The Rational Model of Persuasion [RMP] menjelaskan bahawa [B]Kepercayaan + [V]Nilai dibahagikan dengan [M]Motif boleh membantu pembujuk mengesan kehadiran Sikap dan Tingkahlaku [A] yang ditunjukkan oleh individu sasaran pembujukan. Ini penting untuk pembujuk mengenalpasti perubahan tingkahlaku individu sasaran pembujukan berkenaan sama ada cenderung ke arah tingkahlaku menyokong pembujuk atau sebaliknya. Jika tingkahlaku sasaran pembujukan berlawanan dengan kehendak pembujuk, maka, pembujuk perlu memilih untuk menggunakan "LIMA [5] tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien".
Fikirkan...SATU [1] situasi yang anda fikirkan sesuai untuk menguasai sikap dan tingkahlaku sasaran pembujukan menggunakan "LIMA [5] tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien". Huraikan setiap satu daripada LIMA[5] tujuan realistik berkenaan mengikut situasi yang anda hadapi itu.
Assalamualaikum En.syah dan rkn2 sekalian, contoh situasi saya ialah "Seorang anak yang ingin membawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana ibunya mengalami batuk yang berterusan namun ibunya berkeras kerana telah biasa mengambil alternatif berubat secara kampung/tradisional."
BalasPadam1. Saya(sebagai anak) harus membina kepastian pada ibu saya bahawa rawatan di hospital lebih kurang sama sahaja seperti ubat cara tradisional. 2. Saya akan berkata dalam bunyi yang merajuk seperti "Ibu, dengarlah kata Acik..sampai hati ibu tak nak dengar nasihat anak ibu, ibu tak percaya dengan Acik?" Ini akan saya gunakan apabila Ibu saya menolak pelawaan saya. 3.Saya akan mengubah sikap ibu saya dengan menceritakan ibu bapa kepada rakan saya atau jiran sebelah rumah yang baru balik dari hospital dan sihat selepas memakan ubat dari hospital/klinik berkenaan. 4. Jika ibu saya masih berasa ragu-ragu dengan kebersihan, kos dan layanan yang diberikan oleh pihak hospital/klinik, saya akan membawanya ke hospital/klinik tersebut dan menunjukkan bahawa tahap kebersihan, kos dan layanan hospital/klinik tersangat baik dan memuaskan. 5. Setelah ibu saya mula berasa puas hati, saya akan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu saya kerana mempercayai saya dan mengucapkan yang saya sangat sayangkan Ibu, dan sebagai anak wajib untuk saya menjaga kesihatan beliau dan memastikan tempat beliau mendapatkan dijamin selamat dan berkualiti, dan jika ibu saya tersenyum saya terus akan mengingatkan ibu saya untuk memilih hospital/klinik sebagai tempat untuk beliau mendapatkan rawatan sekiranya beliau jatuh sakit.
***Apapun yang sakit itu datang daripada Allah S.W.T, maka banyakkanlah berdoa. Sebagai manusia tidak salah untuk kita berusaha, hasilnya serahkan sahaja kepada-Nya.
Salam 1 malaysia. contoh situasi yang saya alami ialah “seorang rakan yang tidak tahu menjaga kebersihan namun bersikap tidak perduli terhadap keadaan tersebut menyebabkan orang lain berasa jijik terhadap sikapnnya.
BalasPadam(1)Saya sebagai rakan baik harus menjadi contoh kepada rakan saya untuk menjaga kebersihan. Saya akan segera membersihkan diri apabila merasa diri berada dalam keadaan tidak selesa, membersihkan keadaan tempat tidur dari sebarang kekotoran, segera membersihkan pakaian yang kotor dan membuang sampah ketempat yang betul. (2) saya akan menggunakan nasihat secara berperingat dengan mengingatkan rakan saya agar menjaga kebersihan setiap masa. (3) saya akan mengubah sikap rakan saya secara perlahan-lahan dengan menampakkan kesan-kesan negatif akibat tidak menjaga kebersihan seperti menunjukkan berita atau melalui video-video tertentu. (4) seandainya rakan saya masih bersikap sedemikian, saya akan menggunakan langkah yang agak kasar dengan memulaukan rakan saya agar dapat menimbulkan keinsafan dalam dirinya. (5) setelah rakan saya mula berubah dan mula menitik beratkan kebersihan, saya akan mengunakkan kata-kata pujian agar rakan saya terus menanamkan sikap menjaga kebersihan dalam dirinya. Ramai yang berkata pujian dapat membantu dalam memujuk seseorang untuk berubah kearah yang lebih positif.
Assalamualaikum, Contoh situasi bagi diri saya yang mempunyai anak yang sudah bersekolah dlm tahun 3 tetapi saiz badannya seperti tingkatan 3. Dlm 5 hari persekolahan mungkin 1 atau 2 hari moodnya baik yang selainya dia suka mendiamkan diri, bisu seribu bahasa, walaupun berkali-kali menegurnya. Dia anak yang sulung daripada 3 beradik yang berumur 8 thn dan 5 thn.
BalasPadam(1) Dalam bulan Ramadan ini saya melatih anak sulung dan tengah untuk berpuasa. Pada hari ke 18 Ramadan waktu makam sahur anak sulung saya terlalu mengantuk sehingga tidur-tidur ayam di tempat duduknya kerana lewat tidur memandangkan cuti hujung minggu dan marah kerana kehendaknya tidak tercapati pada malam sebelum sahur tersebut. Saya memujuk anak saya untuk makan sahur dengan nada 'abang Afiq makanlah, jangan lah marah-marah lagi. Kan Ibu dah pesan tidur awal' dia tanpa mempedulikan kata-kata saya. (2)Ayahnya pula menegurnya dengan nada "Afiq makamlah!!.. kau ni asik-asik marah, kenapa mahu lawan cakap ayah dan ibu kah". Kedua-dua pembujukan tidak memberi kesan. (3)Setelah tiada kejayan dicapai, saya pun mula gagal mengawal perasaan dengan mengeluarkan kata-kata negatif "kalau begini perangai Afiq, sekali marah sekali rasa sakit ni,kau nak jadi apa ni ha.." disebabkan kata-kata saya, suami saya mula gagal mengawal selia tingkah lakunya sehingga tangannya naik ke muka anaknya disebabkan dengan kata-kata saya yang tidak beretika. (4)Dalam situasi pembujukan tidak berjaya, saya dan suami gagal mengawal perasaan dan tingkah laku sehingga menyebabkan anak terasa sakit dan bertambah marah lagi. (5) Saya selaku ibu perlu memainkan peranan penting dalam situasi sebegini dan bukannya menambah lagi kekusutan. Mengapa saya tidak memujuk dengan cara baik atau menarik perhatiannya dengan cara membuat lawak atau membiarkannya diam sahaja beberapa minit dulu dan tidaklah tangkan suami saya naik ke mukanya. Sedangkan saya sudah tahu sifatnya memang begitu.
Etika bermaksud satu usaha untuk meletakkan had atau sempadan dalam kata-kata, mengawal selia tingkah laku dan mengawasi proses membuat keputusan untuk bertindak ke atas sesuatu, agar tidak wujud maklum balas negatif terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh manusia kepada individu lain. Etika membabitkan pihak pertama, yakni si pelaku, pihak kedua iaitu sasaran pelaku dan pihak ketiga iaitu si pemerhati (Syahruddin Hj Awg Ahmad, Kempen dan Pemujukan : 58)
* Saya sebagai Ibu betul-betul menyesal dengan sikap saya yang gagal memujuk anak sendiri walaupun anak saya menpunyai saiz badan yang besar tetapi hakikatnya dia masih kecil lagi. Petikan diatas benar-benar menyentuh saya.
Selamat Sejahtera,
BalasPadamDi sini, saya akan merujuk kepada situasi saya memujuk kawan saya untuk pergi makan di luar kampus mengikut urutan LIMA tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien.
1: Bina kepastian
Setelah memujuk beberapa kali tetapi gagal, saya mengatakan "Betulkah kamu tidak mahu makan di luar kampus? Dengar kata, makanan di Restoran ABC lebih sedap berbanding makanan di kafe kampus. Tambahan pula, harga makanan di sana sangat murah. Bayangkan, cuma perlu guna RM5 untuk nasi bersama dengan tiga lauk. Ditambah lagi semangkuk sup. Mana ada harga yang sangat istimewa di kafe kampus. Betul tak? Jomlah, kita cuba makan di sana dahulu. Mungkin kamu akan rasa tertarik untuk makan di sana lagi selepas pertama kali makan di sana. Pasti kamu tidak akan menyesal sekiranya kamu mengikuti saya".
2: Kurangkan rintangan
Teknik ini akan digunakan sekiranya didapati rakan saya membantah secara sederhana. Perkara yang akan dikatakan oleh saya adalah seperti berikut "Saya selalu perhatikan kamu. Saya dapati kamu selalu membeli makanan di kafe dalam kampus. Kamu tidak akan berasa jemu sekiranya menatap makanan di situ setiap hari? Saya sudah rasa jemu menatap makanan-makanan di situ apatah lagi dengan harga yang tidak munasabah. Apa kata kalau kamu cuba makan di restoran yang saya rekomenkan terlebih dahulu. Kalau kamu masih rasa makanan di kafe dalam kampus adalah makanan yang paling sedap bagi kamu, terpulanglah kepada kamu. Saya tidak akan mengajak kamu makan bersama saya di luar kampus lagi."
3:Ubah sikap
Teknik ini akan digunakan sekiranya audien tidak mahu terlibat secara langsung dalam aktiviti yang diadakan oleh saya. Contoh ayat yang saya akan gunakan adalah seperti "semua kawan-kawan kita ada turut serta makan bersama-sama di luar kampus. Takkan kamu masih dengan pendirian kamu yang tidak mahu makan di luar kampus untuk sehari sahaja? Lagipun, bukan selalu boleh makan beramai-ramai di luar kampus".
4: Gandakan kadar perubahan sikap
Contoh ayat yang boleh digunakan oleh saya pada tahap ini adalah seperti berikut "Jomlah, janganlah degil. Sekali-sekala. Apa salahnya? Kalau kamu masih tidak mahu ikut, macam mana saya hendak beri penjelasan kepada rakan-rakan yang lain. Mereka amat berharap yang awak dapat ikut kami. Jomlah. Please..."
5: Galakan penampilan tingkah laku
Apabila audien mula memberi respon, saya akan memberikan kata seperti berikut" Betul tak apa yang saya katakan? Kalau pergi sekali sahaja makan di restoran itu, sudah pasti mahu pergi untuk kali kedua dan seterusya akan berasa hendak pergi banyak kali. Sama seperti situasi saya sebelum ini. Pada mulanya, saya juga berasa tidak yakin bahawa terdapat makanan yang enak dan murah di luar kampus. Apabila direkomenkan oleh kawan saya, barulah saya tidak teragak-agak untuk mengajak awak makan di Restoran ABC. Jadi, lain kali kita pergi lagi ke sana ya?"
assalamualaikum dan salam sejahtera.
BalasPadamcontoh yang paling dekat untuk saya bincangkan dalam blog ini adalah mengenai diri saya sendiri.
sebelum saya menyambung pelajaran di UMS, saya telah bekerja. pada mulanya, ibu bapa saya tidak mengizinkan saya bekerja jauh dari tempat tinggal kami. Pada mulanya saya menyatakan bahawa saya ingin bekerja dan ingin memiliki wang hasil titik peluh sendiri iaitu sebagai guru di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur. Namun, pelbagai alsan diberikan oleh ibu bapa saya yang amat risau akan keselamatan saya di bandar kelak. Saya memggunakan kaedah pembujukan dengan menyatakan tujuan dan kebaikan bekerja disana. walaubagaiamapun, kaedah tersebut tidak berkesan. Setelah saya berfikir, hanya ada satu jalanj sahaja yang boleh saya lakukan iaitu tidak bercakap dengan kedua ibu bapa saya dalam masa 2 hari, buakan melawan, tetapi memberontak. saya juga tidur di rumah mak cik saya untuk mengelakkan saya bercakap dengan kedua ibu bapa saya. selain itu, saya turut menghantar adik saya untuk memujuk ibu bapa saya agar mengizinkan saya bekerja di bandar. dalam tempoh tersebut, ternyata kaedah pembujukan saya berkesan dan akhirnya saya dapat bekerja di tempat yang telah ditawarkan.
Selamat Sejahtera,
BalasPadamDi sini, saya akan merujuk kepada situasi saya memujuk kawan saya untuk pergi makan di luar kampus mengikut 5 tujuan realistik tang mungkin wujud dalam diri dia.
a) Bina kepastian
Setelah memujuk beberapa kali tetapi gagal, saya akan mengatakan "pastikah kamu bahawa kamu tidak mahu makan di luar kampus? Dengar kata dari kawan saya, makanan di Restoran ABC sangat sedap dan beharga sangat berpatutan. Bayangkan, RM5 untuk sepinggan nasi bersama tiga jenis lauk ditambah lagi dengan semangkuk sup. Jomlah makan di sana. Pasti kamu akan berasa ingin pergi lagi setelah pergi untuk kali pertama."
b) Kurangkan rintangan
Teknik akan digunakan sekiranya kawan saya membantah secara sederhana terhadap ajakan saya. Jadi, saya akan mengeluarkan kata seperti "Saya selalu perhatikan kamu dan saya dapati kamu selalu membeli makanan di kafe kampu. Kamu tidak berasa jemu jika selalu makan makanan di situ? Saya sudah berasa jemu dengan makanan di situ ditambah lagi dengan perasaan tidak puas hati disebabkan harga yang dinyatakan dengan sesuka hati oleh peniaga. Apa kata kalau kamu cuba makan di restoran yang saya rekomenkan ini. Sekiranya kamu masih dengan pendirian kamu untuk makan di kafe kampus selepas makan di restoran yang saya rekomenkan, saya tidak akan berasa marah. Apa yang penting, kamu mesti pergi rasa dahulu sebelum kamu akan menyesal."
c) Ubah Sikap
Teknik ini akan digunakan oleh saya sekiranya kawan saya tidak mahu terlibat secara langsung dengan cadangan saya. Ayat yang mungkin akan digunakan untuk menarik perhatiannya adalah seperti "Semua kawan-kawan kita ada turut serta untuk makan bersama-sama di luar kampus. Mereka sangat berharap kamu dapat mengikuti perjumpaan kami di sana. Apa yang saya akan beritahu sekiranya mereka mengetahui bahawa kamu tidak ingin pergi? Kamu tidak berasa bersalah jika saya dilimpahkan dengan pelbagai persoalan nanti?"
d) Gandakan kadar perubahan sikap
Ayat yang akan digunakan oleh saya adalah seperti berikut "Jomlah, janganlah degil. Saya juga sudah nyatakan, bukannya selalu kita boleh makan bersama. Kamu akan berasa malu sekiranya makan bersama saya? Mungkin bagi kamu, saya hanyalah sekadar kawan biasa bagi kamu.Tak mengapalah, saya tidak mahu ganggu kamu lagi selepas ini. Saya minta maaf kerana memaksa kamu sahaja. Saya balik dulu. Saya tak ada selera makan lagi. Selamat tinggal."
e) Galakan penampilan tingkah laku
Apabila kawan saya mula memberi respon positif, saya akan menyatakan "Betul tak dengan apa yang saya perkatakan sebelum ini? Sedap rasanya makanan di sana. Sama seperti saya dahulu. Pada mulanya, saya pun tidak percaya bahawa terdapat makanan restoran yang ada menjual makanan yang sedap ditambah lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Setelah pergi makan di situ untuk kali pertama, saya rasa tertarik untuk makan lagi di sana. Kita pergi lagi lain kali ya?"
Assalamualaikum, saudari waty kenapa la anak kau tidak makan sahur pun, kamurang mau bedal dia. Lain lah kalau dia nda dingar cakap pasal perkara2 yang membabitkan kesihatan mahupun keselamatan, ini pasal dia nda mau makan...saudari kenalah faham, masa tu kan subuh-subuh arab urg dulu2 bilang, kadang2 kita tiada selera mau makan, tambahan pula dia mengantuk. Pendekatan psikologi amat penting utk memujuk anak-anak...bukannya menggunakan psekehlogi. Kasihanilah anak-anak anda, merekalah harapan kita dimasa akan datang.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam 1 Malaysia..saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ayie.Untuk memujuk anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan pendekatan psikologi.Ingatlah bahawa anak-anak tidak suka dengan pendekatan yang kasar. Mereka mudah berasa sakit hati dan memberontak sekiranya ibu bapa menggunakan pendekatan yang kasar.
BalasPadamSalam sejahtera semua...=)saya tertarik dan memahami 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien melalui contoh yang diberikan oleh Bee. Sebelum ini, saya kurang faham dengan 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien, dan menyebabkan penangguhan saya untuk memberikan contoh saya sendiri.
BalasPadamContoh situasi yang saya gunakan adalah daripada pengalaman saya sendiri, untuk memujuk rakan saya agar menyertai perkhemahan pathfinder. Rakan saya adalah seorang yang keras kepala dan kadang kala sangat sukar untuk dipujuk dan dipengaruhi.
1. Bina ketidakpastian.
Pada tahap ini, saya mengajak rakan saya untuk menyertai perkhemahan tersebut namun tidak berjaya. Dia tetap membantah dan tidak mahu menyertai perkhemahan tersebut. Saya telah mewujudkan ketidakpastian dalam dirinya dengan mengatakan, " kamu tidak pernah menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh zon kita. Kamu tidak tahu bagaimana seronoknya menyertai aktiviti2 seperti ini. Kamu rasa perkhemahan ini sangat memboringkan sedangkan kamu tidak pernah menyertainya. Antara semua belia di gereja kita, hanya kamu sahaja yang tidak pernah menyertai perkhemahan pathfinder. Kamu memang rugi..."
Kata-kata yang saya ucapkan sangat sesuai untuk menimbulkan rasa serbah salah dalam dirinya, kerana dia langsung tidak pernah menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan sebelum ini.Kata2 saya membuatkan rakan saya berfikir sejenak.
2. Kurangkan rintangan.
Setelah mengucapkan kata-kata tadi, rakan saya mulai mendiamkan diri dan hanya mendengar apa yang saya katakan. Dengan keadaan rakan saya yang hanya mendiamkan diri, saya mentafsir bahawa rakan saya mulai merasa apa yang saya katakan adalah benar. Dia mungkin mulai mengubah pendiriannya untuk menyertai perkhemahan tersebut. Dalam keadaan tersebut, saya mulai menceritakan pengalaman saya menyertai perkhemahan pathfinder pada tahun2 sebelumnya. Sangat seronok, pelbagai aktiviti, mempunyai ramai kawan baru dan banyak lagi. Saya berusaha menarik perhatiannya.
3. Ubah sikap.
Pada peringkat ini, saya telah menyedari bahawa rupa2nya rakan saya masih tetap keras kepala. Dia mengatakan " ya... betul juga la. Sa langsung tidak pernah menyertai sebarang aktiviti pathfinder. Tapi... perkhemahan tahun depan la baru saya ikut...". Dalam keadaan ini, saya bertambah geram dengan sikap rakan saya. Saya mulai mengeluarkan kata2 yang agak kasar dengan mengatakan, " ih... kamu tidak malu ka dari dulu sampai sekarang, kamu langsung tidak pernah menyertai sebarang aktiviti, sedangkan kamu merupakan seorang ahli kelab pathfinder?...Kamu hanya seorang ahli pathfinder atas nama sahaja." Kata-kata saya membuatkan rakan saya terdiam sekali lagi.
4. Gandakan kadar perubahan sikap.
Setelah mengucapkan kata2 tersebut, rakan bertanya, " 4 hari 3 malam sahaja kan?". Pertanyaannya membuatkan saya gembira. Saya masih berpeluang memujuknya. Dalam keadaan ini, saya mulai memberikan maklumat tambahan kepadanya. Saya juga mengajak rakan saya berkongsi khemah dengan saya.
5. Galakkan penampilan tingkah laku.
Setelah semua yang dilalui di atas, rakan saya telah bersetuju untuk menyertai perkhemahan pathfinder namun mengatakan, " sekiranya perkhemahan itu memboringkan dan menyusahkan, saya tidak akan menyertainya lagi...". Setelah perkhemahan itu berakhir, rakan saya telah berjumpa dengan saya dan mengatakan, " memang tidak rugi menyertai perkhemahan pathfinder. Selama ini saya memang rugi tidak menyertainya".
Saya sangat gembira dengan kata2 rakan saya dan mengajaknya untun menyertai perkhemahan pathfinder pada tahun2 seterusnya.
** Penggunaan 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien dengan betul sememangnya dapat memujuk seseorang individu.
Salam sejahtera. Contoh situasi saya adalah lebih kurang sama dengan saudari Bee dan saudari Kaylona iaitu memujuk kawan saya mengikuti kokurikulum ums sejati dengan mengikut 5 tujuan realistik yang mungkin wujud pada dirinya.
BalasPadamPada peringkat ini, saya telah gagal memujuk rakan saya mengikuti kokurikulum itu kerana dia berasa mengikuti kokurikulum itu amat penat. Dengan itulah, saya telah mengatakan bahawa awak tidak akan menyesal dengan mengikuti kokurikulum itu kerana awak akan berasa amat seronok apabila anda mengikuti kokurikulum itu dan kamu juga pasti akan mendapat banyak manfaat daripada kokurikulum itu. Selepas dengar penjelasan saya, kawan saya masih ada sedikit membantah untuk mengikuti kokurikulum tersebut, tetapi sekurang-kurangnya dia tidak lagi begitu membantah. Saya menegaskan lagi bahawa menyertai kokurikulum tersebut adalah satu pengalaman yang baik untuk kita yang jarang membuat senaman, dan badan kita juga akan menjadi lebih sihat. Oleh sebab kawan saya telah mendengar pembujukan saya, jadi dia pun cuba mengikuti kokurikulum tersebut. Hari itu saya cuba tanya kawan saya bahawa kamu sama menyesal atau tidak, dia beritahu saya bahawa jikalau dia tidak mengikuti kokurikulum ini, dia pasti akan menyesal kerana kokurikulum ini talah mendatangkan banyak faedah kepadanya. Jadi, inilah bermakna saya telah berjaya membujuk dia mangikuti kokurikulum ums sejati itu.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam sejahtera, cuba kita renungkan apa yang diperkatakan oleh Sarjana Confusius, ‘When it is obvious that the goals cannot be reached, don't adjust the goals, adjust the action steps’. Sebagai seorang pelaksana kempen jika kita berhadapan dengan situasi di mana kita mempunyai audien yang mempunyai sikap keras atau membantah, kita tidak perlu megubah matlamat atau menukar kempen tersebut tetapi apa yang perlu dibuat ialah menukar strategi kempen dengan matlamat yang sama. Sebagai contoh, kita mengadakan satu kempen anti merokok di pejabat-pejabat kerajaan, di mana audiennya sangat membantah kempen tersebut. Apa yang perlu kita buat ialah bagaimana kita membina ketidakpastian audien tersebut supaya ia kelihatan goyah atau seperti orang bodoh. Soalan soalan seperti, apakah anda pasti merokok itu tidak memberikan kesan pada kesihatan anda? Atau apakah anda pasti rokok tidak memudarat kepada diri dan keluarga anda? Jika audien tersebut tidak memberikan banyak bantahan, kita boleh mengurangkan rintangan dengan membawa audien tersebut kepada satu isu seperti berkecuali, supaya kita boleh mendapatkan maklum balas dari audien tersebut tentang prinsipnya berhubung isu tersebut. Audien yang tidak berminat dengan isu yang kita anjurkan, maka strategi baru ialah mengubah sikap audien dengan isu-isu yang mempunyai perkaitan seperti isu ekonomi, budaya, agama dan sebagainya. Apabila audien kelihatan mula mempunyai minat terhadap isu yang kita anjur, maka kita seharusnya menggandakan kadar perubahan sikap audien tersebut dengan membawa audien masuk ke dalam isu yang kita bawa sambil memberikan galakan kepadanya untuk menyokong idea kita. Selepas kita berjaya membawa atau menarik perubahan sikap audien untuk menyokong isu yang kita bawa, maka kita haruslah merangsang atau memberikan galakan penampilan tingkahlaku audien sebagai tanda atau bukti mereka menyokong kita atau isu kita.
BalasPadamSekian terima kasih.
Aidah@Dewi Berkata
BalasPadamAsalamualaikum semua, Dalam kuliah 6 ini, saya ingin kongsikan bersama situasi yang saya alami ketika saya memujuk untuk membawa anak ke kelinik pergigian, bagi mendapatkan rawatan. saya cuba memujuk dia dengan menggunakan pelbagai cara mengikut urutan lima tujuan relistik yang mungkin wujud dalam diri audien.
1.Membina Kepastian
Pada peringkat ini, selepas memujuk anak beberap kali tetapi menemui kegagalan, saya cuba mengatakan kepadanya “Adakah dia betul-betul tidak mahu ke kelinik” saya menceritakan kepadanya bahawa kelinik pergigian Indah Permai adalah kelinik yang baik, cantik, bersih, ada tempat permainan, ada TV, dan macam-macam lagi. Saya juga meyakinkan dia, yang kelinik tersebut lebih murah dari kelinik lain dan ramai kanak-kanak datang di tempat itu, nanti boleh bermain sama-sama, saya cuba memujuk lagi dengan mengatakan “seronok sangat dikelinik sana, kalau pergi sana boleh lihat macam-macam ikan dalam akarium?
2. Mengurangkan Rintangan
Di peringkat ini saya terpaksa menggunkan teknik ini bila mendapati anak saya cuba membantah. Saya mengatakan kepadanya dengan nada yang lemah lembut “ Tengohlah gigi adik sudah terlalu buruk, kalau tidak cabut nanti tumbuh ulat di dalam” marilah kita pergi cabut? ‘ mama dulu cabut gigipun disana juga, tidak sakit, saya cuba yakinkan dia. Saya cuba lagi pujuk dia dengan kata-kata seperti ini: “ oklah adik, apa kata adik cuba dulu datang sana, kalau adik tidak suka kita cari kelinik lain, mungkin kalau adik sampai sana mesti adik suka?
3. Ubah Sikap
Saya cuba berusaha menggunakan teknik ini kepada anak saya, bila menyedari dia tidak menunjukkan minat dengan cadangan saya, Saya cuba menggunakan ayat yang boleh menimbulkan minta dia dengan mengatakan seperti berikut: “adik, cuba adik tengoh di TV, ramai kanak-kanak yang umur macam adik minta cabut gigi, dorang tidak takut? Lagipun, kalau sudah cabut tidak sakit sudah. adik boleh makan aiskrim, makan gula-gula dan gigi adikpun tumbuh lagi cantik? Akhirnya dia pun mula berubah sikap dari tidak minat kepada minat kerana yakin dengan kata-kata saya tadi.
4.Mengurangkan Ketakutan.
Saya cuba memujuk anak saya supaya tidak merasa takut, saya memberikan dia keyakinan bahawa doktor yang memeriksa sangat baik, dan gigi yang akan dicabut tidak akan terasa sakit dengan menunjukkan sendiri pengalaman saya sewaktu dicabut gigi. Saya cuba menerangkan kepadanya tentang bahaya, jika gigi tidak dicabut bagi mengurangkan ketakutan dia. Saya juga memuji dia yang kononnya dia adalah orang yang berani dan kuat, akhirnya dia mulai senyum dan tidak merasa takut lagi.
5. Memberikan Insentif,
pendekatan ini saya gunakan untuk memujuk dia supaya dia lebih yakin dan tidak risau ketika berjumpa dengan doktor, saya menjanjikan akan membawa dia naik kereta mainan dan belikan kapal terbang jika dia mahu giginya dicabut. Mendengar perlawaan saya untuk membawa menaiki kereta mainan, dia terus menjawab ‘adik tidak takut kena cabut gigi’?. Begitulah tindakbalas anak saya yang mulai menampakkan keriangan. Akhirnya saya berjaya memujuk dia, apabila dia memberi respond supaya giginya dicabut. Pada masa itu, sayapun mengatakan kepadanya “ Wah! Hebatlah adikkan,” Sakitkah? Dia menjawab tidak!... sambil tersenyum, “Nanti lain kali kalau adik sakit gigi lagi kita cabut bolehkah?” diapun terus menjawab ‘boleh adik tidak takut, adik tahan juga”.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
BalasPadamUlasan AA kali ini mempunyai perkaitan rapat dengan situasi yang sering berlaku terhadap diri AA selaku wartawan penyiaran.
Dalam situasi ini, AA bertindak sebagai pembujuk kepada audiens iaitu responden atau orang yang ingin ditemubual.
Lazimnya, terdapat dua senario yang akan berlaku apabila seorang wartawan ingin menemubual respondennya iaitu sama ada responden bersetuju atau sebaliknya.
Keadaan yang ingin AA kongsikan di sini adalah apabila responden enggan ditemubual dan AA terpaksa membujuknya untuk bersetuju (secara tidak langsung).
Keengganan audiens untuk ditemubual biasanya disebabkan beliau tidak bersedia untuk membuat kenyataan terhadap isu yang ditanyakan oleh wartawan.
Oleh itu, AA akan mengambil kira 5-tujuan realistik audiens yang memungkinkannya membuat kenyataan rasmi.
Pertama : Audiens akan lebih berminat jika diberi peluang memperbetulkan kenyataan negatif pihak luar terhadap diri atau organisasinya.
Kedua : Audiens akan lebih berminat untuk memberitahu tentang perkembangan positif mengenai diri atau organisasinya.
Ketiga : Audiens mahu kenyataannya tidak dimanipulasi pihak media seterusnya boleh menjerat dirinya sendiri. Audiens perlu diyakinkan.
Keempat : Audiens mahu 'mematikan' isu tersebut daripada terus dipermainkan pihak media.
Kelima : Audiens memang berniat untuk mengelak (kerana salah).
Selepas membujuk berdasarkan 5-tujuan realistik audiens, biasanya audiens akan bersetuju membuat kenyataan walaupun hanya dengan sepotong ayat "kami masih menyiasat hal itu" atau pun 2-perkataan "no comment".
Namun, perkataan "no comment" akan dilaporkan oleh wartawan sebagai "enggan mengulas ..." yang akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif yang lain terhadap audiens.
Sekian perkongsian AA kali ini. Terima kasih.
Wah...cayala dgn komen bro James...siap ada kata2 sarjana spt confucius lagi. Ahli falsafah Confusius mmg seorang sarjana yang terunggul, kata2 dan pemikirannya dikagumi hingga pada masa kini, kadang2 bila kita terlalu memikirkan kata2 Confusius...kita akan jadi confuse....
BalasPadamBerbalik kpd model pemujukan RMP dan komen bro James pasal kempen merokok, saya pun sampai sakit2 kepala memikirkan kenapala kempen ini tetap tidak berjaya wpun perubahan dan revolusi secara dramatik telah berlaku kpd kotak rokok. Bagi kita yg tidak merokok, geli dan jijik melihat gambar yg terpampang...tpi bgi perokok, terutamanya perokok tegar, macam tiada saja bah itu...
Kerajaan pun serba salah, klu harga terus dinaikkan kerajaan dituduh cekik darah dan mengambil kesempatan terhadap perokok. Klu penjualan diharamkan terus, ekonomi negara akan terancam krn rokok penyumbang utama cukai.Jadi persoalannya ialah bagaimana kita mengadaptasi model RMP kepada para perokok utk memastikan kejayaan kempen ini? Bagaimana kita nak melakukannya,atas kapasiti apa?
Assalamualaikum dan salam 1Kampus ntuk ahli PRCIRCLE yang bijaksana...
BalasPadamDalam kuliah 6 ini, saya ingin kongsikan bersama situasi yang saya alami ketika saya memujuk untuk memberi minum ubat kepada anak lelaki saya yang berumur 3 tahun kerana mengalami demam dan selesma. Saya telah cuba memujuk dia dengan menggunakan pelbagai cara mengikut urutan lima tujuan relistik yang mungkin wujud dalam diri audien.
1.Membina Kepastian
Pada peringkat ini, selepas memujuk anak beberapa kali tetapi menemui kegagalan. Anak saya cukup fobia apabila melihat saya membawa botol ubat. Saya cuba mengatakan kepadanya bahawa bukan semua ubat pahit seperti ubat yang pernah diminum olehnya sebelum ini. "mummy sudah suruh doktor campur vitagen dalam ubat..sedap ni ubat boy".
2. Kurangkan rintangan.
Setelah mengucapkan kata-kata tadi, anak saya mula mendiamkan diri dan hanya mendengar apa yang saya katakan. Dengan keadaan anak saya yang hanya mendiamkan diri, saya menganggap bahawa anak saya mulai merasa apa yang saya katakan adalah benar. Dia mungkin mulai mengubah pendiriannya untuk meminum ubat tersebut.. Dalam keadaan tersebut, saya mulai menceritakan pengalaman saya setelah minum ubat, demam dan batuk saya semakin baik dan saya boleh bermain.
3. Ubah sikap.
Pada peringkat ini, saya telah menyedari bahawa anak lelaki saya masih tetap berdegil dan enggan untuk minum ubat. Anak saya berkata “mummy tipu ba, ubat tu pahit..tidak sedap”. Mendengar ucapannya, saya mula meninggikan suara. “ DD cakap mummy tipu? Tengok mummy bagi adik minum, tidak pun adik rasa pahit. Pandaikan boy...”
4. Gandakan kadar perubahan sikap.
Setelah melihat adik perempuannya yang berumur 1 tahun meminum ubat tersebut, kemudian dia bertanya kepada adiknya, " memey, sedap ka?". Dan adiknya menganggukkan kepala tnda setuju. Pertanyaannya membuatkan saya gembira. Saya masih berpeluang memujuknya. Dalam keadaan ini, saya mulai memberikan maklumat tambahan kepadanya.
5. Galakkan penampilan tingkah laku.
Setelah semua yang dilalui di atas, anak saya telah bersetuju untuk meminum ubat tersebut. Setelah meminum ubat, kemudian dia berkata bahawa ubat itu sedap seperti perisa vitagen. Saya sangat gembira dengan kata-kata anak saya dan memesan kepadanya bahawa ubat tersebut hendaklah diminum sehingga beransur sembuh..
** Penggunaan 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien dengan betul sememangnya dapat memujuk seseorang individu.
Assalamualaikum & salam sejahtera..
BalasPadamSaya ingin berkongsi pengalaman saya mengajak rakan saya berbuka puasa di masjid pada ramadhan yang lalu. Melalui pengamatan saya, utk memujuk seseorang bukan semudah yang disangkakan. Langkah demi langkah perlu dilakukan bagi memastikan pembujukan tersebut berjaya. Saya telah menggunakan 5 tujuan realistik terhadap rakan saya dlm kaedah pembujukan.
1. Bina ketidakpastian - pada awalnya, rakan saya menolak ajakan saya dengan mengatakan bahawa dia ingin berbuka di bilik sahaja hanya dgn roti dan air kopi. Saya bertanya apakah dia boleh kenyang dgn makanan tersebut berbanding berbuka di masjid dgn lauk yang lebih sedap dan mengenyangkan. pada peringkat ini, saya sudah mula melihat perubahan pada riak wajahnya.
2. Kurangkan rintangan - Setelah melihat keadaan itu, saya menyambung lagi dgn mengatakan bahawa dgn hanya makan roti dgn minuman kopi, tidak akan dpt membuatkan kita bertahan dan akhirnya kita memerlukan nasi. Rakan saya lantas membalas dgn mengatakan bahawa dia penat utk berjalan ke masjid. Pada peringkat ini, saya melihat rakan saya mula goyah dgn pendiriannya utk berbuka di bilik.
3. Ubah sikap - Saya meneruskan usaha pembujukan saya dgn memasuki peringkat ketiga dimana saya cuba untuk mengubah sikapnya dgn mengatakan bahawa berbuka di masjid lebih baik disamping dapat berjemaah utk menunaikan solat. Bukan hanya dpt mengisi perut malah dpt menambahkan pahala amalan di bulan puasa. Pada ketika ini, rakan saya mula menunjukkan satu perubahan.
4. Gandakan perubahan sikap - Dengan melihat perubahan sikap rakan saya, saya terus menggandakan usaha utk memujuknya dgn menyatakan bahawa rakan-rakan yg lain juga turut menghadirkan diri & berkumpul beramai-ramai utk berbuka di masjid. Rakan saya sudah mula menunjukkan reaksi bahawa dia akan menurut ajakan saya dgn menanyakan ttg pakaian yg ingin dipakai utk ke masjid.
5. Galakkan penampilan tingkahlaku - Setelah menjawab soalan rakan saya, saya menyatakan lagi bahawa berbuka di masjid bersama rakan-rakan amat menyeronokkan kerana jarang dapat kesempatan utk berkumpul & berbuka beramai-ramai. Pada akhirnya, saya berjaya memujuk rakan saya untuk bersama-sama berbuka di masjid.
Kesimpulannya, apabila kita ingin memujuk seseorang, kita tidak boleh memujuk dgn sekadar melepaskan batuk di tangga. kita perlu melalui beberapa peringkat bagi memastikan pembujukan kita berjaya.
salam satu malaysia buat En.Syah dan rakan-rakan yang lain saya bersetuju dengan pendapat yang digunakan dalam menunjuk tektik-tektik pembujukan dalan mempengaruhi orang lain seperti saudari siti mariani saya sangat bersependapt denganya iaitu menggunakan kaedak teknik pembujukan secara lisan dan bukan lisan,kaedah ini sedikit sebanyak tidak memberi kesan negative yang akan menimbulkan konflik dalam satu-satu situasi.
BalasPadamsalam...... pembujukan biasa kita lakukan dalam kehidupan seharian sama ada ianya berjaya mahupun tidak. saya amat bersetuju dengan keadah pemujukan yang telah dilakukan oleh kusmayani78 dengan memujuk anaknya untuk memakan ubat. kebanyakkan kanak2 amat benci dengan banda yang ubat.... sama seperti adik sya yang berumur 3 tahun. setiap kali adik saya hendak di beri makan ubat, begitu susah untuk ibu n bapa saya memujuk sehinggakan mereka terpaksa memaksa adik saya untuk mkn ubat tersebut.
BalasPadamkadang memujuk budak berumur tiga tahun ini amat sukar.... ibu bapa saya terpaksa membujuk dengan meberikan umpan kepadanya. "kalau pijan makn ubat mama n bpa akan beli mainan baru" .kadang-kadang kaedah ini berjaya kadang-kadang tidak. malah,ibu bapa saya turut memakan ubat tersebut untuk memujuk adik saya bahawa ubat itu sedap dan rasa sepeti gula-gula.
kesilapan teknik pemujukan mengakibatkan mereka terpaksa memaksa untuk adik saya memakan ubat. kaedah yang pn.kusmayanigunakan boleh dijadikan contoh dalam membujuk adik sya untuk memakan ubat di kemudian hari.
Salam sejahtera semuanya. Saya pula ingin memeritahu tentang pengalaman membujuk abang saya supaya tinggal bersama di kampung. Pada mulanya, memang agak sukar untuk mengubah pendirian seseorang dalam jangka masa yang pendek. Saya mengutarakan pendapat saya tentang tinggal bersama dengan ibu bapa ada baik dn buruknya, namun adalah lebih baik kita memandang sudut positif daripada sudut negative. Saya berusaha memujuk dan mengenengahkan tentang kebaikan tinggal bersama dengan ibu bapa berbanding tinggal di Bandar. Saya mempunyai 4 orang abang, dan 3 daripada mereka adalah cikgu sekolah menengah. Mereka semua tinggal dan memilih untuk mengajar di kawasan Bandar dan meninggalkan ibu bapa di kampung. Walau pun tiap-tiap minggu menziarahi ibu bapa, namun belum memadai untuk meceriakan hati orang tua. Kemudian, saya turut mengutarakan pendapat tentang faedah apabila tinggal dengan ibu bapa. Sedikit sebanyak, akan saling membantu dalam perbelanjaan hidup seharian. Selain itu, apabila abang dan kakak ipar bekerja, tidak perlu untuk mencari pembantu rumah ataupun menghantar anak-anak ke nursery. Ibu bapa saya sayangkan cucu mereka seperti anak-anak mereka sendiri. Itulah penyeri baru untuk ibu bapa saya apabila anak-anak mereka bekerja dan saya pula belajar jauh daripada mereka. Selain itu, saya turut memint ibu bapa saya supaya berpura-pura merajuk dan tidak mahu bercakap banyak dengan abang saya, ibu saya pula berusaha memujuk isteri abang saya kerana ibu tahu, si isteri sememangnya dapat mengubah persepsi si suami. Tambahan pula, sekiranya berlaku apa-apa terhadap ibu bapa saya, sedangkan semua adik beradik bekerja jauh dari mereka, abang saya ini yang satu-satunya diharapkan dapat bersama-sama dengan ibu bapa malah membantu mereka supaya senang untuk bergerak. Akhirnya, dalam jangka masa 2 bulan, abang saya, anak ke2 ibu bapa saya ini bersetuju tidak akan berpindah ke Bandar dan transfer tempat mengajarnya. Sehingga sekarang, di rumah kami ada 2 keluarga, dan dengan adanya anak-anak buah, tambah ceria dan terhibur dengan lagak dan ragam mereka.
BalasPadamAssalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Saya ingin berkongsi pengalaman saya memujuk rakan saya untuk melihat-lihat ( meninjau ) kedai yang menjual motosikal kebetulan rakan saya ini ingin membeli sebuah motosikal. Melalui pengamatan saya, sememangnya usaha untuk memujuk seseorang ini bukanlah suatu perkara atau proses yang mudah. Langkah demi langkah perlu dilakukan bagi memastikan pembujukan tersebut berjaya. Saya telah menggunakan 5 tujuan realistik terhadap rakan saya dalam kaedah pembujukan.
BalasPadam1) Bina ketidakpastian-Pada peringkat awal rakan saya menolak pelawaan saya untuk membeli motosikal modenas dengan mengatakan bahawa model ini tidak berkualiti. Saya langsung bertanya kepada rakan saya dengan mengatakan adakah model-model motosiakl lain itu juga berkualiti setanding motosikal luar negara. Pada peringkat ini saya mula melihat perubahan pada riak wajahnya.
2)Kurangkan rintangan- Setelah melihat riak wajah rakan saya yang masih ragu dan memikirkan untuk membeli model apa, saya terus menyambung lagi dengan mengatakan kalau rakan saya ini membeli model bukan buatan Malaysia, kesusahan mendapatkan aksesori dan alat gantian tulen lain adalah sukar dan mungkin barangannya pun mahal.
3)Ubah sikap- saya meneruskan usaha pembujukan saya lagi dengan memasuki peringkat ketiga di mana saya cuba untuk mengubah sikapnya dengan mengatakan barangan buatan Malaysia iaitu motosikal Modenas sangat jimat dari segi penggunaan minyak dan mudah untuk diselenggarakan. Pada peringkat ini, rakan saya mula menunjukkan satu perubahan.
4) Gandakan perubahan sikap-Dengan melihat perubahan sikap rakan saya,saya terus menggandakan usaha untuk memujuknya dengan mengatakan bahawa orang lain juga turut menggunakan model motosikal yang sama dan tidak ada sebarang masalah. Rakan saya sudah mula menunjukkan reaksi bahawa dia akan menurut ajakan saya dengan menanyakan tentang bagaimana cara bayaran secara ansuran.
5)Galakkan penampilan tingkah laku-Setelah menjawab pertanyaan rakan saya, saya menyatakan lagi bahawa pembelian motosikal ini akan mendapat pelbagai hadiah istimewa tambahan seperti bonus isian minyak, baju hujan, servis percuma untuk bulan pertama dan lain-lain lagi. Pada akhirnya saya berjaya memujuk rakan saya untuk membeli motosikal jenis Modenas.
Kesimpulannya, apabila kita ingin memujuk seseorang, kita tidak boleh memujuk dengan sambil lewa. Kita perlu ada satu strategi untuk memastikan pembujukan itu berjaya..Salam..
Salam Satu Malaysia,
BalasPadamThe Rational Model of Persuasion (RMP) adalah sebuah teori yang menunjukkan orang berfikiran dan bertindak dalam cara-cara berdasarkan alasan dan relatif yang boleh diramal. Ertinya, keyakinan ditambah penilaian (dan/atau Motif) bergabung untuk menghasilkan sikap dan sikap mempengaruhi tingkahlaku kita (Ajzen & Fishbein, 1980).Untuk mengubah sikap dan tingkahlaku sasaran pembujukan terdapat dua cara yang asas perlu dilakukan iaitu berusaha untuk menukar keyakinan audien dan menukar nilai dan motif audien dengan kepercayaan mereka. Ini kerana nilai-nilai dan motif cenderung menjadi sebahagian daripada identiti seseorang. Biasanya hal ini tidak semudah untuk menukar diri audien tetapi mudah untuk mengubah sedikit daripada kepercayaan mereka.
Di sini saya ingin memberikan gambaran situasi yang saya hadapi untuk menghubungkaitkan teori ini menggunakan lima tujuan realistik. Situasi yang dimaksudkan adalah bila berhadapan dengan seorang pesalah laku yang sedang menganggu ketenteraman awam menggunakan senjata (Samurai).
Langkah pertama ialah mewujudkan ketidakpastian. Ketika pesalah sangat menentang untuk melihat pembujukan itu, yang terbaik saya lakukan ialah membuat pesalah kurang yakin dengan diri sendiri. Menyakinkan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pesalah adalah salah disisi undang-undang dan boleh mencederakan orang awam. Pembujukan cara ini akan menyebabkan pesalah berada dalam keadaan yang kurang yakin dan kurang selesa dengan sikapnya pada saat ini.
Langkah kedua ialah mengurangkan percanggahan. Ketika pesalah kurang atau sederhana bercanggah dengan saya tetapi masih boleh menerima apa yang saya perkatakan maka pesalah menurunkan sedikit senjatanya. Walaupun tidak mengharapkan pesalah untuk segera berkerjasama tetapi sekurang-kurangnya jelas kelihatan sedikit penyesalan atas perbuatannya yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
Langkah ketiga ialah perubahan sikap iaitu saya sekali lagi menekankan perbuatannya bakal mendapat akibat yang buruk dan menggunakan ugutan bahawa saya terpaksa menggunakan cara yang keras untuk memaksa beliau menurunkan senjata kerana sekali lagi pesalah cuba untuk mengangkat senjatanya dan menghalakan kepada orang ramai.
Langkah keempat ialah meningkatkan perubahan sikap/ tindakan drastik iaitu mengeluarkan dan menghalakan senjata api ke arah pesalah. Namun tiada tindakan untuk menurunkan senjata daripada pesalah. Oleh kerana takut orang awam akan tercedera maka saya terpaksa memberikan amaran keras dengan menghalakan senjata ke atas dan melepaskan tembakan dan menggunakan suara yang keras mengarahkan pesalah menjatuhkan senjata beliau.
Langkah kelima ialah perolehan tingkalaku iaitu pesalah rasa takut dan telah menjatuhkan senjata daripada tangan beliau. Dengan segera saya mendapatkan pesalah dan menggari beliau sambil mengatakan perbuatan beliau ini bakal mendapat akibat yang buruk kerana tidak berkerjasama dengan pihak polis lebih awal.
Sebagai panduan kita semua, janganlah mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam.
Sekian.
Sumber: Ajzen, I & Fishbein, M. (1980). Understanding Attitudes and Predicting Social Behavior. New Jersey: Prentice Hall.
salam sejahtera..seperti semua rakan-rakan yang lain,saya amat bersetuju dengan situasi yang mereka berikan dengan menggunakan 5 tujuan realistik dalam situasi tersebut seperti bina kepastian,kurangkan rintangan,ubah sikap,gandakan kadar perubahan dan galakkan penampilan tingkah laku.Di sini saya mengambil contoh situasi seorang penjual produk kecantikan memujuk pembeli untuk membeli produk yang dijual.Pertama penjual akan bina kepastian dengan memujuk pembeli bahawa produk tersebut sangat sesuai untuk semua golongan wanita sama ada peringkat umur remaja ataupun dewasa.Kedua penjual akan menyakinkan pembeli apabila timbul keraguan di hati pembeli dengan menjelaskan secara terperinci mengenai soalan atau pertanyaan dari pembeli terhadap produk yang dijual.Ketiga,penjual akan menceritakan kepada pembeli tentang pengalaman dan perubahan yang dilalui oleh pembeli lain mengenai penggunaan produk tersebut dimana ia dapat mengubah sikap pembeli terhadap keraguannya.Keempat,penjual akan menggunakan cara membujuk dengan memberikan cadangan kepada pembeli untuk mencuba produk tersebut selain daripada memberikan keistimewaan potongan harga yang murah dalam pembelian pertama.Kelima,setelah penggunaan produk tersebut memberikan kepuasan yang bagus kepada pembeli,penjual akan terus memberikan sokongan yang menggalakkan serta nasihat kepada pembeli supaya meneruskan penggunaan produk tersebut untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus setiap hari.
BalasPadamAssalamualikum....dan salam sejahtera kepada pricle dan rakan-rakan semua.
BalasPadamapa yang saya faham, model rasional persuasion merupakan situasi mengenai kepercayaan seseorang terhadap sesuatu yang terbentuk setelah memperolehi nilai kemanusiaan yang bertujuan mengesan kehadiran sikap dan tingkahlaku yang bermotifkan untuk proses pemujukan lebih berjaya.
5 pendekatan atau strategik harus digunakan dalam menguasai sikap dan tingkah laku sasaran pembujuk, ini adalah kerana adakalanya golongan yang disasarkan tidak terpujuk atau mempunyai sikap yang bertentangan dengan sikap yang ada dalam diri masing-masing mengikut situasi yang dialami dan tidak terkecuali juga saya.
5 situasi yang bersesuaian dengan tujuan mungkin wujud dalam diri audiens tersebut, pengaturan situasi pemujukan yang sempurna harus dilakukan, agar pemujukan yang dibuat benar-benar berjaya dalam memenuhi kehidupan sebenar.
Saya ingin kongsikan situasi saya bersama anak saya yang begitu sukar dipujuk makan.
1. Membina kepastian
Dalam peringkat ini, saya sebagai seorang ibu berperanan dalam membina kepastian anak saya untuk menambah selera makannya.Biasanya anak yang berumur 2 hingga 4 tahun, proses pertumbesarannya agak terganggu dengan alasan pertumbuhan gigi,mencapai ketinggian dan tumbesaran anak dan juga alahan lain yang menganggu.Oleh itu selera makan anak-anak juga agak terganggu, sehingga kadang-kala anak-anak tidak langsung mahu menjamah makanan. oleh itu usaha daripada ibu perlu ada dalam meningkatkan pujukan dan mempelbagaikan makanan yang disediakan untuk menarik selera anak-anak. Peringkat ini saya ambil iniseatif memujuk anak saya dengan kata-kata yang menarik perhatiannya untuk makan.Saya katakan pada anak saya jika sekiranya makan boleh menyebabkan adik cepat besar dan boleh cepat pergi sekolah.
2. Peringkat seterusnya kurangkan rintangan. dalam situasi ini saya boleh kaitkan situasi yang saya alami apabila anak saya enggan juga makan, saya katakan lagi yang jika adik tidak makan, adik akan senang dapat penyakit.Nanti kalau dah sakit mama susah dan semua orang susah dan adik juga nangis saja dan tidak dapat main. mama dan bapa terpaksa bawa adik pergi hospital jumpa doktor untuk jarum...adik mahu kah?Di sini bermaksud untuk mengurangkan rintangan, saya menasihati adik agar perlu makan, untuk tambah tenaga dalam badan dan kesihatan yang stabil.
3. peringkat seterusnya adalah ubah sikap, dalam situasi ini, reaksi anak saya mula kelihatan apabila dia terus mendekati saya.Namun tidak berkata apa-apa.Apabila saya mula menyuapkan makanan kepadanya dia masih enggan untuk membuka mulut.Mungkin peringkat ini, anak saya mula terfikir dengan kata-kata saya itu membawa ancaman kepada dirinya, tentang 'sakit' apabila tidak makan.
4. Gandakan perubahan sikap, dalam situasi ini saya gandakan usaha saya berpura-pura merajuk dan ingin memberikan makanan tersebut kepada abangnya. Seterusnya saya memberikan perhatian yang lebih kepada abangnya, dengan memberikan pujian dan kata-kata sayang pada abangnya.Menyebabkan abang begitu berselera makan.dan adik yang melihat perlakuan tersebut benar-benar cemburu dan mula tergugat untuk tidak disayangi oleh seorang ibu, seperti saya.
BalasPadam5. Gandakan penampilan tingkah laku, pula berlaku apabila saya memuji si bang makan dan membelai nya dengan kasih sayang, agar si adik agak tertarik dan ada perasaan cemburu dengan tindakan saya yang lebih memberi perhatian kepada si abang berbanding dirinya. Ini sengaja saya lakukan untuk mengubah sikap si adik yang tidak mahu makan.Sambil itu ku tambah dengan kata-kata yang membawa unsur boikot kepada si adik sehingga dia mahu mengubah pendiriannya untuk makan. Akhirnya menyebabkan si adik merapatiku dan menangis, tidak pasti sama ada kerana cemburu kerana ingin mendapat perhatian dari saya atau memang terpujuk untuk makan.Seterusnya usaha saya ambil di sana dengan memeluk siadik dan menyuapkan makanan dan sambil memberikan kata-kata pujian dan kata-kata perancang seperti yang saya buat pada si abang. Di samping janji lain yang saya tabur apabila adik telah menurut kata-kata saya untuk makan.
demikian lah 5 pendekatan yang boleh membawa golongan sasar terus terpujuk dengan jalan penyelesaian untuk sesuatu harapan dan tujuan yang boleh diusahakan dengan berjaya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BalasPadamSaya amat tertarik dengan cerita kawan-kawan semua berkaitan dengan isu ini disebabkan mempunyai pelbagai cerita berkaitan dengan tujuan-tujuan realistik dalam The Rational Model of Persuasion(RMP) . Dalam kesempatan ini saya juga ingin berkongsi mengenai isu ini iaitu berlaku situasi pembujukan apabila saya ingin memujuk adik saya mengikut saya berjalan-berjalan ketika dia sedang menonton rancangan tv kesukaannya.
•Bina kepastian
Pelbagai cara pembujukan saya telah lakukan tetapi pemujukan saya tidak berjaya. Oleh itu, saya mengatakan bahawa episode rancangan pada hari tersebut tidak menarik dan jalan ceritanya membosankan disebabkan ceritanya tidak mempunyai klimaks cerita pada episode ini. Saya juga mengatakan kepada adik saya bahawa cerita tersebut mempunyai ulangan pada malam nanti dan dapat menonton cerita itu semula daripada menyesal tidak mengikut saya berjalan.
•Kurangkan rintangan
Seterusnya, saya mengatakan apabila mengikut saya berjalan lebih seronok disebabkan mempunyai tempat yang menarik dan banyak kawan-kawan untuk berkongsi cerita terutamanya berkaitan dengan jalan cerita rancangan kesukaanya berbanding dengan berada di rumah dengan kesunyian dengan tiada kawan untuk berkongsi cerita. Saya mengatakan lagi tiada masa lagi untuk berjalan dengan saya pada hari lain disebabkan selepas ini saya tiada mempunyai masa untuk berjalan.
•Ubah sikap
Selanjutnya, adik saya masih dengan penderiaanya untuk menonton rancangan kesukaanya tanpa mempedulikan saya. Saya amat emosi sedikit pada ketika itu lalu saya mengatakan bahawa saya tidak akan membawa dia lagi walaupun dia hendak mengikut saya berjalan dan saya tidak akan membenarkan dia berjalan-berjalan bersama kawan-kawannya. Hal ini berbunyi seperti ugutan tetapi saya terpaksa mengatakannya disebabkan adik saya begitu degil untuk mengikut saya berjalan.
•Gandakan kadar perubahan sikap
Apabila saya mengatakan perkara tersebut adik saya kelihatan agak gelisah disebabkan saya telah mengatakan perkara yang tidak disukai iaitu menggugutnya dengan pelbagai cara. Saya mengatakan lagi saya akan belanja dia makan di tempat yang disukainya apabila dia mengikut saya berjalan. Hal ini begitu menarik perhatiaannya dan amat tertarik dengan pelawaan saya.
•Galakan penampilan tingkahlaku
Saya berjaya memujuk adik saya untuk mengikut saya berjalan disebabkan mempunyai pelbagai cara yang saya gunakan untuk memujuknya. Apabila sampai di tempat tersebut kawan-kawan adik saya juga banyak di sana. Hal ini membuatkan adik saya begitu gembira dan saya mengatakan kepada adik saya bahawa dia tidak menyesal mengikut saya berjalan.
Hal ini membuatkan saya amat gembira disebabkan saya berjaya dalam proses pemujukan.
Salam ..saya ingin menceritakan bagaimana kisah saya melakukan pembujukan semasa menguruskan persiapan perkahwinan kakak saya. Ketika itu, kami sedang membuat persiapan untuk mencari pakej perkahwinan.Saya dapati situasi saya ketika itu mengandungi unsur 5 tujuan realistik dalam kedah pembujukan iaitu
BalasPadam1)Bina ketidakpastian
Semasa dalam proses mencari dan memilih butik pengantin, saya dan kakak mempunyai pilihan yang berlainan. Kakak saya lebih gemar memilih butik yang harganya lebih murah untuk menjimatkan kos dan butik itu terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Saya pula mencadangkan sebuah butik yang berada sekitar pusat bandar Seremban sahaja kerana berdekatan rumah. Saya katakan walaupun harganya sedikit mahal, namun ianya berbaloi kerana jika dinilai semula, butik pengantin yang dicadangkannya memerlukan kos penghantaran dan nilainya sama dengan butik yang saya pilih.
2)Kurangkan rintangan
Setelah melihat reaksi kakak yang masih berfikir sama ada untuk bersetuju dengan saya, saya cuba memberitahunya bahawa jika kami memilih butik pilihan saya, lebih mudah untuk kami berurusan jika terdapat sebarang masalah. Jika kami memilih butik di Kuala Pilah, kos perjalanan dan masa perlu difikirkan juga.
3)Ubah sikap
Saya memujuk kakak saya dengan mengatakan bahawa sebelum ini, sewaktu majlis perkahwinan jiran kami, mereka memilih butik yang sama dan perkhidmatan serta pakej yang ditawarkan sangat cantik dan menarik terutamanya rekaan baju pengantin dan gubahan hantaran. Apabila saya menunjukkan contoh gambar gubahan pengantin yang diambil dari jiran saya, kakak saya mula yakin dengan pilihan yang saya buat.
4)Gandakan perubahan
Setelah berbincang dengan kakak , saya juga bertanya kepada emak dan kakak ipar mengenai cadangan yang saya buat dan mereka turut bersetuju kerana sebelum ini emak pernah membuat tempahan gubahan hantaran semasa majlis pertunangan abang saya. Selepas itu, kak akhirnya bersetuju dan kami terus pergi ke butik tersebut dan membuat tempahan
5)Galakkan penampilan tingkah laku
Semasa berada dibutik pengantin untuk membuat tempahan, saya meminta kepada pemilik butik itu untuk menawarkan pakej yang menarik supaya kakak saya dapat membuat pilihan mengikut apa yang diinginkannya. Disebabkan kakak saya merupakan menantu pertama dalam keluarga mentua, maka pemilik butik itu memberi kami pakej istimewa dan kakak saya terus bersetuju.
Kesimpulannya, saya berjaya memujuk kakak saya kerana apa yang saya beritahu kepadanya adalah perkara yang betul dan beliau dapat melihat sendiri bukti yang saya dan emak tunjukkan.Selain itu, saya inginkan yang terbaik untuk majlis perkahwinan kakak saya.
salam 1 Malaysia...sy ingin menceritakan kisah benar bagaimana sy membujuk seorang junior perempuan yang mengambil kos yg sama dgn kita yg berteked untuk berpindah dari UMS ke UUM.kisah ini memang realiti bkannya fantasi.dgn gaya yg relek, sabar dan tidak berputus asa sy cuba melembutkan hati yg keras menjadi seperti jeli yg lembut.terdapat 5 elemen yg digunakan dalam aktiviti membujuk ini.
BalasPadamBina ketidakpastian
Pada peringkat awl junior ini berkeras hati dan tidak mempedulikan apa yg sy katakan.sy juga menggunakan riaksi yg positif dan mengambil berat tentang apa yg diperkatakan.untuk membujuk seseorang tidak boleh hanya 1 hari shaja, ia mgkin mgambil msa tertentu untuk betul2 sebati. sy menjelaskan pd nya bahawa berada di UMS ni menyeronokkan kerana UMS adalah Universiti yg tercantik di Asia.Selain itu juga berada di sni merupakan peluang yg bermakna bg pelajar semenanjung dan org lain yg ingin dtg ke sini.
Kurangkan rintangan
beberapa harinya sy mnyambung lgi ujian sy dgn menyoal dgn pelajar itu dgn menanyakan bila lg nk dtg sini (UMS).ini peluang kita n ini mungkin rezeki bg kita.kita kena syukur dgn pemberian Allah. KEPERCAYAAN ketuhanan yg sy gnakan dapat memperkukuhkan lg kenyataan sy.reaksi pelajar itu mula berubah dalam eberapa waktu.
Ubah sikap
sy bertanya pdnya bila lg kta mhu berada di bwah ketiak ibu, kita dah besar panjang perlu berdikari dan pndai ambil resiko.jgn mengharapkan ibu bapa. kita perlu tunaikan hajat ibu bapa yg menginginkan anknya berjaya di dunia mahupun akhirat.kelihatan pada mukanya reaksi yg begitu ketara amat berubah dan terus terdiam.sy truskan lg dgn kyataan bkn senang ibu bapa kita cri duit utk besarkn kita.dri jari kaki sebasar 2 jari tgn, bdan yg msih merah mereka mengasuh kita bagai menatang minyak yg penuh.berpuluh ribu wang mereka habis demi menyekolahkan kita.kelihatan airmata mula memecah dan membasahi pipi pelajar itu.
Gandakan kadar perubahan sikap
selang beberapa ketika pelajar tersebut kmbali menalefon sy dan bertegas kembali utnuk berpindah.sy kata ok tp sy mnyuruhnya bertanggungjawab jika apa2 berlaku kelak. sy menjelaskan lg padanya bhawa bkn senang nk pindah UNIVERSITI. setiap Universiti ada kuotanya tersendiri.ia mgambil msa yg begitu lma untuk mengetahui kptusannya.kelihatan wajah pelajar tersebut mula goyah dan dapat dilihat sebelah kakinya mula mula termasuk dlm pmbujukan sy.
Galakan penampilan tingkahlaku
Kemudian utk meyakinkn pelajar tersebut, sy memanggil salah seorg rakan sy yg boleh belajar walaupun dia tidak dpt PTPTN tetapi dapat menruskan pelajaran di UMS . Beliau memberi beberapa keterangan yg boleh mempengaruhi pelajar td secara tidak sedar dgn pengalaman yg rakan sy alami.akhirnya pelajar itu berjaya sy bujuk dan dia tidak mhu brpindah Universiti.
kesimpulannya manusia walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain2.Sama seperti membuat kepetusan antara lelaki dan wanita cukup berbeza.Sy dapat ungkapkan di sini bahawa wanita jika membuat keputusan berdasarkan emosi semata2.emosi yg bnyk mempengaruhi minda mereka.Akan tetapi lelaki pula membuat keputusan berdasarkan rasional.Inilah dikatakan sama sAMA tP x Serupa...
Salam sejahtera semua...
BalasPadamDalam kuliah yang keenam saya mendapati terdapat 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien iaitu:
1. Bina ketidakpastian.
2. Kurangkan rintangan.
3. Ubah sikap.
4. Gandakan kadar perubahan sikap.
5. Galakkan penampilan tingkah laku.
Penggunaan 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien dengan betul sememangnya dapat memujuk seseorang individu
Sekian terima kasih
YA 2008-1470
Hai, merujuk kepada perkara di atas iaitu The Rational Model of Persuasion [ RMP] , lima tujuan realistik yang boleh wujud dalam diri audien ialah, bina ketidakpastian, kurang rintangan, ubah sikap, gandakan kadar perubahan sikap, dan galakkan penampilan tingkahlaku. Melalui tujuan realistik yang pertama iaitu, contohnya dalam situasi membeli maxis broadband,seorang pelanggan akan menduga jurujual mengenai produk yang sedang ingin dipasarkannya dengan bertanya mengenai kelajuan download dan upload sesuatu produk. Dalam hal ini jurujual boleh menduga pelanggan tersebut dengan membuat perbandingan dengan kelajuan produk lain atau mengenai coverage satu-satu produk itu. Dengan cara ini pelanggan akan mula memberi sokongan kepada mesej yang sedang disampaikan oleh pembujuk. Tujuan realistik kedua, mengurangkan tindakan. Dengan menggunakan contoh yang sama, sekiranya audiens sederhana membantah pandangan pembujuk mengenai produk broadband tadi, pembujuk boleh berusaha membawa perhatian audiens kea rah sikap berkecuali terhadap isu yang diperkatakan dengan mengatakan bahawa audiens boleh mencuba produk tersebut dan dapat menuntut wang pendahuluan sekiranya tidak puas hati dalam jangka masa 7 hari selepas hari pembelian. Dengan itu audiens akan lebih terbuka hati untuk membeli produk tersebut. Melalui tujuan realistik ketiga, ubah sikap audiens, sikap audiens boleh diubah dengan menawarkan pelbagai hadiah percuma yang terhad dengan hanya membuat pembelian tersebut. Audiens akan mudah tertarik dengan hadiah percuma. Tujuan realistik keempat, gandakan kadar perubahan sikap, iaitu dengan mengubahsuai mesej dengan tujuan menggandakan perubahan sikap audiens kepada lebih kuat menyokong idea pembujuk. Ia dapat dilakukan dengan menyakinkan audiens bahawa setiap produk broadband itu bagus bergantung kepada coveragenya di kawasan audiens tersebut. Pembujuk perlu memastikan bahawa audiens berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai coverage sebelum menggunakan kaedah tujuan realistik ini. Tujuan realistik kelima, iaitu dengan menggalakkan penampilan tingkah laku.apabila audiens mula berminat dengan mesej yang disampaikan oleh pembujuk, maka, pembujuk perlu meransang penampilan tingkahlaku audiens agar wujud pembuktian ke atas sikap yang dipamerkan kepada pembujuk. Dalam kes di atas, pembujuk boleh membuktikan kepada audiens dengan menunjukan tahap kelajuan broadband tersebut di depan mata audiens. Ini mampu menjayakan lagi proses pembujukan.
BalasPadammengubah persepsi seseorang tentang sesuatu bukanlah dalam masa sehari, juga bukan semudah memetik jari, apalagi jika ia telah menjadi amalan dan kebiasan.Saya ingin kongsikan kisah 'berjimat cermat seorang teman'
BalasPadam1.Bina ketidakpastian: Saya mengatakan padanya, kalau nak tampil cantik, anggun dan menawan kenalah berkorban sikit.Tak rugi kalau ia memang berbaloi untuk memberikan keyakinan dan kepuasaan.
2.Kurangkan Rintangan: Saya terus memujuk,dia meluahkan mengenai rutin makanan hariannya pula amat membosankan, tiada menu lain. Saya menyarankan agar dia mencuba menu yg lain pula.Pelbagaikan menu agar zat vitamin dapat diperolehi oleh badan.Tapi dia mengatakan sebaliknya.Tak suka minyak, tak suka goreng, tak suka itu tak suka ini. Pendek kata nampak cerewet.Tapi pada penelitian saya bukanlah cerewet, tapi sangat berkira. Harga semangkuk soto akan ditawar sehingga yang tinggal hanya mee dan kuahnya saja.
3.Ubah Sikap: saya terus memujuk dengan menghidangkan kata-kata nasihat setiap hari. Jangan kedekut pada diri sendiri.Wang tak boleh bawa mati,kalau nak bergaya, jangan tunggu sampai keriput, kalau nak rasa keenakan makanan, jangan tunggu sampai sakit tak boleh makan.
4.Gandakan kadar perubahan sikap:Saya sengaja perlihatkan dia dan memuji penampilan orang untuk motivasikan mindanya. Bagi saya tidak salah utk dia perolehi apa yg dia mahu. Dia berkerja dgn gaji yg cukup besar. Saya tahu sejarah kehidupan masa lampau menjadikan dia sangat menghargai apa yg dia peroleh kini, tapi janganlah sampai mengecewakan diri sendiri. Tak merasa apa yg telah dinikmati.
5.Galakkan penampilan tingkahlaku: Akhirnya, saya telah berjaya merubah sikap dan pandangannya mengenai kehidupan. Hampir 89% dia telah berubah. Bagi saya, pengaruh dan cara hidup adalah suatu pembiasaan yang mungkin menjadi amalan dalam kehidupan seharian. Sebagaimana dia dari kecil ditarbiah untuk menjadi seorang yg sangat berjimat cermat, sehingga tak perlu mencuci kaki sebelum masuk tidur????.........Jimat air.
Tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien dalam situasi mengajak rakan ke pasar murah (rombengan/bundle)
BalasPadam1. Bina ketidakpastian. Rakan saya tidak percaya saya membeli pakaian, kasut, dan beg tangan dari bundle kerana semuanya adalah barangan berjenama dan bukannya tiruan. Saya menyatakan barangan bundle kadang kala 100 kali lebih baik daripada di kedai. Lalu saya menunjukkan koleksi barangan saya . Dan dia sedikit percaya kata-kata saya.
2. Kurangkan rintangan. Saya mula memperkenalkan bundle yang paling murah di jual dan sangat berbaloi iaitu di Batu 32, Sandakan, Lahad Datu,dan banyak lagi. Jika ada kesempatan singgahlah kesana. Rakan saya mula menampakkan minat terhadap bundle kerana wujud perbezaan harga yang sangat ketara.
3. Ubah sikap. Dia masih menunjukkan tidak mahu membeli barangan bundle. Walaupun rakan saya tidak mahu pergi ke bundle untuk menjimatkan wangnya, dia boleh kirimkan kepada saya kerana saya merupakan pengunjung setia bundle.
4. Gandakan perubahan sikap. Rakan saya mulai menyokong saya tetapi masih wujud keraguan dalam dirinya. Saya mengatakan bahawa saya akan membawanya suatu hari nanti ke bundle yang jauh dan akan mencarikan dia pakaian, kasut, atau beg tangan yang menjadi kegemarannya.
5. Galakkan penampilan tingkah laku. Untuk permulaan saya membawa dia ke bundle yang berdekatan dengan kediamankkampung E, UMS iaitu di Likas.
Salam Damai..
BalasPadamPengalaman saya dalam koteks ini adalah seperti ini “rakan serumah yang malas membuang sampah walau pun disedari sampah itu kotor dan bau dan dibiarkan bermingu-minggu”.; situasinya seperti ini, dalam rumah tersebut ada 7 orang. semuanya perempuan dan semuanya melakukan hal-hal masing-masing.
(1)Saya sebagai rakan serumah tanggungjawab untuk menjaga kebersihan adalah tindakan bersama dan bukan secara berindividu. Bagi saya, saya sangat tidak suka situasi yang kotor dan tidak bersih. Saya akan segera membersihkan tempat sampah/tong sampah apabila merasa situasi itu berada dalam keadaan tidak selesa iaitu membuang sampah ketempat yang betul. (2) Sekiranya keadaan mendesak (rakan serumah tidak memberi kerjasama) saya akan memberi nasihat secara terus dengan mengingatkan rakan serumah saya agar menjaga kebersihan setiap masa. (3) Saya ingin mengubah sikap rakan serumah saya secara drastik kerana mereka sudah tahu berfikir (umur sudah mencapai 25 tahun keatas) dengan perbuatan sengaja menampakkan kesan-kesan negatif akibat tidak menjaga kebersihan seperti menunjukkan berita atau melalui video-video tertentu. (4) Sekiranya rakan serumah saya masih bersikap acuh tak acuh, saya akan menggunakan langkah yang agak tegas dan kasar dengan bertindak tidak memperdulikan kebersihan di dalam rumah agar dapat menimbulkan keinsafan dalam diri mereka. (5) Andai kata rakan sermah saya mula berubah dan mula menitik beratkan kebersihan, saya akan berdiam diri dan tidak lagi memberi ceramah kesihatan yang berulang-ulang kepada rakan serumah saya.
sekian....
salam sejahtera
BalasPadamLIMA[5] tujuan realistik berkenaan mengikut situasi yang anda hadapi itu
1. Ubah sikap.
Pada peringkat ini, saya telah menyedari bahawa anak lelaki saya masih tetap berdegil dan enggan untuk minum ubat. Anak saya berkata “mummy tipu ba, ubat tu pahit..tidak sedap”. Mendengar ucapannya, saya mula meninggikan suara. “ DD cakap mummy tipu? Tengok mummy bagi adik minum, tidak pun adik rasa pahit. Pandaikan boy
2. Membina Kepastian
Pada peringkat ini, selepas memujuk anak beberapa kali tetapi menemui kegagalan. Anak saya cukup fobia apabila melihat saya membawa botol ubat. Saya cuba mengatakan kepadanya bahawa bukan semua ubat pahit seperti ubat yang pernah diminum olehnya sebelum ini. "mummy sudah suruh doktor campur vitagen dalam ubat..sedap ni ubat boy".
3. Kurangkan rintangan.
Setelah mengucapkan kata-kata tadi, anak saya mula mendiamkan diri dan hanya mendengar apa yang saya katakan. Dengan keadaan anak saya yang hanya mendiamkan diri, saya menganggap bahawa anak saya mulai merasa apa yang saya katakan adalah benar. Dia mungkin mulai mengubah pendiriannya untuk meminum ubat tersebut.. Dalam keadaan tersebut, saya mulai menceritakan pengalaman saya setelah minum ubat, demam dan batuk saya semakin baik dan saya boleh bermain.
4. Galakkan penampilan tingkah laku.
Setelah semua yang dilalui di atas, anak saya telah bersetuju untuk meminum ubat tersebut. Setelah meminum ubat, kemudian dia berkata bahawa ubat itu sedap seperti perisa vitagen. Saya sangat gembira dengan kata-kata anak saya dan memesan kepadanya bahawa ubat tersebut hendaklah diminum sehingga beransur sembuh
5. Gandakan kadar perubahan sikap.
Setelah melihat adik perempuannya yang berumur 1 tahun meminum ubat tersebut, kemudian dia bertanya kepada adiknya, " memey, sedap ka?". Dan adiknya menganggukkan kepala tnda setuju. Pertanyaannya membuatkan saya gembira. Saya masih berpeluang memujuknya. Dalam keadaan ini, saya mulai memberikan maklumat tambahan kepadanya
Assalammualaikum Salam sejahtera semua...
BalasPadamDalam kuliah yang keenam saya mendapati terdapat 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien iaitu:
1. Bina ketidakpastian:kejadian berlaku di sebuah kedai kenderaan terpakai.Di mana seorang rakan saya ingin membeli kereta terpakai 2pintu.(proton satria).rakan saya meminta saya untuk memberi pendapat dan pandangan terhadap kereta tersebut.saya tidak setuju dengan kereta 2pintu,lalu saya mengatakan bahawa kereta itu terlalu sempit untuk dia yang sudah berkeluarga.dalam hal ini.saya cuba membuat kan ia tidak pasti dengan pemilihannya sendiri
2. Kurangkan rintangan:dalam bahagian ini pula saya terus mengatakan kita ni bukan orang senang.dengan mudah untuk tukar-tukar kereta ini.kalo boleh kalo kita beli kereta biar yang puas hati dan mendapat keselesaan yang baik.bagus kita lihat kereta-kereta lain yang mungkin ada lebih sesuai.
3. Ubah sikap:dalam situasi ini.saya akan terus memujuk dengan mengubah pendirian rakan saya dengan memberi cadangan kereta proton wira lebih sesuai untuk dia yan sudah berkeluarga.
4. Gandakan kadar perubahan sikap:saya telah meneruskan gandaan dengan memberikan gambar yang jelas dengan memberi contoh mana mana rakan yang menggunakan kereta yang sama.menceritakan kebaikan kereta tersebut agar keyakinan nya bertamabah.
5. Galakkan penampilan tingkah laku:situasi ini pula saya memberi satu cadangan bahawa kalo dia membeli kereta proton wira senang untuk "make up".ia akan menampakkan lagi kehebatan kereta tersebut.serta memberi sokongan dengan mengatakan kereta itu yng terbaik.
Penggunaan 5 tujuan realistik yang mungkin wujud dalam diri audien dengan betul sememangnya dapat memujuk seseorang individu.
assalamulaikum dan salam 1malaysia
BalasPadamEn. Syah dan semua rakan-rakan seperjuangan
terdapat 5 tujuan realistik dalam membujukan sesuatu perkara yang selalu berlaku dalam hidup kita. saya mempunyai pengalaman dalam perkara ini melalui
1. Bina ketidakpastian.
adik saya hendak membuat tempahan baju di kedai jahit dan dia memilih membuat tempahan baju kurung asli sahaja. saya membina ketidakpastian dengan memberikan pandangan kalau bu yin potong baju moden cantik lag,,, kan
2. Kurangkan rintangan.
sebab kalau baju kurung asli itu biasa da orang nampak kan... sekali sekala buat lah pembaharuan baru menarik
3. Ubah sikap.
lagipun beza rm10 je kalau bu yin potong baju moden. baju kurung asli baru rm30 kan,,, jadi bila lagi nak bergaya sikit adikku.
4. Gandakan kadar perubahan sikap.
cuba bu yin tengok baju yang telah siap itu (contoh baju orang lain yang telah siap) cantik kan, kalau bu yin pakai itu mesti cantik punya
5. Galakkan penampilan tingkah laku.
bah apa lagi bu yin buatlah tempahan sekarang nanti tukang jahit tu tidak terima lagi. maklumlah mau dekat bulan puasa dan ni....
akhirnya adik saya membuat keputusan membuat tempahan baju kurung moden kerana terpengaruh dengan bujukkan saya.
Salam untuk semua,
BalasPadamSaya pernah mengaplikasikan kaedah 5 tujuan realistik dalam menguasai sikap dan tingkah laku sasaran pujukan saya ketika ditugaskan 'out station' oleh ketua bahagian saya ke Sandakan selama seminggu bagi mengendalikan pameran dengan kerjasama sebuah agensi NGO dari negara Jepun. Memandangkan majlis perkahwinan adik saya berlansung dalam minggu itu juga maka saya memujuk ketua saya agar dia menggantikan tugas saya dengan orang lain.
Pertamanya saya membina ketidakpastian dengan bertanyakan kepadanya adakah tugas saya di Sandakan itu benar-benar penting dan menyatakan pegawai di atas saya (si A) lebih berwibawa daripada saya bagi melaksanakan tugasan tersebut. Dia memberitahu bahawa saya adalah orang yang paling layak untuk tugasan tersebut dan tidak bersetuju dengan saranan saya.
Kemudian pada peringkat kurangkan rintangan, saya menyatakan kepadanya bahawa si A pernah bertugas bersama saya berkaitan dengan kerja yang hampir sama pada tahun lepas, di Tawau dan dia sudah mempunyai pengalaman mengendalikan tugasan tersebut. Ketika itu ketua saya masih ragu-ragu tetapi seakan-akan bersetuju dengan mengangguk-anggukkan kepalanya.
Pada peringkat ubah sikap, saya terus memujuk ketua saya dengan mengatakan si A tu staff kesayangan oang nombor 1 di jabatan kami. Jadi sudah tentu mudah bagi ketua saya berurusan dengan orang nombor 1 tersebut melalui bantuan si A. Ketua saya mula bersetuju dengan percakapan saya sambil berkata,"betul juga".
Peringkat gandakan perubahan sikap pula saya berusaha meyakinkan ketua saya dengan bertanyakan kepada A melalui telefon (ketika itu berada di luar)jika dia boleh menggantikan tugas saya di Sandakan nanti. Apabila mendapat jawapan positif daripada si A maka saya dengan serta merta memberitahunya tentang persetujuan si A itu kepada ketua saya.
Ketua saya akhirnya bersetuju setelah sekali lagi saya meyakinkan dia bahawa si A juga telah mengenali pihak NGO tersebut serta pegawai lain yang bertugas di sana.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam