Etika dalam periklanan membantu pengiklan untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan dengan cara yang boleh menyebabkan ahli masyarakat tersinggung, terhina atau diperlekehkan terutama dalam hal membabitkan adat resam, tuntutan agama serta moral. Aspek budaya dan bahasa pula merupakan elemen asas dalam pembinaan keperibadian generasi baru sebagai pelapis kepada generasi sedia ada agar pada masa depan, gologan muda ini boleh menggantikan tempat pemimpin hari ini sebagai pemimpin masa hadapan. Namun, kecelaruan dalam penggunaan bahasa iklan, paparan bahan iklan yang menongkah keperluan agama dan moral malah juga penampilan aspek negatif dalam iklan dikhuatiri menjadi penghalang kepada usaha melahirkan generasi muda yang memiliki jatidiri yang cemerlang dari sudut sikap dan tingkahlakunya sebagai audien iklan dan sebagai ahli masyarakat.
Fikirkan...Senaraikan SEPULUH [10] perlanggaran etika iklan sama ada yang dikenalpasti boleh menjejaskan aspek moral, sensitiviti agama dan kaum malah juga diskriminasi gender dalam mana-mana iklan yang pernah anda tonton, dengar atau baca dalam media massa. Kemukakan alasan yang kukuh tentang sebab mengapa anda mengatakan perlanggaran etika telah berlaku dalam iklan berkenaan.
salam ceria dan salam 1 Malaysia....
BalasPadamDi Malaysia terlalu banyak kempen-kempen dilaksanakan bertujuan untk menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu isu dan memfokuskan keperihatinan terhadap isu tersebut.tetapi sejauhmana kempen-kempen tersebut dapat membawa masyarakat kita untuk betul-betul menghayati dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Tepuk dada tanya selera. Masyarakat biasanya lebih mengambil sikap sambil lewa, sudah terhantuk baru tengadah.Atau buat tak tahu. Lihat saja kempen Anti-Merokok yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, datuk seri Ahmad Badawi pada Februari 2009, kempen ini jelas belum seratus peratus dapat melenyapkan ketagihan perokok dikalangan masyarakat kita. Namun usaha kerajaan ini sekurang-kurangnya wajar dihargai kerana telah menampakkan kesungguhan untuk memerangi dan mengurangkan tabiat merokok ini.
Salam 1 Malaysia. Contoh iklan yang ingin saya berkongsi dengan semua adalah iklan AirAsia yang telah ditarikbalik. Dalam iklan AirAsia tersebut, seorang budak lelaki menaik kapal terbang bersama neneknya. Budak tersebut memuji kemesraan pekerja dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia dalam diarinya dan dibaca oleh ibu bapanya. Tetapi,sebenarnya pemujian budak lelaki tersebut adalah terhadap kecantikan rupa paras dan bentuk badan pramugari.
BalasPadamSaya berasa iklan berkenaan kurang beretika kerana terdapatnya diskriminasi seks wanita dengan menunjukkan bahawa kecantikan rupa paras dan bentuk badan pramugari adalah lebih dipentingkan daripada kemesraan pekerja dan perkhidmatan yang ditawarkan. Selain itu, iklan tersebut juga tidak bermoral kerana ia memanipulasi penonton, terutamanya budak lelaki, untuk berfikiran dan berpendapat seperti pelakon(budak lelaki) iklan tersebut.
salam perpaduan.iklan yang berjaya akan memberi kesan yang mendalam kepada audiens sehingga dari awal hingga akhir jalan cerita pada iklan tersebut akan diingat dan dihafal pada oleh audiens.di sini saya ingin memberikan contoh mengenai iklan hari raya yang mencetuskan kontroversi yang baru-baru saja dipaparkan di tv3 tetapi telah ditarik balik oleh stesen televisyen swasta tersebut kerana mendapat kecaman dan bantahan daripada pelbagai pihak. apa yang dapat dilihat melalui paparan iklan hari raya tersebut adalah melibatkan sentimen perkauman dan agama di negara ini yakni menjejaskan keharmonian dan sensitiviti.hal ini demikian,terdapat gambaran seolah-seolah santa claus membawa kanak-kanak ke untuk berhari raya.selain limau dan bunga teratai serta tokong yang merupakan lambang, adat dan amalan kaum cina.saya percaya mungkin niat tv3 itu adalah betujuan untuk menonjolkan konsep 1 malaysia namun ia kurang sesuai kerana ia menyentuh sensitiviti kaum yang pelbagai di negara ini.
BalasPadamSalam sejahtera….
BalasPadamSaya sangat bersetuju dengan contoh iklan AirAsia yang diberi oleh saudari S.H.Hong. Iklan ini memang tidak beretika dan mengandungi unsur-unsur diskriminasi terhadap kaum wanita.Sesebuah iklan sepatutnya dapat menyampaikan mesej dengan jelas dan bukan untuk mengelirukan audiennya. Iklan tersebut yang memfokuskan kecantikan pramugari mengaburkan mesej yang hendak disampaikan.
