Pages

Khamis, 30 September 2010

PIT STOP DISKUSI 2 [AK30903]: Ketirisan Maklumat semasa situasi krisis

Wujud persoalan tentang apakah kesan yang timbul dalam sebuah organisasi akibat edaran mesej yang tidak terkawal semasa situasi krisis. Apakah punca berlakunya edaran mesej yang tidak terkawal semasa situasi krisis [i.e. kebakaran sebuah kilang yang mengakibatkan kehilangan jiwa]. Beberapa penyebab yang menyumbang kepada kecelaruan edaran maklumat sehingga diketahui oleh pihak yang tidak sepatutnya di luar organisasi adalah, 1. sikap tidak amanah pekerja dalam organisasi yang berkenaan; 2. kepintaran pihak wakil media untuk mengumpan pekerja agar membocorkan maklumat kepada mereka; 3. sistem kawalan maklumat yang lemah/longgar sehingga pihak yang tidak sepatutnya boleh mengakses maklumat berkenaan; dan. 4. kepimpinan organisasi yang lemah yang menyebabkan para pekerja di organisasinya boleh bercakap/membincangkan satu-satu krisis secara terbuka sehingga boleh diketahui oleh pihak luar. Cuba tunjukkan kesan langsung akibat edaran mesej yang tidak terkawal dalam sesebuah organisasi sama ada kepada organisasi itu sendiri, khalayak sasar, media, masyarakat umum, pelabur, pekerja dalam organisasi malah juga ketua organisasi itu sendiri.

16 ulasan:

  1. Salam..
    Pada pendapat saya, akibat yang akan terjadi kepada sesebuah organisasi akibat edaran mesej yang tidak terkawal ini ialah, ianya akan menjatuhkan reputasi sesuatu organisasi tersebut. Kepada khalayak sasar dan masyarakat umum pula, kepercayaan mereka terhadap organisasi tersebut akan luntur dan berkemungkinan mereka tidak akan menjalankan atau terlibat dengan apa juga aktiviti yang dilakukan oleh organisasi terbabit. Kesan yang sama juga akan terjadi terhadap pelabur, pelabur akan membatalkan kerjasama dengan organisasi terbabit kerana beranggapan bahawa organisasi terbabit bermasalah dan tidak boleh dipercayai lagi.

    BalasPadam
  2. salam. edaran mesej yang tidak terkawal selalunya berpunca daripada orang dalaman sendiri juga iaitu pekerja organisasi tersebut. kesan daripada edaran mesej yang tidak terkawal akan melibatkan imej dan reputasi organisasi tersebut, misalnya kepercayaan orang ramai akan mula luntur dan pelanggan tetap organisasi tersebut akan hilang. hal ini demikian kerana kepercayaan terhadap organisasi ini hilang. demikian jga dengan reputasi organisasi tersebut juga mula kurang. oleh itu peranan organisasi untuk mempunyai sisitem maklumat yang ketat adalah penting, begitu juga pekerja harus mempunyai kerahsiaan dengan orang luar demi menjaga reputasi dan imej oraganisasi mereka. sekian.

    BalasPadam
  3. salam..pendapat BA08110020 dan freschela pinus ada betulnya. sebanarnya, penyebaran mesej pun ada kalanya akan membawa kesan yang positif.edaran mesej yang tidak terkawal oleh 'orang dalam' akan menjatuhkan imej dan reputasi sesebuah organisasi jika dilihat dari sudut yang negatif. tetapi apabila dilihat dari sudut yang positif pula, edaran mesej akan juga dapat membantu menjaga imej sesebuah organisasi. sebagai contoh, bagi pengeluar sesuatu produk, sekiranya 'orang dalam' tersebut mengetahui tentang kerosakan yang ada pada produk mereka dan mereka menyebarkan maklumat mengenai kerosakan tersebut, ini akan membantu pengguna mendapat maklumat dengan lebih cepat dan kesedaran organisasi pengeluar terhadap kesilapan mereka akan segera diperbetulkan.

