Pages

Khamis, 30 September 2010

PIT STOP DISKUSI 2 [AK21503]: The Rational Model of Persuasion [RMP]

The Rational Model of Persuasion [RMP] adalah salah satu model yang boleh digunakan untuk membantu pembujuk untuk menilai situasi dan audien pembujukan sebelum satu-satu usaha membujuk dijalankan. kenalpasti langkah-langkah penting yang perlu diambilkira dalam model ini untuk membolehkan seseorang pembujuk merangka sekaligus melancarkan usaha pembujukan beliau. RMP juga sebenarnya boleh membimbing seseorang pembujuk untuk peka kepada tahap-tahap kesukaan atau kebencian seseorang terhadap intipati atau matlamat pembujukan yang cuba dicapai oleh pembujuk. Apakah situasi yang sesuai bagi anda mengaplikasikan RMP? cuba uji RMP ke atas DUA [2] kes berikut, 1. seorang rakan yang mahu mengajak seorang rakan lain untuk pergi menonton filem seram [kebetulan rakan yang diajak ini [sasaran pembujukan] amat takut/fobia kepada cerita atau kisah momok/hantu]; dan 2. seorang rakan yang mahu mengajak seorang rakan lain untuk terlibat dalam satu aktiviti kesukarelaan [i.e. membantu mereka yang tidak mempunyai rumah [homeless]] dan paling penting, rakan anda ini memiliki prasangka terhadap mereka yang homeless ini.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat khasnya buat En.Syah dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Seperti yang kita semua maklum The Rational Model of Persuassion (RMP) boleh digunakan untuk merekabentuk mesej pembujukan.

    Pada pendapat saya dalam kes 1 :

    Langkah pertama, saya akan menganalisa sejauh manakah tahap ketakutan rakan saya dalam menonton filem seram.
    "Awak, takut hantunya kah atau muzik latar?"

    Langkah kedua, saya akan cuba menyesuaikan diri rakan saya ketika mengajak beliau untuk menonton filem seram.
    "Sebenarnya, saya pun sama macam awak penakut tapi sebenarnya perasaan takut tu sebentar saja, habis tonton wayang lenyaplah perasaan takut tu."

    Langkah Ketiga, saya akan membujuk dalam masa yang sama mesej yang saya beri bukan sahaja untuk difahami oleh rakan saya tetapi serba sedikit menyatakan mengenai diri saya sendiri juga.

    "Ayuhlah, belum cuba belum tahu. Percayalah kata saya, lagipun awak seorang sahaja rakan saya, kalau tiada awak saya nak ajak siapa lagi?."

    Kes 2:

    Langkah 1 - saya akan menyelidik dengan lebih dalam mengenai diri rakan saya ini.

    "Salam, awak berminat tak libatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan khas untuk pelajar yang tidak mendapat tempat tinggal?"

    Langkah 2 - Saya akan lebih merapati diri rakan saya untuk cuba menerapkan pemikiran saya ke dalam pemikirannya.

    "Kita sama2 minat dalam aktiviti bercorak kepimpinan kan? dengan adanya aktiviti ini sekaligus ia akan menambah kemahiran kepimpinan dan pengalaman dalam diri kita."

    Langkah 3 - Saya akan membujuk rakan saya untuk menilai sendiri dan menggarapnya sebagai maklumat berguna kepada rakan saya.

    "Tidak salah untuk kita membantu rakan mahasiswa kita, kalau bukan kita yang memulakan tindakan dan menyuarakan suara mahasiswa, siapa lagi?"

    Apapun Pembujukan akan lebih berkesan jikalau pembujuk memilih bahan bantu yang bersesuaian kepada audien. seperti contoh gambarfoto, rekod, statistik dan sebagainya.
    Selain itu, pembujuk perlu memilih tujuan pembujukan yang jelas dan mendapatkan kepercayaan daripada audien. Sekian (:

    BalasPadam
  2. Salam. En Syah dan rakan2 yang dikasihi sekalian. Saya percaya dlm satu usaha pembujukan segala-galanya bermula daripada kita sebagai pemujuk. Untuk memulakan usaha memujuk, kita mesti dulu pujuk diri kita untuk sentiasa bersikap positif, bukan sahaja dari perspektif penampilan,pemikiran malah diterjemahkan juga ke dlm aspek tindakan yang positif. Apabila kita telah berjaya to naturalise segala persepsi dan pemikiran negatif dlm diri kita, saya yakin usaha utk memujuk pasti akan memberikan kita kejayaan.

