Pages

Rabu, 18 Ogos 2010

[AK30903] Kuliah 4

Mesej rekaan adalah antara mesej yang lazim diedar/salur/hebahkan dalam sesebuah organisasi selain daripada mesej formal dan informal. Ketekalan dan kesempurnaan mesej rekaan menjadi sebab bagi set mesej berkenaan diperkatakan malah diperdebatkan oleh khalayak dalaman mahu pun luaran sesebuah organisasi. Sungguhpun begitu, mesej rekaan ada masanya berpotensi menjadi 'mesej sensitif' yang boleh membawa masalah kepada imej-reputasi sesebuah organisasi apatah lagi mesej jenis ini dikaitkan dengan peribadi seseorang individu pekerja atau pengurus dalam organisasi berkenaan.

Fikirkan...Senaraikan contoh ‘mesej sensitif’ yang lazim timbul semasa krisis pecah amanah/rasuah/penyelewengan kuasa yang melibatkan penjawat-penjawat awam di sesebuah organisasi kerajaan? Nyatakan sebab mengapa pihak media massa berminat untuk mendapatkan mesej sedemikian

37 ulasan:

  1. Salam. 'Rumors' atau khabar angin biasanya dikaitkan dengan mesej rekaan ini. Biasanya apabila berlaku sesuatu isu maka timbul lah pelbagai khabar angin. Isu berkaitan penyelewengan/ pecah amanah ini kadangkala mengandungi mesej sensitif yang boleh mengundang impak kepada imej-reputasi sesuatu organisasi. sebagai contoh mesej sensitif yang timbul, berkaitan nama organisasi, jawatan yang dipegang, pihak-pihak yang terlibat. Hal ini menjadikan media berminat untuk mendapatkan mesej demikian sebab boleh menjadikan suatu berita yang hangat, untuk media memperoleh lagi lebih bahan berita.

    BalasPadam
  2. Selamat malam dan salam sejaterah...“mesej sensitive” bermaksud mesej yang terkandung dalam isu-isu yang negatif dan biasanya ia mengandungi kesalahan penggunaan kuasa dalam organisasi seperti rasuah adan pecah amanah (salah guna kuasa). Contoh mesej sensitive yang pernah saya alami, semasa saya dan rakan-rakan telah membuat permohonan bantuan biasiswa pada tahun 2008 dan permohonan saya telah ditolak (mungkin tidak mencapai tahap yang mereka iniginkan) dan salah seorang daripada rakan saya berjaya mendapat bantuan biasiswa tersebut. Selang beberapa hari saya terdengar perbualan rakan-rakan saya bahawa dia berjaya mendapat bantuan biasiswa tersebut melalui “orang dalam” iaitu sahabat Ayahnya. Ia menjadi satu mesej sensitive kerana isu ini sepatutnya menjadi rahsia antara mereka tetapi ia telah di hebohkan dan penyalahan gunaan kuasa telah wujud disitu. Ini membuatkan saya memandang rendah terhadap organisasi ini sehingga hari ini kerana ia menimbulkan ketidakadilan bagi pelajar yang betul2 memmerlukan bantuan kewangan dan sekaligus menjatuhkan reputasi dan imej organisasi ini hanya kerana pegawai yang bertanggngjawab menyalahgunakan jawatan mereka.

    Bagi saya, media berminat untuk mendapat mesej sedemikian kerana biasanya mesej sedemikian akan melibatkan orang-orang penting dalam kerajaan dan orang-orang yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi. Berita akan menjadi lebih bernilai sekiranya mereka berjaya mendapatkan berita tersebut. Tambahan lagi, orang ramai lebih berminat kepada isu-isu yang lebih dekat dengan mereka. Sekian.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Pada pendapat saya, mesej sensitif dicipta adalah untuk menjatuhkan reputasi sesebuah organisasi ataupun individu. Kadangkala mesej sensitif adalah benar dan kadangkala pula hanyalah rekaan semata-mata. Antara contoh mesej sensitif yang diselitkan dalam sesebuah kes yang melibatkan rasuah, pecah amanah, dan penyelewengan adalah kes Dato' Sri Anwar Ibrahim yang belum lagi selesai hingga sekarang ialah kes rasuahnya, pelbagai isu ditambah dalam kes tersebut sehingga kes ini menjadi begitu rumit untuk diseselaikan.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum & salam 1 malaysia.
    Terdapat banyak contoh kes yang berkaitan dengan mesej sensitif dalam sesebuah organisasi melibatkan rasuah. Sememangnya sebelum sesuatu mesej menjadi mesej sensitif,terdapat cakap-cakap sama ada dalam sesebuah organisasi atau luar organisasi yang membicarakan tentang sesuatu kes penyelewengan atau rasuah. Sebagai contohnya, Pengurus Besar Sime Darby yang didakwa atas tuduhan rasuah. Sebelum berlakunya mesej sensitif tersebut, terdapat khabar yang mengatakan Syarikat Sime Darby mengalami kerugian yang terbesar dalam sejarah ekoran daripada lebihan kos dalam beberapa projek mega di Qatar dan empangan Bakun. mesej ini menjadi mesej sensitif apabila terbongkarnya nilai kerugian yang mencecah RM2 billion dan Pengarah Eksekutifnya pula diarahkan bercuti sementara siasatan lanjut dilakukan. Biasanya,sesuatu mesej rekaan bertukar kepada mesej sensitif apabila terdapat pihak tertentu dalam sesebuah Organisasi mendedahkan suatu masalah organisasi kepada media. Pihak media massa pula berminat mendapatkan mesej sedemikian kerana ianya boleh dijadikan berita yang sensasi dan mampu menarik minat khalayak untuk mengetahui sesuatu berita. Tambahan pula,Syarikat Sime Darby merupakan sebuah Syarikat yang besar dan terkenal di Malaysia dan Negara-Negara luar.

