Pages

Khamis, 12 Ogos 2010

[AK21503] Kuliah 5

Merancang adalah satu tindakan yang penrlu dilakukan sebelum melaksanakan satu-satu perkara. Perancangan pelan kempen merangkumi usaha mengenalpasti jenis/bentuk aktiviti yang sesuai untuk disikan dalam jangkawaktu kempen, sumber manusia, sumber kewangan, logistik dan kepatuhan terhadap perundangan. Aspek pelaksanaan pula adalah sebahagian daripada proses merancang di mana ia perlu mengambilkiran setiap item yang disenaraikan dalam perancangan pelan kempen itu sendiri.

Fikirkan...Kempen ‘kebersihan’ lazimnya dilaksanakan di persekitaran yang kotor, tidak terurus dari segi pembuangan sisa kumbahan, kawasan berpotensi menjadi pusat wabak penyakit seperti kolera dan denggi malah juga di lokaliti yang didiami masyarakat yang dianggap tidak berpengetahuan serta mengabaikan aspek kebersihan. Kemukakan rancangan kempen anda untuk membantu satu-satu kawasan menjalankan kempen kebersihan yang sesuai dengan keperluan kawasan berkenaan terutama dari segi demografi penduduk, jenis kekotoran dan bentuk tindakan yang anda fikirkan dapat mengubah sikap penduduk di kawasan berkenaan terhadap aspek kebersihan.

63 ulasan:

  1. Salam, antara idea yang saya boleh kongsi bagi perancangan yang melibatkan kebersihan persekitaran ialah pertama, masyarakat perlu diberi kesedaran melalui pendidikan khususnya melalui sekolah dan forum atau ceramah mengenai kepentingan menjaga kebersihan di balai raya sekitar kawasan tersebut. Ini untuk memastikan penduduk mendapat input yang berguna seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian, sudah tentu penduduk kawasan tersebut akan lebih berhati-hati dan mengambil berat akan kesihatan mereka apabila mengetahui akan masalah iaitu penyakit dan jangkitan yang akan berlaku selepas memperoleh pengetahuan akan bahaya persekitaran yang kotor.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera..saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Norizan. Selain pendidikan di sekolah, forum atau ceramah,perlaksanaan hukuman yang berat seperti hukuman penjara dalam jangka masa yang lama juga dapat mengubah sikap penduduk di sesuatu kawasan tersebut. Ini kerana, hukuman yang berat tersebut membuatkan mereka berazam untuk mengubah sikap mereka. Di samping itu, pertandingan "kawasan rumah terbersih" juga boleh diadakan di sesuatu kawasan perumahan. Pemenang yang memenangi pertandingan ini akan diberi hadiah berupa wang ringgit dan hamper. Hal ini dapat menarik minat penduduk di sesuatu kawasan tersebut agar menjaga kebersihan.

    BalasPadam
  3. Salam 1 malaysia. Saya amat bersetuju dengan rancangan yang dikemukakan oleh cik norizan . Pada pendapat saya perkara tersebut amat relevan untuk dilaksanakan bagi mendidik masyarakat sekarang untuk menjaga kebersihan. Di samping itu, rancangan kempen yang saya rasakan dapat mengubah sikap penduduk ialah kita perlu memupuk keinsafan dalam diri melalui keagamaan. Setiap agama menggalakkan umatnya untuk menjaga kebersihan dari semua aspek. Selain itu, untuk mengatasi masalah kebersihan yang berlaku di kawasan perumahan, kita seharusnya mengadakan hari bersama penduduk untuk memberi kaunseling dan mengadakan aktiviti bergotong-royong setiap minggu untuk mengajak penduduk membersihkan kawasan tempat tinggal. Bagi para pelajar sekolah pula, para pengajar bertanggungjawab untuk mengajar pelajar sekolah tentang kebersihan. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak mereka dirumah dalam membantu menyelesaikan masalah kebersihan. Syarikat yang menjalankan kegiatan kebersihan juga harus dipantau kerana tempat pelupusan sampah mereka juga kadang-kala menjadi punca masalah kebersihan wujud. Terdapat rungutan yang dikemukakan oleh penduduk setempat kerana tempat pelupusan sampah yang tidak terurus yang membawa pelbagai kesan negatif kepada mereka.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..
    pada pandangan saya, jika ingin mengubah perilaku atau tabiat masyarakat di suatu tempat, pelan yang rapi perlu ada dan saya amat bersetuju dengan pensyarah yang menyatakan ia perlu bermula dengan pendidikan. Contohnya untuk kempen kebersihan, ceramah-ceramah kebersihan dan kesihatan perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang pentingnya persekitaran yang bersih terhadap kesihatan mereka. Dengan cara ini, masyarakat akan lebih peka. Selepas itu, barulah aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran dijalankan. Diakhirnya nanti peringatan perlu dilakukan semula bagi mengingatkan masyarakat tentang pentingnya alam persekitaran yang bersih.

    BalasPadam
  5. salam. ya, saya juga amat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan sekalian. sekolah lah tempat dimana kita dididik dan diberi penekanan tentang isu-isu sebegini. saya merasakan melalui pendidikan d sekolah, masyarakat pelapis akan lebih peka terhadap kebersihan. terdapat sekolah yang sudah dan sering melakukan aktiviti seperti ceramah mengenai kebersihan dan kempen kebersihan di sekolah. hal ini akan mendedahkan lagi pelajar tentang perlunya menjaga kebersihan.
    jika kawasan di kampung-kampung pula, ketua kampung dan pihak yang terlibat haruslah bersama2 untuk mengadakan gotong royong seminggu sekali ataupun sekurang-kurangnya sekali sebulan. mereka juga boleh melakukan pertandingan kebersihan dengan memberikan hadiah yang menarik. hal ini sedikit sebanyak akan dapt mengubah sikap penduduk terhadap kebersihan.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Norizan dan Mariani. Bagi saya, masyarakat yang dianggap tidak berpengetahuan dan mengabaikan aspek kebersihan perlu diberi pendedahan melalui pendidikan. Pendidikan yang saya maksudkan adalah seperti ceramah yang menekankan tentang pentingnya menjaga kebersihan dan di samping itu ditunjukkan atau diberitahu juga akan akibat yang mereka hadapi sekiranya tidak menjaga kebersihan. Saya juga bersetuju dengan idea Syukri iaitu mengadakan pertandingan kebersihan kerana alternatif seperti ini sedikit sebanyak mendorong masyarakat dan sekaligus menyedarkan mereka betapa pentingnya menjaga kebersihan.

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Saya amat kagum dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan saudara dan saudari mengenai kempen kebersihan ini. Secara khusus, saya amat bersetuju dengan cadangan Scholar yang mengaitkan kebersihan dengan kesihatan. Ini kerana, kesihatan seseorang individu bukan sahaja berkait rapat dengan cara pemakanan malah juga kebersihan diri serta persekitaran. Dalam merancang sesebuah kempen kebersihan terutama di kawasan yang mempunyai penduduk yang kurang berpengetahuan tentang kepentingan kebersihan persekitaran, elemen kesihatan perlu diselitkan. Ini penting bagi memperlihatkan kepada penduduk berkenaan tentang kesan yang akan dihadapi mereka jika mengabaikan aspek kebersihan. Sebagai contoh, wabak denggi yang berpunca daripada pembiakan nyamuk Aedes di kawasan-kawasan semak, takungan air dan sebagainya. Penduduk mungkin tidak melihat keperluan untuk membersihkan kawasan-kawasan pembiakan nyamuk tersebut kerana tidak mengetahui kesannya terhadap kesihatan mereka. Oleh itu, kempen yang dirancang perlu memberi kesan langsung kepada sasaran iaitu kesan terhadap kesihatan mereka. Pendekatan terbaik yang boleh digunakan adalah menerusi ceramah dan pameran yang mengaitkan aspek kebersihan dengan kesihatan masyarakat.

    BalasPadam
  8. Sememangnya semua cadangan rakan-rakan adalah tepat dan benar. Namun, kadang-kadang saya terfikir mengapa kempen kebersihan ini terlalu sukar untuk berjaya. Adakah memang sikap masyarakat di Malaysia tidak mementingkan kebersihan seperti di negara-negara jiran yang terkenal seperti Jepun dan Singapore.??

    Bagi saya untuk menjayakan sebuah kempen bukanlah susah, namun cabaran yang utama ialah mampukah kempen tersebut memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya kebersihan. Saya bersetuju juga dengan pendapat bahawa pendidikan awal mengenai kebersihan di sekolah memang penting dalam menjamin kebersihan dan kesejahteraan bersama. Sepanjang hidup saya, kaedah yang pernah digunakan dalam sesetengah organisasi adalah seperti pengagihan risalah tentang pentingnya kebersihan dan kesan kepada diri sendiri serta masyarakat. Selain itu, pihak yang membuat kempen perlu menitikberatkan atau mengutamakan tindakan undang-undang atau hukuman kepada setiap rumah yang tidak menjaga kebersihan. Bagi sesetengah kawasan yang berdekatang dengan kilang-kileng pula, pihak masyarakat sudah pun berani untuk mengadu sekiranya kilang tersebut tidak menjaga kebersihan persekitaran mereka. Masyarakat di setiap kawasan berbeza bangsa, agama dan kepercayaan sendiri, namun begitu, dalam kehidupan bermasyarakat, semua pihak perlu berganding bahu untuk menjaga kebersihan kawasan mereka. Selain itu, e-eduan berkenaan sesiapa yang tidak menjaga kebersihan boleh diadukan kepada pihak yang berkenaan agar pendapat pengajaran. Hal ini penting kerana kebersihan dikaitkan dengan keharmonian dan kesihatan. Sebagai contoh, sungai yang kotor di Sabah adalah di Sungai Sembulan memaparkan kehidupan yang kotor masyarakat di situ. Hal ini bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat, malah juga kepada persekitaran apatah lagi merosakkan pemandangan di Sabah,walhal semua tahu bahawa Sabah adalah tempat yang menarik untuk dijadikan tempat pelancongan.

    BalasPadam
  9. saya juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakan mengenai pendidikan awal di sekolah mahupun dirumah mengenai kebersihan. ibu bapa, guru,dan masyarakat sekeliling saling menunjukkan contoh yang baik dengan membuangsampah di tempat yang sepatutnya bagi menjaga kebersihan kawasan sekitar. mengubah tabiat seseorang amatlah sukar. kita harus merancang sesuatu kempen dengan baik agar dapat membujuk seseorang itu agar menjaga kebersihan kawasan sekitar. saya amat bersetuju dengan pendapat saudara scholar mengenai kempen kebersihan yang boleh dijalankan. sesuatu kawasan yang kotor boleh mengakibatkan pelbagai penyakit timbul.apabila di nyatakan mengenai penyakit, semasa melaksanakn kempen kita dedahkan kepada masyarakat dengan mengadakan ceramah daripada kerajaan yang bertanggung jawab iaitu kementerian kesihatan dengan menunjukkan penyakit-penyakit yang boleh wujud akibat sikap mereka yang mengakibatkan di kawasan sekitar kotor atas sikap mereka yang tidak mementingkan kebersihan.

    BalasPadam
  10. salam......manusia sejak azali mendapat pengetahuan dengan cra didikan.daripada didikan akan menjadikan seseorang itu terasuh dengan cara didikan tersebut.sama la dengan apa2 jua kempen.titik tolak sesuatu perlaksaan kempen bermula dari penyebaran maklumat tidak kira lah media elektronik mahupun media cetak.org yang tiada ilmu adalah org yang tidak terdidik.ilmu akan berkembang jika ianya dipraktikkan.masyarakat akan mengitahui sasuatu perkara melalui wadah2 tertentu yang mana kadang kala kita sebagai pihak yang ingin melaksanakan sesuatu kempen yang memulakan dahulu perlaksanaanya.wajar juga kita menyedarkan mereka peri pentingnya menjaga kebersihan.jika rumah bersih hidup pun ceria, kwasan bersih hidup kita sihat, negara bersih maka boleh jauhi wabak penyakit yang kita tidak ingini.negara sihat rakyaknya sejahtera.....huhuh

    BalasPadam
  11. Salam sejahtera kalian..Saya bersetuju bahawa golongan ibu bapa, pendidik mahupun masyarakat yang berilmu berperanan memberikan tunjuk ajar kepada golongan pelapis tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Namun tunjuk ajar yang dimaksudkan bukan sekadar dalam bentuk teori tetapi juga harus dalam bentuk praktikal . Saya berkata demikian kerana masih ramai golongan ibu bapa mahupun pendidik tidak menunjukkan teladan yang wajar. Segala perbuatan yang positif daripada golongan berilmu sememangnya diteladani oleh muda-mudi kita ; sekiranya perbuatan negatif saling diamalkan oleh golongan berilmu malah situasi tersebut turut akan menjejas perbuatan golongan pelapis pada masa akan datang. Segala nilai keagamaan, moral + kesedaran diri bagi setiap individu amatlah mustahak untuk menjayakan objektif memelihara alam sekitar yang bersih. Tanpa kesedaran diri, maka sebarang kempen yang diusahakan oleh mana-mana pihak bakal disia-siakan.

    BalasPadam
  12. sebagai pelengkap bagi menjayakan sebarang kempen kebersihan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap setiap lapisan golongan masyarakat seperti yang diamalkan di negara jiran (Singapura).
    Saya amat kagum terhadap pihak berkuasa negara tersebut apabila mengetahui bahawa pelaku kesalahan minor seperti pembuangan puntung rokok, tisu mahupun gula getah dikenakan saman sejumlah $500(SD).
    Manakala di Amerika Syarikat pula, mereka yang didapati melakukan kesalahan bakal menjalani kerja amal dalam suatu tempoh yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa sebagai proses pengampunan.
    Bagi pendapat saya, adalah baik sekiranya negara kita dapat meneladan sistem-sistem dari negara luar dan mengetatkan lagi undang-undang bagi memastikan Negara Malaysia bebas daripada sampah dalam masa yang terdekat.