    Dalam kes yang pertama, sebenarnya saya sendiripun amat takut tengok filem seram, jadi saya akan memujuk diri sendiri dulu, barulah saya akan memujuk kawan saya utk menonton filem seram. Saya kena meyakinkan diri saya terlebih dahulu, kerana keyakinan saya akan dpt meyakinkan kawan saya.

    Dalam kes kedua mungkin lebih senang, sebab saya amat menyukai aktiviti kesukarelaan. Saya berfikiran positif tentang aktiviti kesukarelaan, jesteru saya akan berusaha mempengaruhi pemikiran kawan saya untuk mengubah sikap dan persepsinya mengenai mereka yang 'homeless'. Jika saya dapat meyakinkan kawan saya dgn mengeluarkan hujah-2 dan fakta2 mengenai aktiviti kesukarelaan ini, saya yakin pembujukan yang saya lakukan ke atasnya akan berjaya. Mungkin saya akan merasuah dia, spt janji utk belanja makan kalau dia ikut serta,tpi ini hanya akan dilakukan sbg usaha terakhir la....he he he...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia.
    Bagi kes pertama
    Langkah pertama, saya akan cuba untuk mengambil tahu penyebab yang menyebabkan rakan saya berasa takut atau fobio untuk menonton cerita yang berunsur hantu atau momok.
    “ Adakah awak takut menonton cerita seram kerana muzik seram yang digunakan, adegan yang menimbulkan rasa saspen, watak hantu yang sangat menyeramkan atau hasil dari pengaruh cerita-cerita dahulu”?
    Langkah kedua, saya akan cuba menceritakan pengalaman saya ketika menonton cerita seram.
    “Saya pada mulanya juga berasa takut juga untuk menonton cerita seram. Namun saya berfikiran positif bahawa apa yang dipaparkan itu sekadar cerita sahaja. Akhirnya perasaan takut untuk menonton cerita seram berkurangan dalam diri saya dari semasa ke semasa”.
    Langkah ketiga, saya akan memasukkan unsur-unsur membujuk untuk menarik minat rakan saya menonton cerita seram bersama saya.
    “Jomlah menonton bersama saya. Takkanla awak nak selama –lamanya terus dengan fikiran negatif awak terhadap cerita seram. Hal ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman kepada awak. Jadi taklah awak dikatakkan ketinggalan zaman nanti kalau kamu tahu cerita-cerita seram masa kini.
    Bagi kes kedua
    Langkah pertama, saya akan mengkaji dan mengambil tahu adakah rakan saya berminat untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawan.
    “Assalamualaikum, hai awak berminat tak nak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan”?
    Langkah kedua, apabila mendapat tindakbals positif, saya akan mula menerangkan tentang aktiviti tersebut.
    “Aktiviti kesukarelawan ini sebenarnya untuk membantu golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal. Aktiviti ini dapat memberi kita suatu pengalaman baru dan memberi kita peluang untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
    Langkah ketiga, saya akan cuba membujuk rakan saya agar tertarik untuk menyertai aktiviti tersebut.
    “Disebabkan kita sama-sama berminat dalam aktiviti kesukarelawan, apa kata kita menyertai aktiviti ini untuk membantu mereka. Kita bukannya melakukan perkara yang sia-sia. Kita membantu masyarakat kita sendiri tidak kiralah kita mempunyai pelbagai perbezaan. Kita kan hidup dalam konsep 1 malaysia. oleh itu, kita tidak harus melepaskan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakt kita sendiri”.

