Pages

Sabtu, 31 Julai 2010

[AK21503] Kuliah 3

'Kaedah pembujukan' dan 'kesan pembujukan' adalah istilah yang lazim dirujuk kepada aktiviti membujuk dan jangkaan implikasi bujukan ke atas khalayak pembujukan [sasaran bujukan]. setiap individu mempunyai tahap kesan pembujukan mengikut jenis kaedah membujuk yang tertentu. Sebilangan daripada manusia boleh dibujuk dengan mudah manakala, sebilangan yang lain begitu sukar dibujuk. Atas faktor demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pengaruh agama dan adat malah juga pandang dunia [world view], manusia boleh dikategorikan sebagai mudah, sederhana dan sukar dipengaruhi menggunakan kaedah pembujukan.

Fikirkan...Senaraikan sekurang-kurangnya LIMA [5] cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada anda. Nyatakan sebab-sebab bagi keberkesanan cara pembujukan tersebut ke atas diri anda.

72 ulasan:

  1. Salam sejahtera, membujuk seseorang bermakna mempengaruhi pemikiran atau tindakan seseorang dengan bukti atau alasan mengapa seseorang perlu menerima pengaruh anda. Untuk membujuk khalayak, pembujuk perlu menarik perhatian mereka dan membuktikan bahawa pembujuk mampu memenuhi kehendak mereka. Pembujukan haruslah berlandaskan kepada kebenaran fakta. Antara cara pembujukan yang memberikan kesan kepada saya ialah, pembujukan yang melibatkan penerapan nilai. Kaedah pembujukan yang melibatkan unsur nilai didalamnya dapat menyokong dan mengukukuhkan lagi sikap dan pendapat saya. Cara pembujukan yang menggunakan unsur logik juga memberikan kesan kepada saya. Penggunaan unsur logik adalah berdasarkan pengetahuan dan alasan yang melibatkan bagaimana seseorang itu berfikir. Ia memerlukan bukti dan menggalakkan khalayak untuk membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang diberikan, berdasarkan psikologi yang melibatkan perasaan seseorang seperti marah, benci, sayang, rasa bersalah dan takut. Contohnya, melalui penggunaan mesej yang membangkitkan rasa takut seperti memaparkan bukti kes kemalangan jalan raya dapat memotivasikan diri saya untuk memberikan tumpuan terhadap kempen yang dijalankan dan seterusnya mengaplikasikan mesej tersebut dengan cara lebih berhati-hati di jalan raya. Selain itu, cara pembujukan yang menggunakan unsur simpati turut memberikan kesan kepada saya.Penggunaan unsur simpati dapat mengerakkan hati saya untuk turut terlibat dalam sesuatu kempen yang dijalankan. Pembujukan yang menyelitkan unsur pengajaran juga sangat memberikan kesan kepada saya. Pengajaran yang diselitkan memberikan pengajaran dan peluang kepada saya untuk menilai sesuatu yang lebih baik dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan tindakan saya. Selain daripada itu, cara pembujukan yang menggunakan mesej yang ringkas dan tegas turut mempengaruhi saya. Penggunaan mesej yang ringkas namun tegas adalah lebih mudah difahami. Mesej yang sebenarnya ingin disampaikan dapat disampaikan dengan jelas. Oleh itu, cara pembujukan yang sesuai merupakan aspek yang sangat penting dalam sesuatu kempen. Pihak pembujuk haruslah mengkaji terlebih dahulu cara pembujukan yang ingin digunakan sebelum menggunakan cara pembujukan tersebut.

    BalasPadam
  2. Salam, saya ambil satu isu mengenai "Kes pembuangan bayi" dimana isu ini diambil serius sejak kebelakangan ini. Pertama, kes ini sebenarnya telah lama berlaku sama ada berlaku di kes bandar atau sebaliknya. Kes ini seperti angin lalu, masuk berita untuk hari ini, esok diceritakan, seminggu selepas itu dilupakan. Namun sikap "jaga tepi kain orang" tidak begitu relevan pada masa kini dimana orang ramai mula mengadu dan lebih-lebih lagi media massa pula sentiasa menghebahkan isu ini di televisyen dan radio. Setelah dikaji secara holistik, pihak atasan mulai menyedari akan aduan yang semakin hari semakin bertambah lalu mereka mula mengambil tindakan untuk memantau kes tersebut, namun memantau sahaja tidak cukup kerana dengan berbuat demikian kes ini tidak akan pernah selesai malah boleh sampai ke tahap jalan buntu. Akhir sekali tindakan mula dilakukan seperti mengadakan kempen, forum demi menyedarkan kepada kaum belia yang semakin hanyut oleh kehidupan bersandarkan nafsu mereka. Baru-baru ini juga beberapa artis Malaysia telah merakamkan sebuah lagu bertajuk "Harapan tanpa suara" selain daripada gambar bayi terbuang yang menghibakan liriknya juga amat menginsafkan diri. Lagu ini juga menunjukkan bahawa semua pihak harus prihatin tanpa menuding jari kepada satu pihak sahaja.

    BalasPadam
  3. hai,kepada saudari siti norizan,mengenai isu yang diutarakan oleh saudari iaitu "kes pembuangan bayi" dan "harapan tanpa suara",bolehkah saudari terangkan dengan lebih lanjut mengenai kaitannya dengan cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada pihak saudari,tq.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pembujukan merupakan satu benda yang biasa dilakukan oleh masyarakat. Lazimnya, pembujukan yang dilakukan oleh sesuatu pihak bertujuan untuk mengubah tingkah laku masyarakat daripada yang lama kepada yang baru. Terdapat beberapa cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya. Salah satunya adalah cara pembujukan yang menggunakan unsur simpati. Hal ini kerana, ianya mampu menyentuh hati dan perasaan saya supaya terlibat dalam sesuatu kempen yang dijalankan. Di samping itu, pemberian barangan percuma merupakan salah satu cara pembujukan yang mampu memberi kesan kepada saya. Pemberian barangan percuma seperti makanan, minuman, dan lain-lain lagi mampu menarik minat saya untuk mengikuti kempen yang dijalankan. Selain pemberian barangan percuma, penggunaan mesej yang ringkas dan padat juga merupakan cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya.Hal ini kerana, cara ini membuatkan saya mudah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dan sekaligus mendorong saya untuk mengikuti sesuatu kempen. Selain itu, cara pembujukan yang memberi kesan ialah aktiviti-aktiviti yang menarik dalam sesuatu kempen. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menarik, minat saya untuk mengikuti sesuatu kempen tersebut adalah tinggi. Akhir sekali, cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya adalah promosi yang berkesan dan meluas daripada kempen tersebut. Promosi tersebut dilakukan menerusi media cetak dan media elektronik. Ini kerana, sesuatu promosi yang meluas dan berkesan mampu membuatkan saya mudah tertarik dengan kempen yang dijalankan.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum & salam sejahtera... berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang wanita, memang tidak dinafikan bahawa ada diantara wanita yang dikategorikan sebagai orang yang mudah dipujuk dan orang yang sukar unruk dipujuk. Sebenarnya, proses pembujukan adalah sesuatu proses yang berlaku apabila wujudnya tujuan & kehendak. sebagai contoh, pembujukan dilakukan dalam proses untuk mendapatkan sesuatu atau menginginka sesuatu. Tambahan pula, pembujukan klazimnya boleh mengubah tahap pemikiran seseorang berdasarkan pengalaman serta tahap pengaruh yang diterima.Bagi diri saya sendiri, dan berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui, proses pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya adalah pembujukan secara spontan. sebagai contoh, pembujukan dilakukan dengan ungkapan yang yang diselitkan dengan unsur-unsur lucu. dengan cara ini, kemarahan dan perasaan tidak puas hati akan berkurangan dan seterusnya proses pembujukan dapat berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum kepada saudari siti norizan,saya juga ingin saudari menjelaskan apa yang saudari perkatakan. terima kasih.

    BalasPadam
  7. Salam, tentang kaedah pembujukan mana yang banyak memberi kesan kepada saya ialah media cetak dan elektronik dimana ia menyiarkan dan memaparkan kes pembuangan bayi. Sering sahaja kita lihat di akhbar, kisah-kisah yang begitu menyayat hati tambahan lagi lagu yang dicipta iaitu "harapan tanpa suara" cukup menyedarkan kita sebagai insan harus bekerjasama dalam menanggani isu tersebut, dengan menasihati rakan-rakan yang hampir ataupun yang sudah terjebak dalam masalah sosial agar segera menginsafkan diri. kerana usahkan membuat satu dosa malah akan menambah dosa dengan membuang bayi tersebut yang akhirnya menjadi sampah atau bangkai dimata mereka. sungguh tidak berperi kemanusiaan. Kaedah-kaedah ini sudah cukup untuk memberikan kesan pembujukan yang mendalam dalam diri saya sebagai insan yang sentiasa memerlukan kesedaran dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran khususnya di dunia moden pada masa ini.

    BalasPadam
  8. salam sejahtera, saya ingin menyambung kembali perbincangan mengenai proses pembujukan yang boleh memberikan kesan terhadap saya. proses pembujukan juga boleh berlaku apabila adanya seseorang yang kita sayangi memberikan kita semangat atau sebagai pembakar semangat dalam kita menghadapi segala cabaran. sebagai contoh, sebagai seorang pelajar di universiti, apabila saya berasa sedih, maka saya akan terus teringat kepada kedua orang tua saya. di sini menunjukkan bahawa, walaupun kedua mereka tidak berada dekat dengan saya, tetapi semangat serta kasih yang diberikan telah memujuk saya untuk terus berada di sini serta belajar bersungguh-sungguh. pembujukan ini berlaku dengan diri sendiri, apabila kita memikirkan sesuatu yang baik, maka kita akan terpujuk dan proses pembujukan akan berlaku dengan mudah.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum dan salam 1 malaysia. pembujukan menurut saya merupakan teknik-teknik yang digunakan untuk memujuk seseorang dengan pelbagai cara seperti menggunakan kata-kata yang manis dan menarik hati seperti yang dilakuakn selalu oleh salesman yang memujuk kita agar membeli barangan mereka dengan kata2 yang kadang kala boleh mengoyahkan iman untuk membelinya. saya amat tertarik hati dengan kenyataan mis fazidatul akmar bahawa proses pembujukan adalah sesuatu proses yang berlaku apabila wujudnya tujuan & kehendak. sebagai contoh, pembujukan dilakukan dalam proses untuk mendapatkan sesuatu atau menginginkan sesuatu.pembujukan berlaku berlandaskan tujuan tertentu seperti, pelaksa kempen menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah semasa kempen dujalankan agar dapat memujuk orang awam menyertai program yang dijalankan.
    antara cara pembujukan yng berkesan pada saya ialah pembujukan bersertakan unsur simpati.hal ini kerana,pujukan yang menyentuh emosi amat mudah untuk terpujuk. kita turut bersama merasa kesedihan dan kesakitan yang dialami. ianya amat menyentuh hati dan perasaan. apabila kempen sebegini diadakan menyebabkan kita mudah untuk menyertainya.
    menurut miss kaylona Pembujukan yang menyelitkan unsur pengajaran juga sangat memberikan kesan kepadanya. Pengajaran yang diselitkan memberikan pengajaran dan peluang untuk menilai sesuatu yang lebih baik dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan tindakan. apabaila sesuatu pengajaran kita perolehi kita tidak akan mengulangi perbuatan yang serupa.. hal ini menyebabkan kita bertindak berhati-hati terhadap sesuatu perkara.
    namun pembujukan yang menggunakan umpan juga memberi kesan kepada saya. Kebiasaannya para penjual apa sahaja produk seringkali mengumpan para pembeli untuk membeli barangan mereka dengan mengumpan mereka dengan tawaran beberapa bentuk hadiah percuma. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat menarik dan menyeronokkan. malah syarikat telekomunikasi seperti digi, celcom turut menawarkan hadiah yang membuatkan kita tertarik seperti t shirt dan sebagainya.
    kesukaran memujuk adalah bergantung kepada bagaimana pembujuk melakukan pembujukan.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum dan salam 1malaysia. kempen isu embuangan bayi memanglah satu kempen yang amat dititik beratkan agar dapat mengurangkan kes pembungan bayi. memang tidak dinafikan lagu "Harapan tanpa suara" menyayat hati dengan meletakkan gambar bayi terbuang yang menghibakan liriknya juga amat menginsafkan diri. Lagu ini juga menunjukkan bahawa semua pihak harus prihatin tanpa menuding jari kepada satu pihak sahaja. namun saudari siti norizan, apakah cara pembujukan yang digunakan sehinggkan anda boleh terpujuk terhadap kempen ini... sekian terima kasih....

    BalasPadam
  11. asalamualaikum dan salam sejahtera..
    pertama sekali saya ingin mengajukan soalan pada saudari Norizan, adakah kempen pembuangan bayi itu mempunyai unsur pemujukan?? bagi saya kempen tersebut lebih menekankan tentang kesederan..mungkin saya tersilap dalam mentafsir kempen ini???

    Merujuk kepada persoalan yang diajukan oleh pesyarah kita, sememangnya terdapat beberapa cara pembujukan yang boleh memberi kesan pada saya dan mungkin pada individu yang lain. Saya setuju dengan pendapat Fazidatul Akmar bahawa membuat jenaka atau sesuatu yang lucu mampu membuat hati terpujuk. Selain itu, jika saya yang memujuk atau membuat kesilapan, sekiranya maaf tidak dilayan, saya akan membiarkan masalah reda, tapi tidaklah terus dibiarkan. Terdapat sesetengah insan yang mempunyai sikap keras kepala dan sukar untuk dipujuk, oleh yang demikian, membiarkan sesuatu hal itu dalam jangka masa tertentu bagi saya sesuai agar tidak memanjangkan lagi amarah mereka.
    Manakala jika saya yang dipujuk, sememangnya ucapan maaf amat saya perlukan dan maaf tersebut hendaklah dengan kekesalan yang teramat. Ini kerana, kita tidak mahu perkara tersebut berulang lagi. Selain itu, usaha utk dimaafkan seperti mengambil hati dengan pertolongan, hadiah, senyuman, malah dengan kata-kata yang sesuai memadai untuk melembutkan hati dalam proses pemujukan..

    BalasPadam
  12. Salam Sejahtera semua. Secara umumnya, pembujukan lebih dikenali sebagai salah satu cara untuk mempengaruhi orang lain untuk mengikut kehendak kita. Cara pembujukan yang boleh memberikan kesan kepada saya ialah cara pembujukan yang bermain dengan emosi. Contohnya, melalui cerita atau filem. Apabila saya menonton cerita yang sedih ia mampu menyebabkan saya mengalirkan air mata terutamanya apabila menonton adegan-adegan yang amat menyentuh emosi. Misalnya, filem pendek tenteng pengorbanan seorang ibu (lupa tajuk filem) dimana saya begitu terkesan dengan jalan cerita kisah tersebut. Cara pembujukan yang kedua yang member kesan kepada saya ialah cara pembujukan dengan memberi hadiah. Saya akan mudah dipujuk terutama sekali apabila hadiah-hadiah yang ditawarkan@diberikan sangat menarik dan menyeronokkan. Misalnya, sekiranya ada promosi di kompleks-kompleks membeli –belah atau pesta jualan, belon, beg, calendar, kemeja-T, dan lain-lain cenderamata diedarkan secara percuma. Malah kadang-kadang hadiah kecil percuma turut dikepilkan bersama. Cara pembujukan yang ketiga yang memberi kesan kepada saya ialah cara pembujukan bukan lisan iaitu melalui nota dan sebagainya. Apabila seseorang itu memujuk saya dengan kaedah ini iaitu dengan menuliskan kata-kata yang membuat saya rasa terharu dan menyentuh perasaan saya, hati saya akan berasa sejuk. Cara pembujukan yang keempat pula ialah cara pembujukan dengan menggunakan gambar yang menarik. Contonhya, buku-buku resipi yang banyak memaparkan gambar-gambar makanan yang menarik dan dihias. Ini menyebabkan saya terasa ingin mencuba resepi tersebut dan ingin membeli buku resepi tersebut untuk dicuba di rumah. Bukan dalam buku sahaja tetapi juga di televisyen apabila ada iklan-iklan makanan yang nampak menarik dan kelihatan sedap. Misalnya, iklan ais krim. Cara mereka menjilat ais krim tersebut membuat kita turut ingin merasai keenakannya. Cara pembujukan yang terakhir sekali yang memberi kesan kepada saya ialah cara pembujukan lisan. Bahasa memujuk sangat berkesan dalam pengiklanan. Sebagai contoh, terdapat iklan yang memaparkan kata-kata berbunyi ‘Hidup Biar Sedap’, ‘Selembut Belaian Ibu’ dan ‘Tunggu Saja Kemunculannya Akan datang’. Penyata ini tentu sahaja menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri saya dan tentu sahaja saya ternanti-nanti drama@filem yang akan ditayangkan ataupun mencuba@membeli produk yang diiklankan tersebut.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Pembujukan ialah suatu perkataan yang sering didengari oleh setiap individu. Hal ini kerana tidak kira wanita mahupun lelaki akan melalui proses pembujukan. Begitu juga dengan diri saya, saya juga melalui proses pembujukan. Namun demikian, saya tidak begitu mementingkan proses pembujukan di dalam diri saya. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan proses pembujukan ini tetapi pembujukan yang terdapat unsur-unsur rayuan merupakan proses yang saya tidak gemari. Hal ini kerana, proses tersebut bagi diri saya hanya merimaskan saya untuk mengdengar pembujukan oleh pihak tersebut. Selain itu, proses tersebut juga terdapat unsur-unsur penipuan. Proses pembujukan yang saya gemari apabila terdapat unsur-unsur jenaka. Hal ini kerana bagi diri saya apabila seseorang memujuk dengan unsur-unsur jenaka maka ianya mempunyai keikhlasan untuk memujuk. Namun demikian, hal ini saya tidak berapa mengetahui keberkesanannya tetapi bagi saya pembujukan sebegini sangat berkesan.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Asalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua,,apa yang ingin diutarakan menerusi persoalan yang menyatakan tentang lima cara pemujukan dan nyatakan bagaimana ia memberikan kesan terhadap diri, sememangnya menerusi pembelajaran yang kita pelajari terdapat pelbagai cara pemujukan tetapi cara pemujukan terhadap seseorang adalah berlainan serta ia perlu bersesuaian dengan personaliti orang yang dipujuk ..bagi pendapat saya lima cara pemujukan adalah seperti cara pemujukan yang memerlukan perhatian terhadap orang yang dipujuk, pemujukan melalui unsur jenaka, pemujukan melalui perundingan secara lembut, pemujukan menerusi kekreatifan, serta pemujukan melalui pemberian atau hadiah…bagi diri saya sebagai seorang wanita tidak menafikan cara pemujukan seperti memberi perhatian adalah penting..hal ini disebabkan orang yang memujuk perlu menunjukkan sedikit perhatian walau bukan perhatian yang lebih tetapi cukup sekadar perhatian dengan bertanyakan tentang ‘mengapa saya bermurung atau seperti mempunyai masalah?’ pertanyaan ini sahaja telah membuka hati saya terhadap orang yang memujuk..di samping itu dengan perhatian orang terhadap diri kita sebenarnya kita dapat merasakan diri kita dihargai sebagai seorang kawan misalnya,serta saya akan menghargai orang yang memberikan perhatian tersebut. Menerusi cara pemujukan melalui unsur jenaka sememangnya adalah cara pembujukan yang kebanyakannya kita lihat berjaya dalam memujuk orang,serta bagi saya yang merupakan individu yang sangat meminati jenaka dan mudah tertawa oleh itu pemujukan yang berunsurkan jenaka ini adalah berkesan terhadap diri saya. Cara pemujukan yang ketiga iaitu cara pemujukan melalui perundingan atau secara lisan ini semamangnya berkesan terhadap diri saya kerana bagi saya tanpa penjelasan dan perkongsian masalah akan mengakibatkan lagi pergaduhan yang secara berterusan, oleh itu dengan perundigan dapat mengungkapkan semua masalah tetapi juga perlu melalui cara yang lembut dan bukan dengan kekasaran bahasa atau kemarahan. Sehubungan itu, cara pembujukan kekreatifan ini adalah sesuatu yang menarik perhatian seperti melalui nyanyian dengan alat muzik seperti gitar misalnya dalam filem pendekar bujang lapok akan merasakan orang yang dipujuk akan mudah memaafkan kesilapan orang tersebut..tambahan pula, kebiasaanya hadiah juga menjadi sasaran orang yang memujuk untuk menarik perhatian orang dipujuk misalnya hadiah yang disukai orang yang dipujuk bagi saya ia berkesan kerana saya sememangnya meminati hadiah,ia juga sebagai lambang penghargaan terhadap diri kita. Secara kesimpulan,bagi pendapat saya, pemujukan ini juga memerlukan keikhlasan dan kejujuran orang yang memujuk bagi melihat keberkesanan dalam pemujukan.