    BalasPadam
  13. salam ramahdan buat semua menggenai kempen kebersihan ini sudah agak lama disiarkan mana-mana media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik tetapi amat mendukacitakan mengapa usaha untuk menjayakan kempen ini tidak mendapat sambutan oleh pihak sasaran?siapakah harus dipersalahkan dalam hal ini?seperti yang kita tahu masyarakat negara kita pada hari ini mejoritinya bijaksna mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan boleh dukatakan sudah bijak melaksanakan satu-satu perkara pendek kata masyarakat alaf baru.Namun demikian,amat mengecewakan nilai moraliti seperti menjaga kebersihan alam sekitar amnya yang dipromosikan melalui kempen-kempen tidak mendapt perhatian dihati segelintir masyarakat kita pada hari ini.Tidak berpanjang jelah disini saya ingin berkongsi pandangan dengan rakan-rakan sekalian adalah perluh untuk mewujudkan matapelajaran yang meniti beratkan soal kebersihan alam sekitar dan kesan buruk akibat tidak menjaga alam sekitar dalam jangka masa yang panjang.Selain itu,pelabai pihak haruslah bekerjasama dalm menggembleng masalah kebersihan alam sekitar dengan memperbanyakkan aktiviti-aktivit yang sihat seperti gotonn-royong dihujung minggu melibatkan semua masyarakat tanpa mengira agama ,bangsa dan budaya.

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan, buat rakan2 semua. Untuk persoalan yang dinyatakan oleh Nurliza, saya pun berfikiran dan berperasaan sama juga mengenai masalah kebersihan yang berlaku di negara kita. Kenapa, kenapa, kenapa? Pada pendapat saya, undang-undang atau peraturan telah ada tetapi pihak berwajib jarang atau tidak melaksanakan, akibatnya masalah ini terus berlanjutan, seterusnya pihak media akan campur tangan dan perlahan-lahan baru nampak perubahan. Apapun masalah ini harus ditanggani dengan kerjasama oleh semua pihak. Tidak memadai jika hanya pihak kerajaan sahaja yang bertungkus-lumus dalam menjayakan kempen kebersihan jika tiada pihak lain yang menyokong dan bekerjasama untuk menanggani masalah ini. Wassalammualaikum wbt.

    BalasPadam
  15. Salam sejahtera semua..:) Sememangnya merancang pelaksanaan sesebuah kempen adalah perlu untuk memastikan kempen tersebut berjaya. Tanpa perancangan yang bijak kempen yang akan dilaksanaan berkemungkinan akan gagal. Tidak dinafikan, kebanyakan kempen kebersihan yang dilaksanakan di negara kita mengalami kegagalan akibat perancangan yang tidak sistematik. Di sini saya ingin mengambil Sungai Likas Kota Kinabalu, Sabah sebagai contoh. Sungai ini merupakan sumber rezeki bagi nelayan di kampung yang berdekatan ataupun bersebelahan dengan sungai tersebut. Namun pencemaran yang berlaku bertahu-tahun lamanya menyebabkan kualiti sungai tersebut menurun. Tambahan pula, penduduk-penduduk di sepanjang sungai Likas bergantung kepada sungai tersebut untuk mendapatkan sumber protein. Pada pendapat saya, rancangan kempen yang saya ingin saya kemukakan ialah mengadakan gotong-royong bersama-sama penduduk kampung di sepanjang sungai tersebut. Dengan itu, sampah sarap dapat dihapuskan. Saya percaya, sungai tersebut akan dapat dibersihkan dengan jumlah penduduk yang ramai. Kedua, mengadakan ceramah kesedaran kepada penduduk-penduduk yang berdekatan dengan sungai tersebut. Antara mesej yang perlu disampaikan adalah sebab mengapa kita perlu menjaga kebersihan dan jelaskan bahawa persekitaran atapun sungai yang kotor boleh menyebabkab pelbagai penyakit yang merbahaya. Lebih-lebih lagi sumber protein mereka perolehi daripada sungai yang tercemar tersebut. Sekiranya sungai tersebut tercemar maka penduduk tidak dapat mencari rezeki di sungai tersebut. Penglibatan gotong royong pula melibatkan golongan belia dan juga dewasa. Bagi wanita, mereka boleh membantu menyediakan makanan dan minuman bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong. Kempen ini harus diberi kerjasama oleh pelbagai pihak misalnya pihak kerajaan NGO, badan-badan swasta, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan lain yang prihatin. Penceramah yang dijemput hendaklah merupakan orang yang pakar berkenaan penyakit serta alam sekitar. Misalnya penceramah dari pihak hospital dan dari Jabatan Alam Sekitar. Kempen juga boleh menggunakan slogan seperti 'Kami Bersih, Kami Sihat, Kami Ceria' misalnya. Selain itu, tong sampah harus diberikan secara percuma selain daripada perkhidmatan lori sampah ataupun tempat perlupusan sampah yang khas disediakan serta kemudahan awam yang lain yang berkaitan. Walau bagaimanapun kerjasama masyarakat dalam menjayakan kempen hendaklah berterusan dan bukannya bermusim. Birokrasi juga hendaklah memantau dengan giat, setiap bulan misalnya kawasan tersebut. Bagi kawasan yang masih kotor, pendudukan yang berhampiran hendaklah dikenakan denda. Tugas ini akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua kampung......

    BalasPadam
  16. assalamualaikum dan salam sejahtera..berdasarkan ulasan yang diutarakan oleh rakan-rakan sememangnya wajar tentang menanamkan kesedaran diperingkat awal pendidikan terhadap kanak-kanak, namun bukan kah?diperingkat awal kanak-kanak amat sukar untuk dipraktikkan..kerana mereka masih kecil dan tidak memahami tentang soal kebersihan,walau mereka dididik sekali pun mereka akan membuang sampah semasa mereka bersendirian dan tanpa pengawasan orang dewasa.Selain itu, persoalan yang menyatakan tentang mengapa kempen kebersihan tidak menyuntik kesedaran masyarakat,walaupun mereka berhadapan dengan masalah kebersihan?? sememangnya sebelum melaksanakan sesuatu kempen kita perlu menyelidiki latar belakang atau demografi penduduk di kawasan tersebut.Kawasan yang kotor misalnya, mereka terus membiarkan kawasan mereka dipenuhi sampah sarap, oleh itu,rancangan kempen yang dilakukan oleh pihak penganjur kempen yang ramai adalah dengan melakukan pemantauan dan sekali gus bermalam dikawasan tersebut bersama-sama dengan golongan penceramah sama ada penceramah motivasi dan agama yang terkenal, penceramah perunding kesihatan serta para selebriti seperti pelakon dan penyanyi. Bagi pendapat saya kombinasi mereka yang disenaraikan tadi akan dapat menjayakan kerjasama bagi memupuk kesedaran kerana dengan penglibatan mereka yang ramai akan menyebabkan kesan kognitif atau kesan pemikiran penduduk terhadap keprihatinan orang luar berbanding dengan mereka?serta kemungkinan wujudnya kesedaran tentang mereka sendiri yang perlu menjaga tempat mereka tanpa bantuan orang lain. Dalam rancangan ini juga pihak penganjur bersama jemputan akan turut serta membersihkan kawasan tersebut dengan peralatan yang lengkap bagi menyatukan ikatan silaturrahim sesama penduduk setempat. Walaupun rancangan ini nampaknya melibatkan ramai pihak tetapi ia adalah bersesuaian bagi memeriahkan suasana kerana disamping ceramah-ceramah kesedaran ia juga diselitkan dengan hiburan-hiburan oleh selebriti bagi memberikan kegembiraan terhadap penduduk.Sekian…

    BalasPadam
  17. Selamat sejahtera, saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan saya di atas.
    Kebanyakan rakan-rakan saya telah mengatakan bahawa pemberian hadiah merupakan salah satu cara pembujukan yang boleh memberi kesan kepada kita. Cara ini juga berkesan kepada saya. Hal ini disebabkan saya mungkin akan tertarik dengan hadiah yang diberi dengan pembelian sesuatu produk. Sebagai contohnya, dengan membeli sebanyak produk tersebut di kedai itu, kau akan mendapat hadiah misteri atau hadiah yang sama dengan produk itu.
    Cara pembujukan yang seterusnya yang boleh memberi kesan kepada saya ialah melalui media seperti filem, drama dan sebagainya. Misalnya, apabila saya menonton drama korea yang menyiarkan bahawa watak perempuan itu telah menghidapi penyakit kanser dan saya juga akan berasa kasihan terhadap perempuan itu serta tanya diri sendiri kenapa orang yang baik hati selalu akan mendapat balasan yang buruk…walaupun semua ini bukan realiti, tetapi pemikiran saya juga akan terpengaruh.
    Cara yang seterusnya yang dikemukan oleh saudari Bee, iaitu menjadi pendengar yang setia. Saya juga setuju dengan saudari Bee. Hal ini disebabkan cara ini juga memberi kesan kepada saya. Sebagai contohnya, apabila saya berasa tekanan dalam pelajaran, saya akan menelefon kawan saya dan memberitahunya segala masalah saya, dan dia juga akan dengar saja, selepas itu dia akan memberitahu saya bahawa semua masalah akan selesainya jika saya berusaha menghadapi masalah tersebut. Cara ini adalah memberi kiesan yang lebih dalam kepadsa saya.
    Perasaan simpati juga salah satu cara pembujukan telah memberi kesan kepada saya. Saya telah nampak dengan mata saya sendiri dan perasaan saya juga tersentuh apabila melihat orang yang kurang berupaya telah berusaha menjual barangan buatan mereka supaya dapat wang yang cukup untuk mereka menjalani kehidupan. Hal ini telah memberitahu saya bahawa betapa susah kehidupan kita, kita tetap perlu berusaha untuk menjalankan kehidupan kita.
    Cara pemujukan yang terakhir ialah penggunaan bahasa yang sedap didengar. Hal ini disebabkan semua orang suka mendengar bahasa manis seperti ‘kau sangat cantik’, ‘produk ini sangat sesuai dengan kau’ dan sebagainya. Dengan pengalaman saya, kata-kata manisan itu telah membujuk saya membeli produk mereka, kalau saya tidak membeli produknya, saya akan berasa serba salah terhadap promoter tersebut. Oleh itu, saya pun beli dengannya.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

    Kempen kebersihan bukanlah satu kempen yang baru bagi kita semua. Saya percaya kita semua tahu tentang kempen kebersihan namun, seperti yang cuba dipersoalkan oleh saudara saudari, mengapakah kempen kebersihan ini masih belum mencapai tahap yang baik dari dari sudut fungsinya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat atau rakyat Malaysia? Saya juga ingin mempersoalkan perkara yang sama.

    Kempen kebersihan yang disebarkan kepada masyarakat seumpama mencurah air ke daun keladi. Sikap masyarakat yang suka membuang sampah merata-rata bagi saya itu bukan lah cerita baru. Saya barpendapat situasi ini berlaku di mana-mana sahaja. Hal ini mungkin berpunca daripada kegagalan pihak dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. Tidak hanya itu, tahap kesedaran rakyat juga belum berada pada tahap yang patut dibanggakan sungguhpun banyak wang telah dibelanjakan untuk melaksanakan kempen-kempen kebersihan.

    Sebagai contoh, Kempen Kitar Semula. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan semula kempen kitar semula fasa kedua dan pada 11 November, setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. namun, kempen ini kurang berkesan kerana setelah hampir tujuh tahun fasa kedua kempen dilancarkan, hasilnya tidak begitu memuaskan. Hal ini kerana peratus perolehan semula bahan kitar masih rendah, jauh daripada angka yang disasarkan. Masih banyak tong kitar semula yang disediakan belum berfungsi secara sepenuhnya dan masyarakat pula kelihatan masih belum terdidik sepenuhnya betapa kitar semula dapat menyumbang kepada pemeliharaan sumber semula jadi serta menjamin alam sekitar yang bersih dan selamat untuk dihuni.

    Berbalik kepada persoalan E.Syah, saya merasakan dengan penduduk Malaysia yang semakin ramai iaitu seramai 25,715,819 orang, dan jumlah ini ialah yang ke 46 tertinggi di dunia (yang didaftarkan), seharusnya kebersihan tidak mendatangkan masalah kesihatan jika setiap rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing dan tidak mementingkan diri dengan mengharapkan pihak kerajan sahaja yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah kebersihan yang wujud.

    Saya bersetuju dangan pendapat rakan-rakan sekalian bahawa pentingnya dalam memberi pendidikan tentang kepentingan menjaga kebersihan. Bagi saya pendidikan kesedaran harus bermula pada peringkat umur yang muda lagi. Penerapan kepentingan menjaga kebersihan dalam sistem pembelajaran di sekolah sememangnya satu cadangan yang baik. namun tidak harus dilupakan, ibu bapa juga harus disedarkan tentang pentingnya mendidik anak-anak untuk sentiasa menjaga kebersihan semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, pendidikan dirumah tidak harus diabaikan. Namun pendidikan sahaja tidak berguna jika ia tidak menjadi amalan hidup.

    BalasPadam
  19. Sambungan...

    Bagi saya untuk mengatasi maslah ini, semua pihak harus berganding bahu. Sebagai contoh, kempen berkenaan Kempen Anti Kutu Sampah secara besar-besaran yang dilancarkan Dewan Bandaraya Kota Kina- balu (DBKK) beberapa. Hampir 20 buah premis termasuk pejabat, kampung, sekolah, bank, kompleks membeli belah dan institut pengajian tinggi telah diisytiharkan sebagai ‘Tanpa Sampah’, di sekitar bandaraya. Kini kempen ini masih diteruskan dan sasaran utama pada tahun 2010 ini ialah mewujudkan sehingga 30 premis ‘Tanpah Sampah’. Setiap hari Isnin, sebanyak 28 buah pasaraya yang menyertai kempen ini termasuk Milimewa, Giant dan Servay tidak akan memberikan beg plastik kepada para pelanggan sebaliknya para pelanggan digalakkan membawa beg sendiri. Sekiranya pelanggan mahu menggunakan beg plastik, mereka terpaksa membayar 20 sen setiap beg plastik dan duit yang dikumpul itu akan dimasukkan dalam tabung projek alam sekitar EAC.