    BalasPadam
  4. Shallom dan salam sejahtera..saya bersetuju juga dengan pendapat kwn2 seperti di atas. Oleh itu, saya menambah sedikit sebanyak pendapat saya berkaitan dengan pernyataan berikut. Kesan yang akan berlaku akibat daripada ketiadaan kawalan terhadap edaran mesej sama ada sedar mahupun tidak sedar iaitu bagi organisasi tersebut kemungkinan ia kehilangan kepercayaan sehingga menjatuhkan reputasi-imej maka khalayak sekeliling pun tidak berani mencuba membeli/menjalankan perkhidmatan terhadap organisasi tersebut. Begitu juga pemegang saham yang cuba menjalankan pelaburan, mungkin mereka akan menarik diri daripada terus melabur kerana takut kerugian sehingga terpaksa menanggung risiko tinggi serta masalah yang pelbagai. Walau bagaimana pun, terdapat juga kesan positif yang boleh diambil kira iaitu sebagai maklumat dan penyebaran mengenai organisasi tersebut agar tidak melakukan kesilapan berterusan yang menyebabkan kerugian yang tinggi.

    BalasPadam
  5. salam.. ya, saya turut bersetuju dengan rakan-rakan sekelian. kesan langsung akibat penybaran masej secara tidak terkawal ini tidak lain tidak bukan kepada organisasi itu sendiri. ia sangat menjejaskan organisasi kerana memang kita sedia maklum bahawa terdapat rahsia organisasi yang mana setiap ahlinya tidak kira pekerja ataupun majikan wajib melindungi dan mengelak daripada ia tersebar keluar. Disaat krisis berlaku, perkara inilah yang paling penting untuk dikawal agar pihak luar terutama media tidak terhidu dan mentafsirkannya secara salah.

    Seperti yang dikatakan Freschela Pinus pula, edaran masej yang berunca daripada orang dalaman memang benar. Samaada merea terpujuk untuk mendedahkannya ataupun dibayar untuk melakukannya. Kebanyakan dari mereka ini sudah pasti menyimpan rasa tidak puas hati kepada organisasi sehingga tergamak menganiaya kumpulan sendiri. Inilah akibatnya jika tiada sistem komunikasi yang bagus dalam organisasi, sepatutnya majikan dapat menghidu sebarang ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerjanya agar keutuhan dan kepercayaan dapat dibina dengan yakin, dan rahsia organisasi akan sentiasa selamat melainkan ada orang luar yang teralu bijak membongkar maklumat tersebut dan mencetuskan isu.

    BalasPadam
  6. Salam. Kesan langsung akibat ketirisan maklumat ini sudah tentu akan menjejaskan reputasi dan imej organisasi tersebut serta menjadi bahan bualan masyarakat. Sebagai contoh kes pembunuhan berprofil tinggi baru-baru ini, sudah tentu memberi kesan langsung kepada organisasi mangsa tersebut, masyarakt yang beranggapan bahawa negara kita agak kurang selamat tahap keselamatannya, dan sudah tentu para pelabur juga ragu-ragu untuk melabur di negara ini akbiat kes-kes yang melibatkan pihak-pihak berprofil tinggi.

    BalasPadam
  7. Beberapa penyebab yang menyumbang kepada kecelaruan edaran maklumat sehingga diketahui oleh pihak yang tidak sepatutnya di luar organisasi adalah, 1. sikap tidak amanah pekerja dalam organisasi yang berkenaan; 2. kepintaran pihak wakil media untuk mengumpan pekerja agar membocorkan maklumat kepada mereka; 3. sistem kawalan maklumat yang lemah/longgar sehingga pihak yang tidak sepatutnya boleh mengakses maklumat berkenaan; dan. 4. kepimpinan organisasi yang lemah yang menyebabkan para pekerja di organisasinya boleh bercakap/membincangkan satu-satu krisis secara terbuka sehingga boleh diketahui oleh pihak luar merupakan isu yang hangat dan seharusnya dibincangkan secara serius oleh semua pihak.
    Saya bersetuju kerana ia memberi kesan kepada semua pihak bukan sahaja organisasi dalaman malahan keseluruhannya. Tidak semua berita atau maklumat boleh dikongsi bersama oleh pihak lain. Ini adalah bertujuan untuk menjaga atau mengelak daripada isu-isu yang sensitif timbul di kemudian hari. Oleh itu, sesetengah organisasi terpaksa merahsiakan atau menyulitkan sesuatu maklumat daripada pihak media. Tetapi disebabkan daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri telah mendedahkan maklumat tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah yang sepatutnya dapat dielakkan.
    Ini secara langsung telah mencerminkan kegoyahan organisasi tersebut dari pandangan mata masyarakat dalam dan pelabur asing. Oleh itu, semua pihak harus memberikan kerjasama dan satu hati dalam memelihara keharmonian dan nama baik organisasi masing-masing.

