Pages

Sabtu, 17 Julai 2010

[AK21503] Kuliah 1

kempen membantu manusia mencipta peluang untuk menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat dan negaranya. kempen wujud kerana ada isu yang menyebabkan kehidupan manusia terjejas kualitinya. masalah yang timbul akibat rokok, kekotoran persekitaran, gejala sosial dan sebagainya memberi kesan langsung kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselesaan hidup masyarakat. kempen dirangka khusus untuk menimbulkan kesedaran agar ahli-ahli masyarakat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyelesaikan masalah tersebut. sungguhpun begitu, kempen yang baik perlu dirancang dan dilaksanakan berpandukan maklumat yang tepat berkaitan dengan audien kempen, matlamat dan jangkaan hasil kempen. Ini semua dapat dijayakan dengan cara menyelidik terlebih dahulu latarbelakang audien atau khalayak sasar kempen. kaedah membujuk perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada gerakerja kempen agar manusia dapat diubah dan ditentukan cara hidupnya daripada keadaan tidak baik kepada satu situasi yang lebih baik..

59 ulasan:

  1. Salam sejahtera. Benar, sememangnya setiap kempen yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mnyediakan cara penyelesaian masalah dalam kalangan masyarakat dan negara.Melalui kempen, kualiti hidup masyarakat dan negara dapat ditingkatkan. Kempen memainkan peranan penting untuk menimbulkan kesedaran dalam diri setiap ahli masyarakat agar mereka mengambil langkah-langkah penyelesaian masalah terhadap sesuatu isu yang diutarakan. Selain itu, kempen juga dapat membantu memupuk dan mengekalkan ketenteraman dalam masyarakat. Sebagai contoh, kempen 0MBAK(Wanita Membenteras Keganasan) yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, merupakan salah satu usaha pihak kementerian untuk memupuk dan mengekalkan ketenteraman dalam masyarakat.Kempen OMBAK menggariskan matlamatnya yang cukup jelas iaitu membenteras keganasan. Selain matlamat, objektif pelaksanaan sesuatu kempen juga haruslah jelas. Sebagai contoh, objektif pertama kempen OMBAK ialah untuk meningkatkan kesedaran. Kedua, untuk membanteras atau menghentikan keganasan dan ketiga, membantu mangsa untuk meneruskan hidup atau mendapatkan bantuan. Objektif kempen yang jelas dapat membantu organisasi memperolehi kesan yang dikehendaki.Kaedah membujuk yang digunakan juga haruslah dirancang dengan teliti agar mampu menarik perhatian khalayak sasaran.

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera. Kewujudan kempen adalah memang benar untuk memberi kesedaran kepada khayalak. Walaupun kempen tersebut telah dirancangkan dengan baik agar dapat menyedari khalayak, tetapi jika khalayak tidak memberi kerjasama manakala kempen yang diadakan tidak akan berjaya dan tidak dapat mencapai matlamat yang memberi kesan kepada khalayak. Oleh itu, kerjasama khalayak adalah paling penting untuk menjayakan sesuatu kempen.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan Salam perpaduan.
    Saya bersetuju dengan perkara di atas. Kempen dilaksanakan bagi menghuraikan permasalahan serta kemelut yang berlaku di dalam masyarakat sesebuah negara. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan isu atau permasalahan yang timbul daripada melarat dan memberikan kesan yang negatif terhadap perilaku masyarakat sekeliling. Contohnya kempen 'Cintailah Sungai kita' yang dilaksanakan bagi memulihkan sungai-sungai yang tercemar dan memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya sungai terhadap ekosistem alam sekitar. Selain itu, kempen ini dilancarkan bagi mendidik masyarakat agar menjadi lebih peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan mengubah tabiat membuang sampah ke dalam sungai. Bagi memastikan objektif kempen ini dicapai, tempoh pelaksanaan kempen perlulah dipanjangkan lagi di samping penambahbaikkan strategi kempen.

    BalasPadam
  4. Salam. Kempen adalah salah satu cara yang agak berkesan untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang isu-isu yang serius seperti rokok, pembuangan bayi, tentang alam sekitar dan sebagainya. Tanpa sesuatu kempen, mungkin rakyat malaysia tidak akan terdedah kepada penyelesaian sesuatu isu tersebut dan kesedaran tentang perlunya perkara tersebut dibendung tidak akan terlaksana. Disinilah kempen mengambil peranan yang penting untuk menyedarkan masyarakat dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang seharusnya. Kesedaran daripada masyarakat perlu untuk membendung isu-isu tersebut. Kempen yang baik perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan baik supaya matlamat kempen dapat dicapai. Namun, ada juga sesuatu kempen yang seringkali dilakukan namun masyarakat tidak mendapat kesedaran yang maksimum. Contohnya, mengenai rokok. Banyak kempen telah dilakukan namun masyarakat tetap mahu merokok walaupun bahaya rokok telah diketahui melalui kempen yang dilakukan. Kurangnya disini adalah kerajaan tidak menghentikan penjualan rokok untuk membendung perkara ini kerana cukai rokok merupakan sumber pendapatan negara.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum....kempen adalah salah satu inisiatif bagi sesuatu pihak untuk membujuk dan menyedarkan masyarakat.Kempen dilaksanakan bukan hanya semata-mata untuk menyedap mata memandang akan teta[i ianya dapat memberi impak yang besar jika matlamatnya tercapai.Kempen "Tak Nak Merokok " merupakan salah satu kempen yang baik serta dapat memberi kesedaran serta memberikan info kepada mata masyarakat tentang bahayanya amalan merokok.Sungguhpun begitu tidak semua masayrakat suka berfikiran positif.Ada segelintirnya juga mengambil sikap acuh tak acuh berkenaan dengan kempen ini.Seharusnya kita perlu mengambil jalan kedua bagi membendung permasalahan ini dari terus berleluasa. Persoalannya disini, apakah teknik lain yang dapat mencetus kesedaran segelintir masyarakat yang mempunyai sikap acuh tak acuh ini? berikan pendapat supaya kita dapat satu cetusan idea yang boleh menyelesaikan masalah ini dari terus merebak kemasa akan datang.....
    Minta penjelasan......

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kempen merupakan antara usaha yang dijalankan oleh sesuatu pihak untuk menyedarkan orang ramai tentang sesuatu isu. Terdapat beberapa kempen yang dijalankan oleh pihak kerajaan di negara kita untuk mengatasi masalah yang telah lama wujud. Contohnya adalah kempen yang bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Bagi memastikan keberkesanan kempen ini pihak kerajaan perlulah melakukan penambahbaikan dengan memasukkan maklumat yang terperinci tentang keburukan penyalahgunaan dadah dan keadaan penagih dadah yang diibaratkan seperti mayat hidup. Selain memasukkan maklumat tersebut, pihak kerajaan juga haruslah memanggil bekas penagih dadah yang telah insaf untuk menceritakan pengalamannya di samping menerangkan keburukan penyalahgunaan dadah kepada masyarakat agar masyarakat menanam azam untuk menjauhi dadah yang durjana.

    BalasPadam
  7. Selamat Sejahtera.
    Kempen amat wajar diadakan untuk mengurangkan suatu masalah yang berlaku di persekitaran kita. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan suatu kempen dapat dijalankan dengan jayanya. Sebagai contoh, masyarakat harus mengambil bahagian sebagai peserta dalam sesebuah kempen. Hal ini bertujuan untuk berita mengenai suatu kempen dapat disebarkan dengan luas agar masyarakat lain yang tidak mempunyai peluang untuk mengakses maklumat.

    BalasPadam
  8. Salam...kempen merupakan satu usaha lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Walau bagaimanapun, kempen mempunyai beberapa aspek seperti isu kempen, khalayak sasar dan cara kempen dijalankan yang perlu dititikberatkan agar kempen yang dilaksanakan berkesan dan berjaya. Kaedah membujuk berkait rapat dengan sesuatu kempen yang dijalankan kerana kaedah membujuk ini dapat membantu pelaksanaan kempen tersebut dengan berkesan. Ini kerana, tidak semua individu itu dapat menerima sesuatu perkara yang disampaikan dengan mudah. Kaedah membujuk juga berperanan untuk membina kefahaman khalayak sasar tentang kempen yang dijalankan dan memupuk kesedaran mereka tentang sesuatu isu. Walau bagaimanapun, sesuatu kempen itu tidak akan memberi hasil yang baik sekiranya seseorang individu yang menjadi khalayak sasar kempen tidak menjalankan tanggungjawab mereka walaupun mereka menyedari tanggungjawab tersebut. Oleh itu, kumpulan pelaksana dan juga khalayak sasar kempen perlu bersama-sama melakukan tindakan positif untuk menyelesaikan dan menjayakan isu yang diutarakan dalam kempen tersebut. Kempen adalah satu usaha yang positif untuk menyelesaikan atau menjayakan sesuatu isu.

    BalasPadam
  9. Assalamualikum dan salam persaudaraan.
    Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kempen telah banyak membantu manusia dari pelbagai aspek dalam kehidupan manusia. Melalui kempen yang pernah diadakan jelas menunjukkan perubahan yang positif daripada manusia. Perancangan yang teliti perlu diadakan sebelum mengadakan sesuatu kempen. Oleh hal yang demikian, matlamat yang telah ditetapkan sudah tentu dapat di capai. Akan tetapi sejauh manakah kempen akan berterusan dijalankan sekiranya kempen tersebut tidak mendapat sambutan malah dipandang ringan oleh manusia? Apakah sesuatu organisasi akan memberhentikan kempen mereka serta merta? Oleh yang demikian semua pihak haruslah bersatu padu dalam membendung segala permasalahan yang dihadapi masa kini. Bukan hanya menuding jari menyalahkan sesama sendiri atas sebab yang tidak pasti.

    BalasPadam
  10. Nor afiza binti ab wahid said
    Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    kempen salah satu langkah yang dapat membantu mencipta peluang untuk menyelesaikan masalah yang telah wujud di sesuatu tempat keadaan ini boleh menyebabkan kehidupan masyarakat terjejas.Kempen mestilah mempunyai matlamat sebenarnya yang dapat mengumpul dan membaiki situasi.Terdapat 5 prinsip dalam menjayakan kempen iaitu prinsip yang pertama memerlukan matlamat apa yang memenuhi keperluan awam, merancang lebih sistematik, melantik ketua bagi melihat hasil kerja, peranan media massa dan komunikasi dan memilih media berdasarkan kesukaan awam agar mesej yang di sampaikan tercapai.

    BalasPadam
  11. Salam, izinkan saya untuk mencelah sebentar. Jarang untuk kita mengenalpasti kempen yang tidak menggunakan pembujukan sebagai alat yang efektif dalam sesebuah kempen tersebut. Namun ada juga sesetengah daripada kalangan ahli pelaksana tersebut kurang bepengetahuan dari segi kemahiran untuk berkomunkasi dengan lebih baik, mereka lupa untuk menerapkan prinsip perhubungan awam kepada sasaran atau khalayak kempen, akibatnya kempen tersebut kurang berjaya dari segi sambutan oleh itu pelaksana kempen tidak seharusnya menuding jari kepada khalayak dan menganggap khalayak tidak ambil kisah mengenai kempen yang dijalankan. Sekian.