    Dalam kempen ini, pihak DBKK akan menjalankan pemantauan berkala terhadap premis-premis yang telah diisytiharkan ‘tanpa sampah’ bagi mengekalkan kebersihan di kawasan itu. Bagi saya, kempen ini tidak hanya memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran semata-mata, namun beberapa aktiviti telah dilaksanakan secara praktikal. Saya merasakan pelaksanaan kempen ini sangat baik kerana ia tidak hanya berkonsepkan pengetahuan sahaja tetapi melibatkan perbuatan yang saya rasakan mampu membawa perubahan dalam sikap masyarakat dalam aspek menjaga kebersihan dan seterusnya mampu menjadi amalan seharian masyarakat. Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  20. Salam sejahtera. Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari Aliza Ali berkaitan dengan menyelitkan aspek kebersihan dengan kesihatan. Hal ini kerana, jika kita dengar isu-isu kesihatan atau penyakit yang berlaku sekarang, kebanyakannya berpunca daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih.Salah satu contoh penyakit ialah demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes.

    Jika kita lihat artikel di atas,ia merujuk kepada kawasan yang didiami oleh penduduk yang kurang berpengetahuan.Jadi bagi saya, kawasan tersebut adalah kawasan perkampungan ataupun pedalaman yang tidak terdedah kepada aspek kepentingan menjaga kebersihan.

    berbalik kepada persoalan utama berkaitan dengan perancangan kempen kebersihan yang sesuai di kawasan yang disebutkan di atas, pertama sekali, kita boleh memberi kesedaran kepada penduduk yang tinggal di kawasan tersebut melalui ceramah yang mana pihak pelaksana harus berurusan dengan penghulu atau ketua kampung untuk meminta kerjasama daripada semua penduduk kampung berkenaan pelaksanaan kempen tersebut.Ceramah yang yang diberikan harus mengandungi kesan-kesan serta kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dalam kehidupan. Selain itu, poster-poster yang mempunyai gambar-gambar penyakit kesan daripada persekitaran yang tidak bersih juga boleh diberikan kepada penduduk kampung.Saya percaya bahawa cara ini boleh membantu memberi kesedaran di kalangan penduduk kampung.

    Perlu juga kita tahu bahawa penduduk yang tidak mempunyai pengetahuan mempunyai dua kemungkinan yang mana mereka agak senang disedarkan ataupun susah disedarkan kerana mereka sdh terbiasa dengan cara hidup mereka yang tidak kesah dengan keadaan persekitaran yang tidak bersih.

    Dalam keadaan seperti ini, kita tidak boleh dengan terus menggunakan cara yang mendesak seperti memberikan denda jika mereka tidak menjaga kebersihan seperti membuang sampah di kawasan kampung atupun membiarkan sampah berlonggok di kawasan kediaman mereka.Ini mungkin akan menimbulkan ketidakpuashatian penduduk. Jadi, mungkin adalah lebih sesuai jika kita beri mereka kesedaran dahulu seperti beri ceramah dan jika mereka masih tidak menjaga kebersihan, mungkin kita blh menggunakan kaedah lain seprti denda.

    Pelaksanaan kempen juga mungkin adalah lebih sesuai jika ia disertai dengan gotong royong membersihkan kawasan yang tidak bersih bersama-sama dengan orang penduduk kampung. Ini akan lagi memperlihatkan kesungguhan pelaksana kempen dalam melaksanakan kempen dan bukan hanya sebagai pengarah atau pelaksana yang hanya akan mengarah kerana mungkin sebahagian dr penduduk mungkin tidak suka diarah-arah. Hal ini menyebabkan keberkesanan kempen adlh kurang kerana mungkin terdapat penduduk yang akan memberontak.

    Untuk yang terakhir, pelaksana kempen mungkin boleh memberikan cenderahati kepada penduduk kampung bagi menghargai mereka.Ini akan menyebabkan penduduk rasa dihargai dan sy percaya ini akan membantu dalam keberkesanan kempen.tq..

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum rakan-rakan, saya juga setujuh dengan cadangan sekalian, yang mana kebersihan menjamin kesihatan diri. Kebersihan rohani sehingga jasmani dari awal diri individu itu sendiri sehingga dari didikan kehidupan seharian yang bermula dari rumah dapat menjamin kesihatan yang berkekalan.

    Apabila pemikiran kita kotor dengan kepelbagaian eleman yang kurang sihat, maka kebersihan dalaman sudah pasti akan tercemar dan dengan tidak disedari sudah pasti kesihatan tidak terjaga.

    Tabiat kebersihan dari awal pada usia kanak-kanak perlu diterapkan dan diasuh.... dalam pribahasa 'meluntur bulu biar dari rebungnya' jangan sampai tingkalaku sukar untuk dibentuk.

    Setelah tingkalaku dibentuk dari awal lagi sudah pasti seseorang itu akan mempunyai disiplin yang tinggi.

    Cara yang terbaik untuk menjaga kebersihan disesuatu tempat contohnya dikawasan perkampungan adalah mengadakan pertandingan kampung tercantik dan terbersih dari segi kotoran dan pencemaran.

    Dengan adanya aktiviti sebegini sudah pasti banyak kampung-kampung yang turut serta dalam pertandingan kebersihan dengan hadiah-hadiah yang lumayan, kempen-kempen kebersihan dan dapat mengangkat nama kampung tersebut.

    Selain itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara penduduk kampung, masyarakat luar dan menjamin kesihatan didalam kampung tersebut. Ianya juga rasa dihargai dan dihormati oleh masyarakan sekeliling.

    BalasPadam
  22. Komen saya di atas adalah pada kuliah 3, harap maaf atas kesalahan saya....

    BalasPadam
  23. Selamat sejahtera. Saya bersetuju dengan pandangan-pandangan yang diutarakan oleh rakan-rakan sekalian. Berikut merupakan pendapat-pendapat saya mengenai cara-cara yang boleh diambil untuk menjayakan suatu kempen kebersihan sesebuah tempat.
    a) Pendidikan awal kepada kanak-kanak
    Seperti yang sedia maklum, kanak-kanak merupakan golongan yang mudah dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Mereka akan menerima segala perkara yang diajar kepada mereka. Oleh itu, sekiranya mereka didedahkan mengenai kepentingan menjaga kebersihan adalah sangat penting, besar kemungkinan kanak-kanak ini akan terpengaruh. Tambahan pula, kanak-kanak juga perlu didedahkan mengenai kesan yang akan berlaku terhadap diri mereka sekiranya mereka dikelilingi dengan objek-objek kotor. Hal ini kan menyebabkan kanak-kanak akan mengajuk segala perkara yang diperkatakan oleh guru semasa bersama ahli keluarga. Melalui tindakan ini, golongan dewasa dalam keluarga tersebut secara tidak langsung akan sedar tentang penjagaan kebersihan. Mereka akan berasa bahawa seorang kanak-kanak telah mengetahui tentang kebersihan apatah lagi dia sebagai seorang dewasa. Bukankah perkara ini akan memalukannya?
    b) Kempen secara berterusan dan berkesan
    Kaedah mengadakan kempen adalah biasa digunakan oleh semua organisasi. Namun begitu, kempen yang diadakan haruslah diadakan secara berterusan dan berkesan bukannya setakat "hangat-hangat tahi ayam". Kempen tidak harus berhenti dijalankan sekiranya kesan positf masih belum berlaku. Tambahan pula, sekiranya berlaku positif semasa kempen diadakan, organisasi juga tidak harus memberhentikan kempen tersebut. Mereka harus sedar, tabiat untuk membuang sampah juga akan timbul balik sekiranya tiada kesedaran secara berterusan dilakukan.
    c) Tindakan undang-undang terhadap pesalah yang didakwa membuang sampah merata-rata tempat
    Tindakan undang-undang juga harus dijalankan agar masyarakat akan memikirkan betapa "negrinya" sekiranya membuang ampah merata-rata tempat. Sudah semestinya cara tindakan yang dikenakan tidak sma dengan cara pemandu kenderaan disaman akibat memandu lebih had laju. Tindakan akibat membuang samapah haruslah dikenakan bukan sahaja mengikut saiz sampah yang dibuang malah juga mengikut kuantiti yang dibuang. Walaupun sampah yang dibuang seperti saiz sebatang puntung rokok, denda yang dikenakan telah mencecah kepada ratusan ringgit.
    d) Penyediaan tempat pembuangan strategik
    Tempat pembuangan sampah adalah penting kepada masyarakat. Hal ini adalah untuk mengelakkan sampah dibuang ke tempat-tempat yang tidak sepetutnya seperti di taman permainan kanak-kanak, taman rekreasi dan sebagainya. Tempat pembuangan sampah yang disediakan haruslah bersifat strategik. Hal ini untuk memudahkan masyarakat mebuang sampah ke tempat pembuangan tersebut sekiranya tong sampah besar di halaman rumah mereka telah melebihi muatan. Perkara ini juga dapat mengelakkan jangkitan penyakit berlaku sekiranya terdapat banyak sampah di kawasan rumah.
    e) Perlantikan ahli jawatankuasa yang ditugaskan untuk memantau kawasan persekitaran.
    Kompaun secara mandotori akan diberikan secara serta merta kepada individu yang didapati membuang sampah secara merata-rata. Sekiranya didapati pesalah tidah dapat membayar kompaun yang telah ditetapkan, pesalah tersebut akan dikenakan hukuman membuat kerja amal seperti yang telah dilaksanakan di negara Singapura, Hong Kong dan sebagainya. Memandangkan terdapat negara dapat melaksanakan undang-undang tersebut secara berkesan apatah lagi pada negara kita yang turut perlukan kebersihan.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,
    Kempen seperti yang diketahui berfungsi untuk membujuk dan mengurangkan masalah yang timbul akibat daripada perbuatan manusia yang memberi kesan langsung kepada kesihatan, kesejahteraan dan keselasaan masyarakat. Namun demikian teknik pembujukan ini ada pelbagai cara yang mana ia boleh mencapai satu tahap sehingga mendesak perbuatan seperti gejala sosial daripada berleluasa. Contohnya seperti yang kita lihat sekarang ini, isu pembuangan bayi merupakan satu isu yang semakin hangat diperkatakan. Sehingga mencapai tahap exponen. Peningkatan pembuangan bayi ini telah mendesak kerajaan dan NGO untuk menjalankan pelbagai kempen kesedaran kepada masyarakat. Lagi yang menyedihkan apabila kerajaan terpaksa menyediakan tempat pembuangan khas bayi di hospital pada satu masa dahulu. Ini memberi gambaran bahawa pembuangan bayi serupa dengan pembuangan sampah. Namun ini tidak juga menghentikan perbuatan pembuangan bayi. Ia masih lagi dilakukan dengan cara yang hina di mana bayi dijumpai di longkang, sungai, sampah dan sebagainya. Tetapi baru-baru ini teknik pembujukan yang bagi saya bakal memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akibat perbuatan membuang bayi ini ialah apabila kerajaan memutuskan bahawa kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memeastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan ini menerima hukuman yang berat. Kabinet telah memutuskan bahawa kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Ini merupakan satu teknik pembujukan yang perlu dimasukkan dalam iklan yang sangat berkesan bagi menyedarkan dalam masa yang sama bakal menakutkan orang ramai daripada terlibat dengan gejala sosial terutamanya apabila ia melibatkan gejala sosial seperti pembuangan anak.

    BalasPadam
  25. salam sejahters...=) saya bersetuju dengan semua pendapat yang diutarakan oleh rakan2 semua. Bagi saya, salah satu rancangan kempen yang sangat penting dilaksanakan untuk membantu satu2 kawasan menjalankan kempen kebersihan adalah melalui ceramah. Tidak semua penduduk mempunyai latar pendidikan yang sama. Oleh itu, pemahaman mereka juga sudah pasti berbeza. Untuk melaksanakan sesuatu kempen kebersihan, ceramah merupakan cara yang paling sesuai untuk setiap penduduk. Sebagai contoh, kempen "cintailah sungai kita". Melalui ceramah, penduduk akan dapat memahami dengan lebih jelas sebab dan akibat mengapa sungai perlu dipelihara. Sekiranya terdapat individu yang masih kurang faham, mereka boleh mengemukakan pertanyaan kerana ceramah berlaku dalam konteks komunikasi dua hala, iaitu di antara penduduk kawasan tersebut dan penceramah.
    Melalui ceramah juga, pelbagai maklumat boleh disalurkan. Contohnya, denda kepada sesiapa yang didapati mencemari sungai, maklumat tentang pelbagai penyakit yang timbul kesan daripada penggunaan air sungai yang tercemar, maklumat tentang kepupusan hidupan akuatik dan sebagainya.Walau bagaimanapun, ceramah juga haruslah disusuli dengan tindakan lain seperti penerapan kepentingan kebersihan melalui pendidikan. Bagi memastikan sesuatu kempen kebersihan berjaya dilaksanakan, penerapan nilai kebersihan haruslah terus menerus dilaksanakan. Anak-anak sejak dari bangku sekolah lagi haruslah diterapkan dengan nilai kebersihan, yang bermula dengan kebersihan diri sendiri.

    Sekiranya aspek ini terus dilaksanakan sudah pasti kesedaran tentang kebersihan dan tanggungjawab menjaga kebersihan dapat diterapkan dalam diri.Namun, walau apapun tindakan yang dilakukan, namun tidak dinafikan juga bahawa terdapat segelintir individu yang sangat sukar untuk diubah. Individu seperti ini merupakan golongan yang sememangnya tidak mempunyai rasa tanggungjawab, sama ada kepada diri sendiri, orang lain dan persekitarannya. Di sini jelaslah mengapa pendidikan tentang kebersihan sangat penting diajar dan dilaksanakan dengan ketat bermula dari bangku sekulah lagi. Sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat dibentuk dengan sempurna dari segi aspek penjagaan kesihatan. =)

    Selain itu, peranan media massa juga adalah sangat penting dengan menunjukkan kesan-kesan daripada tabiat tidak menjaga kesihatan, sebagai peringatan kepada setiap individu tentang kepentingan menjaga kesihatan.

