Aspek psikososial amat penting bagi membantu pembujuk menentukan corak tingkahlaku sasaran pembujukan sama ada dapat dikawal atau sebaliknya. Tingkahlaku yang dapat diselaraskan dengan keperluan pelan kempen sudah tentu memberi impak kepada tahap sokongan daripada sasaran pembujukan. Perlu diingat, kesan psikososial yang menyebelahi pihak pembujuk adalah lahir daripada usaha berterusan oleh pembujuk. Usaha membujuk yang memfokus kepada perubahan aspek psikososial ini digembleng dengan cara menguasai element demografik mahu pun psikografik khalayak yang dibujuk.
Fikirkan...Langkah-langkah penting dalam menentukan segmen audien satu-satu kempen.
kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen; dan,
Apakah kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen.
Salam buat En.Syah dan rakan-rakan. Seperti yg tlh kita pelajari, segmen terdiri drpd 7 bahagian iaitu umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideologi dan jantina. Pada pandangan sy, antara langkah-langkah yang penting dalam menentukan segmen sesuatu kempen ialah dengan mengetahui jenis kempen, sama ada jenis kempen tersebut berunsurkan ideologi politik, masalah mengenai persekitaran, sosial dan sebagainya. Selain itu, perlu utk mengetahui sasaran yang ditujukan dalam kempen tersebut sama ada utk masy. umum, kanak-kanak, orang dewasa, golongan elit dan sebagainya. Ada di antara pembujuk yang tidak menggunakan etika semasa menyampaikan mesej dan ini menghasilkan beberapa kesan-kesan psikologikal antaranya pihak yang dibujuk merasa diri mereka dihina, terancam,dan juga menimbulkan perasaan rendah diri pihak yang dibujuk.
BalasPadamSelamat sejahtera,
BalasPadamBagi pendapat saya, penggunaan teknik yang sesuai adalah penting untuk menjayakan sesuatu kempen. Hal ini untuk mengelakkan psikososial audien terganggu. Antara langkah yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
a) Mengutamakan nilai moral masyarakat
Pembujuk haruslah menjalankan kempen tersebut dengan cara yang tidak bertentangan kepada sesebuah agama dan budaya suatu masyarakat. Hal ini kerana, pengwujudan kempen yang didapati bertentangan dengan agama dan budaya suautu kaum akan menyebabkan masalah perkauman berlaku. Tambahan pula, masalah perasaan tidak menghormati kaum dan budaya terhadap orang lain juga akan berlaku sekiranya suatu kempen tidak dijalankan dengan cara yang betul. Mereka akan berpendapat bahawa kempen yang diadakan boleh menyebabkan masyaraat bersikap negatif apatah mereka merupakan insan yang mengajuk segala perkara yang telah disarankan dalam aktiviti kempen.
Kesan-kesan yang mungkin berlaku sekiranya elemen pembujukan secara tidak beretika diamalkan dalam satu-satu kempen dalam aspek psikososial adalah seperti berikut:
a) Masalah perkauman
b) Masyarakat akan melibatkan diri dalam suatu kempen secara sambil lewa tanpa memikirkan kepentingan kempen yang diadakan. sebagai contoh, terdapat pegawai kesihatan yang berkelakuan merokok di tempat awam walaupun kempen 'TAK NAK MEROKOK' diadakan secara berleluasa di seluruh negara. Perkara ini menyebabkan kempen dijalankan dengan tidak berkesan.
assalamualaikum dan selamat sejahtera. seperti yang kita semua maklum, bahawa langkah penting yang perlu diberi perhatian ketika menyampaikan sesuatu mesej dalam kempen adalah berdasarkan jenis kempen, sasaran audience,jenis pekerjaan,umur,jantina dan latar balakang pendidikan. sebagai contoh, kempen yang melibatkan sesuatu yang sensitif dan amat ketara dari aspek demografinya seperti kempen barah payudara hanyalah sesuai ditujukan kepada para wanita sahaja. hal ini kerana, kempen ini khas untuk wanita dan tidak sesuai jika dikempenkan juga untuk lelaki.Saya amat bersetuju dengan pendapat siti norizan. di sini, saya ingin menambah dan membicarakan tentang kesan psikologi akibat penggunaan kempen yang tidak beretika.
BalasPadamsebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kita memang tidak dapat lari daripada sesuatu perkara yang boleh mendatangkan perasaan suka mahupun tidak suka terhadap sesuatu kempen. Sesuatu kempen yang baik adalah kempen yang memberikan pendidikan dan kebaikan kepada keseluruhan organisasi yang menjalankan kempen dan khalayak yang menerimanya. kempen yang mengandungi unsur-unsur penghinaan,menjatuhkan martabat seseorang,berkaitan dengan sensitiviti kaum akan mendatang kesan kepada khalayak. khalayak tidak akan mengambil tindakan ke arah lebih bersikap positif dan menerima kempen tersebut secara baik, malahan pihak yang menjalankan kempen akan mendapat masalah. setiap kempen yang dijalankan memerlukan peruntukan dan sekiranya kempen tersebut tidak berjalan dengan lancar dan tidak mencapai sasaran, hanya pembaziran yang akan berlaku.
selain daripada itu, tujuan kempen haruslah jelas iaitu untuk siapa kempen tersebut disasarkan dan apakah matlamat yang ingin dicapai. kempen yang ramabang dan tidak ada khalayak sasaran akan menjadikan khalayak keliru serta tidak akan mengendahkan kempen tersebut.
Salam, Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh rakan-rakan diatas. Untuk menjalankan sesuatu kempen, kita haruslah mengetahui tentang jenis kempen yang ingin kita lakukan, sasaran audien,jenis pekerjaan, umur, jantina, latar balakang pendidikan dan sebagainya. Bagi menjayakan sesuatu kempen kita haruslah mengetahui tujuan sesuatu kempen dilakukan dan kepada siapa kempen tersebut ditujukan. Contohnya, jika kita hendak melakukan kempen kebersihan, sasaran audien haruslah ditentukan seperti kempen tersebut dilakukan di sekolah, di kampung dan sebagainya yang mempunyai orang yang ramai. Di sekolah lah tempat yang sesuai untuk melakukan kempen supaya mereka dapat memupuk sikap kebersihan. Dalam melaksanakan sesuatu kempen juga menpunyai etika yang patut dipatuhi untuk mengelakkan audien menarik diri daripada kempen yang dijalankan.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam persaudaraan.