    BalasPadam
  12. Salam perpaduan.Kempen merupakan satu usaha untuk menyelesaikan isu-isu atau masalah yang timbul dalam kehidupan masyarakat yang mana isu-isu tersebut mungkin akan menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat.Disini dapat kita jelaskan bahawa kempen juga sebenarnya satu usaha dalam meningkatkan atau memperbaiki kualiti kehidupan masyarakat.Kempen juga perlu dirancang dengan rapi sebelum dijalankan yang mana matlamat dan objektif kempen perlu jelas.Selain itu, latar belakang sasaran atau audien kempen perlu diselidik terlebih dahulu bagi membantu dalam perancangan dan pelaksanaan kempen.Namun demikian,apa yang menjadi persoalan ialah telah banyak kempen yang dijalankan sebelum ini tetapi terdapat diantara kempen tersebut yang tidak berjaya. Malah tidak terdapat kempen yang benar-benar berjaya.Salah satu contoh kempen yang kurang berjaya ialah kempen anti rokok.Jika kita lihat kempen anti rokok,kerajaan telahpun menyediakan banyak poster dan meletakkan gambar penyakit kronik pada bekas rokok, tetapi masih tidak ada kesedaran dalam kalangan masyarakat.Mengapa masyarakat sangat sukar untuk disedarkan? Adakah kegagalan kempen ini disebabkan perancangan atau pelaksanaan yang tidak rapi? Pada pendapat saya,kegagalan kempen ini bukan disebabkan oleh kesilapan dalam perancangan semata-mata tetapi satu perkara yang kita harus akui ialah kita memang sukar mengubah kebiasaan seseorang kecuali individu yang merokok mengalami penyakit kronik dan ini menyebabkan individu tersebut terpaksa berhenti dengan sendirinya.Oleh itu, dalam kegagalan sesebuah kempen, kita tidak seharusnya terus menyalahkan pelaksana sesebuah kempen.Dalam pelaksanaan sesebuah kempen, aspek pembujukan juga perlu digunakan sebagai satu strategi untuk menukar persepsi atau pemikiran audien terhadap isu yang diketengahkan dalam kempen dan ini juga untuk membantu dalam menarik kadar penyertaan audien dalam sesebuah kempen..tq..

    BalasPadam
  13. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA..

    KEMPEN MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN SEBAGI SATU PERANAN YANG PENTING BAGAIMANA UNTUK MENGUBAH SESUATU FENOMENA ATAU SESUATU GALAKAN DALAM MASYARAKAT...BELBAGAI KEMPEN TELAH DILAKUKAN DALAM MENGURANGKAN MASALAH-MASALAH YANG BERLAKU DALAM MASYARAKAT..BAGAIMANAPUN BAGI SAYA KEMPEN INI PERLU DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN..TIDAK BOLEH MENGIKUT BERMUSIM...MAKSUDNYA..PENGGERAK SESUATU KEMPEN YANG DILAKUKAN PERLULAH DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN DAN MEMPUNYAI ALTERNATIF-ALTERNETIF TERTENTU BAGAIMANA RESPON KEMPEN YANG DILAKUKAN BERKESAN..SALAH SATU JUGA KEMPEN YANG BERKESAN ADA MENGIKUT ACUAN BUDAYA ATAU PENDEKATAN BERPERINGKAT..SEPERTI KEMPEN "TAK NAK MEROKOK" BOLEH DILAKUKAN BUKAN HANYA PADA PERINGKAT UMUM TETAPI KEMPEN INI BOLEH DILAKUKAN DARI PERINGKAT KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH..KERANA KESEDARAN ITU KADANGKALA LEBIH KUAT DARI PERINGKAT KANAK SEBELUM KE ALAM DEWASA...SELAIN ITU PELBAGAI STRATEGI KITA BOLEH LAKUKAN..KEMPEN TAK NAK MEROKOK KITA BOLEH SEBARKAN DIMUKA HADAPAN AKHBAR DAN DITERANGKAN KESAN-KESAN TERSEBUT SECARA TERPERINCI PADA SETIAP HARI AKHBAR TEMPATAN..KADANGKALA JIKA SESUATU KEMPEN HANYA MENERANGKAN MESEJ TETAPI TIDAK MENERANGKAN KESAN YANG SECARA MENDALAM..MENYEBABKAN MASYARAKAT TIDAK BERAPA MEMIKIRKAN KEMPEN TERSEBUT..BAGI SAYA JIKA PENDEKATAN KEMPEN INI DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN DAN MENGIKUT STRATEGI YANG BETUL..SAYA YAKIN SESUATU KEMPEN ITU DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA MASYARAKAT.SEKIAN.

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Keperluan memahami sasaran amat penting bagi memastikan kejayaan matlamat kempen khususnya dalam membujuk golongan sasar untuk menyertai dan mengubah sikap terhadap apa yang dianjurkan menerusi kempen. Keperluan ini bukan sahaja mustahak sebelum melaksanakan sesebuah kempen malah hampir semua aktiviti kehidupan manusia termasuk sebelum seseorang pencari kerja memasuki alam pekerjaan di pejabat majikannya. Pencari kerja perlu terlebih dahulu menyelidik latar belakang majikan atau syarikat mahupun jabatan. Penyelidikan ini amat penting bagi mempersiapkan pencari kerja terhadap tugas-tugas dalam bidang kerja yang ditawarkan majikan. Semua ini demi memastikan pencari kerja dapat menunjukkan prestasi baik sama ada semasa temuduga mahupun bekerja kelak.

    Hal ini turut sama pentingnya sebelum kita melaksanakan sesebuah kempen. Kita perlu memahami sasaran dari segi demografi dan latar belakang sasaran seperti pendidikan, sosio-ekonomi, budaya dan sebagainya. Pemahaman mendalam terhadap sasaran akan memperlengkapkan pelaksana kempen dengan persiapan rapi untuk menangani keperluan sasaran dengan lebih berkesan.

    Oleh kerana tujuan kempen untuk menghimpun sokongan ramai terhadap sesuatu agenda pelaksana, maka amat penting bagi pelaksana mendekati dan membujuk berdasarkan keperluan dan kepentingan sasaran. Sasaran akan lebih mudah menerima kempen jika wujud elemen kepercayaan dalam diri mereka terhadap pelaksana. Selain itu, pelaksanaan kempen juga perlu mempunyai kesan langsung terhadap sasaran dan kesan tersebut hanya dapat dipelajari pelaksana kempen jika membuat penyelidikan terlebih dahulu terhadap latar belakang sasaran.

    Saya juga bersetuju dengan saudara Rizal yang melihat kempen perlu dilakukan secara berterusan kerana bukan mudah mengubah sikap dan tingkah laku manusia walaupun sebenarnya manusia masih boleh dibentuk bak kata pepatah "alah bisa, tegal biasa".

    BalasPadam
  15. Salam..

    Kempen merupakan salah satu medium untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Apabila terdapat isu yang ingin diketengahkan, maka jalan yang terbaik adalak melalui kempen.Kempen kesedaran seperti yang Saudari Audrey katakan seringkali kita lihat namun untuk memupuk kesedaran tersebut memerlukan usaha yang berterusan kerana kadanggkala kesedaran tersebut hanya bersifat sementara.

    BalasPadam
  16. Salam sejahtera. Sememangnya kempen adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh individu atau organisasi untuk menimbulkan kesedaran untuk menangani masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat. Kempen yang telah dirancang dengan rapi dengan menitikberatkan sasaran khalayak atau audiens lazimnya dikatakan kempen yang berjaya. Namun, realitinya walaupun penyelidikan dalam merancang sesebuah kempen telah dibuat, ia masih belum boleh menjamin keberkesanan sesebuah kempen. Bagi pendapat saya, pelaksanaan kempen juga harus peka terhadap perkembangan semasa dan memanfaatkan penggunaan teknologi dalam pelaksanaan kempen. Contohnya, pelaksana kempen boleh menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk menyebarkan maklumat tentang sesebuah isu agar penyebaran maklumat itu lebih luas dan tidak bersifat setempat. Akan tetapi, masyarakat yang hidup di pedalaman juga tidak harus diketepikan, pelaksana kempen haruslah bijak menangani keadaan sedemikian.
    Selain itu, pelaksana kempen haruslah memastikan aktiviti yang dijalankan dalam kempen adalah boleh diterima dan difahami oleh semua golongan dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, pelaksana kempen boleh mempelbagaikan cara dalam penyampaian maklumat seperti menggunakan video animasi, risalah yang bercorak humor dan mempunyai isi tersirat ataupun sindiran secara halus agar audiens tidak bosan dengan penyampaian maklumat bercorak teks semata-mata. Unsur pembujukan haruslah diguna sebaik mungkin dalam sesebuah kempen untuk menarik minat audiens. Seperti yang telah diutarakan oleh saudara Rizal, kempen haruslah dijalankan secara berterusan dan bukannya hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Kempen yang berterusan haruslah sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Kajian maklumbalas pelanggan boleh dijalankan bagi mendapatkan pandangan audiens terhadap kempen yang dijalankan.
    Kesimpulannya, kempen sememangnya mampu menyelesaikan masalah yang wujud dalam masyarakat sekiranya sesebuah kempen itu mempunyai mesej yang diyakini oleh audiens untuk mengubah ‘mindset’, dan penyelidikan tentang demografi audiens sebelum pelaksanaan kempen telah dibuat . Oleh sebab yang demikian, unsur pembujukan perlulah dilakukan dengan sebaik mungkin agar audiens yakin dengan kempen yang dijalankan sehingga mereka mengubah persepsi. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa sesebuah kempen hanya akan berjaya sekiranya semua pihak bersama-sama menggembleng tenaga dan bekerjasama dengan memainkan peranan masing-masing sebagai ahli masyarakat. Tanpa kesedaran sebagai ahli dalam masyarakat, tidak ada kempen yang akan benar-benar berjaya.

    BalasPadam
  17. Kuliah 1
    Assalamualaikum,salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia...

    ya. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara saudari yang mengatakan bahawa kempen sangat penting dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu hidup masyarakat. Tidak dapat dinafikan bahawa kempen-kempen yang dilaksanakan sememangnya dicipta untuk mengubah corak hidup masyarakat ke arah yang lebih positif. Hal ini dapat dilihat melalui mesej-mesej kempen yang bermatlamat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap sesuatu isu yang diketengahkan dalam sesuatu kempen. Sebagai contoh, Kempen Celik Komputer. Objektif atau tujuan utama kempen ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan komputer dan memperkenalkan dunia internet kepada masyarakat berikutan daripada desakan perkembangan teknologi dunia dalam pelbagai aspek kehidupan manusia pada hari ini. Oleh yang demikian, maka jelaslah kempen yang dilaksanakan membawa mesej yang tersendiri untuk kebaikan masyarakat. Walau bagaimanapun, terdapat juga kempen yang tidak mampu mencapai objektif yang telah disasarkan. Mesej kesedaran yang cuba disampaikan kepada masyarakat belum tentu diterima secara berkesan dan menyeluruh. Saya berpendapat bahawa penggunaan strategi yang baik meliputi perancangan berkaitan dengan sasaran kempen, matlamat kempen, teknik dan corak penyebaran kempen, serta jangkaan hasil kempen adalah penting untuk dipertimbangkan sebelum pelakanaan sesuatu kempan itu. Saya juga amat bersetuju denagn cadanagn yang diutarakan oleh saudara Mohd Rizal yang menyatakan bahawa kempen seharusnya dilaksanakan secara berterusan, bukannya bermusim kerana kempen yang didedahkan secara berterusan lebih meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada masyarakat. Namun, kaedah pembujukan dalam proses penyebaran kempen juga tidak harus dilupakan kerana kaedah psikologi ini mampu menjadi akar tunjang yang kuat untuk menyokong sesuatu mesej kempen itu diterima dengan baik oleh masyarakat. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Kaedah psikologi yang diutarakan saudari Hasriani menerusi perbincangan ini secara tidak langsung merangkum kepentingan penyelidikan terhadap sasaran sebelum pelaksanaan sesebuah kempen. Pendekatan psikologi memerlukan kita memahami orang lain khususnya dari segi pembawaan watak dan tingkah laku yang mewakili pendirian mereka.