    BalasPadam
  15. salam semua... pernyataan daripada saudari Talitha sememangny sangat bernas pada pendapat saya. Penerangan daripadanya membuatkan saya lebih memahami pemujukan dalam sesebuah kempen atau promosi yang dijalankan oleh sesetengah pihak. Memenag benar pendapat beliau mengenai kelima-lima cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada kita. Pendapat Talitha yang amat menarik minat saya adalah tentang pembujukan melalui gambar-gambar yang menarik. Saya tidak pernah terlintas untuk memikirkan tentang hujah tersebut. Setelah membaca dan meahami, saya setuju dan mengakui bahawa saya sendiri juga akan terpujuk apabila melihat gambar-gambar yang menarik diiklankan. Sebagai contoh, iklan tentang sebuah filem yang menarik akan memberi kesan kepada saya untuk menontonnya, walhal filem tersebut sekadar biasa sahaja. Oleh yang demikian, gambar yang menarik memang mampu memujuk seseorang atau mempengaruhinya dengan cepat. Terima Kasih Talitha kerana kelima-lima penjelasan atau pendapat anda membuatkan saya lebih memahami mengenai pembujukan dalam sesebuah kempen..

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum dan salam sejahtera..............
    sebelum saya memberikan jenis-jenis pembujukan yang memberikan kesan terhadap saya, terlebih dahulu saya bersetuju dengan rakan-rakan semua dan begitu memahami dengan penjelasan yang diberikan, tetapi merujuk kepada miss Norizan saya kurang memahami apa yang miss Norizan cuba jelaskan tentang jenis pembujukan yang memberikan kesan kepada miss Norizan. Oleh itu dalam kesempatan ini, saya ingin memohon jasa baik miss Norizan agar menjelaskan dengan lebih terperinci lagi berkenaan dengan penjelasan tersebut agar rakan-rakan semua lebih memahaminya dan tidak menimbulkan kata tanya.
    Menurut saya, kaedah pembujukan yang memberikan kesan terhadap saya ialah 1)cara pembujukan yang berunsurkan kata-kata ynag berunsurkan kelembutan, hal ini kerana saya lebih tertarik dengan orang yang berkata dengan nada suara yang lembut berbanding dengan bercakap secara kasar. 2)Seterusnya cara pembujukan yang berani berhadapan dengan saya apabila mempunyai konflik antara satu sama lain, hal ini kerana saya lebih suka orang tersebut mengungkapkan kesalahannya secara berhadapan dan tidak takut apabila menjelaskannya. 3)selanjutnya, kaedah pembujukan dengan memberikan hadiah istemewa seperti yang dijelaskan oleh miss Talita juga berjaya menyentuh perasaan saya.4)Kaedah pembujukan yang menyentuh perasaan juga dapat memberikan kesan kepada saya iaitu apabila seorang kanak-kanak dalam keadaan kelaparan dan meminta simpati daripada saya.5) kaedah pembujukan yang dilakukan dalam media elektronik berdasarkan bukti yang kukuh juga berjaya memberikan kesan kepada saya contohnya program 'BERSAMAMU' yang ditayangkan dalam tv3 berjaya memujuk saya untuk menontonnya. SEKIAN TERIMA KASIH..........

    BalasPadam
  17. Hai,apabila membincangkan mengenai pembujukan,secara ringkasnya kita boleh katakana bahawa pembujukan ialah satu proses memujuk.Apabila bercakap mengenai memujuk,kita boleh klasifikasikan kepada dua pihak iaitu pihak yang memujuk dan yang dipujuk.Mengenai persoalan di atas bagi saya iaitu pihak yang dipujuk,antara kaedah yang sesuai bagi saya ialah kaedah elektronik.Secara spesifiknya,contohnya melalui telefon bimbit,saya lebih suka sekiranya pembujukan itu dilakukan melalui panggilan telefon dan bukannya melalui pesanan ringkas.Bagi saya keiklasan pemujuk jelas terpampar melalui suaranya.Selain daripada itu,bagi saya,pembujukan secara bersemuka turut berkesan ke atas diri saya.Orang yang benar akan sentiasa berani untuk menunjukkan kebenarannya.Untuk itu personaliti pemujuk hendaklah menyakinkan.Contoh ini dapat dilihat dalam diri seorang sales manager.Seorang sales manager yang baik akan mampu menyakinkan saya untuk membeli produk mereka dengan ilmu pengetahuan dan gaya penampilan mereka.Ini amat penting sekiranya mahu pihak yang dipujuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.Oleh itu amat penting bagi kita untuk mengetahui tentang isu semasa iaitu apa yang menarik perhatian orang ramai ketika itu dan fesyen terkini.
    Saya setuju dengan pendapat Fazidatul mengenai pembujukan yang berlaku dalam diri sendiri.Ingin saya nyatakan di sini bahawa imaginasi amatlah penting dalam pembujukan dalam diri sendiri.Contohnya ketika kita marah terhadap pasangan kekasih, cara yang terbaik bagi kita untuk menurunkan kemarahan kita ialah dengan memikirkan kenangan manis yang pernah dilalui bersama.Saya yakin kita akan mudah memaafkan pihak berkenaan.
    Tambahan pula,sememangnya kaedah pembujukan melalui lawak jenaka mampu memujuk diri saya.Akan tetapi,masa yang sesuai bagi pemujuk melakukan pembujukan hendaklah sesuai kerana kadang-kadang kaedah ini bukannya dapat memujuk tetapi makin membuatkan saya marah.Masa membuat pembujukan dengan kaedah ini amat penting kerana silap langkah akan membawa parah.Sekian.

    BalasPadam
  18. Salam 1 malaysia. Istilah pembujukan telah lama digunakan dalam masyarakat sehingga ke hari ini. Setiap individu mempunyai tafsiran yang tersendiri mengenai pembujukan. Dalam kalangan masyarakat pembujukan membawa maksud untuk membujuk seseorang individu yang berada dalam keadaan sedih atau sedang berduka lara. Namun mengikut kamus dewan edisi ketiga pembujukan berasal daripada perkataan bujuk yang bermaksud pujuk. Pembujukan seringkali digunakan untuk mempengaruhi orang lain terutamanya dalam memujuk khalayak dengan apa sahaja yang ditawarkan seperti perkhidmatan,pelan tindakan,produk,hadiah dan sebaginya. Cara pembujukan yang sesuai akan dapat mempengaruhi individu yang dipujuk. Oleh itu,di sini saya telah menemui beberapa cara memujuk yang seterusnya dapat memberi kesan yang kepada saya. Cara pembujukan yang pertama ialah melalui teknik pembujukan logik. Contohnya, saya tidak berminat untuk mengikuti kempen yang dijalankan oleh pihak- pihak tertentu kerana merasakan kempen tidak berkaitan dengan saya. Contohnya ialah kempen berkongsi kereta. Saya tidak mempunyai kereta oleh itu saya tidak berminat untuk mengetahui kempen tersebut. Namun apabila disuarakan fakta yang berbentuk logik berkaitan kempen tersebut bahawa kempen tersebut dapat mengurangakan masalah lalu lintas, saya merasakan bahawa saya perlu bertindak untuk menyokong kempen tersebut kerana ia dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak termasuk saya. Cara yang kedua melalui pembujukan dengan emosi. Saya amat tertarik untuk mengikuti perkembangan kempen derma darah. Kempen tersebut amat wajar dijalankan kerana dapat membantu golongan-golongan yang memerlukan. Saya ingin menyokong kempen tersebut kerana perasaan simpati dan kasihan saya terhadap golongan teresebut. Perasaan kasihan melihat penderitaan orang lain ditambah dengan kempen yang sangat wajar dilaksanakan menyebakan saya terpanggil untuk menjayakan kempen tersebut. Cara yang ketiga pula melalui pembujukan kreadibiliti. Keupayaan seseorang untuk menyampaikan sesuatu fakta yang baik dapat mempengaruhi saya untuk terpengaruh dan terpujuk untuk mengikuti apa yang di sampaikan. Contohnya saya pernah membeli barangan yang tidak memberikan kepentingan kepada saya. Saya terpujuk untuk membeli barangan tersebut kerana terpengaruh dengan kata-kata jurujual yang bijak dalam mempromosikan barangan tersebut. Cara pembujukan yang digunakan amat memberi kesan kepada saya. Beliau mengunakan pendekatan dengan memuji dan memberikan kata-kata perangsang bahawa saya akan mendapat keputusan yang baik apabila menggunakan barangan tersebut. saya terpukau dengan keyakinan beliau berkata-kata dan keperibadian beliau yang amat berwibawa. Selepas membeli barangan tersebut baru saya menyedari bahawa barangan tersebut tidak memberi manfaat kepada saya kerana saya tidak tahu untuk menggunakan barangan tersebut. Namun, apabila berfikir secara rasional timbul persaoalan dalam diri saya perlukan setiap pembujukan menggunakan kata- kata yang manis dan kadangkala menokok tambah perkara yang tidak berkaitan dengan apa yang ingin disampaikan untuk membujuk masyarakat?

    BalasPadam
  19. salam satu malaysia buat rakan-rakan seperjuangan sekalian dan pensyarah yang dihormati kita tidak pernah luput dari zaman dengan istilah pembujukan sering diguna pakai dalam menjalankan pelbagai bentuk kempen oleh pihak pembujuk dengan berpegang kepada beberapa prinsip,motif,matlamat,sasaran khalayak dan kesan pembujukan kepada khalayak sebagai agen utama menentukan kejayaan satu-satu pembujukan dilaksanakan sama ada berjaya atau sebaliknya.Saya amat bersetuju dengan pandangan rakan-rakan yang lain mengenai tektik pembujukan yang pelbagai boleh memberi kesan terhadap persekitaran kehidupan kita pada hari ini.Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang pernah saya lalui sehingga ke hari ini ia amat memberi kesan mendalam dalam hidup saya seperti yang kita ketahui pembujukan adalah satu tektik atau cara seseorang itu mempengaruhi idealogi pemikiran seseorang itu dengan sokongan persekitaran sama sda ia berkesan atau sebaliknya.Dari pengalaman saya cara pembujukan melalui mesej yang terdiri daripada pekbagai bentuk seperti ilustrasi,gambar rajah,teknologi animasi yang giat aktif digunakan pada zaman berjaya mempengaruhi perspektif sikap dan sifat sama ada luaran atau dalaman ataupun lebih kita senang fahami perubahan nilai 'Mood' paparan-paparan simbol yang terdapat pada mesej dihiasai warna pelbagi dan isi kandungan mesej dengan bentuk tulisan yang menarik .
    Selain itu,dari pengalaman saya juga cara pembujukan seterusnya yang dapt memberi kesan terhadap persekitaran hidup seseorang itu adalah melalui penawaran khidmat yang mementingkan penyadiaan kemudahaan kepentinggan keperluan kehidupan asasi seseorang itu.Hal ini,dapat kita lihat melalui khidmat sosial dijalankan oleh agensi tertentu yang menyediakn perkhidmatan kounseling kepada mereka yang menghadapi masalah sosial yang terdiri daripada masalah ekonomi,keluarga,politik dan sebagainya.Oleh itu,agensi-agensi yang bertanggungjawab akan mengambil anisiatif dalam membantu mereka yang menghadapi mesalah tertentu dengan cra pembujukan melelui penawaran kounseling .Sehubungan itu,cara pembujukan seterusnya adalah melalui kaedah yang sering kita dengar pada hari ini iaitu kaedah'Body Languech' ataupun 'Bahasa Badan',kaedah ini adalah satu kaedah yang amat berkeasan sdalam mempenggaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang itu.Hal ini ,kerana melalui kaedah yang halus ini pihak pembujuk dapt mentafsirkan isi hati seseorang itu secara tersurat dan tersirat yang tidak mampuh diungkapkan oleh mereka yang sukar berkongsi setiap permasalahan dan juga penyelesaian.Melalui kaedah ini sedikit -sebanyak membantu si pembujuk untuk mendekati khalayak.Cara lain dalam melakukan tektik pembujukan yang dapt memberi kesan terhadap persekitaran kehidupan seseorang itu adalah penyemaian persenoliti yang sihat terhadap seseorang pembujuk itu adalah perlu dan penting untuk mempengaruhi khalayak yang menjadi sasaran.Apa yang dimaksudkan dengan persenoliti yang sihat ini adalah mereka yang memiliki sifat dan sikat semulajadi yang mempunyai nilai-nilai kepercayaan yang tinggi,amanah,jujur dan sebagainya dalam memepamirkan sikap pembujuk terhadap sasaran yang ingin dicapai.Hal ini,kerana khalayak akan menjadikan pihak yang mempenggaruhi mereka iaitu pembujuk adlah sebagai jambatan role model untuk mengubah persekitaran kehidupan meraka.Seterusnya cara pembujukan yang berkesan dapat mempengaruhi seseorang adalah dengan pengunaan kaedah mendengar setiap maklumat yang diterima oleh pihak yang menyampaikan satu maklumat tersebut dengan pelbagai bentuk akan membantu pihak pembujuk mempengaruhi sasaran khalayak dan juga memberi sedikit keuntunggan kepada pihak penerima untuk menyimpan setipa maklumat yang diterimah dalam tempoh jangka masa yang agak panjang.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
    Pendapat saya mengenai 'pembujukan' adalah sama dengan rakan-rakan seperjuangan yang terlebih dahulu menyatakan pendapat masing-masing dalam ruangan komen di atas. Pembujukan merupakan satu kaedah untuk mempengaruhi seseorang untuk mengikut kehendak kita. Cara pembujukan yang berkesan terhadap diri saya ialah pembujukan emosi dengan sentuhan kerohanian. Maksudnya disini pembujukan melalui pendekatan agama lebih memberikan kesan kepada diri saya. Memang benar tidak semua orang mudah dipujuk kerana hal tersebut bergantung kepada kemahiran 'si pemujuk' dan keperibadian 'si dipujuk'. Seandainya si pemujuk benar-benar memahami orang yang ingin dipujuk dan mempunyai kemahiran memujuk yang baik, maka segalanya mudah untuk melembutkan hati sasaran pemujuk.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum dan salam sejahtera, tanpa membuang masa saya ingin menyatakan kaedah pe,bujukan yang sesuai dan berkesan kepada saya. Hal ini berlaku secara profesional dan tidak profesional. Saya menyokong apa yang dikatakan oleh saudari Alie dan Zamariah berkenaan dengan ulasan cara pemujukan mereka.

    Pertama, secara profesional kaedah bersemuka adalah sesuai dan berkesan kepada saya. Ini kerana saya dapat melihat air muka individu tersebut semasa berkomunikasi dengan saya. Asasnya dalam komunikasi kaedah ini sangat berkesan kerana ia dapat menunjukkan keikhlasan dan kebenaran yang ingin disampaikan.

    Kedua, kaedah senyap iaitu individu tersebut mendiamkan diri sahaja dan menurut kata saya. Dengan itu, saya akan lebih mudah reda dan akan berasa senang hati. Saya akan tenang dengan sendirinya dan langsung melupakan kejadian yang berlaku. Bersuka ria selepas apa yang berlaku juga sangat berkesan kepada saya.

    Ketiga, secara tidak profesional saya senang dipujuk apabila individu yang ingin memujuk saya sentiasa berada di samping saya dan tidak menjauhkan diri walaupun saya katakan demikian. Ini kerana, saya ingin tahu samada individu tersebut benar-benar ingin memujuk saya.

    Seterusnya, saya amat gemar apabila dipujuk dengan kaedah non-verbal (bukan lisan). Saya lebih mudah tersentuh dengan benda-benda yang membuatkan hati saya gembira. Sebagai contoh, menggunakan isyarat tangan, mimik muka, sentuhan dan sebagainya.

    Terakhir adalah melalui cara pemujukan yang ringkas tanpa melibatkan janji-janji manis. Dengan menghantar mesej melalui peralatan elektronik seperti e-mel dan sms secara ringkas juga dapat memujuk saya. Tetapi, puisi dan sajak kadang-kala dapat memujuk saya.

    Sekian.

    BalasPadam
  22. Salam sejahtera semua... berbalik kepada pernyataan yang diutarakan oleh saudari Norizan, saya sependapat dengannya. Lagu 'Harapan Tanpa Suara' merupakan satu pembujukan. Ia membujuk masyarakat agar sama-sama prihatin mengenai isu pembuangan bayi serta menimbulkan kesedaran dalam diri para belia agar tidak melakukan serta menjauhi perbuatan yang terkutuk tersebut.Cara pembujukan yang digunakan adalah penggunaan unsur simpati dan penerapan nilai moral melalui lirik lagu dan gambar-gambar yang dipaparkan.

    Mengenai dengan persoalan yang ditimbulkan oleh saudari Siti Mariani, bagi saya, sesuatu pembujukan boleh menggunakan kata-kata yang manis. Kata-kata yang manis menunjukkan kemesraan yang mampu menarik minat dan perhatian khalayak sasaran.Walau bagaimanapun, sesuatu pembujukan tidak seharusnya menokok tambah perkara yang tidak berkaitan. Bagi saya, perkara-perkara yang ditokok tambah hanya akan menyebabkan saya menjuauhi iklan atau kempen tersebut.=)

    BalasPadam
  23. Salam 1 Malaysia dan Salam sejahtera buat rakan-rakan dan pensyarah yang dikasihi sekalian. Mudah untuk saya memberi penerangan mengenai penjelasan yang ditunggu-tunggu oleh rakan yang dikasihi semua. Kata kunci mengenai kaedah pembujukan yang efektif bagi saya ialah "PENGARUH MEDIA" itu sendiri. Jelas bahawa khalayak memerlukan medium yang paling banyak mempengaruhi kehidupan seseorang. Medium yang boleh menyalurkan seberapa banyak informasi sama ada dari dalam atau luar negara, tertarik untuk saya katakan disini, umumnya masyarakat moden tidak dapat hidup tanpa media di sekeliling. Surat khabar, radio, dan internet merupakan antara gabungan teknologi maklumat yang mampu memberi impak yang besar kepada manusia. Berbalik kepada persoalan rakan-rakan sekalian tadi saya harap ianya sudah jelas.

    BalasPadam
  24. Selamat sejahtera.

    Saya setuju dengan pandangan bahawa kaedah pemujukan harus melibatkan penerapan nilai (Pendapat Kaylona). Perkara ini akan menyebabkan seseorang akan terikut dengan perkara-perkara yang didengarinya dari pemujuk. Sekiranya individu tersebut terikut dengan pujukan itu, maka boleh dikatakan cara pemujukan dengan menggunakan kaedah penerapan nilai adalah berjaya. Namun, saya ingin mengatakan bahawa sekiranya seorang pemujuk ingin menerapkan nilai dalam pemujukan seharusnya mengenalpasti dahulu sama ada contoh nilai yang ingin diterapkan olehnya adalah sesuai dengan keadaan atau tidak. Hal ini kerana sekiranya pemujuk gagal memberi contoh nilai yang tidak sesuai akan menyebabkan responden tidak menghiraukan si pemujuk itu. Kedua, sebelum pemujuk ingin memujuk individu lain dengan penerapan nilai seharusnya menilai diri sendiri dahulu. Sebagai contoh, sekiranya si pemujuk adalah seorang perokok yang tegar adakah dia sesuai menasihati seorang responden yang juga merupakan seorang perokok? Adakah komunikasi ini akan berjaya? Semestinya pemujukan ini tidak akan berjaya melainkan si pemujuk berhenti merokok dan seterusnya menasihati responden untuk berhenti merokok. Tambahan pula, si pemujuk harus menunjukkan bukti akibat merokok yang terjadi pada diri sendiri. Besar kemungkinan kaedah pemujukan ini akan berjaya.

    Pemberian hadiah juga merupakan suatu langkah pemujukan yang sesuai. Tentu rakan-rakan sekalian pernah terikut-ikut menggunakan khidmat talian HOTLINK apabila anda diberikan kad sim secara percuma. Apabila majoriti rakan yang menggunakan perkhidmatan HOTLINK, secara tidak langsung, sudah pastinya anda akan meneruskan penggunaan perkhidmatan HOTLINK.

    Tambahan pula, terdapat segeintir individu yang lebih suka dibiarkan bersendirian sekiranya dia mempunyai masalah perasaan seperti marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Individu seperti ini akan berubah seperti biasa sekiranya dibiarkan bersendirian apabila mengalami perasaan-perasaan negatif tersebut. Sekiranya diberi pujukan, besar kemungkinan keadaan akan menjadi lebih parah lagi. Oleh itu, berikan individu tersebut bersendirian sekiranya kaedah pemujukan secara lisan ridak memberi sebarang kesan kepadanya.

    Menjadi pendengar setia kepada individu yang mengalami masalah juga merupakan suatu langkah baik dalam proses pemujukan. Perkara ini boleh menyebabkan individu yang mengalami masalah berasa lega setelah meluahkan segala perasaan marah, sedih, atau kecewa dalam dirinya. Sekiranya individu tersebut ingin meluahkan perasaan dengan kaedah menangis, adalah digalakkan untuk anda menjadi teman kepada rakan tersebut. Hal ini tidak bermaksud bahawa anada juga harus turut serta menangis apabila raan yang menghadapi masalah menangis. Anda harus menjadi teman dan memberi nasihat kepadanya agar jangan terlalu bersusah hati.Sekiranya rakan anda ingin meluahkan perasaan marah secara lisan, janganlah anda sebagai pemujuk menjadi batu api dalam keadaan rakan anda seperti menambahkan maklumat keadaan sebenarnya dan mengakibatkan rakan anda menjadi lebih marah.

    Mengucapkan perkataan maaf juga suatu perkara yang boleh diamalkan untuk memujuk seseorang (pendapat Nurliza). Namun, bagi pendapat saya, perkataan 'maaf' amat sukar diluahkan oleh segelintir individu dan diterima. Hal ini kerana segelintir orang yang merasakan perkataan 'maaf' boleh menyelesaikan segala masalah yang timbul. Oleh itu, pemujuk harus mengetahui bahawa bukan semua orang akan menerima perkataan 'maaf' dengan mudah sekiranya sesuatu masalah telah timbul. Pemujuk bukan sahaja harus menyedari sama ada kesalahan yang dilakukan oleh si pemujuk adalah berbaloi sekiranya dimaafkan hanya sekadar dengan perkataan 'maaf' lebih-lebih lagi diluahkan secara tidak ikhlas.

    BalasPadam
  25. salam sejahtera semua..=) saya ingin memberikan pendapat saya berkaitan dengan persoalan yang diajukan oleh saudari Nurliza (adakah kempen pembuangan bayi itu mempunyai unsur pemujukan??) kepada saudari Norizan, berkaitan tentang pernyataan yang diutarakannya. Kempen pembuangan bayi juga mempunyai unsur pembujukan, yang menggunakan cara pembujukan iaitu penerepan nilai moral. Ia membujuk masyarakat untuk sama-sama prihatin tentang isu tersebut serta memberikan kesedaran kepada para belia (agar tidak melakukan serta menjauhi perkara yang terkutuk tersebut) dan para ibu bapa (agar lebih mengawasi pergaulan anak-anak mereka). 'Kesedaran' pula merupakan kesan pembujukan. Apabila timbul unsur kesedaran dalam diri seseorang individu tentang isu tersebut, ini bermakna kempen tersebut telah berjaya membujuk individu tersebut dengan menggunakan cara pembujukan yang menggunakan unsur penerapan nilai moral. ini pendapat saya sendiri.=)

    BalasPadam
  26. hai semua =) Saya ingin meminta penjelasan lanjut serta contoh kempen atau iklan yang berkaitan dengan pernyataan yang diutarakan oleh saudari Sandralyn berkaitan dengan cara pembujukan yang memberi kesan kepada diri saudari.

    "...saya amat gemar apabila dipujuk dengan kaedah non-verbal (bukan lisan). Saya lebih mudah tersentuh dengan benda-benda yang membuatkan hati saya gembira. Sebagai contoh, menggunakan isyarat tangan, mimik muka, sentuhan dan sebagainya."

    Saya kurang faham dengan cara pembujukan yang saudari utarakan. Terima Kasih.=)

    BalasPadam
  27. hai,kaylona: Saya ingin memberi pandangan mengenai persoalanan anda kpd sandralyn.Menurut soalan kuliah di atas:
    Fikirkan...Senaraikan sekurang-kurangnya LIMA [5] cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada anda. Nyatakan sebab-sebab bagi keberkesanan cara pembujukan tersebut ke atas diri anda.
    soalan di atas meminta kita memberi cara pembujukan yg sesuai ke atas diri kita.Saya tidak melihat sebab mengapa contoh kempen patut diberikan di sini.Dalam kes ini kita ialah org yg dipujuk.Apa yg cb saya katakan di sini ialah,pembujukan boleh wujud dlm pelbagai bentuk (rujuk nota kuliah 1).Jika anda inginkan contoh,andaikan ketika berlansungnya sesuatu kempen,tidak kira kempen apa2 pun,seorang ahli kempen kelihatan seperti mahu menjelaskan matlamat kempen kepada anda,antara cara yang blh beliau gunakan ialah melalui pembujukan.Menurut sandralyn beliau menyenangi kaedah nonverbal.Ahli kempen itu berkemungkinan akan menggunakan isyarat tangan untuk menarik minat sandralyn kerana itu kaedah pembujukan yang berkesan bagi sandra.renung2kan lah pendapat saya ini....tq

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum w.b.t… Kempen yang baik sebenarnya diselaraskan dengan betul dari segi strategi dan taktik khusus
    untuk memenangi hati audien yang disasarkan sebagai penyokong idea atau aspirasi yang diperjuangkan oleh pelaksanaan kempen. Saya selaku sebahagian daripada masyarakat, menyokong bahawa kempen yang berjaya secara amnya bermula daripada pembujukan yang strategik. Pembujukan adalah sebahagian daripada strategi untuk menggamit perhatian audien terhadap mesej dalam satu-satu kempen. Pembujukan boleh wujud dalam bentuk yang pelbagai antaranya termasuklah teks, gambar, ilustrasi, lakaran, simbol dan sebagainya. Saya amat tertarik dengan pernyataan saudari Fazidatul berkenaan dengan pembujukan ini. Saudari Fazidatul menyatakan bahawa pembujukan berlaku dengan wujudnya tujuan dan kehendak bermaksud pembujukan perlu ada matlamat atau sasaran yang hendak dicapai dalam memenangi atau mempengaruhi seseorang atau pihak lain.

    Secara amnya, pelbagai cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada seseorang individu mahupun pihak lain. Melalui pengalaman saya, kaedah pembujukan berunsurkan pengajaran memberi kesan secara langsung ke atas diri saya, contohnya apabila menonton drama atau filem yang berunsurkan kemasyarakatan banyak memaparkan isu-isu tentang keinsafan, kesedaran dan nasihat membuatkan saya yang melihat secara tidak langsung merasai situasi tersebut. Cara pembujukan yang kedua bagi saya adalah melalui emosi, contohnya melalui kata-kata nasihat yang diberikan kepada orang lain mampu menyentuh perasaan pihak tertentu. Kata-kata yang lembut berunsurkan kasih sayang, mampu meredakan hati yang sedang gusar dan bercelaru.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudara Awang Ezwan yang mana kempen yang berjaya secara amnya bermula daripada pembujukan yang strategik..Pembujukan yang strategik mampu meningkatkan keberkesanan dalam sesuatu kempen.

    BalasPadam
  30. Salam…..
    Menyambung kepada pernyataan saya, cara pembujukan yang lain bagi diri saya boleh hadir atau wujud melalui pembujukan secara lisan. Pembujukan ini sangat berkesab terhadap diri saya. Sebagai contoh ada iklan-iklan yang menggunakan slogan-slogan yang menarik minat dan perhatian saya, contohnya ilan yang berbunyi “Get The Feeling” yang digunakan oleh syarikat kereta Toyota. Pernyataan ini bukan sahaja membuat saya berasa ingin mencuba malah ingin memiliki sendiri kenderaan daripada syarikat tersebut. Selain itu juga, cara pembujukan yang berkesan kepada diri saya ialah melalui jenaka. Kadang-kadang iklan yang dipaparkan tidak kira melalui saluran media cetak atau elektronik tidak semuanya yang memperlihatkan hiburan semata-mata namun ada mesej disebaliknya yang cuba untuk disamapaikan contohnya, iklan gula-gula getah “Dentine” yang memaparkan seorang lelaki yang ingin memikat seorang perempuan namun apabila lelaki tersebut senyum terdapat kotoran pada gigi lantas perempuan tersebut lari. Di sini kita boleh lihat tentang pentingnya aspek penjagaan kebersihan mulut.

    BalasPadam
  31. salam... saya turut amat bersetuju dengan pendapat saudara Awang Ezwan, melalui pembujukan yang strategik dapat memujuk dan menarik perhatian audiens. Hal ini kerana saya juga merupakan seorang audiens yang sentiasa tertarik dengan kempen-kempen yang dijalankan melalui kaedah pembujukan ini. kejayaan sesuatu kempen adalah berdasarkan cara dan kaedah pembujukan yang dilakukan oleh pelaksana kempen. sekian terima kasih.

    BalasPadam
  32. hai semua=) terima ksih kepada saudari Aile kerana memberikan penerangan lanjut tentang persoalan saya. Pada awalnya saya kurang faham dengan cara pembujukan yang diberikan oleh saudari sandralyn. Tatapi dengan penjelasan yang saudari berikan, saya telah memahami maksud cara pembujukan tersebut iaitu cara pembujukan yang melibatkan penggunaan unsur nonverbal dan bukannya nonverbal semata-mata (verbal + nonverbal). TQ =)

    BalasPadam
  33. Salam..

    saya bersetuju dengan pendapat saudara talita mengenai cara pembujukan yang memberi kesan kepada kita. Saya maksudkan disini adalah dengan memberi hadiah. Saya juga seringkali didatangani jurujual yang membawa hadiah percuma untuk menarik minat pelanggan seperti jurujual barangan wanita. Selain itu, saya begitu terkesan ketika saya ingin membeli hadiah untuk ibu saya, tiba- tiba jurujual tersebut menyanyikan lagu Ibu. Reaksi jurujual tersebut menyebabkan saya terus membeli barangan tersebut.Berbalik kepada komen yang Talita berikan , saya juga mempunyai pengalaman sepertinya dan saya pasti kebanyakan orang juga terkesan dengan kaedah pembujukan seperti yang diutarakan oleh Talita. Apa yang saya lihat, selama ini saya tidak menyedari bahawa sebenarnya kaedah yang disebutkan adalah aktiviti pembujukan.

    BalasPadam
  34. Salam ukhwah untuk semua...bercakap mengenai kaedah membujuk, sering kali kita lihat bahawasanya dalam setiap kempen memang ada daya penarik tersendiri.Pembujukan merupakan kaedah dimana ianya digunakan untuk membujuk, menarik minat atau hati seseorang individu itu.Bagi saya sendiri manusia suma tidak sama cara membujuk.Kadang-kadang dengan memaparkan air muka atau riak wajah sahaja individu itu akan terikat.

    Saya ingin kongsikan disini pengalaman saya sendiri dipujuk oleh seorang individu di perkarangan Center Point yang mana individu ini merupakan oku dan dia hanya membawa beberapa cenderahati dan sekeping kad dari suatu agensi.Individu itu datang pada saya dan terus menunjukkan kadnya lalu dalam kad tersebut menyatakan "saya oku dan saya ingin meminta derma seikhlas hati dari tuan agar dapat memberi sedikit sumbangan.selain itu disini saya membawa beberapa jenis kraftangan yang dibuat sendiri oleh oku".Saya dapat tafsirkan bahawa kaedah yang oku itu tadi gunakan adalah kaedah simpati dan membawa satu bukti kebenaran yang benar.Lalu saya pun terikat dengan cara pembujukannya itu.

    selain itu juga, kaedah membodek merupakan satu cara membujuk yang sering digunapakai oleh promoter2 tidak kira di premis, pasaraya besar, gedung kain , salon kecantikan dan banyak lagi.Kebanyakkan manusia di dunia ini secar ammnya lebih suka dipuji.Kadang-kadang dengan hanya sedikit pujian sahaja ia boleh menjadikan seseorang itu berada di bawah genggaman pembujuk.Sebagai contoh, kebanyakkan wanita suka di puji maka tidak hairanlah kita menganngap bahawa dengan membodek maka munusia itu akan membeli barangan yang ditawarkan tersebut tidak kira apa jua barangan.Mungkin itu atas dasar kehendak dan citarasa individu itu sendiri.

