Gerakerja yang dirancang dalam pelan satu-satu kempen berpotensi memberi kesan menyeluruh ke atas aspek-aspek asas dalam kempen itu sendiri. Antara aspek asas dalam satu-satu kempen termasuklah, pihak pelaksana kempen, khalayak kempen dan isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen. Isu yang menjadi matlamat kempen adalah aspek paling kritikal untuk ditangani. Oleh sebab itulah, satu-satu isu yang menjadi fokus satu-satu kempen perlu secara bijaksana diketengahkan dengan cara yang mudah difahami agar ia mampu menarik perhatian khalayak agar khalayak dapat dilibatkan secara langsung sebagai peserta aktif dalam usaha menyelesaikan isu berkenaan.
Kempen secara teknik meliputi elemen pendedahan. Pewujudan spektrum skop untuk bertindak, dorongan secara berkala atau konsisten untuk membuat keputusan dan usaha mengekalkan momentum untuk mengekalkan keputusan terhadap sesuatu (Syahruddin Hj. Awg. Ahmad, 2010)
Fikirkan..."apakah kempen yang anda pernah lihat/dengar/terlibat?Berpandukan maklumat daripada pemerhatian anda, nilaikan sejauhmanakah kempen dapat membantu satu-satu kumpulan pelaksana dan khalayak sasar kempen merangka jalan penyelesaian satu-satu masalah yang menjadi fokus kempen tersebut"
Kempen secara teknik meliputi elemen pendedahan. Pewujudan spektrum skop untuk bertindak, dorongan secara berkala atau konsisten untuk membuat keputusan dan usaha mengekalkan momentum untuk mengekalkan keputusan terhadap sesuatu (Syahruddin Hj. Awg. Ahmad, 2010)
Fikirkan..."apakah kempen yang anda pernah lihat/dengar/terlibat?Berpandukan maklumat daripada pemerhatian anda, nilaikan sejauhmanakah kempen dapat membantu satu-satu kumpulan pelaksana dan khalayak sasar kempen merangka jalan penyelesaian satu-satu masalah yang menjadi fokus kempen tersebut"
Benar, pemantauan perlu dilakukan sejurus usaha berkempen dilakukan. Ini perlu untuk melihat sejauhmana kempen tersebut boleh menarik masyarakat sekeliling memahami dan menerima pakai dalam kehidupan seharian. Mana yang baik perlu diikut dan diturut manakala perkara yang tidak baik haruslah dijauhkan atau disempadankan.
BalasPadamsalam....dalam usaha untuk berkempen, kita seharusnya mengetahui dan mengenal pasti apa matlamat,apa tujuan dan apa kehendak yang ingin disampaikan oleh pihak-pihak tetentu.Tiga perkara yang penting dalam berkempen ialah apa kesan kepada kempen tersebut,apa mesej yang ingin disampaikan, apa tujuannya,apa isu yang ingin diutarakan dan kepada siapa yang ingin disampaikan..kita perlu sedar bahawa sikap keperimanusiaan perlu ada dalam diri masing2.sikap keterbukaan dapat memberi impak yang positif dalam diri masyarakat.Bagi pendapat saya sendiri apa pun jua kempen perlu diterapkan bg memupuk kesedaran kepada masyarakat yang berada diluar sana yang pelbagai latar belakang.oleh itu mari sama2 kita berkempen kearah yang baik dan diterima pakai oleh semua orang.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Kempen merupakan satu benda yang biasa dilihat oleh masyarakat dan kempen yang dijalankan bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat.Bagi pendapat saya kempen haruslah dijalankan secara berterusan untuk memberi kesedaran yang mendalam kepada masyarakat.Selain itu, pihak yang menjalankan kempen haruslah melakukan kajian secara terperinci untuk mengenalpasti tahap keberkesanan kempen sejurus selepas kempen dijalankan.
BalasPadamSalam..bercakap mengenai kempen, apa sahaja perkara yang ingin diutarakan sama ada dari segi idea, barangan atau isu sesuatu perkara tidak lari dari aspek berkempen.Pihak atau individu yang menjalankan kempen harus menggunakan peluang berkempen untuk mencapai matlamat mereka dan audiens dapat menerima impaknya.Kejayaan kempen yang dilakukan sama ada dari sudut sementara atau jangka masa panjang akam nenjadi cerminan terhadap pelaksana kempen itu sendiri.
BalasPadamAssalamualaikum w.r.t dan Salam Sejahtera.
BalasPadamSecara umumnya kempen merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan sesuatu isu dimana ia adalah satu permasalahan yang timbul di kalangan masyarakat. Isu yang menjadi topik utama pada masa kini ialah masalah pembuangan anak yang semakin serius di kalangan masyarakat negara ini. Oleh yang demikian, Kempen KAMI PRIHATIN telah dilancarkan bagi mengajak orang ramai bersama-sama menyelesaikan permasalahan ini disamping memberikan kesedaran kepada golongan muda.
Seperti yang sudah diterangkan dalam kuliah yang ke2, kempen memberikan kesan terhadap organisasi, isu dan khalayak. Oleh yang demikian, untuk menjadikan sebuah kempen itu berjaya ialah dengan mendapatkan motif sebenar kempen tersebut. Sebagai contoh, Kempen TAK NAK Merokok, berhenti merokok ataupun sebagainya yang melibatkan rokok dianggap tidak mampu memberi kesan yang sewajarnya daripada masyarakat. Kenapa kempen ini boleh dianggap gagal? Pada pendapat saya, kempen ini dilakukan tanpa komitmen yang tinggi dari pihak pelaksana. Memang benar, rokok sebenarnya menjana pendapatan negara, namun apalah ruginya sedikit daripada kehilangan banyak nyawa di Malaysia.Terdapat pelbagai jenis gambar yang dilekatkan pada kotak rokok namun kenapa khalayak memandang gambar tersebut hanya sebagai perhiasan di kotak tersebut? Semuanya terpulang pada diri individu itu sendiri.Berbalik kepada sejauh manakah kempen itu mampu membantu pihak-pihak seperti pelaksana dan khlayak merangka jalan penyelesaian, pelaksana itu sendiri harus mengenal terlebih dahulu siapakah khalayak yang dijadikan sasaran dalam kempen tersebut. Seandainya kempen merokok itu disasarkan kepada perokok, pihak-pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung harus membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Tidak semestinya hanya perokok yang menjadi sasaran kepada kempen tersebut, namun masyarakat sekeliling seharusnya memberi sokongan terhadap kempen tersebut agar dapat mengurangkan masalah-masalah yang disebabkan rokok.Sekiranya kempen itu berjaya, ini bermakna sedikit sebanyak jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu dapat diselesaikan.
BalasPadamSalam sejahtera dan salam satu Malaysia. Benar, sememangnya dalam pelaksanaan sesuatu kempen, isu merupakan aspek yang paling kritikal untuk ditangani. Isu merupakan dasar pelaksanaan atau sebab utama yang menjadi sebab sesuatu kempen itu dijalankan. Oleh itu, saya tidak berasa ragu untuk menyatakan pendapat saya bahawa tanpa sesuatu isu, kempen tidak mungkin akan wujud. Sebagai contoh, kempen 'Kami Prihatin' seperti yang diutarakan di atas wujud disebabkan oleh kes-kes pembuangan bayi yang merupakan isu, iaitu dasar kepada pelaksanaan kempen tersebut. Dalam usaha menangani isu pembuangan bayi, pihak pelaksana kempen memainkan peranan penting dengan merancang strategik-strategik tertentu yang dapat menarik perhatian dan secara langsung mempengaruhi khalayak ramai untuk terlibat secara langsung sebagai peserta aktif.
BalasPadamSalam 1Malaysia.kempen merupakan salah satu langkah yang realistik untuk setiap pelaksana kempen menyelesaikan satu-satu isu.Namun ia bukanlah semudah yang disangka.Lebih-lebih lagi pada masa kini kebanyakan isu- isu yang ada adalah bersifat negatif. selain itu,isu-isu yg terdahulu juga wujud kembali.Contohnya isu yang berkaitan dengan merokok,isu pencemaran,isu kesihatan dan sebagainya. Pada pendapat saya pihak pelaksana kempen tidak seharusnya hanya bergantung dengan menetapkan tempoh yang tertentu sahaja untuk melihat sejauhmana kempen tersebut dapat mencapai matlamat yang diinginkan.Namun,kempen yang dijalankan perlulah dilakukan secara berperingkat atau berterusan kepada semua lapisan masyarakat.Sebaik-baiknya kempen tersebut dilaksanakan untuk suatu tempoh yang maxsimum bagi menunjukkan bahawa sesuatu isu yang wujud perlu ditangani dengan segera demi kehidupan yang lebih selesa.
BalasPadamSalam. Seperti yang sudah dinyatakan dalam kuliah yg kedua, sesuatu kempen yang hendak dijalankan haruslah mempunyai matlamat yang ingin dicapai dengan jelas untuk memperolehi kesan yang dikehendaki sesuai dengan matlamat yang telah dibina. Dalam sesuatu kempen mempunyai elemen-elemen penting termasuklah, pihak pelaksana kempen, khalayak kempen dan isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen. Tanpa sesuatu isu yang ingin diselesaikan, sesuatu kempen sukar untuk dilaksanakan kerana tiada matlamat yang jelas. Sesuatu kempen yang hendak dijalankan juga haruslah dirancang dengan teliti terlebih dahulu supaya mendapat kesan positif kepada penyelesaian isu berkenaan.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Kempen merupakan benda yang tidak asing lagi di dunia ini. Di Malaysia, pelbagai kempen dijalankan untuk memupuk kesedaran masyarakat. Bagi pendapat saya, setiap kempen yang dijalankan perlulah mempunyai matlamat yang jelas, mesej yang mudah difahami dan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik serta menghiburkan agar masyarakat menjadi minat untuk mengikuti kempen yang telah dirancang.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap pihak yang menjalankan kempen haruslah bersikap lebih terbuka dalam menjawab segala persoalan masyarakat. Mereka tidak boleh melenting atau memarahi orang yang mempertikaikan tentang kempen yang mereka jalankan sebaliknya menerangkan secara terperinci isi kandungan kempen tersebut termasuk faedahnya kepada masyarakat.Ini perlu untuk meraih perhatian mereka supaya menyokong kempen yang mereka jalankan.Justeru itu, sikap keterbukaan pihak yang menjalankan kempen amat penting untuk memastikan keberkesanan kempen tersebut.
BalasPadamSalam sejahtera semua. Kempen yang selalu saya dengar dan semua orang selalu dengar ialah Kempen 1 Malaysia. Pada pandangan dan pendapat saya, Kempen 1 Malaysia ini boleh dikatakan berjaya mencapai matlamatnya walaupun bukan secara optimum. Hal ini kerana, sasaran khalayak iaitu rakyat Malaysia sudah mula sedar akan kepentingan konsep 1 Malaysia melalui pendedahan yang kerap melalui saluran media seperti televisyen, suratkhabar, majalah, radio dan sebagainya. Apabila masyarakat kerap kali didedahkan dengan konsep 1 Malaysia, mereka mulai sedar dan terpengaruh dengan konsep yang baru diperkenalkan oleh PM kita. Jika sebelum ini, dalam kalangan rakyat masih lagi ada unsur-unsur ataupun sifat-sifat perkauman. Namun, dengan adanya kempen 1 Malaysia sekarang ini, masyarakat lebih berikiran terbuka dan mula sedar bahawa 1 Malaysia ini dapat menyatupadukan semua kaum dalam negara, membela hak semua kaum dan membawa rakyat dan negara ke arah sebuah negara maju tahun 2020. Pada pemerhatian saya, kempen 1 Malaysia ini sangat berkesan dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar di IPT. Hal ini kerana mereka selalu menganjurkan aktiviti sempena dengan 1 Malaysia. Secara tida langsung aktiviti yang diadakan akan dapat menyatupadukan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang. Tambahan pula, golongan muda sekarang merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi dan meneruskan agenda kepimpinan negara pada masa akan datang. Dengan itu, negara kita dapat melahirkan generasi pemimpin yang bertaraf tinggi dan berjiwa 1 Malaysia.
BalasPadamSalam sejahtera semua. Kempen yang selalu saya dengar dan semua orang selalu dengar ialah Kempen 1 Malaysia. Pada pandangan dan pendapat saya, Kempen 1 Malaysia ini boleh dikatakan berjaya mencapai matlamatnya walaupun bukan secara optimum. Hal ini kerana, sasaran khalayak iaitu rakyat Malaysia sudah mula sedar akan kepentingan konsep 1 Malaysia melalui pendedahan yang kerap melalui saluran media seperti televisyen, suratkhabar, majalah, radio dan sebagainya. Apabila masyarakat kerap kali didedahkan dengan konsep 1 Malaysia, mereka mulai sedar dan terpengaruh dengan konsep yang baru diperkenalkan oleh PM kita. Jika sebelum ini, dalam kalangan rakyat masih lagi ada unsur-unsur ataupun sifat-sifat perkauman. Namun, dengan adanya kempen 1 Malaysia sekarang ini, masyarakat lebih berikiran terbuka dan mula sedar bahawa 1 Malaysia ini dapat menyatupadukan semua kaum dalam negara, membela hak semua kaum dan membawa rakyat dan negara ke arah sebuah negara maju tahun 2020. Pada pemerhatian saya, kempen 1 Malaysia ini sangat berkesan dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan pelajar di IPT. Hal ini kerana mereka selalu menganjurkan aktiviti sempena dengan 1 Malaysia. Secara tida langsung aktiviti yang diadakan akan dapat menyatupadukan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang. Tambahan pula, golongan muda sekarang merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi dan meneruskan agenda kepimpinan negara pada masa akan datang. Dengan itu, negara kita dapat melahirkan generasi pemimpin yang bertaraf tinggi dan berjiwa 1 Malaysia.
BalasPadamSalam....gerak kerja dalam melaksanakan sesuatu kempen itu jangan dianggap remeh.Walaupun sesuatu kempen itu hanya mengambil masa 10-15 saat dikaca televisyen, wajar kita renungkan seta fikirkan apa tujuan kempen itu dilancarkan, apakah matlamat yang ingin dicapai oleh pihak yang berkempen itu.kempen ini tujuan utamanya untuk menarik minat masyarakat untuk mengetahui sesuatu benda.Kempen yang berkesan juga boleh berjaya digerakkan oleh kerajaan.Hal ini kerana kerajan boleh membendung sesuatu isu itu dangan cara berkempen.Sebagai contoh kempen jauhi dadah.Secara tidak langsung ia mempengaruhi minda kumpulan sasaran supaya menjauhi dadah.Kempen yang dikeluarkan ini disokong oleh ramai pihak dan diterima ramai....
BalasPadamassalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia. apabila berbicara mengenai "KEMPEN", itu bukanlah perkara baru untuk semua. pelbagai kempen yang telah dijalankan oleh pelaksana-pelaksana kempen yang berasa bertanggungjawab dalam menangani sesuatu isu yang kian parah dalam sesuatu keadaan. contohnya kempen "KAMI PRIHATIN" yang telah dijalankan oleh pelaksana untuk menangani kes pembuangan bayi oleh masyaratkat yang tidak bertanggungjawab. usaha-usaha pihak pelaksana kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu pembuangan bayi ini dengan menggunakan pelbagai elemen pendedahan dengan menyiarkan lagu yang disertakan dengan gambar-gambar bayi yang menjadi mangsa "BUANG".