BalasPadamBagi pendapat saya pula, sebelum kita ingin mengadakan dan melaksanakan sesuatu kempen kita seharusnya menjalankan beberapa penyelidikan terlebih dahulu. Penyelidikan tersebut akan membantu kita dalam mengenalpasti segmen audien bagi kempen yang ingin kita jalankan tersebut. Seperti yang telah diutarakan oleh rakan-rakan diatas bahawa segmen audien bagi sesuatu kempen dapat ditentukan jika kita terlebih dahulu mengenalpasti jenis kempen yang kita rancang berdasarkan jenis kempen, sasaran audien,jenis pekerjaan,umur,jantina dan latar balakang pendidikan dan sebagainya adalah merupakan sebahagian perkara-perkara yang perlu dibuat dalam penyelidikan. Namun begitu, masih terdapat pihak-pihak tertentu mengabaikan konsep penyelidikan tersebut dan menggunakan elemen-elemen pembujukan yang tidak beretika dalam satu-satu kempen. Akibatnya, elemen pembujukan tidak beretika tersebut bakal menimbulkan kesan psikososial kepada audien. Antaranya seperti audien bagi sesuatu kempen akan merasa tidak puas hati, merendah diri, marah, kecewa, rasa terhina dan sebagainya. Misalnya kempen makan daging arnab yang pernah diadakan suatu masa dahulu. Kempen ini sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati kepada audien yang benar-benar menyayangi dan mengambil berat hal-hal berkaitan dengan haiwa. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kempen ini akan memberikan kesan psikososial kepada audien dan juga boleh dikategorikan sebagai kempen yang menggunakan elemen pembujukan tidak beretika. Kempen yang tahu audien sasaran mereka dan menggunakan elemen pembujukan secar beretika di dalam kempen tersebut sudah tentu boleh dilaksanakan dengan jayanya.
Assalamualaikum rakan-rakan, bagi saya apa yang telah kita pelajari dalam kulian 7 ini dimana kehidupan manusia wujud dalam konteks dan persekitaran yang dipergaruhi oleh elemen psokologi, sosiologi dan klinikal. Ketiga-tiga elemen ini dapat membantu pemujuk membina pelan dan melaksana proses pemujukan yang cekap dan berkesan dimana kita dapat mengenalpasti langkah-langkah elemen seperti emosi, pemikiran, tingkahlaku dan khalayak sasaran bagi menentukan segmen audien satu-satu kempen.
BalasPadamkesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen baik secara langsung ataupun tidak langsung yang diterima, dialami oleh audien akibat hebahan mesej yang dirasai, dilihat, didengar sebagai ancaman, menghina, merendahkan diri pihak yang dibujuk dan boleh wujud dalam semua jenis kempen seperti kempen politik, kempen kesihatan, kempen sosial, kempen dakwah dan sebagainya.
Apakah kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen jelas menunjukan bahawa pentingnya kita menentukan segemen audien bagi satu-satu kempen untuk membantu pemujuk dalam mensasarkan jenis dan rekabentuk mesej pemujukan mengikut keperluan kempen.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya juga mempunyai pendapat yang sama dengan pendapat yang diutarakan oleh saudari sheril Deeana bersama rakan yang sependapat dengannya. Untuk menjalankan sesuatu kempen,kita perlulah mengetahui jenis kempen yang ingin kita jalankan, sasaran khalayak, jenis pekerjaan, jantina, umur,latar belakang pendidikan dan sebagainya. Saya juga bersetuju dengan pendapat Syaleha yang mengatakan bahawa penyelidikan perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum sesuatu kempen dijalankan. Penyelidikan amat penting bagi membantu pihak yang menjalankan kempen tersebut supaya mampu merancang serta melaksanakan strategi yang terbaik bagi memastikan keberkesanan sesuatu kempen.
BalasPadamSalam. Pada pendapat saya,sesuatu kempen dilaksanakan kerana wujudnya isu-isu yang bersifat positif dan negatif. Isu positif menyebabkan pihak pelaksana kempen menjalankan kempen untuk dijadikan amalan dalam kehidupan masayarakat seperti kempen derma darah. Sebaliknya isu bersifat negatif menyebabkan pelaksana kempen menjalankan kempen untuk membendung perkara tersebut dari terus berlanjutan seperti kempen tak nak merokok.Justeru itu, langkah-langkah penting dalam menentukan segmen audien dalam satu-satu kempen adalah sangat penting. Salah satu langkah yang perlu dilakukan dengan mengetahui golongan yang menjadi sasaran pihak pelaksana kempen. untuk menjayakan kempen tersebut. hal ini bertujuan untuk memastikan wujud sokongan terhadap kempen yang dijalankan dan seterusnya dapat mencapai objektif kempen.
BalasPadamNamun, penggunaan elemen pemujukan yang tidak beretika dalam satu-satu kempen akan menimbulkan kesan psikososial yang dapat membawa kesan negatif terhadap kempen yang dijalankan. Antara kesan yang wujud seperti objektif kempen tidak akan dapat dicapai apabila kempen yang dijalankan menimbulkan perasaan kurang selesa sesetengah pihak menyebabkan mereka memboikot kempen tersebut. selain itu, kempen yang dijalankan tidak akan mendapat sambutan malahan hanya dibiarkan sahaja tanpa memberi apa-apa makna kepada mereka
timbul persoalan,mengapa perlu wujud elemen pembujukan yang tidak beretika untuk menjayakan sesuatu kempen?adakah kerana ingin mendapatkan perhatian atau ingin memsabotaj kempen pihak-pihak tertentu?
Salam sejahtera. Saya amat setuju dengan ulasan rakan-rakan di atas tentang langkah-langkah yang penting dalam menentukan segmen audien satu-satu kempen seperti mengetahui jenis kempen yang dikemukakan oleh saudari Siti norizan, mengutamakan nilai moral masyarakat (Bee) dan juga menjalankan penyelidikan dahulu sebelum menjalankan satu kempen (Syaleha Abu). Dengan langkah-langkah tersebut, kempen tersebut dapat dijayakan kerana dapat menentukan segmen audien seperti jikalau kempen itu diadakan tentang ‘Jagalah Kebersihan Sekitar’, jadi sasaran kempen tersebut mestilah khalayak kerana jaga kebersihan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.
BalasPadamKesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen ialah khalayak akan kehilangan keyakinan terhadap diri sendiri. Selain itu, mereka juga akan berasa mereka telah dihina oleh orang lain serta dipandang rendah. Dengan itulah, mereka tidak sudi lagi mendengar pembujukan mereka kerana mereka berasa nasihat orang lain adalah tidak berguna. Jadi, adakah orang yang menjadi sasaran kempen tersebut yang suka mendengar nasihat dengan menggunakan elemen pembujukan secara tidak beretika?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
BalasPadamSaudara & Saudari,
Bukan semua kempen sesuai untuk semua segmen audiens yang merangkumi usia, jantina, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, latar belakang ekonomi, lokaliti dan ideologi.
Oleh itu, pihak penganjur kempen perlu terlebih dahulu mengenalpasti jenis kempen dan golongan sasar kempen mereka.
Selepas menentukan segmen audiens, penganjur kempen perlu 'mengenali' audiens berkenaan dengan mengkaji keperluan dan minat mereka yang boleh dikaitkan dengan kempen yang ingin dianjurkan.
Menentukan segmen audiens dan memahami mereka amat penting dalam mengelakkan penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen.
Ini kerana elemen pembujukan yang tidak beretika boleh menimbulkan kesan-kesan psikososial terhadap audiens kempen.
Antaranya, audiens secara peribadi tidak akan berpuas hati dengan pendekatan penganjur kempen seterusnya tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen. Ini sekaligus akan mempengaruhi sokongan audiens terhadap kempen dan kejayaan kempen itu sendiri.
Sekian dan terima kasih.
Salam Sejahtera,
BalasPadamPenentuan segmen audien dalam satu-satu kempen adalah penting bagi menentukan sasaran matlamat kempen dapat dicapai. Oleh perlu difahami bahawa setiap usaha pembujukan maupun sasaran pembujukan adalah seorang atau sekelompok manusia yang mempunyai pelbagai gelagat, pendapat, fahaman dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh kehidupan manusia itu wujud dalam konteks dan persekitarannya yang dipengaruhi oleh elemen psikologi, sosologi dan klinikal. Jestru, pembujuk yang berkemahiran untuk menggunakan ketiga-tiga aspek tersebut mampu memberikan kesan kepada sasaran atau audien, bagi mencapai matlamat kempen. Bagaimana pun, pembujukan yang dilakukan secara tidak beretika memberikan kesan kepasa sasaran dan menyebabkan teruma serta boleh mengagalkan matlamat kempen tersebut. Sebagai contoh, apabila pembujuk menyampaikan mesej kepada audien, mereka merasakan mesej itu sebagai mengancam atau menghina mereka, budaya mereka, kepercayaan mereka dan sebagainya. Ini boleh menyebabkan audien akan membrontak, marah, kecewa atau dendam dengan pembujuk. Akibat daripada perasaan tersebut, matlamat kempen ini boleh jadi gagal kerana tidak mendapat sokongan daripada audien. Oleh yang demikian pembujuk perlu mengetahui secara detail apakah yang dimaksudkan aspek Psikologi, aspek Sosiologi dan aspek Klinikal. Dengan cara demikian barulah pemujuk dapat menghindari apa yang tidak sepatutnya dia ucapkan kepada audien. Sarjana Aristotle berkata, ‘In making a speech one must study three points: first, the means of producing persuasion; second, the language; third the proper arrangement of the various parts of the speech’.
Sekian Terima Kasih.
Salam...saya bersetuju dgn pendapat Aliza, ya tidak semua jenis kempen sesuai walaupun pihak pelaksana kempen sudah mengambil perhatian terhdp aspek umur,jantina,tahap pendidikan dan sebagainya.
BalasPadamKebanyakan kempen yg dijalankan di Malaysia mempunyai pendekatan yg sama. Ada ketikanya sesuatu kempen terutama yg dijlnkan oleh jabatan atau agensi kerajaan misalnya hanya sekadar melepas batuk di tangga, yg penting ada kempen, ada kerja yg dibuat,ada bajet yg tersedia dan paling penting KPI tercapai. Dari segi perlaksanaan semua hampir sama ja, jemput satu atau 2 VIP, jemput media, jemput kumpulan sasar (yg adakalanya hadir kerana terpaksa). Maksudnya disini tidak ada perubahan yg lebih drastik,lebih kreatif, lebih agresif...membuatkan semua keputusan utk satu2 kempen tu, lebih kurang sama saja....
Menambah buruk keadaan bila ada pelaksana kempen yg tidak jujur dan beretika dlm kempen mereka, dan perkara ini diwar2kan dlm media...maka secara automatik dlm konteks kita di Malaysia, seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit semua....
Assalamualaikum dan salam sejahtera, antara langkah penting yang perlu dalam mementukan segmen audien dalam sesebuah kempen adalah kesesuaian segmentasi tersebut dalam kempen yang ingin dijalankan. Seperti yang di katakan oleh saudari NORIZAN, terdapat 7 dan mungkin lebih segmen audien yang dapat di kategorikan. Audien yang memberikan maklum balas yang positif atau negatif menjadi faktor kejayaan atau keberkesanan sesuatu kempen.
BalasPadamSetiap kempen yang dijalankan menggunakan kaedah yang bersesuaian seperti pembujukan bersemuka atau tidak bersemuka, dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah yang tepat maka audien akan berasa senang dan terus mendengar isi kandungan kempen dan pembujukkan tersebut. Adalah penting untuk pembujuk meletakan audien di tempat yang selesa tidak secara fizikal sahaja malah dari segi psikososial. Kandungan mesej yang terlalu ‘crowded’ perlu dielakkan agar audien bergerak seiringan dengan pembujuk serta pemilihan bahasa yang sesuai.
Jika perkara diatas tidak dijalankan secara beretika maka berbukit masalah yang timbul. Antaranya kaedah bersemuka atau tidak bersemuka yang dilakukan secara paksa, mengugut atau mengancam menyebabkan audien berasa tidak senang dan audien akan meletakkan seluruh ahli kempen adalah seperti yang pernah ditemui. Dalam pada itu, kesan lebih buruk berlaku jika audien menyebarkan kepada audien yang lebih besar yang mana boleh menyebabkan sesuatu kempen itu kurang mendapat sambutan. Perkara yang sama berlaku kepada kandungan mesej, pemilihan bahasa, dan posisi audien.