    Masyarakat juga lebih mudah tertarik dengan kaedah pemberian barangan percuma, vaucer mahupun diskaun terlalu rendah.Sedar atau tidak sedar di Malaysia rakyatnya akan tertarik dengan sesuatu benda jika semuanya free.Mereka akan berebut-rebut jika barangan itu diberikan oleh pihak lain.tidak kira dari sekecil-kecil barangan sampai sebesar-besar barangan mereka tetap mahukan juga.Mindset mereka hanya mahukan semua benda free sahaja.

    Dalam pada itu juga, kaedah pembujukan seperti penggunaan kata-kata juga tidak lari dari kaedah membujuk.Gaya bahasa,bahasa badan, tutur kata yang lembut dan tidak memaksa merupakan alternati yang boleh menarik hati orang ramai.Gaya tutur kata yang kasar akan menyebabkan orang luar akan meluat untuk mendekati sesuatu barangan.Sopan santun memainkan peranan penting dalan membujuk.Sebagai contoh agensi penjual kenderaan dan agensi lain menggunakan kaedah ini untuk membujuk.Cara ini merupakan salah satu etika dalam pembujukan.cara ini benar-benar berkesan.

    Kaedah mebujuk ini tampil dalam banyak kaedah, hanya tindakan si pembujuk membujuk sahaja mungkin berlainan.tidak hairanlah dengan hanya bermain kata-kata seseorang itu mudah tertarik dalam sesuatu benda.

    BalasPadam
  35. Hello..Terus kepada kehendak yang diminta oleh pensyarah kita berkenaan dengan 5 cara pembujukan yang memberi kesan kepada kita dan sebab-sebab keberkesanan cara pembujukan tersebut ke atas diri kita.

    Bagi saya sendiri,saya akan terpujuk bila sesuatu perkara itu menarik perhatian saya atau berkaitan dengan perkara yang saya gemari. Sebagai contoh, jika seorang promoter akan memujuk saya untuk membeli pakaian contohnya, saya akan mudah terpujuk jika reka bentuk pakaian tersebut adalah reka bentuk yang saya gemari dan saya tidak akan teragak agak untuk membeli selagi mampu.

    yang kedua ialah saya lebih terpujuk dengan penggunaan media seperti dalam filem-filem terutamanya filem yang berunsurkan kekeluargaan.Sebagai contoh,apabila saya mempunyai perselisihan dengan ahli keluarga dan hal tersebut membuat saya marah terhadap ahli keluarga, hati saya akan cepat reda dari marah apabila menonton filem yang berunsurkan kekeluargaan, malah ini mendorong saya untuk meminta maaf dengan ahli keluarga dan lebih menyayangi mereka.

    Seterusnya,juga cepat terpujuk bila berhadapan dengan kesusahan orang lain.Wujud perasaan simpati dalam diri memujuk atau mendorong diri cepat terpujuk untuk melakukan sesuatu tindakan. Salah satu pengalaman saya berhadapan dengan keksusahan orang lain adalah seperti pengalaman yang dilalui oleh saiful yang mana seorang lelaki menunjukkan kad yg menyatakan dia adlh oku dan membawa kraftangan untuk dijual.Hal ini menimbulkan rasa simpati dalam diri dan ini mendorong saya dan rakan saya untuk membeli kraftangan tersebut.

    untuk yang keempat,saya pasti teknik ini mampu mepengaruhi semua org tidak kira lelaki atau perempuan.Hal ini selalunya berlaku d pasar raya yang mana pemberian free gift apabila kita membeli sesuatu produk.Free gift yang diberikan sebenarnya satu alternatif atau teknik pembujukan dalam meningkatkan atau melariskan penjualan sesuatu barangan.Jadi,sy sebagai pengguna yg memang sukakn free gift, sy memang terpujuk dengan teknik seperti ini terutamanya produk2 yang berkaitan dengan keperluan harian saya.

    yang terakhir,sy akan terpujuk dengan kata-kata yang lembut dan berunsur nasihat.Kata-kata yang lembut dan berunsur nasihat mampu membuka hati sy untuk berbincang berkaitan dengan masalah yang saya alami dan ini mendorong sy untuk menerima nasihat tersebut.Hal ini berlaku terutamanya sy mempunyai masalah dalam diri,dan seseorang cuba memberi nasihat yang mana org tesebut mungkin rakan atau org lain.Saya tidak akan terpujuk dengan kata-kata yang kasar dan sukar untuk menerimanya.

    Pada pendapat saya,,segala teknik pemujukan akan berjaya jika teknik yang digunakan adalah bersesuaian.Selain itu, untuk memujuk seseorang ataupun audien terutamanya yang berkaitan dengan perasaan,kita seharusnya memahami dahulu apa yg dilalui oleh audien kita,,mslh yg dihadapinya. so,ini membantu kita untukmerancang kaedah pembujukan,,,,tq,,,

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...
    Sememangnya apabila kita memperkatakan tentang kempen, maka kita tidak akan lepas dari memperkatakan tentang pembujukan. Kempen yang berkesan dicipta melalui penggunaan strategi yang baik, dan pembujukan merupakan salah satu gabungan strategi kempen yang mampu memenangi hati khalayak ataupun sasaran kempen.
    Pembujukan merupakan satu kaedah psikologi yang digunakan untuk menarik perhatian khalayak ataupun audiens. Kaedah ini dianggap berkesan kerana ia mampu mengubah persepsi, pemikiran, perasaan, sikap dan perlakuan seseorang individu mengikut apa yang dimatlamatkan oleh pembujuk.
    Saya amat bersetu dengan pendapat yang diutarakan oleh saudari Fazidatul yang mengatakan "proses pembujukan adalah sesuatu proses yang berlaku apabila wujudnya tujuan & kehendak". Apabila konsep "keinginan untuk mendapatkan sesuatu" itu wujud, individu atau sekumpulan individu pasti akan melakukan pelbagai cara untuk memastikan keingin itu dapat. Oleh yang demikian tektik pembujukan sering kali digunakan oleh individu tertentu untuk mkencapai matlamat mereka. Senario pembujukan ini sebenarnya wujud dalm kehidupan seharian kita, sama ada kita menyedarinya ataupun tidak. Persoalanya, kaedah pembujukan yang bagaimanakah mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap seseorang individu itu yang mana menyebabkan mereka sanggup mengubah persepsi,pemikiran, perasaan, sikap dan perlakuan terhadap sesuatu perkara?
    Bagi diri saya, terdapat beberapa pembujukan yang boleh memberi kesan kepada diri saya. Pertama, saya amat terkesan dengan pembujukan yang dilakukan oleh kedua ibu bapa saya. Hal ini mungkin disebabkan oleh kedua ibu bapa saya lebih memahami saya dan mengetahui cara bagaimana untuk memujuk saya sama ada melalui lisan ataupun bukan lisan. Kata-kata manis ditambah dengan sentuhan yang mesra daripada kedua ibu bapa saya mampu menyebabkan saya terpujuk dengan apa sahaja yang dikatakan oleh kedua ibu bapa saya.
    Jika ditiliti semula situasi saya ini, barulah saya memahami bahawa untuk melakukan pembujukan kita perlu memahami latar belakang sasaran pembujukan barulah kita mampu melakukan "proses mempengaruhi" ini dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana sasaran pembujukan ataupun golongan yang ingin dipujuk akan merasa lebih dekat jika pembujuk dilihat mampu memahami diri mereka. Secara tidak langsung, perasaan "mempercayai" yang telah diwujudkan dalam diri sasaran pembujukan seturusnya mampu menarik golongan ini untuk bertindak dan berfikir mengikut apa yang dimatlamatkan oleh pembujuk.

    BalasPadam
  37. sambungan...

    Selain itu, untuk terpujuk dengan sesuatu saya memerlukan sesuatu bukti yang mampu meyakinkan saya untuk menerima dan mempercayai sesuatu yang disampaikan kepada saya. Oleh yang demikian, saya berpendapat, proses pembujukan yang digunakan dalam berkempen harus disokong dengan bukti yang kukuh. Hal ini penting bagi membina kepercayan dan seterusnya mempengaruh sasaran pembujukan. Sebagai contoh, menggambarkan, memperlihatkan, dan menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kesan-kesan negatif terhadap pengamalan cara hidup yang tidak sihat,merokok,penagihan dadah dan pembuangan bayi. Langkah ini mampu memberi sumbangan dalam memberikan kesedaran yang lebih mendalam kepada sasaran pembujukan.
    Seterusnya, saya juga mudah merasa simpati dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain menyebabkan saya mudah dipujuk untuk melakukan sesuatu . keadan ini bermaksud penggunaan kaedah psikologi melalui kaedah bermain dengan emosi menyebabkan seseorang itu mudah untuk dipujuk, lebih-lebih lagi bagi golongan wanita seperti saya. Tambahan lagi, saya juga mudah dipujuk dengan kata-kata pujian .
    Terakhir, saya juga lebih mudah tertarik dengan promosi jualan yang berkonsepkan pemberian barangan percuma selepas membeli sesuatu barangan atau pun pembelian barangan bercirikan “beli satu percuma satu”. Kaedah ini sebenarnya salah satu kaedah pembujukan yang digunakan oleh peniaga untuk menarik minat pembeli sungguhpun pada dasarnya terdapat peniaga yang menggunakan cara ini untuk menipu para pembeli .
    Disini saya ingin menyelitkan sedikit unsur nasihat kepada saudara dan saudari iaitu, sebelum menerima sesuatu perkara, seseorang itu harus membuat pertimbangan dengan menggunakan pemikiran yang rasional dengan menitikberatkan kesan baik dan buruk keatas sesuatu tindakan itu. Hal ini demikian kerana, kaedah pembujukan ini boleh disalah gunakan oleh individu bagi memenuhi kepentingan diri sendiri. Sungguhpun begitu, saya tetap bersetuju bahawa gabungan di antara kempen dan pembujukan adalah sangat baik dalam memastikan kejayaan sesuatu kempen yang dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  38. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum dan salam persaudaraan.
    Disini saya turut ingin memberi sedikit penjelasan berkaitan tajuk yang rakan-rakan sedang rancak perbahaskan. Bagi saya pembujukan merupakan salah satu kaedah yang dilakukan bagi memenangi hati orang lain sekaligus akan menjadikan matlamat yang telah kita tetapkan tercapai. Pembujukan juga wujud dalam bentuk yang pelbagai seperti dalam bentuk teks, gambar, ilustrasi dan sebagainya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa lima cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya adalah seperti interaksi secara dua hala. Melalui cara ini saya akan mudah tertarik dan percaya akan budi bicara manis si pembujuk. Hal ini kerana si pembujuk bukan sahaja menggunakan komunikasi dua hala tersebut malahan turut menggunakan pergerakan tangan, kepala, mata dan sebagainya. Melalui kaedah ini, saya akan lebih mudah terkesan kerana begitu tertarik dengan gaya si pembujuk. Selain itu, pembujiukan menggunakan gambar turut memberi kesan kepada saya. Hal ini disebabkan melaui penggunaan gambar tersebutsaya dengan lebih mudah tertarik dan percaya serta merta. Saya merupakan seorang yang gemar melihat iklan yang megnadungi warna yang pelbagai. Warna yang diterapkan sudah tentu mempunyai sebab dan makna tersendiri untuk digunakan. Oleh itu, dengan mudah mesej dapat disampaikan kepada khalayak. Pembujukan yang wujud dalam bentuk teks juga memberi kesan kepada diri saya. Cara pembujukan sebeginibegitu berkesan kepada saya kerana kadangkala apa yang wujud dalam bentuk teks dan didedahkan kepada orang ramai adalah 99.99% terbukti benar. Setiap apa yang diperkatakan juga disertakan dengan bukti-bukti tertentu bagi menyokong sesuatu pernyataan. Oleh kerana itulah kaedah tersebut cukup memnberi kesan kepada saya. Antara cara pembujukan lain yang memeberi kesan kepada saya adalah dengan menggunakan kaedah pemberian saguhati ataupun hadiah. Cara pembujukan tersebut juga begitu mudah mendorong saya mudah untuk dibujuk. Saya lebih tertarik dengan cara ini kerana cara sebegini mampu menyenangkan hati saya jika pada masa itu saya sedang sush hati dan sebagainya. Namun begitu, pembujukan menggunakan ilustrasi juga memeberi kesan kepada saya kerana sesuatu ilustrasi yang disiarkan mempunyai makna tersendiri dan tujuan tertentu. Oleh itu, apabila saya meneliti dengan berhati-hati makna dan tujuan ilustrasi tersebut ditunjukkan sudah tentu akan menyebabkan saya sering mengingati ilustrasi tersebut walaupun keadaan itu telah lama berlaku.

    BalasPadam
  40. Selamat sejahtera, saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan saya di atas.
    Kebanyakan rakan-rakan saya telah mengatakan bahawa pemberian hadiah merupakan salah satu cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada kita. Cara ini juga berkesan kepada saya. Hal ini disebabkan saya mungkin akan tertarik dengan hadiah yang diberi dengan pembelian sesuatu produk. Sebagai contohnya, dengan membeli sebanyak produk tersebut di kedai itu, kau akan mendapat hadiah misteri atau hadiah yang sama dengan produk itu.
    Cara pembujukan yang seterusnya yang boleh memberi kesan kepada saya ialah melalui media seperti filem, drama dan sebagainya. Misalnya, apabila saya menonton drama korea yang menyiarkan bahawa watak perempuan itu telah menghidapi penyakit kanser dan saya juga akan berasa kasihan terhadap perempuan itu serta tanya diri sendiri kenapa orang yang baik hati selalu akan mendapat balasan yang buruk…walaupun semua ini bukan realiti, tetapi pemikiran saya juga akan terpengaruh.
    Cara yang seterusnya yang dikemukan oleh saudari Bee, iaitu menjadi pendengar yang setia. Saya juga setuju dengan saudari Bee. Hal ini disebabkan cara ini juga memberi kesan kepada saya. Sebagai contohnya, apabila saya berasa tekanan dalam pelajaran, saya akan menelefon kawan saya dan memberitahunya segala masalah saya, dan dia juga akan dengar saja, selepas itu dia akan memberitahu saya bahawa semua masalah akan selesainya jika saya berusaha menghadapi masalah tersebut. Cara ini adalah memberi kiesan yang lebih dalam kepadsa saya.
    Perasaan simpati juga salah satu cara pembujukan telah memberi kesan kepada saya. Saya telah nampak dengan mata saya sendiri dan perasaan saya juga tersentuh apabila melihat orang yang kurang berupaya telah berusaha menjual barangan buatan mereka supaya dapat wang yang cukup untuk mereka menjalani kehidupan. Hal ini telah memberitahu saya bahawa betapa susah kehidupan kita, kita tetap perlu berusaha untuk menjalankan kehidupan kita.
    Cara pemujukan yang terakhir ialah penggunaan bahasa yang sedap didengar. Hal ini disebabkan semua orang suka mendengar bahasa manis seperti ‘kau sangat cantik’, ‘produk ini sangat sesuai dengan kau’ dan sebagainya. Dengan pengalaman saya, kata-kata manisan itu telah membujuk saya membeli produk mereka, kalau saya tidak membeli produknya, saya akan berasa serba salah terhadap promoter tersebut. Oleh itu, saya pun beli dengannya.

    BalasPadam
  41. salam 1 Malaysia.