BalasPadamAsalamualaikum kepada semua, apa yang terlintas sejurus sahaja mendengar sesuatu yang tidak asing bagi kita iaitu kempen? sememangnya kita telah lama mengenali pelbagai kempen ini yang biasa terpapar dipelbagai bentuk media, namun apa yang dapat saya perhatikan pelbagai kempen yang dilaksanakan sememangnya ada yang berjaya, ada dalam usaha, dan ada sehingga kini sesuatu kempen tersebut timbul dan tenggelam sahaja. Berbalik kepada kempen yang dilaksanakan iaitu kempen "KAMI PRIHATIN" ini adalah amat wajar dilaksanakan kerana kempen sedemikian amat penting untuk meyelamatkan serta memperjuangkan nyawa sikecil yang tidak berdosa dan kes-kes pembuangan bayi ini amat menyayat hati nurani kita, serta secara langsung menyedarkan masyarakat. sememangnya ramai yang menyokong seratus peratus kempen tersebut, namun bukan hanya dengan sokongan sahaja tetapi tindakan amat perlu dilakukan oleh masyarakat serta memikirkan sesuatu alternatif baru bagi menghentikan kegiatan diluar tabii manusia ini pada tahap sifar.
BalasPadamsalam... kempen yang pernah saya lihat ialah Kempen Mencegah Kanser Payudara. Melalui kempen ini dapat memberi kesedaran kepada khususnya golongan wanita namun begitu secara tidak langsung golongan lelaki juga perlu menitikberatkan tentang kempen ini. Apabila kesedaran wujud dalam diri seseorang justeru akan mewujudkan sikap ingin menyelesaikan masalah tersebut melalui Kempen Mencegah Kanser Payudara ini. Melalui alternatif yang dijalankan ini dapat melibatkan semua pihak untuk menyelesaikan masalah ini yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada hari ini. hal ini melibatkan penyakit yang berbahaya yang memberi kesan yang negatif pada kesihatan kita. oleh itu, kita haruslah melibatkan diri dalam semua kempen yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan sesuatu masalah. sekian terima kasih.
BalasPadamasslamualaikum dan salam sejahtera...di kesempatan ini saya ingin mengutaran berkaitan dengan kempen-kempen yang berlaku tika ini. Dengan apa yang saya perhatikan kempen-kempen sekarang mempunyai motif yang tersendiri untuk menarik perhatian utama sasaran masyarakat. Apa yang dapat saya perhatikan kempen yang memberikan kesan mendalam terhadap saya ialah kempen budaya membaca dalam masyarakat malaysia. Kempen budaya membaca dalam kalangan Malaysia kurang diamalkan oleh masyarakat Malaysia walaupun kempen sering dilakukan tidak kira media cetak dan media elektronik.Kempen yang dilakukan seharusnya mempunyai matlamat iaitu jangkaan yang bakal dilalui oleh khalayak dan organisasi.Matlamat seharusnya berkaitan dengan sasaran yang digariskan oleh organisasi yang melakukan kempen tersebut.Kempen budaya membaca perlu dipertingkatkan agar kempen ini dapat memberi kesan positif kepada sasaran khalayak masyarakat. Sekian terima kasih.
BalasPadamSalam. Sebuah kempen itu akan diadakan sekiranya terdapat isu yang ingin ditangani. Salah satu kempen yang pernah saya dengar ialah kempen anti dagang manusia. Kumpulan pelaksana mengadakan kempen ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat akan fenomena jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di negara ini. Masih terdapat sesetengah golongan masyarakat yang masih tidak tahu atau tidak sedar akan berlakunya fenomena ini. Malaysia negara yang memberikan banyak peluang pekerjaan dan peluang seperti ini menarik minat orang asing untuk datang ke negara ini tidak kiralah secara sah atau haram. Akibat terdesak, mereka ini diekspoitasikan untuk keuntungan, antaranya adalah seperti dipaksa memberikan perkhidmatan seks dan juga sindiket penjualan bayi. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada orang asing yang datang ke mari malah terdapat rakyat tempatan sendiri yang turut menjadi mangsa. Oleh itu, dengan adanya kempen seperti ini, khalayak sasar sedikit sebanyak di beri pendedahan dan kesedaran supaya tidak terjebak dalam masalah dagang manusia. Melalui kempen ini juga, mereka boleh mengetahui bahawa bukan semua pekerjaan yang diiklankan dan ditawarkan itu benar-benar ada atau wujud tetapi adalah sebaliknya. Iklan pekerjaan yang dimaksudkan adalah seperti yang menawarkan gaji lumayan tanpa memerlukan kriteria tertentu seperti tahap pendidikan dalam sesuatu bidang, kemahiran serta pengalaman bekerja. Dari situ, khalayak sasar akan sedar dan terbuka mata dan minda supaya lebih berhati-hati dalam memilih pekerjaan dan tidak menjadi mangsa kepada fenomena seperti ini.
BalasPadamSelamat Sejahtera.
BalasPadamSeperti yang sedia maklum, kebanyakan kempen yang diadakan di negara kita mahupun di negara lain kebanyakannya tidak memberi kesan yang sepenuhnya kepada masyarakat.
Bagi pendapat saya, kempen Earth Hour dikategorikan sebagai satu kempen yang hampir berjaya. Hal ini kerana hampir keseluruhan negara di dunia mengambil bahagian dalam menjayakan kempen ini. Seperti mana yang kita ketahui, semasa kempen Earth Hour tersebut, setiap masyarakat digalakkan untuk mematikan suis lampu bangunan agar dapat mengurangkan pelepasan udara panas ke udara. Didapati banyak negara yang yang terlibat untuk menjayakan negara ini. Sebagai contoh, bangunan-bangunan yang ternama di setiap negara menjadi gelap-gelita semasa Earth Hour dilancaran. Di Malaysia pula, didapati bangunan KLCC yang merupakan bangunan yang tertinggi juga menjadi gelap-gelita apabila Earth Hour dilancarkan. Dari sudut ini, boleh dikatakan kempen Earth Hour dikira sebagai aktiviti yang berjaya dilaksanakan. Lebih-lebih lagi di Universiti Malaysia Sabah juga terlibat dalam pelancaran Earth Hour ini.
assalamualaikum...saya adalah seorang individu yang telah mendengar bermacam-macam kempen yang terdapat di negara ini. Saya mula tertarik dengan kempen 'BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA'. Hal ini kerana, kempen ini bukan sahaja dapat membantu para usahawan negara kita malah dapat menaiktarafkan nama negara kita di persada antarabangsa. Selain itu, kempen ini juga dapat membantu ekonomi negara kita disebabkan pengambilan barangan import dalam negara semakin berkurangan. Kempen ini akan mendapat sambutan oleh semua kalangan masyarakat sekiranya badan atau organisasi telah melakukan kerja dengan teliti sebelum melancarkan kempen ini. Sebagai contoh, pihak-pihak yang terlibat perlu memastikan barangan yang dikeluarkan oleh peniaga tempatan mempunyai mutu dan kualiti yang sangat tinggi. Hal ini kerana kebanyakkan rakyat negara kita sering berpendapat bahawa barangan import lebih bermutu dan berkualiti daripada barangan buatan negrara kita. Untuk memastikan pendapat tersebut adalah salah maka pihak-pihak yang terlibat harus membantu untuk mempromosikan barangan buatan tempatan. Bukan dengan hanya berkempen sahaja namun tidak ada tindakan susulan kerana sememangnya kempen tidak akan berjaya sekiranya kempen yang dijalankan tanpa ada sebarangan tindakan susulan. Tindakan susulan yang sesuai untuk kempen ini ialah melakukan promosi secara besar-besaran oleh kesemua usahawan negara.
BalasPadamSalam 1 Malaysia.Sebelum kempen dijalankan,perancangan yang rapi haruslah dilakukan terlebih dahulu kerana hal ini akan membantu dalam pelaksanaan sesebuah kempen seterusnya mampu membantu dalam menyelesaikan isu yang menjadi fokus utama dalam sesebuah kempen. Kempen yang dirancang dengan rapi juga sepatutnya jelas dari segi matlamat dan tujuan kerana ini akan membantu dalam penyelesaian sesebuah isu.Jika kita ingin menilai sejauhmanakah kempen membantu pelaksana dan khalayak dalam penyelesaian sesuatu isu, kita boleh menilai berpandukan kempen-kempen yang pernah dijalankan sebelum ini seperti kempen derma darah,kempen yang berkaitan dengan isu alam sekitar, kesihatan dan lain-lain.Sebenarnya banyak kempen yang telah dijalankan mungkin kurang berjaya tetapi telah membantu pelaksana dan khalayak dalam menyelesaikan sesuatu isu kerana kempen meliputi penghuraian punca isu yang dikemukakan, tahap keseriusan isu, langkah penyelesaian dan pencegahan daripada isu berulang-ulang. Walaupun demikian,semua ini terpulang kepada diri individu atau khalayak sama ada terkesan atau tidak dengan isu yang dikemukakan dalam kempen. Oleh itu,pihak pelaksana kempen harus berusaha lebih walaupun agak sukar sehingga isu yang dikemukakan mampu menarik perhatian khalayak untuk terlibat sama.
BalasPadamSalam...Setiap kempen ada agenda dan matlamat yang tersendiri. Apa yang paling utama adalah isu yang dibangkitkan dalam kempen tersebut. Kempen yang dilakukan perlulah berkesan untuk mencapai matlamat kempen tersebut. Hal ini tentu sahaja memerlukan wujudnya komunikasi antara kumpulan pelaksana kempen dan khalayak sasar kempen tersebut. Sebagai contoh kempen yang saya perhatikan ialah kempen"Kami Prihatin" yang dipaparkan sendiri dalam blog ini. Kempen ini diadakan ekoran daripada peningkatan kes buang bayi yang berlaku di negara ini. Oleh itu, kempen "Kami Prihatin" ini telah menggunakan masalah tersebut sebagai isu kempen. Kempen "Kami Prihatin" ini sedikit sebanyak telah membawa kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab mereka untuk bersama-sama turut serta dengan kumpulan pelaksana kempen mengatasi masalah ini. Ini boleh diperhatikan apabila khalayak sasar bersama-sama dengan pelaksana kempen menjalankan kempen ini sama ada melalui radio, televisyen, internet, poster dan sebagainya. Dengan pelaksanaan kempen ini ianya telah mampu mewujudkan sikap perikemanusiaan, prihatin dan kerjasama bukan sahaja daripada kumpulan pelaksana kempen malah daripada khalayak sasar kempen ini juga.
BalasPadamAsalamulaikum kepada semua, kempen sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan bermasyarakat lebih-lebih lagi kempen yang dibentuk adalah berpunca daripada masalah tertentu, oleh itu, semakin banyak masalah yang melibatkan sejagat dan berada pada tahap yang membimbangkan adalah wajar untuk membentuk sesuatu kempen.Sehubungan itu, kempen yang sering kita lihat dan dengar seperti kempen keselamatan jalan raya, kempen tak nak merokok, kempen bumi hijau dan pelbagai lagi, tetapi persoalannya sejauhmana kah keberkesanan atau kejayaan sesuatu kempen tersebut? sebenarnya, sesuatu kempen adalah amat sukar untuk dinilai tentang keberkesanannya tetapi bagi saya semua kempen yang dilaksanakan adalah berjaya ia hanya terpulang dengan masyarakat itu sendiri,apa yang penting kita menjalankan usaha untuk kebaikan diri dan masyarakat.Bagi saya pula, kempen kitar semula merupakan kempen yang banyak melaksanakan tindakan serta kempen ini sememangnya telah lama dikenalkan dan apa yang menarik kempen ini menampakkan hasil kesedaran masyarakat tentang kitar semula.Hal ini disebabkan dengan strategik seperti tong sampah kitar semula yang membahagikan bahagian-bahagian sampah yang boleh dikitar semula serta iklan-iklan yang dipaparkan.Walaubagai mana pun, sesuatu kempen yang baru dibentuk atau lama adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diambil kira kerana kewujudan kempen perlu secara berterusan agar sentiasa memberikan peringatan kepada masyarakat secara langsung mereka berganding bahu antara pelbagai pihak untuk membendungnya.Namun,perkara penting juga dalam sesuatu kempen adalah usaha menarik minat ramai dalam mengikuti kempen ini melalui daya tarikan dan kreativi yang tersendiri.
BalasPadamSalam sejahtera. Pada pendapat saya, saya amat bersetuju bahawa sesuatu kempen yang dilaksanakan adalah untuk menangani isu yang kritikal. Hal ini disebabkan kempen yang dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada khalayak dan agar isu tersebut dapat ditangani. Setiap kempen yang dilaksanakan mesti mempunyai matlamat tersebut. Sebagai contohnya, Kempen KITAR SEMULA yang dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada khalayak supaya tidak membuang bahan-bahan seperti surat khabar lama, tin aluminium, majalah dan sebagainya. Hal ini disebabkan bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula. Saya berpendapat bahawa kempen tersebut berjaya juga kerana kempen ini dapat menyedari khalayak bahawa bahan buangan juga boleh dikitar semula dan boleh dijadi bahan berguna seperti kulit buah-buahan boleh dijadikan enzime. Dalam menjayakan kempen kitar semula, semua pihak yang berkenaan telah memainkan peranan yang penting untuk memberi kesedaran kepada khalayak supaya khalayak dapat memberi kerjasama kepada pihak berkenaan. Oleh sebab bahan-bahan yang dapat dikitar semula telah menarik perhatian khalayak di seluruh dunia, jadi kempen tersebut baru dapat dijayakan disebabkan dengan sokongan khalayak.
BalasPadamAssalamualiakum dan salam sejahtera, dalam kesempatan ini saya ingin mengetengahkan kempen yang saya lihat, dengar, dan terlibat iaitu kempen Budaya Membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apa yang kita sedia maklum kempen memberikan kesan yang mendalam kepada kita apabila kempen tersebut mencapai matlamatnya. Organisasi yang mengadakan kempen seharusnya bijak mengemudi sasaran masyarakat agar dapat mencapai matlamat yang sebenar. Oleh yang demikian, kempen budaya membaca memberikan manfaat yang penting kepada saya kerana apabila kempen ini diadakan penerbitan bahan bacaan semakin meningkat dan ini memudahkan untuk saya mendapatkan bahan bacaan yang pelbagai. Kempen ini sering kita perhatikan dalam media massa dan elektronik oleh itu bahan-bahan ini dapat memantapkan lagi keberhasilan kempen tersebut. Walaubagaimanapun, kempen ini belum dapat menunjukkan kejayaannya kerana hanya segelintir masyarakat yang mengamalkan budaya ini. Walhal, pada pendapat saya apabila kempen ini dilakukan secara berterusan tidak mustahil suatu hari nanti budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia akan mendapat pujian negara-negara luar. Sekian....,
BalasPadamAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Kempen tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam kehidupan seharian. Sesuatu kempen yang diadakan bukan hanya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja malah semua pihak turut terlibat dalam menjayakannya. Sesuatu kempen itu wujud apabila adanya sesuatu isu yang perlu ditangani bergantung kepada keseriusan isu tersebut. Kempen bukan sahaja boleh disampaikan melalui media cetak malah media elektronik juga turut memainkan perananya sebagai satu saluran alternatif untuk menangani sesuatu isu yang timbul.Salah satu kempen yang pernah saya lihat dan dengar adalah kempan "Berhati-hati di Jalan Raya". Walaupun kempen ini dianggap sebagai satu kempen yang sudah usang pada masa sekarang, namun ketidakpekaan masyarakat tentang kempen ini menyebabkan pihak pelaksana mengadakan kempen yang lain tetapi mempunyai intipati yang sama iaitu menyedarkan masyarakat tentang kemalangan jalan raya lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan. Jika kita lihat, di dada-dada akhbar, dan di corong-corong radio apabila tibanya musim perayaan mesti ada sahaja nyawa yang terkorban tidak kira peringkat umur kanak-kanak mahupun orang tua. Sebenarnya kegagalan sesuatu kempen bukanlah berpunca daripada pelaksana kempen tetapi masyarakat tidak memahami intipati yang cuba disampaikan oleh pihak pelaksana kempen. Namun, keberkesanan sesuatu kempen contohnya "Berhati-hati di Jalan Raya" bukan sahaja dimainkan oleh sesuatu pihak malah pelbagai pihak harus bersama-sama menjayakan kempen tersebut contohnya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan pihak media dengan cara menyiarkan gambar-gambar nahas kemalangan jalan raya kepada masyarakat melalui pelbagai ruangan membuatkan masyarakat mendapat kesan dan menimbang baik buruk sesuatu perkara. Pihak lain juga seperti pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) contohnya perlu sering mengadakan pemantauan trafik di kawasan-kawasan yang dikenalpasti menjadi tempat kemalangan jalan raya di musim-musim perayaan. Ini menyebabkan semua pemandu menjadi berhemah sekaligus mengurangkan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Atas inisiatif pelbagai pihak, khalayak sasar akan sedar tentang apa yang berlaku dan membuka kotak minda mereka supaya sentiasa berhati-hati dan berhemah dalam semua perkara agar tidak menjadi salah seorang mangsa kejadian. Sekian...