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
BalasPadamSeperti yang telah dijelaskan oleh rakan-rakan terdahulu dimana terdapat 7 elemen psikososial. Diantara kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen akan memyebabkan beberapa permasalahan.
sekiranya kempen pembujukan dijalankan dengan cara tidak beretika akan meyebabkan kegagalan yang berpunca daripada kurang pengetahuan berkatan sesuatu isu semasa yang akan menjadi fokus kempen tersebut. Ianya dapat dihuraikan melalui sejarah isu berkenaan yang dibincangkan.
Selaian itu kurang kemahiran merancang juga akan menjadi kesan kepada proses pembujukan dengan membuat perancangan bagaimana ianya dapat dimanipulasikan maklumat dalam meyalurkan mesej.
Kemahiran berkomunikasi juga perlu dalam memastikan peroses pembujukan yang beretika, ianya adalah menjadi kemistian dalam pembujukan jika tidak ianya akan menimbulkan kesukaran dalam menyampaikan mesej kepada audiens seperti yang dikehendaki.
salam satu malaysia buat En.Syah dan rakan-rakan yang lain saya bersetuju dan bersependapt dengan pendapat rakan-rakan yang lain seperti saudara DF saya setuju sangat pandanganya bahawa penggunaan 7 elemen psikososial akan memberi kesan dalam pembujukan sekiranya digunakan dalam satu-satu kempen andaikata elemen ini disalah gunakan oleh pembujuk terhadap khalayak sasaran akan menyebabkan kegagalan pelksanaan kempen tersebut sekiranya elemen ini digunakan secara tidak beretika
BalasPadamAsalamulaikum dan salam sejahtera..kepada semua..saya bersetuju dengan semua rakan-rakan mengenai persoalan yang wujud dan bagi saya langkah-langkah yang penting dalam menentukan segmen audien dalam satu-satu kempen iaitu dengan penyeledikan seperti kata syaleha serta penyelidikan matlamat kempen,menganalisis, dan merancang strategi tetapi sememangnya bukan semua segmen yang perlu wujud dalam satu kempen misalnya..kempen kebersihan adalah boleh merujuk kepada semua lapisan masyarakat dan bukan hanya merujuk kepada penetapan umur tertentu. Manakala, bagi sesuatu kempen yang tidak beretika akan menimbulkan perselisihan faham dan seterusnya pergaduhan antara pembujuk dan sasaran pembujuk atau masyarakat lain yang turut terlibat. Oleh itu, pembujuk perlu mengetahui etika atau tingkah laku yang baik dalam mematuhi peraturan yang digariskan dari segi pengucapan misalnya dan yang tidak bercanggah dengan moral, agama serta seterusnya isu-isu yang sensitif kerana bukan hanya pergaduhan yang terjadi tetapi juga menyumbang persepsi negatif masyarakat terhadap kempen itu secara langsung kempen tersebut tidak mendapat sambutan. Sehubungan itu, etika penting dalam kempen agar pelaksanaan akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
BalasPadamTerdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan sesebuah kempen seperti aspek psikologi, sosiologi dan banyak lagi. Bedasarkan kesan-kesan psikososial dalam kempen, setiap yang diutarakan atau dinyatakan dalam sesuatu kempen itu memberi kesan kepada khalayak. Contohnya di sini, kempen kemalangan jalan raya, gambar-gambar tengkorak, atau gambar kematian yang dilekatkan pada kempen tersebut akan menimbulkan perasaan dalam diri khalayak. Mesej-mesej yang berbaur ugutan akan sedikit sebanyak akan menimbulkan kesedaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya. Setiap masyarakat memerlukan kesedaran yang maksimum terhadap sesuatu perkara yang boleh mendatangkan musibah seperti kemalangan jalan raya. Contoh seterusnya, kempen tak nak merokok menggunakan perkataan atau mempunyai mesej yang sukar untuk difahami, malah akan dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Untuk menjalankan kempen, perkara seperti aspek demografi yang dinyatakan memang harus difikirkan, namun aspek psikologi dan sosiologi sebenarnya lebih membantu dalam menjayakan sesebuah kempen.
BalasPadamAidah@Dewi Berkata
BalasPadamAsalamualaikum buat pensyarah dan rakan-rakan, pada pendapat saya,langkah-langkah penting dalam menentukan segmen audien pada satu-satu kempen adalah dengan membuat penyelidikan dan perancangan terlebih dahulu tentang kempen yang akan disampaikan dengan membuat pelan dan melaksanakan proses pembujukan yang cekap dan berkesan. Pembujuk haruslah mengenalpasti langkah-langkah yang merangkumi emosi, pemikiran, tingkahlaku dan khalayak sasaran dalam menentukan segmen auiden satu-satu kempen. Di samping itu, pelaksana kempen juga boleh memilih untuk menggunakan kaedah pembujukan yang mematuhi peraturan, yakni berusaha menghindarkan elemen yang bercanggah dengan moral dan tuntutan agama.
Dalam konteks ini, kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen, mungkin dialami oleh audien akibat mesej yang disampaikan oleh pembujuk tadi dapat dilihat, dirasai, didengar seolah-olah sebagai satu ancaman, mungkin menghina, atau menyentuh perasaan audien dan cuba merendahkan diri pihak yang dibujuk, yang mana sesuatu kempen itu mungkin berlaku dalam kempen politik, kempen kesihatan, sosial atau kempen dakwah atau ceramah dan sebagainya.
Manakala kesan-kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen, mungkin memberi kesan negatif kepada audien, jika elemen pembujukan tidak beretika dilaksanakan dalam satu-satu kempen tersebut. Pihak audien mungkin hilang kepercayaan, rasa tertipu, tiada minat untuk mendengar, rasa tercabar, dan mungkin boleh menimbulkan ketegangan di pihak audien dan pihak pembujuk. Oleh itu, sesuatu kempen pembujukan beretika perlulah dilaksanakan secara konsisten bagi mengelakkan sebarang unsur negatif yang boleh memberi kesan sama ada dari segi perpaduan kaum, kehormatan agama, ritual adat, maruh individu mahupun nama baik sesebuah institusi. Sekian dari saya.
salam 1 malaysia...... segmen audien dalam satu-satu kempen mempunyai 7 segmen audiens iaitu darisegi umur, jenis pekerjaan , tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideologi dan jantina..