    BalasPadam
  26. salam... saya amat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang lain mengenai masalah kebersihan ini. justeru itu, satu perancangan yang strategik perlulah dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.sebagai contohnya masalah kebersihan yang berlaku di Kampung Titingan Tawau Sabah, dari segi demografi penduduk kawasan tersebut iaitu penduduk setinggan yang kurang mendapat pendedahan tentang kebersihan dan tinggal di kawasan pinggir bandar. jenis kekotoran yang berlaku iaitu masalah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai yang sangat serius dan boleh menyebabkan penyakit yang serius dalam kalangan penduduk kawasan tersebut seperti penyakit kolera dan denggi. oleh itu, pelbagai tindakan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya ialah memberi pendidikan tentang kebersihan terutamanya kepada pelajar sekolah kerana bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. pelajar sekolah lebih mudah menerima dan mempraktikkan pendidikan yang mereka terima. selain itu, mengadakan kempen seperti Kempen Cintailah Sungai Kita dan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda kepada sesiapa yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat dan mencemarkan alam sekitar. namun demikian, mengapakah masalah kebersihan masih lagi wujud sehingga sekarang? oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting untuk mengatasi masalah kebersihan ini.

    BalasPadam
  27. Salam 1 malaysia dan salam persaudaraan,
    Bagi melaksanakan kempen yang berupa kempen kebersihan, perkara yang paling utama dilakukan adalah memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat berkenaan bahayanya jikalau kita tidak menjaga kebersihan. Pengetahuan ini harus diberikan secara berperingkat iaitu dari rumah, sekolah dan kawasan kampung. Ibubapa merupakan individu yang penting untuk memberi nasihat kepada anak-anak mereka berkenaan kepentingan kebersihan kepada diri. Manakala, diperingkat sekolah pula, guru-guru merupakan pihak yang bertaggungjawab untuk memberi pengetahuan kepada anak murid mereka perihal menjaga kebersihan diri sendiri serta persekitaran. Di peringkat kampung, ketua kampung harus memberi peringatan kepada penduduk-penduduknya supaya menjaga kebersihan bukan sahaja di kawasan rumah mereka sendiri, bahkan seluruh kampung mereka. Aktiviti gotong-royong, membersihkan kawasan persekitaran rumah, memeriksa longkang dan saluran hujan yang tersumbat, menyapu dan menanam tin-tin kosong, tempurung kelapa atau tayar-tayar buruk di belakang rumah serta membubuh bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas takungan air dapat mencegah menularnya penyakit berjangkit,misalnya demam Denggi. Aktiviti gotong-royong ini perlulah disertai oleh seluuruh penduduk kampung.

    BalasPadam
  28. assalamualaikum dan salam sejahtera. sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kempen dan pembujukan sahaja tidak dapat mengatasi masalah yang telah lama melanda negara kita sejak dari dahulu lagi. iaitu masalah kebersihan. Masalah ini berpunca daripada sikap sesetengah individu yang kurang prihatin tentang kebersihan. Saya amat bersetuju dengan perbincangan yang diutarakan di atas.contoh yang paling dekat yang boleh kita ambil adalah di sekitar Kampung Likas. walaupun tempat untuk membuang sampah telah disediakan, tatpi pendidikan tidak disertakan dengan kempen. mana mungkin ia akan dapat dijalankan dengan semourna serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan. walaubagaimanapun, pendidikan sahaja tidak mencukupi. soal kebersihan ini adalah datang daripada idir sendiri di mana ia dilatih sejak kita kecil lagi. sekiranya pendedahan tentang kebersihan diberikan sejak kecil lagi, maka anak-anak akan mudah dilatoh dan akan diamalkan sehingga mereka besar. selain itu, pihak yang bertanggungjawab seharusnya memikirkan langkah yang lebih drastik lagi dalam menangani masalah ini. sebagai contoh, tidak hanya meletakkan papan-papan tanda dan amaran serta denda yang belum pasti dikenakan tindakan terhadap pesalah yang membuang sampah di tempat yang dilarang, tetapi turut meletakkan pengawal yang menjaga kawasan tersebut agar ada tindakan yang diambil terhadap pesalah. hal ini perlu difikirkan dan dijalankan dengan secepat mungkin kerana, sekiranya terlambat, bumi ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis lagi pencemaran yang boleh mendatangkan pelbagai jenis panyakit kepada masyarakat.

    BalasPadam
  29. Seperti yang dikatakan oleh Nurliza sememangnya benar kerana kempen kebersihan telah lama dijalankan tetapi masih lagi berada dijalan buntu. Kempen ini memerlukan satu pembaharuan dari segi pentadbiran, tindakan, dn pelaksanaan. Negara Malaysia masih dalam era membangun oleh itu pelaksanaan sesuatu kempen mengambil masa yang agak panjang untuk berjaya.

    Bagi saya, semua yang berlaku berpunca dari diri sendiri. Saya akan menggunakan beberapa pendekatan dari segi kepercayaan dan kerohanian. Hampir seluruh manusia di muka Bumi ini mempunyai sekurang-kurangnya satu kepercayaan. Setiap agama mempunyai kepercayaan yang tertentu antaranya kebersihan diri, kediaman, persekitaran, dan sebagainya. Kebersihan penting agar perkara yang ingin dilakukan menjadi lancer dan tidak kelam kabut. Ada yang berkata benda kecil selalu menyusahkan diri sendiri. Jika seseorang itu mempercayai kebersihan merupakan salah satu cara untuk menghindarkan diri dari masalah maka harus diamalkan kepentingan kebersihan.

    Terdapat pelbagai jenis kekotoran yang wujud di muka Bumi ini. Setiap jenis kekotoran mempunyai tempat pembuangan yang tersendiri. Jika semua kotoran di buang di tempat yang sama akan mengakibatkan masalah lain timbul. Di kawasan setinggan masalah ini sangat ketara sekali. Ini kerana, kemudahan tertentu di kawasan tersebut tidak digunakan dengan betul. Sebagai contoh kawasan setinggan di Sembulan, Kota Kinabalu, yang pernah di menjadi aduan penduduk lain. Krew TV3 rancangan “ADUAN RAKYAT” turun padang untuk meninjau kawasan tersebut. Tempat pembuangan sampah yang dibekalkan hanya satu dan ini merupakan masalah yang menambah beban penduduk. Tetapi penduduk kawasan tersebut menambah masalah dengan tidak menggunakan tempat pembuangan sampah tersebut dengan baik. Rancangan saya adalah bagi kawasan perkampungan, tempat pembuangan sampah perlu penjagaan yang sistematik agar kelihatan bersih. Penduduk perlu bekerjasama untuk memastikan kebersihan tapak pembuangan sampah. Jika berlaku ‘overload’ pada tempat pembuangan sampah is perlu dilaporkan dengan segera kepada pihak berkuasa. Seperti kawasan perumahan yang mana ‘1 rumah 1 tong sampah’ memudahkan pihak ketiga mengurus proses pembuangan sampah. Ketua kampung perlu bijak mengubal peraturan yang dikira penting bagi memastikan kesejhteraan kampung. Ketua kampung perlu bertindak keras dalam hal ini jika terdapat penduduk kampung yang melanggar sebarang peraturan.

    BalasPadam
  30. Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia,

    saya amat bersetuju dengan cadangan kawan-kawan semua kerana kebersihan itu datang dari dalam diri kita dahulu. dengan kebersihan juga segalanya bermula. seharusnya kebersihan itu dididik dari peringkat awal kanak-kanak lagi. ibubapa harus lah memainkan peranan bagi memberi pengetahuan kepentingan kebersihan diri dan alam persekitaran kita. kesedaran ini juga haruslah dipupuk dari peringkat sekolah menyedarkan para pelajar bahawa pendidikan moral dan sivik tentang kebersihan diri dan alam sekitar amat penting untuk diri kita dan bumi ini. tetapi apa yang berlaku diluar sana amat menyedihkan disana sini kawasan perumahan, taman permainan, kawasan-kawasan riadah, pantai-pantai dan pelbagai lagi telah menjadi tempat pembuangan sampah sarap. masyarakat tidak mengendahkan kempen kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO)jagalah bumi kita dan cintailah bumi kita. seharusnya pihak-pihak berkuasa wajib menetapkan satu hukuman yang boleh menghalang masyarakat mengelakkan pembuangan sampah dimerata tempat. lebih sedih lagi masyarakat masa kini tidak lagi dapat membezakan yang mana sampah mana manusia. seperti dalam kempen kerajaan " DALAM DUNIA HAIWAN TIADA MANUSIA TETAPI DALAM DUNIA MANUSIA ADA HAIWAN" ini perbuatan manusia pembuangan bayi iaitu makhluk sebaik-baik kejadian anugerah Allah s.w.t. insaflah wahai manusia dimana nilai perikemanusiaan,,,

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Saya begitu tertarik dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan semua berkenaan dengan kempen kebersihan dengan pelbagai cara bagi memastikan kempen ini berjaya.Walhal,pendidikan juga merupakan kaedah yang tidak boleh dilupakan tika ini kerana hal ini juga melibatkan golongan kanak-kanak iaitu dapat melakukan kempen berbentuk pendidikan dalam persekolahan. Walaupun demikian, perkara ini menimbulkan persoalan dalam diri kita iaitu sampai bila kempen ini dapat bertahan dalam mengekalkan sikap masyarakat dalam mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian?????
    Kempen kebersihan sering dilakukan dalam negara kita walhal kempen tersebut masih belum mencapai sasarannya. Pada pendapat saya kempen yang berjaya menarik perhatian masyarakat ialah kempen yang menggunakan unsur-unsur timbal balas iaitu apabila mereka melakukan sesuatu mereka mengharapkan balasan. Hal ini berlaku di kawasan pendapatan rendah ataupun kawasan kampung. Kehidupan seharian mereka hanya untuk mencari rezeki dan kurang menitikberatkan kebersihan dan tidak mengambil kira penyakit yang bakal mereka hadapi. Apabila mengadakan sesuatu kempen kebersihan mereka merasakan membuang masa kerana tidak mendapat sebarang faedah yang dapat menampung kehidupan mereka. Hal ini membuatkan saya terfikir untuk memberi cadangan bahawa sesuatu kempen yang dilakukan dalam kawasan pedalaman ataupun kampung seharusnya menyelitkan pertandingan atau aktiviti yang mempunyai hadiah berbentuk barang makanan ataupun duit disamping mempunyai ceramah tentang kesedaran dan cara-cara menjaga kebersihan.
    Hal ini berbeza pula dalam kawasan Bandar iaitu masyarakat yang berpendapatan sederhana ataupun tinggi dan mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Dalam masyarakat ini, kempen yang dijalankan adalah dalam bentuk yang ringkas dan tidak membuang masa mereka kerana bagi mereka masa itu emas dan setiap minit amat berharga untuk meneruskan kerja-kerja seharian. Kempen yang diadakan seharusnya meggunakan risalah atau siaran berulang dalam media elektronik atau media massa untuk mengekalkan ingatan mereka terhadap kempen tersebut. Dalam golongan masyarakat ini, mereka mempunyai kesedran yang lebih tinggi kerana mempunyai tahap pendidikan yang baik untuk mengetahui berkaitan dengan kempen. Contohnya, kempen kebersihan dengan memberikan gambaran yang jelas berkaitan penyakit-penyakit yang bakal dihadapi apabila tidak mengamalkan kebersihan disamping menunjukkan kepada mereka jumlah kematian disebabkan penyakit- penyakit ini dan dapat memberikan kesedaran kepada mereka agar menjaga kebersihan.
    SEKIAN TERIMA KASIH

    BalasPadam
  32. Salam, pertanyaan kpd saudara Ahmad, kenapa komen saudara mcm sama ja dgn komen dlm kuliah 1? Dan kepada Audrey...tak apa la kau tersilap, kami maafkan, lain kali jgn buat lagi ya dik, komen kita sini satu Malaysia boleh baca...hish..hish...hish.

    Berbalik kepada topik mengenai kempen 'kebersihan' di kawasan perumahan mahupun kampung, saya pernah terbaca dlm akhbar mengenai kempen kebersihan yang dikatakan gagal terlaksana iaitu kempen yg dijalankan di kg air dekat sembulan. Jika kita melewati kawasan tersebut, memang malulah kita sebagai warga Sabah....dengan sampah yang 'berlantungan' diatas air, saya tertanya-tanya mcm mana bah durang ni buli hidup di sana, dgn keadaan dan persekitaran yang penuh sampah, dan menyampahkan sesiapa yg melihat. Mungkin kawan2 boleh cadangkan, bagaimana nak laksanakan kempen kebersihan di kawasan tersebut secara berkesan, bagaimana nak bersihkan kawasan itu 'once and for all'.

    BalasPadam
  33. Salam sejahtera.
    Saya amat bersetuju dengan ulasan-ulasan rakan-rakan saya di atas iaitu memberi pendidikan pada peringkat awal. Hal ini disebabkan kanak-kanak akan lebih prihatin terhadap keadaan di persekitarnya dan juga akan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan di sekitarnya selama-lamanya jikalau diberi pendidikan tentang kepentingan untuk menjaga kebersihan alam sekitar pada awal-awalnya. Oleh itu, saya amat bersetuju tentang memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak sejak kecil lagi. Selain itu, saya berasa pihak yang berkuasa juga harus mengetatkan undang-undang dan juga memberi hukuman yang sewajarnya kepada orang yang membuang sampah merata-rata tempat. Pihak yang berkuasa boleh memberi hukuman penjara atau mendenda wang atau kedua-duahukuman kepada orang yang suka membuang sampah di merata-rata tempat. Dengan itu, kebersihan kawasan sekitar dapat dijaga kerana orang ramai tidak berani membuang sampah di merata-rata tempat disebabkan takut dihukum penjara atau didenda wang. Rancangan kempen saya yang ketiga ialah mengadakan ceramah tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar di setiap sekolah dan juga di setiap kampung. Dengan mengadakan ceramah tersebut, ramai orang akan menyedari bahawa menjaga kebersihan alam sekitar adalah penting dan juga memberitahu bahawa persekitaran yang kotor akan mendatangkan banyak keburukan kepada kita semua seperti menhidapi penyakit kolera dan denggi dan sebagainya. Dengan itu, orang ramai akan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan persekitaran dapat menjamin kehidupan masa depan kita semua.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum dan salam persaudaraan..
    Saya berpendapat bahawa, perancangan bagi melibatkan kebersihan persekitaran dengan hanya memberi pendidikan belum tentu mampu mewujudkan tahap kesedaran dalam diri masyarakat. Hanya sesetengah golongan masyarakat yang menerima pendidikan tersebut. Oleh itu, memberi pendidikan juga perlu seiring dengan menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugas ataupun tanggungjawab seperti yang telah diterapkan dalam pendidikan tersebut. Seperti saranan yang menyatakan kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah, para pendidik perlu menunjukkan terlebih dahulu tauladan tersebut. Oleh itu pelajar akan mengikuti apa yang dibuat oleh guru mereka sebgai pendidik mereka. Hal ini juga adalah kerana 'practise make perfect'.

    BalasPadam
  35. Salam sejahtera, merancang sesuatu program memang sesuatu perkara yang sangat penting dalam sesuatu kempen. Kerana tanpa perancangan yang betul, kempen itu pasti akan gagal atau tidak mencapai matlamatnya. Kejayaan sesuatu kempen itu bergantung kepada bagaimana ia dirancang. Kata sarjana Confucius, ‘Success depends upon previous preparation, and without such preparation there is sure to be failure’. Justeru, sesuatu kempen itu perlu ada perancangan awal, misalnya apakah matlamat kempen tersebut dijalankan. Sebagai contoh, kempen kebersihan kampong matlamatnya mungkin untuk menjadikan kampong itu kelihatan bersih dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Kemudian untuk menjalankan kempen itu kita perlu mempunyai maklumat dan maklumat itu menjadi dokumen penting sebagai bahan untuk melaksanakan kempen tersebut. Sebagai contoh, maklumat penyakit seperti kolera, denggi, malaria dan sebagainya. Semua ini kita perlukan daripada jabatan kasihatan yang mengesahkan bahawa penyakit itu memang berlaku disekitarnya berdasarkan bilangan pesakit yang datangnya dari kampong tersebut. Selain itu kita juga mahu mandapatkan maklumat-maklumat seperti bilangan penduduk kampong, ketua kampong, badan-badan ngos, pemimpin-pemimpin masyarakat. Semua maklumat ini penting didokumenkan kerana semasa kempen itu diadakan kita perlu mengadakan makluman-makluman kepada penduduk kampong seperti menggunakan akhbar, sepanduk, surat-menyurat dan sebagainya. Penglibatan pemimpin masyarakat seperti wakil rakyat, menteri dsbnya, memberi impak kepada sesuatu kempen tersebut. Kemudian persoalannya siapakah pelaksana kempen tersebut? Ini penting kerana pelaksana kempen itu perlu mempunyai pengalaman kerana ia akan menentukan perjalanan kempen tersebut mencapai matlamatnya. Pelaksana perlu menentukan apakah aktiviti yang perlu dibuat, bila masa yang sesuai, siapa yang perlu terlibat, berapa kos-kos kempen, dan bagaimana kempen itu dihebahkan.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  36. Aidah@Dewi berkata
    Asalamualaikum dan salam 1 UMS, sebagaimana yang kita ketahui, aspek kesihatan adalah satu faktor yang amat penting dalam kehidupan manusia begitulah juga halnya dengan faktor kebersihan sangat dititikberatkan kerana faktor kebersihan saling berkaitan dengan kesihatan. Untuk memulakan sesuatu kempen, perlulah ada perancangan terlebih dahulu iaitu, menggunakan sumber yang dirancang samada mengikut jenis audiens, mesej dan kadar pulangan yang diingini. Begitu juga dengan sumber kewangan, tenaga sumber manusia, penggunaan peralatan media, penguasaan terhadap sesuatu bahasa, seni grafik, pengucapan awam, psikologi dan penulisan kreatif adalah amat penting dalam membantu menjalankan aktiviti kempen tersebut. Semua perkara yang berkaitan dengan kempen dirangka terlebih dahulu dan diselaraskan dengan betul dari segi strategi dan taktik khusus untuk memenangi hati penduduk di sesuatu kawasan itu. Penggunaan bahasa juga dalam menyampaikan mesej tersebut hendaklah diterjemahkan dalam bahasa lain mengikut keadaan demografi penduduk agar senang difahami kerana penerimaan dan pemahaman penduduk yang berbilang bangsa tidak boleh di fokuskan kepada satu kaum sahaja.
    Disamping itu juga, untuk memberi kesedaran kepada penduduk agar mengubah sikap, perlulah memberikan latihan, motivasi, dorongan, dan panduan kepada mereka untuk mengetahui bagaimana menjaga kebersihan dalam sesuatu kawasan, yakni dengan mengwujudkan teknik meliputi elemen pendedahan, pewujudan spektrum skop untuk bertindak dan dorongan secara berterusan dan konsisten untuk menimbulkan minat dan kesungguhan penduduk terhadap penerimaan kempen tersebut.
    Sesuatu kempen yang bekal dijalankan juga,, hendaklah dirancang dan diatur mengikut jenis kekotoran di sesuatu kawasan (contohnya sampah sarap, perparitan, longkang dan sebagainya). dan bentuk tindakan yang mungkin perlu diambil adalah memberi galakan semangat gotong royong dikalangan penduduk, mengedarkan risalah-risalah mengenai kesan kepada kekotoron dan bahaya kepada kesihatan bagi menimbulkan kesedaran dikalangan penduduk untuk terus memelihara kebersihan kawasan masing-masing. Selain dari itu, pembujukan kempen juga perlu diteruskan dan mencari kepelbagaian kaedah serta menambah baik strategi kempen dari semesa ke semasa, agar ianya dapat memberi kesan yang berterusan kepada penduduk. Sekian dari saya.

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum dan salam 1Kampus bagi ahli PRCIRCLE yang dirahmati..

    "Kebersihan adalah Kesihatan & Kesihatan adalah Kebersihan"....merupakan pribahasa yang sepontan terlintas di dalam kotak fikiran saya ketika saya membaca tajuk kuliah 5 ini.Idea-idea mencurah-curah untuk mencatat dalam ruangan ulasan ini.

    Alam sekitar ialah anugerah Allah S.W.T yang mesti kita hargai dan jagai kerana ia mempunyai banyak manfaat. Agama Islam juga menggalakan umatnya supaya menjaga kebersihan alam sekitar kerana Rasulullah juga ada bersabda bahawa kebersihan itu juga separuh daripada Iman. Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara yang segar apabila alam sekitar itu bersih. Sekiranya alam sekitar itu, kita akan merasa tidak selesa dan jijik. Kita mungkin akan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kolera, denggi dan sebagainya.

    Pencemaran yang terdapat di negara kita sendiri dapat kita lihat samada pencemaran udara, darat dan sungai. Terutama sekali, pencemaran darat di mana banyak sampah-sampah dibuang di tempat-tempat tertentu oleh orang yang kurang bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara kita tidak selok dipandang orang terutama sekali dengan kedatangan pelancong.Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas pembersih. Orang ramai tidak kira tua atau muda mestilah peka akan kebersihan alam sekitar.Oleh itu, jangan ada yang bersifat tidak ambil peduli kerana kita mesti melakukannya dengan sukarela dan tanamkanlah sifat menjaga kebersihan ke dalam diri disetiap individu masing-masing.

    Ada pelbagai cara dan ikhtiar untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih, antaranya dengan mengadakan kempen kebersihan secara beramai-beramai dan bergotong-royong. Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan juga banyak turut terlibat didalam kebersihan alam sekitar seperti mengadakan kempen dan iklan. Begitu juga dengan memberikan denda ke atas pesalah yang membuang sampah sesuka hati di merata tempat. Kebersihan alam sekitar itu penting disetiap negara contohnya di negara kita sendiri. Seperti yang kita tahu,pelancong-pelancong suka datang ketempat-tempat yang aman damai terutama kebersihan sesuatu negara itu untuk berehat menghirup udara yang segar.

    Oleh itu,dengan adanya kebersihan secara automatik dapat meningkatkan ekonomi negara melalui kedatangan pelancong-pelancong negara asing yang tertarik dengan kebersihan negara kita. Segala masalah pembuangan sampah ini mungkin tidak dapat diatasi sekali gus tetapi ia boleh dikurangkan mengikut peredaran masa dengan adanya sifat bertanggungjawab di setiap individu. SAYANGI ALAM SEKITAR DAN KESIHATAN.

    BalasPadam
  38. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

    Saya suka komen Saudari Ayie yang membawa satu contoh terdekat dengan kita iaitu masalah kebersihan di Kampung Air, Sembulan yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

    Masalah ini walaupun sudah berkurangan, tetapi masih berlaku. Pengurangan ini disebabkan puluhan rumah atas air telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan Harbour Square. Sejak perobohan itu, kawasan tersebut telah ditutup dengan dinding zink. Namun masalah kebersihan masih berlaku. Ini kerana masih ada penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan.

    Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pernah memasang pukat perangkap sampah di kawasan tersebut hanya untuk mengelakkan sampah tersebut hanyut ke sungai seterusnya laut. Namun usaha itu menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim tidak berupaya menyelesaikan masalah. Ini kerana penduduk di kawasan terbabit akan terus meletakkan tanggungjawab 'mengutip' sampah kepada DBKK dengan apa cara sekalipun.

    Dalam hal ini, saya berpendapat DBKK perlu bersikap lebih tegas terhadap penduduk di kawasan terbabit yang kurang berpengetahuan itu. Tindakan tegas bukan sekadar meletakkan papan tanda denda malah perlu merangkumi pemantauan berkala.

    Jika peruntukan mengizinkan, pemasangan kamera litar tertutup yang dihubungkan terus ke bilik pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga membantu kecekapan pemantauan.

    Selain itu, DBKK juga perlu menjalin kerjasama dengan Ketua Kampung untuk menetapkan peraturan kampung yang menggalakkan setiap penduduk menjaga kawasan rumah masing-masing daripada sampah.

    DBKK juga boleh menyediakan lebih banyak tong sampah di tempat-tempat strategik bagi membolehkan penduduk membuang sampah di tempat yang betul. Pada masa sama, kutipan sampah juga perlu dilakukan secara konsistem bagi mengelakkan limpahan sampah yang banyak dan jatuh ke dalam air.

    Usaha memberi kesedaran kepada penduduk di kawasan tersebut sejak sekian lama ternyata gagal, mereka semakin keras kepala dan menyalahkan PBT dalam soal pengurusan sampah. Oleh itu, hanya tindakan undang-undang boleh mendisiplinkan mereka.

    Namun di pihak lain pula, pegawai PBT perlu memiliki integriti yang tinggi untuk bertindak tegas berpaksikan undang-undang.

    Sekian dan terima kasih.

    BalasPadam
  39. Pada pendapat saya, kempen kebersihan tidak seharusnya hanya ditujukan kepada komuniti tempatan seperti mana dikategori seperti di atas melainkan melibatkan semua nasionaliti yang ada di persekitaran kita. Lebih spesifik, kempen disasarkan kepada kawasan setinggan yang didiami oleh nasionaliti asing. Penduduk di kawasan ini dapatlah dikategorikan sebagai masyarakat yang mengabaikan aspek kebersihan dan segala jenis penyakit boleh bermula dari kawasan ini. Pendekatan kempen biarlah menggunakan bahasa pembujukan yang difahami oleh penduduk kawasan ini. Walaupun ianya mungkin tidak berkesan mengubah sikap, hukuman dan denda biar disatukan dalam kempen agar kesannya dapat dilihat.

    BalasPadam
  40. Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Setiap perkara yang kita lakukan perlu ada perancangan yang tersendiri dalam merealisasikan matlamat yang kita ingini itu betul-betul berjaya tercapai. Saya sependapat dengan semua cadangan rakan-rakan saya. Kempen kebersihan ini bukanlah suatu kempen yang baru untuk diperkatakan malah sudah lama menjadi isu perbualan sama ada pihak kerajaan, swasta mahupun orang persendirian, cuma yang mambezakan kempen itu nampak baru adalah kata-kata yang digunakan adalah berbeza contohnya kempen " Sayangilah sungai kita" kata-kata yang dilekatkan di setiap tong-tong sampah seperti " Gunakan saya" merupakan kempen yang mempunyai sama maksud dalam menyampaikan tujuannya yang berfokus kepada kebersihan. Kempen-kempen seperti ini boleh dikatakan bagai " Mencurah air ke daun keladi". Bukan sahaja di kampung isu kebersihan ini berlaku, malah di bandar turut menghadapi isu ini. Longgokan sampah yang menimbun bukan sahaja menarik perhatian orang ramai malah mengakibatkan pencemaran udara ( bau ) dan kesan lain turut berlaku seperti penyakit yang dibawa oleh nyamuk dan lalat boleh membawa kemudaratan sehingga menyebabkan kematian kepada individu. Kesedaran daripada masyarakat tidak kira peringkat umur perlu didedahkan dari peringkat awal lagi supaya kita dapat menyediakan masyarakat yang mementingkan aspek kebersihan sekali gus dari aspek kesihatan. Bagi pihak berkuasa perlulah sentiasa memantau kawasan-kawasan yang disyaki berpotensi untuk menjadi tempat pembuangan sampah agar perkara-paerkara yang tidak diingini berlaku. Selain itu, saya sependapat dengan cadangan yang diutarakan oleh saudari Nurliza yang mengatakan bahawa pihak berkuasa tempatan perlulah mengenakan tindakan undang-undang atau hukuman yang tegas kepada setiap rumah yang tidak menjaga kebersihan.. Salam...

    BalasPadam
  41. Kempen kebersihan adalah satu program pendidikan nasional awam yang melibatkan semua pihak terutamanya kerajaan. Sekiranya saya perlu mengemukakan rancangan kempen kebersihan di satu kawasana apa yang penting yang perlu dilakukan ialah menanamkan sikap pentingnya menjaga kebersihan di tempat sendiri. Kempen tersebut perlu melibatkan perubahan dalam masyarakat, undang-undang kebersihan, penjajahan, pengembangan sistem pelupusan yang tepat dan pengendalian penyakit akibat daripada persekitaran yang kotor tersebut.
    Perkara yang pertama perlu dilakukan ialah menubuhkan satu Jawatankuasa Kempen Nasional. Penaung kepada jawatankuasa ini mestilah melibatkan Menteri Kesihatan untuk memberitahu kepada umum bahawa kempen ini merupakan sesuatu yang serius. Kemudian wakil-wakil daripada kerajaan dan jabatan undang-undang seperti Jabatan Pendidikan, Jabatan Dalam Negeri, PDRM, Jabatan Kerja Raya, Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ketua Kampung dan penduduk kampung. Penglibatan semua pihak ini penting untuk mendapatkan peruntukkan untuk menjalankan kempen tersebut.
    Kemudian kempen promosi dan kegiatan untuk kebersihan dijalankan selama beberapa tempoh dijalankan. Beberapa poster serta sepanduk dipamerkan di tempat-tempat umum seperti kedai-kedai, restoran, pejabat, pusat-pusat masyarakat dan papan pengumuman umum. Poster mini, risalah, pamplet dan pelekat kereta akan diedarkan. Kemudian aktiviti ceramah dan spot check dari rumah ke rumah akan dijalankan pada tarikh yang sesuai di mana semua penduduk boleh melibatkan diri. Ini termasuk perbincangan dan ceramah oleh pegawai kesihatan, pemeriksaan ke rumah, pameran dan gotong royong membersihkan kawasan kampung akan dijalankan. Saya juga bersetuju dengan beberapa cadangan rakan-rakan sebelum ini bahawa pertandingan kecantikkan perlu dijalankan untuk mendorong penduduk kampung agar sentiasa menjaga kebersihan rumah mereka. Namun begitu media massa juga perlu dilibatkan contohnya seperti memberi tekanan sosial terhadap pentingnya menjaga kebersihan jika tidak akan didenda ataupun akan mengundang penyakit yang membahayakan keselamatan keluarga. Untuk memastikan kempen ini berkesan dalam jangka masa yang panjang amatlah penting untuk melibatkan golongan kanak-kanak. Ini kerana menjaga kebersihan perlu dipupuk dari usia yang lebih muda agar ia menjadi kebiasaan untuk diamalkan. Ini juga membuatkan mereka menghormati undang-undang dan menyayangi keluarga serta jiran tetangga.

    Sekian.

    BalasPadam
  42. Salam rakan-rakan sekalian,

    Saya juga ingin menambah di sini antara kempen yang bagi saya amatlah berkesan untuk menjaga kebersihan kawasan adalah seperti yang dijalankan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Illiyas Ibrahim di mana beliau memperkenalkan aduan pelanggan mengenai pembuangan sampah melalui SMS. Ini amatlah mudah dilakukan dan seterusnya menyebabkan orang ramai takut untuk membuang sampah merata-rata di Bandar Kota Kinabalu kerana semua masyarakat bertanggungjawab dan berfungsi sebagai pemerhati dan pengadu.

    Sekian.

    BalasPadam
  43. Sejak sekian lama,pelbagai penyakit berbahaya seperti kolera,denggi dan sebagainya telah menular dikalangan masyarakat di negara kita disebabkan kegiatan yang tidak baik akibat pembuangan sisa kumbahan.Penyakit tersebut bukan sahaja mengancam kesihatan,malah boleh membawa maut.Perhatian yang sewajarnya harus diberi kerana kesihatan merupakan aset yang amat bernilai kepada kehidupan kita.Usaha pencegahan daripada serangan penyakit adalah lebih baik daripada usaha mengubati penyakit yang menyerang kita.Oleh demikian,perancangan sesuatu kempen mengenai kebersihan amatlah penting kepada semua masyarakat bagi mengelak masalah-masalah penyakit yang tidak diingini.pengitaran semula sampah sarap dapat menyelesaikan masalah ini dmana kertas dan plastik diguna pakai untuk mengelak berlaku pencemaran sampah.Selain itu,langkah-langkah yang berkesan seperti mendenda individu yang didapati melakukan kesalahan sama ada dalam bentuk wang atau penjara harus dilakukan.Mengadakan kompaun juga marupakan salah satu rancangan yang berkesan dalam sesuatu kempen kebersihan.Kepelbagaian aktiviti seperti mengadakan gotong royong dikalangan penduduk di sesuatu kawasan juga amat dititik beratkan.Dengan langkah ini,sikap penduduk dikawasan berkenaan terhadap aspek kebersihan dapat diubah.

    BalasPadam
  44. Assalamualikum....dan salam sejahtera...

    Sesungguhnya tidak ada sesiapapun yang suka kepada keadaan sekeliling atau persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap, bau yang tidak menyenangkan dan lalat serta nyamuk yang menjadi penghuni pada sesuatu tempat. Bukan sahaja menganggu pandangan mata dan deria bau malahan menjadi bualan kosong penghuni yang merasa dan menyaksikan keadaan tersebut.

    Merancang adalah satu tindakan yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan sesuatu perkara. Manakala sebelum menjalankan kempen, suatu pelan strategik yang harus mengenalpasti jenis aktiviti yang sesuai,jangkamasa,sumber manusia yang terlibat atau golongan sasar, sumber kewangan yang diperolehi, logistik dan menglibatan kerajaan dalam perundangan dalam melaksanakan sesuatu kempen tersebut.

    Manakala setelah merancang sesuatu, aspek pelaksanaan kempen perlu disusuli dengan mengambil kira setiap item yang disenaraikan dalam pelan perancangan kempen tersebut. Supaya pelaksanaannya selaras dengan peancangan yang diatur pada mulanya.

    Kempen kebersihan yang menjadi saranan kerajaan dalam menyeru masyarakat menjaga kebersihan dan menjadikannya amalan harian dalam kehidupan kita. Sesuai dengan keperluan masyarakat yang semakin bertambah ramai menghuni muka bumi ini, adalah perlu memanfaatkan kebersihan dalam menjalani kehidupan seharian. Keadaan yang kotor dengan sampah sarap dan bau busuk bukan sahaja menimbulkan pemandangan yang jelek dan rasa jijik bahkan membawa keburukan dan menjejaskan kesihatan kita.

    Pendidikan adalah amalan yang terpenting dalam kehidupan, sama ada pendidikan yang diberikan oleh guru, ibu bapa atau melalui saluran media yang didengar, dibaca atau dilihat. Pendidikan dari awal kanak-kanak oleh ibu bapa penjaga adalah merupakan faktor terpenting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam diri. Contohnya dalam menjaga kebersihan, kanak-kanak ini harus diajar membersihkan tempat tidur,bilik halaman rumah dan diajar membuang sampah di tong sampah atau tempat pembuangan yang sepatutnya. Didikan ibu bapa yang lebih menekankan kebersihan dalam setiap tindakan dengan memberikan tauladan lebih dahulu akan mendorong anak-anak mengikut jejak langkah tersebut ke arah yang lebih baik. Didikan agama yang ditekankan menyelaraskan agar kita sentiasa menjaga kebersihan, kerana bagi orang beragama, kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

    Begitu juga halnya dengan didikan yang diberikan oleh guru. Di sekolah kebersihan membawa keselesaan kepada murid dan guru yang mana akan menolong pengajaran dan penyerapan ilmu dengan lebih sempurna. Sebagai pelajar, guru adalah bertanggungjawab dalam mendidik pelajar bersikap bertanggungjawab dalam apa juga hal, contohnya menjaga kebersihan diri dan halaman kelas dan sekolah.Denda yang dikenakan oleh seorang guru untuk pelajar yang tidak menjaga kebersihan adalah langkah positif bagi agar pelajar terdidik dengan amalan kebersihan.

    BalasPadam
  45. Selain itu apabila dikatakan, kebersihan membawa kesempurnaan hidup kepada semua orang, adalah perlu seseorang itu melaksanakan tanggungjawab dalam diri dan persekitaran untuk manfaat bersama. Misalnya kalau keadaan di rumah kita bersih, kita lebih terpelihara dari berbagai jenis penyakit yang dibawa oleh serangga dan kuman. Kalau tempat berniaga pula bersih, kita dapat menarik lebih ramai pelanggan dan memperolehi pendapatan yang lebih. Kalau tempat kerja kita bersih, kita dapat mewujudkan suasana kerja yang baik yang akan menimbulkan daya pengeluaran yang lebih tinggi. Kalau kampung, bandar dan negara kita bersih, maruah kita tidak akan terjejas dan kita akan dihormati oleh orang lain, contohnya pelancong yang datang akan terpegun dengan keindahan Negara kita. Kesedaran dan ketinggian moral merupakan langkah drastik yang harus disemai dalam diri individu, ini adalah kerana tanpa nilai-nilai murni tersebut sesuatu tindakan yang dirancang tidak akan menjadi, kerana kebersihan adalah amalan atau tabiat yang bermula dari dalam diri. Sebenarnya yang diperlukan cuma sedikit sahaja, tabiat iaitu tidak membuang sampah melainkan di tempat-tempat yang disediakan.


    Walaupun kebersihan itu amalan terbaik, malangnya sebahagian besar daripada kita cuma menerima kebenaran ini tanpa mengamalkannya. Seperti apa jua yang baik, masyarakat kita nampaknya hanya dapat menerima sesuatu kebaikan itu jika dipaksa dan dikawal oleh undang-undang. Sikap ini kekadang lebih banyak merugikan masyarakat dan Negara kerana terpaksa menggunakan bajet dengan membuat perbelanjaan penguatkuasaan contohnya menguatkuasakan seperti penyalah-gunaan kuasa, rasuah, tekanan dan lain-lain.Walaubagaimanapun jika sekiranya ini boleh menjamin kearah kesedaran masyarakat tentang menjaga kebersihan.

    Walaubagaimanpun adalah lebih baik sesuatu yang baik, seperti amalan menjaga kebersihan, diamalkan tanpa paksaan. Ini tidak tanggungjawab menjaga kebersihan selalunya dianggap sebagai tugas pihak berkuasa. Pandangan ini adalah salah. Tidak ada Kerajaan di dunia ini yang boleh membersihkan alam sekitar jika rakyat mengotorkannya sepanjang masa. Apakah dapat Kerajaan menghantar tukang sapu untuk mengutip atau menyapu setiap kali kita membuat sampah. Benarnya perkara ini dapat dilihat apabila orang ramai berkumpul di satu-satu tempat keramaian misalnya. Tidak mungkin pembersihan dibuat oleh pekerja dengan serta merta. Pandangan di taman yang indah ini menjadi begitu buruk sekali, jadinya nanti.

    BalasPadam
  46. Usaha kerajaan dalam membantu amalan kebersihan terus dijalankan adalah perlu dalam menyokong amalan ini terlaksana dengan jayanya iaitu menerusi kempen . Kempen ini adalah kempen kesedaran. Selepas kempen ini mereka boleh menjalankan tugas dengan lebih mudah. Tetapi sama ada seseorang itu boleh menjaga kebersihan bergantung kepada kesedaran kita terhadap tanggungjawab kita selepas kempen ini. Jika kita sentiasa menjaga kebersihan maka kerja pembersihan bolehlah dibuat oleh pekerja pembersih tersebut dengan sempurna. Yang penting dalam kempen ini ialah kesedaran kita akan tanggungjawab kita sepanjang masa selepas kempen ini tamat. Jika tabiat menjaga kebersihan tersemai dalam hati kita kerana kempen ini, maka bolehlah kita katakan kempen ini berjaya. Jika selepas ini kita balik kepada tabiat lama maka sia-sia sahajalah kempen ini. Pemberian tong sampah percuma untuk kemudahan pembuangan sampah adalah langkah terbaik untuk setiap kediaman dan penduduk kampung.

    Di samping menjalankan kempen, yang dilakukan secara besar-besar yang melibatkan seluruh negara, dan melibatkan semua peringkat tempatan, bandar-bandar dan kampung, serta badan-badan swasta, badan-badan sukarela dan semua lapisan masyarakat negara ini. Sumbangan dan penyertaan sukarela oleh badan-badan swasta, badan-badan sukarela, kelab kebajikan dan orang-orang persendirian dalam menjayakan Kempen ini, bagi mencerminkan kesanggupan semua pihak untuk memikul sesuatu tanggungjawab bersama. Dengan cara ini, kita sama-sama dapat berusaha menjadikan kebersihan sebagai salah satu ciri identiti rakyat dan negara kita dan seterusnya mempastikan supaya satu persekitaran yang bersih diwujudkan di seluruh negara.Mencapai matlamat kita untuk memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan dan keperluan mewujudkan satu "environment" yang bersih di seluruh negara dan menanam perasaan tanggungjawab awam yang baru di kalangan semua lapisan masyarakat. Amalan gotong-royong di kalangan penduduk kampung harus diamalkan selalu selain memupuk semangat bekerjasama dan cintakan kebersihan kampung.