    Setiap orang berlainanlah juga keperluan dan keinginan yang lazimnya merujuk kepada umur, jantina, agama dan budaya serta situasi masing-masing. Kenyataan inilah yang sering dikaitkan oleh pembujuk kepada aundiens mereka bagi memujuk. Tanpa kenyataan ini, para pembujuk akan gagal menyasarkan matlamat yang ingin dicapai bagi tujuan tertentu samaada untuk kepentingan diri masing-masing, institusi, masyarakat dan untuk mengaut keuntungan.
    Pembujukan adalah bergantung kepada setiap individu yang ingin membujuk aundiensnya menerusi pelbagai kaedah yang bertepatan serta bersesuaian.
    Terdapat beberapa cara yang berkesan bagi membujuk saya antaranya adalah :
    1) Pembujuk menggunakan pendekatan pengenalan bagi sesuatu ulasan, kempen mahupun penjelasan mestilah menarik dan 'luar biasa'. Contohnya melakukan demonstrasi, pepatah dan menjelaskan berdasarkan bukti yang kukuh.
    - Pengenalan yang menarik juga dapat mengelakkan timbulnya rasa bosan terhadap sesuatu penjelasan.'First Impression' adalah penting dalam kaedah pembujukan kerana ianya mampu menarik minat audiens.
    2) Pembujuk haruslah menggunakan bahasa yang elok dituturkan mahupun didengar.
    - Ini adalah kerana pertuturan yang baik dan memasukkan elemen pujian akan mampu mempengaruhi audiens untuk mendengar ulasan mahupun penjelasan pembujuk. Bahasa yang kasar dan menuturkan bahasa dengan terlalu laju mampu menyebabkan audiens untuk tidak ingin lansung mendengar ulasan mahupun penjelasan daripada pihak pembujuk.
    3) Pembujuk haruslah tidak memperlihatkan wujudnya unsur pemaksaan bagi sesuatu kempen mahupun penjelasan mereka.
    - Unsur-unsur seperti ini akan mudah memperlihatkan kelemahan sesuatu kempen mahupun penjelasan. Jika hal ini berlaku, maka gagallah matlamat pembujuk dalam membujuk audiens mereka.
    4) Pembujuk haruslah mengambil kira kemahuan audiens melalui perbezaan umur, jantina, bangsa, agama serta situasi audiens.
    - Matlamat pembujuk akan tercapai jika pembujuk bijak menitikberatkan perbezaan-perbezaan ini.
    Contohnya seperti Kempen Jalur Gemilang. Telah banyak usaha sudah dijalankan bagi menjayakan kempen tersebut namun, ia tampak lesu sejak kebelakangan ini. Mengapa hal sebegini berlaku? Satu-satunya penjelasan adalah pengaruh internet semakin berleluasa yang menyebabakan masyarakat alpa akan semangat patriotik dan usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu oleh para pemimpin kita terdahulu semakin hilang penghargannya. Bagi saya cara yang akan membuahkan hasil dan menanam sifat patriotik menerusi kempen Jalur Gemilang akan tercapai jika ia lebih disasarkan kepada golongan para pelajar tidak kira pelajar sekolah rendah, menengah dan IPTA serta IPTS. Pemberian bendera percuma kepada pelajar-pelajar tersebut harus dilaksanakan bagi menerapkan sifat patriotik dalam diri masing-masing kerana merekalah merupakan modal insan yang akan menerajui dan membangunkan negara kita kelak pada masa akan datang. Memanglah diakui dengan melaksanaka usaha pemberian bendera percuma kepada para pelajar akan melibatkan kos yang banyak. Sungguhpun demikian, para pelajarlah merupakan golongan sasar yang tidak mempunyai pendapatan bagi memenuhi keinginan serta keperluan dan golongan inilah yang paling sesuai untuk menjayakan kempen Jalur Gemilang dek kerana sesetengah lapisan masyarakat kita makin alpa tentang erti kemerdekaan dan erti mengibarkan bendera tercinta kita.
    5) Pembujuk menggunakan bahasa yang mudah difahami.
    - Golongan sasar terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuklah tahap pendidikan. Pembujuk haruslah mengunakan bahasa yang mudah difahami oleh golongan sasar. Contohnya seperti seorang peminta derma yang mempunyai kesempurnaan fizikal telah meminta derma daripada saya. Akan tetapi peminta derma tersebut menggunakan bahasa yang saya tidak dapat fahami dan kesannya saya tidak dapat memberikan derma kepadanya. Hal ini adalah kerana, saya lansung tidak memahami apa yang disampaikan oleh individu tersebut.
    Kesemua cara-cara tersebut merupakan cara yang paling berkesan kepada saya.
    Sekian dan terima kasih.

    BalasPadam
  42. Aslmualaikum and greetings to all....

    From my point of view, 5 methods of persuasion which are effective for people is:
    i) Using effective advertisements.
    ii) Persuasion using testimonial.
    iii)Empathy elements
    iv) Message must be short, not too long but easy
    to understand.
    v) Persuasion must suitable for each targeted
    audiences.
    For my first point, that is using effective advertisements means when we want to persuade people for example "Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia", we must tell people clearly, why we must buy malaysian or local products. besides that, the advertisements must can attract people, which is maybe can be humor advertisements but has it own message which can make people want to buy the local products. Advertisements can be done using all types of media so that the advertisement can give more impact to the audience. for example, electronic media, mass media, printed media and so on. For me, this method is effective because through advertisements, we will be more attracted (for example to join a campaign). Besides that, advertisements are one of professional method of persuasion.
    My second point is we persuade people using testimonial. This is the consequences from the first method just now, that is advertisement. Testimonial means a statement in support of particular truth. for example, when we want to persuade people, we must give them evidence or proof that can make them attract to what we want to persuade them for. For me, this kind of method is effective because, we can trust the persuasion. For example to join a "Reading Campaign".
    My third point is Empathy element. if we want to persuade people, we must put ourself into them so that we can understand their feelings. this method is effective to me because, when the "persuader" has the element of empathy, we can understand each other and then we can be influenced by them.
    My fourth point is the "persuader" send a short message but easy to understand. we as the audience are more influenced by a message which is easy to understand.
    My last point is we will be more attracted to a persuasion that does not involved a sensitive issues. in this case, the campaigners should aware or do a research first so that when someone persuade us, he or she does not say things that disturb our sensitivity. For me, i will be more attracted to this kind of method because, i will be more influenced by what they persuade me.

    Thank You...

    BalasPadam
  43. salam 1 malaysia dan salam persaudaraan,
    Antara cara pembujukan yang boleh mempengaruhi saya adalah penggunaan mesej yang mudah difahami iaitu ringkas, tepat dan padat. Mesej yang mudah difahami ini dapat membantu saya membeli sesuatu produk yang saya ingin beli. Selain itu, pembujukan yang tidak memaksa juga turut dapat mempengaruhi saya. Sekiranya tiada unsur paksaan ia secara tidak langsung dapat menarik perhatian khalayak untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Selain itu, pembujukan yang memberi nasihat dan pengajaran mampu menarik saya menyertai kempen yang dilaksanakan. Sebagai contohnya, Kempen “Earth Hour” yang menyarankan seluruh masyarakat dunia memadamkan lampu selama 60 minit bagi menyokong tehadap usaha mencegah perubahan iklim. Di samping itu, pembujukan yang mempunyai unsur kelembutan dan sopan-santun merupakan elemen pembujukan yang paling saya senangi. Kelembutan dan sopan-santun yang dipamerkan oleh seseorang dapat menarik hati saya untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh seseorang yang membuat promosi. Iklan yang menarik dan kreatif secara tidak langsung dapat menarik perhatian saya secara peribadi. Iklan-iklan yang kreatif yang sering ditayang di dalam media elektronik khususnya televisyen adalah iklan yang dibuat oleh PETRONAS. Iklan dari PETRONAS ini sering kali dilihat apabila tiba waktunya hari yang penting,misalnya hari perayaan.

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum dan slm sejahtera. Saya akan terus menjwb persoalan yg ditimbulkan oleh pensyarah ttg 5 perkara yg boleh memujuk diriku ini. Yang pertama rasanya muka seseorang pembujuk tu akan memberi impak yg amat besar kpd yg dipujuk. Mukanya tak semestinya cun melecun, cukuplah nmpk ikhlas dan jujur. Sbg manusia biasa, kita suka kpd keikhlasan dan kejujuran, sesungguhnya kedua-dua perkara ini lahir dari hati yang suci murni. Kedua mungkin juga nilai kesungguhan dan keikhlasan dlm mesej yg cuba disampaikan oleh pembujuk. Ketiga adalah pendekatan yang logik, mesej yg disampaikan berdasarkan fakta yang logik dan masuk akal. Keempat mesej mampu menyentuh perasaan dan menyentap sanubari samada secara sedar ataupun tidak. Dan yg terakhir...biarlah rahsia....

    BalasPadam
  45. Salam 1 Malaysia ! Cara pembujukan yang memberi kesan kepada saya adalah pembujukan dengan cara yang lembut dan ramah. Mudah bagi saya untuk membeli sesuatu barangan jika dipujuk dengan cara yang baik, lembut dan ramah jika barangan tersebut jika barangan tersebut mampu saya beli. Kadangkala, kita tertarik untuk membeli sesuatu barangan bukan kerana kita ingin membeli barangan tersebut tetapi dengan keramahan pembujuk yang membuat kita rasa selesa dan tertarik.

    Saya juga bersetuju dengan pendapat rakan yang lain bahawa cara pembujukan yang bermain dengan emosi juga mudah memberi kesan kepada orang lain dan juga kepada diri saya sendiri. Apabila pembujukan melibatkan emosi, saya akan mudah tersentuh. Pembujukan mengunakan hadiah seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan juga dapat memberi kesan kepada saya. Sudah menjadi lumrah bahawa orang akan mudah tertarik dengan sesuatu jika mempunyai pemberian atau hadiah. Contohnya, jika kita membeli sesuatu barang kita akan mendapat hadiah percuma. Hal ini banyak dilakukan dipasaran untuk menarik minat pembeli.

    BalasPadam
  46. Salam dan bertemu kembali..

    Setiap individu mempunyai sikap dan penerimaan yang berlainan terhadap apa yang dilalui setiap hari. Sesetengah kaedah pembujukan mungkin memberi kesan kepada sesetengah orang tapi tidak kepada orang tertentu. Antara kaedah pembujukan yang boleh memberi kesan kepada saya yang pertama ialah pembujukan emosi. Pembujukan jenis ini selalunya mempermainkan hasrat, cita-cita dan perasaan untuk memililki sesuatu yang terbaik. Di samping itu ia juga mampu mewujudkan perasaan ingin bersaing terhadap apa yang menjadi dambaan.

    Keduanya ialah pembujukan daya kreatif. Daya kreativiti tinggi yang ditampilkan dalam pembujukan ini seperti kreativiti pada pakaian, kasut, beg, lukisan dan sebagainya memberikan kesan terhadap diri untuk membeli.

    Ketiga ialah pembujukan kebimbangan dengan menggunakan psikologi. Perasaan bimbang yang di wujudkan menyebabkan timbulnya perasaan ingin membeli sesuatu produk yang boleh menyelesaikan masalah kebimbangan tersebut. Misalnya bimbang terhadap masalah kesihatan maka pembujukan berlaku melalui pengiklanan produk tertentu yang boleh membantu menyelesaikan masalah kesihatan tersebut.

    Keempat pembujukan lojik iaitu menggunakan sebab tertentu yang dapat diterima secara lojik oleh pemikiran saya. Misalnya tentang sesuatu keluaran sejenis tetapi berlainan jenama, lebih baik atau lebih menguntungkan. Pencapaian terbaik dan kualiti unik yang diadun sehingga menggambarkan keluaran tersebut terbaik di pasaran biasanya berjaya menambat hati.

    Kelima ialah pembujukan subliminal di mana mesej yang disampaikan adalah di bawah paras kesedaran seseorang. Ia mudah mempengaruhi pemikiran tanpa disedari. Sebagai contoh perwatakan yang menarik dan pelakon yang kacak atau cantik dalam sesuatu filem akan menarik hati untuk menonton filem tersebut. Ini kerana sudah menjadi fitrah manusia suka melihat sesuatu yang indah dan cantik..

    by ainah.

    BalasPadam
  47. Salam...saya tertarik dgn komen saudari Ainah, iaitu mengenai faktor kebimbangan psikologi yg sememangnya merupakan satu elemen penting dalam sesuatu kempen dan pembujukan. Faktor 'kebimbangan psikologi' ini jika berjaya dimanipulasikan sepenuhnya dlm menjayakan sesuatu kempen dan pembujukan, pastinya boleh menyumbang kepada kejayaan sesuatu kempen. Sbg contoh 'Kempen Hari Tanpa Plastik' pelaksana kempen perlu mewujudkan satu feneomena kebimbangan terhadap kemusnahan alam sekitar, pemanasan global yang mengancam kesihatan dan keselamatan manusia sejagat.

    BalasPadam
  48. Setiap individu mempunyai sikap dan penerimaan yang berlainan terhadap apa yang dilaluinya. Sesetengah kaedah pembujukan mungkin memberi kesan kepada sesetengah orang tapi tidak kepada orang tertentu. Antara kaedah pembujukan yang boleh wujud dalam bentuk teks, audio visual, isyarat, simbol, warna, ilustrasi dan sebagainya. Pembujukan terbentuk mengikut satu-satu kesesuaian dari segi masa, keadaan, tempat, jenis isu, peringkat umur dan sebagainya.

    Pertama dalam konteks warna. Pemujukan sebegini sangat senonim dengan semua lapisan masyarakan kanak-kanak sehingga dewasa kerana warna sangat mempengaruh dan tarikan amat kuat baik dari segi makanan dan pakaian.

    Kedua dalam konteks teks. Pemujukan kaedah ini juga memberi sentuhan mendalam dan menyentuh jiwa terutamanya golongan dewasa, baik dalam tulisan yang mendatangkan perasaan gembira ataupun duka.

    Ketiga pemujukan audio visual juga boleh dapat mempengaruhi pendengar dengan kata-kata yang manis, tegas, marah, lemah lembut dan lain-lain lagi.

    Keempat pemujukan isyarat, iaitu pemujukan jenis ini sangat cepat kesannya kepada seseorang dan cepat terpujuk rayu. Misalnya jika seorang lelaki menyentuh tangan perempuan ataupun pasangannya, pastinya ia akan cepat memberi jawapanya atau sebaliknya.

    Kelima pemujukan melalui ilustrasi melalui gambar. Pemujukan sebegini juga mudah menarik perhatian orang terutamanya golongan perempuan. Misalnya gambar-gambar dalam katalog seperti barangan dapur, kosmetik, pakaian, aksesori dan sebagainya baik jualan langsung ataupu tidak.

    Dalam kaedah kelima-lima ini selalunya pemujukan berkalu mengikut keadaan semasa seseorang, tempat, kegemaran dan sebagainya.

    BalasPadam
  49. Salam 1 malaysia....rakan-rakan dan pembahas tentang isu yang sedang hangat diperkatakan pada kuliah kali ini...

    Perkataan pemujukan berasal daripada perkataan pujuk.Iaitu suatu kaedah atau taktik yang digunakan oleh seseorang atau pertubuhan melalui usaha contohnya kempen untuk menarik perhatian, mengamit perhatian audies untuk suatu golongan sasar yang terlibat atau sebaliknya.

    Pemujukan diwujudkan adalah untuk membentuk jiwa manusia agar mempunyai nilai-nilai murni dalam diri, menarik kepercayaan seseorang dan sekaligus mengubah sikap dan tingkah laku serta membimbing individu untuk mempercayai idea baharu yang ingin dilaksanakan. Di samping memupuk lebih banyak faedah kepada penerima atau golongan sasar yang terdiri daripada masyarakat sekitarnya, sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak.

    seperti yang dibahaskan oleh rakan-rakan terdapat pelbagai cara yang boleh dikategorikan sebagai pemujukan. Antaranya ialah gaya pujukan rasional ,emosi, moral, subliminal dan kreatif.

    Gaya pemujukan rasional ialah seperti kaedah pemujukan popular sekali, penyiaran iklan melalui saluran media cetak dan elektronik tentang sesuatu produk yang kerap menyebabkan seseorang yang mengikuti perkembangan iklan tersebut saban waktu, akan mula jatuh hati dengan produk yang diiklankan, terus menggunakan jenama tersebut tanpa membuat penilaian kepada harga yang begitu tinggi nilainya. Kerana telah mengetahui kualiti produk tersebut.

    Daya pujukan ke 2 ialah pujukan emosi.Biasanya kaedah ini bersifat positif atau negatif , yang mana ianya melibatkan perasaan seseorang. Contohnya tayangan gambar yang lebih bercorak menyentuh perasaan sedih, akan memujuk saya sebagai penonton yang mempunyai perasaan untuk menangis.Begitu juga yang berbentuk hiburan, saya sebagai penonton akan terpujuk untuk bergembira.

    Kaedah pemujukan moral adalah cara ketiga yang biasanya lebih menonjolkan unsur kemasyarakatan dan berbentuk sosial. Contohnya kempen yang dijalankan untuk kebajikan masyarakat, contohnya rancangan bersamamu yang disiarkan di TV3, telah mengetengahkan rancangan meraih belas ihsan orang ramai terhadap keluarga kurang berkemampuan dan kurang upaya dan penghujung rancangan diselitkan dengan iklan untuk menghulurkan derma berbentuk wang dan sebagainya.Kalang kala episod ini lebih banyak mengisahkan penderitaan sebuah keluarga yang memberi kesan pada saya sendiri,yang menonton dan menyelami perasaan sedih dan malang untuk menginsafi kedaifan dan mensyukuri kelebihan yang dianugerahkan pada diri, iaitu sebagai pengajaran moral dalam diri dan keluarga.

    kaedah pemujukan seterusnya adalah, kaedah subliminal. Cara ini mengetengahkan pemujukan berbentuk bahasa yang dibuat-buat untuk memujuk seorang wanita yang merajuk. Contohnya saya sebagai seorang isteri yang sememangnya cepat merajuk, akan terpedaya dengan pujukan seorang suami apabila dihadiahkan dengan pemberian hadiah atau kata-kata pujukan yang boleh mengembirakan hati dan melembutkan perasaan kewanitaan saya.

    Seterusnya pemujukan kreatif, biasanya cara ini adalah melalui tulisan dan memujuk pembacaan melalui akhbar,majalah,buku-buku dan seterusnya penggunaan media elektronik iaitu melalui radio atau televisyen juga online internet.cara ini digunakan untuk menarik perhatian golongan sasar untuk terus terpujuk dengan apa yang ditawarkan. Contohnya pembelian novel yang bersiri,saya yang mengikuti perkembangan dari siri yang pertama akan mengambil inseatif untuk terus membeli novel yang seterusnya.Ini adalah kerana tidak ingin terlepas dengan cerita yang begitu menarik di penghujung novel yang diiklankan.Begitu juga dengan tawaran iklan internet bagaimana membuat bisnes melalui internet. Saya begitu tertarik setiap kali melayari internet iklan untuk menambah pendapatan telah berupaya memujuk hati saya, untuk terus melayani internet dan mengetahui cara dan saya hampir-hampir terpedaya dan melaburkan sebilangan wang saya untuk menambahkan pendapatan yang belum menjanjikan kebenaranya.