BalasPadamsaya amat bersetuju dengan langkah-langkah yang telah diberikan oleh saudari norizan bahawa sebagai seorang pelaksana kempen,haruslah mengenalpasti tujuan kempen diadakan sama ada kempen yang dijalankan adalah kempen dakwah, kempen kesihatan, kempen politik mahupun kempen perniagaan.malah sebagai pelaksana kempen juga haruslah mengenal pasti khalayak yang menjadi sasaran dalam satu-satu kempen sama ada bertepatan atau tidak dengan kempen yang dilaksanan.contohnya, kempen kanser serviks yang menjadikan kempen ini melibatkan sesuatu yang sensitif kerana golongan wanita adalah s sebagai khalayak sasar yang utama. 7 segmen audiens ini memainkan peranan penting dalam membujuk khalayak serta memastikan mesej yang ingin disampaikan oleh pelaksana kempen berjaya.
seterusnya, sesuatu kempen haruslah dijalankan mengikut etika yang benar agar tidak menimbulkan pelbagai kesan psikososial terhadap audiens. seperti yang dikatakan oleh Aliza Ali, audiens tidak akan berpuas hati dengan pendekatan penganjur kempen dan menyebabkan audiens tidak tertarik hati untuk menyertai kempen yang dijalankan. hal ini akan menyebabkan kegagaln dalam sesuatu kempen kerana audiens hanya menyertai kempen itu secara sambil lewa tanpa mementingkan kepentingan kempen yang dijalankan.
Assammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Melalui kuliah minggu ke-7 yang disampaikan oleh En.Syah, segmen terdiri daripada 7 bahagian iaitu umur, jenis pekerjaan,tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideology dan jantina. Saya sependapat dengan rakan saya iaitu saudari Norizan dan Bee. Pada pandangan saya, langkah yang perlu diambil dalam menentukan segmen sesuatu kempen adalah dengan mengetahui jenis kempen, sama ada jenis kempen tersebut berkonsepkan ideologi politik, masalah mengenai persekitaran, social dan sebagainya. Selain itu, sasaran kempen juga mestilah bertepatan dengan kempen yang dijalankan sama ada untuk masyarakat umum , kanak-kanak, orang dewasa, golongan elit atau sebagaiya. Keghairahan pelaksana kempen dalam mencapai objektifnya kadang kala mengabaikan etika semasa menyampaikan mesej dan ini menyebabkan beberapa kesan-kesan psikologikal antaranya pihak yang dibujuk merasa diri mereka terpinggir, terancam dan juga menimbulka perasaan rendah diri pihak yang dibujuk. Selain itu, kesan lain juga yang boleh kita Nampak seperti masalah perkauman, wujud jurang perbezaan antara golongan intelektual dan golongan yang kurang berpengetahuan. Kesimpulannya, apa-apa yang ingin dikempenkan perlu ada penyelidikan terlebih dahulu agar kita mengetahui kesan yang baik atau buruk serta dapat menimbulkan kesedaran atau tidak.. Salam..
BalasPadamAspek psikososial selain dari amat penting bagi membantu pembujuk menentukan corak tingkahlaku sasaran pembujukan sama ada dapat dikawal atau sebaliknya tetapi juga merupakan setiap perubahan dalam kehidupan individu mahupun yang baik bersifat psikologik .Seperti yang kita semua tahu bahawa sesuatu kempen yang bersesuaian dijalankan serta tidak berunsurkan negatif terhadap mana-mana pihak yang berkenaan amat di titikberatkan semasa menjalankan kempen bagi mengelakkan sebarang masalah atau perselisihan dikalangan pihak tertentu.Selain daripada itu,sesuatu kempen yang dijalankan juga haruslah mempunyai matlamat tentang apakah tujuan sebenar kempen itu dijalankan dan kepada siapakah kempen itu harus dituju.Tetapi,sesetengah ada pihak yang mengadakan kempen yang tidak jelas menyebabkan ada individu yang lain rasa tidak puas hati dan tersinggung ditambah lagi dengan adanya unsur-unsur yang tidak baik dalam penyampaian kempen tersebut.Diskriminasi dalam sesuatu kempen juga seringkali berlaku dikalangan pihak-pihak tertentu.Ini adalah salah satu budaya berkempen yang harus dielakkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan kempen tersebut tidak mendapat sokongan masyarakat tetapi juga menjejaskan hubungan individu lain untuk bersama-sama meningkatkan kempen-kempen yang berkaitan bagi membanteras permasalahan yang berlaku dalam sesuatu kempen.
BalasPadamSalam sejahtera. Sesungguhnya dalam pelaksanaan sesuatu kempen, pihak pembujukah haruslah memikirkan tentang kesan psikologi dan psikososial daripada penyampaian mesej pembujukan kepada khalayak sasaran pembujukan. Pelaksanaan kempen yanh tidak mengambil kira kedua-dua aspek ini akan mendorong kepada kegagalan pelaksanaan kempen tersebut. Harus diingat bahawa khalayak sasaran pembujukan adalah sangat penting kerana merekalah yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu kempen. Sebagai contoh, aspek psikologi. Aspek ini melibatkan emosi, tingkah laku dan perasaan seseorang. Sekiranya pihak pembujukan menggunakan elemen pembujukan secara tidak beretika, ia akan menganggu emosi, perasaan dan seterusnya menyebabkan khalayak sasaran pembujukan memprotes mesej yang disampaikan dan seterusnya keadaan ini akan menyebabkan kegagalan pelaksanaan sesuatu kempen. Sebagai contoh kempen kemalangan jalan raya. Adalah tidak beretika sekiranya pihak pelaksana kempen menggunakan nama seorang mangsa kemalangan jalan raya dalam mesej kempennya ("nama...adakah anda ingin menjadi sepertinya?"). Persoalan seperti ini akan menyebabkan kemarahan kepada pihak keluarga mangsa.
BalasPadamOleh itu, dalam pelaksanaan sesuatu kempen, khalayak sasaran juga haruslah diutamakan bagi menjaga psikologi dan psikososial mereka.
Salam...
BalasPadamSebelum menjalankan sesuatu kempen, perlu :
i. mengetahui kempen itu mengenai apa
ii. mengenalpasti kumpulan sasar
Kesan pembujukan tidak beretika :
a. Golongan sasar – berasa marah, tidak puas hati
b. Golongan yang menjalankan kempen – tidak dipercayai, terjejas kewibaan
Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Seperti yang telah kita pelajari dan yang diperkatakan oleh rakan-rakan di atas, terdapat 7 segmen audien yang penting dalam menentukan keberkesanan penerimaan mesej pembujukan. Antaranya ialah umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, latarbelakang ekonomi, lokaliti, ideologi serta jantina. Sebelum mengadakan sesebuah kempen, penyelidikan perlu dijalankan untuk melihat kepentingan kempen serta maklum balas yang diberikan oleh audien. Tidak kiralah ianya positif atau negatif kerana ini merupakan faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan dan kejayaan sesuatu kempen. Selain itu, langkah penting seterusnya adalah merancang dengan teliti dan menitikberatkan semua aspek dalam melaksana sesebuah kempen supaya proses pembujukan yang dilakukan berkesan. Sebagai pelaksana kempen, pemilihan kaedah pembujukan dalam kempen juga adalah penting. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Kaylona. Penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika boleh menganggu emosi, perasaan dan boleh mewujudkan penolakan mesej dari khalayak sasar sekaligus menyebabkan kegagalan kempen.
BalasPadamassalammualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamseperti yang telah dinyatakan oleh sahabat-sahabat yang lain ialah segmen terdiri daripada 7 iaitu umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideologi dan jantina. pembahagian segmen ini adalah berbeza mengikut jenis kempen yang dilaksanakan.
apabila elemen pembujukan secara tidak beretika digunakan dalam satu-satu akan menimbulkan pelbagai kesan psikososial iaitu kesan langsung atau tidak langsung akan diterima atau dialami oleh audien akibat hebahan mesej yang dirasai. hal ini akan menyebabkan audien terasa seperti diancam, dihina dan direndah-rendahkan oleh pembujuk. pihak pembujuk perlulah melakukan pembujukan secara beretika untuk menarik perhatian yang dibujuk.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
BalasPadamSaya bersetuju dengan pendapat kawan-kawan semua berkaitan dengan kesan-kesan psikososial akibat elemen pembujukan terhadap audiens. Dalam sesuatu kempen seharusnya mempunyai langkah-langkah yang tersendiri tanpa memberi kesan negatif terhadap orang lain.
Pada pendapat saya, pelaksanaan sesuatu kempen seharusnya memfokuskan kepada jenis kempen yang ingin dibuat dan sasaran audiens kempen tersebut. Walaupun kita membuat kempen tersebut untuk memberi kesedaran terhadap orang lain tetapi kita seharusnya perlu mengetahui bahawa mempunyai langkah-langkah tertentu bagi menjayakan kempen tersebut tanpa menyinggung perasaan orang lain. Contohnya apabila kita melakukan kempen kesedaran HIV kita seharusnya menjaga sikap dan percakapan kita kerana orang yang mengalami penyakit ini akan sensitive dengan sesuatu yang dapat menyinggung perasaan mereka tanpa kita sedari.Walaupun begitu kita sebagai pelaksana kempen seharusnya mengetahui kaedah-kaedah yang baik untuk melancarkan sesuatu kempen tanpa mengguris hati sesetengah pihak.
Banyak kesan psikososial disebabkan pengunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen. Kesan secara langsung dan tidak langsung yang diterima oleh sesetengah masyarakat akibat daripada penggunaan elemen pembujukan dalam kempen. Kita sedia maklum bahawa banyak kata-kata yang digunakan dalam kempen yang berkemungkinan besar dapat menyakiti hati sesetengah orang walaupun bagi kita ia merupakan perkara biasa tetapi bagi orang yang mengalami perkara itu berkemungkinan besar mereka merasakan mereka direndahkan dan dihina oleh masyarakat. Contohnya kempen penyakit HIV yang mempunyai pelbagai langkah untuk mengubatinya dan mencegahnya.Walhal , apabila mesej ini sampai kepada orang yang mempunyai penyakit ini pada tahap kritikal dan susah untuk diubati sudah tentu mesej ini dapat menyinggung perasaan orang tersebut dan terdapat kesan-kesan psikososial terhadap orang itu.
Sekian Terima Kasih.
Saya ingin mengulas sedikit mengenai komen adik Fazidatul Akmar. Beliau mengatakan bahawa kempen mencegah barah payu dara hanya dikhaskan utk wanita dan tidak sesuai utk lelaki. Saya kurang bersetuju dgn perkara ini, kempen mencegah barah payu dara adalah sesuai utk kesemua spesis, tak kira la wanita,lelaki,muda tua,kanak-kanak sekalipun, kesemua kita ini berisiko utk dapat kanser payu dara. Apatah lagi dlm situasi alam sekitar kita yg penuh dgn pencemaran padamasa kini. Ditambah lagi kita ni hari2 dicemar oleh bau asap rokok wpun kita tidak merokok.
BalasPadamBagi menguatkan hujah saya berkenaan perkara ini saya memetik laporan yg dikeluarkan oleh akhbar Daily Express bertarikh 1 Nov, muka surat 4 "Of the almost 12,000 breast cancer cases reported between 2003 and 2005 in the country,257 involved men".
Oleh yg demikian wpun aspek segmentasi itu amat penting utk menjayakan sesuatu kempen, kita sebagai pelaksana kempen seharusnya tidak under estimate sesuatu perkara yg berkemungkinan amat penting dan relevan dgn sesuatu isu/permasalahan yg ingin diselesaikan. Sbg contoh kempen cegah barah payu dara...hanya kerana wanita saja yang ada payu dara, tidak semestinya kaum lelakipun tidak akan dpt kanser buah dada, sebab durang pun ada bah, cuma saiz dan fungsi aja yg tidak sama....he he he
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamUntuk menentukan segmen audien, kita perlu melihat kepada 7 segmen iaitu umur,jenis pekerjaan,tahp pendidikan,latarbelakang ekonomi,lokaliti,ideologi & jantina. Setelah melihat kepada ketujuh-tujuh segmen ini, barulah langkah penentuan dilakukan. Hal ini kerana, untuk menentukan segmen audien, kita perlu terlebih dahulu mengenalpasti apakah segmen audien kita dan ini penting bagi memastikan objektif kempen dapat dicapai. Apabila pembujuk membujuk tidak mengikut etika, audien akan merasa satu kesan psikososial. Hal ini merupakan sesuatu yang kurang baik. Pembujuk yang baik tidak akan menyebabkan kesan psikososial terjadi terhadap audien.
Salam sejahtera.
BalasPadamSaya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh rakan- rakan di atas. 7 segmen audien dalam kempen boleh dijadikan panduan dalam menjalankan kempen. Dalam hal ini saya ingin memgambil contoh Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang telah dilancarkan pada 11 Jannuari 2005. Saya berpendapat kempen ini telah memenuhi kriteria 7 segmen audiens tadi. Hal ini kerana dalam menjayakan kempen ini pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan dan banyak lagi.saya melihat pengisian kempen ini begitu menyeluruh dan bersesuaian dengan kepelbagaian kaum di negara ini
Bercakap mengenai kesan psikososial, saya melihat kempen- kempen mengenai kemalangan jalanraya boleh memberi kesan kepada audiens. Jika- kanak- kanak yang melihat poster- poster gambar yang mengerikan seperti yang dikatakan oleh Saudari Nurliza, ianya sedikit sebanyak membuatkan kanak- kanak berasa takut. Tujuan kempen ini pada asalnya memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya tetapi apabila kesan sampingannya, kanak- kanak yang berasa takut.
salam...apabila dilihat permasalahan yg wujud dalam kebanyakkan kempen, kita sebagai pihak berwajib yg melakukan kempen perlu peka dgn setiap apa juga keadaan. Menentukan apa mesej kempen, kepada siapa kempen ini ditujukan, untuk apa disampaikan, melalui apa, mengapa dan bagaimana ia diterapkan,kepada galongan apa, apa jantina, waktu bila yg baik di sampaikan,dengan cara apa, langkah yg bagaimana, cara tarikan yg mcm mna, semua ini perlu dititik beratkan. Ini kerana elemen2 ini kebarangkalian besar akan ditanyakan oleh khalayak.Oleh itu sebagai pihak berwajib peribahasa SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN adalah paling terbaik digunakan.Ia wajar dilakukan kerana ini merupakan langkah yg baik serta perlu diperluaskan.selami secara mendalam prlu dititikberatkan dalam melaksanakan sesuatu kempen agar ia tidak tergelincir dari landasan yg sebenar.
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera…
BalasPadamLangkah-langkah penting dalam menentukan segmen audien dalam satu-satu kempen ialah memastikan terlebih dahulu umur setiap khalayak yang ingin disampaikan di dalam mesej kempen. Kemudian, menentukan lokaliti tempat untuk kempen tersebut dilaksanakan. Selain itu, pihak pelaksana kempen perlu melihat tahap pendidikan khalayak sasar agar segala mesej kempen tersebut mudah untuk difahamkan. Dalam menentukan segmen audien juga perlu melihat jantina di dalam khalayak sasar para pelaksana kempen.
Kesan-kesan psikososial ialah boleh menimbulkan perasaan marah di dalam diri khalayak sasar. Selain itu, dapat menimbulkan pergaduhan yang boleh memalukan kebanyakkan pihak. Kesan psikososial juga boleh menjatuhkan sesuatu jualan sekiranya kempen tersebut kempen promosi.
Salam sejahtera. Dalam kuliah ini kita telah mempelajari tentang bagaimana pelaksanaan sesuatu kempen, setiap pengempen haruslah memikirkan tentang kesan psikologi dan psikososial daripada penyampaian mesej pembujukan kepada khalayak sasaran pembujukan. Dalam berkempen harus diingat bahawa khalayak sasaran pembujukan adalah sangat penting kerana merekalah yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu kempen. Sekiranya pihak pembujukan menggunakan elemen pembujukan secara tidak beretika, ianya akan menyentuh sentiviti khalayak. Sebagai contoh kempen menghapuskan gejala dadah. Adalah tidak beretika sekiranya pihak pelaksana kempen menggunakan nama seorang penagih dadah dalam mesej kempennya. Persoalan seperti ini akan menyebabkan kemarahan kepada pihak keluarga mangsa.
BalasPadamOleh itu, dalam pelaksanaan sesuatu kempen, khalayak sasaran juga haruslah diutamakan bagi menjaga psikologi dan psikososial mereka.
sekian.....
YA2008-1470
Hai, mengenai isu yang dikatakan di atas, antara langkah-langkah yang penting dalam menentukan segmen audien satu-satu kempen ialah dengan menentukan segmen audien satu-satu kempen dikelaskan dalam segmen apa,iaitu sama ada, segmen umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideologi dan jantina. Kesan-kesan psikososial ialah kesan lansung/tidak lansung yang diterima/dialami oleh audien akibat hebahan mesej yang dirasai/dilihat/didengar sebagai berupaya mengancam/menghina/merendahkan diri pihak yang dibujuk. Ini mampu memberi tanggapan buruk audien terhadap satu-satu kempen tersebut dan secara tidak lansung mengurangkan penyertaan audien. Kesan psikososial ini muncul akibat pembujukan yang tidak beretika sama ada menerusi cara penyampaian mesej, kandungan mesej atau penampilan diri pembujuk di hadapan pihak yang dibujuk.
BalasPadamSalam 1 Malaysia,
BalasPadamPada pendapat saya penentuan segmen adalah antara aspek utama yang perlu dititikberatkan sebelum pelaksanaan sesebuah kempen ataupun apa sahaja bentuk aktiviti pembujukan. Segmentasi yang tepat memastikan mesej kempen dapat disampaikan dengan efektif. Kita sedia maklum berdasarkan teks kuliah bahawa elemen-elemen psikologi, sosiologi dan klinikal menjadi asas kepada pembahagian segmen. Ciri-ciri yang membezakan setiap segmen baik peringkat umur, jantina, latar belakang ekonomi,taraf pendidikan, fahaman politik dan sebagainya adalah faktor-faktor psikososial yang dimanipulasi oleh penggerak kempen dalam merekabentuk aktiviti pembujukan mereka. Persoalan timbul apabila aktiviti pembujukan ada kalanya melanggar batas-batas etika yang berkemungkinan memberi impak psikososial yang negatif kepada kumpulan sasaran. Sebagai contoh, kempen pengiklanan untuk sukan bermotor Grand Prix Formula 1. Bagi menjadikan imej perlumbaan kereta laju berkuasa tinggi ini menjadi lebih menarik, pemasar bertindak menjenamakan “Formula 1” sebagai satu fiesta yang perlu diraikan. Tiket ke Formula 1 menjanjikan bukan sekadar menonton kereta lumba malahan lengkap dengan konsert artis-artis antarabangsa juga tidak ketinggalan barisan 'gadis-gadis litar' yang lazimnya berpakaian seksi. Sesetengah pihak mungkin merasakan tidak ada apa-apa yang keterlaluan tentang cara pembujukan seperti ini, tetapi jika dilihat dari sudut etikanya mungkin ada juga golongan yang akan melahirkan rasa kurang puas hati kerana pendedahan media tentang Formula 1 adalah meluas kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, sedangkan pengisian kempennya yang sudah ditambahbaikkan itu mungkin ada yang kurang bersesuaian kepada golongan remaja dan kanak-kanak.
