Pages

Khamis, 1 Julai 2010

Selamat datang pelajar baru, selamat meneruskan pengajian pelajar lama...

Semester baharu kini di ambang permulaannya..di saat menginjakkan kaki ke kampus, bermacam perkara bermain dalam fikiran, berbagai telahan disusun dalam hati, malah, seribu satu terkaan dihitung dalam ingatan demi untuk menyediakan diri dengan musim baharu pengajian di UMS...selamat datang kepada pelajar-pelajar baharu dan selamat meneruskan pengajian kepada pelajar-pelajar tahun kedua dan ketiga. Semoga sesi baharu ini diharungi dengan semangat yang baharu juga dengan satu matlamat iaitu untuk mencatat keputusan CGPA yang lebih baik berbanding semester sebelum ini. Buang jauh-jauh segala macam bentuk sikap negatif seperti malas, prejudis, berpuak-puak 9bila dah ada geng sehati sejiwa kekadang keputusan dan prestasi pelajaran juga sehati sejiwa juga), lambat datang kuliah/tutorial, menipu (memberikan bermacam alasan kepada tutor dan pensyarah sebab dah buat silap atau lambat buat itu dan ini) dan yang paling penting berusaha mematuhi peraturan universiti, undang-undang dan suruhan agama masing-masing. Sematkan azam dan semangat ingin bersaing untuk membuat yang terbaik dalam apa juga gerakerja yang dilakukan. Mudah-mudahan apa yang anda kerjakan mendapat rahmat dari Tuhan..

6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan dapat menjalani sem ne dengan sempurna..

    BalasPadam
  3. insyaAllah.. sy akan cuba berubah kearah lebih baik..buang segala yang buruk2 dulu kala..

    BalasPadam
  4. Good words of wisdom.. I shall apply it to myself, make use of all good will to achieve the best result...

    BalasPadam
  5. Terima kasih kerana memberikan pendidikan yang tidak ternilai kepada kami semua. Segala jasa baik Tuan, tidak akan dilupakan.

    BalasPadam
  6. Aidah@Dewi Berkata:
    Asalamualaikum, Sungguh terharu saya bila menyedari ada seorang pensyarah yang berjiwa pendidik seperti tuan, terima kasih atas segala panduan dan kata-kata hikmat yang tuan berikan, semoga akan terpahat dalam jiwa kami semua keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh. Semoga segala ilmu yang tuan curahkan mendapat keberkatan dari yang maha kuasa dan kami pula akan dapat memanafaatkan ilmu yang kami terima dengan sebaiknya. Mudahan-mudahan kita semua diberkati oleh Allah SWT. Amin!

    BalasPadam