    BalasPadam
  8. Pda pendapat saya, edaran mesej yang tidak terkawal dalam sesebuah organisasi sama ada kepada organisasi itu sendiri atau luar organisasi juga akan memburukkan lagi keadaan krisis yang sedang dihadapi oleh organisasi tersebut. Ini disebabkan mesej yang diedarkan tidak dapat dikenalpasti kebenarannya. jika sesuatu yang buruk telah tersebar mesti akan menjejaskan imej dan reputasi organisasi tersebut mahupun kepercayaan dan keyakinan khalayak terhadap organisasi tersebut. di samping itu, walaupun mungkin pada mulanya, mesej yang berunsur positif disebarkan tetapi apabila luas tersebar bermungkinan besar akan berlaku disinformation pada akhir rantai edaran.

    BalasPadam
  9. Selamat sejahtera.
    Kesan langsung akibat edaran mesej yang tidak terkawal dalam sesebuah organisasi adalah reputasi dan imej terjejas.Reputasi dan imej memainkan peranan yang amat penting dalam perniagaan. Penyebaran mesej yang tidak terkawal akan menurunkan tahap kepercayaan semua pihak yang mempunyai kaitan mahupun secara langsung atau tidak langsung seperti organisasi itu sendiri, khalayak sasar, media, masyarakat umum, pelabur, pekerja dalam organisasi malah juga ketua organisasi itu sendiri.

    BalasPadam
  10. Salam, apabila kita memperkatakan mengenai ketirisan kawalan yang menyebabkan kebocoran maklumat yang tidak sepatutnya, saya teringat kes pembunuhan adik Nurin Jazlin. Entah dimana silapnya gambar2 postmortem beliau telah diedarkan melalui internet. Saya sendiri menerima email berserta attachment gambar2 tersebut, tetapi tidak sanggup utk membukanya. Sedih,marah dan kecewa dgn sikap masyarakat yg tidak tahu membezakan 'apa yg betul dan tidak betul' dlm menyebarkan sesuatu maklumat terutamanya melalui ruangan siber. Perkara ini telah menyebabkan impak yg amat besar terutamanya ia membabitkan pihak keselamatan, yg kita sepatutnya percayai dpt melindungi keselamatan kita.

    Jesteru pihak yg terbabit sepatutnya mengambil iktibar diatas perkara yg berlaku. Kesilapan demi kesilapan yg dilakukan oleh 'org dalam' yg menjadi orang kepercayaan seharusnya menjadi pengajaran kpd pihak yg terbabit, dan mana2 organisasi yg bertanggungjawab dlm menyimpan rahsia dan maklumat sulit, agar ketirisan kawalan dan kebocoran maklumat tidak akan berlaku sekaligus mencemarkan martabat dan maruah sesebuah organisasi terutamanya yg melibatkan pihak berkuasa.

    BalasPadam
  11. saya juga bersetuju dengan pendapat yang lain. Pihak media sama ada media cetak atau elektronik sememangnya menginginkan sebuah cerita yang menarik dan sensasi. Mereka akan sedaya upaya akan mengorek bahan cerita dari sumber yang paling hampir dengan organisasi yang terlibat. Cerita akan menjadi sensasi jika ia datang dari dalam. Namun ketirisan kawalan dan kebocoran maklumat ini akan menyebabkan imej sesuatu organisasi tersebut akan tercalar atau tercemar.

    BalasPadam
  12. Kebiasaannya semua orang menginginkan sebuah cerita yang sensasi dan kontroversi daripada sesuatu kejadian. Jika sesebuah organisasi menghadapi sesuatu masalah atau musibah, ramai yang mahu tahu cerita sebab dan musabab yang sebenar. Kebiasaannya juga pihak media akan sedaya upaya mengorek bahan cerita tersebut daripada orang yang paling hampir dengan organisasi tersebut.
    Namun adakalanya cerita yang tidak sepatutnya dikeluarkan akan terpapar untuk menarik perhatian khalayak agar pihak media mendapat "rating" penonton yang tinggi. Kebocoran maklumat ini akan membawa impak negatif yang besar kepada sesebuah organisasi sekiranya cerita tersebut mejatuhkan imej organisasi.

    BalasPadam
  13. Setiap sebuah organisasi selalunya mengawal atau menjaga imej organisasi mereka daripada tercemar atau jatuh. Tetapi sesetengah organisasi tidak dapat mengelak dan membentras jika ada dikalangan pekerja atau kakitangan yang memberi maklumat atau mesej kepada orang luar tentang organisasi mereka. Selalunya perkara ini berlaku kerana masalah dalam dan kelemahan kepimpinan, pentadbiran organisasi tersebut dimana ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Tidak cintakan dan sayangkan tempat dimana mereka mencari rezeki atau pendapatan. Selain itu juga, kelemahan mesej yang tidak terkawal adalah kerana organisasi tersebut tidak terlalu tegas dari segi peraturan dan dari segi undang-undang. Sebuah organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan pengurus. Jika sebuah organisasi dipimpin dan diterajui oleh seorang pengurus yang bijak dan pintar pasti segala masalah kebocoran mesej atau maklumat tidak akan timbul. Seorang pengurus juga harus la memainkan peranannya dalam organisasi untuk meyakinkan pelabur, pekerja, media dan khalayak bahawa organisasi berjaya agar imej organisasi tersebut dapat meyakinkan media, khalayak dan pelabur. Jika sebuah organisasi dilihat mempunyai masalah dalaman sehingga pekerja atau sebagainya kepercayaan khalayak, dan pelabur pasti jatuh dan mereka tidak yakin bahawa organisasi tersebut Berjaya atau mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada mereka, akbiat mesej yang tidak terkawal akan meyebabkan kejatuhan imej organisasi tersebut dan akan meyebabkan kerugian.

    BalasPadam
  14. Salam kpd pensyarah dan rakan2 yg dikasihi. Saya amat menyukai topik yg sedang kita bincangkan ini. Topik mengenai ketirisan maklumat hingga menyebabkan banyak maklumat yang tidak berkredibiliti 'terkeluar' diruang media massa terutamanya media cetak, amat relevan utk sama2 diperdebatkan pada masa kini. Fungsi utama media sebagai satu saluran utk mendidik khalayak kini berada ditahap yang amat kritikal kerana kredibiliti media kita sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Memburukkan keadaan media kita digunakan utk memanipulasi fakta dan mencetus propaganda politik, sehinggakan wujud fenomena khalayak tidak lagi percaya terhadap paparan media. Sebagai contoh paparan mengenai kes penculikan dan pembunuhan seorang jutawan wanita dan 3 rakannya. Cara media melaporkan kes ini menyebabkan masyarakat mempunyai pelbagai persepsi dan menimbulkan 'kecelaruan maklumat dan fakta' . Persoalannya mengapa media kita masih tidak mahu belajar daripada setiap kes-kes yang terdahulu. Walaupun hanya segelintir pihak yang melakukan perkara ini, namun tempiasnya pasti mengena kpd kesemua pihak yang terlibat dgn media massa.

    BalasPadam
  15. Nama: Julianus @ AzizulRahman bin Moncigil
    No. Matrix: YA 2007-7551
    Tajuk: Berdiskusi dengan persoalan (1)
    Asalammualaikum tuan, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana kerana saya agak terlewat untuk melayari Blogspot tuan, melalui arahan tugasan di dalam bab diskusi tersebut di atas kerana saya telah terlibat dengan tugas penyiasatan Khas di luar daerah, bagi kes-kes terpencil Pasukan Siasatan Jenayah dan Siasatan Pilihan raya kecil di Sandakan Sabah. Dalam pada itu, diskusi soalan pertama ini saya akan diperturunkan seperti berikut : -
    Menurut Syahruddin Ag.Ahmad (2010), akibat daripada kesan edaran mesej yang tidak terkawal itu akan menyebabkan sesebuah organisasi, individu, kumpulan, pelabur atau khalayak sasar menghadapi secara langsung krisis dalaman dalam pelbagai bentuk yang pasti menjejaskan identiti,imej dan reputasi. Kesan-kesan tersbut sudah pasti berjaya mencetuskan suatu gambaran, andaian atau persepsi yang sangat negatif,kerana khalayak umum atau audien tertentu akan membuat pelbagai tafsiran mengikut andaian mereka tersendiri.Kesan buruk tersebut diibaratkan sebagai suatu syndrome penyakit yang yang boleh meranapkan sekalian makhluk, di dalam muka bumi, dan memang pasti ia memerlukan tonik ajaib untuk merawat serta menyembuhkannya dalam kadar segera. Sehubungan itu, diskusi seperti ini amat baik dan sesuai kepada bakal-bakal CEO untuk djadikan sebagai azimat atau modal persediaan awal untuk menjawat sesuatu jawatan yang tinggi di dalam sesuatu organisasi, kerana kredibiliti serta kewibawaan yang unggul itu amat dituntut di dalam mendapatkan suatu pengurusan serta penyelesaian krisis yang tepat dalam masa atau tempoh yang amat singkat. Dalam pada itu, pengurusan serta pengawalan edaran mesej amat penting. Menurut Bee & Bee (2002), MAFIS, pengurusan mesej itu amat penting untuk mengawalnya, agar suatu maklumat tersebut tidak bocor atau jatuh kepada pihak musuh, kerana pihak pesaing atau musuh akan sentiasa mengambil kesempatan setiap inci maklumat kelemahan untuk dieksploitasi dan dimanipulasi demi kepentingan persaingan sebagai dominasi survival yang kompeten, konsisten di dalam era arus globalisasi sejagat.
    Kesimpulannya, edaran mesej yang tidak terkawal itu,perlu ditangani dengan cukup berhemah, teliti dan sistematik mengikut kaedah yang dirancang dengan struktur agenda setting yang mantap, sesuai, dan tepat untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan demi membina atau menonjolkan keunggulan identity, imej dan reputasi sesuatu organisasi
    yang menyerlah secara kekal dan berterusan tanpa sebarang permasalahan.



    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  16. Salam sejahtera. Bagi pendapat saya,kesan langsung yang boleh disebabkan edaran mesej yang tidak terkawal adalah ia akan memberi 'impression' yang buruk/ negatif terhadap organisasi itu sendiri kerana beranggapan 'top management' organisasi itu tidak mempunyai pengetahuan tentang tataraca pengurusan sesebuah isu samada sulit/ tidak sulit/(terhad/teperingkat/rahsia/rahsia besar). Secara tidak langsung, ia juga menggambarkan keperibadian dan kekredibiliti ketua organisasi tersebut kerana tidak mampu mengawal edaran mesej dalam organisasinya. Masyarakat umum, pelabur dan pekerja pula akan hilang keyakinan terhadap sesebuah organisasi. Sudah tentu media akan mengambil kesempatan dalam kesempitan dalam pengedaran mesej yang tidak terkawal dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana media memang lebih suka untuk mengupas isu sensasi yang mampu menaikkan rating pembaca seperti yang telah diperkatakan oleh Zaza.

    BalasPadam