    BalasPadam
  5. Selamat sejahtera. Pada pandangan saya, ‘mesej sensitif’ yang lazim timbul semasa krisis rasuah yang melibatkan penjawat-penjawat awam di sesebuah organisasi kerajaan seperti ‘dakwaan kes rasuah ketua polis negara’ pada tahun 2007. Kes tersebut telah disiasat dan diibuktikan tidak benar. Tetapi seluruh rakyat Malaysia telah digemparkan oleh mesej tersebut pada waktu permulaan kes. Media massa berminat untuk mendapatkan mesej sedemikian kerana mesej sensitif berupaya menimbulkan sifat ingin tahu khalayak dan secara langsung dapat meningkatkan nilai komersial sesebuah syarikat media. Syarikat media mendapatkan profit hasil daripada pengiklanan. Jika syarikat mempunyai jumlah audience yang banyak, maka semakin banyak komoditi (iklan) yang diperolehi.

    BalasPadam
  6. Mesej sensitif adalah sesuatu perkara atau isu yang timbul selepas berlaku sesuatu kes untuk menjatuhkan reputasi syarikat mahupun individu. Mesej sensitif akan menjadikan nama baik sesebuah organisai jatuh. Pentadbiran kurang cekap dan tidak sistematik. Sebagai contohnya, kes rasuah yang berlaku di jabatan-jabatan kerajaan. Pentadbiran yang tidak cekap dan sistematik dalam pengurusan akan menyebabakan berlakunya kes rasuah. Nama baik kerajaan juga akan jatuh contohnya seperti kes2 yang berlaku pada masa sekarang. Ada sesetengah pihak menjadikan isu sebegini untuk menjatuhkan kerajaan.
    Media massa berminat untuk mendapatkan mesej sedemikian kerana mesej daripada sesebuah organisasi yang penting seperti kerajaan adalah berita yang sentiasa di tunggu oleh masyarakat. Kadang-kadang media juga berbuat demikian kerana inginkan syarikat media mereka mendapat tumpuan masyarakat. Media juga mahu masyarakat tahu tentang kesilapan yang dilakukan oleh organisasi dan organisasi dapat menangani hal ini dengan serius agar tidak berulang lagi. Masyarakat juga dapat mengetahui maklumat yang betul dan terkini apabila media massa menyampaikan berita itu kepada umum

    BalasPadam
  7. salam ramadhan dan salam perpaduan.saya ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat mengenai tajuk kali ini.bg pendapat saya,rasuah jg dikenali sebagai jenayah kolar putih.jenayah kolar ini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada pelaku.rasuah ini berlaku apabila seseorang individu memberi ganjaran atau hadiah dalam apa jg bentuk kepada individu yang lain.tajuk ini amat menarik utk media sebab penjawat awam dibayar gaji daripada hasil yang kerajaan perolehi melalui rakyat iaitu cukai.oleh itu,isu rasuah ini memang akan jadi berita yg sensasi kerana hasil rasuah ini adalah hasil titik peluh daripada rakyat itu sendiri.kt boleh lihat kes-kes kakitangan kerajaan yang menggunakan kuasa mereka dalam melakukan pecah amanah dan rasuah.golongan yang biasanya menggunakan kuasa ini dan menyalahgunakan kuasa selalunya mereka yg berpangkat besar @ketua jabatan kerana kumpulan mereka ini tahu dimana kelemahan sistem pentadbiran.sebagai cthnya pemberian tender kepada swasta @kontraktor yg memberi ganjaran(rasuah)mesti akan sentiasa dapat kontrak tersebut sebagai tanda balasan

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia....

    Pada pendapat saya, mesej sensitif merupakan perkara ataupun maklumat yang berkaitan dengan isu pecah amanah/penyelewengan kuasa. Apa-apa maklumat yang berkaitan dengan isu tersebut dikategorikan sebagai "mesej sensitif". yang mana perlu dirahsiakan daripada pengetahuan media massa. Antara contoh-contoh mesej sensitif yang dikategorikan "sensitif" ialah nama individu-individu yang terlibat, nama syarikat dan jumlah wang yang terlibat (digunakan) didalam kes rasuah tersebut...

    Mengapa media massa berminat untuk mengetahui maklumat sensitif ini antaranya adalah disebabkan oleh fungsi media massa tersebut sendiri iaitu menyampaikan maklumat. Selain itu, media massa juga tertarik bagi mendapatkan maklumat sensitif ini kerana kes penyelewengan kuasa/pecah amanah/rasuah selalunya melibatkan individu yang memegang jawatan yang tinggi didalam syarikat. Contoh kes seperti isu rasuah Ketua pegawai operasi (COO) anak syarikat kementerian pelancongan - Pempena Sdn Bhd - Mohammad Rosly Md Selamat didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah. Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15 Ogos 2006. Konsert tersebut adalah untuk penyanyi dari Timur Tengah, Amir Diab, di Kuala Lumpur City Centre dan Stadium Negara. Ummi Hafilda - yang pernah mendapat jolokan nama "Monica Lewinsky Malaysia" - pernah memberi keterangan dalam kes rasuah dan kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

    Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan. Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta. Datuk Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan. Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'. Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan. PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

    Melalui kes tersebut, kita dapat melihat bagaimana terbongkarnya kes rasuah yang dilakukan Pempena menarik perhatian ramai pihak dan akhirnya kes rasuah yang lain turut terbongkar dan didedahkan...

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum & Selamat sejahtera..
    Apa yang saya fahami berkenaan 'mesej sensitif' ini ialah, ia merupakan suatu perkara negatif yang tidak sepatutnya diberitahu atau dikongsi bersama individu atau kumpulan luar organisasi . Hal ini kerana, mesej sensitif adalah melibatkan atau mengaitkan sistem pengurusan atau pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Mesej sensitif ini biasanya melibatkan salah guna kuasa atau tanggungjawab individu di dalam organisasi dengan melakukan perkara seperti memberi atau menerima rasuah serta pecah amanah. Sebagai contoh, kes rasuah yang melibatkan seorang Hakim Syarie di Perak yang telah menerima rasuah sebanyak RM4200. Beliau didakwa menerima suapan kira-kira RM3,000 bagi melepaskan seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wanita tanpa mengikut prosedur. Selain itu, beliau juga turut didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,200 bagi ‘menyelesaikan’ dua kes poligami.

    Pihak media berminat untuk mendapatkan mesej sedemikian kerana berita tersebut melibatkan Insititusi Kehakiman Negara terutama dalam sistem Kehakiman Syariah. Di samping itu, berita tersebut menjadi lebih sensasi disebabkan individu yang terlibatkan merupakan seorang Hakim Syarie yang dianggap sebagai golongan beragama dan jelas mengetahui hukum hakam agama. Hal ini telah menjadi persoalan kepada masyarakat mengenai integriti para hakim di Malaysia.

    BalasPadam
  10. Salam.
    Salah satu contoh lain yang memaparkan mesej sensitif ialah kes penyelewengan projek PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin)pada tahun 2000 oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar pada era itu iaitu Dato' Annuar Musa. Isu ini menjadi lebih hangat dan sensitif berikutan penangkapan-tahan reman tiga orang pegawai tinggi kerajaan pusat. Hal itu menunjukkan bahawa pemimpin menggunakan dana yang diperuntukkan untuk rakyat miskin disalurkan kepada rakyat yang tidak miskin. Berikut adalah laporan Ketua Audit Negara Tahun 2000:

    (1) Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), semakan audit mendapati panduan-panduan yang dikemukakan oleh KPLB berhubung perancangan tidak dipatuhi sepenuhnya oleh pihak-pihak terlibat. Jawatankuasa PPRT di peringkat Negeri dan Daerah tidak begitu terlibat dalam perancangan projek. Pada umumnya, peracangan projek dibuat oleh agensi-agensi pelaksana dan dikemukakan terus kepada KPLB untuk kelulusan. Bermaknanya agensi seperti RISDA, KESEDAR, KEMAS, FELCRA lebih diambilkira dan mengkebelakangkan peranan jawatankuasa PPRT Negeri dan Jajahan/Daerah, sedangkan panduan KPLB menetapkan peranan jawatankuasa PPRT di dalam perancangan.
    (2) Apa yang belaku di negeri Kelantan didapati penyelarasan projek di peringkat negeri dibuat oleh KPLB sendiri, sedangkan sepatutnya ia dibuat oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPLB. Panduan ini diketepikan kerana diperbesarkan peranan agensi yang telah ditugaskan khas untuk mengurus projek PPRT mengikut jajahan: KESEDAR – Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli; RISDA – Pasir Puteh, Machang dan Tumpat, FELCRA Bhd – Tanah Merah dan Pasir Mas; KEMAS – Bachok dan Kota Bharu.
    (3) Berlaku amalan ketidak patuhan kepada penentuan peserta/pemilihan penerima projek - tidak berpandu kepada Sistem Maklumat Rakyat Termiskin (SMART) yang ada di Pejabat Jajahan. Sebaliknya dipakai ialah senarai lain yang ada pada agensi pelaksana (misalnya di Pasir Mas, senarai penerima projek tidak dipakai senarai orang termiskin yang ada pada ADO Pembangunan Jajahan, tetapi dipakai senarai yang disediakan KEMAS). Ini menyebabkan daripada 116 penerima (yang dikaji oleh audit) didapati 94 orang (81%) mereka yang tiada dalam SMART; 34% pula didapati penerima yang berpendapatan melebihi garis kimiskinan (melebihi RM230 sebulan), mampu memiliki peralatan rumah, kereta, rumah besar/binaan batu. Audit mengesahkan ada keluarga lebih dhaif tetapi tidak menerima bantuan PPRT.
    (4) Berlakunya agihan tidak saksama peruntukan PPRT di antara jajahan di Kelantan. Sepatutnya keutamaan peruntukan diberi ke jajahan tinggi jumlah rakyat termiskin. Namun yang berlaku di Kelantan, jajahan Bachok ialah yang kedua ramai rakyat termiskin berjumlah 2,234 keluarga, tetapi tidak disalurkan peruntukan PPRT dalam tempoh 1998, 1999 dan 2000 (mungkin kerana perbalahan di antara Menteri dengan Ketua Bahagian UMNO). Sebaliknya jajahan Machang yang hanya mempunyai 825 keluarga termiskin telah disalurkan empat projek PPRT yang bernilai RM6.04 juta hanya untuk manfaat kepada 276 keluarga.
    (5) Mengenai perlaksanaan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) – pemeriksaan audit kepada 13 daripada 50 projek di Pahang, Kedah dan Sabah dengan nilai peruntukan berjumlah RM1.16 juta, mendapati hanya dua TASKA yang beroperasi. Sementara 11 lagi tidak dapat dimanfaatkan kerana;
    (1) lokasinya tidak strategik, jauh daripada kediaman,
    (2) bangunan tidak mengikut spesifikasi – tidak selamat untuk digunakan, dan
    (3) tiada perabot/ peralatan mengajar.

