Pages

Khamis, 1 Julai 2010

Selamat datang pelajar baru, selamat meneruskan pengajian pelajar lama...

Semester baharu kini di ambang permulaannya..di saat menginjakkan kaki ke kampus, bermacam perkara bermain dalam fikiran, berbagai telahan disusun dalam hati, malah, seribu satu terkaan dihitung dalam ingatan demi untuk menyediakan diri dengan musim baharu pengajian di UMS...selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu dan selamat meneruskan pengajian kepada pelajar-pelajar tahun kedua dan ketiga. Semoga sesi baharu ini diharungi dengan semangat yang baharu juga dengan satu matlamat iaitu untuk mencatat keputusan CGPA yang lebih baik berbanding semester sebelum ini. Buang jauh-jauh segala macam bentuk sikap negatif seperti malas, prejudis, berpuak-puak 9bila dah ada geng sehati sejiwa kekadang keputusan dan prestasi pelajaran juga sehati sejiwa juga), lambat datang kuliah/tutorial, menipu (memberikan bermacam alasan kepada tutor dan pensyarah sebab dah buat silap atau lambat buat itu dan ini) dan yang paling penting berusaha mematuhi peraturan universiti, undang-undang dan suruhan agama masing-masing. Sematkan azam dan semangat ingin bersaing untuk membuat yang terbaik dalam apa juga gerakerja yang dilakukan. Mudah-mudahan apa yang anda kerjakan mendapat rahmat dari Tuhan..