    Baru-baru ini, AA terlibat dalam pembikinan sebuah laporan khas mengenai The Green Connection Aquarium, sebuah pusat pemuliharaan hidupan semulajadi di negeri ini. Pusat yang bermatlamat untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hidupan semulajadi khususnya di Sabah ini menggunakan pendekatan psikologi yang menggabungkan kepercayaan dan nilai kemanusiaan dalam membujuk pengunjung untuk menyokong usaha mereka.

    Pengunjung pusat pemuliharaan ini bukan sahaja dididik dengan aktiviti pendidikan interaktif dan menyeronokkan malah berpeluang mendekati hidupan liar terancam menerusi pengalaman-pengalaman menyentuh jerung, mengusap ular, menyuap makanan ke mulut ikan pari dan menikmati keindahan taman terumbu karang di dalamnya.

    Pendekatan kreatif ini ternyata mampu menggamit perasaan sayang pengunjung terhadap hidupan semulajadi sekaligus menimbulkan kesedaran pengunjung untuk sama-sama memuliharanya. Pada masa sama, kunjungan ke pusat pemuliharaan ini juga secara langsung telah menyumbang dana pemuliharaan hidupan semulajadi.

    Keberkesanan pendekatan ini disebabkan pelaksana kempen memahami minat dan kehendak sasaran (pengunjung). Itu antara contoh pendekatan psikologi yang digunakan dalam meraih sokongan masyarakat dalam menjayakan sesuatu matlamat.

    Sekian dan terima kasih.

    BalasPadam
  19. Aslmualaikum and greetings to all...
    Thanx for those who support me (for my previous comments)...and i also supported all of your comments here...As i said before, continuous actions or campaigns must be done to make sure the effectiveness of the campaign.besides that, all parties which consists of government itself and the whole society must play their role in order to make sure they are aware of the campaign.for example, the "No Smoking" Campaign...yes,i know, this campaign had been done through years but still the statistics of the smokers are high, and most of the death statistics because of lung cancer (because of smoking) still high. so what is our actions to avoid this situation continuously happen in the future? of course the main method is by doing an aggressive campaign to create a serious awareness between the society. In order to make sure the successfulness of this campaign, we must have "to-do plan and action"...if we only have the "to-do" list, but we dont have any aggressive action on how to make sure the successfulness of this campaign, for sure the campaign will fail. I'm saying an "aggressive" action here because, before this, we have the such campaign before, but how long was the impact?and how about the effectiveness? This is not only for the "No Smoking" Campaign, but also for other campaigns such as, Pollution campaign, Recycle Campaign, Avoid Denggi Campaign, Reading Campaign, and so on.
    In my opinion, after a certain campaign launched, we can do a survey to the society, maybe by giving them a questionnaires, and the respondent will answer it.so we can know the response, and opinion of the society regarding the campaign.we can monitor the campaign, by doing a survey..so we can estimate the percentage of success of the campaign.
    Another opinion of mine, for example, the "Reading Campaign".government encourage the society to "READ".reading means reading books, magazines, papers and all other sources of reading in order to increase the level of knowledge between the society.this campaign, started with the government launching,then followed by the medias, (printed or TV or radios), and then, the parents at homw should know and supporting the campaign by creating the awareness of their children the importance of reading. I mean, we, at home must start this campaign among our children so that if they are growing up, so they can teach and continuously do this campaign to their future children. We can do a survey also, between the parents in order to know their awareness about the campaign, and then we can create some ways to persuade the society, to support this campaign, by telling them the importance of the campaign, especially to the children...
    Internet plays importance role nowadays.We can launch the campaign through the social network such as Facebook. Another example of campaign is the Independence Day 31st August campaign. As i watch the news on TV, some of the people didn't know for how long we've been independent. this is so sad..we as Malaysian, must know all such things.
    Last but not least, what is the most importance when the campaign was launched is, the effectiveness and the support from the society.because, if only one party wants to play their role, the campaign will not success and cannot achieve the objectives of the campaign.maybe the society also can create a club or union in order to show the support of the campaign to the government.Continuous improvement must also be done, if the campaign was not very effective to the society.We cannot stop halfway to make sure the success of the campaign.
    Thank You

    BalasPadam
  20. salam sejahtera, kempen adalah salah satu kaedah untuk meraih sokongan bergantung kepada apa saja jenis isu-isu penting yang berlaku di mana-mana negara. secara khususnya di Malaysia kempen selalunya dilaksanakan melalui penyebaran 'flyers', risalah, billboard, dan lain-lain bagi membantu masyarakat tentang sesuatu perkara yang perlu untuk diberi perhatian di mana kempen berhenti merokok boleh di lihat di kebanyakan tempat sudah pun memasang banner "katakan tak nak kepada rokok" begitu juga dengan "packaging" setiap kotak rokok yang mempunyai amaran bahaya merokok bagi menyedarkan dan membujuk akan bahaya merokok kepada kesihatan dengan mendedahkan kesan-kesan pengambilan rokok berlebihan. sekian

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

    Bercakap mengenai pelaksanaan kempen, ia bukan sekadar melaksanakan malah meliputi perancangan, penyelidikan malah menilai semula kempen tersebut selepas pelaksanaan bagi tujuan penambahbaikan.

    Kelemahan sesuatu kempen yang kurang berkesan lazimnya melibatkan faktor-faktor di atas. Perancangan yang kurang rapi boleh menyebabkan pelaksanaan kempen menjadi agak kucar-kacir sehingga menimbulkan keadaan di luar jangkaan yang sukar ditangani secara terus.

    Selain itu, Kempen Tak Nak Merokok yang dilakukan sejak dahulu juga dilihat kurang berjaya. Kempen yang bertujuan mengurangkan perokok di negara ini sebaliknya dikejutkan dengan fakta di mana bukan sahaja perokok lelaki yang meningkat malah perokok wanita! Pendekatan meletakkan gambar-gambar risiko penyakit yang mungkin akan dihidapi perokok dinafikan perokok tegar dengan menukar kotak rokok kepada kotak rokok yang ekslusif dan boleh dibeli di kedai-kedai.

    Sekali lagi isu ini seharusnya berbalik kepada perancangan dan penyelidikan sebelum pelaksanaan kempen. Perokok dikatakan mula berjinak-jinak dengan rokok seawal usia remaja atau lebih tepat lagi, di bangku sekolah. Justeru, tumpuan kempen Tak Nak Merokok perlu dihalakan kepada meningkatkan kesedaran ibu bapa, sekolah dan guru-guru serta remaja.

    Selain itu, media juga boleh memainkan peranan dengan menyiarkan lebih banyak artikel atau rancangan yang membuktikan keburukan rokok terhadap kesihatan perokok dan orang di sekelilingnya. Namun, apa yang berlaku kini, media hanya melaung-laungkan kempen ini tanpa mendedahkan fakta sahih yang mengatakan penyakit kanser mulut, paru-paru dan sebagainya berpunca daripada rokok.

    Penilaian semula kempen penting bagi memastikan pelaksanaan kempen yang seterusnya tidak si-sia.

    Sekian dan terima kasih.

    BalasPadam
  22. Assalammualaikum dan salam 1Malaysia..sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kempen merupakan suatu altenatif yang dapat dilaksanakan untuk menyedarkan masyarakat. Pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan kempen. Contohnya melalui media massa seperti television, radio dan akhbar. Selain itu juga, kempen secara terus atau erti kata lain, “turun padang” lebih baik kerana kempen seperti ini dikatakan amat efektif contohnya seperti mengadakan ceramah, mengedarkan risalah-risalah dan sebagainya dapat dilaksanakan. Saya juga bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh saudari catherina, bahawasanya pelaksana kempen harus peka terhadap perkembangan semasa dan memanfaatkan penggunaan teknologi yang ada pada masa kini serta setiap pelaksanaan kempen yang dijalankan perlu difahami dan diterima oleh setiap golongan masyarakat. Bagi saya suatu kempen yang berkesan itu mampu mempengaruhi tingkahlaku serta pemikiran seseorang individu tersebut. Kempen amat wajar dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud. Oleh yang demikian, pihak pelaksana kempen dan juga pihak sasaran kempen perlu bertanggungjawab bersama-sama menjayakan suatu usaha kempen yang ada. Kempen merupakan suatu usaha yang berkesan untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul. Melalui kempen yang dijalankan diharapkan ianya dapat membantu mengurangi masalah yang wujud.

    BalasPadam
  23. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa kempen sememangnya membantu manusia untuk mencipta peluang bagi menyelesaikan masalah di kalangan masyarakat dan negara. Tanpa kempen yang berkesan sudah tentu kehidupan manusia terjejas sepertimana yang dikatakan dalam Kuliah 1 ini. Bagi pendapat saya, kempen itu boleh diibaratkan sebagai ramuan untuk memasak. Contohnya kalau ramuan makanan itu tidak cukup sudah tentu orang yang merasakan makanan itu tidak berpuashati dan tidak akan datang lagi ke restoran atau kedai tersebut. Kempen perlu dijalankan secara teratur, terancang, dan memerlukan kajian yang sangat mendalam sebelum menyebarkan kepada publik. Kempen 1Malaysia misalnya, adakah pernah dibuat kajian sebelum diwar-warkan. Sudah semestinya kempen merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kepercayaan, anutan, budaya, usia, politik dan sebagainya. Tetapi amat jarang kita mendengar mengenai kempen membasmi kemiskinan, kempen membina jalanraya di pedalaman, kempen membantu orang-orang miskin, kempen membantu graduan yang sukar mendapat pekerjaan dan sebagainya. Kesimpulannya, Kuliah 1 ini telah memberikan saya idea dan cara berfikir. Terima kasih kerana sudi membaca. (marius 2007-2011).

    BalasPadam
  24. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa kempen sememangnya membantu manusia untuk mencipta peluang bagi menyelesaikan masalah di kalangan masyarakat dan negara. Tanpa kempen yang berkesan sudah tentu kehidupan manusia terjejas sepertimana yang dikatakan dalam Kuliah 1 ini. Bagi pendapat saya, kempen itu boleh diibaratkan sebagai ramuan untuk memasak. Contohnya kalau ramuan makanan itu tidak cukup sudah tentu orang yang merasakan makanan itu tidak berpuashati dan tidak akan datang lagi ke restoran atau kedai tersebut. Kempen perlu dijalankan secara teratur, terancang, dan memerlukan kajian yang sangat mendalam sebelum menyebarkan kepada publik. Kempen 1Malaysia misalnya, adakah pernah dibuat kajian sebelum diwar-warkan. Sudah semestinya kempen merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kepercayaan, anutan, budaya, usia, politik dan sebagainya. Tetapi amat jarang kita mendengar mengenai kempen membasmi kemiskinan, kempen membina jalanraya di pedalaman, kempen membantu orang-orang miskin, kempen membantu graduan yang sukar mendapat pekerjaan dan sebagainya. Kesimpulannya, Kuliah 1 ini telah memberikan saya idea dan cara berfikir. Terima kasih kerana sudi membaca. (marius 2007-2011).