    BalasPadam
  47. salam dan selamat sejahtera buat semua..
    Dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat tentang kebersihan ia mesti lah bermula dari peringkat awal lagi.pada peringkat ini ia harus di lakukan pada peringkat kekeluargaan dahulu.Dalam proses ini ibubapa harus memainkan peranan penting dengan mengajar atau menunjukkan amalan menitik beratkan tentang aspek kebersihan kepada anak anak tidak kira ia berasal dari keluarga yang senang ataupun kurang senang.selain itu faktor pendidikan juga amat penting di mana sekolah sekolah harus menerapkan cintakan kebersihan kepada pelajar pelajar.Dalam situasi ini pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kelas terbersih dalam hal ini ia akan membuatkan semua pelajar lebih bersemangat menjaga kebersihan kelas mereka.Hasilnya pelajar akan terus mengamalkan menjaga kebersihan dalam hidup mereka ini kerana ia telah menjadi praktik amalan kehidupan yang bersih dan akan terus melahirkan masyarakat yang cintakan kebersihan.
    Selain itu pihak kerajaan harus terus memainkan peranan dengan mengadakan kempen kempen kebersihan dan menguatkuasakan akta kebersihan alam sekitar dengan mengenakan tindakan kepada mereka yang melanggar peraturan dan tidak menjaga kebersihan alam sekitar.Dengan mengenakan tindakan ini ia akan menyedarkan masyarakat akan penting nya menjaga kebersihan dan pasti tidak akan melakukan kesalahan tersebut lagi.deangan cara ini ia dapat mengubah sikap masyarakat yang cintakan kebersihan alam sekitar.sekali gus akan melahirkan masyarakat yang sihat.

    BalasPadam
  48. Hai semua.
    Yala..saya pun baru saja maw cakap..kepada saudara Ahmad, kenapa komen anda sama dengan kuliah 1? hehehe...tersalah komen ka bro?

    BalasPadam
  49. Hello semua.
    Di Malaysia, sudah banyak kempen kebersihan yang di anjurkan oleh badan-badan berkuasa. Hal ini menunjukkan negara kita sangat prihatin tentang masalah kebersihan di negara kita. Antaranya, kempen kebersihan tangan, kempen kebersihan awam (membasmi wabak H1N1) dan banyak lagi.
    Seperti Saudari Aliza dan Saudari Ayie, saya juga melihat kawasan Kampung Air di Sembulan pada suatu ketika dahulu yang mengalami masalah kebersihan. Mungkin ada yang jijik dan hairan kenapa mereka masih boleh duduk dalam keadaan yang kotor seperti itu. Masalah ini semakin berkurangan sejak perobohan rumah di kawasan tersebut, tetapi masalah ini saya lihat masih lagi ada disebabkan masih ada rumah/ penduduk yang menetap di sana.
    Selain itu juga, kebanyakan setiap sekolah mengadakan kempen kebersihan untuk menjaga kebersihan kawasan sekolah masing-masing. Saya masih ingat semasa saya di bangku sekolah, sekolah saya ada mengadakan kempen kebersihan di mana kempen bebas daripada sampah. Para pelajar dikehendaki membawa beg plastik sendiri jika ingin membuang sampah. Kawasan sekitar sekolah tidak boleh kelihatan walau satu helai kertas pun. Pada awalnya, saya lihat kempen ini berjaya kerana semua pelajar kelihatan teruja dengan kempen ini. Tetapi, lama-kelamaan, semakin surut. Yalah, pelajar-pelajar yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata biarpun denda dikenakan kepada pelajar yang membuang sampah.
    Di negara kita sendiri, kempen-kempen membasmi wabak H1N1 juga sangat berleluasa. Yalah, semua pun takut terkena wabak H1N1..Sehinggakan satu jawatankuasa antara kementerian telah dibentuk untuk menangani wabak ini. Mesyuarat Jawatankuasa Antara Kementerian Mengenai Pandemik Influenza A (H1N1), telah memutuskan untuk melaksanakan 10 langkah yang merangkumi aspek pemantauan, pelan pencegahan dan penyebaran maklumat bagi menangani penularan Influenza A (H1N1). Antaranya, pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat; kedua, mewajibkan pelancong dan rakyat Malaysia yang telah mengadakan lawatan ke luar negara mengisytihar status kesihatan mereka; ketiga, pembekalan topeng muka dan pelalian Influenza A (H1N1) bermusim. Dengan langkah ini, Kerajaan yakin kes-kes Influenza A (H1N1), jika ada, dapat dikawal dari peringkat awal lagi.
    Selain daripada pemantauan dan pencegahan yang dibuat dipintu-pintu masuk utama Negara, kawalan penularan wabak diperingkat tempatan turut diberi keutamaan. Bagi kes-kes wabak yang dikesan dalam negeri, langkah seterusnya yang diambil ialah dengan mengadakan penjarakkan sosial dalam komuniti masyarakat seperti menutup sekolah, institusi pengajian dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan. Langkah-langkah penghadan pelawat di hospital-hospital juga dilaksanakan bagi membendung wabak ini daripada menular. Selain itu, penjagaan kebersihan diri anggota-anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung menangani wabak ini akan dipertingkatkan.

    Tidak dapat dinafikan, masalah penularan wabak Influenza A (H1N1) ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kesedaran dan amalan individu terhadap kebersihan diri dan persekitaran. Usaha-usaha bagi menangani wabak ini serta kempen kebersihan dan kesihatan awam tidak seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan semata-mata. Peranan dan penglibatan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam aspek kebersihan dan kesihatan seperti pengusaha kedai makan dan restoran, pengusaha hotel, pemilik dan pengeluar barangan sanitasi serta kontraktor pembersihan awam adalah amat penting.

    BalasPadam
  50. Aslmualaikum and greetings to all...

    From my point of view, the best planning for the Cleanliness Campaign (Kempen Kebersihan) should left high impact to the citizens.in other words, the effectiveness of the campaign should be continuous, not only at that time (during the campaign)but all the time.
    In my opinion, at first, before launching campaign, the campaigners should do a survey about the demography of the community, and what types of pollution, and what should be done for them.
    My suggestion for this campaign is by doing a programme like "Anak Angkat" programme. by doing this programme, the "Anak Angkat" should be students from any university nearby the place or village and then the purpose is to clean the area by doing a programme called "gotong-royong" or cooperate together in order to clean the area. and then by doing this campaign, the organizer should do many kinds of programme such as talk, speech, or programmes for the children in the area so that they will be more aware and take care about the cleanliness of their area since they were children. Besides building a good cooperation between them, the students will be more close to the people and the family will be more aware of the cleanliness because they
    will feel ashamed of their area if their area keep in dirt. The campaigners will give the people in that area, flyers or posters of the importance of taking care the cleanliness of their place, whether at their home or their surroundings.

    BalasPadam
  51. Salam...

    Kempen seperti ini merupakan satu permulaan sahaja. Yang lebih penting ialah melalui Kempen ini semua pihak hendaklah menjadikan kebersihan diri dan sekitar sebagai tanggungjawab kita sepanjang masa. Pihak-pihak yang mempunyai kakitangan dan alat hendaklah mengatur sistem dan cara menjaga kebersihan kawasan masing-masing dengan kemas dan teratur sepanjang masa. Diharapkan perkara ini sentiasa diberi perhatian supaya Kempen ini tidak menjadi satu perkara yang dipandang ringan oleh sesiapapun.

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian.

    Selamat berdiskusi kembali melalui tajuk ini. Saya begitu tertarik dengan isu yang ditimbulkan di sini kerana ia melibatkan soal kebersihan yang mana bersangkut paut dengan kesihatan dan jika tidak dikawal, masa depan kita mungkin akan terancam.

    Saya amat tertarik dengan idea-idea yang dikemukakan oleh rakan-rakan blog ini. Bagi saya, saya juga mempunyai beberapa rancangan kempen untk membantu satu-satu kawasan. Contoh yang diberikan oleh Ayie dan Aliza iaitu kempen kebersihan yang dilakukan di Kampung Air, Sembulan. Masyarakat di kampung tersebut seolah-olah sudah kebal dengan persekitaran yang kotor sebegitu sejak bertahun-tahun lamanya. Persoalannya, mengapa keadaan tersebut terus menjadi satu bahan tontonan umum? Kempen sudah dijalankan tapi ke mana menghilangnya kesedaran dikalangan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut?

    Idea saya yang pertama adalah kita mungkin boleh memulakan perancangan kempen kita dengan mengambil kira semua faktor punca terjadinya masalah di atas. Cuba fahami situasi yang dialami oleh penduduk di sana dan terlalu banyak kemungkinan yang harus kita cari jalan penyelesaiannya. Kita harus tahu pendekatan apa yang kita gunakan dalam kempen kita, mesej yang disampaikan dapat diterima sepenuhnya atau tidak oleh penduduk, adakah semua lapisan penduduk di sana faham dengan bahasa yang digunakan dan penduduk warga asing yang tinggal di kawasan tersebut juga haruslah diatasi dengan segera kerana merka juga sebahagian penduduk yang ‘menumpang’ di situ.

    Rancangan seterusnya ialah, pihak DBKK haruslah mengkaji semuala kegagalan kempen yang pernah dilaksanakan. Jika cara lembut tidak mereka hiraukan, apa salahnya mencuba cara yang agak tegas iaitu mengeluarkan denda kepada setiap orang yang melakukan kegiatan membuang sampah atau apa sahaja yang mungkin akan menambahkan kekotoran kawasan tersebut. Cadangan pemasangan kamera litar tertutup yang dihubungkan terus ke bilik pemantauan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga membantu kecekapan pemantauan (cadangan Aliza) mungkin satu idea yang baik tetapi apa yang kita risaukan ialah kos perbelanjaan alat tersebut adalah mahal dan alat seperti itu lebih baik digunakan untuk tujuan pengawasan jenayah yang semakin menjadi-jadi di Sabah ini.

    Selain itu, kerajaan yang bertanggungjawab juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kebersihan sama ada melalui aktiviti pembersihan kampung sebulan sekali atau mengadakan pertandingan kebersihan di kalangan rumah penduduk. Paling penting pemantauan berterusan dilakukan sepanjang masa. Contohnya, Jabatan kesihatan dan DBKK akan mengeluarkan surat amaran dengan mengatakan bahawa mereka akan datang sebulan sekali ke tempat tersebut. Tapi ingat bahawa amaran tersebut haruslah disusuli dengan tindakan agar penduduk kampung sentiasa prihatin terhadap kebersihan kampung mereka. Jika sebaliknya, mereka sudah pasti akan lalai dan tidak memperdulikan amaran yang diberikan di kemudian hari.

    Jumpa lagi.

    BalasPadam
  53. assalammualaikum YA2008-1470

    saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutaran oleh puan intan. sebagai rakyat malaysia saya juga menyedari akan kesilapan masyarakat sekeliling yang mana mempunyai tabiat tidak menjaga kebersihan. pihak kerajaan juga telah banyak membawa pendekatan agar kita tidak mengotorkan lagi dunia kita ini tetapi kebanyakan orang kita tidak mengambil endah. salah satu pendekatan yang kerajaan telah buat ialah mengadakan pertandingan kebersihan peringkat kampung-kampung, tetapi apa yang menyedihkan usaha tersebut sekarang seolah-olah telah dihentikan dan tabiat yang baru mula tumbuh telah terbantut pertumbuhannya.
    dalam pada itu, salah satu usaha yang masih diteruskan ialah usaha mengumpul sampah yang boleh dikitar semula (Recycle). oleh yang demikian apa yang hendak saya katakan disini ialah kerajaan haruslah meneruskan setiap apa yang dimulakan bagi menanam sikap suka menjaga kebersihan dikalangan masyarakat di Malaysia ini.

    BalasPadam
  54. Assalamulaikum dan salam sejahtera…
    Pada pendapat saya, rancangan kempen yang sesuai diberikan untuk kempen kebersihan ialah ‘Musuhi Sampah’. Hal ini kerana melalui perkataan di dalam kempen ini telah menyampaikan mesej di dalam kempen tersebut. Selain itu, di dalam melaksanakan kempen ini maka para pelaksana kempen perlu mengenakan denda kepada mereka yang tidak menghiraukan kempen ini atau tidak mengambil tindakan susulan untuk menjayakan kempen ini. Sebagai contoh, para pelaksana kempen perlu berpakat dengan pegawai kebersihan tempatan untuk mengadakan pemeriksaan secara mengejut pada setiap bulan dengan sekurang-kurangnya tiga kali dalam sebulan. Oleh demikian, para penduduk setempat akan sentiasa berjaga-jaga dan mengekalkan kebersihan.

    BalasPadam
  55. Salam sejahtera. Bagi pendapat saya, rancangan kempen yang ingin dilaksanakan haruslah melibatkan semua golongan lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, pangkat, gender atau agama. Ia haruslah bersifat menyeluruh. Saya berpendapat rancangan kempen kebersihan boleh menggunakan pendekatan melekatkan poster-poster gambar kesan penyakit berbahaya (mengerikan) yang disebabkan tahap kebersihan sesebuah kawasan yang kotor. Ia sebagai satu cara untuk mengertak penduduk rumah yang tidak mengamalkan kebersihan akan dilekatkan poster sedemikian sebagai tanda rumah tersebut kotor. Saya mempercayai bahawa kita akan berasa malu untuk dilabel sebagai pengotor, maka akan cuba sedaya upaya untuk mengamalkan kebersihan.
    Selain itu, rancangan kempen kebersihan yang saya fikirkan berkesan adalah dengan mengadakan spot chek pada bila-bila masa tanpa mengira masa pejabat (termasuk hari cuti dan malam) untuk memupuk kesedaran penduduk untuk menjaga kebersihan kawasan pada setiap masa. Penghuni rumah yang kotor akan didenda untuk membersihkan kawasan perumahan tersebut untuk sebulan. Sesiapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman yang lebih berat seperti khidmat masyarakat selama 6 bulan di kawasan lain ataupun mana-mana tempat kotor yang memerlukan pembersihan.
    Manakala, penghuni rumah yang terbersih untuk 2 tahun berturut-turut bolehlah diberi ganjaran wang tunai ataupun penghargaan yang boleh menggerakkan hati penghuni lain untuk berlumba-lumba mendapatkannya. Bagi memastikan gerakan kempen ini berterusan, kita haruslah meminta kerjasama daripada pihak JKKK atau NGO’s untuk mengadakan gotong-royong secara berkala di tempat-tempat yang kotor. Contohnya, setiap 2 bulan, Ngo dan pihak JKKK berganti-ganti menganjurkan gotong-royong bersama di kawasan terbabit. Ceramah yang bersifat infotainment boleh diberikan kepada golongan yang muda agar amalan menjaga kebersihan boleh dipupuk dari usia yang awal.
    Dengan itu, amalan kebersihan di sesebuah kawasan tersebut tidak hanya akan bersifat sementara.Pendek kata, semua golongan masyarakat haruslah memainkan peranan masing-masing.

    BalasPadam
  56. Apa yang perlu dilakukan adalah usaha berterusan.Keprihatinan dan tanggungjawab serta kerjasama semua golongan perlu lah ada bagi menjayakan kempen yang dijalankan mencapai objektifnya. Kesedaran tentang pentingnya keberishan perlu diserapkan ke dalam pemikiran masyarakat, setiap ahli komuniti pasti tahu kebersihan adalah tunjang kepada kesihatan

    BalasPadam
  57. Hai, mengikut perbincangan di atas iaitu mengenai perancangan dan pelaksanaan kempen, saya amat bersetuju mengenai kenyataan bahawa kempen yang baik seharusnya mempunyai perancangan dan pelaksanaan yang terancang dan terkawal.Mengikut contoh kempen yang diberikan di atas iaitu kempen kebersihan, kes ini biasanya timbul di kawasan tertentu di mana penduduknya boleh dikatakan tidak didedahkan kepada kebersihan.Akan tetapi bukan semua mereka yang tidak didedahkan, ada di kalangan mereka telah didedahkan kepada kebersihan tetapi oleh kerana gaya hidup yang serba kekurangan mereka terpaksa menjalani kehidupan yang seba kekurangan dengan persekitaran yang kurang menyenangkan.Jika dilihat daripada perspektif demografi penduduk, kes ini biasanya wujud di kawasan bandar yang tidak terancang iaitu kawasan setinggan. Saya kurang bersetuju dengan anggapan bahawa masyarakat yang tidak mengamalkan kebersihan ini sebagai individu yang tidak berpengetahuan.Mereka berkemungkinan terpaksa menjalani kehidupan begitu kerana kekurangan kemudahan dan mempunyai pendapatan yang kurang untuk menjalani kehidupan yang bersih. Pada pendapat saya pengetahuan mengenai kebersihan dapat dipupuk dalam diri individu itu sendiri tanpa diajar kerana setiap manusia sememangnya mempunyai akal fikiran untuk berfikir apa yang baik dan tidak untuk mereka. Pada pendapat saya,mereka ini bukannya kurang pengetahuan mengenai kebersihan tetapi mengabaikan kebersihan dalam kehidupan mereka.Sebagai contoh,pembuangan sampah di merata-rata tempat dan pembuangan air kumbahan di dalam sungai. Bagi menjaykan kempen sebegini,saya berpendapat bahawa kerjasama daripada kerajaan amat diperlukan untuk menjayakan kepmpen ini.Contohnya, kerajaan boleh membina kawasan perumahan kos rendah untuk penduduk kawasan setinggan ini dan memastikan rumah ini diberikan kepada individu yang berhak untuk mendapatkannya.Selain itu pengagihan tong sampah secara percuma kepada setiap rumah juga boleh dilakukan.Ini harus disertakan juga dengan kemudahan mengangkut sampah sekurang-kurangnya seminggu sekali oleh pekerja MBKS.Sekian…..

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

    Seperti yg diketahui perancangan & pelaksanaan pelan kempen merangkumi 3 aspek utama iaitu; perancangan matlamat, perancangan dokumentasi dan pelaksanaan kempen.

    Sebelum melakukan pelaksanaan sesuatu kempen, beberapa aspek perlu dititikberatkan oleh pelaksana kempen, apatah lagi bagi kempen ‘Kesihatan’ ini yg melibatkan pelbagai pihak, tidak kiralah penglibatan mana-mana pihak, yg pasti ianya hendaklah dilakukan secara kolektif oleh seluruh anggota masyarakat. Pada pandangan sy, kempen telah diketahui akan peranannya, iaitu untuk mengubah sudut pandang mahupun tingkahlaku audiens. Tapi apakah tahap keberkesanan kempen yg byk dilakukan pada masyarakat di Malaysia pada masa kini?

    Kempen kebersihan, di mana situasi Persekitaran yg kotor, Tidak terurus dr segi pembuangan sisa kumbahan, Dikenalpasti sbg kawasan berpotensi menjadi pusat wabak penyakit, Lokaliti-Kurang berpengetahuan & mengabaikan aspek kebersihan. Melihatkan kpd bbrp aspek dalam permasalahan ini, pada pandangan saya ada beberapa aspek yg hendaklah diberikan perhatian, iaitu :

    i- Pendedahan oleh Media
    Pelaksana Kempen hendaklah memilih media yg mudah diakses oleh khalayak ramai, contohnya hebahan melalui media Cetak mahupun media Elektronik. Yang mana hebahan ini hendaklah di lakukan secara berkala bagi memastikan kempen kesihatan ini dapat mencapai objektifnya iaitu, bagi memberitahu dan secara tidak langsung mampu mendidik masyarakat. Hebahan hendaklah dilakukan dalam bahasa tempatan yg mudah difahami oleh penduduk terbabit.

    ii-Peranan Sumber Manusia
    Hal ini adalah melibatkan semua Ahli Jawatankuasa kampung / lokaliti di kawasan yg terbabit. Yang mana, pihak pelaksana melatih tenaga kerja dengan memberikan arahan/taklimat yg jelas tentang peranan masing2 utk menjayakan kempen kebersihan ini yg turutsama melibatkan AJK kampung. Contohnya, melakukan aktiviti gotong royong sebulan sekali yg diketuai oleh JKKK kampung dan semua anak buahnya ditambah dgn penglibatan daripada agensi kerajaan spt DBKK dan seumpamanya.

    iii- Pematuhan terhadap undang2
    Pihak kerajaan turut sama memainkan peranan utk memantau kawasan yg dikenalpasti, bagi memastikan pematuhan terhadap amalan kesihatan oleh warga penduduk di kawasan terbabit. Contohnya, Pihak kementerian Kesihatan boleh meletakkan satu pos kawalan yg akan sentiasa memberikn informasi dr semasa ke semasa berhubung amalan kesihatan ini.

    Selain itu, pihak berwajib juga boleh mengenakan denda kepada mana-mana pihak yg sengaja melanggar kepatuhan arahan kesihatan, seperti membuang sampah di merata-rata tempat. (Mungkin pos kawalan akan membantu memberikan sedikit ketakutan kpd masyarakat sekiranya dikendalikn oleh pihak berwajib seperti, Pihak Berkuasa Tempatan/Polis).

    Sekian.

    BalasPadam
  59. Salam Damai..

    pendapat saya.. Aspek kebersihan adalah asas yang memainkan peranan penting kepada penjanaan taraf kesihatan dan kehidupan manusia secara amnya. Sekiranya tahap kebersihan rendah (kotor, sampah sarap, penyakit dsb) secara signifikannya tahap kesihatan dan kehidupan manusia runtuh.
    Sekiranya ada kawasan yang mengalami tahap kebersihan yang teruk, maka ini merupakan cadangan dan pelan pelaksanaan kempen saya iaitu seperti dibawah;
    Kempan Kebersihan bertajuk “SAYANGI ALAM SEKITAR”
    Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang mesti kita hargai dan jagai kerana ia mempunyai banyak manfaat. Setiap agama menggalakan umatnya supaya menjaga kebersihan alam sekitar. Kebersihan alam sekitar dapat membantu kita untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni. Kita juga dapat menghirup udara yang segar apabila alam sekitar itu bersih. Sekiranya alam sekitar itu, kita akan merasa tidak selesa dan jijik. Kita mungkin akan terdedah dengan pelbagai penyakit seperti kolera, denggi dan sebagainya.
    - memberi penerangan tentang punca-punca yang menyebabkan Ketidakebrsihan Alam Sekitar; Pencemaran yang terdapat di negara kita sendiri dapat kita lihat samada pencemaran udara, darat dan sungai. Terutama sekali, pencemaran darat di mana banyak sampah-sampah dibuang di tempat-tempat tertentu oleh orang yang kurang bertanggungjawab dan boleh membuatkan negara kita tidak selok dipandang orang terutama sekali dengan kedatangan pelancong.Kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya tugas pembersih. Orang ramai tidak kira tua atau muda mestilah peka akan kebersihan alam sekitar.Oleh itu, jangan ada yang bersifat tidak ambil peduli kerana kita mesti melakukannya dengan sukarela dan tanamkanlah sifat menjaga kebersihan ke dalam diri disetiap individu masing-masing.

    - Memberi cadangan cara mengatasi masalah ketidakbersihan; Ada pelbagai cara dan ikhtiar untuk mengekalkan alam sekitar yang bersih, antaranya dengan mengadakan kempen kebersihan secara beramai-beramai dan bergotong-royong. Seperti yang kita tahu, pihak kerajaan juga banyak turut terlibat didalam kebersihan alam sekitar seperti mengadakan kempen dan iklan. Begitu juga dengan memberikan denda ke atas pesalah yang membuang sampah sesuka hati di merata tempat. Kebersihan alam sekitar itu penting disetiap negara contohnya di negara kita sendiri. Seperti yang kita tahu,pelancong-pelancong suka datang ketempat-tempat yang aman damai terutama kebersihan sesuatu negara itu untuk berehat menghirup udara yang segar.
    Oleh itu,dengan adanya kempen kebersihan seperti ini secara automatik dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi negara melalui kedatangan pelancong-pelancong negara asing yang tertarik dengan kebersihan negara kita. Segala masalah pembuangan sampah ini mungkin tidak dapat diatasi sekali gus tetapi ia boleh dikurangkan mengikut peredaran masa dengan adanya sifat bertanggungjawab di setiap individu.
    Sekian….

    BalasPadam
  60. salam sejahtera
    pada pendapat saya, perancangan bagi melibatkan kebersihan persekitaran dengan hanya memberi pendidikan belum tentu mampu mewujudkan tahap kesedaran dalam diri masyarakat. Hanya sesetengah golongan masyarakat yang menerima pendidikan tersebut. Oleh itu, memberi pendidikan juga perlu seiring dengan menjalankan atau melaksanakan sesuatu tugas ataupun tanggungjawab seperti yang telah diterapkan dalam pendidikan tersebut. Seperti saranan yang menyatakan kita perlu membuang sampah ke dalam tong sampah, para pendidik perlu menunjukkan terlebih dahulu tauladan tersebut. Oleh itu pelajar akan mengikuti apa yang dibuat oleh guru mereka sebgai pendidik mereka.

    BalasPadam
  61. Salam...dari apa yang telah saya baca tentang ulasan-ulasan rakan saya di atas, terdapat banyak idea-idea yang sangat baik dan berkesan. Bagi saya sendiri, kempen kebersihan merupakan satu usaha yang sangat penting dan murni untuk menyelesaikan masalah kebersihan di negara kita. Oleh sebab itulah perancangan yang sistematik dan teliti perlu dilakuan untuk menjalankan kempen kebersihan yang dilakukan. Kempen yang akan dilakukan perlu menitikberatkan bukan sahaja dari segi matlamat, tujuan dan hasil yang diinginkan dalam kempen tersebut tetapi pengetahuan tentang latar belakang tempat dan kumpulan yang terlibat dengan kempen itu juga adalah sangat penting. Ini bagi membolehkan kita memahami masalah, kehendah ataupun keperluan mereka agar kempen yang akan dijalankan dapat diselaraskan dengan mereka. Sebagai contoh, pihak pelaksana yang ingin melaksanakan kempen kebersihan sungai. Pihak pelaksana perlu memahami kenapa sungai itu kotor, adakah ianya berpunca dari sikap masyarakat di kawasan tersebut sepenuhnya ataupun ada faktor lain yang turut menyebabkan sungai tersebut kotor. Sekiranya punca masalah dapat difahami maka adalah mudah bagi pelaksana kempen mencari strategi yang sesuai digunakan dengan kempen.Strategi yang digunakan termasuk kaedah pembujukan yang diterapkan dalam kempen mestilah efektif dan mampu mengesani khalayak sasar. Selain itu, pelaksana kempen juga perlu menetapkan cara pelaksanaan kempen tersebut. Sama ada melibatkan media cetak, media elektronik, atau sebagainya. Kemudian cara penyelesaian untuk mengatasi masalah kekotoran itu juga perlu disediakan sama ada menggunakan cara bergotong-royong, penambahan tong sampah,memberi penghargaan dan lain-lain lagi. Apa yang penting ialah, cara penyelesaian ini mampu memberi kesedaran kepada khalayak sasar kempen mengubah tindakan khalayak sasar ke arah positif seperti yang diinginkan.
    Pelaksanaan sesuatu kempen kebersihan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak agar hasil yang diperolehi daripada kempen yang dijalankan mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.

    BalasPadam
  62. Salam 1 Malaysia,

    Bagi melaksanakan sesuatu kempen kebersihan pelbagai bentuk pelan perancangan dapat digariskan antaranya ialah dengan mengadakan ceramah-ceramah kesedaran di peringkat sekolah, di kawasan-kawasan kejiranan atau kampung.

    Langkah berikutnya ialah membuat gotong-royong bersama-sama masyarakat di kawasan yang dikenalpasti dengan melibatkan kerjasama agensi, syarikat-syarikat dan golongan berpengaruh seperti ADUN kawasan tersebut bagi menarik ahli masyarakat menyertai gotong royong tersebut.

    Selain itu insentif seperti hadiah atau saguhati diberikan kepada kawasan atau kampung yang paling bersih. Risalah dan poster juga boleh digunakan sebagai medium untuk memberi lebih kefahaman kapada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan kesan-kesan yang timbul akibat kekotoran.

    BalasPadam
  63. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam