Seseorang pengamal perhubungan awam mempunyai sebab untuk menentukan bentuk perubahan dalam praktis perhubungan awam. Demikianlah juga dengan amalan periklanan yang boleh berubah mengikut corak permintaan dan aspek psikografik [citarasa] pengguna/pelanggan satu-satu perkhidmatan/produk di pasaran. Sungguhpun begitu, perubahan dalam kedua-dua amalan ini bergantung kepada elemen-elemen tertentu dalam rutin operasi bagi merealisasikan amalan itu sendiri. Elemen teknologi, budaya, struktur masyarakat, gelagat ekonomi, ragam politik dan perubahan trend dalam kelompok ahli masyarakat [mengikut umur dan latarbelakang sosial] menjadi faktor penolak dan penarik kepada perubahan pada amalan perhubungan awam dan periklanan. Kes-kes periklanan dan perhubungan awam juga mendapat kesan alamiah sehingga membawa kepada perubahan di peringkat fundamental akibat isu-isu yang timbul yang membabitkan aspek profesionalisme seseorang pengamal perhubungan awam atau periklanan.
Fikirkan...sejauhmanakah amalan perhubungan awam dan periklanan dapat menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran kedua-dua bidang dalam konteks pengajian akademikdi peringkat universiti.