Di samping itu, saya mendapati bahawa banyak iklan kereta gemar menggunakan wanita dengan perwatakan yang seksi untuk menarik perhatian khalayak. Pendekatan ini memang berjaya untuk menarik perhatian tetapi mungkin akan menyebabkan sesetengah khalayak terutamanya kaum wanita terasa dieksploitasikan oleh pemasar. Misalnya, salah satu iklan kereta BMW yang saya nampak di Youtube. Iklan tersebut cuba menonjolkan kemewahan kereta BMW dengan memaparkan wanita-wanita tertarik dengan lelaki yang memandu kereta BMW dan sanggup melakukan sesuatu walaupun yang berunsur sex untuk menarik perhatian lelaki tersebut. Iklan ini tidak beretika sebab mengandungi unsur-unsur sexual dan unsur-unsur ini telah mengabaikan kepentingan wanita(pemaparan wanita yang negatif). Pada pendapat saya, iklan kereta sepatutnya lebih kepada mempromosikan fungsi kereta. Selain itu, sesebuah iklan juga tidak seharusnya mengandungi sebarang unsur ekspoiltasi atau diskriminasi mana-mana pihak.
sumber: http://www.youtube.com/watch?v=rihD4B5J3vg
Slm n slmt pagi. Salah satu iklan yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia ialah iklan P1 Wimax yang menyindir perkhidmatan intenet yang masih menggunakan wayar talian. Tetapi, mereka mengolah iklan dengan cara memaparkan sepasang pengantin dan sekumpulan pemain kompang dengan alunan lagu Potong. Masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berasa sensitif kerana iklan tersebut sedikit sebanyak menyampaikan mesej tentang isu khatan dan menjadi olokan kepada pengantin yang belum berkahwin dan menjadi ikutan kepada kanak-kanak sebagai bahan jenaka mereka.
BalasPadamSelain itu, iklan yang memaparkan stereotaip terhadap wanita memaparkan wanita itu sebagai lemah. Sebagai contoh iklan Mr.Muscle iaitu sejenis sabun cecair pencuci yamg memaparkan wanita kecewa kerana tidak dapat membersihkan kotoran dan seolah-olah tidak boleh berusaha tanpa adanya lelaki serta tiba-tiba munculnya watak kartun lelaki yang bertubuh sasa yang membantu mengilatkan dapur yang kotor.
BalasPadamSelamat petang...
BalasPadamSaya bersetuju dengan pendapat saudari Carole Mos berkaitan dengan iklan hari raya oleh TV3 yang ditarik balik baru-baru. Pelanggaran etika yang terdapat dalam iklan tersebut ialah ianya menunjukkan percampuran agama yang kononnya di ketengahkan sebagai 1 Malaysia. Terdapat unsur pluralism iaitu pemajmukan yang ingin mencampurkan elemen-elemen beberapa agama menjadi satu. Iklan ini sangat-sangat melanggar etika kerana menyentuh sensitiviti agama. Hal ini sangat berkait rapat dengan isu 'freemason' yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial. Freemason kononnya ingin menggabungkan semua agama di dunia ini menjadi satu. Wallahualam..
Selamat Petang..
BalasPadamSalah satu iklan yang saya rasakan melanggar etika ialah iklan Super Power. Iklan yang menunjukkan suami isteri yang kekurangan tenaga dan setelah meminum kopi Super Power, mereka berlari-lari masuk ke dalam rumah untuk 'bersama' dan rumah mereka menjadi terang benderang. Selain menyelitkan unsur lucah dalam iklan tersebut, ianya juga berunsur syirik kerana terdapat jin yang keluar untuk menunaikan permintaan mereka yang mahukan "power".Walaupun iklan ini tidak ditarik balik, tetapi ia merupakan iklan yang tidak relevan.
Salam sejahtera dan salam 1malaysia. Pastinya semua orang pernah menonton iklan NST di kaca televisyen suatu ketika dahulu. Daripada kajian strukturalnya, iklan ini berlatarkan Kuala Lumpur (tempat/kawasan paling maju di Malaysia). Watak dan perwatakannya ialah sekumpulan pelajar lelaki yang menerima pendidikan di sebuah kawasan yang serba canggih, perwatakan mereka juga menampakkan mereka sihat walafiat (manusia normal).
BalasPadamtidak beretikanya iklan ini menurut saya adalah ia seakan –akan hendak menunjukkan kebodohan budak-budak melayu. Mustahil pelajar yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah mendengar perkataan ' National Monument'. Hanya orang pekak sahaja yang akan tersalah pendengaran lalu menyebut ' cik Maimon'. - Ini bercanggahan dengan penampilan watak pelajar itu yang semuanya normal. Iklan ini juga seakan menunjukkan ketidak perihatinan masyarakat muda (pelajar seklolah) terhadap monument kebanggaan Negara. 'Tugu Negara' adalah simbol patriotisma Malaysia yang termaktub dalam buku sejarah bermula daripada sekolah rendah lagi. Oleh itu, bagi seorang pelajar normal, mereka mesti tahu di mana letaknya monumen ini.
selain itu, mana mungkin pelajar yang tinggal di Kuala Lumpur menghadapi masalah dalam bahasa inggeris kerana bahasa Inggeris bukan bahasa asing bagi kalangan pelajar-pelajar Kuala Lumpur.
