan memarahinya kerana dia tahu kebanyakan kata-kata dan tegurannya tidak berpihak kepada sesiapa. Persoalan yang ditimbulkan oleh Hamidah itu sebenarnya masih belum terjawab oleh Hashim sendiri malah dirinya dalam dilema kerana kebanyakan rakan gurunya adalah mereka yang berasal dari semenanjung.Kurang lima peratus daripada warga pendidik di sekolah itu adalah guru yang berasal dari semenanjung tetapi mengapa sejak Cikgu Aziz datang ke sekolah itu Ali betul-betul marah.
Amiza hanya tunduk sambil membelek-belek hujung lengan bajunya. Terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Aziz di telinganya. “saya orang jauh..manakan sesuai dengan orang jauh juga macam Amiza” Cikgu Aziz menjawab dengan senyuman tatkala Hariani berseloroh cuba mengusik Amiza dan Cikgu Aziz pada satu pagi di bilik guru. “alahai jual mahal ke atau saja mahu tahu jawapan dari orang tu?!!” Hariani menambah sambil menjeling ke arah Amiza. Amiza tersenyum simpul sambil berusaha menyembunyikan wajahnya yang mula kemerahan. Amiza mengimbau semula perubahan dari segi tahap kemesraan dan dalam masa yang sama wujud usaha Cikgu Aziz untuk mengelakkan diri daripada terserempak dengannya sewaktu di sekolah.
V
"...Kalau abang mu sudah marah itu tandanya kita tiada jodoh…mungkin kita ditakdirkan sebagai kawan saja. Di mana ia bermula ia akan berakhir di situ juga. Aku sudah memohon untuk dipindahkan semula ke Alor Setar hujung tahun ini. Apa pun seronok mengenali Amiza selama lapan bulan ini. Banyak kenangan manis yang boleh disimpan sebagai pengubat rindu. Namun, buanglah kenangan pahit walau sebesar butiran pasir ke dalam laut agar kita tidak akan menemuinya lagi. Amiza banyak mengajar saya erti persahabatan dan paling penting menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Itu sudah cukup untuk aku jadikan sebagai sebab untuk mendoakan mu agar mendapat pahala di sisi tuhan. Kalau pun bukan untuk menyayangimu sebagai teman sehidup semati, aku akan menyayangimu sebagai kawanku yang terbaik dunia dan akhirat..bah. Amin
Yang mengingatimu…Aziz"
Berderai air mata Amiza membaca kandungan surat terakhir dari Aziz. Sebahagian daripda dakwat ball point berwarna biru itu sudah mengembang dek terkena air tetapi masih boleh dibaca bait-bait kata yang terakhir dari rakan sejawatnya itu. Surat itu ditemui dalam genggaman tangan Amir semasa beliau ditemui di tebing sungai dua hari sudah. Cikgu Aziz masih belum ditemui dan pihak polis, pasukan Rela dan orang kampung masih terus mencari mayatnya. Seorang penduduk yang sempat menyaksikan saat-saat akhir usaha Cikgu Aziz menyelamatkan Amir mengesahkan bahawa Cikgu malang itu hampir berjaya menaiki tebing sungai tetapi untuk beberapa ketika gagal berpegang pada perdu pohon buluh selepas meletakkan mayat Amir di tebing. Saksi yang juga penduduk kampung tidak sempat merentap tangan Cikgu Aziz kerana arus deras menyebabkan keadaan kelam-kabut dan Cikgu Aziz hilang dihanyutkan arus sungai dalam sekelip mata sahaja. Hujan yang tidak berhenti sepanjang beberapa hari lalu meningkatkan paras airsungai sehingga mengakibatkan banjir besar di sungai yang satu-satunya menjadi laluan air bagi penduduk-penduduk Kg. Jaya Baru mudik ke hulu mencari hasil hutan. Beberapa bahagian tebing di liku sungai tersebut runtuh hingga menyebabkan sukar bagi penyelamat berada lebih lama di kawasan berdekatan dengan tempat Cikgu Aziz dilihat kali terakhir oleh penduduk kampung.
# # #