BalasPadamSalam dan selamat sejahtera, saya ingin menekankan tentang pengurusan sesebuah kempen yang dijalankan. Adalah sangat penting kerjasama antara semua pihak untuk memberi komitmen dalam tugasan yang diberi. Komitmen yang diberi dapat dilihat melalui hasil kempen yang dijalankan. Khalayak akan turut merasakan kempen yang mempunyai mesej yang jelas dan baik.
BalasPadamKempen “Hari Tanpa Beg Plastik” adalah salah satu kempen yang saya perhatikan telah melibatkan khalayak secara langsung dalam kehidupan seharian mereka. Penggunaan beg plastik adalah sangat dominan bagi rakyat Malaysia. Oleh itu, kempen ini dilaksanakan secara berperingkat agar tidak membebankan khalayak. Kempen ini dijalankan selaras dengan penekanan khusus terhadap teknologi hijau yang ingin diadaptasi oleh pihak kementerian. Setiap daerah dan negeri telah mula melaksanakan kempen ini kerana faham dengan jelas akan konsepnya, mesej, dan kesannya, dan ini juga tidak hanya melibatkan sebelah pihak sahaja. Sebagai contoh Miri, Sarawak menetapkan hari Jumaat sebagai hari tanpa beg plastik, manakala Kota Kinabalu, Sabah pula pada hari isnin. Caj akan dikenakan bagi mereka yang masih ingin menggunakan beg plastik pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun, ada diantara mereka menganggap caj ini bagi mereka adalah sangat kecil angkanya dan tetap ingin menggunakan beg plastik. Terdapat golongan yang tidak menyokong kempen ini dan menganggap ianya menyusahkan rakyat semata-mata. Tetapi tidak bagi kawasan pedalaman yang turut menyokong kempen ini. Tujuan kempen ini sangat jelas iaitu ingin memelihara alam sekitar yang telah banyak membantu manusia sejak azali lagi. Bagi saya, kempen ini sangat perlu diteruskan dan membantu sedikit sebanyak dalam penjagaan alam sekitar.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, seperti yang telah kita ketahui, telah banyak kempen diadakan seperti Kempen Tak Nak Merokok, Kempen Membaca, Kempen Kitar Semula dan sebagainya. Kempen sedemikian diadakan untuk memberi kesedaran kepada khalayak tentang kepentingan sesuatu perkara yang dilakukan. Dengan menjayakan sesuatu kempen, kerjasama semua pihak adalah amat penting sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak. Ini kerana, kempen tidak akan berjalan lancar tanpa sokongan semua pihak. Kempen dikatakan memberi kesan kepada 3 aspek sekiranya ia mencapai matlamat yang diingini. 3 appek tersebut adalah organisasi, isu dan khalayak. Sebagai contohnya, Kempen KITAR SEMULA diadakan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada khalayak tentang kepentingan bahan-bahan seperti botol, tin aluminium dan kertas untuk dikitar semula. Sejauhmana keberkesanan sesuatu kempen adalah bergantung kepada organisasi yang terlibat dalam menjayakan kempen tersebut, isu yang diutarakan serta penerimaan khalayak terhadap kempen yang diadakan sama ada dapat menerima sepenuhnya ataupun tidak. Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu kempen adalah bergantung kepada tahap sensitiviti seseorang kerana ia adalah berbeza-beza antara 1 individu dengan individu yang lain.Sekain...
BalasPadamHai,bila bercakap mengenai kempen,sememangnya pihak yang memainkan peranan penting ialah pelaksana dan khalayak ramai.Kempen itu wujud daripada masalah yang muncul ketika itu.Boleh disimpulkan di sini bahawa kempen adalah salah satu jalan penyelesaian kepada masalah.Apabila menyentuh mengenai kempen,antara kempen yang menarik minat saya ialah “Budi Bahasa Budaya Kita”.Kempen yang telah dilaksanakan pada 11 Januari 2005 ini telah dilancarkan bertujuan menerapkan serta menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati, budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua lapisan masyarakat.Kempen ini dilaksanakan bagi menyediakan diri rakyat daripada terpengaruh dengan budaya dunia luar selaras dengan perkembangan pesat ICT tanpa sempadan dan batasan serta dunia materialistik ini.Kempen yang bagus haruslah dapat menyelesaikan isu yang wujud,menjaga reputasi organisasi dan kebajikan serta kepentingan khalayak.Kempen seperti ini haruslah dipraktikan oleh khalayak bukan hanya ketika kempen ini dijalankan sahaja tetapi ianya haruslah berkekalan.Dalam kes ini,khalayak sasaran lebih ditujukan kepada golongan muda iaitu kanak-kanak dan remaja.Oleh itu kempen ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan yang lain.Persoalan mengenai sejauh manakah kempen ini dapat menyelesaikan masalah yang timbul banyak bergantung kepada individu sasaran itu sendiri.Ini tidak bermakna golongan tua tidak mengaplikasikan apa yang telah disampaikan oleh kempen ini,mereka seharusnya mampu memberi contoh yang baik kepada golongan muda di bawah jagaan mereka.Ini sedikit sebanyak akan membantu menjayakan kempen ini.
BalasPadamPihak pelaksana haruslah bijak melaksanakan kempen ini dengan menentukan kumpulan sasaran yang tepat.Sekiranya semua syarat-syarat di atas diikuti saya yakin kempen ini akan berjaya bukan sahaja ketika kempen ini dijalankan bahkan sampai bila-bila.Kita perlukan tanamkan dalam diri kita bahawa praktikal itu adalah penting,tidak gunanya jika kempen ini hanya dilaksanakan di mulut sahaja tetapi tidak diamalkan dengan baik.
selain itu, kempen yang pernah saya dengar dan lihat adalah kempen kitar semula(3R). kempen kitar semula melibatkan usaha masyarakat mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Contohnya seperti kertas, kaca, plastik dan aluminium. Kempen ini bertujuan untuk memastikan kebersihan dan kehijauan kawasan bandaraya sentiasa terjamin serta mewujudkan kesedaran kepentingan mengekalkan keindahan alam. Pelbagai usaha pelaksana kempen untuk menarik minat keseluruhan masyarakat dengan menyiarkan iklan mengenai kitar semula. Malah terdapat juga pelaksana kempen turun padang pergi ke kampung –kampung megadakan kempen tersebut. Selain itu juga, di sekolah-sekolah telah disediakan tong sampah kitar semula untuk mendidik generasi muda ini untuk mencintai alam sekitar. Usaha pelaksana kempen amat gigih untuk menyelamatkan bumi ini, menggunakan bahan terbuang dan d kitarsemula menjadi bahan yg boleh kita gunakan kembali. Contohnya surat khabar lama yang dikitar semula menjadi sebatang pensil yang boleh menyelamat keindahan bumi kita. sesuatu kempen dijalankan mempunyai matlamat yang dicapai serta jelas untuk memperolehi kesan yang dikehendaki. sebuah kempen mempunyai elemen-elemen penting yang harus diterapkan dalam kempen. pelaksana kempen, khalayak kempen dan isu yang menjadi dasar pelaksanaan sesuatu kempen. Kempen tidak akan wujud tanpa sesuatu isu yang hendak diselesaikan sebelum menjadi lebih parah. Hal ini kerana, sesuatu kempen haruslah mempunyai matlmat yang jelas iaitu menyelesaikan isu-isu yang timbul. Sesuatu kempen yang hendak dijalankan juga haruslah dirancang dengan teliti terlebih dahulu supaya mendapat kesan positif kepada penyelesaian isu berkenaan. Kempen yang trerancang akan member penyelesaian positif pada isu berkenaan
BalasPadamsalam satu malaysia dewasa ini ,kita tidak pernah luput dari sebarang kempen yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada badan kerajaan ataupun bukan kerajaan sering berlumbang-lumbang untuk mencapai sesuatu matlamat dengan jayanya salah satu dari kempen yang sering hangat kita dengar adalah kempen mencegah rasuah.kempen memboikot barangan yahudi dan kempen budi bahasa dan budaya kita mempunyai motif tertentu mempengaruhi khalayak masyarakat dunia amnya.Namun demikian,usaha-usaha untuk menjayakan kempen ini adalah dari titik tolak kerjasama dari semua lapisan masyarakat untuk memumpuk nilai-nilai murni yang sihat sebagai contoh melalui kempen 'Budi Bahasa Dan Budaya kita,merupakan satu simbolik kepada unsur-unsur budaya dan adat resam masyarakat timur yang kaya dengan aspek-aspek moral berlandaskan pegangan agama.Selai itu,kempen cegah rasuah di negara ini amnya masih berada dalam proses untuk menjayakannya ini secara langsung bertujuan untuk mengelakkan sebarang kerugian kepada mereka yang terlibat dan juga kepada negara khasnya.Jika hal ini berlarutan akan menjejaskan reputasi negara dari aspek ekonomi ,politik dan sosial.Sehubungan itu,kempen memboikot barangan buatan yahudi sudah menjadi isu hangat sejak kebelakanggan ini dan ini adalah bertujuan untuk menyedarkan para kaum umat Islam amnya untuk membela nasib masyarakat Gaza dicerobohi dan banyak nilai nyawa terkorban.Oleh itu,kempen-kempen yang pelbagai aspek sama ada melibatkan politik,sosial dan ekonomi perlulah ada matlamat yang dirancang dengan teliti sewajarnya dan dapat memberi kesan positif kepada sesuatu isu yang dibangkitkan.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam persaudaraan.
BalasPadamSaya pernah mengikuti salah satu kempen "Perangi Dadah Habis-habisan" sebelum ini. Kempen ini dijalankan oleh salah sebuah badan kerajaan. Sepanjang kempen tersebut dijalankan pelbagai maklumat berkaitan bahaya penggunaabn dadah telah didedahkan. Bagi mengukuhkan lagi maklumat tersebut, pelbagai gambar turut ditunjukkan. Sememangnya kempen yang dijalnkan merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi satu-satu masalah. Seperti kempen "Perangi Dadah Habis-habisan" ini. Akan tetapi benarkah setelah kempen ini dijalankan, objektif dan fokus utama sesebuah pertubuhan itu telah pun di capai? Adakah masalah gejala sosial mengenai dadah menunjukkan penurunan? Jika kempen tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan gejala sosial dalam kalangan masyarakat, mengapa kita masih lagi disajikan dengan berita mengenai penularan gejala tersebut di dada-dada akhbar, televisyen dan sebagainya? Jelas menunjukkan kempen yang dijalankan belum lagi mencapai fokus utama mereka. Perancangan yang lebih teratur perlu bagi mendorong kesan yang lebih poditif dapat diterapkan dalam kalngan masyarakat.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Pengalaman menerusi kerjaya AA sebagai wartawan penyiaran banyak memberi pendedahan terhadap pelbagai kempen sama ada yang dianjurkan Kerajaan mahu pun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs).
BalasPadamKempen Anti Kutu Sampah dan Pengistiharan Hari Isnin sebagai Hari Tanpa Plastik anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merupakan antara kempen berterusan yang boleh dianggap sebagai berjaya melibatkan penyertaan masyarakat. Pelaksanaan kempen secara konsisten dan pendekatan pelbagai dalam satu-satu kempen dilihat berjaya menggalakkan penglibatan masyarakat daripada pelbagai peringkat. Pembuangan sampah dari kenderaan di sekitar bandaraya ini misalnya ditangani DBKK menerusi pendekatan mesra dan tegas iaitu dengan menerima aduan awam menerusi telefon, sms, emel atau surat dan penguatkuasaan undang-undang.
Pendekatan ini secara psikologinya difahami sebagai suatu pengiktirafan dan kepercayaan DBKK terhadap masyarakat untuk sama-sama menjayakan kempen. Penyaluran maklumat menerusi aduan secara tidak langsung mendidik masyarakat untuk lebih berdisiplin dan tidak membuang sampah di merata tempat. Penguatkuasaan undang-undang oleh DBKK pula sudah tentu memantapkan lagi usaha menjayakan kempen dan matlamat DBKK ke arah mewujudkan bandaraya peranginan yang bersih, selamat dan ceria di Kota Kinabalu ini.
Selain DBKK, kempen seumpamanya turut dilakukan pihak NGO seperti Greenpeace yang memperjuangkan pemeliharaan alam sekitar secara serius. Pertubuhan ini menggunakan medium internet untuk berkempen selain menganjurkan kempen di luar untuk mengukuhkan sokongan terhadap matlamat kempen.
Pendek kata, kempen yang baik adalah kempen yang dilakukan secara berterusan dan menggunakan pendekatan berkesan dalam menggalakkan penyertaan masyarakat serta disusuli penguatkuasaan undang-undang.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dalam perbincangan kali ini. Sekian dan terima kasih.
Melihat kepada Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 iaitu yang merupakan agenda lima tahun kerajaan bagi misi melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.
BalasPadamkeberkesanan kempen ini adalah masih ditahap kurang memuaskan dan masih belum mampu diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat. kebanyakan masyarakat kita masih kurang menitik beratkan budaya ini dan lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Jika dilihat kempen ini bukan sahaja sebenarnya melihatkan budaya timur tetapi budi bahasa ini adalah memperlihatkan corak keperibadian seseorang itu. Walaupun Kempen ini sering diutarakan di stesen tv ,akhbar mahupun radio, bagaimanapun keberkesanannya masih boleh dipertikaikan sebagai contoh keberkesanan kempen ini masih kurang berdasarkan aduan-aduan sikap segelintir pekerja yang tidak berbudi bahasa yang sering terpampang dimuka-muka akhbar.
Jika kita melihat golongan sasar dan dari segi perlaksanaan kempen yang dijalankan ini adalah bercorak dari atas ke peringkat bawah, akar umbi.oleh itu kebanyakan program yang diadakan selalunya bercorak rasmi dan lebih kepada pegawai kerajaan dan tidak sampai ke peringkat sekolah mahupun disokong oleh badan bukan kerajaan (NGO).oleh itu pelbagai alternatif yang lebih berkesan dalam melaksanakan kempen Budi bahasa dalam masyarakat kita belum lagi mencukupi. Kempen ini bagus tetapi kita tidak boleh bergantung kepada kempen rasmi sahaja tetapi perlulah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan di sekolah . selian itu juga dikalangan pemimpin juga harus membuktikan perlaksanaan budaya berbudi bahasa ini dilaksanakan sepenuhnya seperti dalam sesuatu perbahasan perlulah menggunakan pendekatan budaya yang berbudi bahasa ataupun dalam sesuatu kempen pilihan raya tenaga penggerak atau pemimpin perlu memiliki sikap dan ucapan-ucapan yang memperlihatkan sikap budi bahasa . kita tidak nafikan masyarakat adalah pemerhati dalam melihat tunjuang atama. oleh itu perlaksanaan kempen ini masih lagi kurang mendapat perhatian dan kurang berkesan jika berdasarkan pemerhatian.
Oleh yang demikian, sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat. cara pendekatan keberkesanan kempen yang berkesan amatlah penting seperti yang diulas oleh saudari Aliza Ali. semoga kempen budi bahasa ini dapat dikuatkan lagi perlaksanaannya dan perlu diperhalusi strategi-strategi yang lebih berkesan. perkongsian pandangan ini adalah untuk kita lebih sama-sama membantu usaha kempen ini.sekian.
Salam perpaduan...
BalasPadamSeperti yang telah kita bincangkan dalam kuliah pertama,maka jelaslah bahawa kempen sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang menggugat perjalanan hidup masyarakat. Namun sejauh manakah kemampuan sesuatu kempen yang dilaksanakan menyelesaikan sesuatu isu yang wujud?
Pada pendapat saya semuanya harus bermula dengan perancangan yang teliti melibatkan pemahaman terhadap isu yang timbul. Antara aspek yang harus diberi penekanan ialah punca isu, langkah penyelesaian isu, dan langkah pencegahan untuk mengelakkan isu daripada berulang.
Perlu diingatkan bahawa kempen yang dirancang seharusnya bersifat produktif dan memberi fokus kepada penyelesaian sesuatu isu tersebut. Perancangan kempen yang rapi akan mampu memberikan impak yang lebih baik kepada khalayak dan berkesan dalam menyelesaikan isu yang wujud. Penetapan matlamat yang jelas amat penting dalam memastikan pelaksanaan kempen yang dilakukan tidak terkeluar daripada landasan objektif yang ingin dicapai.
Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudari Nurliza bahawa "pelaksana itu sendiri harus mengenal terlebih dahulu siapakah khalayak yang dijadikan sasaran dalam kempen tersebut". Memang benar. Pelaksana kempen perlu mengenali dan memahami sasaran kempen mereka. Hal ini penting kerana pemahaman yang tinggi terhadap khayalak sasaran kempen mampu menjamin tahap keberkesanan kempen yang tinggi kerana pelaksana tahu cara untuk memikat hati dan menarik minat khalayak untuk menerima sesuatu kempen yang disampaikan kepada mereka.
Saya amat tertarik dengan Kempen Rukun Negara yang aianjurkan oleh Kerajaan Malaysia. Kempen yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Penerangsn Malaysia pada 27 Januari 2006 ini memberi fokus kepada penghayatan Rukun Negara dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen dibawah anjuran Kementerian Penerangan Malaysia ini timbul berikutan kepincangan masyarakat di negara ini yang mampu menggugat keharmonian, toleransi dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Di sini sasaran kempen ialah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Pemahaman terhadap sasaran kempen ini seterusnya membolehkan pelaksana kempen (Kementerian Penerangan Malaysia)merancangan beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah ini dan seterusnya mengelakkan isu ini daripada terus merebak.
Antara langkah yang telah dicadangkan ialah lafaz ikrar Rukun Negara dilakukan selepas nyanyian lagu Negaraku dalam semua majlis rasmi kerajaan dan swasta. Ia penting bagi membolehkan rakyat lebih memahami dan menghayati setiap Prinsip Rukun Negara. Kempen ini akan berlangsung selama 5 tahun iaitu sehingga 2010 dan secara berterusan. Terdapat beberapa aktiviti lain juga akan dilaksanakan seperti pameran dan bengkel kesedaran.
Menerusi penelitian terhadap kempen-kempen yang dianjurkan di negara kita,maka jelaslah apa yang telah saya utarakan sebelum ini. Pada pendapat saya, penilaian terhadap hasil kempen seharusnya dilakukan untuk mengukur sejauh manakah keberkesanan perancangan dan pelaksanaan sesuatu kempen dalam mengatasi sesuatu isu yang wujud. Secara tidak langsung, penambahbaikkan boleh dilakukan pada pelaksanaan kempen yang akan datang berdasarkan kepada kelemahan kempen-kempen yang telah dilaksanakan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT.
BalasPadamSaya sangat mempersetujui ulasan rakan-rakan saya seperti saudari Aliza Ali dan saudara Rizal. Seperti yang telah diulas oleh saudara Rizal, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita memanglah diakui kempen ini tidak berjaya sepenuhnya walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh badan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Pada mulanya kempen ini memperlihatkan perubahan dalam institusi kerajaan. Dimana, para penjawat awam terutamanya pegawai khidmat pelanggan telah memainkan peranan yang baik dalam melayan pelanggan. Begitu juga dengan kakitangan swasta yang mempunyai etika pekerjaan masing-masing. Akan tetapi, kempen ini kurang terlaksana akibat daripada segelintir pihak yang tidak mengamalkan pertuturan yang baik dan kurang sopan.
Saya ingin tekankan disini bahawa negara kita merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama. Persefahaman, hormat-menghormati dan tolak ansur dalam komuniti dan golongan sasar adalah amat penting dalam menjayakan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Jika elemen penting ini tidak wujud dikalangan masyarakat dan golongan sasar, maka dengan itu kempen ini lansung tidak membawa perubahan kepada kita semua. Pendek kata semua lapisan masyarakat haruslah memainkan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Pernahkah anda terfikir, jika Kempen Budi Bahasa Budaya Kita berjaya sepenuhnya dilaksanakan dan diterapkan pada setiap warga Malaysia dan adakah dengan budi bahasa yang tidak sopan mampu menjadikan negara kita mempunyai modal insan yang berdaya saing antarabangsa dimana modal insan ini mampu mengekalkan budaya ketimurannya ?
Akhir sekali, bagi saya kempen ini haruslah disasarkan kepada pelbagai golongan masyarakat di negara kita dan pelbagai pihak harus memainkan peranan bersama dalam mencapai matlamat kempen ini sepenuhnya.
Sekian, terima kasih.
salam sejahtera,
BalasPadambagi pendapat saya, kerja sama yang baik adalah kunci sebenar dalam mencapai matlamat kempen berkenaan, contohnya dengan melantik orang yang berpengaruh/ berilmu sebagai ketua dalam suatu kumpulan yang mempunyai minat yang sama dalam memboikot dan menyampaikan isu-isu negatif demi mempengaruh badan-badan atau individu yang bertanggung jawab membuat tindakan yang sewajarnya. contohnya seperti kempen "memerangi dadah" di mana golongan berilmu seperti Dr. Pakar menyampaikan mesej bahaya dadah menerusi brosur, risalah dan sebagainya sementara pihak kerajaan sebagai golongan berpengaruh- berkuasa telah memberi pelbagai jenis amaran bagi memerangi gejala ini. namun demikian, kempen bukan sahaja berfungsi bagi memboikot atau memusuhi isu-isu negatif, ianya juga adalah salah satu kegunaan bagi ahli-ahli politik bagi meraih sokongan untuk memperoleh kemenangan sewaktu pilihan raya.
semasa pilihan raya yang lalu, di kota kinabalu, calon yang menang di kawasan bandar raya kota kinabalu ini menang dengan strategi yang amat berkesan, di mana beliau telah melantik ramai ahli jawatan kuasa bagi membantu beliau pada kempen berkenaan. setiap kawasan bandarya kota kinabalu pada waktu itu amat sibuk di mana kelihatan banyak lori-lori yang dihimpuni oleh kebanyakan kaki tangan calon berkenaan mengibar bendera parti yang diwakilinya sambil melaung-laungkan perjuangan beliau dengan menggunakan bahasa Cina, Inggeris dan Malaysia. selain itu, beliau juga dengan sendirinya mengetuai perarakan bertemu dengan rakyat jelata untuk mendengar masalah, luahan, dan harapan rakyat yang akan mengundi. pada waktu malam pula, beliau telah menjemput kesemua rakyat yang telah dilawatinya atau pun pembantu-pembantu beliau untuk ke majlis makan malam beliau serta menghadiahkan t-shirt yang mempunyai gambar beliau serta tulisan-tulisan perjuangan beliau serta mehidangkan makan minum lalu menyuarakan semula luahan perasaan rakyat itu tadi dan berjanji untuk menyelesaikannya apabila diberi kuasa itu nanti. strategi bagi membujuk rakyat agar memlilih beliau sebagai ahli undangan negeri kawasan berkenaan ialah dengan menggunakan orang-orang yang berpengaruh di sekitar kawasan berkenaan untuk mempromosikan calon berkenaan kepada rakyat jelata sehingga saat pengundian berakhir. kesemua strategi beliau menjadi dan membuatkan beliau sentiasa menjadi ingatan rakyat jelata.
bagi saya, strategi kempen yang dipamerkan oleh beliau amat memberi kesan positif kepada beliau di atas kejayaan meraih kemenangan pada pembuangan undi lalu. kerja sama yang diberikan oleh jentera beliau meninggalkan kesan yang effektif.
strategi tersebut hendaklah di contohi bagi kempen-kempen yang lain, demi mencapai matlamat kempen berkenaan kerana, kempen tidak boleh dibuat secara individu kerana kuasa mempengaruh atau membujuk tidak akan menjadi tanpa kerja sama yang baik.
sekian terima kasih.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
BalasPadamKempen Hari Tanpa Beg Plastik yang mengisytiharkan Hari Isnin sebagai hari yang menggalakkan pengguna khususnya pelanggan di pasar-pasar raya merupakan salah satu kempen yang bermatlamat ke arah memulihara alam sekitar.
Ini kerana bahan yang diperbuat daripada plastik termasuklah beg plastik yang digunakan secara meluas di negara ini boleh menyumbang kepada peningkatan sisa buangan yang mengambil masa yang lama untuk dilupuskan.
Justeru, kempen ini cuba mengubah sikap dan tabiat masyarakat hari ini yang terlalu bergantung kepada kemudahan beg plast ik yang disediakan di pasar-pasar raya. Pada mereka, penyediaan beg plastik di pasar-pasar raya adalah satu kemestian atau hak mereka sebagai pelanggan yang membeli barangan di sana.
Pada mulanya, kempen ini sering mendapat rungutan pihak pelanggan kononnya menyusahkan mereka. Bagi pengusaha pasar raya pula, Hari Isnin dikatakan hari kurang pelanggan. Keadaan ini mungkin disebabkan pelanggan cuba mengelak untuk datang membeli belah pada hari tersebut.
Tidak kurang juga pelanggan yang mempertikaikan harga plastik (20 sen setiap satu) yang dikenakan terhadap pelanggan yang tidak membawa beg sendiri untuk mengangkat barang-barang yang dibeli. Bagaimanapun, pertikaian itu sudah pun dijawab pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah yang menjelaskan bayaran tersebut akan disalurkan kepada satu majlis yang menguruskan pelupusan plastik.
Penerimaan masyarakat terhadap kempen ini semakin positif dari hari ke hari. Malah ada pengguna yang mula mempraktikkan amalan membawa beg mesra alam ke pasar-pasar raya pada hari-hari lain.
Bayangkanlah jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam menyokong kempen ini, jumlah penggunaan plastik sudah tentu akan berkurangan sekaligus dapat mengelakkan masalah melupuskan plastik yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk terurai sepenuhnya.
Saya sudah menjayakan kempen ini, anda pula bagaimana?
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
BalasPadamPengalaman bekerja dalam kerjaya pasukan Polis DiRaja Malaysia telah memberi kesedaran dan pengalaman kepada saya menerusi penglibatan secara langsung terhadap Kempen keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh Cawangan Trafik Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya ( JPJ ), pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK ), RELA, dan pihak wartawan dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2008.
Berdasarkan kejayaan menurunkan kadar kematian sehari yang dicatatkan semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2008, bertemakan 'Penggunaan Pengangkutan Awam mengurangkan Kemalangan' dan Drive Safe, Ride Safe and Walk Safe', Kerajaan akan menerus dan mempelbagaikan kempen keselamatan jalan raya di musim perayaan pada tahun ini .
Pada kempen musim perayaan yang sama pada tahun 2007, jumlah kematian sehari telah berjaya diturunkan kepada 12.5 kematian sehari berbanding 17 kematian sehari pada hari-hari biasa. Penurunan ini berjaya dikecapi walaupun jumlah kenderaan di jalan raya meningkat empat kali ganda pada hari-hari tersebut berbanding hari-hari biasa.
Sehubungan itu, adalah wajar tindakan-tindakan penguatkuasaan dan kempen-kempen keselamatan jalan raya seperti larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada hari-hari tertentu, operasi bersepadu penguatkuasaan, pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan, pemeriksaan ke atas bas ekspres, peningkatan mesej keselamatan jalan raya melalui saluran TV, radio dan akhbar, galakan menggunakan pengangkutan awam serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak swasta akan diteruskan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya.
Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa bersopan di jalan raya.
Saya berasa amat bangga kerana dapat turut serta secara langsung dalam menjayakan kempen ini.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia saya ucapkan.
BalasPadamPengalaman saya bekerja dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia selama 10 tahun telah membawa saya kepada penglibatan secara langsung dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan pada tahun 2008.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2008.
Berdasarkan kejayaan menurunkan kadar kematian sehari yang dicatatkan semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2008, bertemakan 'Penggunaan Pengangkutan Awam mengurangkan Kemalangan' dan Drive Safe, Ride Safe and Walk Safe', Kerajaan akan menerus dan mempelbagaikan kempen keselamatan jalan raya di musim perayaan pada tahun ini .
Pada kempen musim perayaan yang sama pada tahun 2004, jumlah kematian sehari telah berjaya diturunkan kepada 12.5 kematian sehari berbanding 17 kematian sehari pada hari-hari biasa. Penurunan ini berjaya dikecapi walaupun jumlah kenderaan di jalan raya meningkat empat kali ganda pada hari-hari tersebut berbanding hari-hari biasa.
Sehubungan itu, adalah wajar tindakan-tindakan penguatkuasaan dan kempen-kempen keselamatan jalan raya seperti larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada hari-hari tertentu, operasi bersepadu penguatkuasaan, pemantauan di kawasan kerap berlaku kemalangan, pemeriksaan ke atas bas ekspres, peningkatan mesej keselamatan jalan raya melalui saluran TV, radio dan akhbar, galakan menggunakan pengangkutan awam serta kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak swasta akan diteruskan bagi mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya.
Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan sentiasa bersopan di jalan raya.
Saya berasa amat bangga kerana telah terlibat secara langsung dalam menjayakan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan yang melibatkan banyak pihak dan jabatan kerajaan dan telah berjaya mencapai sasarannya.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum WBT..salam perpaduan dan satu Malaysia...
BalasPadamMelihat kepada dasar-dasar dan hasil kempen-kempen yang dilaksanakan di negera ini....memang sukar bagi saya mana-mana kempen itu hampir berjaya 100% seperti yang diharapkan.
Kempen adalah satu tanggungjawab bersama...bukan hanya pihak pelaksana sebenarnya kadangkala kempen yang berkesan apabila misi kempen itu dibantu oleh masyarakat untuk lebih menyampaikan dan meluaskan kempen ini dengan menggunakan pelbagai kaedah. bila wujud sikap kerjasama dan tanggungjawab bersama dan menggunakan kaedah terkini seperti sms. sudah pasti kempen itu mampu dilaksanakan dengan lebih berkesan. kadangkala masalah utama, kempen dilaksanakan adalah secara komited dari pihak pelaksana tetapi selalunya hanya menggunakan kaedah umum yang biasa dilakukan dan tidak meresap sepenuhnya dalam masyarakat maka hasilnya tidak dapat berkesan hingga ke akar umbi sebagai contoh melihat kepada kempen anti pembuangan bayi, bila dilihat dasar kempen ini pelbagai usaha dilakukan untuk mesej yang disampai kepada pihak masyarakat, pelbagai pendekatan dibuat, bagaimanapun perkara ini masih kerap berlaku walaupun penguatkuasaan undang2 dibuat.
Bagi saya kempen ini akan lebih berkesan jika elamen keagamaan dan teknologi disemaikan dalam penyampaian kempen ini. ini kerana kadangkala seperti ceramah ataupun mesej melalui media tidak mampu sampai sepenuhnya kepada masyarakat, pendekatan pelaksanaan kempen ini boleh berkesan jika kita juga mengunakan kaedah teknologi seperti "FORWARD SMS DARI RAKAN KE RAKAN" yang mengandungi penjelasan unsur kesedaran dan dosa membunuh bayi, dengan kaedah ini, saya rasa lemah kelemahan mesej itu hampir mampu disampaikan kepada semua lapisan masyarakat. inilah yang dimaksudkan kaedah menggunakan teknologi, kerjasama dan elemen keagamaan yang boleh digunapakai dalam menguatkan lagi suatu usaha kempen ini. Maka tidak dinafikan jika setiap usaha itu kita melakukan dengan lebih strategic, saya pasti uasaha ini akan lebih berkesan dan akan wujud kesedaran dalam masyarakat. sekian, terima kasih
Asalamualaikum dan salam ramadan juga salam Aidilfitri. Dalam membuat sesuatu kempen, kita perlulah membuat perancangan dan penilitian terhadap kempen yang akan dijalankan sejauh mana, kita dapat mencapai matlamat kempen tersebut dan ianya, perlu sampai kepada sasaran atau khalyak ramai dan sekaligus dapat diterima dan difahami oleh masyarakat dan seterusnya kempen tersebut dapa memberi kesedaran atau dapat menyelasaikan masalah yang menjadi sasaran dalam kempen berkenaan. Pada pendapat saya, walaupun kebanyakan kempen-kempen yang dijalankan di Malaysia tidak mencapai 100% keberkesanannya, namun sedikit sebanyak beberapa kempen yang dijalankan telah dapat membuka mata masyarakat atau khalayak ramai, contohnya melalui kempen Budaya Membaca, sekurang-kurangnya kempen ini telah membangkitkan semangat dan keinginan masyarakat untuk terus membaca dengan mencari bahan-bahan bacaan, dengan mengunjungi perpustakaan atau kedai-kedai buku yang bersesuaian. Satu contoh juga ialah Kempen Beli Barangan Malaysia, dimana, kempen ini telah memberi kesedaran pengguna terhadap kepentingan membeli barangan Malaysia disamping pengguna dapat menfaat daripada kempen tersebut.
BalasPadamNamun demikian, sesuatu kempen yang akan dijalankan perlulah membuat perancangan, perlu ada kaedah perancangan pembentukan strategi kempen seperti mengenal pasti teknologi dan masalah serta keperluan informasi terhadap kempen yang akan dijalankan. Disamping itu, formula-formula yang berkaitan dengan objektif sebenar kempen, juga perlu difikrikan dan diambil kira dalam mengatur strategi kempen yang akan dijalankan. Begitu juga dengan pembentukan strategi dan positioning maklumat, analisis dan segmentasi penonton, seharusnya dimabil kira sebagai satu aspek dan asas untuk merancang secara teratur sebelum kempen tersebut dapat disalurkan kepada penonton atau khalayak. Satu lagi keperluan dalam membuat kempen agar ianya dapat dijalankan dengan berkesan adalah dalam membuat pemilihan multi-media sebagai saluran atau alternatif dalam menyampaikan mesej kepada khalayak.
Ada kalanya, kita juga perlu mengambil kira rekaan mesej yang akan disampaikan dan pembentukan dan pengujian bahan media sebelum sesuatu kempen itu dilaksanakan, ini adalah untuk mengenal pasti beberapa masalah yang kemungkian akan dihadapi agar masalah tersebut dapat ditengani jika sekiranya berlaku masalah yang tidak diduga dan sebagai satu persediaan dalam membuat kempen. Perancangan pengurusan kempen juga mungkin boleh dijadikan sebagai faktor oenting dalam membantu melaksanakan kempen, contohnya, menyediakan plan perancangan pengurusan, memberi latihan personel, perlaksanaan dan penilian sumatif kepada ahli-ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sebagai persediaan dalam menjayakan kempen tersebut dan seterusnya dapat mencapai keberkesanan kempen ini.
Selain dari itu, kita juga perlu mengenal pasti masalah dan kehendak sebagai asas permulaan perancangan kerana ianya bukanlah satu perkara yang baru digunakan dan sebelum memulakan kempen, kita hendaklah mengenal pasti masalah dan kehendak khalayak sasar sebagai faktor utama yang perlu ditekankan dalam proses perancangan tersebut. Begitu juga penonton atau khalayak sebagai golongan individu atau masyarakat yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha kempen. Oleh itu apapun, kempen yang akan dijalankan , perlulah ada perancangan yang terancang, teratur, dan mempunyai strategi yang mantap dan dinamik agar kempen itu berjaya diterima oleh golongan individu atau masyarakat. Sekian!!! bertemu lagi seterunya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
BalasPadamDi negara kita terdapat banyak kempen – kempen yang sering dianjurkan dan dipelopori oleh badan berkanun dan swasta. Ada yang telah mencapai objektifnya terhadap golongan sasaran yang di ingini. Tetapi bagi yang tidak mencapai objektifnya kita perlu mengkaji bagaimana kempen yang dijalankan itu masih belum mencapai misinya. Apakah sebab – musabab yang membawa kepada kegagalan kempen – kempen yang dijalankan.
Berdasarkan pengalaman saya salah satu kempen yang telah dijalankan oleh kementerian ialah kempen gerak gempur cetak rompak. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengisytiharkan penguatkuasaan penuh terhadap segala bentuk cetak rompak mulai 10 Mei 2010 yang akan dikenali sebagai Gerak Gempur Cetak Rompak (GGCR).Dari segi seni komunikasi, teknik – teknik pembentukan multi – media, umpamanya dari segi teks, aturletak, format dan sebagainya adalah beberapa kompenan yang membentuk dalam pengajian kempen. Daripada sub bidang komunikasi penyiaran, kita telah mempelajari cara menerbitkan bahan audio kaset dan video untuk membikin bahan – bahan elektronik. Ekoran daripada kemahiran yang dimiliki ini maka wujudlah lanun – lanun yang memproses cetak rompak. Mereka menggunakan teknologi media untuk mengaut keuntungan melalui jalan yang singkat.
Gerak Gempur Cetak rompak akan disertai oleh agensi kerajaan seperti polis, kementerian berkaitan, MyIPO dan juga syarikat-syarikat swasta. Objektif Gerak Gempur Cetak Rompak ini akan mengandungi perkara berikut:
• Mengurangkan segala bentuk cetak rompak
di pusat membeli belah dan tempat-
tempat tumpuan ramai.
• Menutup laman web yang mengandungi dan
mempromosi bahan cetak rompak dan
menghentikan muat turun yang tidak sah.
• Mengurangkan penggunaan bahan cetak
rompak di sektor korporat.
• Melumpukan sindiket cetak rompak.
• Mengenakan hukuman berat terhadap pesalah cetak rompak.
Gerak Gempur Cetak Rompak ini berkemungkinan berkaitan dengan pindaan Akta Hak Cipta yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi. Antara pindaan yang dicadangkan ialah mengenakan hukuman terhadap pihak yang memiliki bahan cetak rompak berbanding hari ini, tindakan hanya dikenakan terhadap penjual bahan cetak rompak. Kelihatan kali ini kerajaan benar-benar serius untuk membanteras kegiatan cetak rompak di negara kita. Jadi mulai hari ini, kita perlu berhati-hati agar tidak terlibat dalam gerak gempur ini. Bagi syarikat-syarikat, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan perisian sumber terbuka bagi mengelakkan tindakan diambil kerana menggunakan perisian cetak rompak.
Rumusannya pada pemerhatian saya kempen ini tidak akan berjaya jika semua pihak yang terlibat tidak turut sama mengawal jenayah cetak rompak. Ini menyebabkan perkembangan seni tanah air menjadi malap. Saya menyeru mereka yang terlibat dengan jenayah cetak rompak agar segera insaf dan memikirkan hak dan perasaan jiwa seni yang bersifat sensitif.Jangan menjadi seperti menangguk di air keruh, busut juga yang ditumbuhi anai – anai.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
BalasPadamBerdasarkan kepada perkara yang telah diutarakan oleh saudara Info Tech dan Talita, ingin saya memberikan sedikit pandangan mengenai konsep 1 Malaysia ini. Sememangnya kempen yang memperkenalkan konsep ini tidak mencapai matlamatnya secara optimum kerana bagi pandangan saya pendedahan rakyat terhadap konsep ini masih lagi kurang di uwar-uwarkan kepada rakyat. Malahan setiap rakyat membuat persepsi sendiri tentang apa yang dimaksudkan dengan 1 Malaysia. Seperti penyataan yang telah dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Datuk Najib Tun Razak perlu memberi penjelasan kepada rakyat tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep 1 Malaysia agar rakyat tidak membuat andaian dan spekulasi tersendiri tentang konsep ini. Bagi saya konsep ini sememangnya bermaksud untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang pada dasarnya telah mula menampakkan keretakkan. Sempena tarikh keramat 31hb Ogos dan bulan kemerdekaan ingin juga saya mengimbaskan kembali rentetan dan perjuangan rakyat yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan. Di mana tarikh ini membebaskan kita daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat. Namun amat mengecewakan apabila sekarang ini kita masih lagi menampakkan minda yang di bawa tampuk penjajahan. Perpaduan yang selama ini kita banggakan semakin goyah. Minda kita bukan lagi dijajah oleh anasir luar tetapi dijajah oleh kita sendiri. Kita sendiri mencetuskan pergolakkan yang sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu bantuan dari luar. Terdapat segelintir rakyat yang masih lagi membiarkan minda dijajah sehingga melakukan perkara-perkara yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum. Apakah perjuangan untuk kemerdekaan kita bakal disia-siakan?... Oleh yang demikian pada pandangan saya kempen untuk memperkenalkan konsep 1 Malaysia ini masih lagi kurang dan tidak mencapai tahap di mana rakyat boleh memahami dan mendalami apakah yang dimaksudkan dengan konsep ini sebenarnya.
Assalamualaikum dan salam lebaran saya ucapkan.
BalasPadamMelalui pengalaman dan penglibatan saya sendiri dalam kerjaya Pasukan PDRM, Cawangan Trafik di Kota Kinabalu banyak memberi pendedahan terhadap pelbagai kempen sama ada yang dianjurkan Kerajaan mahu pun Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu kempen kesedaran Keselamatan Jalan Raya dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan PDRM Kota Kinabalu untuk melaksanakan kempen tersebut dalam usaha mengurangkan kadar kematian bagi golongan berisiko tinggi seperti penunggang / pembonceng motosikal dan kategori pengguna jalan raya yang lain.
Baru-bau ini Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sabah telah mengadakan 'Kempen Kesedaran Keselamatan Tayar Kenderaan Tahun 2010' dengan objektif utama kempen ini memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya mengenai penggunaan tayar yang selamat di samping menggunakan tayar yang menepati piawaian yang ditetapkan.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Untuk Pemandu-Pemandu Kenderaan Berat 'Respect Your Limit' Peringkat Sabah anjuran Plus Expressways Berhad dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sabah dengan golongan sasaran adalah pengusaha / pemandu kenderaan berat dan perdagangan telah dijalankan untuk meninggkatkan pengetahuan mereka.
Pada 03 Sept 2010 sehingga 17 Sept 2010 sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri ini kempen Keselamatan Jalan Raya 'Ops Sikap ke XXII(22)' telah dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)untuk memastikan aliran trafik berjalan lancar, selamat dan perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang jalan raya serta mengharapkan kemalangan jalan raya dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima dalam musum parayaan ini.
Walaubagaimanapun sejauhmanakah kempen dapat membantu satu-satu kumpulan pelaksana dan khalayak sasar kempen merangka jalan penyelesaian satu-satu masalah yang menjadi fokus kempen tersebut jika tiada kesedaran daripada masyarakat itu sendiri untuk mengubah tingkah laku dan sikap dalam pemanduan serta tanggungjawab terhadap pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
Sikap manusia terhadap kempen-kempen yang dijalankan tidak akan berubah jika selagi perkara tersebut tiada bersangkut paut dengan kehidupan sekelilingnya.
Aslmualaikum and greetings to all...
BalasPadamAmong the campaigns that have been launched, one of the latest campaign that i've been involved is "Kempen Anti Kutu Sampah" which launched by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) or specifically here Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). This campaign invite people not to freely throw the rubbish anywhere they like, if the do that, they will be fined on the spot, maybe they have to pay an amount of RM30 per rubbish. Another element in this campaign is Monday is a day without plastic.so anywhere in Malaysia, or specifically Sabah, especially in superstore or supermarket such as Giant will not provide plastic everytime customer want to buy their products. this encourage people to bring their own plastic bag so they will not freely throw the plastic anywhere. But, if the customer didn't bring their own plastic, they have to pay an amount of RM0.20 per plastic. the superstore also sell a plastic bag to facilitate the customer in buying.
From my observation, this campaign is not enough to make people aware, but more or less this campaign helps government to reduce the amount of rubbish anywhere. maybe the local authority can add some extra activities that can make this campaign effective and give a positive impact to everyone.
Focus of this campaign is to reduce the amount of rubbish in town, because people will throw rubbish anywhere, sometimes not in the garbage, besides that, the plastic giving a negative impact if there are too many plastics throwed anywhere, because it can affect the Greenhouse, so our environment is not in a good health condition. This campaign only helps a little bit to local authority, but if this campaign, done aggressively, for sure, this campaign can helps the government to promote a healthier environment which can "pull" many tourists come to Malaysia.
If all parties want to participate this campaign, of course the impact of this campaign will be wide and continuously done. the far the parties go, the far also the impact of this campaign.
before they implement or after the implementation, the campaigners can do a research about the awareness of the campaign, so that they will know, whether this campaign effective or not.
Aslmualaikum...
Salam 1 Malaysia dan salam persaudaran buat semua, Di Malaysia, pelbagai jenis kempen telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi memberi
BalasPadamkesedaran terhadap rakyat. Antara kempen yang dilaksakan di Malaysia adalah kempen
“Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Walaupun kempen ini telah dilaksanakan pada
tahun 1998, namun kempen ini telah diberi penjenamaan semula. Pelaksana kempen ini
adalah Kementerian Perdangangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Secara
umumnya, khalayak sasaran kempen ini adalah terhadap pengusaha tempatan dan
masyarakat setempat bagi menggalakkan penggguna membeli barangan buatan Malaysia
dengan harga yang berpatutan. Selain itu, ia juga adalah memberi kesedaran kepada
masyarakat setempat bahawa produk-produk yang dihasilkan oleh Malaysia juga
mempunyai piawaian yang setaraf dengan produk-produk dari luar negara. Tujuan
kempen ini juga adalah untuk menanam rasa bangga dikalangan rakyat bahawa produk
buatan Malaysia juga boleh bersaing di taraf dunia. Di samping itu, tujuan kempen ini
dilaksankan adalah membantu negara menstabilkan ekonomi,mewujudkan pertambahan
permintaan domestik, memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana
tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. Bagi menjayakan kempen ini
supaya ia mendapat sambutan yang baik dari kalangan rakyat Malaysia, pihak pelaksana
haruslah menggunakan pelbagai jenis media iaitu media cetak dan elektronik untuk
menyebarkan mesej kepada rakyat. Mesej perlulah ringkas, tepat dan padat supaya
seluruh rakyat dapat memahami objektif kempen tersebut dilaksanakan. Selain itu,
kerajaan juga seharusnya menghadkan produk-produk yang berasal dari luar Negara,
sebaliknya menambahkan produk-produk buatan Malaysia di pasaran.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya amat tertarik membaca catatan saudari asrinawaty mengenai kempen2 yang dijalankan oleh pihak berkuasa, terutamanya polis dan jpj untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya. Saya juga tertarik dgn persoalan yang beliau timbulkan iaitu sejauhmana kempen ini berjaya menepati sasaran pelaksana kempen dan kumpulan sasarnya. Sesungguhnya semua ini tertakluk kepada 'kesedaran dan tingkahlaku manusia'. Sekalipun pihak berkuasa bersungguh2 dengan segala kapasiti yang ada utk melaksanakan kempen, namun jika manusia tetap tidak mahu sedak dan tidak mahu mengubah sikap, usaha ini akan tetap menjadi sia-sia. Malah setiap tahun statistik kemalangan dan kemalangan maut akan tetap menunjukkan kadar peningkatan. Jesteru saya ingin mengesyorkan agar kempen2 spt ops sikap dan yang berkaitan dgn keselamatan jalanraya diubah pendekatannya sepertimana iaitu poster2 diletakkan di sepanjang jalanraya yang banyak berlaku kemalangan maut. Pastikan poster kempen ini mampu menarik perhatian dan menakutkan serta mengingatkan pengguna jalanraya tentang musibah dan akibat yang akan mereka tempuhi jika terlibat dengan kemalangan.
BalasPadamAssalammualikum dan salam sejahtera,
BalasPadamBanyak persoalan pokok yang seringkali dihadapi sama ada oleh pihak pelaksana mahupun khalayak sasar dalam sesuatu kempen yang dilaksanakan. Saya amat tertarik dengan ‘Kempen Anti Rasuah’ yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan mereka dan peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dulunya Badan Pencegah Rasuah) dalam menangani amalan rasuah serta memupuk kesedaran awal tentang keburukan gejala rasuah dan kesan-kesan yang akan timbul akibat daripadanya.
Kerajaan jelas menyatakan komitmen menangani isu rasuah dan usaha meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum meskipun adakalanya perlu menongkah arus. Perumpamaan ‘Patah sayap bertongkah paruh, namun hasrat tidak akan luntur’ amat sinonim dengan hasrat kempen ini.
Kepincangan dan bencana yang sering berlaku memberikan mesej tanpa tapisan kepada kita bahawa amalan rasuah kelihatan seperti ‘barah’ yang semakin membimbangkan. Longkang tersumbat, banjir kilat, tanah runtuh, bangunan runtuh, nyawa tergadai, laporan yang ‘dibakulsampahkan’ dan perkhidmatan semakin merosot tentunya menyampaikan mesej yang jelas tentang hakikat yang berlaku. Namun sehebat manapun Kempen Anti Rasuah dijalankan, rasuah masih berlaku. Kenapa ini terjadi? Pokoknya selagi perkara paling dasar belum diselesaikan, isu paling asas tidak dirungkaikan kempen ini sukar untuk berjaya.
Isu yang dimaksudkan ialah demi kelangsungan hidup, kerana pendapatan dan imbuhan yang rendah iaitu di bawah paras mencukupi bagi keperluan hidup seharian lebih-lebih lagi di bandaraya dan kota besar. Mereka menghadapi pilihan sama ada perlu melakukan kerja sambilan atau mencari peluang menggunakan kuasa dalam perkhidmatan awam. Kempen ini juga sukar meresapi jiwa sesetengah mereka yang berpendapatan besar dan memiliki kuasa. Mungkinkah kerana mengejar kemewahan dan kedudukan kempen ini tidak mampu menembusi minda mereka.
Kepincangan ini mungkin dapat dibendung andainya isu pokok berlakunya rasuah ini dapat diatasi. Pihak pelaksana kempen mahupun khalayak sasaran perlu menggerakkan segala kudrat dan jentera yang ada secara telus, terbuka dan cekap bagi memastikan kempen ‘anti Rasuah’ ini tidak menemui jalan buntu.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
BalasPadamSaya turut menyokong apa yg diperkatakan oleh Pn. Ainah berhubung isu ‘Rasuah’ –“Kempen Anti Rasuah”. Sebenarnya pihak Kerajaan jelas menyatakan komitmen menangani isu rasuah dan usaha untuk meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum.
Pada paparan Buletin Utama semalam, Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan perasmian Seminar dan Mesyuarat Inisiatif Anti Rasuah Bank Pembangunan Asia (ADB) - Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunana Ekonomi (OECD) bagi Rantau Asia Pasifik yang mana beliau menyeru kepada semua masyarakat antarabangsa supaya berkerjasama dalam memerangi rasuah.
Saya turut tertarik dengan kata2 PM, “Menjenayahkan perbuatan Rasuah”. Bukan sedikit kempen yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umum supaya tidak terlibat dengan perbuatan rasuah.
Namun, Isu Rasuah ini masih sahaja berterusan menjadi ‘Silent Killer’ di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Apa benar, masyarakat kita pada hari ini sudah hilang jati diri? Kenyataan yang tidak dapat dinafikan adalah perbuatan rasuah ini seringkali dilakukan oleh mereka yang mempunyai kedudukan, pangkat, kuasa dan wang ringgit. Namun, mungkin pelaksana kempen terlalu menjurus kepada ‘kesan selepas berlakunya perbuatan rasuah’ dan tertinggal untuk menyelidiki akan ‘Penyebab’ kepada perbuatan rasuah ini. Hakikatnya, kita masih terus memerlukan kempen2 kesedaran untuk memerangi rasuah ini. Hal ini kerana, tanpa penglibatan secara kolektif dari semua pihak, mana mungkin masalah ini dapat diselesaikan.
Sekian.
Assaalamualikum.....dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
BalasPadamTerdapat pelbagai kempen yang pernah....kita dengar, antara kempen-kempen yang pernah dijalankan ialah kempen keselamatan jalan raya iaitu ops sikap, kempen mari membaca, kempen budi bahasa budaya bangsa, kempen anti kutu sampah, kempen belilah barangan buatan malaysia, kempen anti rasuah, kempen hari isnin tanpa beg plastik, kempen anti dadah, kempen gaya hidup sihat, kempen derma darah, kempen komersial oleh para peniaga untuk menjual produk mereka merupakan antara kempen-kempen yang penuh dengan mesej dan langkah-langkah perkongsian pintar oleh kerajaan untuk mengelak dan mengurangkan lebih banyak masalah sosial.
Kempen kami prihatin seperti yang dipaparkan juga merupakan satu kempen yang tidak kurang hebatnya.Kempen ini dijalankan untuk mengelak berlakunya gejala pembuangan bayi yang menular di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai pertubuhan kerajaan melancarkan kempen-kempen mengurang gejala sosial tetapi gejala kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Seolah-olah apa jua usaha kerajaan menyelamatkan mereka tidak mendapat perhatian. Wajah bayi yang tidak berdosa, sering dipaparkan di akhbar-akhbar dan majalah, kempen ini telah gagal meruntunkan rasa belas kasihan orang yang bertanggungjawab melakukan jenayah sosial tersebut.
Akhirnya kabinet telah memutuskan jenayah pembuangan bayi disiasat di bawah kesalahan membunuh dan cubaan membunuh. Hukuman tersebut amat setimpal, nyawa dibayar dengan nyawa, apatah lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Walaubagaimanapun isu ini masih tetap berlaku. Begitu juga dengan kes penyalahgunaan dadah, pengedar tetap bermaharajalela dan penagih dadah tidak pernah serik untuk mengambil dadah. Walaupun hukuman gantung sampai mati dikenakan, pengguna dadah terus bermaharajalela. Kini ternyata undang-undang bukan jalan penyelesaian untuk mengurang dan membenteras gejala sosial yang berlaku, kerana telah terbukti hukuman mati mandatori tidak akan menakutkan pelaku terhadap sesuatu kempen tersebut.
Assalamualikum...dan salam 1 Malaysia....
BalasPadamTerdapat pelbagai kempen yang telah dijalankan sehingga ke hari ini. Antara kempen-kempen yang pernah dijalankan ialah kempen keselamatan jalan raya iaitu ops sikap, kempen mari membaca, kempen budi bahasa budaya bangsa, kempen anti kutu sampah, kempen belilah barangan buatan malaysia, kempen anti rasuah, kempen hari isnin tanpa beg plastik, kempen anti dadah, kempen gaya hidup sihat, kempen derma darah, kempen komersial oleh para peniaga untuk menjual produk mereka merupakan antara kempen-kempen yang penuh dengan mesej dan langkah-langkah perkongsian pintar oleh kerajaan untuk mengelak dan mengurangkan lebih banyak masalah sosial.
Kempen kami prihatin yang dipaparkan di atas merupakan satu kempen yang tidak kurang hebatnya, kempen ini dijalankan setelah kes pembuangan bayi yang semakin menular melibatkan masyarakat kita hari ini. Pelbagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan bersama memerangi isu ini,namun gejala ini masih berleluasa dan terus bermaharajalela. Seolah-olah usaha tersebut tidak mendatangkan kesan langsung.Kempen ini telah gagal meruntunkan rasa belas kasihan orang yang bertanggungjawab melakukan jenayah sosial tersebut.
Akhirnya kabinet telah memutuskan jenayah pembuangan bayi disiasat di bawah kesalahan membunuh dan cubaan membunuh. Hukuman tersebut amat setimpal, nyawa dibayar dengan nyawa, apatah lagi nyawa yang tidak berdosa menjadi korban. Walaubagaimanapun isu ini masih tetap berlaku. Begitu juga dengan kes penyalahgunaan dadah, pengedar tetap bermaharajalela,walaupun hukuman gantung sampai mati dikenakan.dan penagih dadah tidak pernah serik untuk mengambil dadah. Kini ternyata undang-undang bukan jalan penyelesaian untuk mengurang dan membenteras gejala sosial yang berlaku, kerana telah terbukti tidak akan menakutkan pelaku dan menyelesaikan isu tersebut.
Dari pemerhatian saya, mengenai keberkesanan kempen dalam membantu satu-satu kumpulan sasar dalam merangka jalan penyelesaian sesuatu masalah yang menjadi fokus suatu kempen yang dijalankan adalah 50% berjaya,dan selebihnya adalah kurang berjaya. Berbalik kita kepada peranan kempen. Kempen adalah merupakan usaha terancang yang digunakan dalam memberi kesedaran, meningkatkan kewaspadaan dan mendorong tindakan yang sesuai yang memenuhi kehendak kempen. Selain itu,kempen yang dijalankan juga adalah untuk membantu pihak tertentu menggunakan sumber yang dirancang mengikut jenis audien dan mesej yang ingin disampaikan.
Kempen yang dijalankan haruslah selaras dengan strategik untuk memenangi hati audien dengan keadaan yang diinginkan untuk meraih simpati, mengamit perasaan atau mengubah suatu keadaan kurang baik, persepsi atau cara berfikir kepada yang lebih baik dan seterusnya memberikan manfaat kepada golongan sasar dan masyarakat sekitarnya.
Sekurang-kurangnya kempen ini telah berjaya 50% dalam membangkitkan semangat dan keinginan masyarakat untuk terus membaca. Satu contoh juga ialah Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, dimana kempen ini telah memberi kesedaran pengguna terhadap kepentingan membeli barangan Malaysia disamping pengguna dan masyarakat dapat menfaatkan kempen ini dengan meningkatkan lagi pendapatan ekonomi kita seterusnya taraf hidup masyarakat.
Dalam pemerhatian saya, 50% faktor tidak berjayanya kempen dalam menyelesaikan satu-satu masalah fokus kempen adalah kerana sikap segelintir penyertaan audien yang kurang memberikan maklum balas dalam aktivi pengisian kempen yang dijalankan. Ini adalah kerana ada dikalangan audien yang kurang bersikap bertanggungjawab dan prihatin dalam pembabitan sesuatu isu, memang adat manusia jika masalah tersebut tidak berkait rapat dengan keperluan asasi dan kehendak mereka, dilekakan dan kalau boleh dihidari sama sekali dan jika sebaliknya diutamakan.
Sekian Ulasan saya.....terima kasih
Cuba kita lihat kempen jangan merokok yang dipelopori oleh kementerian kesihatan. Saya melihat kempen ini sebagai satu kempen yang gagal dan tidak mencapai target kementerian. Kerajaan telah menaikkan harga rokok beberapa kali disamping gambar-gambar yang mengerunkan pada kotak rokok. Namun apakah kaedah tersebut berjaya menghentikan perokok untuk berhenti merokok. Jelasnya kenaikan harga serta gambar pada kotak rokok tersebut tida sekali kali mengubah sikap perokok. jadi apa yang patut dibuat oleh kementerian untuk menjadikan kempen ini berkesan. Justeru, sesebuah kempen itu patut dibuat secara lebih sistematik berdasarkan model teori 'Two-Way Asymetric', di mana kedua dua pihak boleh berinteraksi/ berdailog. Kementerian sebagai penganjur kempen boleh memahami apa sebenarnya yang diingini oleh seorang perokok utk berhenti merokok. Dengan cara ini kempen ini akan lebih memahami dan melibatkan semua pihak supaya mengambil bahagian di dalam kempen ini.
BalasPadamSalam dan selamat sejahtera..
BalasPadamPada dasarnya kempen yang paling berkesan adalah bermula daripada rumah. Tidak kira ianya melibatkan aklak mahupun kesedaran individu tersebut. Ibu pada adalah pendidik yang terbaik dalam membentuk masyarakat yang peka dengan masalah terutamanya keadaan sosial ketika ini.
Sebagai contoh malah pembuangan bayi, pihak kerajaan mahupun NGO telah merangka dan mengukuhkan dasar bagi menjatuhkan hukuman yang maksimem kepada pesalah yang terlibat dalah hal ini.
Telah banyak kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan baik dari segi poster, video ceramah dan sebagainya. Tetapi pada am masih lagi kedengaran masalah pembuangan bayi ini. Kemungkinan sasaran Audien yang tidak tepat atau sebaliknya.
Tanpa kita sedari, masalah ini bertambah kusut dan bilangan kes ini semakin meningkat sehingga menimbulkan kegusaran dan kebimbangan rakyat.
Statistik dikeluarkan Bayer Schering Pharma Malaysia mendapati, seramai 80 juta wanita seluruh dunia hamil tanpa dirancang atau tidak disengajakan setiap tahun.
Malah di negara ini, sehingga kini 407 kes buang bayi direkodkan sejak 2005 dan jumlah itu dikhuatiri meningkat jika langkah sewajarnya tidak diambil.
Masalah ini berpunca daripada kehamilan tidak dirancang dan kurang pengetahuan mengenai isu seks yang dianggap sensitif kepada rakyat.
Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, berkata kehamilan tidak dirancang sering terjadi kepada golongan muda.
Oleh itu kempen yang paling sesuai bagi megatasi masalah ini adalah penglibatan ibu dan bapa di rumah amat digalakkan.
Salam sejahtera, saya ingin menarik perhatian tuan/puan untuk melihat kempen anti-merokok yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada pendapat saya kempen ini sebagai satu contoh kempen yang gagal mencapai matlamatnya. Pihak kerajaan telah menaikkan beberapa kali harga rokok dengan harapan perokok akan berhenti kerana harganya yang meningkat. Kotak pada rokok pula dicetak dengan gambar-gambar yang mengerunkan dengan harapan suapaya setiap perokok yang membeli rokok akan melihat dan merenung kembali apa yang akan terjadi jika mereka terus menerus merokok. Namun di sebaliknya, apakah tindakan yang disebut di atas tadi itu berhasil menyedar dan membuat perokok berhenti merokok. Jawapannya TIDAK. Jadi apakah makna kempen anti merokok ini kepada mereka? Yang jelasnya, kempen ini tidak berkesan, tidak memberi kesedaran, tidak bermakna dan sebagainya. Apakah sebabnya? Ini mungkin disebabkan pelaksana kempen kurang mahir dalam kempen atau tidak berpengalaman. Sebagai contoh, mungkin pelaksana kempen boleh memikirkan satu cara lain yang lebih baik untuk memujuk perokok berhenti merokok. Mengunakan kempen PR dua hala melalui model teori Two-Way Asymetrical, untuk mendapatkan maklum balas daripada perokok apa sebenarnya yang menyebabkan mereka tidak boleh berhenti merokok. Dengan cara ini mereka boleh merekabentuk kempen yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat.
BalasPadamSekian terima kasih.
saya bersetuju dengan kenyataan pertama dimana sebuah kempen yang berjaya akan menjadi ikuti oleh masyarakat. Kempen perlulah sentiasa dpantau atau dititikberatkan dan dilakukan secara berterusan. kempen yang baik dapat menarik perhatian daripada masyarakat dan menjadik ikutan. Oleh itu, sebelum sebuah kempen diterbitkan atau dibuat dan dikeluarkan hendak lebih peka terhadap persekitaran tentang masyarakat. sebuah kempen haruslah di jalankan secara berterusan agar masykarakat tidak lupa. kehebatan sesebuah kempen apabila masyarakat dapat meningatinya dan mengamalkan.. kita tidak mahu sebuah kempen itu mati atau terkubur begitu sahaja.. salah satu kempen yang tidak aktif dan sudah dilupakan adalah kempen atau program "Rakan Muda"
BalasPadam"kempen kami prihatin" adalah sebuah kempen yang bertujuan mencetuskan kesedaran umum terhadap isu-isu penderaan kanak-kanak dan pembuang bayi.. tetapi kempen ini seperti rapuh dan lemah dari segi penyampainya.. kerana kempen ini seperti tidak menankutkan atau memberi kesedaran kepada pelakunya.. kempen ini perlu melakukan pelbagai pendekatan untuk memberik kesedaran kepada masyarakat jika kempen ini tidak diperhebatkan maka saya tidak hairan lah jika kempen ini tidak akan berjaya..
salam..
BalasPadamkempen tetap kempen,kempen sudah di jalankan sudah digemparkan.Adakah kempen itu berkesan?dan bagaimana keberkesanan kempen itu di ukur?
Kempen yang baik mesti lah di pantau dan di nilai dari masa ke semasa.Harus di lakukan secara berterusan dan mendapat komitmen dari semua lapisan masyarakat,NGO dan kerajaan.
Sebagai contoh kita lihat kempen keselamatan jalanraya yang di lakukan oleh pihak kerajaan mahupun NGO.Kempen ini telah di jalankan sejak dulu lagi dan telah di tambahbaik kan kempen di waktu musim perayaan.Seperti umum ketahui musim perayaan juga di kenali musim kemalangan meningkat.Pelbagai usaha telah di lakukan dengan bertujuan ingin meningkat tahap kesedaran masyarakat terhadap keselamatan jalan raya seperti edaran poster poster,katalog keselamatan dan papan tanda yang mengingat kan kepada masyarakat.Tetapi kempen ini di lihat kurang berjaya kerana melihat statistik kemalangan masih tinggi biarpun berbagai usaha telah di jalankan.Semua ini juga melibatkan pelbagai faktor seperti amalan,budaya dan pemikiran masyarakat itu sendiri.Oleh itu,kempen harus dilakukan dari akar ubi dahulu dengan bermula dari rumah.Dalam hal ini,pihak ibubapa harus memainkan peranan dengan memberi nasihat dan tunjukkan amalan yang baik sewaktu di jalankan raya mahupun di mana jua.Pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mengajar dan memupuk pelajar tentang pentingnya keselamatan jalanraya.Sekiranya ini dapat dilakukan dan di jadikan satu amalan budaya dalam hidupan harian di kalangan masyarkat ia pasti mengubah pemikiran masyarakat yang mementingkan keselamatan.Dengan ini semua pihak harus memainkan peranan penting dan bekerjasama agar kempen berjaya mencapai objektifnya
Salam..saya amat bersetuju dengan semua pendapat yang diberikan oleh rakan-rakan mengenai pengalaman mereka tentang kempen-kempen yang dijalankan.Di Malaysia ada banyak kempen.Dulu dan sekarang,di setiap kementerian,di setaiap masa ada mempunyai beberapa kempen yang dijalankan terutamanya berkaitan dengan kempen anti rokok,kempen kebersihan,kempen keselamatan jalan raya dan sebagainya.Kempan-kempen ini dijalankan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menangani masalah-masalah yang berlaku di nagara kita.Di sini saya mengambil satu contoh kempen yang pernah saya dengar iaitu kempen anti dadah dimana masyarakat diberikan pelbagai ceramah berkaitan dengan dadah.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan penagih mahu pun bekas penagih cenderung bergelumung dengan kancah yang meminggirkan golongan itu untuk mendapatkan tempat dalam kelompok sosial mahu pun ekonomi.Dalam kempen ini,persepsi masyarakat terhadap penagih perlu diubah kerana mereka bukanlah penjenayah tetapi pesakit yang perlu diberikan rawatan.Di samping itu,masyarakat perlu mengetahui bahawa institusi keluarga perlu memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah ini seperti yang kita tahu mengenai Gesaan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar seluruh anggota masyarakat memperkasa institusi kekeluargaan harus disahut dengan penuh munasabah.Pertubuhan bukan kerajaan(NGO) juga sangat penting dalam menangani masalah ini dan bukannya hanya bergantung kepada usaha kerajaan sahaja bagi menanganinya.Akhir kata,semua pihak harus mempunyai peranan dan kesedaran masing-masing bagi menyelamatkan masyarakat negara kita terjerumus daripada najis dadah.
BalasPadamSalam 1 malaysia. Jika kita perhatikan di Malaysia terdapat banyak kempen yang dijalankan tidak kira oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Antara kempen yang pernah dijalankan seperti Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Kempen kesihatan seperti Kempen Basuh Tangan, Kempen Zoom! Malaysia dan banyak lagi. Semua kempen-kempen ini sememangnya memberi kesan terhadap kita. Contohnya seperti Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Kempen ini dijalankan pada tahun 2008 iaitu semasa saya masih di bangku sekolah lagi. Dalam kempen ini, pihak yang bertanggungjawab menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan. Untuk tujuan kempen tersebut, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini". Konsep ini digunakan kerana ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalamsesebuah negara. Selain itu, memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna. Sekaligus memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.
BalasPadamSelain kempen Belilah Barangan buatan Malaysia, kempen Zoom! Malaysia juga agak 'popular' pada suatu ketika dahulu. Kempen ini dilancarkan pada 2008 oleh YB DAto Sri Azalina Othman iaitu Menteri Pelancongan pada masa itu. Kempen pengiklanan Zoom! Malaysia dilancarkan adalah untuk meningkatkan profil pelancongan domestik menjadi lebih dinamik, ceria dan aktif.
Pengiklanan Zoom! Malaysia boleh disaksikan melalui saluran-saluran televisyen di bawah Media Prima iaitu TV3 dan 8TV pada masa tersebut. Pendekatan pengiklanan ini adalah untuk melipatgandakan publisiti kempen Zoom! Malaysia yang sedang giat dipromosikan di seluruh negara pada masa tersebut oleh Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia. Kempen pengiklanan elektronik ini mengketengahkan destinasi-destinasi baru dan yang sedia ada serta Jualan Jimat Malaysia 2008 yang bakal berlangsung dari 29 November hingga 4 Januari 2009. Destinasi-destinasi pelancongan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipromosikan melalui kempen pengiklanan ini mempunyai tarikan keindahan semula jadi yang tersendiri dan ada di antaranya yang masih tidak begitu dikenali. Kempen Zoom! Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengukuhkan pembangunan pelancongan domestik. Di samping menggalakkan integrasi nasional, ia juga merangsang rakyat Malaysia agar merancang percutian dan meneroka pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di negara sendiri. Usaha ini juga akan mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli sektor awam dan swasta dalam mempromosi pelbagai produk dan tarikan pelancongan.
Seterusnya, kempen berunsurkan kesihatan iaitu Kempen Basuh Tangan Terbesar di seluruh Malaysia. Kempen anjuran produk kebersihan, Protex itu antara lain menyokong matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menggesa rakyat sentiasa menjaga kebersihan dan berhati-hati terhadap ancaman gelombang kedua virus influenza A H1N1. Ia dilancarkan Timbalan Pengarah Ami Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman. Sekurang-kurangnya 150, 000 pelajar dari 150 sekolah rendah di seluruh Malaysia didedahkan mengenai kepentingan membasuh tangan sebagai langkah mencegah H1N1 yang berlangsung selama enam bulan di beberapa daerah yang dibahagikan kepada zon Pertengahan, Utara dan Selatan.
Sekian, terima kasih.
salam...
BalasPadamkempen,kempen,kempen....
adakah setiap kempen yang dilaksanakan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah ataupun cuma untuk mengaburi mata masyarakat sebagai langkah menyelesaikan sesuatu masalah.
saya sebenarnya memang bersetuju setiap kempen yang dilaksanakan mempunyai tujuan ke arah kebaikan tetapi adakah setiap kempen berjaya memuaskan hati semua pihak. sebagai contoh kempen "hari isnin tanpa beg plastik". adakah pihak yang terlibat dalam kempen ini telah mengkaji atau membuat penyelidikan berapa ramai yang bersetuju dan berapa ramai yang kurang bersetuju.
bagi saya kempen ini kadang kala menyusahkan kepada golongan yang kurang arif dengan kempen yang dijalankan. contohnya kepada sesiapa yang langsung tidaik mengetahui kempen ini terpaksa balik dari pusat membeli belah dengan memikul barangan belian tanpa beg plastik. nah...disini bukan kah ianya memberi impak yang negatif dan meletihkan golongan ini...
cuba fikirkan sejenak....sekian
Salam sejahtera.
BalasPadamBanyak kempen yang telah kita lihat dan dengar, tujuan dan matlamat begitu jelas diketahui umum iaitu tidak lain demi kesejahteraan hidup sejagat. Namun yang nyata kempen Kami Prihatin merupakan kempen yang sepatutnya dipandang serius kerana melibatkan diri dan institusi keluarga, malah negara juga khasnya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah melancarkan Kempen Kami Prihatin pada 8 April 2010 di KL Sentral.
Kempen ini digerakkan oleh Utusan Malaysia bersama-sama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan
Pihak berkuasa tempatan mahupun badan-badan korporat juga boleh menyumbang kepada Corporate Social Responsibility (CSR) dengan meletakkan papan tanda peringatan di kawasan tumpuan awam supaya menjauhi perbuatan dosa seperti zina dan buang bayi. Untuk tujuan itu, ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW boleh digunakan bagi memberi kesedaran terutama kepada masyarakat Islam yang ramai terjebak dalam kancah ini.•Kempen Kami Prihatin memang wajar dilaksanakan dan sepatutnya telah dilancarkan lebih awal.
Di antara sebab kita menyokong penuh kempen ini;
•Kempen Kami Prihatin perlu disokong oleh semua pihak dengan bersungguh-sungguh dan perlu berlangsung sepanjang masa.
•Kempen Kami Prihatin sepatutnya terus menyelongkar punca masalah sebenar dan tindakan drastik perlu digerakkan segera.
•Gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi sesungguhnya berpunca daripada kecetekan ilmu agama dalam diri individu yang terlibat.
Sekadar pandangan....
Akum...dan salam 1Malaysia ..... seperti yang pernah kita lihat.. terdapat pelbagai kempen yang dilancarkan di Malaysia umumnya... ada kempen yang berterusan sehingga sekarang dilancarkan.. sebelum pelancaran sesebuah kempen tersebut.. beberapa askek yang perlu diambil kira, antaranya khalayak/audien kempen, objektif kempen, kesan kempen, strategi dan teknik membujuk dalam kempen. Sekiranya kempen yang dilancarkan tidak mempunyai perancangan yang rapi sesuatu kempen tersebut tidak akan mencapai objektif yang disasarkan. Adalah penting bagi seseorang pelaksana kempen mengambil kira perkara tersebut. Ini adalah kerana kempen adalah bertujuan untuk mengubah sikap manusia daripada sikap yang kurang baik kepada yang lebih baik. Perkara yang paling susah di bentuk ialah sikap manusia. Sekiranya kita mengabaikan beberapa aspek dalam berkempen maka kempen tersebut akan menemui kegagalan. Kejayaan dan kegagalan kempen adalah terletak pada tangan pelaksana kempen.
BalasPadamContoh kempen ‘Kami Prihatin’ seperti yang dipaparkan diatas.. kempen tersebut telah melalui beberapa fasa dan proses bagi menyedarkan masyarakat betapa buruknya sikap atau gejala pembuangan bayi di dalam masyarakat kita di Malaysia khasnya. Seorang bayi yang tidak berdosa telah dibuang, dibunuh dan diperlakukan seperti sampah tanpa memikirkan apakah kesan terhadap masyarakat kita. Apakah dosa bayi tersebut...? bayi yang baru berusia beberapa hari atau jam itu terus diperlakukan seperti sampah sedangkan ia tidak mengetahui apa-apa, punca dan sebab mengapa mereka diperlakukan seperti itu. Oleh yang demikian pelaksana kempen harus mengambil langkah bagaimana cara untuk mengatasi masalah tersebut dan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa zalimnya perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Pelaksana kempen juga harus memikirkan strategi tertentu untuk menarik minat khalayak agar khalayak terlibat secara langsung dan aktif bagi menangani permasalah tersebut. Antara perkara yang perlu difikirkan oleh pelaksana kempen ialah memberi kesedaran, kesan dan impak kepada masyarakat. Pelaksana kempen juga harus memikirkan bagaimanakah cara atau merangka jalan penyelesaian permasalah tersebut. Mungkin pelaksana kempen boleh meberikan kesedaran kepada khalayak bagaimana kita harus menerima kenyataan bahawa ada terdapat kelahiran bayi luar nikah. Kaum keluarga juga harus memainkan peranan dalam pekara tersebut. Mereka seharusnya memberi sokongan dari segi moral dan psikologi kepada mangsa. Janganlah memandang hina kepada mangsa kerana setiap manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Menerima kembali mereka kepangkuan keluarga adalah cara yang terbaik dalam mengatasi permasalahan ini, walaupun pada permulaannya agak sukar diterima dan bertentangan dengan budaya dan agama kita. Bagi golongan ibu bapa seharusnya memberikan perhatian sepenuhya kepada anak-anak mereka walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dalam beberapa kes yang diperolehi kebanyakan mangsa adalah dari golongan yang sederhana dan keatas. Ini adalah juga berpunca daripada pendidikan ibu bapa di rumah. Dalam usaha menangani masalah ini, Datin Seri Rosmah sendiri juga mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat bersepadu bagi membantu golongan tersebut... adakah dengan cara begitu ia akan berakhir atau sebaliknya..????
Sekian terima kasih.....
YA2008-1122
Salam...Kempen menurut kamus DBP segala usaha (kegiatan atau tindakan)yang dirancang dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan (rayuan dan lain-lain) untuk mempengaruhi pendapat umum atau untuk mendapat sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dan lain-lain).
BalasPadamSememangnya kempen yang dijalankan ingin menjayakan sesuatu matlamat daripada pihak pelaksana. Namun sejauhmana ia berjaya mencapai matlamat bergantung kepada cara pelaksanaan dan persekitaraannya. Sebagai contoh kempen budi bahasa. Kempen seperti kebiasaannya kita akan rujuk kepada perkhidmatan kaunter. Jika dibandingkan antara perkhidmatan kaunter kerajaan dan swasta ada perbezaan. Sudah menjadi lumrah layanan yang diperolehi daripada pihak agensi kerajaan adakalanya mendukacitakan. Bahasa yang digunakan kadangkala boleh menyinggung perasaan. Pemantauan dari pihak atasan yang kurang menyebabkan perkara ini berterusan. Berbanding dengan perkhidmatan kaunter pihak swasta, yang begitu mesra layanan. Bahasa lembut dengan senyuman untuk melayan pelanggannya.
Mengapa perkara ini berlaku. Adakah kempen budi bahasa itu tidak berjaya dipihak kerajaan dan berjaya dipihak swasta. Jika kita perhatikan dipihak swasta kempen ini agak berjaya kerana pemantauan dan matlamat agensi swasta yang ingin menarik dan mengekalkan pelanggannya dan seterusnya meningkatkan prestasinya. Berbanding dengan pihak kerajaan yang kurang pemantauan dan bukan bermatlamatkan keuntungan.
Good evening. Campaign is always something that creates not only awareness but also excitement in the beginning. From my personal experience, when the Toilet Hygiene Action Team (T.H.A.T) started, posters, stickers, flyers were printed and distributed all over the City. It was so visible everywhere. The committed team then, were seen almost everywhere. The toilets were exceptionally acceptable to use comfortably.
BalasPadamFor any campaigns, continuation is essential to ensure that the campaign works. Today we don't see the posters and that lead to "foul smelling toilets". What does it take to keep the campaign going? The same people are tired? Can they train new members to take on leadership? Surely they had good intention when starting the campaign. How then to persuade them and new members to carry on the flag...
Sebagai salah seorang pemerhati dan penulis yang berada dalam masyarakat berbilang bangsa, saya mendapati bahawa usaha pelaksanaan sesebuah kempen memerlukan satu jangka masa bagi mengetahui ‘jangkaan kesan’ yang bakal dialami sendiri oleh khalayak atau organisasi. Oleh sebab itu, matlamat yang jelas dan jitu haruslah berjalan seiring sejak pelaksanaan kempen bermula. Saya meminjam ayat Encik Shahruddin iaitu “antara aspek asas dalam satu-satu kempen termasuklah, pihak pelaksana kempen, khalayak kempen dan isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen”.
BalasPadamSebagai pemerhati, saya akan cuba memahami cara dan matlamat sebenar pihak pelaksana kempen. memusatkan persoalan apakah yang mampu mereka lakukan bagi melaksanakan satu kempen dengan jayanya? Mampukah mereka melakukan kempen secara berterusan tanpa adanya rasa bertanggh-tangguh dan ‘putus asa’ di pertengahan jalan? Kempen yang baik adalah kempen yang dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya seperti kempen Kitar semula yang dinyatakan oleh saudari Audrey di atas. Kempen ini walaupun pada mulanya menghadapi masalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap keberkesanan kempen ini, namun pelaksana kempen tidak berputus asa dan hasilnya boleh dikatakan berjaya apabila pelaksana kempen telah melibatkan generasi baru iaitu pelajar-pelajar sekolah, masyarakt luar bandar dan juga bandar.
Jika diperhatikan dari segi aspek khalayak kempen, sesuatu kempen yang berjaya adalah jika ia mendapat sambutan daripada khalayak kempen itu sendiri. Bagaimana kempen akan berjaya jika khalayak yang disasarkan tidak peka terhadap perubahan dan tidak ingin mengubah mentaliti mereka untuk menjayakan sesuatu kempen? Sebagai contohnya, Kempen Jalan Raya yang sudah dilaksanakan sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mengapa kempen masih lagi gagal? Ini kerana pada pandangan saya, mentaliti masyarakat Malaysia masih lagi di takuk lama. Rasa keegoan yang menebal di jalan raya, perasaan marah menguasai diri dan ingin menjadi ‘raja’ di jalan raya sentiasa menebal. Kempen yang dilaksanakan sedikitpun tidak membawa apa-apa makna bagi mereka. Penyatuan objektif dan mentaliti masyarakat tidak pernah berjalan seiring. Mungkin sebab itulah kempen ini tidak akan berjaya.
Dalam melaksanakan sesuatu kempen, isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen juga haruslah jelas dan sesuai dilaksanakan dengan adanya perancangan yang starategik. Sesuatu isu yang cuba dibangkitkan dalam kempen haruslah dikupas hingga ke akar umbinya. Pelaksana kempen mestilah tahu setiap persoalan yang bakal ditimbulkan dan carilah jalan penyelesaian yang paling bijak dan bukannya sesuatu isu dibiarkan tergantung tanpa jalan penyelesaian. Tiada isu maka pelaksana kempen tidak akan dapat melaksanakan sesuatu kempen. Tiada pelaksana kempen, masyarakat tidak akan sedar kesalahan yang mereka lakukan. Tiada masyarakat, pelaksana kempen tidak akan tahu keberkesanan kempen mereka. Oleh sebab itu, ketiga-tiga asas yang disebutkan sebentar tadi haruslah digabungkan. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk melaksanakannya.
Sebagai salah seorang pemerhati dan penulis yang berada dalam masyarakat berbilang bangsa, saya mendapati bahawa usaha pelaksanaan sesebuah kempen memerlukan satu jangka masa bagi mengetahui ‘jangkaan kesan’ yang bakal dialami sendiri oleh khalayak atau organisasi. Oleh sebab itu, matlamat yang jelas dan jitu haruslah berjalan seiring sejak pelaksanaan kempen bermula. Saya meminjam ayat Encik Shahruddin iaitu “antara aspek asas dalam satu-satu kempen termasuklah, pihak pelaksana kempen, khalayak kempen dan isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen”.
BalasPadamSebagai pemerhati, saya akan cuba memahami cara dan matlamat sebenar pihak pelaksana kempen. memusatkan persoalan apakah yang mampu mereka lakukan bagi melaksanakan satu kempen dengan jayanya? Mampukah mereka melakukan kempen secara berterusan tanpa adanya rasa bertanggh-tangguh dan ‘putus asa’ di pertengahan jalan? Kempen yang baik adalah kempen yang dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya seperti kempen Kitar semula yang dinyatakan oleh saudari Audrey di atas. Kempen ini walaupun pada mulanya menghadapi masalah ketidakpercayaan masyarakat terhadap keberkesanan kempen ini, namun pelaksana kempen tidak berputus asa dan hasilnya boleh dikatakan berjaya apabila pelaksana kempen telah melibatkan generasi baru iaitu pelajar-pelajar sekolah, masyarakt luar bandar dan juga bandar.
Jika diperhatikan dari segi aspek khalayak kempen, sesuatu kempen yang berjaya adalah jika ia mendapat sambutan daripada khalayak kempen itu sendiri. Bagaimana kempen akan berjaya jika khalayak yang disasarkan tidak peka terhadap perubahan dan tidak ingin mengubah mentaliti mereka untuk menjayakan sesuatu kempen? Sebagai contohnya, Kempen Jalan Raya yang sudah dilaksanakan sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, mengapa kempen masih lagi gagal? Ini kerana pada pandangan saya, mentaliti masyarakat Malaysia masih lagi di takuk lama. Rasa keegoan yang menebal di jalan raya, perasaan marah menguasai diri dan ingin menjadi ‘raja’ di jalan raya sentiasa menebal. Kempen yang dilaksanakan sedikitpun tidak membawa apa-apa makna bagi mereka. Penyatuan objektif dan mentaliti masyarakat tidak pernah berjalan seiring. Mungkin sebab itulah kempen ini tidak akan berjaya.
Dalam melaksanakan sesuatu kempen, isu yang menjadi dasar pelaksanaan kempen juga haruslah jelas dan sesuai dilaksanakan dengan adanya perancangan yang starategik. Sesuatu isu yang cuba dibangkitkan dalam kempen haruslah dikupas hingga ke akar umbinya. Pelaksana kempen mestilah tahu setiap persoalan yang bakal ditimbulkan dan carilah jalan penyelesaian yang paling bijak dan bukannya sesuatu isu dibiarkan tergantung tanpa jalan penyelesaian. Tiada isu maka pelaksana kempen tidak akan dapat melaksanakan sesuatu kempen. Tiada pelaksana kempen, masyarakat tidak akan sedar kesalahan yang mereka lakukan. Tiada masyarakat, pelaksana kempen tidak akan tahu keberkesanan kempen mereka. Oleh sebab itu, ketiga-tiga asas yang disebutkan sebentar tadi haruslah digabungkan. Semua pihak haruslah berganding bahu untuk melaksanakannya.
Salam sejahtera. Pernahkah kamu terfikir bagaimana bermulanya pengaruh internet dalam dunia kita kini? Bagi pendapat saya, Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat yang dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 11 Okt 1997 merupakan titik tolak bermulanya kesedaran tentang kepentingan teknologi maklumat untuk menjadi salah satu negara yang berdaya saing dalam dunia global. Kempen ini boleh dikatakan berjaya kerana dibandingkan angka celik IT pada masa lalu dan kini telah menunjukkan perbezaan yang besar.
BalasPadamKempen ini sememangnya dapat membantu kumpulan pelaksana merangka satu jalan penyelesaian terhadap masalah keengganan masyarakat pada awalnya untuk menerima IT dalam kehidupan mereka. Saya masih ingat bahawa penerimaan tentang IT pada awalnya bukanlah seperti apa yang kita lihat pada hari ini. Terdapat pelbagai kekangan daripada masyarakat. Antaranya ialah ketidakmampuan kewangan, berfikiran menolak teknologi dan sebagainya. Namun, kempen ini telah berjaya dilaksanakan dengan menggunakan beberapa kaedah dalam membujuk / mempengaruhi khalayak sasar. Antaranya ialah pemberian pembiayaan RM 5000 kepada kakitangan awam bagi mendapatkan sebuah komputer sebagai suatu cara untuk mendekati khalayak sasar untuk membujuk khalayak sasar untuk mendapatkan komputer sebagai langkah permulaan. Seterusnya, lagu Cinta IT yang didendangkan oleh Datuk Siti Nurhaliza ditayang/ diputar di media elektronik hampir saban hari demi mengikis sikap masyarakat pada ketika itu yang menolak teknologi ataupun tidak ingin mencuba teknologi baru yang dikatakan menyusahkan. Lirik lagu itu yang ringkas dan mudah difahami menekankan tentang kebaikan IT. Penayangan lagu ini secara kerap boleh membujuk khalayak sasar untuk berubah fikiran.
Oleh sebab yang demikian, bagi pendapat saya sesebuah kempen dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya pelaksana kempen mengambil berat tentang cara untuk mendekati khalayak sasar. Dan seperti mana yang telah diperkatakan di atas, sesebuah kempen haruslah dijalankan secara berterusan dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanan sesebuah kempen
SALAM SATU MALAYSIA.....
BalasPadamkunci sebenar dalam mencapai matlamat kempen adalah berkerjasama, tanpa kerjasama dikalangan orang yang berkempen serta yang dikempen kempen tersebut tidak akan menjadi.
salah satu contoh berkempen dengan baik adalah ketika pilihanraya umum. Pengalaman saya ketika mengikuti kempen didalam pilihan raya, calon yang akan bertanding akan turun padang berjumpa dengan masyarakat dengan menjanjikan bermacam-macam. Apabila tiba masa membuang undi ternyata calon tersebut meraih kemenangan. Ini membuktikan kempen yang dilakukan oleh beliau amat lah berkesan sehingga meraih kemenangan. Saya amat bersyukur segala apa yang dijanjikan oleh calon tersebut sudah ditunaikan walaupun tidak semua saya Nampak kesungguhan calon tersebut untuk memenuhi kehendak masyarakat serta dalam memelihara dan memulihara kawasan beliau.
bagi saya, strategi berkempen sama ada untuk berpolitik ataupun sesuatu maklumat semuanya adalah menuju kepada kebaikan kepada semua gologan masyarakat.
sekian terima kasih
YA 2008-1470
salam damai... Kempen merupakan satu medium pelaksanaan yang efektif. Terdapat pelbagai jenis dan ragam kempen yang dilaksanakan bagi mempratontonkan niat dan kekuasaan.
BalasPadamKempen-kempen yang bersifat politik, amaran, promosi dan sebagainya digunakan sebagai bahan acuan kepada pencetus sesuatu kempen, misalnya salah satu kempen yang paling luas digunakan ialah "Papan Iklan" yang mana banyak terdapat di sepanjang jalan raya. Berdasarkan pemerhatian saya mengenai kempen seperti ini, kaedah ini saya dapati sangat berkesan terutama dalam penyampaian maklumat kepada khalayak kerana ianya secara penglihatan imej secara langsung dan secara keseluruhan khalayak dapat melihatnya. Walau bagaimanapun, matlamat dan objektif kempen seperti ini tidak sepenuhnya berjaya kerana kesan tidak dirasai disebabakan oleh sikap khalayak sama ada ingin mengaplikasi mesej itu ataupun sebaliknya.
Namun begitu, terdapat cara lain kaedah kempen dilaksanakan iaitu secara "face to face" terus ke arah khalayak dan melakukan komunikasi secara lisan. Pada pendapat saya, kaedah seperti ini memberi impak yang sangat besar bukan sahaja kepada kumpulan pelaksana kempen tetapi juga kepada khalayak. Misalnya kempen Kebersihan Diri yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertemakan "SAYANGI ANAK ANDA" dimana pelaksana kempen iaitu Kementerian Kesihantan turun padang ke lokasi-lokasi tertentu seperti sekolah-sekolah. Kempen itu memberi fokus kepada tahap kebersihan diri dan jenis-jenis penyakit, golongan kanak-kanak dan golongan ibu bapa dimana kempen ini memberi panduan kepada kanak-kanak tentang cara-cara membasuh tangan dengan betul, jenis penyakit yang akan dihadapi sekiranya tidak mengamalkan kebersihan diri. selain itu, ibu bapa disaran untuk mendidik anak-anak mereka supaya mengamalkan kebersihan diri.
Secara pemerhatian, saya berkaykinan bahawa pendekatan kempen seperti ini adalah berjaya kerana sasaran, fokus dan matlamat pelaksana kempen dicapai serta khalayak memperoleh faedah dari kempen tersebut. Oleh itu pemilihan kempen yang berkualiti dan memberi impak kepada dua pihak adalah mutahak untuk dipertimbangkan.
sekian, Terima Kasih
YA 2008 - 1152
Assalamulaikum dan salam sejahter
BalasPadamEn. Syah dan semua pembaca blog ini,,,
tidak dinafikan apabila kita menrancang untuk melakukan sesuatu mestilah mempunyai tujuan yang jelas dan fikirkan apakah kesannya terhadap kita sendiri dan orang ramai. begitu juga dengan pelakasanaan sesuatu kempen mestilah memapunyai perancangan yang menyeluruh dari mula hinggalah semasa pelaksanaan kempen yang telah dirancang..