Pages

Selasa, 31 Ogos 2010

PIT STOP DISKUSI 1: Renungan untuk kajian kes PR dan kempen

Sambutan hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 bagi negara kita baharu sahaja selesai siang tadi. Acara kemuncak bagi bulan kemerdekaan adalah perhimpunan memperingati kemerdekaan pada 31hb Ogos setiap tahun. Namun, sambutan tetap jadi acara tahunan. Semangat kenegaraan mungkin boleh dipersoalkan terutamanya untuk acara yang disambut di peringkat individu. Kempen kibarkan jalur gemilang tampak lesu dan tidak ada arah...saban tahun bilangan rakyat negara ini seolah-olah kian menyusut dari sudut keinginan untuk mengibarkan bendera negara kita. Apakah gambaran tentang perkembangan mutakhir ini?setakat manakah kempen kibarkan jalur gemilang benar-benar mencapai matlamatnya?kemukakan cadangan anda terutama dari sudut pandangan pelajar Perhubungan Awam untuk membantu menambahbaik kempen ini agar rakyat memahami tujuan dan kesan aktiviti mengibar jalur gemilang. Syor anda juga perlulah mengambilkira perkara-perkara asas untuk menjayakan kempen ini seperti galakan dan penyertaan oleh institusi masyarakat, pembekalan bendera [secara percuma atau dibeli] dan paling utama adakah aktiviti ini perlu dijalankan pada bulan kemerdekaan setiap tahun sahaja atau mungkin perlu dijadikan sebagai acara sepanjang tahun...pada pendapat anda, adakah lirik lagu 'Warisan' dendangan allahyarham Sudirman dapat memberi impak kepada 'roh' kempen kibarkan jalur gemilang?jika YA tunjukkan apakah cara terbaik untuk menerapkan falsafah 'warisan' ke dalam diri setiap individu generasi muda di negara ini agar menyokong setiap kempen untuk setia kepada negara kita.

33 ulasan:

  1. Selamat sejahtera. Saya cadangkan kempen kibarkan jalur gemilang juga dilancarkan menerusi internet memandangkan hampir setiap pemuda-pemudi sekarang mempunyai akaun fb ataupun twitter. Pemuda-pemudi sekarang meluangkan kebanyakan masa mereka di hadapan komputer. Jadi, saya syorkan aktiviti kibarkan jalur gemilang beramai-ramai untuk mencipta rekod di'post'kan di fb atau dibincangkan dalam forum pada hari kemerdekaan supaya pemuda-pemudi berasa berminat untuk menyertai.

    BalasPadam
  2. kempen kibarkan jalur gemilang sunyi kerana rakyat malaysia masih tidak tahu akan kempen ini dan kebanyakkan mereka tidak dilazimkan dengan suasana kemerdekaan. hal in demikian kerana "pendedahan" mengenai kempen ini tidak begitu "meriah".

    BalasPadam
  3. ibubapa, kerajaan, dan NGO harus menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing. pertama, ibu bapa harus mempunyai pengetahuan mereka mengenai kemerdekaan agar mereka dapat menjawab persoalan jika anak mereka ingin mengetahuinya. kemudian, kerajaan harus menjalankan kempen yang lebih "meriah", misalnya kerajaan harus menngedarkan bendera dari rumah ke rumah dan sekali memasangkannya agar rakyat dapat merasakan kesungguhan kerajaan. disamping itu, kerapkan pemasangan lagu patriotik di pasaraya-pasaraya besar supaya orang ramai lazim dengan lagu-lagu patriotik , begitu juga dengan stesen- stesen radio tidak kira stesen awam mahupun swasta. ini merupakan salah satu cara yang boleh meningkatkan semangat kemerdekaan. penyebaran bendera bukan sahaja di berikan menjelang bulan kemerdekaan tetapi harus sepanjang tahun.

    BalasPadam
  4. lagu "warisan" daripada Allahyarham sudirman mampu meningkat semangat kempen kibarkan jalur gemilang. antara cadangan dan langkah yang boleh meningkatkan semangat kempen kibarkan jalur gemilang dengan menganjurkan satu aktiviti yang mampu merangsang nilai positif (patriotik) dalam diri pelajar, anjurkan satu pertandingan mengkaji maksud dan nilai lirik lagu WARISAN,dengan ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai patriotik dalam diri mereka.

    BalasPadam
  5. Roshaslindah Bte Abd Rashid

    Selamat Menyambut Bulan Syawal yang Bakal Menjelma…

    Saya bersetuju dengan pendapat Freschela Pinus :

    “kerapkan pemasangan lagu patriotik di pasaraya-pasaraya besar supaya orang ramai lazim dengan lagu-lagu patriotik , begitu juga dengan stesen- stesen radio tidak kira stesen awam mahupun swasta”

    Bagaimana pula dengan konsert2 yang menampilkan barisan artis terkemuka dan diminati ramai oleh rakyat Malaysia?..Rasanya itu juga satu acara yang boleh mendorong dan menarik ramai rakyat Malaysia untuk sama2 mengibarkan jalur gemilang, disamping dapat menghayati setiap bait2 puisi dan lagu patriotik yang didendangkan.

    Memang diakui sejak beberapa tahun ini kempen menghayati dan mengibarkan jalur gemilang agak suram apabila tiba saja waktu kemerdekaan. Contohnya pada tahun ini…Mungkinkah faktor Bulan Puasa menjadi halangan untuk mengadakan apa2 kempen atau acara yang berkaitan dengan Kemerdekaan???

    p/s: Teringat zaman sekolah…acara membuat bendera terpanjang Malaysia menjadi satu acara WAJIB.

    BalasPadam
  6. Salam dan Salam Ramadhan.
    Sambutan Kemerdekaan memang semakin tidak meriah dan semangat patriotik kian pudar dalam diri semua rakyat Malaysia tidak kira umur. Di kolej kediaman yang saya diami juga tiada aura-aura kehangatan sambutan kemerdekaan dan kibarkan jalur gemilang kerana jumlah-jumlah bendera yang dipasang di seluruh kawasan kolej dan UMS sendiri tidak banyak. Mungkin rakyat Malaysia yang sangat sukakan barangan percuma dan 'subsidi' ini juga manunggu untuk mendapatkan bendera percuma yang selalunya diagih-agihkan di kawasan plaza tol untuk mereka kibarkan Jalur Gemilang.

    Penggunaan lagu-lagu patriotik sebagai pembakar semangat rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang adalah sebagai alternatif sahaja, tiada guna jika ada lagu, tetapi tiada penghayatan...yang penting adalah penghayatan yang datang dari dalam diri masing-masing.

    BalasPadam
  7. salam..

    Sebagai pengamal perhubungan awam, pendapat yang dapat diberikan untuk menangani kelesuan acara kibarkan Jalur Gemilang adalah dengan meneruskan pemberian bendera secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia hendaklah di kekalkan, perkara tersebut boleh menjadi perangsang kepada seluruh rakyat terus mangibarkan Jalur Gemilang.

    Perkara kedua yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan ataupun rumah masing-masing. Hal ini adalah seperti pertandingan 'spot-car-to-win' tetapi boleh digantikan dengan 'spot-Jalur Gemilang-To-Win'. Rumah-rumah dan kenderaan yang bertuah akan menerima hadiah yang lumayan daripada penaja.

    Perkara ketiga yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan kempen 'Beli dan Menang'. Dalam pembelian Jalur Gemilang akan disertakan kod-kod rahsia yang bakal mananti pemenang. Hal ini sedikit sebanyak akan merangsang pembalian Jalur Gemilang dan mengibarkannya dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Saya bersetuju dengan pendapat saudari Roshaslindah, membuat bendera Malaysia
    terpanjang boleh diajadikan acara wajib, lebih-lebih lagi dengan mengguankan barangan yang boleh dikitar semula, selain dapat meningkatkan semangat patriotik, ianya juga boleh membantu pihak Jabatan Alam Sekitar mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula..:)

    BalasPadam
  8. salam sejahtera, berkenaan dengan apa yang dikatakan oleh BA08110020, sememangnya penggunaan lagu patriotik adalah satu alternatif tetapi jika ia kerap kali dipasangkan di pasaraya-pasaraya dan stesen radio secara tidak langsung orang ramai akan menjadi lazim dengan lagu-lagu sedemikian dan tidak mustahil jika mereka hafal lirik lagu tersebut, ini mampu memberi mereka sedikit kehangatan kemerdekaan, tambahan lagi alternatif merupakan satu usaha yang mampu memberi harapan. sekian.

    BalasPadam
  9. Selamat sejahtera. Saya agak tertarik dengan cadangan BA08110020 unutk melancarkan pelbagai pertandingan. Tetapi , saya rasa tujuan utama untuk menyerapkan sifat patriotik kepada setiap remaja mungkin sukar tercapai menggunakan cara tersebut. Hal ini kerana remaja mungkin hanya berminat untuk memenangi hadiah sahaja tanpa memahami dan mengambil tahu terhadap tujuan sebenar pertandingan tersebut. Saya cadangkan pertandingan mereka lagu atau puisi berkenaan patriotik diadakan dengan menawarkan ganjaran lumayan. Remaja perlu memahami erti patriotik di samping untuk mencipta lagu dan puisi patriotik.

    BalasPadam
  10. Slmt mlm dan selamat berehat2 semua...maaf andai saya terlambat memberi komentar / coretan dalam diskusi kali ini. Seperti yang kita ketahui, sambutan hari kemerdekaan baru-baru ini agak hambar sedikit. Namun, ketika saya di alam persekolahan dahulu, setiap kali tibanya 1 Ogos semangat kemerdekaan mula terasa. Waktu itu pelbagai program dianjurkan seperti pertandingan koir lagu patriotik, pertandingan menulis rencana tentang anti-dadah, kuiz sejarah, roda impian tentang pengetahuan am Malaysia, pertandingan kelas tercantik dan sekeliling pagar sekolah dihiasi dengan Jalur Gemilang. Terasa begitu seronok pada saat itu. Cadangan saya, adakan pertandingan antara peringkat institusi kampung seperti kampung tercantik dengan kibaran Jalur Gemilang paling banyak dan kreatif. Namun, Jabatan Daerah perlu la memberi sokongan dari segi membekalkan jalur gemilang secara percuma kepada penduduk kampung agar halangan-halangan ketiadaan Jalur Gemilang dapat diatasi.

    BalasPadam
  11. Tapi kenapa mesti semangat patriotik / kemerdekaan / kibarkan jalur gemilang mesti didorong dengan pelbagai contest , cabutan bertuah? Hal ini sedikit sebanyak niat / semangat kemerdekaan hanya semata-mata untuk berlumba-lumba membeli dan seterusnya berasa bertuah sekiranya menang dengan pelbagai contest.

    BalasPadam
  12. salam perpaduan dan salam ramadhan kepada rakan2 yang beragama muslim.Sambutan bulan kemerdekaan seumpama ini sudah menjadi tradisi di negara kita setiap tahun demi memperingati semula detik kemerdekaan negara yang dicapai pada tanggal 31 Ogos 1957.apa yg dapat saya lihat kempen hari kemerdekaan pada tahun demi tahun semakin suram dan seolah-olah hilang serinya. apatah lagi aura aidilfitri lebih terserlah dan lebih-lebih lagi bulan ramadhan yang perlu dihayati oleh umat islam berbanding sambutan kemerdekaan. saya berpendapat kempen-kempen yang dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan menunjukkan impak yg kurang kepada rakyat malaysia.pada pemerhatian saya dari segi fizikal, jalur gemilang yang dikibarkan tidak kira d premis-premis perniagaan,kenderaan mahupun rumah-rumah kurang memberansangkan.pada pendapat saya, kempen jalur gemilang ini terlebih dahulu perlu disokong penuh khasnya oleh premis-premis perniagaan,premis kerajaan dan korporat di mana golongan mereka ini perlu mengibarkan jalur gemilang di kawasan mereka.saya percaya tempat sebegini merupakan destinasi yang sering dikunjungi oleh orang awam. oleh itu, dengan tindakan sedemikian maka orang ramai akan peka dan bertindak untuk mengikuti langkah seperti mereka untuk mengibarkan jalur gemilang di tempat masing-masing.

    BalasPadam
  13. salam sejahtera, S.H.HONG, memang sukar untuk memberi kesedaran kepada remaja pada masa kini tetapi tidak mustahil jika kita memcuba untuk menyedarkan mereka, memang cadangan pertandingan mencipta lagu dan puisi merupakan satu idea yang baik, tetapi pertandingan untuk menghayati dan memahami lirik2 lagu juga merupkan salah satu idea yang baik kerana dengan ini secara tidak langsung ia mampu diserap dalam diri remaja.

    BalasPadam
  14. salam. ct nurynee, pertandingan atau contest sangat penting untuk memberi kesedaran kepada remaja masa kini, pertandingan ini bukan la tujuan utamanya untuk berlumba2 tetapi ia salah satu usaha unutuk menarik perhatian orang ramai kerana tanpa pertandingan ini mungkin mereka langsung tidak sedar akan kewujudan kemerdekaan ini, atau cik CT mempunyai idea lain unutk menarik perhatian orang ramai selain mengadakan pertandingan.? sekian.

    BalasPadam
  15. Salam satu Malaysia..... Kempen kibarkan jalur gemilang tersebut memang kurang berjaya dalam memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia sejak ia tidak berapa menarik perhatian masyarakat. Ini mungkin berpunca daripada usaha yang kurang cekap dalam menghangatkan kempen tersebut. Apabila saya tanya kepada rakan-rakan saya tentang kempen tersebut, kebanyakan daripada mereka kurang ingat/sedar mengenainya berbanding dengan kempen 1 Malaysia. Ini menunjukkan usaha perlu ditingkatkan lagi bagi memupuk kesedaran serta penglibatan masyarakat dalam kempen tersebut.
    Akan tetapi, apakah punca yang menjejaskan pencapaian kempen tersebut?
    Bagi pendapat saya, publisiti kempen tersebut tidak mencukupi. Kempen ini harus dihangatkan menerusi siaran dalam TV, Radio, atau mana-mana medium buat sepanjang masa dan bukan hanya sempena hari kemerdekaan. Menurut teori penyuburan, sesuatu penyiaran secara berulang kali dapat mempengaruhi perlakuan audiennya(Gerbner & Gross, 1976). Ini bererti, jika kempen tersebut didedahkan lebih kerap, maka ia lebih cenderung untuk 'bertapak' dalam minda masyarakat.

    BalasPadam
  16. saya tertarik dengan apa yang dibincangkan oleh Hong dan BA8110020.. ya, saya rasa untuk menarik minat rakyat malaysia semula kepada kempen kibarkan jalur gemilang perlu ada pertandingan yang ada unsur2 penciptaan rekod.. perkara sebegini sudah pun mula mendapat tempat satu ketika dahulu tetapi tiada pihak2 yang berminat untuk mengangkat kempen2 sebegini. pelbagai rekod negara yang dicipta setiap kali bulan merdeka. antaranya kalau kawan2 masih ingat seperti kek jalur gemilang yang terbesar di malaysia, bendera jalur gemilang yang terbesar di malaysia, jalur gemilang terpanjang di malaysia.. ada juga yang meletakkan jalur gemilang terbanyak di sebuah kereta, dan banyak lagi. persoalan Hong adalah kempen sebegini dianggap tidak mampu menerapkan semangat patriotik kerana muda-mudi hanya inginkan hadiah, tapi bagi saya ia terpulang kepada cara kita melaksanakan kempen. contohnya, disamping usaha mencipta rekod baru malaysia, seseorang peserta yang layak bertanding mesti ditapis dahulu, diajukan beberapa kuiz mengenai sejarah kemerdekaan dan sebagainya. tetapi setahu saya, apabila kita terlibat dengan pertandingan seperti ini, semangat patriotik kita akan turut serta terbentuk dalam diri.. kerana setiap orang sebelum memulakan sesuatu perlu ada minat. mereka yang menyertai pertandingan sudah tentulah mengahayati erti kemerdekaan supaya mereka boleh menghasilkan sesuatu untuk memenangi pertandingan tersebut.

    BalasPadam
  17. pihak media juga kurang memainkan peranan, sebab itulah kempen pada tahub ini kelihatan hambar. tetapi mungkin juga disebabkan 31 ogos tahun ini adalah pada waktu umat islam di malaysia berpuasa, malahan raya hampir tiba. iklan2 di tv pula semua berkenaan ramadhan dan raya.. isu2 seperti kes buang bayi, malaysia-indonesia, dan isu2 popular musim perayaan seperti keselamatan jalan raya, harga barang dan sebagainya memenuhi dada akhbar, berita tv dan lain-lain sehinggakan kempen2 merdeka ini sedikit tertutup. bagi saya ini adalah suasana yang sikar untuk dijangka, kerana kita hanya mampu berkempen dan mengharapkan sambutan daripada orang ramai. kekuatan kempen tersebut bergantung kepada orang bertanggungjawab seperti pr bagi memastikan ia betul2 berkesan. perlu ada kreativiti yang tinggi bagi mengatasi isu2 sedia ada agar kempen kita tidak malap dalam masyarakat. pada tahun ini contohnya, memandangkan media dipenuhi isu2 hangat yang lebih menarik daripada kempen kita, maka kita haruslah tidak bergantung seratus peratus dengan media.. perlu ada inisiatif lain seperti turun padang. atau menggunakan strategi lain yang unik untuk menarik minat golongan media beralih perhatian kepada kempen kita.

    BalasPadam
  18. hi badriah, saya cuma nak bagi pandangan, bukan media tidak memainkan peranan mereka tetapi mereka terpaksa mengurangkan iklan kemerdekaan kerana mereka melihat kepada audien mereka, mungkin mereka sedar bahawa iklan hari raya, puasa, kempen2 lain lebih menarik perhatian orang ramai berbanding dengan iklan kemerdekaan. cuba bayangan kan jika mereka memberi perhatian kepada iklan kemerdekaan sahaja mungkin stesen mereka tidak mendapat perhatian orang ramai. ehhehehehe

    BalasPadam
  19. salam..mengikut pengalaman saya sendiri,sambutan kemerdekaan negara kita semakin kurang dirasai kini. mungkin kerana sibuk,kurang kesedaran mengenai susah payah nya golongan datuk,nenek dan moyang kita memperjuangkan kemerdekaan negara. apa yang saya rasakan,semasa belajar di ums sambutan 31ogos ini kurang diberikan perhatian berbanding di semenanjung malaysia mungkin kerana di sabah ini lebih dekat dengan sambutan Hari Malysia pada 16 sept.

    BalasPadam
  20. mengenai kempen kibarkan jalur gemilang pula, apa yang saya dapat lihat pada waktu kini,kempen tersebut semakin kurang mendapat sambutan. adanya sambutan pun hanyalah daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. apabila berada di universiti,saya dapat rasakan semngat tersebut semakin luntur.munkin kerana malu atupun mengharapkan bendera subsidi sahaja ataupun mengharapkan balasan untuk mengibarkan jalur gemilang. saya masih ingal lagi semasa di sekolah rendah, apabila masuknya bulan ogos sahaja, sekolah akan mengadakan pelbagai aktiviti bekaitan kemerdekaan antaranya mencipta puisi,membaca sajak,nyanyian lagu patriotik,koir,pertandingan melukis,mewarna dan sebaginya sepanjang bulan ogos. dengan adanya aktiviti seperti ini,suasan bulan kemerdekaan dilihat "hidup" sedikit. apalah salahnya jika di peringkat pengajian tinggi juga diadakan program-program seperti ini??

    BalasPadam
  21. cadangan untuk menambah baik kempen kibar jalur gemilang ini antaranya mungkin boleh dicuba dengan konsep ‘punishment & reward’ untuk menggalakkan orang mengibarkan jalur gemilang. jika dahulu ayah saya nak suruh belajar dijanjikan untuk bawa berjalan ataupun belikan barang-barang kegemaran saya sehinggalah saya punya kesedaran sendiri betapa pentingnya menuntut ilmu tanpa perlu digula-gulakan dengan apa-apa janji lagi. Mungkin sama dengan sikap manusia dlm mengibarkan jalur gemilang. Mungkin kerajaan boleh menjalankan program utk menggalakkan individu/organisasi mengibarkan jalur gemilang. contohnya,pasang jalur gemilang dirumah, sms alamat ataupun apa2 nombor (utk daftar penyertaan) supaya ada database orang yang mengibarkan jalur gemilang. Sediakan hadiah, buat cabutan bertuah terhadap database tadi. Umumkan pemenang (selepas semak samaada jalur gemilang dikibarkan) di media2 utama (apabila media turut dilibatkan,orang awam lebih tertarik kerana dianggap lebih glamour..('',). Mulakan 5-7 tahun pertama dengan hadiah.Selepas itu hentikan program ini. Sy percaya sedikit sebanyak akan menggalakkan dan membiasakan masyarakat untuk memasang jalur gemilang dan boleh menjadikannya rutin bagi mereka pada setiap bulan Ogos. pepatah ‘alah bisa tegal biasa’ mungkin boleh dibuktikan..

    BalasPadam
  22. Salam sejahtera... saya berpendapat bahawa kempen tersebut harus diusahakan dengan beberapa pendekatan yang berlainan. Bagi pandangan saya, kempen tersebut bukan sekadar untuk meminta rakyat mengibarkan jalur gemilang tetapi untuk membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, pendidikan sejarah kepada pelajar-pelajar mula waktu sekolah rendah mahupun tadika amat penting untuk memupuk semangat patriotik rakyat sejak awal. Pendidikan sejarah yang menyampaikan detik-detik kemerdekaan Malaysia mesti dapat membangkitkan semangat pariotik rakyat.

    BalasPadam
  23. Di samping itu, saya agak bersetuju dengan langkah-langkah yang dikemukakan oleh saudari, S.H.Hong, Freschela Pinus, BA08110020, dan CT Nurynee. Pertandingan mengkaji maksud dan nilai lirik lagu WARISAN, pertandingan mencipta lagu atau puisi berunsur patriotik, pertandingan menghiaskan sekolah dan kediaman, pertandingan kreatif untuk melukis/mencipta bendera, 'spot-Jalur Gemilang-To-Win' dan lain-lain pertandingan yang berkaitan dengan jalur gemilang turut menjadi pembakar/alternatif untuk menghayati atau melibatkan diri untuk meraikan hari kemerdekaan yang bermakna ini. Akan tetapi, beberapa aspek harus diberi perhatian apabila menganjurkan aktiviti sebegini. Misalnya, seperti apa yang dikemukakan oleh saudari Nur Bahdriah -“… disamping usaha mencipta rekod baru malaysia, seseorang peserta yang layak bertanding mesti ditapis dahulu, diajukan beberapa kuiz mengenai sejarah kemerdekaan dan sebagainya. tetapi setahu saya, apabila kita terlibat dengan pertandingan seperti ini, semangat patriotik kita akan turut serta terbentuk dalam diri…”.

    BalasPadam
  24. Besides, I would like to suggest that this campaign should coordinate with One Malaysia campaign as both campaigns are in turn to generate the patriotic spirit along with the integration and unity. Furthermore, there are many problems and critiques come after the presentation of the One Malaysia campaign. All of these indirectly threaten the integration and unity of Malaysian. Without integration and unity of Malaysian, what is meaning for the National Day and ‘kibarkan jalur gemilang’ campaign as well?... since Malaysia is an integration of many different race in a nation. Thus, enhancement of the integration and unity through One Malaysia campaign is one of the criteria to generate the patriotic spirit among the citizen and succeed the ‘kibarkan jalur gemilang’ campaign.

    BalasPadam
  25. Salam buat En. Syah dan rakan-rakan yang sy hormati sekalian. Setiap tahun kita pasti akan menyambut bulan kemerdekaan, pastinya lagu-lagu patriotik akan selalu berkumandang sama ada di radio atau di televisyen, namun masih ada segelintir masyarakat yang kurang mementingkan acara ini sehinggakan mereka berasa malu dan tiada semangat ketika mengibarkan jalur gemilang. Sememangnya, perkara sebegini telah cuba di selesaikan terutamanya di sekolah-sekolah, namun apabila pelajar sekolah meninggalkan sekolah rasa patriotik semakin bkurangan, ini kerana konsep yang di atur tidak dilakukan secara bterusan. Lagu Warisan daripada Sudirman sepatutnya dipersembahkan dalam bentuk lakonan, teater dan sebagainya agar audien tidak berasa bosan.

    BalasPadam
  26. Selamat Sejahtera,
    Menurut salah satu artikel yang saya rumuskan dalam akhbar Berita Harian (2 Sepetember 2010), kanak-kanak merupakan golongan yang paling sesuai disemaikan semangat perpaduan. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Contoh matapelajaran sekolah yang harus diterapkan untuk memupuk sikap kenegaraan adalah seperti matapelajaran Sejarah. Teknik penyampaian yang lebih kreatif harus juga digunakan. Sebagai contoh, menerapkan aktiviti mengibarkan bendera Malaysia pada Hari Kebangsaan. Pelajar juga akan didedahkan dan diajar mengenai jasa dan perjuangan tokoh kemerdekaan.
    Dalam aspek pembekalan bendera Malaysia pula, sebelum ini pernah ada aktiviti pembekalan bendera Malaysia dilakukan di pintu keluar masuk lebuh raya oleh menteri-menteri kepada pemandu. Bendera Malaysia akan dilekatkan pada bumbung kereta. pada pendapat saya, aktiviti ini dikatakan sesuai dijalankan untuk memupuk semangat kemerdekaan masyarakat. Tetapi, masyarakat juga harus didedahkan mengenai makna kemerdekaan bukan sahaja dengan mengibarkan bendera pada kereta masing-masing. Pada tahap sekolah pula, kerajaan haruslah membekalkan bendera kepada pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah pula harus menjalankan aktiviti secara besar-besaran seperti sambutan Bulan Kemerdekaan. Aktiviti yang diadakan adalah meliputi seperti pertandingan menghias kelas menggunakan bendera Malaysia secara kreatif. Semasa penilaian yang dijalankan oleh guru, pelajar akan dipersoalkan mengenai hal-hal berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia. Penglibatan bukanlah hanya setakat kepada sesiapa yang berminat. Malah juga kepada semua ahli dalam kelas tersebut. Melalui aktiviti ini, pelajar bukan sahaja dapat mendalami semangat kemerdekaan dalam diri malah juga dapat memupuk semangat kerjasama antara kaum untuk menjalankan suatu aktiviti. Pemberian bendera Malaysia secara ercuma semasa bulan kemerdekaan juga akan dapat menggalakkan masyarakat suka mengibarkan bendera Malaysia di rumah. Pemberian bendera secara percuma boleh dilakukan melalui pemberian dari rumah ke rumah ataupun di tempat awam. Perkara ini boleh menyedarkan masyarakat bahawa semangat cinta akan negara boleh dilakukan tanpa melibatkan wang ringgit hanya kasih sayang terhadap negara secara ikhlas adalah sangat memadai.
    Melalui penghayatan saya terhadap lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman, lagu ini dapat memberi impak kepada semangat mengibarkan jalur gemilang. Sekiranya individu memahami segala perkara yang dinyanyikan dalam lagu tersebut. Tambahan pula, dalam aktiviti pembelajaran dalam kelas, murid-murid harus didedahkan mengenai lagu tersebut. Mereka harus diberi penerangan terhadap lagu tersebut lebih mendalam lagi agar budaya mengibarkan bendera Malaysia dapat dijalankan secara turun-temurun dengan perasaan patriotik yang tinggi.

    BalasPadam
  27. Salam sejahtera… Saya setuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh senior-senior dan rakan-rakan di atas. Tetapi pada pendapat saya bahawa media massa telah memainkan peranan yang terpenting dalam menerapkan falsafah ‘warisan’ ke dalam diri setiap individu generasi muda di negara ini agar menyokong setiap kempen untuk setia kepada negara kita. Hal ini disebabkan setiap hari kita mesti menggunakan media massa untuk mendapat maklumat terkini dan sebagainya. Media massa adalah seperti televisyen, radio, internet, surat khabar dan sebagainya. Dengan bantuan media massa, kempen tentang setia kepada negara kita dapat diketahui oleh khalayak yang sentiasa menggunakan media massa untuk mendapat maklumat terkini dan juga dapat mewarisi semangat cinta negara kepada generasi muda. Sebagai contohnya, semasa menjelang Hari Kemerdekaan, media massa sepeti radio akan menyiarkan lagu yang berkaitan tentang Hari Kemerdekaan dan televisyen juga akan menyiarkan drama-drama atau iklan tentang Hari Kemerdekaan serta menyedari khalayak bahawa betapa penting hari tersebut kepada kita yang sebagai orang Malaysia kerana jikalau negara kita tidak merdeka, hari ini kita tidak dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Oleh itu, saya berpendapat bahawa media massa telah memainkan peranan yang penting dalam kempen untuk setia kepada negara kita kerana media massa dapat menjayakan kempen tersebut disebabkan dengan sokongan khalayak.

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Salam buat semua, betul seperti apa yg dikatakan oleh en Syah, semangat mengibar jalur gemilang dikalangan rakyat semakin pudar. Saya teringat ketika saya mula berpindah ke Tmn Indah Permai kira-2 10 thn yg lepas. Pada tahun2 awal kami tinggal disana, saya dan beberapa jiran termasuk seorang YB akan mengibarkan jalur gemilang setiap kali tiba hari kemerdekaan. Biasanya ia akan berkibar selama 2 bulan, iaitu sepanjang bln Ogos dan Sept. Turut mengkagumkan saya seorang jiran yg berketurunan cina turut mengibarkan jalur gemilang. Rasa seronok dan bangga tiap kali melalui lorong yg memasuki lot rumah saya krn jalur gemilang berada dikiri dan kanan.

    Malangnya semua itu dah tinggal kenangan, dlm 2,3 tahun ini kami sudah tidak mengibarkan jalur gemilang lagi. Kenapa....entah la, saya pun tidak tahu, mungkin saya tengok jiran2 pun sudah tidak mengibarkan jalur gemilang. Yg pastinya jiran berketurunan cina itu masih setia mengibarkan jalur gemilang wpun benderanya sudah nmpk lusuh kerana dimamah usia.

    BalasPadam
  30. salam sejahtera,

    apabila kita melihat kembali kempen mengibar jalur gamilang yang semangat merdeka itu semakin luntur, kita mungkin mula bertanya di manakah silapnya kempen tersebut. Pendidikan moral di sekolah-sekolah rendah selalu mengajar tentang kemerdekaan dan di peringkat sekolah pun mempunyai kempen seumpama. Bagaimana pun apabila murid-murid ini sudah dewasa mereka sudah lupa akan tanggungjawab yang pernah diajar oleh guru-guru mereka. Ini ditambah lagi dengan sikap masyarakat subsidi yang hanya mahu memasang bendera jika diberi percuma. Semangat patriotik sudah tiada. Ini dapat dilihat padfa bangunan-bangunan milik peribadi yang enggan untuk memasang bendera tersebut. Bila mereka disuruh memasang bendera, mereka sering menjawab, ' kerajaan kasi apa'. Pemilik bangunan dan hartanah selalunya mempunyai sikap bongkak dan tidak mahu berkerja sama. Oleh itu Tun Mahadthir berkata corak pemerintahan autoritarian mungkin lebih baik daripada demokrasi, kerana kata beliau sikap-sikap masyarakat yang tidak mahu berubah ini perlu ditanggani secara autokrasi.

    Sekian terima kasih.
    YA2007-7546

    BalasPadam
  31. Salam sejahtera,

    mungkin antara faktor mengapa kempen jalur gamilang ini kurang mendapat perhatian kerana ia tidak dijalankan oleh penganjur kempen dengan baik. Sebelum ini Jabatan Penerangan sebagai satu agensi yang terlibat penuh dengan kempen mengibar jalur gamilang ini. Bagaimana pun pada tahun ini ketiadaan peruntukan maka semua aktiviti yg dirancang telah terbangkalai begitu saja. Pada tahun tahun sebelumnya, berbagai-bagai kempen mengibar jalur gamilang di buat seperti, basikalton, kempen budi dan jasa, kembara merdeka dan sebagainya. Semua aktiviti ini adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat diseluruh negara bahawa kita menyambut hari merdeka melalui aktiviti seperti berbasikal, berkereta sambil memasang lagu lagu patriotik dan pengagihan bendera bendera kepada masyarakat. Bagaimana pun aktiviti ini terpaksa terhenti apabila peruntukan ini terhenti. Perbelanjaan untuk kempen basikalton dari Tawau Sabah hingga Kuching Sarawak saja berjumlah RM1.2 juta.

    Sekian terima Kasih.
    YA2007-7546

    BalasPadam
  32. Nama: Julianus @ Azizul Rahman bin Moncigil
    No. Matrix:YA 2007-7551

    Saya amat berbangga dengan mengikuti tajuk diskusi ini kerana ia adalah suatu peluang dan kesempatan untuk saya mempersembahkan suatu set idea atau pendapat sebagai Warga Negara yang patriotik, menyerlah serta terunggul di mata masyarakat hari ini. Contohnya, Menurut pengalaman saya dalam sesuatu tugasan penyiasatan serta menganalisis tabii penjenayah, saya telah menghalusi serta menyelami tingkahlaku atau tabii setiap individu bahawa sesungguhnya, sebagai waraga Negara dewasa ini, perlulah menyedari bahawa tanpa ia mengenal dirinya, asal usulnya dan sejarah Negaranya, saya pasti naluri cintakan Negara itu adalah amat tipis untuk dijadikan sebagai kerangka asas mencintai sesuatu unsur patriotik. Apatah lagi apabila kempen dengan corak atau bentuk kempen mengibarkan Jalur Gemilang, yang telah dilaksanakan dengan hanya sekadar memenuhi syarat pelaksanaan jadual kalendar dalam masa atau tempoh.tempoh tertentu sahaja. Sehubungan itu, saya berpendapat bahawa kegagalan kempen mengibarkan jalur gemilang amat jelas bahawa warga Negara yang menjadi generasi muda hari ini adalah jelas tidak mempunyai kesedaran diri, dan tidak peka dengan kewujudan sebagai warga Negara kerana penanaman nilai pengenalan diri, amat tipis dan rapuh. Apa pun kaedah kempen yang dijalankan oleh kerajaan,ia pasti tidak berkesan dan berjaya kerana kerangka asas unsur-unsur jati diri sebagai warga Negara tidak wujud dalam diri di sanubari individu. Di dalam keadaan sedemikian, biar apa sekalipun bentuk kempen yang akan dilaksanakan kelak, termasuk lagu Patriotik Hj. Sudirman Hj. Arshad, ia tetap tidak berkesan atau berfungsi kerana seni tabii asasi semulajadi, tidak wujud dalam jati diri pada setiap diri individu yang mengelarkan diri mereka sebagai warga negara, jika ada pun ia tidak cukup kuat untuk melibatkan diri secara sukarela, ikhlas, serta bertanggung jawab kepada bangsa, agama dan negaranya. Fenomena tingkah laku generasi hari ini akan berterusan, jika pihak berwajib gagal dalam penerapan nilai-nilai jati diri pada setiap individu, maka rakyat akan menjadi jahil serta buta sejarah kerana nilai asas kefahaman serta penghayatan erti kemerdekaan amat tipis dan rapuh. Lantaran itu, saya memberi contoh, dan berpendapat, mencadangkan untuk menjalankan penyelidikan untuk mengesan permasalahan sebenar, dan hasil dapatan kajian tersebut mungkin dapat mengesan penyelesaian kekal dan tepat agar pihak kerajaan mengambil dayausaha atau tindakan segera demi mewujudkan satu kerangka dan struktur reformasi dalam transformasi melalui teori Falsafah pendidikan, Falsafah komunkasi, bagi melaksanakan teori penanaman cintakan diri sendiri, bangsa agama dan Negara. Iaitu Falsafah pendidikan khusus yang berorentasikan pembelajaran berterusan serta menjurus kepada pengabugan pengajaran Mata pelajaran Sejarah, Tatarakyat dan Rukun Negara, kerana bak kata pepatah orang Melayu, “Melentur buluh itu, biarlah ia bermula daripada rebungnya” Manakala Falsafaah Komunkasi pula perlu diterapkan sepenuhnya melalui kepakaran komunikasi, dengan penetapan agenda, mengaplikasikan teori Penanaman, teori penyuburan serta menjalankan kaedah kempen-kempen pembujukan yang tepat dan jelas, berserta dengan jadual kempen pembujukan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.
    Kesimpulannya, apa pun bentuk kempen yang dianjurkan kelak, setiap individu sebagai warga Negara Negara yang memiliki potensi nilai jati diri, pasti ia akan tampil lebih ikhlas, rela hati, dan berkeyakinan.Dalam pada itu, potensi jati diri itu kelak pasti berjaya mengatasi permasalahan serta menyelesaikannya dengan mudah melalui penerapan nilai-nilai murni jati diri yang unggul dan cemerlang sebagai warga negara yang tulin di sepanjang zaman.




    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  33. Salam perpaduan..pada pendapat saya, cara penyampaian mesej dalam kempen jalur gemilang haruslah diubah kepada bentuk yang lebih kreatif agar audiens lebih tertarik dengan kempen tersebut. Selain itu, lagu warisan yang dinyanikan oleh Allahyarham Sudirman perlu dipersembahkan dalam bentuk yang pelbagai agar audiens menjadi tidak bosan.

    BalasPadam