    Saya bersetuju dengan pendapat saudari Jarinah Ambasing yang menyatakan tugas media adalah untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak, tambahan pula mesej-mesej sensitif dapat menjadikan sesuatu berita atau maklumat itu menjadi lebih hangat lagi dan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila menjadi berita utama dalam akhbar dan televisyen.

    BalasPadam
  11. pada pandangan saya,pihak media berminat untuk menulis isu2 berkaitan penyelewengan, pecah amanah, rasuah dan sebaigainya yang berkaitan penjawat awam ini kerana kandungan interest yang tinggi oleh kebanyakan kita. tambahan pula,penjawat awam ini adalah merupakan golongan yang dianggap sebagai 'orang kerajaan' dalam menyampaikan maklumat/bantuan daripada kerajaan kepada orang ramai. banyak isu-isu salahguna kuasa, rasuah dsb yang melibatkan penjawat awam ini diketengahkan oleh media. hal semakin buruk apabila isu ini dijadikan modal untuk mengaitkan salahlaku tersebut dengan parti politik. denagn erti kata mudah,isu ini dipolitikkan untuk menghangatkan dunia politik. sebagai contoh,dalam ahkbar Berita Harian bertarikh 3hb Jun 2010 berita bertajuk “418,200 penjawat awam babit rasuah. CEUPACS dengan kerjasama SPRM pastikan kakitangan kena tindakan.” Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam berurusan dengan tender dan kontrak kerajaan,mereka akan terdedah denagn isu seperti ini sekiranya tidak mempunyai pegangan agama yang kuat.isu seperti ini akan mengakibatkan imej organisasi yang terlibat tercalar akibat perbuatan segelintir kakitangannya yang mengambil kesempatan. melihat contoh yang lain pula seperti kes rasuah membabitkan aktiviti penyeludupan pasir ke Singapura yang didakwa dilakukan oleh 3 penjawat awam iaitu Penguasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Suhaimi Abdul Wahab, 36; Penolong Pegawai Tanah dan Galian Kota Tinggi, Abdul Ghani Hitam, 37, dan Pembantu Penguasa KDRM, Md. Noor Md. Yatim, 54 (Utusan Malaysia,9 feb 2010).

    BalasPadam
  12. Selamat sejahtera. seperti yang dinyatakan oleh Jarinah dan BA08110020, media merupakan mekanisme penting dalam proses penyaluran mesej kepada khalayak. Hal ini kerana, khalayak amat menpercayai mesej yang disampaikan dalam media, terutamanya surat khabar dan berita TV. Oleh itu, pengamal PR sesebuah organisasi perlu mengamalkan hubungan yang rapat dengan pengamal media. Justeru, pengamal PR dapat memastikan mesej yang disampaikan oleh media dapat membawa kebaikan kepada organisasi.

    BalasPadam
  13. Roshaslindah Bte Abdul Rashid.

    Assalamualaikum, salam sejahtera.

    Pendapat berkenaan ‘Sebab mengapa pihak media massa berminat untuk mendapatkan mesej sensetif’.

    Kebiasaanya, kes rasuah yang mendapat liputan meluas media melibatkan orang2 kenamaan @ berpengaruh, syarikat2 besar yang terkenal dan penjawat2 awam dalam sesebuah organisasi. Kerana apabila isu ini diutarakan kepada masyarakat melalui media, ia menjadi satu topik yang ‘hangat’ untuk di kongsi bersama. Mesej sensetif dalam contoh kes2 rasuah yang anda semua berikan menunjukkan bahawa media itu menjadi satu ‘keperluan’ kepada masyarakat untuk mengetahui peristiwa2 yang berlaku di persekitaran kita. . Kita sudah tahu bagaimana media memanipulasikan dan menggembar-gemburkan sesuatu fakta atau apa2 saja yang berkaitan dengan masyarakat di sekelilingnya, Apabila hal ini berlaku, kita semestinya mempunyai anggapan yang berbeza2 berkenaan isu yang diutarakan sehinggakan kita sudah ‘lali’ untuk mendengar dan melihat malahan membuat spekulasi sendiri mengenai ragam2 rasuah yang kian berleluasa. Tambahan pula, apabila media semakin aktif dan peka dengan isu2 sebegini, bak kata pepatah ‘dimana ada gula, disitu ada semut’.

    BalasPadam
  14. Good evening n happy weekend. For all of your comments , it makes me more clear about these issues. What should we do to solve these problems if we as a PR to the Govt organisations.. For me, let the police do investigation and as Pr we do the Press conference and inform to public dont believe all the rumors..

    BalasPadam
  15. salam sejaterah, mesej ini boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan mesej ini sering berlaku disekeliling kita...contohnya, saya telah mengenali seseorang yang berkerja dalam seektor awam, tetapi yang menghairankan adalah tahap pendidikannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya tetapi berjaya memasuki sektor awam, akhirnya saya mendapat tahu bahawa dia berjaya mendapatkan jawatan itu kerana ayahnya bekas pemandu menteri dan menteri yrtsebut telah menyerapkan anak pemandunya kedalam sektor awam. mesej ini bersifat sensitif kerana menteri tersebut telah menyalah gunakan jawatan beliau, malah is tidak adil bagi pemohon-pemohon yang sedang mencari kerja. media berminat untuk mendapatkanmesej sedemikian kerana ia melibatkan orang-orang yang besar dan terkenal.

    BalasPadam
  16. Menurut kefahaman saya, mesej sensitif merujuk kepada mesej berunsur negatif dan disampaikan sama ada dalam bentuk lisan (perbualan, rumors dsb) atau bukan lisan (surat layang/ surat khabar dsb). Biasanya, ia mungkin sekadar khabar angin yang cuba menjejaskan nama baik/reputasi seseorang individu, mahupun sesebuah organisasi, tapi kadang-kala ia merupakan sesuatu yang benar dan dapat dibuktikan dengan fakta. Sebagai contoh, kes rasuah/pecah amanah atau penyelewengan kuasa dalam sesebuah organisasi swasta atau yang melibatkan penjawat-penjawat awam.
    Mesej-mesej sensitif tersebut sentiasa menarik perhatian daripada pihak media. Ini disebabkan ia selaras dengan ciri-ciri sesuatu berita yang baik/bernilai tinggi iaitu “kepentingan” kandungannya kepada khalayak. Kandungan tersebut penting kepada khalayak supaya tidak dieksploitasikan oleh pihak-pihak terlibat. Atau seperti yang disebut oleh saudari, Freschela Pinus bahawa ia melibatkan orang-orang penting. Berita yang melibatkan orang penting/kenamaan sering dapat menarik minat khalayak disebabkan status mereka yang disanjung tinggi dalam masyarakat.

    BalasPadam
  17. Salam ramadhan dan salam 1 Malaysia. apa yang telah dibincangkan oleh rakan-rakan membuatkan saya lebih memahami kuliah ini. "medej sensitif", seperti yang telah dibincangkan,mesej sensitif merupakan salah satu mesej yang perlu dirahsiakan tetapi telah tersebar disebabkan khabar angin yang dibawa oleh orang dalam sendiri. Pada pandangan saya, mesej sensitif ini seakan fitnah yang direka bagi menjatuhkan nama sesebuah organisasi, dan, ianya mungkin cerita sebenar yang berlaku disebalik tabir sesebuah organisasi.

    Isu ini menjadi buruan pihak media kerana beberapa sebab, pada saya, media mencari isu mesej sensitif untuk disebarkan pada khalayak supaya khalayak menetahui disebalik apa yang berlaku, tanpa media, khalayak seakan buta dan ditipu oleh organisasi. Sasaran utama media adalah organisasi yang berunsurkan politik atau lebih mudah, parti politik yang terdapat di Malaysia. UMNO, PAS, PKR, DKP, dan MIC merupakan parti politik yang sering diintip media. benar atau tidak isu mesej sensitif yang berlaku akan menjadi rebutan khalayak untuk mengetahuinya,tambahan pula, khalayak merupakan rakyat Malaysia yang memilih parti politiknya sendiri untuk memerintah. Dari situ media mengejar nama dengan mengeluarkan bahan berita terbaik mereka, contohnya, BERITA HARIAN, UTUSAN, METRO, SUARA RAKYAT, HARAKAH dan sebagainya. akhbar ini akan bersaing menyampaikan mesej sensitif yang berlaku diantara parti politik.

    BalasPadam
  18. Antara contoh kes yang berkaitan dengan isu rasuah adalah seperti isu pembinaan banglo mewah, Ketua Pembangkang, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, timbul apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor. Sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan dipersoalkan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja. Di samping itu, seorang pembantu politik DAP Teoh Beng Hock terjatuh dari Plaza Masalam, bangunan yang dulunya menempatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor, selepas beliau disoalsiasat sebagai saksi dalam satu kes rasuah turut menarik tumpuan orang ramai.
    Isu tentang penyelewang kuasa ini sentiasanya membawa mudarat kepada banyak pihak. Oleh itu, ia harus ditangani dengan baik supaya tidak menjurus kepada akibat yang lebih serius. Dalam isu tersebut, adakah media memainkan peranan yang penting dan sebagai seorang pengamal PR, apakah yang harus dilakukan?

    BalasPadam
  19. Here, I want to share an article with you guys, Crisis Management, It's an Inside Job: Internal Crisis Communications by Jonathan Bernstein. It is about some tips for preparing internal audiences to be an asset to sensitive messages as well as crisis response. One of the strategies that be discussed in the article is create a rumor-control system. It seeks to provide a way by which internal audiences can ask questions and get rapid responses. You can designate certain trusted individuals as "rumor control reps" who will field questions as well as get reply from someone on the official crisis response panel. This can avoid the sensitive messages or rumors from spreading widely and lead to the negative outcome.