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum....,

    Tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah lama melalui fasa pembujukan ini. Sejak lahir ke dunia dan sampai menutup mata. Pembujukan tetap berlaku dan terbentuk dalam pelbagai keadaan. Waktu kecil Kita terpujuk apabila disuakan susu, dibelai dan diberikan kasih sayang. Dengan pembujukan kasih sayang tersebut sudah cukup membuat kita merasa tenteram dan tenang melalui hari-hari yang penuh cabaran.

    hampir setiap hari kita berada dalam suasana yang berbeza-beza. Emosi serta persekitaran mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak.Kita terpujuk apabila mendengar sesuatu ceramah samada iklan, kempen atau sebagainya yang mengunakan bahasa yang lembut,menyentuh perasaan, mudah difahami dan penuh dengan keyakinan yang menyakinkan kita tentang apa yang disampaikan.Saya akui lebih mudah terpujuk dengan kata-kata yang penuh dengan motivasi dan memberikan keyakinan ke dalam diri.

    penyampaian mesej melalui lagu misalanya, mampu meninggalkan kesan mendalam ke atas diri saya. Apabila lagu 'harapan tanpa suara' berkumandang dan memaparkan gambar bayi yang tidak berdosa dengan pelbagai kisah mengenainya, memberikan kesedaran kepada saya bahawa, ada sesetengah insan yang mengharapkan agar dijatuhkan anak itu dari langit untuk mereka. Tapi mereka yang berpeluang untuk memilikinya pula tergamak untuk membiarkan bayi mereka mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

    Hati wanita selembut sutera. Begitulah mudahnya wanita terpujuk dengan Pemujukan kreatif yang mencairkan jiwa. Sudah namanya kreatif. Melihat saja susun atur ruang tamu yang indah dan menawan sudah membuat hati wanita bagai di syurga. Apalagi kalau ia menjadi milik. Saya hampir dan selalu teruja apabila melihat kreativiti yg sungguh kreatif dalm menghasilkan aksesori perhiasan rumah,baju,kasut dan sebagainya.

    Kaedah pembujukan yang terakhir ialah melalui iklan. Pembujukan melalui iklan adalah yang paling banyak dan bermacam-macam reaksi boleh dilihat. Iklan-iklan samada yg disiarkan melalui media massa, ada juga yang secara terus kepada kita,saya sendiri hampir setiap hari terpujuk dengan iklan ini. Ada-ada saja iklan baru yang memperkenalkan jenama baru. Apabila anak-anak saya melihat iklan minuman atau makanan di kaca TV, pasti mereka ingin mencubanya.Dan saya juga telah terpujuk dengan rayuan mereka untuk mencuba prodak terssebut.

    Begitulah keadaannya apabila telah terpujuk dengan pembujukan yang boleh terbentuk dalam apa jua keadaan ini.

    BalasPadam
  51. Aidah@Dewi Berkata:
    Salam untuk semua,
    Lazimnya banyak perkara di dunia ini yang manusia tidak sedari akan sesuatu yang boleh memberi pelbagai cabaran dan dugaan, malah ada ketikanya manusia tersedar dan bertindak mengubah pendirian apabila menerima sesuatu perkara atau maklumat. Walau bagaimanapun semuanya bergantung kepada pemikiran dan penilian diri sendiri. Melalui kempen/pembujukan, berkemungkinan ianya akan dapat membawa perubahan kepada pemikiran dan pandangan seseorang, tetapi tahap kesedaran itu adalah berbeza-beza kerana atas beberapa faktor demografi, keupayaan dan penguasaan kempen/pembujukan tersebut.
    Melalui pengalaman saya, kaedah pembujukan yang dapat memberi kesan kepada diri saya, yang pertama Pembujukan melalui ceramah, dari apa yang pernah saya lalui, pembujukan melalui ceramah amat berkesan ke atas diri saya kerana melalui pembujukan ini, penceramah banyak menyentuh soal kesedaran dan keinsafan yang berkaitan dengan soal rohani dan jasmani terutama yang berkaitan dengan unsur-unsur agama.
    Kedua melalui pembujukan kerisauan ianya mampu mempengaruhi pemikiran saya, kerana melalui pembujukan ini, pembujuk berjaya menyuntik perasaan saya dengan memberikan beberapa gambaran terutama yang berkaitan dengan kesihatan. Atas dasar kerisauan dan kebimbangan tentang penyakit, kegemukaan dan memikrikan penampilan, saya mudah terpengaruh terutama tentang produk kesihatan, ubat-ubatan dan pakaian cantik kerana naluri wanita memang inginkan sesuatu yang baik.
    Seterusnya yang ketiga pembujukan melalui iklan, dimana pembujuk berjaya menghasut minda dan fikiran saya untuk mencuba sesuatu. Apa yang menarik hati saya adalah iklan yang menarik dengan kebijaksanaan pembujuk menggunakan hela untuk membeli produk terutama bila ada promosi dan potongan harga dengan produk yang saya minati. Pembujukan sebegini akan memberi kesan kepada saya kerana pengaruh iklan yang mempelbagaikan daya keritiviti.
    Yang kekempat pembujukan rayuan, ianya memberi kesan kepada saya, kerana melalui pembujukan ini, saya amat sensetif dengan keadaan pembujuk yang cuba merayu-rayu dan menampakkan raut waja atau aimuka yang sedih dan minta belas kasihan dengan saya terutama apabila pembujuk meminta sesuatu pertolongan. Saya mudah bersimpati pada keadaan sesorang yang merayu dan meminta belas kasihan.
    Terakhir yang kelima pembujukan psikologi yang dapat memberi kesan kepada saya, bila mana pembujuk menggunakan daya pemikiran yang kritis dalam memujuk terutama apabil ianya berkiatan dengan masalah yang saya hadapi, contohnya berkaitan masalah pembelajaran.Pembujuk menggunakan pengalaman dan beberapa contoh untuk memberikan saya keyakinan terhadap apa yang disampaikan.

    BalasPadam
  52. Salam sejahtera, isu dengan kaedah dan kesan dalam pembujukan memangnya sesuatu yang sukar untuk diaplikasi untuk semua orang. Ini kerana setiap orang mempunyai berbeza-beza pendapat dan fahamannya sendiri mengikut budaya, pendidikan dan statusnya. Sarjana Confusius berkata, ‘Only the wisest and stupidest of men never change’. Jadi bagaimana seorang pelaksana kempen boleh memujuk orang-orang seperti ini. Sarjana Plato pula berkata, ‘Rhetoric is the art of ruling the minds of men’. Apa maknanya? Jika kita seorang pelaksana kempen, kita perlu mempunyai ilmu-ilmu seperti yang dinyatakan oleh Plato selain mempunyai karekter yang baik seperti kata sarjana Aristotle, ‘Character may almost be called the most effective means of persuasion’. Justeru, cara pembujukan yang berkesan bagi saya ialah pembujukan yang mempunyai ciri-ciri seperti keikhlasan, kebenaran, berinformasi, berwibawa dan beretika. Keikhlasan dalam memberikan maklumat dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak. Sebagai contoh, apabila saya ingin sesuatu maklumat tentang kempen tersebut, pemujuk bersedia dengan iklas tanpa dipaksa. Begitu juga dengan kebenaran maklumat yang diminta tidak dimanipulasi oleh pemujuk supaya kita mempercayai bujukan. Maklumat benar yang diberikan kepada kita sangat membantu atau berinformasi untuk kita membuat keputusan. Jika maklumat yang dibekalkan tidak betul dan tidak jelas, keputusan kita juga boleh terjejas. Maklumat yang dibekalkan perlulah berwibawa, misalnya maklumat itu datangnya daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan, Polis, Jabatan Penerangan dan sebagainya. Ini bagi membolehkan kita mempercayai maklumat itu datangnya dari sumber yang boleh dipercayaai untuk kita membuat keputusan. Cara maklumat itu disampaikan seharusnya beretika, misalnya memberitahu sumber maklumat, tujuan kempen, mengapa kempen dibuat dengan cara baik mengikut norma-norma budaya kita.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  53. Salam dan selamat sejahtera...

    Sebagai manusia kita tidak lari dengan berjumpa atau berurusan dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai sikap, tingkah laku dan perwatakan yang berbeza. Keadaan ini juga yang menyebabkan seseorang itu tidak mudah dibujuk.

    Manusia akan berubah menjadi baik atau sebalikny, jika terdapat usaha yang berterusan ia akan membentuk suatu tanggapan dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu. Pembujukan atau tindakan kerja yang berulang adalah salah satu teknik yang dapat menyakinkan seseorang untuk terpengaruh dengan apa yang hendak disampaikan.

    terdapat beberapa teknik untuk menyakinkan seseornag diantaranya adalah :-

    1)Menerapkan tentang keperluan harian atau rutin seperti pemakanan, tempat tinggal dan pakaian sesuatu masyarakat itu.

    2)Memberikan khidmat untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapai oleh individu berkenaan.

    3)Membujuk dengan menggunakan pendekatan impian yang akan dicapai sebagai contoh pulangan setelah menceburi seperti menjadi kaya dan sebagainya.

    4)Membantu membentuk kehidupan yang akan datang.

    5)Dengan cara menyerapkan tanggunjawab kolektif sebagai fungsi yang perlu dipikul oleh khalayak sasaran dan mereka perlu menjadi sebahagian daripada misi yang diperjuangkan oleh pembujuk.


    Matlamat pembujukan akan tercapai sekiranya golongan sasaran dapat dibujuk dengan sebaiknya dengan menerapkan beberapa teknik pembujukan yang telah diberikan.

    BalasPadam
  54. Salam...wah cayalah bro James ni tak habis2 dgn sarjana Confusius dan kata2 pujangga dr sarjana Aristotle. Kedua2 ahli falsafah ni mmg amat mengkagumkan, setiap kata2 yang keluar dari kotak pemikiran mereka mempunyai aura yg tersendiri, mencipta satu wacana komunikasi yg mempunyai metafora yg amat dinamik dan enegetik, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas....megah merentasi zaman.

    Saya amat bersetuju la dgn pendapat bro James ni, bukan pasal kami ni geng dan satu jabatan, tetapi pendapat James mmg masuk akal la. Mungkin masa final ekjem nanti kita buli duduk dekat2 dgn James sebab dia mmg hebat klu memujuk dan membujuk nih.

    Sebagi pembujuk

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum dan salam 1kampus kepada ahli PRCIRCLE yang dirahmati..
    Istilah pembujukan telah lama mucul dalam masyarakat kita. Walaubagaimanapun pada awalnya, perkataan membujuk lebih difahami sebagai kerja untuk membujuk seseorang dari duka lara dan seumpama dengannya. Walaubagaimanapun pada hari ini makna perkataan pembujukan semakin mengalami perubahan dan lebih dikenali sebagai salah satu cara untuk mempengaruhi orang lain untuk mengikuti kehendak kita. Ada terdapat beberapa tektik atau kaedah pembujukan yang memberi kesedaran ke dalam diri saya.

    Ada terdapat enam cara membuuk untuk mengubah sikap dan tingkah laku manusia. Antaranya termasuklah :
    1) Membujuk menggunakan orientasi keperluan asasi manusia iaitu mengetengahkan aspek keperluan seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian sebagai matlamat dalam mesej pembujukan.
    2) Membujuk dengan cara menawarkan khidmat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh khalayak sasar sebagai aktiviti pembujukan.
    3) Membujuk dengan cara menggariskan kepentingan tujuan membujuk oleh si pembujuk dalam kehidupan manusia yang disasarkan dalam sesuatu usaha pembujukan.
    4) Membujuk dengan cara menggunakan visi atau impian yang ingin dicapai oleh manusia secara umum dan peribadi seperti ingin menjadi kaya dan berpengaruh.
    5) Membujuk dengan cara membantu khalayak sasar pembujukan membentuk pelan kehidupan rutin mereka.
    Aktiviti pembujukan didorong leh matlamat untuk engubah satu-satu keadaan kerana mungkin keadaan sedia ada tidak memberi manfaat kepada individu atau kumpulan berkenaan dengan cara membujuk khalayak sasar, cita-cita mendapatkan satu senario baharu dalam kehidupan boleh dikecapi.

    Terima kasih....

    BalasPadam
  56. Tidak dapat dinafikan bahawa pembujukan itu adalah salah satu aktiviti membujuk dimana sasarannya dapat dibujuk melalui pelbagai cara sama ada secara baik ataupun tidak.Kita sebagai manusia juga mempunyai perasaan ingin dibujuk misalnya dalam situasi sebagai suami isteri,pasangan kekasih ataupun dikalangan rakan-rakan.Apatah lagi sebagai seorang wanita yang mudah tersentuh dan sensitif maka pembujukan yang berkesan seperti menggunakan cara yang lembut dan romantik adalah salah satu cara yang paling baik untuk membujuk.Bagi saya,cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada diri saya adalah dengan menggunakan cara matang kerana dengan membujuk secara matang kita dapat merasakan penbujukan yang dilakukan secara dewasa.Kata-kata motivasi juga sangat berkesan kepada diri saya kerana melalui motivasi pelbagai kata-kata peransang dan semangat yang dapat memberikan kesan kepada seseorang.Selain daripada itu,pembujukan melalui kaunseling juga amat berkesan pada saya kerana dapat berkongsi segala masalah yang dihadapi.Melalui sesi kaunseling ini,pelbagai cara pembujukan yang dilakukan oleh guru kaunseling misalnya kata-kata semangat dan memberikan kekuatan kepada diri sendiri.Dan sebagai seorang wanita tidak dapat dinafikan bahawa pemberian hadiah dalam membujuk amat berkesan pada saya kerana wanita mempunyai perasaan yang lembut dan semamangnya memerlukan kejutan yang istimewa dalam membujuk.

    BalasPadam
  57. salam dan selamat sejahtera..
    Dari sejak azali lagi aktiviti pembujukan telah berlaku.dari kita kecil hinggalah dewasa kini bahkan sampai ke usia tua pujuk-memujuk tetap akan berlaku.pembujukan dengan kehidupan manusia tidak dapat di pisahkan tetapi tetap mempunyai kelainan dengan mengikut peredaran masa dan faktor persekitaran
    Lain dulang,lain kakinya..lain orang,lain hatinya..rambut sama hitam,bentuk hati pn sama tapi isi hati belum tentu sama.begitu la perumpaan bagi sikap manusia.Manusia di cipta semua sama sifat nya tetapi mempunyai ragam perangai yang berbeza.Ada yang keras hati,ada yang lembut hati dan ada juga pemurah hati.Ini semua adalah sikap manusia.Ini bermaksud setiap manusia mempunyai cara yang berbeza dalam proses pembujukan nya begitu juga dengan diri saya dari lahir sampai sekarang sikap nya sama tetapi pemikiran nya lebih matang mengikut usia.Ada terdapat berapa faktor yang boleh memberi kesan kepada saya di dalam proses pembujukan yang di lakukan:-
    1)Pembujukan yang memaparkan soal kehidupan seseorang atau sebuah keluarga,di mana ia menceritakan kisah sukaduka keperitan hidup yang di alaminya sehingga kan dapat menyentuh perasaan dan menimbulkan keinsafan.
    2)pembujukan yang mengajak kita menggunakan akal fikiran waras lagi matang,di mana ia membawa kita bersama memikirkan sesuatu yang baik untuk semua seperti contoh ingin menyedarkan kita pentingnya sungai kepada manusia.apabila pembujukan itu dapat membawa seseorang itu berfikir ia pasti akan berjaya dalam proses pembujukan itu
    3)pembujukan yang menggunakan orang ketiga yang berpengaruh,proses ini sering berlaku di dalam instituasi kekeluargaan.saya juga mengalaminya.seperti seorang ibu ingin memujuk anak nya agar meneruskan pelajaran nya tetapi si anak tidak mahu atas alasan tertentu.dalam perkara ini si ibu akan menggunakan orang tengah yang mana seseorang yang amat di hormati dalam keluarga tersebut seperti contoh pak long.si ibu akan meminta orang(pak long) ini untuk memujuk dan memberi nasihat kepada anak.apbila seseorang(pak long)yang sangat di hormati berkata ia pasti dapat mempengaruhi dan memujuk anak tersebut untuk belajar.
    4)pembujukan yang menggunakan khidmat tawaran atau memberi sesuatu kepada saya atau seseorang.dalam pembujukan ini pasti semua orang akan cair dan dengan mudah termakan pujuk.pembujukan seperti ini selalu di gunakan dalam aktiviti direct selling,dalam aktiviti ini ia banyak menggunakan tektik tawaran istimewa kepada seseorang bagi memikat khalayak supaya membeli barangan mereka dengan tawaran yang baik ataupun mendapat barangan percuma.sikap manusia dapat barang percuma memang suka dan akhir terbeli dan penbujukan berjaya.
    5)pembujukan yang terakhir ialah pembujukan dari rakan sebaya.ini adalah pembujukan yang paling berpengaruh dan memberi kesan mendalam kepada saya.Di dalam kehidupan kita ini.kawan kawan lah yang paling hampir dengan kita.hampir setiap masa kawan.setiap apa yang kawan katakan pasti akan dapat mempengaruhi seperti contoh kawan memujuk kita untuk ponteng kelas..dengan mudah kita akan terpengaruh dan mengikut tanpa berfikir panjang.

    ini lah 5 perkara atau faktor yang boleh memberi kesan kepada saya dalam proses pembujukan.
    sekian...

    BalasPadam
  58. Usaha membujuk ke atas seseorang individu adalah berlainan dengan individu lain. Ini kerana, kehendak dan keperluan seseorang tidak sama dengan orang lain. Oleh itu, walaupun terdapat pelbagai cara atau kaedah pembujukan pelaksana kempen tidak harus membuat kesimpulan bahawa publik sasarannya sudah terpujuk oleh mesej kempen. Melihat kepada keadaan persekitaran audien sasaran, maka adalah penting jika elemen pembujukan disesuaikan dengan persekitaran audien sasaran.

    BalasPadam
  59. Salam,
    Kaedah pembujukan yang berkesan terdapat pelbagai cara, namun ia hanya berkesan bergantung kepada faktor demografi dan juga persekitaran. Bagi saya, antara kaedah pembujukan yang boleh meninggalkan kesan terhadap diri saya yang pertama apabila ia melibatkan manipulasi perasaan yang tidak melampau. Contohnya apabila iklan yang melibatkan mangsa tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004 yang melibatkan beberapa negara di Asia. Iklan untuk menderma kepada mangsa-mangsa tsunami ini melibatkan unsur-unsur simpati dan kemanusiaan. Saya pasti bukan saya seorang sahaja yang menderma malahan seluruh rakyat Malaysia pasti cuba membantu dari semua aspek pada ketika itu. Cara pembujukan yang kedua ialah apabila penggunaan kata-kata dan gambar yang positif terhadap sesuatu kempen atau iklan itu digunakan. Contohnya seperti kempen Bahasa Jiwa Bangsa. Ini merupakan kempen yang meninggalkan kesan patriotisme terhadap diri kita di mana Bahasa Malaysia merupakan bahasa yang patut kita banggakan dan gunakan dalam pertuturan harian kita. Kaedah ketiga ialah pembujukan apabila ia melibatkan teknik psikologi sosial seperti perkara yang berlaku dan pengalaman harian kita. Contohnya iklan Hari Raya Petronas yang banyak menggunakan pengalaman dan perkara yang boleh mencuit perasaan kita. Seperti Ibu Bapa yang telah lanjut usia di abaikan oleh anak-anak dan sebagainya membuatkan kita sedar bahawa perkara tersebut kemungkinan berlaku kepada kita dan perlu disedari dan perlu mengambil langkah yang bijak untuk menjaga hati kedua orang tua kita. Cara pembujukan keempat bagi saya yang boleh memberi kesan ialah apabila rayuan untuk keperluan sosial. Contohnya apabila iklan Belilah Barangan Buatan Malaysia ia merupakan iklan yang membujuk kita untuk memajukan industri dan cara untuk memperbaiki ekonomi Malaysia. Malahan dengan cara pengiklanan seperti ini juga sekali lagi boleh memberi kesan patriotisme terhadap diri kita untuk membantu negara kita sendiri untuk maju. Jika bukan rakyat Malaysia siapa lagi yang boleh kita harapkan. Kaedah pembujukan kelima ialah apabila iklan ataupun jenama yang ditunjukkan menggunakan duta yang terkenal dan mempunyai kredibiliti seperti minyak wangi ataupun pakaian pastinya saya mudah terpengaruh untuk membeli atau ingin memiliki jenama tersebut seperti Ralph Lauren, Ronaldo (Nike) dan sebagainya.
    Sekian.

    BalasPadam
  60. 1)Khidmat tawaran atau memberi sesuatu
    pembujukan ini pasti semua orang akan cair dan dengan mudah termakan pujuk. contohnya seperti aktiviti bisnes direct selling atau lebih dikenali multi level marketing. dalam aktiviti ini ia banyak menggunakan tektik tawaran istimewa kepada seseorang bagi memikat khalayak supaya membeli barangan mereka dengan tawaran yang baik ataupun mendapat barangan percuma.sikap manusia dapat barang percuma memang suka dan akhir terbeli dan penbujukan berjaya.

    2)pembujukan dari rakan sebaya
    ini adalah pembujukan yang paling berpengaruh dan memberi kesan mendalam kepada. Di dalam kehidupan kita ini kawan lah yang paling hampir dengan kita. contoh kawan memujuk kita untuk tidak menhadirkan diri ke kelas dan dengan tanpa memikir panjang terus mempersetujuinya.
    3)Pembujukan yang berupa nasihat
    Dimana apabila dipujuk dengan berunsurkan nasihat untuk member kesedaran adalah amat berkesan kepada saya. Contohnya sekiranya saya ingin melakukan Sesuatu perkara jahat, dan di berikan dengan kata-kata nasihat bahawa perbuatan tersebut adalah salah, maka saya akan mudah lembut hati dan redha.
    4)Soal kehidupan seseorang atau sebuah keluarga,
    di mana kisah sukaduka keperitan hidup yang di alaminya dapat menyentuh perasaan dan menimbulkan keinsafan dan keperhatinan untuk membantunya.

    5)Pembujukan menggunakan kata-kata berhibur
    Hal ini diperlihatkan apabila saya dalam keadaan marah, maka seseorang yang memujuk menggunakan kata-kata yang melucukan atau pun menghiburkan hati, maka mudahlah saya di pujuk.

    Ini lah 5 perkara atau faktor yang boleh memberi kesan kepada saya dalam proses pembujukan.
    sekian...

    BalasPadam
  61. salam sejahtera semua.

    ya..sy tertarik dengan apa yang diutarakan oleh cik Siti Norizan tentang kes pembuangan bayi dengan lagu 'Harapan Tanpa Suara' yang semakin kedengaran di corong-corong radio dan televisyen. Ya. Saya amat bersetuju di mana dengan kaedah pembujukan cara tersebut sebenarnya memberi impak terhadap masyarakat kita di samping dapat menginsafkan diri kita.

    Saya juga tertarik dengan komen salah seorang rakan iaitu Cik Fazidatul, yang mana bagi beliau, kaedah pembujukan proses pembujukan juga boleh berlaku apabila adanya seseorang yang kita sayangi memberikan kita semangat atau sebagai pembakar semangat dalam kita menghadapi segala cabaran. Ya. saya sangat bersetuju dan hal ini sememangnya berlaku pada diri saya di mana bila saya bersedih, saya akan teringat tentang ibubapa saya mahupun ahli keluarga saya yang lain terutama sekali adik-adik saya. Mereka memberikan saya inspirasi dan semangat untuk terus meneruskan perjuangan saya demi mencapai kejayaan. Proses pembujukan cara emosi ini juga amat memberi kesan kepada saya.

    Selain itu, dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka juga merupakan salah satu cara pembujukan yang berkesan. Bukan sahaja unsur jenaka, malah dengan pembujukan dengan cara gambar juga dapat memberi impak bukan sahaja kepada saya tetapi juga orang lain. Contohnya dengan melihat benda-benda yang cantik, menarik dapat memberikan kelegaan dan membuatkan kita gembira.

    Seterusnya, melalui cara pembujukan yang biasa iaitu dengan menghantar mesej dengan kata-kata yang dapat menggembirakan kita, samada melalui telefon bimbit, emel, mahupun melalui 'facebook'. Dengan cara ini juga dapat memujuk saya.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  62. Pemujukan dilakukan dengan “memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati (mengajak, menipu, dll)” Aristotle telah menyenaraikan 3 kaedah dalam melakukan PEMBUJUKAN: ETHOS, PATHOS, LOGOS
    Kaedah pembujukan dilakukan secara kejujuran. Penampilan diri penyampai adalah fokus utama dalam pembujukan dengan menggunakan kaedah Ethos
    Kaedah pembujukan melalui Pathos dilakukan dengan menyentuh perasaan khalayak
    Dilakukan melalui pemilihan perkataan, intonasi suara (sedih dan emosi) serta mimik muka penyampai
    Kaedah pembujukan secara Logos dilakukan dengan memberikan penerangan secara logik.Dilakukan dengan melalui data statistik, paparan imej/gambar, dan memberikan cadangan secara logik cara untuk menyelesaikan masalah.

    BalasPadam
  63. Akum.. dan salam sejahtera.. semua... sudah semestinya kuliah ketiga ini menjadi isu dan perdepatan yang hangat di laman blog ini serta pelbagai pendapat dan pandangan yang diutarakan. Disini saya ingin memberika beberapa pendapat berkaitan pembujukan. Bagi menjayakan sesebuah kempen, elemen pembujukan adalah elemen terpenting untuk mengukur samada kempen itu berjaya atau tidak. Ini adalah kerana pembujukan akan mempengaruhi kempen tersebut. Setiap kempen mestilah bersifat komprehensif dari segi penyampaian mesej dan konteks mesej yang padat. Kempen dijalankan untuk mengubah sikap dan tingkahlaku manusia daripada sikap yang negatif ke sikap yang positif atau seseorang itu mempunyai kepentingan kepadanya. Terdapat beberapa cara pembujukan yang dilakukan oleh pembujuk untuk membujuk khalayak.

    1. Pembujukan yang berorentasikan emosi dan perasaan. Mesej yang disampaikan lebih kepada kesedaran. Sebagai contoh kempen harapan tanpa suara. Kempen tersebut telah menggunakan kaedah audio sebagai medium mereka untuk menyampaikan mesej. Pembujukan seperti ini akan memberi kesan yang mendalam kepada khalayak. Ini adalah kerana pembujuk menggunakan visual bagi menyampaikan mesej kepada khalayak. Selain itu, ia amat bersesuaian kerana kebanyakkan masyarakat sekarang lebih cenderung kepada hiburan.

    2. Pembujukan dengan cara menawarkan khidmat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh khalayak. Ini adalah kerana pembujuk telah membuat tinjauan terlebih dahulu. Sebagai contoh agensi pinjaman wang berlesen. Agen-agen pinjaman telah membujuk khalayak untuk membuat pinjaman bagi mengatasi masalah hutang yang dipikul, dengan harapa setelah membuat pinjaman hutang yang lama akan langsai dan akan menaikkan kadar pendapatan bulanan khalayak sasar tesebut. Dengan mempraktikan kaedah ini ia benar-benar berkesan sehinggakan khalayak sasar menanggung hutang yang banyak sehinggakan mereka terpaksa mencari agen pinjaman untuk perkhidmatan seterusnya.

    3. Membujuk dengan cara membantu khalayak sasar membentuk pelan kehidupan mereka. Cara pembujukan ini adalah lebih kurang caranya dengan yang kedua tetapi agak berbeza caranya. Sebagai contoh agen jualan rumah atau pemaju hartanah. Mereka hanya mengiklankan sahaja iklan mereka dengan menyertakan gambar, harga dan lokasi sudah cukup untuk menarik minat khalayak sasar. Setelah khalayak sasar berhubung dengan pembujuk, pembujuk akan memberikan membantu khalayak sasar bagaimana cara untuk memiliki hartanah tersebut. Perkhidmatan yang disediakan juga amat memberangsangkan. Membeli rumah 1Malaysia misalnya.

    4. Membujuk berorentasikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Pembujuk akan mengenal pasti siapakah khalayak sasar yang mereka ingin tuju. Contohnya kempen membeli barangan buatan Malaysia. Pembujuk akan memberikan maklumat berkaitan barangan tersebut seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Pembujuk akan menggunakan perkataan ‘mampu milik’. Misalnya membeli rumah kos murah yang di anjurkan oleh kerajaan.

    5. Membujuk dengan cara menyerapkan tanggungjawab secara kolektif yang dipikul oleh khalayak sasar. Misalnya kempen alam sekitar. Pembujuk akan membujuk khalayak sasar dengan cara kesedaran dan menekan nilai-nilai murni yang dipupuk dari segenap lapisan masyarakat. Disini pembujuk akan menggunakan pelbagai medium untuk mendapatkan perhatian khalayak sasar, termasuklah penggunaan media massa dan sebagainya.

    Sekian terima kasih....
    YA2008-1122

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

    Terdapat beberapa kaedah pembujukan yang saya rasakan akan memberikan kesan ke atas manusia amnya dan diri saya sendiri khususnya. Sebagai contoh, pembujukan yang mempunyai unsur kesedaran.Contohnya, kempen menangani ‘kes pembuangan bayi’. Beberapa elemen keinsafan ditunjukkan dengan kata-kata dalam lagu. Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, saya agak terkesan daripada bait2 lagu tersebut (Kujaga kau dihari tuamu,andai panjang usiaku). Malahan, sbg manusia biasa yang terbiasa dgn tuntutan anutan agama menyebabkan saya turut akan mengiyakan pepatah yang mengatakan “hukum karma”.

    Selain itu, pembujukan yang diselitkan dengan unsur penerapan nilai murni. Contohnya, kempem memerangi rasuah. Satu iklan di TV yang memaparkan kehidupan bekeluarga (ayah/ibu/anak perempuan). Pada 1 bahagian, semasa ingin makan..si ayah termenung apabila anaknya berkata ‘wah, banyaknya makanan...’ ..si ayah, hanya terdiam membisu mengingati akan hasil Rasuah yg diterimanya yg pada akhirnya menjadi makanan si anak dan keluarganya...perkara ini memaparkan, makanan yg dimakan oleh anaknya bukanlah dari hasil yg halal. Ini menjadi pengajaran kepada penonton supaya tidak mencontohi akan kesalahan ini.

    Seterusnya, beralih kepada pembujukan yang mempunyai unsur logik. Sebagai contoh, mengikut peredaran masa keperluan untuk menggunakan teknologi yang lebih tinggi. Mahu atau tidak kita sebagai pengguna terpaksa akur akan tuntutan untuk mempelajari teknologi pada masa kini sekaligus turut memliki peralatan teknologi pada masa kini, contohnya penggunaan Broadband (BB) dan computer riba. Promosi yg dijalankan sememangnya jelas memperlihatkan persaingan di antara pengeluar bbrpa jenama BB. Sebenarnya, sy sbg seorg pelajar (PLUMS) yg akan bergerak jauh (kgau-kk-kgau) setiap hujung minggu akan memberikan satu bonus sekiranya saya menggunakan BB berbanding Streamyx. Hal ini kerana, kedudukan sy yg sntasa bergerak dr semasa ke semasa. Hanya memerlukan BB dan Laptop, saya akan mampu menyiapkan sebrg assignment terutamanya yg memerlukan saya untuk mengakses internet. Oleh yg demikian, pembujukan secara logik ini adalah berkesan mengikut kehendak dan tujuan audiens tersebut.

    Seterusnya, pembujukan yang mempunyai kebimbangan dengan menggunakan aspek demografi dari segi psikologi. Perasaan bimbang yang di wujudkan menyebabkan timbulnya perasaan ingin membeli sesuatu produk yang boleh menyelesaikan masalah kebimbangan tersebut. Contohnya, penapis air. Dewasa ini diketahui bahawa, banyak penyakit yg disebabkan oleh pencemaran air. Oleh yg demikian, dengan membeli penapis air yg mempunyai pelbagai fungsi dan kebaikan untuk kesihatan, ramai yg telah membeli dan menggunkannya.

    Pembujukan yang seterusnya adalah melibatkan unsur pemujukan melalui ilustrasi bergambar. Pemujukan sebegini amat mudah menarik perhatian orang terutamanya golongan wanita. Misalnya gambar-gambar dalam katalog seperti kosmetik, pakaian, aksesori barangan dapur, dsbg.

    Yg pasti setiap individu mempunyai tahap kesan pembujukan mengikut jenis kaedah memujuk yang tertentu. Walaubagaimanapun, kelima-lima kaedah yg disebutkan di atas ini selalunya digunakan dan diteliti oleh pembujuk sebelum melakukan pemujukan.

    BalasPadam
  65. Secara peribadi, memujuk seseorang bukan suatu kerja yang senang dan adakalanya kita akan berhadapan dengan sesetangah situasi yang sukar untuk diselesaikan pada masa itu juga. Pembujuk yang berjaya adalah pembujuk yang dapat menyeimbangkan diri sendiri terhadap aspek-aspek pembujukan dan peka terhadap semua perubahan persekitaran dan juga orang yang dipujuk. Cuba kita perhatikan ulasan saudara dan saudari dalam ruangan blog ini. Secara tak sedar kita sebenarnya terlibat sama dengan unsur-unsur pembujukan agar pembaca terus membaca karya/ulasan kita dan jika pembujukan anda berjaya, maka perbincangan sesuatu tajuk akan semakin rancak. Dalam aktiviti pembujukan, kita harus mengambil kira beberapa perkara termasuklah kaedah yang dijelaskan oleh Puan Ainah dan beberapa pengulas dalam perbincangan ini.

    Saya merupakan salah seorang masyarakat di luar sana yang selalu terperangkap dalam keadaan pembujukan. Namun, ada beberapa kaedah pembujuk yang mana telah terbukti berjaya mencairkan hati saya walaupun kebanyakkan pembujukan mereka tidak berjaya. Pembujukan pertama ialah pembujukan yang melibatkan emosi. Ada beberapa kempen yang telah membuatkan saya bermain dengan emosi sendiri. Antaranya kempen buang bayi, kempen selamatkan rakyat Palestin dan beberapa kempen yang lain. Pembujukan sebegini akan lebih berkesan sekiranya ia dapat menyelitkan mesej yang ‘empati’ dan dapat dirasai sepenuhnya.

    Pembujukan seterusnya dapat menarik perhatian saya ialah pembujukan yang dapat memberikan gambaran visi atau misi yang ingin saya capai dalam mencorak kehidupan keluarga saya. Saya lebih berminat dengan pembujukan yang melibatkan pelaburan jangka masa panjang iaitu seperti perancangan membeli rumah, cara menabung yang bijak dengan pembelian insurans dan pendidikan untuk anak-anak saya. Walau bagaimanapun, cara pembujuk haruslah betul dan tidak terlalu ‘memaksa’ saya dalam menentukan pilihan saya. Jika tidak, saya tidak akan melayan mereka.


    Ketiga, saya juga lebih berminat pada pembujuk yang bijak berkomunikasi. Berkomunikasi dengan bahasa yang mudah difahami, jelas dan tidak mencelarukan amat saya sukai. Keyakinan pembujuk juga haruslah tinggi dan dapat menangkis soalan-soalan yang akan saya utarakan. Jika mereka dapat meyakinkan saya dengan bukti-bukti yang ada mereka ada, tidak mustahil saya akan termakan dengan pujukan mereka.


    Cara pembujukan yang keempat ialah lebih kepada pembujukan yang lebih menjurus kepada bahan-bahan bacaan, buku-buku kanak-kanak dan sebagainya. Memandangkan saya suka mengumpul koleksi bahan-bahan bacaan dan buku kanak-kanak, maka 85% pembujuk akan berjaya memujuk saya untuk membeli keluaran mereka. Walau bagaimanapun, saya masih lagi mempunyai pertimbangan dalam memilih dan menentukan pilihan saya sebelum saya berjaya dipujuk kerana banyak faktor yang perlu dinilai sebelum melakukan pembelian.


    Kaedah terakhir ialah, saya juga sependapat dengan puan Ainah yang mengatakan bahawa pembujukan kebimbangan dan psikologi juga turut menjadi kaedah yang berjaya ke atas saya. Lebih-lebih lagi sekiranya pembujuk telah memberikan penjelasan tentang kesan jangka masa panjang yang berkaitan dengan kasihatan saya. Jika mereka dapat menyelesaikan persoalan-persoalan atau masalah kesihatan yang saya alami, maka sudah pasti saya akan tertarik dengan produk kesihatan pembujuk.

    Sekian, Terima kasih.

    BalasPadam
  66. YA2008-1470
    Asslammualaikum WBT..... & salam sejahterah

    1. Khidmat tawaran atau memberi sesuatu
    pembujukan ini pasti semua orang akan terpedaya termakan pujuk. contohnya seperti aktiviti jualan langsung. Dalam aktiviti ini ia banyak menggunakan teknik tawaran istimewa kepada seseorang supaya membeli barangan mereka dengan tawaran yang baik ataupun mendapat barangan percuma. Saya percaya bahawa kita amat suka setiap barang yang diberikan secara percuma dan akhirnya terbeli akibat teknik pembujukan berjaya.

    2. Pembujukan dari rakan sebaya
    ini adalah pembujukan yang paling berpengaruh dan memberi kesan mendalam kepada. Di dalam kehidupan kita kawan yang paling hampir dengan kita merupakan pengaruh yang kuat. contoh kawan memujuk kita untuk mengikuti sesuatu program yang kononnya boleh menjana ekonomi kita seperti MIRZA yang kini telah senyap dan bermacam-macam lagi.

    3. Pembujukan yang berupa nasihat
    Dimana apabila dipujuk dengan berunsurkan nasihat untuk memberi kesedaran adalah amat berkesan kepada saya. Contohnya sekiranya saya ingin melakukan Sesuatu perkara jahat, dan di berikan dengan kata-kata nasihat bahawa perbuatan tersebut adalah salah, maka saya akan mudah lembut hati dan meninggalkannya.

    4. Soal kehidupan seseorang atau sebuah keluarga,
    Perjalanan hidup sesebuah keluarga sukaduka keperitan hidup yang di alaminya dapat menyentuh perasaan dan menimbulkan keinsafan dan keperhatinan untuk membantunya.

    5. Pembujukan menggunakan kata-kata berhibur
    Hal ini dapat dilihatkan apabila saya dalam keadaan yang tidak baik ataupun marah, Seseorang boleh memujuk saya iaitu adik saya yang berumur 2 tahun ataupun kanak-kanak menggunakan setelah melihat telatah dan gayanya. Saya teringat kejadian 1 tahun lepas dimana kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motor dan lari tanpa berunding, saya menjadi marah sehinggalah tiba dirumah tetapi apabila melihat telatah adik saya yang berusia 1tahun setengah ketika itu saya menjadi sejuk dan tidak mahu mengingati kejadian dijalan raya tadi.

    5 perkara atau faktor yang boleh memberi kesan kepada saya dalam proses pembujukan.
    sekian...

    BalasPadam
  67. YA2008-1470
    assalammualaikum wbt.....

    1. Khidmat tawaran atau memberi sesuatu
    pembujukan ini pasti semua orang akan terpedaya termakan pujuk. contohnya seperti aktiviti jualan langsung. Dalam aktiviti ini ia banyak menggunakan teknik tawaran istimewa kepada seseorang supaya membeli barangan mereka dengan tawaran yang baik ataupun mendapat barangan percuma. Saya percaya bahawa kita amat suka setiap barang yang diberikan secara percuma dan akhirnya terbeli akibat teknik pembujukan berjaya.

    2. Pembujukan dari rakan sebaya
    ini adalah pembujukan yang paling berpengaruh dan memberi kesan mendalam kepada. Di dalam kehidupan kita kawan yang paling hampir dengan kita merupakan pengaruh yang kuat. contoh kawan memujuk kita untuk mengikuti sesuatu program yang kononnya boleh menjana ekonomi kita seperti MIRZA yang kini telah senyap dan bermacam-macam lagi.

    3. Pembujukan yang berupa nasihat
    Dimana apabila dipujuk dengan berunsurkan nasihat untuk memberi kesedaran adalah amat berkesan kepada saya. Contohnya sekiranya saya ingin melakukan Sesuatu perkara jahat, dan di berikan dengan kata-kata nasihat bahawa perbuatan tersebut adalah salah, maka saya akan mudah lembut hati dan meninggalkannya.

    4. Soal kehidupan seseorang atau sebuah keluarga,
    Perjalanan hidup sesebuah keluarga sukaduka keperitan hidup yang di alaminya dapat menyentuh perasaan dan menimbulkan keinsafan dan keperhatinan untuk membantunya.

    5. Pembujukan menggunakan kata-kata berhibur
    Hal ini dapat dilihatkan apabila saya dalam keadaan yang tidak baik ataupun marah, Seseorang boleh memujuk saya iaitu adik saya yang berumur 2 tahun ataupun kanak-kanak menggunakan setelah melihat telatah dan gayanya. Saya teringat kejadian 1 tahun lepas dimana kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motor dan lari tanpa berunding, saya menjadi marah sehinggalah tiba dirumah tetapi apabila melihat telatah adik saya yang berusia 1tahun setengah ketika itu saya menjadi sejuk dan tidak mahu mengingati kejadian dijalan raya tadi.

    5 perkara atau faktor yang boleh memberi kesan kepada saya dalam proses pembujukan.
    sekian...

    BalasPadam
  68. Bermacam-macam cara untuk menyampaikan pembujukan ke atas individu sasaran. Malah tugas membujuk seseorang bagi menuruti agenda kita tidak berlaku dalam sekelip mata. Hal ini kerana, bagi pihak yang dipujuk, mereka terpaksa menilai segala perkara yang kita sampaikan kepada mereka. Ia juga memerlukan mereka membuat perkiraan tentang untung rugi selepas tunduk (akur) kepada kehendak kita. Sebagai individu yang mempunyai kemahiran membujuk, keadaan ini sudah tentu menguji kesabaran dan tahap fleksibiliti kita dalam berunding. Antara kaedah yang lazim digunakan dalam pembujukan adalah seperti:

    Bermain dengan Emosi
    - menggunakan contoh dan situasi sebenar dalam ucapan. Dengan cara tersebut, kita dapat mencairkan hati para pendengar yang dipujuk.

    Teori psikologi turut menyatakan bahawa minda manusia sukar membezakan antara perlambangan yang wujud secara imaginasi dengan yang sebenar. Lebih-lebih lagi apabila gambar atau tayangan yang nampak nyata digunakan. Contohnya Chef Wan seorang tukang masak terkenal. Suri rumah seringkali teruja untuk mencuba resepinya ketika menonton rancangan masakannya dalam televisyen.

    Pengalaman saya, filem popular Hindustan Kuch-Kuch Hota Hai contohnya mampu menyebabkan para penonton dibanjiri air mata. Pasukan produksinya sangat hebat menggunakan adegan yang amat menyentuh emosi penonton.

    Memujuk dengan Umpan (hadiah)
    - Di Negara kita lihat sahaja bagaimana syarikat-syarikat telekomunikasi menaburkan umpan-umpan secara percuma. Cuba lihat semasa sesi promosi di kompleks-kompleks membeli belah atau pesta jualan. Belon, beg, kalendar, kameja-T dan lain-lain cenderamata diedarkan secara percuma. Sudah pasti syarikat itu ingin menyentap pelanggan selepas termakan umpan yang manis-manis belaka.

    Bertanya Sebagai kaedah Memujuk
    - Soalan terbuka biasanya tidak dapat dijawab secara langsung dengan cuma satu atau dua perkataan. Mulakan soalan terbuka dengan soalan terbuka dengan menggunakan perkataan bagaimana atau mengapa. Sebagai contoh: Tentu awak ingin tahu mengapa keluarga awak suka awak pilih bidang perubatan bukan?

    Apapun bentuk soalan yang digunakan untuk mempengaruhi sasaran, dengar dengan teliti kata-katanya. oleh itu, kita haruslah menjadi pendengar yang aktif. Selain mendengar setiap perkataan, kaji nada suara dan bahasa badan orang yang bercakap.

    Memujuk secara logikal
    - Penggunaan teknik ini memerlukan kita menjelaskan kepada sasaran tentang logik di sebalik permintaannya. Permintaan perlu disokong dengan dengan alasan yang logik dan benar walaupun terhadap kanak-kanak. Walaubagaimanapun, alasan yang dikira logik oleh satu pihak belum tentu logik di pihak yang lain.

    Memujuk Secara Koperatif
    - Taktik ini mempunyai sentuhan keinsanan. Ia membentuk pertautan istimewa dengan yang dipujuk. Pada hakikatnya usaha berunding dan memujuk bukan proses dalam bentuk gelung atau sehala. Ia tidak berpindah dengan mudah dari satu individu ke individu lain. Bahkan ia merupakan proses dalam bentuk gelung atau proses berbalik. Idea, cadangan atau keputusan yang dibuat menjadi lebih mantap apabila wujud campur tangan daripada orang lain.

    5 kaedah pembujukan ini adalah di antara beberapa kaedah yang sering digunapakai dalam proses pembujukan.

    BalasPadam
  69. Salam Damai..

    Definisi pembujukan ialah satu proses, cara, perbuatan membujuk (merayu)kepada seseorang individu ataupun masyarkat sekeliling, manakala membujuk ialah berusaha meyakinkan seseorang bahawa yg dikatakannya benar (untuk memikat hati, menipu, dsb;merayu).

    terdapat lima teknik/cara pembujukan dilakukan iaitu;
    1. Teknik Pembujukan Secara Pengiklanan

    Ahli psikologi mengatakan bahawa cara untuk mengkaji pengaruh pengiklanan terhadap tingkah laku pengguna ialah dengan menjalankan kaedah pemerhatian semula jadi. Pengkaji psikologi ingin mengetahui sejauhmana iklan mampu mempengaruhi tingkah laku dan mental pengguna semasa membeli. Pengkaji Jhon B Waston (1989) adalah tokoh yang mula-mula memberi perhatian kepada tingkah laku manusia. Walter Dill Scott (Scuhltz 1993) memfokuskan kepada cirri-ciri gaya dan imej daripada ciri-ciri kandungan dan fakta sesuatu baranngan sekiranya ingin mempengaruhi tingkah laku membeli pengguna. Kajian ini didapati benar apabila melihat situasi dimana tingkah laku membeli ibu bapa dipengaruhi oleh tingkah laku kanak-kanak yang telah dipengaruhi oleh iklan.

    Oleh yang demikian, teknik pembujukan pengkilanan merupakan satu kaedah membujuk yang efektif. Ia mampu mengubah keputusan dan prespektif psikologi pengguna.


    2. Balas Kebaikan dengan Kebaikan

    Teknik kedua ialah peraturan memberi dan menerima. Peraturan asas ini mencadangkan supaya kita membalas pemberian seseorang misalnya memberi senyuman, lambaian tangan, salaman tangan dan sebagainya. Contoh peraturan boleh diperhatikan di pasar raya yang biasanya terdapat sampel-sampel percuma yang diberikan kepada pelanggan. Misalnya umpan percuma dalam bentuk secawan kopi, kemudiannya terpanggil bagi membeli sekurang-kurangnya satu pek kecil kopi itu.

    3. Memujuk Secara Emosional

    Dalam teknik memujuk secara emosional, mesej yang dibawa semestinya mempunyai sifat lembut dan kesan emosi yang efektif. Aspek emosi manusia merupakan sifat yang sangat rapuh dan menjadi titik kelemahan individu. Bagi menggunakan taktik ini, perlu memahami idea atau mesej yang ingin disampaikan. Secara logik, kita sukar menuruti cadangan seseorang yang tidak kita sukai atau hormati, walaupun ideanya betul. Oleh yang demikian, haruslah membina rasa suka dan hormat seawal mungkin melalui pandangan pertama.

    4. Seni Memberikan Maklum Balas

    Apapun bentuk soalan yang digunakan untuk mempengaruhi seseorang individu, saya harus menjadi pendengar yang aktif. Selain mendengar setiap perkataan, saya juga mengkaji nada suara dan bahasa badan orang yang bercakap.

    5. Cari Persamaan yang Ada

    Teknik terakhir ialah mencari persamaan apa sahaja persamaan yang ada kerana dengan persamaan yang ada, seseorang akan lebih mudah menyukai orang lain. Daya penarik luaran seperti wajah yang manis juga memudahkan proses mempengaruhi sesorang. Selain itu, bermurah hati dalam memberikan pujian. Namun pujian itu tidak wajar dibuat dengan niat bagi mengampu.

    Berdasarkan perbincangan diatas, tugas membujuk bukanlah satu tugas yang mudah. Bagi menjadi seseorang yang mahir membujuk, harus terus belajar, ia harus dipraktikkan selalu agar teori tentang kemahiran membujuk dapat diaplikasikan dalam bidang kerja-kerja tertentu misalnya mempromosi barangan, pengkilanan, sesi komunikasi, dakwah dan sebagainya. Kesan penerimaan kepada sesorang individu mungkin disebabkan oleh sifat keterbukaan, sifat tamak dan kekurangan pengetahuan menakibatkan mereka terjabak dalam sesi pemujukan.

    Walau bagaimanapun, sesi pembujukan tidak akan diterima seratus peratus oleh pihak yang dipujuk, kerana mereka terpaksa menilai segala perkara yang kita sampaikan kepada mereka. Ia juga memerlukan mereka membuat perkiraan tentang untung rugi selepas tunduk kepada kehendak kita. Sebagai individu yang mempunyai kemahiran membujuk, keadaan ini sudah tentu menguji kesabaran dan tahap fleksibiliti kita dalam berunding.

    BalasPadam
  70. assalamulaikum dan salam 1malaysia

    En. syah dan semua rakan-rakan seperjuangan...

    makna dan maksud pembujukan ialah satu proses, cara, perbuatan membujuk (merayu)kepada seseorang individu ataupun masyarkat sekeliling, manakala membujuk ialah berusaha meyakinkan seseorang bahawa yg dikatakannya benar (untuk memikat hati, menipu, dsb;merayu) untuk sesuatu perkara. (kempen).


    terdapat lima teknik/cara pembujukan dilakukan iaitu;
    1. Teknik Pembujukan Secara Pengiklanan
    teknik ini boleh digunakan dalam pembujukan seseorang dalam proses jualan sesuatu produk atau sesuatu perkhidmatan kepada orang ramai.


    2. Balas Kebaikan dengan Kebaikan
    dalam teknik ini selalunya melibatkan dalam proses jualan langsung. jika si pembujuk berjaya memberikan perkhidmatn yang baik ia dapat memapengaruhi audien untuk membuat sesuatu keputusan.

    3. Memujuk Secara Emosional
    dalam teknik ini, si pembujuk menggunakan aspek emosi dalam proses pembujukan dan melibatkan diri dalam diri khalayak. contohnya dalam penjualan produk pelangsingan si pembujuk juga menyatakan dia pun dulu menggunakan produk ini. dan hasil nya lihatlah sekarang saya telah menguruskan badan dalam tempoh 2 bulan sahaja.

    4. Seni Memberikan Maklum Balas
    dalam proses ini, si pembujuk cuba memberikan perhatian dalam mendengar apa-apa jua tidakbalas dari audien yang di bujuk.

    5. Cari Persamaan yang Ada
    dalam proses ini, si pembujuk cuba memberi keyakinan kepada audien bahawa dia juga terlibat dan mempunayai ciri-ciri yang sama dengan audien tentang sesuatu perkara.

    BalasPadam
  71. To persuade people is about changing their beliefs and attitudes.

    1)introducing a campaign via a media channel in an attractive presentation manner.
    2)to attract the attention of the target audience by repeating the exposure.
    3)when the audience comprehend the message, they would give positive feedback
    4) audience starts to believe the message when they have accepted it
    5)when they believe and accept, they would retain

    BalasPadam
  72. Kaedah pembujukan dan kesan pembujukan sememangnya saling berkaitan antara satu sama lain. Ini kerana kaedah pembujukan yang digunakan akan mempengaruhi dan berkemungkinan besar untuk menjadi penentu kepada kesan pembujukan yang akan terhasil. 5 kaedah pembujukan yang memberi kesan kepada saya ialah:
    1) Gmabar atau ilustrasi yang menarik. Saya mudah terbujuk melalui kaedah ini kerana saya minat dengan gambar2 yang menarik dan cantik. Misalnya, gambar ilustrasi kek yang dijual sangat menarik akan membuat saya terbujuk untuk membeli.
    2) Kata-kata yang lembut dan bermakna. Kata-kata yg lembut dan bermakna juga mampu menbujuk saya kerana cara ini mampu mengubah perasaan saya terhadap sesuatu.
    3) Pemberian hadiah. Pemberian juga mampu membujuk saya kerana hadiah yang diberi terutamanya hadiah yang saya sukai turut mampu mengubah emosi saya terhadap sesuatu.
    4)Menawarkan aktiviti yang digemari. Cara ini juga mampu memberi kesan kepada saya. Misalnya, katakanlah kakak saya ingin saya menemaninya bercuti ke Pulau Manukan pada hujung minggu tetapi saya tidak berminat kemudian dia menawarkan akan menyewa peralatan snorkeling untuk saya, keputusan saya boleh berubah kerana dia menawarkan aktiviti yang saya minati.
    5) Pembujukan melalui media. Pembujukan melalui media juga memberi impak kepada saya. Misalnya, televisyen. Paparan visual dan digabungkan dengan audio untuk membujuk saya tentang pengiklanan sesuatu produk juga akan dapat membujuk saya kerana ianya menarik.

    BalasPadam