    BalasPadam
  25. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa kempen sememangnya membantu manusia untuk mencipta peluang bagi menyelesaikan masalah di kalangan masyarakat dan negara. Tanpa kempen yang berkesan sudah tentu kehidupan manusia terjejas sepertimana yang dikatakan dalam Kuliah 1 ini. Bagi pendapat saya, kempen itu boleh diibaratkan sebagai ramuan untuk memasak. Contohnya kalau ramuan makanan itu tidak cukup sudah tentu orang yang merasakan makanan itu tidak berpuashati dan tidak akan datang lagi ke restoran atau kedai tersebut. Kempen perlu dijalankan secara teratur, terancang, dan memerlukan kajian yang sangat mendalam sebelum menyebarkan kepada publik. Kempen 1Malaysia misalnya, adakah pernah dibuat kajian sebelum diwar-warkan. Sudah semestinya kempen merangkumi semua lapisan masyarakat tanpa mengira kepercayaan, anutan, budaya, usia, politik dan sebagainya. Tetapi amat jarang kita mendengar mengenai kempen membasmi kemiskinan, kempen membina jalanraya di pedalaman, kempen membantu orang-orang miskin, kempen membantu graduan yang sukar mendapat pekerjaan dan sebagainya. Kesimpulannya, Kuliah 1 ini telah memberikan saya idea dan cara berfikir. Terima kasih kerana sudi membaca. (marius 2007-2011).

    BalasPadam
  26. Aslmualaikum and greetings to all...

    Campaign involves persuasion. Another opinion of mine, in order to persuade someone to support a campaign, we must have an element of "Empathy" in ourself. I bet most of us have heard this term, but we don't know what is it, because we always heard the term "Sympathy" instead of "Empathy". It is not the same term, because sympathy means we feel sorry for people.But Empathy here means putting ourselves into someone's feeling. or in this case, we are putting ourselves as the society, instead of putting ourselves as the campaigners.
    Back to our point, to do a campaign. I suggest we put the Empathy element in doing a campaign, through persuasion, because in doing a campaign, we persuade people to support our campaign rigth? so we must put ourself into their place. For example, "Kempen Membanteras Gejala Sosial".This campaign is launched for the teenagers. because most of the social problems involves the youth or teenagers. So, we, as the campaigners, must have the element of Empathy in doing the campaign, by putting ourselves as a teenager. by doing this, we can understand, how their feelings, and we can know, why they involve in the social problems, such as illegal racing, Bohsia, and drugs, and so on. Maybe they have personal problems and they as a teenager want to be freed from those personal problems, so they involve in various bad activities. As a campaigners,(let say), we can persuade the teenagers, whether, the one who involve or not, by putting the empathy element. I guess we can be succeed in our campaign, because, most of the teenagers just want the people to understand them. but, this campaign must be continuously monitored and as usual, by looking at the statistics of the social problems, especially in Malaysia, and more specifically Sabah.
    Another example of Campaign is, "Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia".The government launched this campaign to encourage the household, to consume, in order to increase or Gross Domestic Product (GDP).it is because, at that time (90s), people always consume the import products and the market for our local product is limited because monopolized by the import product.so, government launched this campaign. Let say, we are the goverment side and we want to persuade people for this campaign. How can we feel the household's feeling, when we cannot make them understand, why we must support local products? so, here, we put the element of Empathy, so we can persuade them, and make them understand why we must buy the local product, so we can encourage the consumption for local product.
    Another usual example, is "No Smoking Campaign".We can put ourselves as the smokers and understand why they cannot stop smoking, but it doesn't mean that you have to smoke first, then persuade the society, No.what i mean here is, we must understand their circumstances, and then we can make them join the program for smokers and teach them how to avoid smoke. as we know, smoke is very dangerous and can make the statistic of lung cancer arise quickly. So, by understanding them, we can persuade them or people out there, so they will not interested to be a smoker. This campaign is not seasonal. as i said above, we must continuously monitored this campaign so we can make sure the effectiveness and the impact to the society, maybe we can see from the death statistics because of lung cancer, or percentage of people suffering lung cancer because of smoking. When the amount of people suffering lung cancer is decreasing, then we know that this campaign is succeed, but we cannot stop there. we must do another method or another program, or add extra program in order to achieve the objectives of the campaign. So, by feeling Empathy, we can understand and know what to do...
    Thank You
    Aslmualaikum...

    BalasPadam
  27. Salam semua. Dewasa ini, di Malaysia, terlalu banyak kempen-kempen yang dianjurkan samada oleh pihak kerajaan, swasta, pihak sekolah ataupun organisasi lain. Kempen-kempen yang dianjurkan adalah seperti kempen anti dadah, kempen kesihatan, kempen mari membaca, kempen kitar semula, kempen keselamatan jalan raya, kempen berkaitan kesihatan, alam sekitar dan sebagainya. Pelaksanaan kempen-kempen ini sebenarnya merupakan salah satu langkah bagi mencegah segala permasalahan yang timbul di negara kita samada dari segi sosial, kesihatan dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan, pelaksanaan kempen-kempen tersebut sedikit sebanyak telah menyedarkan segelintir masyarakat dan mengambil langkah yang bijak dalam menyelesaikan permasalahn yang timbul.
    Contohnya kempen kitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle & Earn!!) di Dewan MBSA Seksyen 16, Selangor Darul Ehsan. Dalam kempen tersebut menyatakan bahawa pelaksanaan kempen 3R ini adalah kesinambungan daripada kempen kitar semula yang dianjurkan sejak tahun 1993 lagi. Seperti yang kita sedia maklum, kitar semula ini merupakan suatu proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau semua bahan daripada sampah untuk di guna semula seperti kaca, aluminium, kertas dan plastik. Kita hanya perlu mengasingkan sampa-sampah tadi mengikut jenisnya dan agensi yang telah ditugaskan untuk mengutip sampah tersebut tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Cukup mudah! Akan tetapi, apa yang menyedihkan adalah masih ramai yang tidak mahu untuk mengitar semula sedangkan di Shah Alam, kita sudah menyediakan 6 pusat Kitar Semula. Lokasi tong kitar semula juga banyak terdapat di Shah Alam.
    Alhamdulillah, sejak kempen ini dilancarkan, masyarakat kita bukan sahaja di Shah Alam (tempat kempen 3R dilancarkan) malah seluruh warga Malaysia khusunya telah membuka minda mereka dalam membuat langkah yang bijak untuk menyelesaikan masalah masalah berkenaan pembuangan tin-tin, botol kaca dan plastik berkenaan. Selain 'membuang' botol-botol plastik atau kaca di tempat yang di sediakan, kita juga boleh menggunakan semula barangan tersebut untuk perhiasan atau membuat sesuatu yang kreatif.
    Oleh itu, kerjasama dari semua pihak adalah sangat penting untuk membantu dalam menjayakan sesebuah kempen yang dilaksanakan untuk kepentingan bersama bukan sahaja untuk hari ini malah di hari akan datang.

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan.

    Bercakap mengenai pelaksanaan kempen ini, ia bukan sahaja sekadar satu usaha untuk kegiatan dan tindakan yang dirangangkan dan dilaksanakan oleh manusia dengan menggunakan penerangan ( rayuan ) untuk mempengaruhi pendapat umum atau pendapat sokongan umum terhadap sesuatu matlamat dan lain-lain lagi malah ianya juga bagaimana cara kita melaksanakan kempern tersebut agar ia lebih berkesan.

    Mengapa sebahagian kempen itu tidak berkesan dan dimana punca kelemahannya sesuatu kempen?. Adalah faktor-faktor ini hanya sekadar untuk melepaskan batuk di tangga atau sekadar satu politik sahaja!.. Perancangan yang kurang rapi boleh menyebabkan pelaksanaan kempen menjadi agak lemah dan sekadar bersahaja untuk memenuhi kempen tanpa ada kesedaran atau tindakan sesulan.

    Dunia hari ini penuh dengan pelbagai kempen tanpa ada perbuatan dan tindakan terhadapan kesedaran kempen tersebut malah tanpa ada segan-silu melakukan tindakan yang tidak seharusnya dilakukan atau ditonjolkan.

    Adalah kita perlu suapkan sehingga kedalam mulutnya dan menelanya sehingga hadam atau biarkan ia berlalu sahaja. Oleh itu, pelaksanaan kempen memainkan peranan yang perlu dititikan berat kepada ibu bapa, remaja, organisasi, pasukan, Jabatan, media dan peranan PR terhadap kempen-kempen yang dijalankan agar pelaksanaan kempen dapat meresap dan diamalkan dengan perbuatan manusia.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
    Kempen seperti yang diketahui berfungsi untuk membujuk dan mengurangkan masalah yang timbul akibat daripada perbuatan manusia yang memberi kesan langsung kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselasaan masyarakat. Namun demikian teknik pembujukan ini ada pelbagai cara yang mana ia boleh mencapai satu tahap sehingga mendesak perbuatan seperti gejala sosial daripada berleluasa. Contohnya seperti yang kita lihat sekarang ini, isu pembuangan bayi merupakan satu isu yang semakin hangat diperkatakan. Sehingga mencapai tahap exponen. Peningkatan pembuangan bayi ini telah mendesak kerajaan dan NGO untuk menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat. Lagi yang menyedihkan apabila kerajaan terpaksa menyediakan tempat pembuangan khas bayi di hospital pada satu masa dahulu. Ini memberi gambaran bahawa pembuangan bayi serupa dengan pembuangan sampah. Namun ini tidak juga menghentikan perbuatan pembuangan bayi. Ia masih lagi dilakukan dengan cara yang hina di mana bayi dijumpai di longkang, sungai, sampah dan sebagainya. Tetapi baru-baru ini teknik pembujukan yang bagi saya bakal memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat perbuatan membuang bayi ini ialah apabila kerajaan memutuskan bahawa kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memeastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini menerima hukuman yang berat. Kabinet telah memutuskan bahawa kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Ini merupakan satu teknik pembujukan yang perlu dimasukkan dalam iklan yang sangat berkesan bagi menyedarkan dalam masa yang sama bakal menakutkan orang ramai daripada terlibat dengan gejala sosial terutamanya apabila ia melibatkan gejala sosial seperti pembuangan anak.
    Sekian.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum dan Salam Damai,

    Pada pandangan saya, jika dilihat dari sudut sejarah pengajian komunikasi sememangnya bermula dengan keinginan beberapa orang sarjana untuk mengetahui bagaimana komunikasi boleh digunakan untuk tujuan memujuk. Usaha yang terawal dibuat oleh sarjana – sarjana seperti Leon Festinger dan Carl Hovland untuk mengkaji tentang propaganda yang dijalankan oleh Gobbler semasa peperangan Dunia Kedua. Minat kajian mereka ialah tentang kekesanan propaganda Hitler keatas askar – askar Pasukan Bersekutu dan bagaimana hendak menentangi propaganda ini. Tradisi kajian pemujukan ketika itu dipetik daripada bidang ilmu, khusunya psikologi social dan sosiologi.
    Bidang ini dikatakan banyak memberikan sumbangannya kepada teori – teori kempen komunikasi. Diantara isu teoritis tersebut ialah ;-
    a) Kredibiliti punca komunikasi
    b) Teknik pemujukan yang mengguna tarikan
    yang menakutkan
    c) Penyusunan hujah – hujah pemujukan
    d) Jenis personality individu yang mudah
    dipengaruhi
    e) Penyimpanan atau pengekalan perubahan
    pendapat.
    Isu – isu ini telah dibukukan oleh Hovland, Janis dan Kelley (1953) dan berkisar kepada 4 kompenan proses komunikasi iaitu punca, mesej, media dan penonton dan telah memberikan sumbangan dalam ilmu pemujukan.

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Sejarah telah membuktikan bahawa kempen telah memainkan peranan yang sangat penting sama ada terhadap individu, organisasi, masyarakat mahupun sesebuah negara sejak dahulu lagi. Kempen merangkumi semua hal-hal yang berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial dan budaya sesebuah negara atau bangsa.
    Jika kita meneliti definisi kempen yang pernah diajar sebelum ini iaitu kempen merupakan usaha terancang untuk memberitahu, memberi kesedaran, meningkatkan kewaspadaan dan mendorong tindakan yang sesuai bagi memenuhi satu-satu objektif. Pernyataan ini seharusnya sudah cukup untuk membuat kita berfikir sejenak tentang rangkuman beberapa perkara dari mula hingga akhir sesebuah kempen. Namun, jika kita teliti satu persatu, adakah semuanya telah dilaksanakan dengan jayanya?
    Saya bersependapat dengan pernyataan Puan Aliza Ali yang mengatakan bahawa pelaksanaan kempen bukan sekadar melaksanakan malah meliputi perancangan, penyelidikan malah menilai semula sesebuah kempen tersebut selepas pelaksanaan bagi penambahbaikan.
    Seperti yang kita tahu, banyak kempen yang telah menghiasi paparan media sama ada secara elektronik ataupun media cetak. Tujuannya merupakan satu usaha untuk memberitahu dan memberikan kesedaran. Namun, bukan semua golongan masyarakat dapat menerimanya secara langsung. Jika pelaksanaan sesebuah kempen tidak mempunyai perancangan dan penyelidikan yang rapi, sudah semestinya kempen tersebut akan gagal.
    Oleh sebab itu, sebagai seorang pelaksana kempen, jangan sesekali bina ‘tembok’ pemisah di antara satu lapisan dengan lapisan masyarakat yang lain. Kempen haruslah dijelaskan, disebarkan dan amalan turun padang merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan masyarakat sama ada masyarakat di bandar atau luar bandar. Cadangan yang diutarakan oleh cik Catherine William tentang pelaksana kempen boleh mempelbagaikan cara dalam penyampaian maklumat terutamanya seperti Facebook yang menjadi satu laman sosial yang begitu popular harus diambil kira. Ini kerana capaian internet atau Jalur Lebar sudah semakin maju dan cara masyarakat berkomunikasi turut berubah.
    Secara peribadi, saya berpendapat bahawa sesetengah kempen yang telah dijalankan seperti kempen ‘Tak Nak Merokok’, kempen ‘Mari Membaca’, kempen ‘Cintailah Alam Sekitar’ dan beberapa kempen yang lain kurang mendapat sambutan masyarakat kerana penyampaian kepada masyarakat tidak mencapai objektif utama kempen tersebut. Kempen yang baik tidak memerlukan modal yang tinggi tetapi cara dan usaha untuk memberitahu, memberi kesedaran dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Perancangan dan tindakan susulan yang dilakukan terhadap sesebuah kempen sudah pasti dapat menambahbaik setiap kelemahan yang wujud.

    BalasPadam
  32. Salam 1 Malaysia dan Salam persaudaraan buat semua,
    Apabila berlaku sesuatu di dalam negara, misalnya isu berkenaan penyakit berjangkit, isu pembuangan bayi dan sebagainya, perkara yang perlu dilakukan adalah melaksanakan kempen bagi memberi kesedaran kepada masayarakt secara umumnya. Fokus utama kempen dilaksanakan adalah terhadap rakyat. Kempen merupakan usaha terancang yang digunakan oleh pihak tertentu untuk memberitahu, memberi kesedaran, meningkatkan kewaspadaan rakyat serta mendorong tindakan yang sesuai bagi memenuhi objektif kempen. Dalam melaksanakan sesuatu kempen, perkara yang paling diutamakan adalah strategi yang sesuai serta taktik yakni cara menyampaikan mesej kepada masyarakat. Kempen dibuat adalah untuk mengubah persepsi individu atau masyarakat secara amnya. Dalam melaksanakan sesuatu kempen, terdapat beberapa elemen asas yang diperlukan. Antara elemen asas tersebut adalah isu yang menjadi matlamat kempen. Pasukan pelaksana kempen harus tahu isu yang ingin diketengahkan kepada masyarakat umum. Sebagai contohnya, pada tahun 2009, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengetengahkan berkenaan isu penyakit berjangkit iaitu demam denggi yang semakin menular di Malaysia. Disebabkan wujudnya isu seperti ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan satu kempen yang dikenali sebagai “10 Minit Setiap Minggu Musnahkan Aedes, Perangi Denggi”. Matlamat kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan pengliatan masyarakat mencegah penyakit demamn Denggi dan Chinkunguya. Selain itu, pasukana pelaksana kempen merupakan elemen yang sangat penting untuk menjalankan dan menjayakan satu-satu kempen. Pasukan pelaksana kempen perlu berkomunikasi kepada khalayak untuk menyebarkan maklumat. Elemen seterusnya adalah pelan kempen. Ia adalah penting supaya satu-satu kempen yang ingin dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar dan mengikut susun atur perancangan pelan kempen. Bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat, media adalah wadah yang paling penting. Pasukan pelaksana kempen boleh menggunakan pelbagai jenis media sama ada media cetak atau media elektronik. Selanjutnya, dalam melaksanakan satu-satu kempen, perlulah ada khalayak sasaran. Khalayak sasaran perlu memahami tentang maklumat yang disampaikan kepada mereka. Selain itu, bagi melaksanakan sesuatu kempen, aktiviti dalam kempen juga perlu dijalankan oleh pasukan pelaksana kempen. Contohnya,kempen “10 Minit Setiap Minggu Musnahkan Aedes, Perangi Denggi”, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan,misalnya gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah dan membubuh bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas takungan air.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kempen sememangnya dicipta untuk mempengaruhi dan mengubah sikap manusia. Kempen digunakan untuk menangani krisis dan memperbetulkan sesuatu keadaan. Persoalan yang timbul adalah....mengapa kempen seringkali gagal? Kempen yang bagaimanakah yang akan mencapai momentumnya dan mencipta satu revolusi?

    BalasPadam
  34. Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia. kempen dan pemujukan sememangnya lebih senonim dengan iklan iaitu rayuan untuk sesuatu produk atau satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. tidak dinafikan bahawa kempen yang lebih bersifat kreatif amat berkesan dalam sesuatu perkara. dunia kini kita telah melihat pelbagai masalah sosial yang berlaku dikalangan remaja yang tidak lagi ada batasan pergaulan. larangan agama tidak dihiraukan malah mereka lebih berani melakukan pelbagai masalah sosial. yang paling menyedihkan kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. pada pendapat saya sendiri dalam fenomena begini tanggungjawab untuk memberi kesedaran bermula daripada ibubapa sendiri, di ikuti dengan kempen kerajaan untuk memberi kesedaran dalam menangani masalah ini. kempen yang lebih berkesan sekiranya di buat oleh mangsa sendiri bagi memberi kesan terhadap masyarakat bahawa bahayanya jika masalah ini berlarutan tanpa dibendung dari awal.

    BalasPadam
  35. Assalammualaikum dan salam sejahtera..

    Saban hari berbagai-bagai kempen disiarkan melalui media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Apa yang pasti setiap kempen yang dibuat mempunyai matlamat untuk memujuk, memikat atau mempengaruhi khalayak agar membeli, memiliki atau merubah persepsi serta tingkah laku mereka.
    Antara perkara asas dalam sesebuah kempen adalah khalayak atau audien yang disasarkan. Strategi dan kretiviti yang tinggi dalam membuat sesuatu kempen itu juga mampu memberikan impak yang akan dingati oleh audien sampai bila-bila. Sebagai contoh kempen yang disiarkan melalui tv pada masa kini memerlukan lebih kepelbagaian dan kreativiti yang tinggi selaras dengan dengan tahap pemikiran serta kemajuan masyarakat hari ini. Jika tidak kemungkinan kempen tersebut mungkin tidak akan diendahkan atau ‘hanya dipandang sepi’ . Pemilihan artis terkenal sebagai model, muzik latar dan kesan efek dalam sesebuah kempen mampu memberi implikasi kepada psikologi atau emosi audien. Namun begitu tanpa idea-idea yang bernas, perancangan yang terperinci dan pelaksanaan yang teratur serta berterusan matlamat kempen tersebut tidak mungkin dapat direalisasikan.
    Pendekatan psikologi atau emosi dalam sesuatu kempen mimang tidak dinafikan keberkesanannya. Misalnya memasukkan risiko-risiko menghisap rokok seperti kanser dan sebagainya dalam kempen ‘Hentikan Merokok’. Perokok tegar mungkin sukar untuk memberhentikan sikap mereka ini walaupun faham dan takut terhadap risiko yang bakal ditanggung kelak. Justeru itu tip-tip dan cara untuk berhenti merokok perlu diselitkan dalam sesuatu kempen sebagai panduan berguna kepada mereka. Pelaksanaan kawasan larangan merokok, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 2004 terhadap kesalahan-kesalahan berkaitan rokok dan larangan penajaan syarikat rokok terhadap semua jenis aktiviti pengiklanan termasuklah dalam semua acara sukan sewajarnya diberi pujian dan kerjasama oleh semua peringkat lapisan masyarakat, agensi, NGO mahupun kerajaan.
    Selain itu kemajuan teknologi pada hari ini pastinya mampu memberi kesan yang lebih efektif dan pantas dalam merealisasikan matlamat sesebuah kempen. Misalnya kempen melalui laman web, blog, email, facebook dan sebagainya.

    Oleh,
    Ainah Idris.

    BalasPadam
  36. Aidah Berkata:

    Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin. Saya amat tertarik dengan penjelasan tuan tentang kempen dapat membantu manusia mencipta peluang untuk menyelasaikan masalah dalam kalangan masyarakat dan negaranya. Memang benar, melalui kempen, masyarakat dapat disedarkan kembali kerana apa yang berlaku dalam persekitaran kehidupan manusia ini, adalah berpunca dari perbuatan dan kesilapan manusia sendiri. Banyak perkara atau isu-isu yang berlaku sekarang adalah masalah yang telah ditimbulkan sendiri oleh manusia, akibatnya kehidupan manusia terjejas sehingga memberi kesan kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselesaan dalam hidup. Walau bagaimanapun pihak-pihak tertentu, kerajaan, pihak NGO dan mana-mana agensi kerajaan dan sawasta mengambil langkah dan inesitif untuk menengani masalah ini dengan pelbagai cara, contohnya melalui kempen. Melalui kempen beberapa langkah atau elemen-elemen penting perlu dirangka dan dirancang untuk menjayakan kempen tersebut agar ianya berkesen dalam menyedarkan manusia atau masyarakat.Tetapi tidak semudah yang kita fikirkan, bahawa kempen itu berjaya sepenuhnya kerana apapun kempen yang kita laksanakan, perlulah dilakukan dengan mengambilkira maklumat yang tepat dan perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu bagaimana dan sejauhmana daya pemikiran audien atau khalayak sasar kempen tersebut. namun demikian, sebagai ahli-ahli yang bertanggungjawab melaksanakan kempen itu, maka kita perlulah melihat dan membuat perancangan yang terperinci, teratur dan tersusun terlebih dahulu. Semua bentuk gerakkerja dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan perlulah dinilai semula samada ianya menepati kehendak dan mematuhi peraturan sesuatu kempen. Adakalanya, kempen tersebut tidak berjaya kerana mungkin mesej atau maklumat tersebut tidak tepat dan selalunya disalahanggap oleh sesetengah pihak, oleh itu, kempen juga perlu digaraf dengan kaedah membujuk bagi memastikan aktiviti-aktiviti kempen tadi dapat diterafkan sebagai sebahagian daripada gerakkerja kempen dalam membantu mengubah cara hidup dan pemikiran masyarakat yang lebih baik. Sungguhpun demikian, kita tidak lupa, bahawa peranan penting ahli-ahli yang bertanggungjawab dalam menjalankan kempen ini, perlulah diseregamkan dan dilakukan dengan penuh kometmen, tanggungjawab, dan kesungguhan yang tinggi agar kempen ini mendapat tempat dihati masyarakat dan dapat menyedarkan masyarakat dan sekaligus dapat mengubah keadaan hidup masyarakat. Oleh yang demikian, kempen perlulah diteruskan agar keberkesanannya tidak akan pudar begitu sahaja, disamping itu kita perlulah mencari langakah-langkah dan kaedah-kaedah yang baru dalam mempertingkatkan mutu dan kauliti kampen itu dari semesa kesemasa dan mengambil pendekatan baru tentang penelitian dan pemerhatian terhadap audein dan masyarakat yang berbilang bangsa dan berlainan latar belakang, agar kempen ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua masyarakat.

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
    Kempen sememangnya dijalankan dengan tujuannya yang tersendiri, malahan juga dirancang untuk mengubah satu2 keadaan yang berlaku. Contohnya, gejala sosial-'Kes Pembuangan bayi'. Hati yang melihat sememangnya sedih dan simpati. Tapi, mengapa golongan muda kita seakan2 'membudayakan' masalah ini? Hairan melihat masalah ini semakin menjadi2. Tidak dinafikan, kempen yang berkesan itu mampu untuk mempengaruhi tingkahlaku serta pemikiran audiens..apakah hanya dengan kempen baharulah boleh menyedarkan masyarakat pada hari ini?? Kita akui, kempen merupakan satu wadah cara penyampaian kepada masyarakat malah amat wajar dilaksanakan untuk memberikan kesedaran. Namun, apakah pelaku kempen itu sudah melakukan kajian terperinci berhubung sasaran khalayaknya? Sebenarnya, sesuatu kempen itu bukan sahaja perlu untuk memberitahu, malah perlu untuk mendidik dan membujuk masyarakat. Pembujukan pula merupakan salah 1 kaedah dan menjadi sebahagian daripada taktik yang digunakan dalam kempen untuk mengamit perhatian ausiens terhadap mesej yang ingin disampaikan. Untuk mengatasi masalah ini bukan dilihat dari 1 aspek sahaja, pengemblengan tenaga dan kerjasama dari semua pihak, kajian yang terperinci dan pengukuhan jati diri anak-anak muda sememangnya amat perlu untuk menangani masalah ini.

    BalasPadam
  38. Assalamualikum....dan Salam 1 Malaysia...

    Perkataan kempen memang tidak asing lagi bagi kebanyakkan kita semua. Sudah menjadi suatu kelaziman di pihak kerajaan contohnya parti-parti politik kerajaan di peringkat kementerian, Jabatan, kerajaan Negeri sering mengajukan kempen dan pihak swasta yang terdiri daripada peniaga.

    Kempen merupakan kaedah komunikasi yang berkesan untuk mempengaruhi sebaran melalui stategik pemujukan dalam menyokong pelaksanaan kerajaan sebagai mewujudkan suasana aman dan harmoni sekaligus memberi impak kepada pembangunan negara.

    Oleh kerana kempen itu lazimnya bermotifkan mempengaruhi sebagai matlamat utamanya. Usaha yang berterusan perlu dibuat untuk mempastikan keberkesanan kempen menepati sasarannya.Kempen perlu dirancang terlebih dahulu. Strategik Perancangan adalah suatu usaha secara sedar, teratur dan sistematik untuk memilih alternatif terbaik dalam memastikan pencapaian objektif terlaksana oleh sebuah kompenan komuniti secara teratur dan beretika untuk membantu kempen yang telah ditetapkan.

    Proses merancang sesuatu pelaksanaan kempen adalah membabitkan langkah-langkah membuat pemikiran formatif, membentuk objektif kempen, mengolah mesej memilih media atau saluran dan membuat penjadualan. Kempen akan gagal jika perancangan sistematik tidak diatur dengan baik, sama ada untuk mengenal pasti dan memilih permasalahan yang hendak diselesaikan mengikut keperluan maklumat oleh golongan sasaran dan persekitaran media sasaran. Secara ringkasnya pemikiran formatif yang dijalankan akan dapat membongkar maklumat berkaitan isu yang hendak dikempen.

    Saya memang amat bersetuju jika dikatakan kempen memang dapat membantu manusia mencipta peluang baru dalam menyelesaikan apa juga permasalahan di kalangan masyarakat.

    Walaubagaimanapun sejauh mana pun kita berkempen jika sekiranya tiada kerjasama semua pihak dan keprihatinan masyarakat setempat terhadap sesuatu isu yang ingin ditangani semua kempen tidak akan berjaya.Walau bagaimanapun ianya perlu diteruskan melalui saluran media alternatif yang secara berperlahan-lahan tanpa mengenal putus asa untuk melihat hasil keberkesanan yang lebih baik secara berperingkat walaupun tidak melihatkan hasil yang cepat, namun usaha yang berterusan, berkat kesabaran diharapkan akan mendatangkan motivasi dalam diri masyarakat di luar sana agar lebih cenderung menghayati seterusnya sedar tentang pelbagai kempen yang dilakukan adalah untuk mengurangkan masalah sosial seterusnya memberikan impak kepada masyarakat dan pembangunan negara yang lebih baik.

    BalasPadam
  39. salam kepada semua...,
    Di Malaysia banyak kempen-kempen dilaksanakan. Namun sejauhmana pelaksanaan kempen tersebut mencapai matlamatnya atau tidak, bergantung kepada sejauhmana keperihatinan dan kerjasama semua pihak. Dalam hal ini, kesedaran adalah teras kepada kejayaan sesebuah kempen itu.

    Kempen-kempen yang diperkenalkan itu sebenarnya adalah bertujuan untuk membantu bagi menyelesaikan sesuatu isu,atau mengurangkannya sama sekali.Seperti kempen Anti Merokok 'Tak Nak' yang telah dilancarkan oleh perdana menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi pada februari 2009. Kempen ini pada dasarnya berjaya mengurangkan bilangan perokok dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok dan kepada masyarakat di sekitarnya. Namun sejauhnmana ia betul-betul dapat memberi kesan kesedaran bergantung pada usaha berterusan. Apabila gambar janin yang sengaja dipaparkan pada kotak rokok bertujuan mengambarkan kesan bahaya merokok tersebut, masyarakat masih memandang remeh mengenainya, masih banyak permintaan ke atas tembakau ini, bermakna kempen anti rokok 'Tak Nak' ini masih belum berjaya sepenuhnya. Begitu juga dengan kempen-kempen kesedaran lain, seperti Kempen Budi Bahasa Dan Nilai Murni, Kempen Rukun Negara, Kempen Kami Prihatin dan Hari Beg Plastik Sedunia. Adakah kempen-kempen ini dapat mencapai matlamat sasarnya?

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Kempen itu dan kempen ini, bermacam-macam kempen telah kita lihat dan dengar, tak terhitung dek jari kempen yang dianjurkan baik di dalam negeri ataupun di luar negara, kerajaan masing-masing terus berusaha berkempen untuk kesejahteraan rakyat. Tanpa mengira keberkesanan kempen tersebut, usaha pihak berkuasa tidak pernah luntur untuk membujuk masyarakat bersama-sama menyahut seruan kerajaan, khasnya di negara kita tercinta ini. Kempen mengajak kita menilai serta memperbaiki sesuatu masalah yang dikira semakin rumit untuk ditangani, walaupun kita sedar ada di antara kempen tersebut kurang mencapai matlamatnya kerana golongan sasar tidak diberi kefahaman yang meyakinkan oleh pihak pelaksana, misalnya kempen makan ikan air tawar,kempen hapuskan sewa telefon, kempen derma darah, kempen cara hidup sihat dan banyak lagi kempen yang sudah lama kita tidak dengari masih diteruskan untuk membujuk masyarakat supaya menyedari apa yang terselindung disebalik kempen yang dianjurkan. Apa yang penting pihak pelaksana haruslah membuat perancangan yang teliti dalam merealisasikan pembujukan dalam kempen yang difokus untuk golongan sasar.

    BalasPadam
  41. Asalamualaikum dan salam sejahtera...

    Sememangnya kempen dan pembujukan perlu terutama sekali bagi masyarakat kita di malaysia, ianya adalah kerana kebanyakkan masyarakat kita terlalu busy dengan kerjaya seharian, dengan adanya kempen dan pembujukan akan menerangkan serta memberikan pengajaran kepada masyarakat tentang kewujudan sesuatu produk serta memberi kesedaran kapada mereka.

    sebagai contoh kempem tentang pencegahan wabak H1N1 dimana pihak kerajaan telah sedaya upaya menyampaikan serta menerangkan kepada masyrakat tentang perlunya menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti.

    Klinik Cegah dan Rawat Influenza A(H1N1) (digelar KCRh1n1) adalah klinik (takrif termasuk klinik, poliklinik, hospital swasta dan pusat-pusat rawatan lain yang berdaftar) yang telah menyertai dalam kempen yang diasaskan oleh Alriz Sdn Bhd dan Ranbaxy Sdn Bhd (digelar sebagai "promoter"). Kempen adalah inisiatif pihak swasta untuk membantu Malaysia mengatasi Influenza A (H1N1). Kempen ini mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dilancarkan pada 20 Ogos 2009 oleh Menteri Kesihatan, Dato Sri Liow Tiong Lai.

    Semua ini adalah berkait rapat dengan apa yang dimaksudkan dengan kempen dan pembujukan...

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada ahli PRCIRCLE yang aktif. Saya berasa amat beruntung kerana mengikuti program Kempen dan Pembujukan pada semester ini. Ia telah membantu dan meningkatkan pengetahuan saya dalam usaha dan tektik-tektik pembujukan untuk direlisasikan dalam kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan bahawa kempen perlu dilaksanakan dengan mempunyai perancangan yang teliti dan berkesan selain dilengkapi dengan skil-skil pembujukan yang dapat menarik semua lapisan audiens sasaran.
    Sebagai contoh kempen "Belilah barangan buatan Malaysi" akan mudah terlaksana dengan jayanya jika perancangan yang teliti serta langkah-langkah yang praktikal dimainkan oleh pihak penganjur dapat diterima oleh golongan sasarannya.Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.
    Pihak media boleh memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Pihak media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan dan rakyat dalam pengeluaran barangan tempatan.
    Semua pihak; agensi kerajaan dan pihak swasta perlu memberikan keutamaan dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka. Rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.Institusi kerajaan, swasta dan rakyat perlu mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti.
    Kesimpulannya, tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan buatan tempatan, siapa lagi?

    BalasPadam
  43. Salam sejahtera..sesungguhnya kempen merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi setiap pihak yang ingin memberitahu,memberi kesedaran,meningkatkan kewaspadaan dan mendorong tindakan yang sesuai dalam sesuatu kempen yang telah dirancang.Kempen yang lebih berkesan bersesuaian dengan masalah yang dibincang akan lebih memberikan kesedaran yang tinggi kepada semua lapisan masyarakat terutamanya masalah gejala sosial yang sering berlaku dimana peningkat pembuangan bayi dikalangan remaja masa kini serta kes-kes rogol,pembunuhan dan sebagainya.Kesedaran masyarakat untuk mengambil langkah-langkah yang lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam negara juga akan meningkat melalui kempen yang telah dijalankan.Kempen yang baik diselaras dengan betul dari segi strategi dan taktik bagi memenangi hati audiens yang disasarkan sebagai penyokong idea atau aspirasi yang diperjuangkan oleh pelaksana kempen.Kaedah membujuk juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam sesuatu kempen dimana taktik yang digunakan dalam kempen dapat menggamit perhatian audiens terhadap mesej yang dijana melalui kempen yang dijalankan.kita dapat melihat maklum balas audiens sama ada memberangsangkan atau tidak dalam memberikan sokongan terhadap kempen tersebut.Oleh itu,kita sebagai masyarakat Malaysia haruslah sedar bahawa kempen itu amatlah penting walau apa pun jenis kempen yang dijalankan.

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. tarmizie ya2008-1150
    assalammualaikum dan salam sejahtera..
    sememangnya benar kempen telah banyak membantu dalam penyelesaian masalah di kalangan masyarakat dan negara.Di mana kempen berperanan menjadi penghubung atau sebagai punca penyebaran sesuatu maklumat atau propaganda dalam memberi mesej kepada khalayak masyarakat dari pelbagai aspek kesedaran,pengetahuan dan maklumat mengenai sesuatu perkara.Kempen juga di lihat sebagai salah satu cabang dalam bidang komunikasi di mana ia berfungsi sebagai penyalur maklumat bersifat sehala ataupun dua hala.
    kempen yang berkesan mesti lah di lakukan secara berterusan dan agresif di setiap lapisan masyarakat.Kajian sesuatu isu pemasalahan atau penyelidikan harus dilakukan terlebih dahulu agar kempen yang berkesan dapat di rancang dengan baik bagi memastikan kempen yang di lakukan memberi kesan positif terhadap khalayak masyarakat.
    Dengan melihat situasi dan senario di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum etnik,bangsa dan agama.Suatu kempen yang ingin di jalankan hendak lah berlandaskan perlembagaan negara, di mana isu isu sensetif yang melibatkan semua kaum haruslah di jaga dan di hormati tanpa mengguris atau menimbulkan rasa tidakpuashati mana-mana pihak.kempen tersebut juga,harus lah di buat berlandaskan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia agar keamanan dan kesejahteraan negara dapat di kekalkan sekali gus kempen yang di lakukan dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakat.

    BalasPadam
  46. salam sejahtera, saya sangat bersetuju dengan kenyataan seperti di atas. Sesuatu kempen yang dijalankan tanpa ada persiapan yang teliti hanya akan menempah kegagalan. Oleh itu, adalah sangat penting bagi pelaksana kempen untuk mengenal pasti apakah masalah sebenar yang ada di persekitaran masyarakat yang mahu diselesaikan. Saya turut bersetuju bahawa kempen akan gagal jika pelaksana tidak mengambil kira latar belakang audien sasaran. Ini disebabkan, audien terdiri dari latar belakang yang berbeza dari segi tahap pendidikan, sosio ekonomi, fahaman politik, kepercayaan dan agama dan yang sangat penting adalah perbezaan bahasa. Jika semua ini diambil kira oleh pelaksana kempen, maka apapun kaedah pembujukan yang digunakan dalam penyampaian mesej atau maklumat pasti akan Berjaya.

    BalasPadam
  47. Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Benar, tidak dapat dinafikan lagi sememangnya kempen yang dijalankan atau dilaksanakan mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul sekali gus untuk menyedarkan sesuatu pihak. Biasanya senario yang biasa kita lihat di negara ini adalah apabila sesuatu isu atau masalah itu timbul, barulah ada pihak yang cuba membuka minda untuk menyelesaikannya. Contohnya," Kempen Keselamatan Jalan Raya". Sebenarnya kempen ini sudah lama diadakan namun kesedaran daripada pelbagai pihak tentang kempen ini seolah-olah acuh tak acuh. Setelah ada berlakunya kemalangan jiwa, kematian, dan pederitaan yang dialami oleh mangsa, barulah kita sibuk untuk menyelesaikan masalah ini dan barulah kempen-kempen yang baru turut dilaksanakan. Pihak-pihak seperti ini bagaikan " Melepaskan batu di tangga" atau " sudah terhantuk baru ternganda". Keberkesanan sesuatu kempen sebenarnya bergantung kepada pelaksana kempen tersebut dari sudut matlamat yang disampaikan, khalayak sasaran dan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu kempen itu betul-betul berjaya...Salam

    BalasPadam
  48. Salam dan selamat sejahtera.
    sejarah membuktikan kempen telah memainkan peranan penting dalam penyelesaian dan pemasalahan masyarakat serta negara.Kempen juga di lihat sebagai satu komponen dalam bidang komunikasi di mana ia bertindak sebagai penyalur maklumat kepada khalayak dari segi kesedaran,pengetahuan mahupun maklumat terkini yang ingin di sampaikan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu.
    Dahulu kempen di lihat lebih kepada propaganda kerajaan di mana ia berfungsi menyebarkan maklumat apa yang ingin kerajaan lakukan dan ia juga di lihat lebih berat sebelah yang menyiarkan berita yang baik baik sahaja mengenai kerajaan.
    kempen yang baik dan berkesan hendaklah di jalankan secara berterusan dan agresif serta di nilai tambahbaikkan dari masa ke semasa agar kempen yang di jalankan mencapai objektif dan sampai pada sasarannya.

    BalasPadam
  49. Salam Sejahtera,

    Isu merupakan satu jurang yang wujud di antara Stakeholder dengan client. Dan jurang inilah disebut sebagai isu. Apabila isu timbul maka setiap organisasi akan cuba untuk menyelasaikan isu tersebut. Sebagai contoh, isu Toyota Recall, isu telepon bimbit Blackberry dan ipod Apple, isu Demam Denggi, isu penyakit AIDS/HIV, isu penyakit kanser, isu pembuangan bayi dan sebagainya. Jika ini berlaku maka masyarakat akan mula mencari kaedah-kaedah untuk menangani masalah tersebut kerana isu ini menggangu kehidupan manusia itu. Maka berbagai cara yang digunakan untuk tujuan itu seperti kempen dan sebagainya. Kempen pula merupakan satu kaedah terancang untuk tujuan tertentu bagi menyelasaikan sesuatu isu. Ini termasuklah kaedah-kaedah pembujukan yang dirancang dan disalurkan melalui kempen itu. Melalui kempen, pihak stakeholder seperti kerajaan, organisasi ngos, dll, berusaha menyedarkan pihak client misalnya masyarakat tentang isu berkenaan dan mencadangkan usaha-usaha untuk menyelasaikan masalah atau isu tersebut.

    Sekian Terima Kasih
    YA2007-7546

    BalasPadam
  50. Salam sejahtera semua... Kempen merupakan satu usaha terancang yang digunakan untuk pihak tertentu untuk memberitahu, memberi kesedaran serta meningkatan kewaspadaan merupakan tindakan yang sesuai bagi memenuhi kehendak atau objektif sesuatu kempen. Setiap kempen yang dilaksanakan haruslah mempunyai unsure-unsur pembujukan supaya setiap kempen yang dijalankan akan memberi kesan positif kepada audien atau golongan sasaran. Sesuatu kempen juga harus dilakukan secara berterusan tanpa ada suatu jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh kempen berhenti merokok. Ia bukalah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan sikap dan sifat semulajadi masnusia. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif. Maka dengan itu setiap perancangan dan langkah hendaklah diatur secara teratur dan tersusun agar setiap kempen yang dilancarkan akan memberi kesan yang positif dan bertepatan dengan objektif kempen.
    Disini suka saya memperlihatkan satu contoh kempen yang telah lama dianjurkan atau dilancarkan berterusan sehingga sekarang iaitu “kempen tak nak merokok.” Kita mungkin tidak asing lagi dengan kempen tersebut tetapi adakah anda semua perasan bahawa kempen tersebut telah mengalami beberapa versi. Dari kempen yang pertama sehingga kempen yang terkini. Persoalannya kenapa kempen tersebut begitu lama dilancarkan dan diterbitkan dalam pelbagai corak? Dari masa kesemasa pelbqagai unsur di muatkan. Dari papan tanda sehingga lah yang terkini ada vedio klip. Persoalan yang kedua adakah kempen tersebut berjaya?.. saya juga pernah terbaca satu artikel yang yang dipetik dari laman blog Dr Azam (http://drazwan.blogspot.com/2010/01/kempen-tak-nak-gagal.html )dan sumber daripada bernama yang mengatakan kempen tak nak merokok gagal. Ini adalah kerana kerajaan telah menghabiskan duit sebanyak RN 20 juta dalam masa tempoh 5 tahun bagi menjayakan kempen tersebut tetapi jumlah penigkatan perokok kian meningkat. Seperti hari ini harga rokok telah mencecah RM 10 sekotak. Mengapakah perkara tesebut berlaku.. adakah ianya kesilapan perancang kempen atau ada pihak yang mengambil kesempatan di situ.... renungkan lah...

    sekian terima kasih
    YA2008-1122

    BalasPadam
  51. Salam sejahtera semua... Kempen merupakan satu usaha terancang yang digunakan untuk pihak tertentu untuk memberitahu, memberi kesedaran serta meningkatan kewaspadaan merupakan tindakan yang sesuai bagi memenuhi kehendak atau objektif sesuatu kempen. Setiap kempen yang dilaksanakan haruslah mempunyai unsure-unsur pembujukan supaya setiap kempen yang dijalankan akan memberi kesan positif kepada audien atau golongan sasaran. Sesuatu kempen juga harus dilakukan secara berterusan tanpa ada suatu jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh kempen berhenti merokok. Ia bukalah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan sikap dan sifat semulajadi masnusia. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif. Maka dengan itu setiap perancangan dan langkah hendaklah diatur secara teratur dan tersusun agar setiap kempen yang dilancarkan akan memberi kesan yang positif dan bertepatan dengan objektif kempen.
    Disini suka saya memperlihatkan satu contoh kempen yang telah lama dianjurkan atau dilancarkan berterusan sehingga sekarang iaitu “kempen tak nak merokok.” Kita mungkin tidak asing lagi dengan kempen tersebut tetapi adakah anda semua perasan bahawa kempen tersebut telah mengalami beberapa versi. Dari kempen yang pertama sehingga kempen yang terkini. Persoalannya kenapa kempen tersebut begitu lama dilancarkan dan diterbitkan dalam pelbagai corak? Dari masa kesemasa pelbqagai unsur di muatkan. Dari papan tanda sehingga lah yang terkini ada vedio klip. Persoalan yang kedua adakah kempen tersebut berjaya?.. saya juga pernah terbaca satu artikel yang yang dipetik dari laman blog Dr Azam (http://drazwan.blogspot.com/2010/01/kempen-tak-nak-gagal.html )dan sumber daripada bernama yang mengatakan kempen tak nak merokok gagal. Ini adalah kerana kerajaan telah menghabiskan duit sebanyak RN 20 juta dalam masa tempoh 5 tahun bagi menjayakan kempen tersebut tetapi jumlah penigkatan perokok kian meningkat. Seperti hari ini harga rokok telah mencecah RM 10 sekotak. Mengapakah perkara tesebut berlaku.. adakah ianya kesilapan perancang kempen atau ada pihak yang mengambil kesempatan di situ.... renungkan lah...

    sekian terima kasih
    YA2008-1122

    BalasPadam
  52. AKUM.. dan Salam sejahtera semua... Kempen merupakan satu usaha terancang yang digunakan untuk pihak tertentu untuk memberitahu, memberi kesedaran serta meningkatan kewaspadaan merupakan tindakan yang sesuai bagi memenuhi kehendak atau objektif sesuatu kempen. Setiap kempen yang dilaksanakan haruslah mempunyai unsure-unsur pembujukan supaya setiap kempen yang dijalankan akan memberi kesan positif kepada audien atau golongan sasaran. Sesuatu kempen juga harus dilakukan secara berterusan tanpa ada suatu jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh kempen berhenti merokok. Ia bukalah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan sikap dan sifat semulajadi masnusia. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif. Maka dengan itu setiap perancangan dan langkah hendaklah diatur secara teratur dan tersusun agar setiap kempen yang dilancarkan akan memberi kesan yang positif dan bertepatan dengan objektif kempen.
    Disini suka saya memperlihatkan satu contoh kempen yang telah lama dianjurkan atau dilancarkan berterusan sehingga sekarang iaitu “kempen tak nak merokok.” Kita mungkin tidak asing lagi dengan kempen tersebut tetapi adakah anda semua perasan bahawa kempen tersebut telah mengalami beberapa versi. Dari kempen yang pertama sehingga kempen yang terkini. Persoalannya kenapa kempen tersebut begitu lama dilancarkan dan diterbitkan dalam pelbagai corak? Dari masa kesemasa pelbqagai unsur di muatkan. Dari papan tanda sehingga lah yang terkini ada vedio klip. Persoalan yang kedua adakah kempen tersebut berjaya?.. saya juga pernah terbaca satu artikel yang yang dipetik dari laman blog Dr Azam (http://drazwan.blogspot.com/2010/01/kempen-tak-nak-gagal.html )dan sumber daripada bernama yang mengatakan kempen tak nak merokok gagal. Ini adalah kerana kerajaan telah menghabiskan duit sebanyak RN 20 juta dalam masa tempoh 5 tahun bagi menjayakan kempen tersebut tetapi jumlah penigkatan perokok kian meningkat. Seperti hari ini harga rokok telah mencecah RM 10 sekotak. Mengapakah perkara tesebut berlaku.. adakah ianya kesilapan perancang kempen atau ada pihak yang mengambil kesempatan di situ.... renungkan lah...

    SEKIAN TERIMA KASIH
    YA2008-1122

    BalasPadam
  53. Komen kuliah 1.
    Salam sejahtera semua... Kempen merupakan satu usaha terancang yang digunakan untuk pihak tertentu untuk memberitahu, memberi kesedaran serta meningkatan kewaspadaan merupakan tindakan yang sesuai bagi memenuhi kehendak atau objektif sesuatu kempen. Setiap kempen yang dilaksanakan haruslah mempunyai unsur-unsur pembujukan supaya setiap kempen yang dijalankan akan memberi kesan positif kepada audien atau golongan sasaran. Sesuatu kempen juga harus dilakukan secara berterusan tanpa ada suatu jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contoh kempen berhenti merokok. Ia bukalah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan sikap dan sifat semulajadi masnusia. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai objektif. Maka dengan itu setiap perancangan dan langkah hendaklah diatur secara teratur dan tersusun agar setiap kempen yang dilancarkan akan memberi kesan yang positif dan bertepatan dengan objektif kempen.
    Disini suka saya memperlihatkan satu contoh kempen yang telah lama dianjurkan atau dilancarkan berterusan sehingga sekarang iaitu “kempen tak nak merokok.” Kita mungkin tidak asing lagi dengan kempen tersebut tetapi adakah anda semua perasan bahawa kempen tersebut telah mengalami beberapa versi. Dari kempen yang pertama sehingga kempen yang terkini. Persoalannya kenapa kempen tersebut begitu lama dilancarkan dan diterbitkan dalam pelbagai corak? Dari masa kesemasa pelbqagai unsur di muatkan. Dari papan tanda sehingga lah yang terkini ada vedio klip. Persoalan yang kedua adakah kempen tersebut berjaya?.. saya juga pernah terbaca satu artikel yang yang dipetik dari laman blog Dr Azam (http://drazwan.blogspot.com/2010/01/kempen-tak-nak-gagal.html )dan sumber daripada bernama yang mengatakan kempen tak nak merokok gagal. Ini adalah kerana kerajaan telah menghabiskan duit sebanyak RN 20 juta dalam masa tempoh 5 tahun bagi menjayakan kempen tersebut tetapi jumlah penigkatan perokok kian meningkat. Seperti hari ini harga rokok telah mencecah RM 10 sekotak. Mengapakah perkara tesebut berlaku.. adakah ianya kesilapan perancang kempen atau ada pihak yang mengambil kesempatan di situ.... renungkan lah...

    SEKIAN TERIMA KASIH
    YA2008-1122

    BalasPadam
  54. Good evening.The importance of Campaign and Persuasion is indeed an element that an organisation must capitalise on. Locally, The POIC Sabah Sdn Bhd (www.poic.com.my) has been practising this as part of their Marketing Communication tool and Corporate Social Responsibility. As an introduction, POIC (Palm Oil Industrial Cluster) is located in Lahad Datu, Sabah. For Malaysia, it is the first dedicated industrial cluster.
    In line with creating awareness to the locals, for the past two years till present, they have had the on-going Career Guidance and Development Talks in Lahad Datu in collaboration with IOI, Malaysian Palm Oil Board and Lahad Datu State Library. In this campaign, the locals were persuaded to pursue their studies in streamline with the needs of POIC. With the hope that the local community graduates and return to their homeland in Lahad Datu with their expertise.
    With the right approach and continuous effort, this campaign will persuade the local community not only in Sabah but Malaysia as a whole.

    Thank you and pleasant evening.
    YA2007-7531

    BalasPadam
  55. salam 1 malaysia. Sebagimana rakan-rakan yang lain saya juga turut bersetuju bahawa pelaksanaan kempen dapat memberikan pelbagai impak positif terhadap sesuatu masalah atau isu yang wujud. Kesedaran masyarakat terhadap sesuatu isu yang semakin kronik akan timbul apabila diwujudkan satu peneraju untuk menyelesaikan isu tersebut terutamanya melalui pelaksanaan kempen. Setiap kempen yang dijalankan memerlukan kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak. Kempen tersebut hanya akan tinggal nama dan mungkin tidak akan diingati oleh masyarakat andaikan pelaksanaanya tidak diteruskan. Selain itu, setiap unsur dalam pemujukan untuk melaksanakan kempen perlu dimasukkan untuk menarik dan menyedarkan masyarakt tentang kempen yang dijalankan. Saya sering berfikir mengapa kempen hanya dilaksanakan atau berguna apabila wujud sesuatu isu, namun ia kadang-kala tidak memberikan impak yang diinginkan. Kempen seolah-olah dijalankan hanya untuk menunjukkan wujud pihak yang dalam kata lain perihatin terhadap isu tersebut namun pada hakikatnya tiada sifat kesungguhan dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bukitnya kempen yang dilaksanakan tidak menunujukan apa-apa perubahan. Contohnya seperti kempen cintai sungai yang tidak memberikan kesedaran kepada masyarakat.

    BalasPadam
  56. YA2008-1470
    Salam......

    kempen merupakan salah satu langkah dan peranan penting dalam menyelesaikan segala permasalahan dikalangan masyarakat serta negara.Kempen juga merupakan salah satu komponen penyebaran maklumat didalam pengajian komunikasi ianya bertindak sebagai penyalur maklumat kepada masyarakat.Hasil daridapa mengadakan kempen timbul kesedaran serta pengetahuan dalam diri setiap masyarakat mengenai apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu.
    Apa yang dilihat pada masa dahulu kempen dikaitkan sebagai salah satu cara berpolitik kerana menunjukkan cara pihak kerajaan menyevarkan maklumat yang baik sahaja kepada masyarakat.
    usaha dalam menjalankan kempen adalah harus diteruskan kerana ianya menampakkan kesan positif dan kerajaan haruslah membuat penambahbaikan dari masa ke semasa agar kempen yang di jalankan mencapai objektif dan sampai pada sasarannya

    BalasPadam
  57. Hai, sememangnya pelaksanaan kempen merupakan salah satu kaedah yang sering kali digunakan oleh pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada isu yang menjadi perbualan pada ketika itu.Boleh saya katakan di sini bahawa kempen merupakan salah satu pendekatan awal untuk mendedahkan masyarakat sekeliling untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sekitar mereka.Sebagai seorang ahli kempen yang baik, untuk memastikan sesuatu kempen itu berjalan dengan lancar, sasaran kempen haruslah dikenalpasti.Adakalanya suatu kempen itu melibatkan sasaran kempen yang banyak.Contohnya, kempen “Budi Bahasa Budaya Kita”.Kempen ini merangkumi khalayak sasaran yang luas iaitu, semua rakyat Malaysia.Pelaksana kempen harus bijak melaksanakan kempennya agar objektif kempen dapat dicapai.Berpandukan contoh kempen di atas, pelaksana kempen harus bijak memilih tempat dan masa yang sesuai untuk memastikan kempen yang dilaksanakan itu mencapai matlamatnya.Kaedah pembujukan yang sesuai hendaklah dikenalpasti bagi menjayakan kempen ini.Oleh sebab itu,amatlah penting bagi pelaksana untuk mengenalpasti latar belakang dan cara hidup golongan sasaran.

    BalasPadam
  58. The Campaign, Kami Prihatin brings awareness to baby dumping. As mentioned by Datuk Shahrizat,Minister of Women, Community and Family Development commented in Utusan Malaysia last March that, the public should not focus on the mother only. There is a father involved here that is responsible for such an act. We should not address these babies as bad luck or better known as "malang". The baby born out of this act is completely innocent. Adults are responsible for such an act, or would you rather call this a mistake? Human beings that have done such a mistake through this campaign can offer them awareness and persuade them not to throw their babies away. The recent action of baby bank allows people who did mistake to send their baby to have a home. Aristotle quoted : do unto others as you would want others to do unto you. People make mistakes.. If God can forgive us, we should also forgive others. This campaign would save the innocent babies from being thrown away and give hope and chance for family's who couldnt have their own. The baby have a chance to live a good life. This campaign can connect to the baby bank idea to give others help.

    BalasPadam
  59. sorry En Shah, the earlier comment was for Kuliah 2. thank you.

    BalasPadam