    BalasPadam
  4. Salam Sejahtera,

    Model RMP ini memang sesuai untuk digunakan untuk membantu pemujuk mengetahui beberapa perkara tentang sasaran pembujukan dalam usahanya untuk membujuk. Misalnya, pembujuk perlu membuat penganalisaan untuk mengetahui kepercayaan sasar, nilai dan motif audien/ sasar tentang sesuatu perkara. Begitu juga dengan mesej yang ingin disampaikan pembujuk kepada sasarannya. Dalam senario pertama, pembujuk perlu mengetahui apa kepercayaannya tentang kisah-kisah hantu/momok. Pembujuk perlu tahu setakat mana tahap kepercayaannya terhadap perkara itu. Jika pembujuk mendapati bahawa si polan ini memang jenis yang penakut teruk, maka pembujuk perlu mempunyai cara lain bagaimana kita boleh memberikan keyakinan kepadanya. Dalam keadaan ini sasaran tentu akan berkeras menentang idea pembujuk tetapi pembujuk perlu bina ketidakpastian dalam diri sasaran supaya membuat pendirian sasar itu kelihatan goyah atau menjadikan dirinya kelihatan serba salah dengan mengemukakan soalan seperti, pernah kah anda melihat hantu atau momok? Pernah kah anda berfikir hantu atau momok boleh berlakon dalam filem? Adakah anda pernah terfikir bahawa filem itu satu lakonan imaginasi? Atau soalan yang mencabar seperti, biasanya perasaan takut hanya ada pada orang wanita atau pondan, adakah anda dari golongan itu? Soalan-soalan seperti ini menyebabkan sasaran akan berfikir bahawa apa yang difikirkan selama ini cuma satu imaginasi yang bermain dalam kepalanya. Manakala soalan yang mencabar kewibawaannya sebagai seorang lelaki membuatkannya untuk membuktikan bahawa dia seorang lelaki dan bukan seorang wanita atau pondan yang penakut. Setelah pembujuk dapat meyakinkan, barulah sikap fobia sasaran akan berkurangan dan hilang. Setelah itu tugas pembujuk akan menjadi lebih mudah lagi kerana sasaran telah dapat menerima kenyataan berdasar -kan hujah-hujah yang diselitkan dgn pandangan sains, agama, seni yang berupaya mempengaruhi minda kita.

    Bagi senario kedua pula peranan RMP ini samalah seperti senario pertama di atas, tetapi di sini pembujuk kena mengubah sikap sasaran untuk satu idea baru kerana idea asal tadi tidak dapat diterimanya. Ini boleh dilakukan misalnya, pembujuk meletakkan sasaran sebagai orang yang perlu mendapat perhatian atau bantuan. Apakah perasaannya jika ada orang yang sanggup membantunya apabila dalam keadaan susah. Tentu sekali sasaran pembujuk akan menjawab sangat gembira dan sangat berterima kasih. Pembujuk kemudian memberitahu bahawa perasaan yang sama juga akan diperolehi jika pembujuk dan sasaran pembujuk sedia membantu orang yang dalam kesusahan. Apabila pembujuk melihat bahawa sasaran pembujuk sudah memperlihatkan perubahan diri, pembujuk haruslah menggandakan kadar perubahan sikap sasaran untuk menyokong idea pembujuk. Kemudiannya pembujuk menggalakkan penampilan tingkahlaku, misalnya kesediaan sasaran untuk melakukan kerja-kerja kesukarelawan.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  5. Nama: Julianus @ Azizul Rahmanbin Moncigil
    No. Matrix: YA 2007-7551

    Aslammulaikm tuan,
    Diskusi ini suatu tetingkap kecil sebagai ruang lingkup melihat taktik dan teknik bagaimana melahirkan satu set idea untuk membuat pembujukan ke atas audien sasaran tertentu. The Rational Model of Pesuasion adalah merupakan kaedah yang amat khusus untuk menjalankan pembujukan kepada sasaran-sasaran tetentu kerana ia dapat diterima atau digunapakai di dalam apa juga betuk,atau keadaan, asalkan ia amat sesuai atau relevan dengan bentuk fikiran logik dan rasional serta tidak ada tekanan memaksa untuk mendominasi sesuatu kiblat objektif
    Situasi yang amat sesuai untuk mengaplkasikan RMP adalah ketika potensi sesuatu permasalahan itu berjaya dikesan atau dikenal pasti. RMP adalah ibarat suatu senjata khusus bagi penembak tepat. Ia akan mempermudahkan teknik dalam proses menjalankan kempen pembujukan kepada audien sasaran tertentu. Contohnya,iaitu Secara praktikal teknik RMP akan lebih mudah dan amat relevan ketika sesuatu Kekuatan audien sasaran itu berjaya dikenal pasti, kedudukan seperti (Strength), Kelemahan (Weakness), Peluang (Oppurtunity), Ancaman (Threat). Di dalam keadaan serta situasi tertentu kita dapat mengetahui atau mengenal pasti bentuk-bentuk kegemaran,sentimen,kehendak dan keperluan mahupun keinginan audden sasaran.

    Contohnya: -
    1) Jika audien itu suka makan pisang emas, kenalah bagi mengikut kegemarannya
    2) Jika audien tidak suka, sentiment perkauman, kenalah elakkan berhujah berbau perkauman.begitulah juga jika mengikut keperluan atau pun penggunaan bahsa

    Kesimpulannya, RMP perlu diaplikasikan dalam penuh kesesuaian, selagi ia logik, rasonal, jelas, dan tepat serta tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan dengan budaya setempat pada para audien sasaran.

    Dalam pada itu, contoh 1) untuk menguji seorang rakan yang fobia dengan filem seram, maka seseorang pengamal PR perlu bijak menggunakan kaedah RMP ini dengan mempraktikkan serta menggunakan perkataan-perkataan yang “Power” seperti perkataan memuji dan meyakinkan kelebihan diri seseoranng itu. Serta memberi jamnan atau Motivasi yang boleh mencetuskan keberanian atau keyakinan diri seseorang,di mana ia terasa terjamin, tanpa ia sedari bahawa ia sedang dibuai dengan pujukan yang berkesan secara psikologi .
    CONTOH : -2)Begitulah juga dengan rakan yang mempunyai persepsi negative terhadap golongan Homeless. Seseorang pengamal PR perlu mengenal pasti Kelemahan dan kekurangan pada diri orang tersebut, barulah ia dapat mengenal pasti bentuk-bentuk peluang serta teknik yang sesuai untuk diaplikaskan seperti kaedah RMP. Kesemua taktik dan teknik RMP perlu diaplikasikan sepenuhnya untuk mengeksploit serta memanipulasi keadaan –keadaan tertentu untuk memenangi hatinya sehngga, tanpa ia sedari ia memberi keyakinan kepadanya. Setiap inci keperluan dan kepentingannya tidak tejejas.

    Sekia terima kasih.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan salam sejahtera....
    The Rational Model of Persuasion adalah salah satu model yang digunakan untuk merekabentuk mesej pembujukan.

    Pada pendapat saya, dalam kes pertama:

    Langkah pertama adalah dengan saya akan cuba mengkaji sejauh mana tahap ketakutan rakan saya itu untuk menonton filem seram. Saya akan bertanya kepadanya apa yang membuatkan dia takut untuk menonton filem tersebut. Persoalan yang boleh saya tanyakan kepadanya adalah "adakah awak takut menonton filem seram kerana terpengaruh dengan cerita yang telah disampaikan oleh orang lain ataupun awak sendiri pernah mengalami peristiwa tersebut sehingga membuatkan awak fobia"?

    Langkah kedua pula adalah:
    Saya akan menceritakan pengalaman saya semasa pertama kali menonton filem seram tersebut. Antaranya, "Saya juga seperti awak pada mulanya menonton filem ini, tetapi setelah biasa, saya sudah boleh berfikir secara positif bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata dan setelah selesai menontonnya, perasaan takut saya akan hilang".

    Langkah ketiga adalah:
    Saya akan cuba memujuk dan menarik minatnya untuk menonton bersama saya. "Marilah menonton filem ini bersama saya, sebenarnya saya juga takut, tetapi setelah banyak kali saya menonton filem seperti ini, perasaan takut saya semakin berkurangan. Saya yakin awak juga begitu nanti."

    Kes kedua:
    Langkah pertama yang boleh saya lakukan adalah saya akan melakukan kajian sama ada rakan saya berminat untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelaan atau tidak. "Adakah awak berminat untuk bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan"?