    BalasPadam
  20. Hai dan shallom kepada semua.Saya bersetuju dengan pendapat kawan2. Mesej sensitif ini selalu dikaitkan dengan mesej yang direka-reka yang mungkin membawa maksud tersurat dan tersirat tanpa pengetahuan luaran kita sendiri. Dengan adanya mesej-mesej sensitif maka timbul kepelbagaian spekulasi dan kontroversi di antara pihak.Dalam masa yang sama ia boleh menimbulkan isu dan krisis tidak kira pada sesiapa dalam jangksa masa yang tidak disangka.Apabila mesej sensitif ini berlaku pada sesuatu organisasi, hal ini boleh melibatkan semua penjawat-penjawat mendapat impak disebaliknya.Dalam masa ini juga, disana lah pihak media berebut-rebut atau ingin menguasai berita tersebut untuk disebarkan. Saya bersetuju dengan pendapat Jarinah iaitu media memainkan peranan sebagai penyampai maklumat/sumber kepada khalayak kerana tanpa media kita kemungkinan besar seperti katak di bawah tempurung. Namun, mesej sensitif ini masih boleh ditangani dengan peranan penting pengamal PR.

    BalasPadam
  21. assalamualaikum dan salam sejahtera...

    pada pendapat saya, mesej sensitif adalah berkenaan dengan satu ungkapan yang di buat sama ada dalam bentuk formal atau tidak, lisan dan bukan lisan. mesej sensitif ini biasanya timbul apabila krisis yang wujud dalam sesebuah organisasi gagal untuk di tangani. salah satu contohnya adalah berkaitan dengan pengurusan UMS pada masa kini. dipercayai, hampir 45% daripada pelajar UMS tidak mendapat penempatan d UMS. dan majoriti daripadanya adalah merupakan pelajar daripada luar negeri Sabah. isu ini menjadi semakin hangat di bicarakan apabila diketahui bahawa yuran asrama pelajar telah ditolak daripada pinjaman PTPTN tetapi mereka masih tidak mendapat tempat di UMS. pengambilan pelajar baru tahun satu semester ini adalah berganda lebihnya daripada semester2 lepas walhal UMS sedia maklum bahawa penempatan atau asrama di UMS adalah tidak mencukupi untuk menampung kesemua pelajar. tindakan mengambil pelajar baru tahun satu semester ini yang dikatakan berganda banyaknya di anggap mempunyai agenda di sebalik kejadian. demikian, timbul pelbagai mesej sensitif yang menyebabkan UMS dipandang serong oleh masyarakat dan pihak kerajaan. dan juga dipercayai UMS akan di audit berikutan dengan masalah yuran asrama di tolak tetapi penempatan asrama tidak diberikan. keadaan ini telah memberikan imej buruk kepada keseluruhan UMS yang diangap antara IPTA yang paling bermasalah pada kali ini. namun demikian, isu ini masih lagi dalam siasatan dan pihak UMS sendiri turut memberi maklum balas kepada beberapa ruangan akhbar onlin sebagai langkah membersihkan nama universiti.

    sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UMStetapsyarat_gunakuasamutlakuniversitiambilpenghunikolej/Article/

    BalasPadam
  22. Salam dan selamat berpuasa semua.. bagi pandangan saya, mesej sensitif ini merupakan suatu agenda yang boleh menjejaskan reputasi sesuatu organisasi terutama organisasi kerajaan. Contoh mesej sensitif yang saya temui ialah Skandal PKFZ di Malaysia. Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, didakwa atas dua tuduhan penipuan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
    Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September, 2002, dan 6 November, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega "distribution hub" di Pelabuhan Klang mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah:
    a) luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi:
    b) kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456.
    c) tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah "bayaran tertangguh" selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600), dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.
    Dengan demikian telah dengan sengaja mendorong Jemaaah Menteri untuk memberikan persetujuan kepada pembelian tanah tersebut yang mana Jemaah Menteri tidak akan memberikan persetujuan sekiranya fakta tersebut dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.
    Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa tertuduh boleh menyebabkan kehilangan salah kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu bahawa tertuduh terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi dan dengan demikian telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan.
    Mesej ini telah diperbesarkan oleh media kerana ia melibat ramai pegawai kerajaan. Media menunjukkan bagaimana tanggungjawap pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.
    disini kita dapat lihat perana perhubungan awam kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini kerana kes ini melibatkan ramai individu yang menjawat jawatan kerajaan dan orang penting dalam kerajaan

    BalasPadam
  23. Pada pandangan saya, seseorang pengamal PR harus sentiasa mengelakkan diri daripada sebarang jenayah yang berkaitan dengan penyelewengan kuasa. Seseorang pengamal PR harus menlaksanakan jawatnya tanpa melanggar etikanya sebagai seorang profesional. Di samping itu, pengamal PR juga boleh menguruskan mesej-mesej sensitif dengan bantuan pihak media. Ini disebabkan media memainkan peranan penting dalam memaparkan sesuatu mesej terutamanya mesej sensitif. Oleh demikian, seseorang pengamal PR dapat menapis mesej-mesej sensitif atau mengelakkan khabar angin yang tidak tepat daripada disebar luas. Selain itu, apabila sesuatu mesej sentitif disebarkan kepada khalayak, pengamal PR boleh memberi penjelasan atau penafian terhadap mesej sensitif dengan bantuan pihak media.

    BalasPadam
  24. mesej sensitif ini timbul drpd mesej rekaan dimna orang2 sekeliling suka utk mereka2 masej setiap kali berlaku krisis pecah amanah.. masej2 sensitif inilah yg menyebabkan rmi org x lg percaya dgn organisasi tersebut.. cth mcm kes penyelewengan d bank yg melibatkn sindiket (kerani bank + kakitangan awam yg terdiri drpd pgawai2 kastam dn imigresen).. bila kes ini mulai disiasat tombul pelbagai masej sensitif yg menyebabkan org takut utk berurusan dgn mereka.. tunduhan pula dilemparkan sehingga mencemar nma baik organisasi mahupun peribadi individu yg terlibat walhal ia masih dlm siasatan..

    bg media pula, isu2 seperti ini dijadikan keutamaan kerana ia mampu menarik perhatian masyarakat umum yg terlibat secara tidak langsung (krn rmi org sentiasa berurusan di bank, kastam dn imigrasen) tentulah dgn meyebarkan dn mendedahan isu2 sebegini akn membantu org rmi agar lebih berhati2.. dn memandangkn negara kita kini bertungkus lumus memerangi rasuah, pendedahan secara besar2an oleh media menampakkn lg kesungguhan kerajaan dlm menangani kes2 seperti ini..

    BalasPadam
  25. Regarding the effort to protect the good image and reputation of an individual or an organization, the sensitive message should be handling or be covered? As my opinion, it should be handling but not cover. Find out the reason and where the source comes from is the main things to do in turn to handle the problems. Then, the next step is to take action or respond to the source.

    The sensitive message is something will bring devastating effects. Thus, it should be responded or handle before it turn into crisis. Besides, do not make light on any issues that occurred. It might be a source of crisis one day. Hence, take serious on it and settle it as soon as we can before it shift to devastating level. It is the best way to prevent crisis.

    BalasPadam
  26. salam..
    daripada perbincangan ini, banyak input dan contoh yang menarik yang telah diberikan oleh kawan2. Apa yang dapat kita perhatikan daripada kes-kes diberikan, sekiranya mesej sensitif yang seharusnya dilindungi oleh sesebuah organisasi ini tesebar, ia pastinya memberikan kesan yang buruk kepada organisasi berkenaan.
    Namun, pada pandangan saya sendiri, mesej sensitif ini adakalanya dicipta oleh sesetengah individu bagi menjatuhkan sesuatu organisasi berkenaan. Contohnya kebanjiran laman2 web, blog dan sebagainya pada masa kini menyebabkan mesej sensitif ini adakalanya tersebar dengan cepat dan meluas. Sudah pasti isu2 yang snsitif seperti kes Dato. Sri Anuar Ibrahim, Kes Sime Darby dan kes2 yang melibatkan organisasi korporat yang ternama ini akan menjadi liputan seluruh masyarakat. Sesetengah media yang berhaluan kiri (non-stream media) cuba menggunakan isu2 atau mesej2 sensitif contohnya mengenai jentera kerajaan untuk menjatuhkan @ mengkritik sistem yang sedia ada. Hal ini mungkin dapat dilihat dalam media baru (dunia internet) dalam aspek politik.

    BalasPadam
  27. asalamualaikum dan salam sejahtera..contoh yang dapat saya beri adalah seperti kes rasuah yang telah diterima oleh bekas Menteri Besar Selangor iaitu Dato' Khir Toyo..beliau telah dituduh menyeleweng duit kerajaan beberapa tahun yang lepas semasa dalam pemimpinan beliau sebagai menteri besar. Kes tersebut mendapat perhatian media dan secara terus-terusan mencari akan kesahihan kes tersebut. sehingga akibatnya beliau telah dijatuhkan untuk menjadi menteri besar pada pilihanraya yang lalu dan dikuasai oleh parti pembangkang. mungkinkah kes tersebut adalah taktik dan langkah yang dilakukan oleh pihak pembangkang tidak siapa yang tahu. tetapi kes tersebut seolah-olah telah ditutup dan dikatakan tiada tindakan daripada SPRM ke atas beliau selepas beliau digulingkan. mungkin terdapat andaian-andaian lain yang telah dilakukan oleh pihak non-mainstream media yang menyuarakan ketidakpuas hatian rakyat terhadap pimpinan beliau sebelum ini. ini menanpakkan bahawa pengaruh media terhadap rakyat dan pembaca sangat kuat apatah lagi menyentuh mengenai doal politik di negara ini.

    BalasPadam
  28. Selamat sejahtera. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Rusianti dan Norafidah bahawa mesej sensitive sseperti pecah amanah, rasuah dan peyelewengan sering disiarkan oleh “non-main stream” media. Media jenis “non-main stream” kebanyakan dimiliki oleh ahli pembangkang. Pada pandangan saya, mereka berbuat demikian bertujuan menumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Perkara sedemikian juga dapat dikesan dalam organisasi-organisasi swasta. Sebagai contoh, saya pernah menerima email yang menyatakan bahawa penggunaan produk X akan menyebabkan penyakit kanser. Email tersebut turut melampirkan bukti sainstifik yang menuduh bahan kandungan produk X merupakan faktor penyebab kanser. Beberapa hari kemudian, saya terbaca berita online yang menjelaskan isu produk X tersebut. Pegawai yang mewakili produk X menafikan khabar angin menyatakan produk mereka akan menyebabkan penyakit kanser. Wakil tersebut kemudian mengatakan bahawa khabar angin tersebut dicipta oleh seorang bekas pekerja yang dipecat kebelakangan itu. Bekas pekerja tersebut berasa tidak puas hati dipecat lalu mencipta khabar angin untuk mejatuhkan imej syarikat.

    BalasPadam
  29. Good evening. I am agreeing with Hui Keet whereby she pointed that we should handle the sensitive message, not cover it up. In my opinion, organization can use distraction technique to handle rumor when it is happening. For example, organization can organize some volunteer activities or sponsorship programmes to distract audiences‘attention toward the rumor. People are easily to forget the rumor when they are focusing on the other thing.

    BalasPadam
  30. ya,jika kita lihat dan teliti kandungan media yang tersiar di televisyen,contohnya berita, fakta dan kesahihan adalah diutamakan sebelum menyampaikan berita atau sesuatu isu kepada masyarakat. contoh terdekat yang pernah melanda negara kita sendiri contohnya semasa isu "felda bakal bakrup?". Kenyataan yang telah disebarkan oleh sebuah akhbar berhaluan kiri negara ini telah menimbulkan pelbagai polemik dikalangan masyarakat mahupun pihak kerajaan sendiri. Walaupun berkemungkinan isu ini mempunyai agenda politik yang tersembunyi, namun, mesej yang disampaikan dalam media arus perdana sangat berbeza berbanding media behaluan kiri. Terlalu banyak pendedahan terhadap maklumat sulit/isu sensitif yang dilaporkan dalam media berhaluan kiri yang pastinya mampu menjejaskan reputasi organisasi berkenaan.

    BalasPadam
  31. Masej sensitive bermakan sesuatu yang perlu dirashiakan dari pengetahuan umum.Tetapi inilah yang sebenarnya menjadi 'kebiasan' malah amalan kebanyakan masyarakat kita dalam menjalani pelbagai cabaran hidup. Ada yang perlu disimpan sampai mati, ada pula yang secara ikhlas mengemburkan kenyataan semata-mata mahu mendedahkannya dimata dunia...semuanya kerana ada kepentingan...
    Masej sensetive boleh diada-adakan. Bertujuan menjatuhkan reputasi demi kepentingan.

    BalasPadam
  32. Contoh seperti penyebaran sms,video dan foto oleh pejawat-pejawat awam di sesebuah organisasi kerajaan merupakan mesej sensitif yang melibatkan ahli-ahli politik dimana setiap isu yang timbul dalam politik akan berakhir di mahkamah.Selain daripada itu,penyampaian mesej yang gagal juga marupakan salah satu mesej yang sensitif sering berlaku di kalangan pejawat-pejawat awam.Sesetengah pihak media massa berminat untuk mendapatkan mesej sedemikian disebabkan ingin mendapatkan keuntungan dengan mengeluarkan publisiti bagi menarik perhatian masyarakat lebih-lebih lagi hal ini berkaitan dengan pemimpin politik.Sesetengah pihak media juga ingin menjatuhkan maruah dan martabat seseorang dengan menggunakan taktik kotor bagi melenyapkan individu berkenaan.

    BalasPadam
  33. In this new technology era, everything can be happening just in few seconds. An organization image or reputation might be spoil by their own worker, who spread the ‘sensitive message’ through the email, msn, or even the most famous social network – facebook, in a second. Bad news is the news. This is what I learnt during the class of “pemberitaan dan penulisan”. People are only interested in reading the bad news or messages. For example, we might not feel interested in reading the news entitled ‘ xxx company has make their highest profit within 1 year’. But maybe we will feel curios about the news that entitled ‘ xxx company CEO had been found corrupted ‘.

    BalasPadam
  34. In my opinion, the most reason why mass media interested in the ‘sensitive message’ is because the value of the news. Reporters always seek for the news with some characteristics such as timeless, prominence and different from the others. The news will become valued when readers like to read it and it will become the hot topic among the people in coffee shop. In Malaysia, mostly the ‘sensitive message’ is about the corruption issues among public servant.

    BalasPadam
  35. salam,
    sensitive messages or conversations the topic of negative deviations in the breach of civil servants in an organization. according to the example I gave, PKFZ scandal in Malaysia. Former Transport Minister, Tun Dr Ling Liong Sik, was charged with two counts of fraud scandal Port Klang Free Zone (PKFZ). shows the agenda as this may affect the reputation of a person and can lead to problems in an organization.

    BalasPadam
  36. hello, I agree with S.H.HONG, the media always want sensational news to attract the attention of readers or viewers. without the sensitive issue of media messages can not sell their stories to the public. issues such as corruption, criminal breach of trust, scandel is an issue that became a public conversation.

    BalasPadam
  37. Furthermore, I also agree with some of the opinion which stated that the sensitive message mostly disseminated by mainstream media. However, why was this happen? Is that any hidden motif behind the media? Or else the media just try to reveal the truth? Yet, that is always no exact answer to clarify the occurrence but for sure sensitive message is devastating enough to damage one’s image and reputation as well.

    BalasPadam