Salam 1 Malaysia. Contah iklan P1 Wimax yang diberikan oleh CT Nurynee mengingatkan saya kepada iklan tilam Vono yang saya terdengar melalui myfm( radio berbahasa cina no.1 di semenanjung). Iklan tersebut merupakan dialog antara suami dengan isteri yang membawa unsur seks tersirat kerana suami tersebut memberitahu kepada isterinya bahawa, setelah menggunakan tilam Vono, pinggannya tidak lagi berasa sakit dan semakin 'kuat'. Suaminya juga bergurau dengan isterinya bahawa dia boleh menawarkan perkhidmatan 'special' kepadanya setiap malam kerana adanya tilam Vono.
BalasPadamSaya berasa iklan tersebut kurang beretika kerana menggunakan perkataan yang sensitif sehingga akan menyebabkan pendengar berfikiran negatif. Walaupun gurauan suami tersebut hanya berfungsi untuk menarik perhatian dan menghiburkan supaya pendengar akan mengingati produk yang diiklankan. Tetapi, terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih lagi bersikap konservatif dan tradisional.
Contoh iklan yang saya anggap tidak bermoral sekarang adalah iklan yang mengajar kanak-kanak mengenai budaya berteman yang berlainan jantina. Iklan-iklan itu pula dibuat seolah-olah ianya adalah suatu yang baik dan membina.tetapi tidak perasankah kita apa yang iklan-iklan itu ajar pada budak-budak yang masih kecil? Ia mengajarnya untuk mula berkapel dari sekolah rendah lagi. Dengan kata lain hubungan bebas antara berlainan jantina semakin meluas dan dianggap kebiasaan. Jika difikirkan secara logik pun, adalah tidak rasional menayangkan iklan sebegitu dan mengajar kanak-kanak agar mempunyai teman untuk berkasih / ber’couple’. Kanak-kanak sepatutnya memberi tumpuan pada pembelajaran dan proses membesar dengan sihat, tetapi kini disogokkan untuk memilih teman rapat berlainan jantina, seperti budaya orang-orang barat yang semakin runtuh maruah dan akhlaknya. Contohnya adalah iklan kemerdekaan Petronas ini http://www.youtube.com/watch?v=hEnlJnxiCRA
BalasPadametika dalam pengiklanan sangat penting untuk mengelakkan isu-isu yang boleh menimbul isu atau salah faham. contoh iklan yang melanggar atau tidak memahami etika adalah seperti yang telah dibincangkan dikelas iaitu iklan bio-aura yang mana iklan ini mengenai kehidupan sebuah keluarga yang menyatakan bahawa bio-aura yang memberi mereka rezeki, namun jika dilihat dari unsur agama, rezeki sebenarnya dari- DIA... iklna ini menunjukkan mereka terlepas pandang mengenai iklan ini.
BalasPadamsalam mesra.saya sangat menyokong pendapat yang diberikan oleh saudari soleha di mana beliau menyatakan bahawa terdapat iklan kanak-kanak dalam dua kaum dan jantina yang berbeza digambarkan sebagai pasangan muda digalakkan untuk berpasangan atau bercinta.hal ini dilihat sebagai tidak beretika kerana iklan tersebut seolah-olah mengalakkan kanak-kanak di usia muda yang belum mencapai usia kematangan untuk bercinta dan berpasangan.walaupun usaha pengeluar iklan tersebut adalah untuk menyokong dan memperlihatkan konsep 1 Malaysia,ia adalah kurang sesuai kerana negara kita mengamalkan amalan budaya yg bersopan dan bukannya mengikut amalan daripada barat.oleh itu, saya dengan pendirian saya menyatakan iklan seperti tersebut adalah tidak beretika sama sekali untuk diiklankan di negara ini.sekian.
BalasPadamSelamat sejahtera. Contoh lain adalah iklan pepsi yang menunjukkan seorang kanak-kanak memijak tin coca-cola supaya dia dapat mencapai butang pepesi pada mesin air.
BalasPadamPada pandangan saya, iklan tersebut telah melanggar etika di mana ia cuba merosakkan reputasi atau imej Coca-cola. Iklan tersebut cuba membawa mesej bahawa coca-cola bukanlah tandingan pepsi.
http://www.youtube.com/watch?v=IVndvFoQt34
Salam ........ Melalui iklan, orang ramai akan mengetahui ciri-ciri atau perwatakan yang dimiliki oleh setiap orang sama ada bersifat berbudi bahasa atau kurang ajar. Iklan yang bertentangan gaya hidup berbudi bahasa ini, mampu mengubah pemikiran orang ramai kepada golongan kana-kanak. Contohnya, iklan yang memaparkan seorang budak lelaki comel tetapi nakal yang melakukan beberapa gelagat nakal semasa dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli roti. Budak lelaki itu memotong barisan di kaunter bayaran, dengan mesej akhirnya yang disampaikan kepada penonton bahawa dia dimaafkan ekoran tingkah laku biadabnya.
BalasPadamIni memperolok-olokkan kempen kerajaan supaya menjadikan budi bahasa sebagai amalan hidup. Orang ramai akan terkejut apabila menonton siaran iklan televisyen yang memperlihatkan tingkah laku biadab dan kenakalan budak lelaki itu.
Orang ramai tidak menentang label roti berkenaan tetapi pengeluar jenama roti itu dan agensi pengiklanan berkenaan hendaklah bersama-sama berfikir sebelum menghasilkan iklan yang sedemikian, yang meletakkan rakyat Malaysia dalam situasi buruk terutamanya dalam kalangan orang asing. Selain itu, tujuan di sebalik iklan itu ialah untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dengan memakan roti, tetapi malangnya iklan itu memutuskan untuk memberi gambaran yang salah terhadap perkembangan hidup kanak-kanak Malaysia.Orang asing yang masih baru di negara ini mungkin mendapat gambaran bahawa kanak-kanak Malaysia sememangnya mempunyai tingkah laku biadab.
Pada suatu ketika apabila kita patuh kepada nasihat (Perdana Menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan budi bahasa sebagai satu amalan hidup kita, satu iklan televisyen, secara tidak sengaja menunjukkan satu aspek sangat negatif kehidupan Malaysia. Oleh itu, pengiklan hendaklah berhati-hati supaya tidak menghasilkan satu jalan cerita kontroversi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak
Salam...
BalasPadamIklan merupakan satu saluran untuk memasarkan dan menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produ.namun, terdapat sesetengah iklan yang disalah gunakan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. Iklan boleh mempengaruhi perilaku dan boleh disalah ertikan sekiranya seseorang individu tersebut tidak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengiklan produk tersebut. Terdapat pelbagai iklan yang tidak beretika yang boleh dilihat pada masa kini..
Antara iklan tidak beretika yang saya temui dan lihat didalam media massa ialah iklan burger king yang diiklankan di luar negara. Didalam iklan tersebut, 3 model wanita digunakan dan memakai pakaian mandi.Sewaktu melihat iklan tersebut saya tertanya2 apakah iklan tersebut?Produk apakah yang ingin diiklankan dan di akhir iklan tersebut barulah dinyatakan bahawa iklan tersebut merupakan iklan burger king... iklan tersebut merupakan satu iklan yang tidak beretika dan mengeksploitasikan wanita bagi mempengaruhi pengguna dan melaris kan produk mereka...
Selain itu, terdapat juga iklan lain yang tidak beretika iaitu iklan coca cola light. selain daripada menyelitkan unsur seks didalam iklan tersebut.unsur agama juga digunakan.
Kedua2 iklan tersebut merupakan iklan yang di banned di luar negara...
http://www.youtube.com/watch?v=3m1XFdUFZJM
Salam ............. Salah satu iklan yang saya rasakan melanggar etika ialah iklan KFC yang mempromosikan produk makanan mereka pada bulan puasa. Terdapat dua orang bujang yang sedang menunggu waktu berbuka puasa dan tidak sabar hendak menjamu hidangan ayam KFC. Mereka mengharapkan si jiran sebelah rumah menjerit 'wowww' bagi menandakan sudah masuk waktu untuk berbuka puasa.Di sini menunjukkan bahawa iklan KFC yang bertujuan untuk mempromosikan produk mereka tidak menghormati orang Islam yang hendak mengejar ibadah pada bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya dua orang bujang itu menggunakan media lain seperti TV dan radio untuk mendengar azan, bukannya menjerit.
BalasPadamSALAM petang. Contoh lain ialah iklan syarikat aiskrim terkemuka WALLS meletakkan lambang berbentuk salib pada jenama aiskrim keluaran terbaru syarikat tersebut. Iklan aiskrim tersebut iaitu 'Moo Walls' juga sering disiarkan di dalam iklan televisyen dan amat popular di kalangan kanak-kanak. Perkara ini dikesan melalui aduan dari pengguna yang menyedari mengenai kewujudan lambang salib di ais krim Moo keluaran Walls yang juga disiarkan secara meluas melalui iklan di rangkaian televisyen.Iklan sebegini dikenalpasti boleh menjejaskan aspek sensitiviti agama Islam.
BalasPadamSelamat sejahtera. Seterusnya adalah contoh iklan kurang beretika yang saya tonton dalam panggung wayang mengenai digi. Cerita iklan digi tersebut adalah tentang seorang lelaki berbangsa cina yang bergelarnya sebagai "tai ko" bercakap menerusi telefon mudah alihnya semasa penonton lain sedang menonton wayang. Iklan tersebut sebenarnya ingin mengingatkan penonton supaya tidak mengganggu orang lain dengan mematikan telefon mudah alih ataupun tukarkan kepada format senyap .
BalasPadamSaya berasa iklan tersebut kurang beretika kerana ia mengandungi unsur diskriminasi kaum. Iklan tersebut membawa mesej bahawa kaum cina selalunya dikaitkan dengan "tai ko" ataupun ahli gengster. Selain itu, dalam iklan digi tersebut, ia menunjukkan maskot digi berasa malu kerana pengguna diginya bercakap dengan nada suara besar dalam panggung wayang. Saya berasa ia macam menyindir mereka yang bernada suara besar.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..
BalasPadamDalam keghairahan syarikat-syarikat periklanan bersaing bagi mendapatkan perhatian audien dalam sesuatu iklan. Tidak dapat dinafikan terdapat iklan -iklan yang disiarkan melanggar etika.Antara contoh iklan yang melanggar etika periklanan di Malaysia ialah iklan jenama arak carlsberg. Iklan tersebut mula disiarkan di media tempatan sejak 1989,tetapi telah di haramkan pada tahun 1995. Iklan ini melanggar etika kerana menyentuh sensitiviti audien yang beragama islam. Berikut adalah link video yang memaparkan iklan tersebut. http://www.youtube.com/watch?v=O5k6pZRFZpo
Roshaslindah Abd Rashid
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Respon terhadap komen BA 08110020
Saya setuju dengan penjelasan yang telah diberikan, Iklan Super Power yang memaparkan ‘jin’ dan ‘unsur lucah’ adalah kurang bersesuaian ditayangkan di televisyen. Serupa dengan iklan Kacip Fatimah yang ditayangkan di saluran tv3 yang memaparkan seorang isteri yang sedang menunggu kepulangan suaminya dibilik. Apabila si suami balik dari kerja, si suami berkata
“yang…..abang dah balik”
si isteri kemudian berkata
“ayang di bilik ni”…
si suami bergegas ke bilik dan mematikan lampu bilik..kemudian iklan tersebut berakhir begitu saja…secara terang2an mempamerkan unsur lucah (bagi yang faham la..). Walaupun iklan-iklan begini hanya untuk tontonan orang dewasa saja, bagaimana pula dengan khalayak bawah umur??..
assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu malaysia.dalam topik pada minggu ini membincangkan perlanggaran etika iklan yang dikenalpasti boleh menjejaskan aspek moral, sensitiviti agama dan kaum malah juga diskriminasi gender. Contoh iklan yang telah saya perhatikan melalui sumber dari internet adalah iklan Levi's dimana iklan tersebut telah di 'banned'. Ianya terjadi adalah kerana didapati iklan tersebut telah mewujudkan unsur-unsur seks dimana ia melibatkan seorang wanita separuh bogel yang menukar pakaiannya di hadapan seorang lelaki yang disangkakan buta. malah wanita tersebut membuat beberapa aksi yang mengghairahkan di hadapan lelaki berkenaan. iklan tersebut telah melanggar etika kerana pada saya ia telah menjatuhkan maruah sebagai seorang wanita. selain itu juga, iklan tersebut juga telah menimbulkan sensitiviti kaum di mana seorang wanita barat berkulit putih melakukan aksi kurang sopan dan sedikit 'kurang ajar' terhadap lelaki kulit hitam. dengan ini, ia tidak menunjukkan rasa hormat (respect) terhadap kaum lain dan seperti mengeksploitasi kaum tersebut. disini, saya memberikan link iklan berkenaan sebagai rujukan. http://www.youtube.com/watch?v=CSG807d3P-U&feature=related
BalasPadamsalam. terdapat iklan yang ditayangkan di utube yang bagi sy ia melanggar etika iaitu iklan REJOICE, walaupun ia bukan ditayangkan di malaysia tetapi ia tetap tidak sesuai di tayangkan kerana shampoo rejoice terdapat dimana2 dan iklan ini menggunakan wanita sebagai alat gurauan. malah iklan ini juga boleh menyebabkan reputasi rejoice ini terjejas. untuk lebih jelas :http://www.youtube.com/watch?v=RE0DRygzohk
BalasPadamsalam. iklan "hotlink call me bonus" yang mana iklan ini diwatakkan oleh danny x-factor.iklan ini mengenai c lelaki di jemput ke rumah perempuan tetapi ketika berada dirumah perempuan tersebut c lelaki tidak menjaga perilakunya dengan menjawab telefon tanpa henti. apa yang cuba disampaikan iklan ini? kenapa perlu iklan yang menggambarekan sesuatu yang negatif? kenapa tidak cuba iklan yang lebih positif? kita di malaysia di ajar etika yang positif kenapa hotlink cuba menyampaikan sesuatu yang negatif? rujukan :http://www.youtube.com/watch?v=9GbHfd80CI4
BalasPadamGood evening.
BalasPadamAccording to Belch & Belch (2009), ethics are moral principles and value that govern the actions and assessments of an individual or group. Some actions may be legal within the law, but it can be unethical. For example, no laws restrict alcoholic beverage companies from using sexual appeals as the technique to attract customers’ attention. However, there is criticism about ethical which that they are depicting women as sex objects in their (alcoholic beverage companies) advertisement. For example, Skyy Spirits always use the sexy models to promote their product in printed advertisement.
Salam semua, iklan adalah satu cara untuk mempromosikan dan memperkenalkan produk baru kepada penguna. Setiap iklan yang dihasilkan ia perlu ada etika yang perlu diikuti kerana ia mengelakkan berlakunya penipuan , pengunaaan bahasa yang salah dan cara menyampaian maklumat yang boleh disalah tafsirkan oleh penguna.
BalasPadamSalah satu iklan yang saya lihat melanggar etika periklanan adalah iklan Axe Deodrant Commercial yang menunjukkan wanita menjadi simbol sex kerana dalam iklan tersebut pelayan wanita itu melakukan aksi manja menggoda setelah tercium wangian Axe Deodrant yang digunakan oleh pelanggan lelaki yang dating membeli roti.dalam iklan itu menunjukan wanita seperti suka menggoda cepat terpikat dengan lelaki dan memulakan langkah terlebih dulu untuk mengenali dengan lelaki tersebut kerana dalam iklan itu pelayan wanita itu memberi nombor telefon yang tulis di atas roti mengunakan sos.
Selain itu, iklan itu mengguna pelakon Indonesia, seperti kita tahu wanita asia penuh kesopanan tetapi dalam iklan ini ia menunjukkan wanita Indonesia seperti suka menggoda dan beraksi manja jika terpikat dengan lelaki. Iklan ini telah memaparkan bagaimana sikap wanita yang tidak pandai menjaga kesopanan dan keperbadian diri.
http://www.youtube.com/watch?v=6v_eorFolHQ&feature=related
Selamat pagi…..
BalasPadamSelain iklan kereta, banyak lagi iklan-iklan yang telah stereotaip watak wanita, misalnya iklan-iklan bagi alkohol dan minyak wangi serta ‘household product’. Kebanyakan iklan alkohol dan minyak wangi telah stereotaip wanita sebagai satu ‘sexual object’ dimana perempuan yang berpakaian seksi dan menggoda sering dipaparkan dalam iklan. Sebagai contoh, iklan komersial TV bagi alkohol Guiness (http://www.youtube.com/watch?v=1IrPnRGaSUk) yang telah diharamkan. Iklan tersebut sangat tidak beretika kerana watak wanita dalam iklan tersebut berbogel dan seterusnya sebotol alkohol Guiness diletak di atas badan wanita tersebut dan munculnya perkataan “Share one with a friend. Or two. ”. Perkatan ‘share’ dalam ayat ini mengelirukan audiennya dimana makna berkongsi merujuk kepada alkohol tersebut atau ada makna yang tersirat (kongsi wanita tersebut).
Di samping itu, satu lagi iklan minyak wangi bernama ‘unforgivable’ oleh penyanyi, P. Diddy juga diharamkan disebabkan kandungannya yang berunsur sex dan juga memaparkan wanita sebagai ‘sex object’. Menurut presiden formal bagi Canada’s Media Action Média, Shari Graydon, badan wanita telah di‘sexualize’ dalam iklan untuk menarik perhatian penonton dan wanita menjadi ‘sexual object’ apabila badan mereka ataupun ‘sexuality’ mereka dihubungkan dengan produk-produk yang didagangkan.
Selain wanita sebagai ‘sex object’, stereotaip janita atau stereotaip wanita sebagai suri rumah juga sering muncul dalam iklan ‘household product’ dan sebaliknya kebanyakan wanita hari bukan lagi suri rumah tetapi telah mampu bekerja di luar. Misalnya, iklan Dynamo dalam TV Malaysia telah memaparkan lelaki sebagai professional yang dapat menanggalkan kotoran degil pada kain tetapi wanita sebagai suri rumah yang memerlukan produk tersebut. Di samping itu, terdapat banyak lagi iklan bagi ‘household product’ seperti iklan sabun cuci lantai, sabun cuci pinggan, minyak masak dan sebagainya yang juga memaparkan wanita sebagai suri rumah. Akan tetapi, lelaki pula sering muncul dalam iklan dengan watak sebagai doktor atau seseorang yang lebih berkemampuan. Iklan-iklan tersebut masih terpengaruh oleh budaya stereotaip jantina dimana lelaki dalam watak yang berkebolehan malah wanita merupakan golongan yang lebih lemah. Stereotaip jantina terkandungan unsur yang kurang menghormati atau memandang rendah terhadap golongan wanita.
BalasPadamSelain itu, wanita juga distereotaip dalam produk kecantikan dan produk mengurangkan berat badan. Kebanyakan iklan bagi produk-produk tersebut telah menstereotaip wanita yang langsing badannya, ‘maka-up’, rambut panjang dan cerah warna kulitnya merupakan wanita yang cantik dan menarik malah perempuan yang gemuk, gelap kulitnya serta muka berjerawat adalah mereka yang tidak digemari ramai. Pendekatan iklan yang cuba menggolongkan perempuan yang cantik dan tidak cantik telah menjejaskan keyakinan perempuan dalam kumpulan yang tidak cantik dan sedih atas penampilan mereka. Misalnya iklan clean & clear yang disiarkan dalam TV sentiasa menonjolkan kecacatan kulit perempuan dan diikuti dengan babak dimana watak tersebut yang cantik dan menarik selepas menggunakan produk. Iklan sebegini tidak beretika kerana ia menstereotaipkan kecantikan perempuan dan memaparkan kesan/perkara yang negatif ke atas mereka yang keadaan kulit tidak berapa sihat. Ini secara tidak langsung akan mengingatkan mereka tentang kelemahan mereka dan seterusnya menyebabkan mereka sedih dan tidak beryakinan terhadap diri sendiri. Dan cuba fikirkan jika produk yang dipromosikan tidak sesuai dengan pengguna dan tiada ‘perkembangan’ terhadap keadaan mukanya, adakah pengguna tersebut akan terasa ‘hopeless’ dan lagi sedih dan tidak beryakinan?
BalasPadamBesides, in the book-advertising and promotion, Belch and Belch (2009) stated that some of the consumers will be irritated or offensive with the advertisement of certain product such as the personal hygiene or contraceptives products. However, it should be fine if it has been advertised in the right way. Yet, the advertisement must become controversial among the society if the advertiser making fun or portray the product in the distasted way. As an instance, I found a condom advertisement (http://www.youtube.com/watch?v=Z_hwMtG2xCs&NR=1) in which the advertiser use the amusing appeal to present the product- condom but it made me felt distasted on it. In the advertisement, the boy kept the condom inside his mouth and then blew it like a chewing gum. The advertisement is distasted since the condom is a ‘private’ product and it is irritating when the boy kept it in his mouth and made joke on it.
BalasPadamBesides the stereotype of women, the advertisements also make stereotype among the races. Thus, racism also one of the controversial topics on the advertising ethics since long times ago. In the KFC advertising (http://www.youtube.com/watch?v=E5DiZVNlndM&feature=related), the black peoples are stereotype as the peoples who do not have the advance knowledge and live in the interior/jungle and yet the Korean man is clever and knows magic. Thus, he uses his magic to turn out some fried chicken and throw to the black peoples while the black people grab the chicken on the floor. This advertisement has stereotype the black people as underdevelopment group and the Korean man treat them like beggars. Thus, the advertisement also disregards the values of respecting others’ race.
BalasPadamPeningkatan persaingan dalam pemaparan iklan untuk memasarkan sesuatu produk menjadi semakin serius apabila pihak pengiklan yang mengiklankan sesuatu produk untuk tujuan keuntungan semata-mata ataupun mengandungi elemen CSR dalam setiap iklan yang ditayangkan. Terdapat banyak iklan yang ditayangkan masih terdapat unsur-unsur diskiriminasi jantina terutamanya dalam pemaparan iklan berbentuk elektronik dan kereta. Menurut Devision Advancement Woman (Daw), jurang jantina masih wujud dalam kebanyakan negara. Sehingga hari ini, kebanyakan iklan yang dipaparkan banyak mengandungi imej wanita yang seksi dan mengghairahkan untuk mendapat sambutan daripada khalayak yang melihat , mendengar dan menonton.
BalasPadamSalam.. saya bersetuju dengan rakan-rakan semua, memang diakui masih banyak iklan yang melanggar etika boleh dilihat pada ketika ini. Bagi saya ini mungkin kerana daya saing dalam kalangan pembekal dan pemasar semakin tinggi. Idea-idea menerbitkan iklan pula semakin menjadi-jadi, semuanya dei memastikan khalayak terpengaruh dan paling tidak pun agar jenama mereka menjadi popular.
BalasPadamIklan-iklan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (sms) yang berunsurkan seks sememangnya melngar etika. Contohnya, pemberian video dan wallpaper percuma wanita-wanita seksi (yang kadangkala didedahkan namanya) dengan hanya RM3 seminggu. Iklan ini dihantar terus kepada telefon bimbit peribadi secara berleluasa di Malaysia. Dikhutiri remaja-remaja yang belum cukup umur melanggan perkhidmatan ini tanpa sekatan,maklumlah ia mudah untuk diakses. Iklan-iklan sebegini masih kurang diperhatikan dan mungkin menjadi salah satu sumber remaja mendapatkan bahan lucah yang boleh meruntuhkan akhlak mereka, sehingga menimbulkan banyak isu dan wujudnya krisis seperti kes pembuangan bayi.
Terdapat iklan ‘tuala wanita’ kadang kala melampaui batas dan melanggar etika. Penyiaran secara terus simtom-sismtom yang dialami wanita semasa haid bagi saya tidak perlu dengan visual yang menarik sehingga kaum lelaki dan kanak-kanak juga dengan jelas boleh memahaminya. Contohnya “bau” “kebasahan” “keputihan”. Tidak cukup dengan itu, digambarkan lagi secara mendalam tentang “aliran cecair” dan lekuk-lekuk yang tidak sepatutnya disiarkan. Contoh iklan tuala wanita Libresse yang menampilkn Adibah Noor.
Iklan yang tidak difahami masejnya juga dikategorikan sebagai melanggar etika. Contohnya iklan sabun cuci “boom”. Pada pendapat saya, iklan tersebut tidak mempunyai masej utama untuk disampaikan. Satu mesej yang dinyatakan seperti ini.. “dengan menggunaan sabun terebut, cucian mesti boom”. Berbanding dengan iklan sabun lain yang menghuraikan fakta secara saintifik dan diyakini. Bagi saya ikln sabun cuci boom tidak mempunyai apa-apa mesej penting yang membolehkannya bersaing dengan sabun cuci lain.
Iklan merupakan satu cabang kepada masyarakat mahupun pengguna untuk mengetahui tentang kewujudan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di pasaran. Iklan penting kepada masyarakat. Sebagai contohnya, iklan tuala wanita pada masa sekarang sangat banyak disiarkan. Pada pendapat anda kaum wanita adakah iklan seperti itu sesuai?? Ramai artis yang diketengahkan dalam iklan tuala wanita sebagai contohnya Stacy ( intimate), Yuna dan Adibah Noor yang tampil dalam iklan Libresse. Saya merasakan ikan seperti ini semakin banyak ditontonkan di televisyen. Kadangkala iklan ini disiarkan pada waktu yang tidak sesuai. Bagi saya iklan seperti ini tidak beretika kerana bukan semua perempuan yang menyukai iklan seperti ini. Iklan ini mengandungi unsur-unsur sexual, mengaibkan wanita dan tidak menghormati sensitivity kaum perempuan. Ada juga iklan di majalah-majalah kecantikan yang tidak berapa sesuai contohnya Avon. Saya rasa tidak sesuai kerana kaum lelaki juga membaca majalah begitu. Negara ini terkenal dengan adat ketimuran jadi gambar yang terlalu seksi seperti iklan bra, seluar dalam dan sebagainya menyentuh sensitivity sesetengah wanita. Kadangkala kaum lelaki menyalahgunakan majalah tersebut untuk memuaskan nafsu mereka.
BalasPadamIn addition, some of the advertisement also less ethical as it exposes some violent scene. In one of the 7-up advertisement (http://www.youtube.com/watch?v=E5DiZVNlndM&feature=related), the women beat the guy to occupy the whole bottle of 7-up drinks. The advertisement consists of some violent content that actually it is not necessary to advertise a drinking product. Let’s think if the advertisement was showed to the children who cannot accurately differentiate the right and bad thing… What will happen next? There must be a serious consequence if the children follow the action…
BalasPadamNext, the advertiser also always relates the fast-food advertisement to the children like the KFC and McDonald advertisements. The advertisements are less since as it seems like promoting the unhealthy lifestyle to the children as well as the youth. The fast food is one of the reasons causing the obesity problems especially among the children and the youth but the fast-food still continue with the advertising without thinking about the social consequences. Although it may not the definite fault of the fast-food that causing the obesity problems but the fast-food restaurants also have their corporate social responsibility to prevent or try to avoid it.
Furthermore, some advertisements also less ethical since it had created the materialistic values and persuaded people to buy things in which actually they do not need it, especially for the expensive and luxury car, automobiles, jewelry as well as the perfumes. This kind of advertisements always plays on people’s self-esteem to create their wants. The consumers try to get the product to satisfy their self-esteem like status and charm. For example, the advertisement of LIFE THREADS Platinum from La Prairie - The Party (http://www.youtube.com/watch?v=p1YzwGTY198) portrays the women as charming and elegant due to the fragrance. It is unethical when the advertisement is not selling the product- fragrances but the elegant of a woman.
BalasPadamGood day!
BalasPadamI saw a printed advertisement few days ago in the Chinese newspaper. The advertisement is about cosmetic surgery that only involved light operation such as lips colouring, eyes brown shaping, eye lid operation and others. These types of advertisements are unethical on the point of my view because it is a sensitive issue when related to the religion. As a Buddhist, our body is a gift from god and we are not allowed to change how exactly we are. Moreover, the advertisement also portrayed women as preoccupied with beauty as HuiKeet Tan has mentioned on her’s early post. The advertisement has encouraged women to be “unnatural” beauty.
salam....saya memperhatikan iklan-iklan yang di siarkan melalui TV Malaysia samada TV swasta mahupun kerajaan, kebanyakan kandungan iklan yang mengandungi ciri-ciri "double meaning", mungkin iklan seperti ini mampu menarik perhatian penonton/pengguna, namun kurang sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Perkara ini memang disedari namun seolah-olah kurang diendahkan oleh pihak pengiklanan kerana mereka hanya memikirkan keuntungan terhadap jenama ataupun barang yang dipasarkan...bagi saya sebagai masyarakat melayu/malaysia faktor kesesuaian dan sensetiviti perlu diambilkira dalam menghasilkan sesuatu iklan..
BalasPadamIn Malaysia, our perspective towards unethical ads are those showing the sexuality scene, contain the religion sensitivity issue and the ads that will break solidarity among rakyat. Besides, the ads that describes the unreality of a community that cause the unsatisfied also can be said as unethical. For example, the POST corporate ads for the past Hari Raya has start up the controversy among the Sarawak pupils. In the ads, Sarawak people were described as living in a very rural area with no water supply and electricity.
BalasPadamsalam....
BalasPadamAds can entertain us, upset us, embarrass us, or expose our children to things otherwise banned from daytime tv. Advertising, indeed, may best be defined as the art of persuasion. Its purpose is specifically to move product and services, and influence one’s thinking.. But some ads is unethical and bcoz of that there is so many ads has been banned especially ads from the west...
(http://www.youtube.com/watch?v=zKAW96N-Vms)..
Example like this ads, its about selling an insurance but the ads is about eve and adam in heaven, the model is naked (both women and man but the man is gay).
In my opinion, this ads is unethical bcoz showing people naked, related to religion, and showing in heaven there is a gay.
salam, ethics in advertising is the advertiser's adherence to the moral demands of society and religion is a mass media audience. advertisers need to know the ethics of advertising, design plans before advertising a product or service to the audience. but there are advertisers who violate ethics for profit or it is not sensitive to ethical advertising. I agree with the opinions given by Carole mos on HARI RAYA advertising that aired on tv3 are not sensitive to the religion in Malaysia. advertisement has been mixing elements of other religious celebrations in Islam where it is wrong in law.
BalasPadam