    Langkah kedua adalah apabila rakan saya sudah menunjukkan minatnya terhadap aktiviti kesukarelaan tersebut, saya akan cuba menerangkan kepadanya tentang penglibatan di dalam aktiviti tersebut. "Saya yakin awak akan berpuas hati apabila terlibat dalam aktiviti ini kerana melalui sumbangan kita ini, kita akan dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai rumah."

    Langkah ketiga pula adalah saya akan cuba membujuknya untuk mengikuti aktiviti ini. "Saya rasa awak sudah berminat dengan aktiviti kesukarelaan ini. Apa kata, kita sama-sama mendaftarkan diri untuk menyertai aktiviti ini? Hasrat kita ini murni kerana melalui penglibatan kita ini, kita akan dapat merasai keperitan hidup mereka yang tidak mempunyai rumah di samping dapat membantu mereka mengikut kemampuan kita."

    BalasPadam
  7. Selamat Sejahtera,
    a) Situasi 1
    - Kaedah bait and switch.
    contohnya" Jom lah kita pergi tengok wayang. dengar kata ada wayang yang best. Rugi tak tengok. Biar saya belanja kamu hari ini". Selepas sampai di panggung wayang, saya boleh membeli tiket wayang seram. Kemudian menyatakan seperti berikut, "Alamak, tersilap beli!. Tak apalah. Memandangkan dah tersilap beli, apa kata kita tengok jer wayang ni. Rugi jer kalau tak tengok sedangkan tiketnya sudah dibeli. Kalau awak rrasa takut, jerit saja. Tak ada orang akan peduli".
    b) Situasi 2
    -Teknik foot in the door. Semasa menggunakan teknik ini, saya akan mengajak kawan tersebut untuk menghadiri aktiviti buat kali pertama baginya. Selepas itu, sekiranya masih ada aktiviti lain yang diadakan, saya akan terus mengajaknya lagi. Tanpa disedari, kawan tersebut akan dapat peluang tinggal di asrama.

    BalasPadam
  8. Salam sejahtera…Saya amat setuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Kes 1:
    Saya bersetuju dengan saudari Bee yang menggunakan kaedah bait and switch. Hal ini disebabkan mulanya-mulanya dia hanya mengajak rakannya untuk menonton filem di cinema tetapi tidak mengatakan apa jenis filem yang akan ditonton, malahan ticket tersebut adalah percuma dan ini telah menguntungkan. Jadi, rakannya pun menyetujui. Selepas sampai di cinema, dia baru mengatakan filem yang percuma itu adalah filem seram. Rakannya pun tidak boleh menolak sudah kerana telah menerima tawarannya. Dia cuba membujuk rakannya yang takut kepada cerita atau kisah hantu bahawa dia pernah mendengar filem tersebut amat menarik dan mesti menontonya. Jikalau dia masih berasa takut, dia boleh menjerit keluar dan mesti tidak akan dimarahi kerana dia telah menjaminkan bahawa mesti ada orang lain yang menjerit lebih kuat daripada dia. Jadi, dia pun akan setuju dengan menonton filem seram walaupun masih berasa takut, tetapi sekurang-kurangnya ada rakan menemani dia menonton.
    Kes 2:
    Langkah 1 – Saya akan menanyakan bahawa dia mempunyai minat untuk menyertai aktiviti kesukarelaan dan yang berfaedah. Walaupun pada mulanya dia telah mengatakan dia tidak berminat untuk menyertai aktiviti tersebut.
    Langkah 2 – Walaupun dia telah mengatakan dia tidak berminat untuk menyertai aktiviti tersebut, tatapi saya masih tidak putus asa untuk menbujuk dia untuk melibat diri dalam aktiviti tersebut. Jadi, saya telah menceritakan sebuah kisah kepadanya tentang kisah benar seorang anak yatim piatu yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak kecil lagi.
    Langkah 3 – Selepas dia mendengar kisah tersebut, dia berasa kasihan terdapat anak yatim piatu tersebut dan dia pun cuba hendak memberi sedikit kasih sayang kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai rumah dan kehilangan kasih sayang ibu bapa. Oleh itu, dia pun akan setuju untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan tersebut. Saya pun memberi jaminan kepadanya bahawa dia terlibat diri dalam aktiviti tersebut, dia akan mempelajari banyak perkara yang tidak dapat pelajari dalam buku atau mana-mana.

    BalasPadam