Sekian.
Salam Damai..
BalasPadamPendapat saya adalah, kaji selidik dan mengenal pasti sesuatu keperluan kempen, objektif dan matlamat kempen, sasaran dan teknik-teknik pelaksanaan kempen, kebaikkan dan keburukan pelaksanaan kempen,kos tanggunggan kempen, bilangan kerahan tenaga digunakan merupakan antara lain aspek-aspek utama yang perlu dititiberatkan sebelum sesuatu kempen dijalankan. Dalam sesuatu rancangan perlu ada kerjasama dan sokongan padu dari seluruh anggota pelaksana kempen. Aspek ini penting bagi menjamin kerlancaran kempen apabila dilaksanakan kelak. Selain itu, pencarian topik kempen juga seharusnya menarik, ringkas dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak penerima kempen (khalayak). Topik kempen yang mantap memerlukan pembujukan yang kreatif dan efektif, mislnya sasaran kempen ialah golongan remaja, maka topik kempen yang sesuai ialah berkaitan dengan kecanggihan era teknologi masa sekarang. Berdasarkan topik ini, secara langsungnya remaja akan termakan pujukan dari kempen tersebut. Walau bagaimanapun, sesi pembujukan yang tidak beretika tidak akan membawa sebarang manfaat dan kejayaan, tetapi sekiranya berlandaskan etika, maka tidak mustahil kejayaan kempen dicapai.
Sekian, Terima Kasih..
ulasan dari Nenly M
Salam sejahtera. Dalam berkempen harus diingat bahawa khalayak sasaran pembujukan adalah sangat penting kerana mereka addalah yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu kempen. Sekiranya pihak pembujukan menggunakan elemen pembujukan secara tidak beretika, ianya akan menyentuh sensitiviti khalayak. Sebagai contoh kempen menghapuskan gejala dadah. Adalah tidak beretika sekiranya pihak pelaksana kempen menggunakan nama seorang penagih dadah dalam mesej kempennya. Persoalan seperti ini akan menyebabkan kemarahan kepada pihak keluarga mangsa.
BalasPadamAssalammualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamDalam kuliah 7 membincangkan suatu kempen yang tidak beretika.dalam proses pembujukan yang di lakukan dalam kempen hendaklah menjaga etika-etika yang ada.ia penting dalam memastikan proses pembujukan itu berjalan dengan lancar dan mendapat kesan yang positif.pembujukan harus lah dilakukan dengan menghormati sasaran dari pelbagai aspek iaitu usia,jantin,bangsa dan agama.pembujukan juga harus menjaga norma dan nilai yang ada dalam hubungan sosial masyarakat.pembujukan yang tidak beretika akan menyebabkan sasaran menjadi marah dan tidak puashati.sekali gus menyebabkan proses pembujukan itu gagal.
assalamulaikum dan salam sejahtera
BalasPadamEn. Syah dan semua rakan-rakan seperjuangan
dalam kuliah ini kita mempelajari bagaimanakah kita menganjurkan 1 kempen yang berusaha membujuk audien untuk memahami apa sebenarnya yang kita cuba sampaikan dalam mesej kempen kita.dalam usaha pembujukan ini kita mestilah tidak lari dari tanggungjawab sosial yang menjaga perkara-perkara yang boleh menimbulkan hal-hal sensitive bagi sesetengah pihak yang terlibat. kita mestilah menjaga hubungan sosial bagi masyarakat yang terlibat barulah kempen itu boleh dijalankan dengan baik.
Assalamualaikum dan salam 1Kampus saya ucapkan kepada En.Syahruddin dan ahli PRCircle yang saya hormati sekalian.
BalasPadamerdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan sesebuah kempen seperti aspek psikologi, sosiologi dan banyak lagi. Bedasarkan kesan-kesan psikososial dalam kempen, setiap yang diutarakan atau dinyatakan dalam sesuatu kempen itu memberi kesan kepada khalayak. Contohnya di sini, kempen kemalangan jalan raya, gambar-gambar tengkorak, atau gambar kematian yang dilekatkan pada kempen tersebut akan menimbulkan perasaan dalam diri khalayak. Mesej-mesej yang berbaur ugutan akan sedikit sebanyak akan menimbulkan kesedaran dan ketakutan kepada pengguna jalan raya. Setiap masyarakat memerlukan kesedaran yang maksimum terhadap sesuatu perkara yang boleh mendatangkan musibah seperti kemalangan jalan raya. Contoh seterusnya, kempen tak nak merokok menggunakan perkataan atau mempunyai mesej yang sukar untuk difahami, malah akan dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Untuk menjalankan kempen, perkara seperti aspek demografi yang dinyatakan memang harus difikirkan, namun aspek psikologi dan sosiologi sebenarnya lebih membantu dalam menjayakan sesebuah kempen.
Kusmayani Jainudin
YA2008-1143
Salam,
BalasPadamBeberapa langkah penting untuk menentukan sagmen audiens ialah dengan mengenalpasti demografi audiens sasaran terlebih dahulu iaitu dari aspek umur, jenis pekerjaan, tahap pendidikan, latar belakang ekonomi, lokaliti, ideologi dan jantina. Setelah mengenalpasti audiens yang disasarkan maka barulah kita dapat merancang jenis pendekatan atau aktiviti yang bersesuaian dengan audiens sasaran tersebut.
Kesan psikososial akibat penggunaan elemen pembujukan secara tidak beretika dalam satu-satu kempen misalnya ialah dalam iklan hari raya TV3 yang dianggap menggugat sensitiviti agama di Malaysia dengan memasukkan ciri-ciri bertentangan dengan agama Islam dan adat kaum Melayu.
Penggunaan kaedah pembujukan seperti ini boleh menyebabkan perbalahan kaum dan hilangnya kestabilan negara serta keharmonian masyarakat di negara berbilang kaum ini.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam