Pages

Selasa, 5 Oktober 2010

[AK30903] Kuliah 8

Penataan maklumat yang baik dalam satu-satu iklan amat penting dalam memastikan mesej berkaitan satu-satu produk atau perkhidmatan dapat disampaikan sekaligus difahami oleh audien. Pelbagai aspek diambilkira untuk menentukan wujud daya tarikan pada satu-satu set iklan khusus bagi menambat minat setiap individu atau kumpulan audien terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Usaha merealisasikan pembikinan satu-satu set iklan yang berdaya saing, mampu menimbulkan minat seterusnya mendorong pembelian oleh pengguna dimulai dengan penulisan kapi iklan. Kapi iklan yang baik terhasil daripada gabungan elemen-elemen seperti idea yang kreatif, pemilihan konsep malah juga tema yang sesuai dengan produk atau perkhidmatan yang diiklankan.

Fikirkan...cara seseorang pengiklan menghasilkan iklan jenis direct response di akhbar .
dan empat (4) kaedah memaparkan iklan dalam akhbar.

37 ulasan:

  1. salam. seperti yang telah di bincangkan di dalam kelas, terdapat empat kaedah yang boleh digunakan dalam menghasilkan ikln direct response
    1) mencipta satu tagline yang mempunyai kelainana dari tagline yang sedia ada.

    2) mempunyai sifat pemujukan yang bersifat suprise.

    3) menggunakan warna yang menarik seperti terang, garang, dan mudah dilihat. warna memainkan peranan dalm menarik perhatian orang ramai.

    4) memberi maklumat yang mudah di hubungi seperti no. telefon. lokasi, dan alamat. publik biasanya akan mencari produk yang mudah ditemui.

    BalasPadam
  2. manakala klan di akhbar pula berbeza:
    1) kapi iklan harus mempunyai kretiviti tersendiri selagi ia tidak melanggar etika iklan.

    2) pemilihan ruang akhbar. ia bergantung kepada pengiklan kerana setiap muka surat akhbar mempunyai nilai yang berbeza. muka depan mempunyai nilai yang paling tinggi.

    3) dummy perlu dihantar sebelum ia diluluskan kerana ia perlu disemak untuk tujuan kedudukan iklan, saiz font dan warna yang akan digunakan

    4)percetakan yang bakal dilakukan bergantung kepada pengiklan kerana kedudukan dan kekerapan iklan disiarkan adalah berdasarkan permintaan pengiklan

    BalasPadam
  3. saya ingin menambah sedikit maklumat yang saya dapat dari buku advertising and promotion : an integrated marketing communications perspective. iaitu terdapat beberapa jenis iklan di surat khabar:
    1) display advertising
    2) classified advertising
    3) special Ads and inserts

    penjelasan lebih lanjut boleh la baca buku advertising and promotion : an integrated marketing communications perspective. yang ditulis oleg belch n belch

    BalasPadam
  4. salam mesra dan salam perpaduan.saya ingin mengemukakan pendapat mengenai soalan tersebut.apa yang dapat saya faham mengenai iklan direct response adalah seseorang pemasar atau individu yang memasarkan produk atau perkhidmatan melalui broadcast media di mana pelanggan boleh berkomunikasi atau menghubungi secara terus dan langsung kepada pemasar sekirannya mereka berminat dengan khidmat yang ditawarkan.

    BalasPadam
  5. Salam 1 Malaysia...

    Seperti yang terdapat dalam nota kuliah 8 yang diberikan di dalam kelas, terdapat empat kaedah bagi menghasilkan iklan direct response dan saya akan memfokuskan pada iklan di akhbar. Empat kaedah menghasilkan iklan direct response itu ialah ;

    1)menggunakan tagline yang berlainan daripada
    tagline yang pernah digunakan oleh iklan lain
    sebelum ini. Contohnya 'jualan gudang', 'harga
    terbakar' dan 'penghabisan stok' akan menarik
    minat pengguna untuk melihat iklan terbabit.

    2)iklan mengandungi mesej pembujukan untuk
    menarik minat pengguna seperti menggunakan
    kata-kata yang memuji dan bersifat mengejut.
    Contohnya, 'anda bijak', 'anda pengguna
    terpilih', 'anda bertuah' untuk mencairkan
    hati pengguna.

    3)menggunakan warna yang garang, terang dan
    boleh menarik minat pembaca. Kalau boleh, dari
    jauh pun iklan itu sudah boleh dilihat:-)...
    Gunakan warna seperti merah, oren, dan warna-
    warna fluorescent. Selain itu juga gunakan
    saiz dan bentuk font yang besar dan menarik,
    elakkan menggunkan font yang berbunga-bunga
    dan sukar dibaca.

    4)senaraikan maklumat pengiklan seperti nombor
    telefon, alamat, email, peta lokasi bagi
    memudahkan pengguna menjejaki pengiklan dan
    mendapatkan produk atau servis yang diiklankan.

    BalasPadam
  6. Bagi soalan yang kedua iaitu kaedah memaparkan iklan dalam akhbar ialah:

    1)Kapi iklan hendaklah ditulis dangan kreatif,
    gunakan perkataan yang menarik (power word),
    konsep, tema, warna yang lebih menarik
    berbanding iklan-iklan lain yang terdapat di
    pasaran.

    2)Pembelian ruang dalam akhbar.Pemilihan ruang
    yang strategik mambantu menarik perhatian
    pengguna terhadap iklan yang dipaparkan
    terutamanya di muka surat hadapan. Namun,
    semua itu bergantung kepada bajet sesebuat
    syarikat pengeluar kerana ruang iklan yang
    strategik tentulan menelan kos yang lebih
    mahal berbanding ruang lain.

    3)penghantaran dummy (draf semakan). ianya
    bertujuan untuk memastikan tiada kesalahan
    ejaan, jenis warna,font dan saiz menepati
    spesifikasi akhbar yang ingin digunakan.
    Selain itu juga, dummy bertujuan untuk
    mengelakkan iklan yang akn dikeluarkan
    melanggar etika-etika periklanan.

    4)Kerja-kerja percetakan. Iklan yang telah siap
    akan dicetak pada mukasurat yang dikehendaki
    dan mengikut jadual cetak yang telah diminta
    oleh syarikat pengeluar.

    BalasPadam
  7. Salam 1 Malaysia.
    Cara seseorang pengiklan menghasilkan iklan jenis direct response di akhbar:
    1.) Membentuk dan mencipta tagline
    -menggunakan teknik "bold", pemilihan huruf yang sesuai
    -ringkas dan pendek (khalayak kurang berminat terhadap iklan yang mempunyai tagline yang terlalu panjang)

    2.)Memasukkan kandungan pembujukan yang bersifat relevan dengan kehidupan pengguna seperti "cara menjadi kurus dalam seminggu"

    3.)Penggunaan warna
    - Warna korporat: Membolehkan pengguna terfikir kepada produk apabila ontoh: kuning = digi

    4.) Menampilkan informasi berkenaan 4P
    -place= tempat di mana khalayak dapat membeli produk. contoh: alamat, nombor telefon
    -produk= sedikit penjelasan mengenai produk.contoh: dijamin halal
    -price= harga yang ditawarkan
    -promotion= sebab utama iklan dibentukkan. contoh: tawaran hebat penghabisan stok

    BalasPadam
  8. Salam 1 Malaysia
    Empat (4) kaedah memaparkan iklan dalam akhbar adalah seperti berikut:
    1.)Penghasilan kapi iklan
    -penggunaan strategi kreaktif iaitu konsep, tema, slogan, gambarfoto

    2.)Pemilihan akhbar dan pembelian ruang dalam akhbar
    -Jenis akhbar dipilih berpandukan kepada khalayak sasaran. contoh:the borneo post=penduduk tempatan, new straits times=rakyat Malaysia (lebih bersifat antarabangsa)
    - pembelian ruang berpandukan kepada bajet

    3.)Penghantaran dummy untuk semakan sebelum dicetak supaya tiada kesilapan yang tidak diingin dilakukan dalam pencetakan

    4.)Mencetak iklan
    -kekerapan berpandukan masa promosi dan bajet pengeluar

    BalasPadam
  9. salam.. saya pula ingin mengupas sedikit mengenai apa yang dikatakan Freschela dalam point beliau iaitu "kapi iklan harus mempunyai kretiviti tersendiri selagi ia tidak melanggar etika iklan"

    pada pendapat saya, kreativiti adalah satu kemestian dan inilah yang akan menentukan kejayaan ataupun ketersampaian iklan tersebut. seseorang pengiklan perlu kreatif dalam menghasilkan iklan tanpa melanggar garis paduan iaitu etika periklanan.

    iklan yang baik adalah iklan yang jelas masejnya, tetapi juga disampaikan dengan cara yang paling kreatif sehingga ia mudah diingati audience yang menonton atau membaca.

    walaupun pemaparan iklan dalam akhbar tertakhluk kepada kemampuan dan keperluan, namun seseorang pengiklan yang kreatif mampu menterjemahkan iklan kepada audience walaupun hanya mengunakan ruangan yang kecil dalam akhbar tersebut.

    BalasPadam
  10. Selamat petang .. Saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudari freschela itu. Seseorang pengiklan dapat menghasilkan iklan jenis direct response di akhbar dengan cara :
    1. Mendapat perhatian melalui rekaletak, saiz iklan, lokasi, dan masa dalam akhbar.

    2. Iklan dalam akhbar itu dapat merangsang minat dengan menyentuh emosi, keinginan, dan keperluan pembaca ketika melihat sesuatu produk yang diiklankan.

    3. Keinginan pembaca dapat dihasilakn dengan menawarkan penyelesaian [sesuatu yang diinginkan] untuk emosi, masalah, atau keperluan.

    4. Mendapatkan tindakan dengan membuat penyelesaian yang diperlukan sehingga pembaca mampu dan memperolehi produk dengan mudah.

    BalasPadam
  11. Saya ingin memberi contoh iklan makanan dalam iklan direct response di akhbar. Iklan ini mencapai tahap komunikasi dan memotivasi pembaca untuk mengenali masalah kelaparan dengan mengajukan beberapa ransangan soalan. Iklan tersebut mendapat perhatian visual hanya dengan menggunakan font (ayat ) khusus. Ia mendapat perhatian, mengenalpasti masalah [merangsang minat], mencipta keinginan, dan tindakan pembaca. Perhatikan bahawa iklan akhbar tersebut tidak meminta pembaca untuk mencuba produk dan hanya ingin memberitahu pembaca untuk mencubanya. Jikalau pembaca benar-benar lapar, iklan ini boleh merangsang reaksi fizikal dalam perut dan di mulut mereka. Selain itu, ia menggunakan warna yang tepat dalam iklan sehingga meningkatkan reaksi fizikal. Dengan itu, sebuah foto penuh dengan pelbagai warna produk di akhbar boleh membuat perut pembaca menggerutu. Sekirannya mereka berminat dengan khidmat yang ditawarkan itu, mereka boleh membeli produk tersebut secara terus berdasarkan kepada maklumat iklan makanan itu.

    BalasPadam
  12. Good evening …Direct response advertising is used when you want to prompt an immediate response from potential customers. In other words, you want them to make an on-the-spot decision to purchase your product or service directly from you and not through a retailer or dealer. Newspapers aren’t particularly effective venues for direct response advertisers. Very few of these ads would gross enough to cover the advertising costs if rate card prices were paid. Some direct response advertisers who chose the newspaper medium purchase ad space at remnant prices, when the publication has odd ad spaces to fill in at the last moment. Still others negotiate deals to buy ads at further reduced rates when the publication can’t even find advertisers to place at remnant rates.

    BalasPadam
  13. cara seseorang pengiklan menghasilkan iklan jenis direct response di akhbar

    1)mudah difahami
    Untuk brand baru iklan direct response memerlukan penyampaian yang mudah difahami dengan sekali lihat sahaja. iklan tidak perlu sarat dengan pelbagai input memadai dengan input mengenai jenama produk dan butir-butir pengeluar produk sahaja.

    2) kebolehan membujuk
    Iklan yang membujuk mampu menggerakkan pengguna untuk mendekatkan diri dengan jenama dan tertarik untuk mencubanya. kebolehan mempengaruhi sebuah iklan harus diarahkan pada jenama produk. tujuannya adalah agar pengguna tertarik pada jenama produk supaya kesetiaan terhadap sesuatu jenama dapat dikekalkan.

    3) menghiburkan
    pembuat iklan harus kreatif. mesej yang disampaikan dalam iklan mesti sampai kepada pengguna sasaran mereka.Iklan yang baik akan diingati pengguna.ini akan memudahkan pengguna mengenalpasti produk tersebut di pasaran.Iklan yang mempunyai sifat menghibur mampu memainkan emosi pengguna terhadap jenama yang diiklankan.

    4) Relevan
    Iklan yang baik harus menggunakan berbagai gaya berbahasa: asosiasi, analogi, hiperbola, metafora, dan lain-lain. Iklan harus relevan dgn brand, baik brand positioning, mahupun brand personality.

    5) boleh diterima
    Unsur penerimaan sangat berkaitan dengan budaya yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat. Membandingkan secara langsung produk pesaing dengan produk yang kita iklankan, tidak mudah diterima oleh semua lapisan masyarakat. Begitu juga dengan iklan yang menampilkan kekerasan.
    Iklan yang baik, adalah iklan yang dapat diterima oleh masyarakat, sesuai dengan nilai budaya setempat.

    BalasPadam
  14. Selamat Pagi & Assalamualaikum....

    Empat langkah yang perlu diambil kira didalam menghasilkan iklan direct response ialah:

    1) penggunaan tagline bagi memberikan kelainan didalam iklan tersebut, bagi memudahkan khalayak sasar tertarik dan dapat mengingati iklan yang dipaparkan.

    2) Iklan tersebut juga haruslah mempunyai elemen pembujukan yang bersifat mengejut dengan menggunakan kata, frasa, ayat dan teks yang boleh menyebabkan audiens berfikir seketika dan menilai mesej pembujukan yang cuba disampaikan kepada mereka. Contohnya seperti WOW!!, LEBIH NILAI UNTUK WANG ANDA!, TERHAD UNTUK 200 PELANGGAN PERTAMA SAHAJA dan sebagainya...

    3) Gunakan warna yang terang dan jelas yang mana mampu menarik perhatian khalayak sasar. Penggunaan saiz tulisan juga perlu diambil kira, terutamanya bagi pemaparan tagline tersebut.

    4)Senaraikan juga arahan dan tindakan ynag perlu dilakukan oleh pengguna yang berminat terhadap iklan yang di paparkan dengan menyediakan maklumat seperti lokasi, no telefon dan alamat.

    BalasPadam
  15. empat kaedah memaparkan iklan dalam akhbar.

    1) Penempatan sesebuah iklan di sebelah kiri atau kanan muka akhbar.iklan yang ditempatkan pada muka kanan akhbar secara umumnya lebih menarik perhatian pembaca terutama dalam akhbar bersaiz tabloid.

    2) ciri-ciri iklan iaitu kedudukan iklan, bahagian dalam sesebuah akhbar, kreativiti, warna dan saiz iklan

    3) lebih besar sesebuah iklan maka lebih baik kesannya. Ini kerana iklan yang lebih besar bukan sahaja lebih menarik perhatian pembaca tetapi juga meningkatkan pemerhatian pembaca kepada jenama yang diiklankan. Iklan yang lebih besar juga meningkatkan peluang pembaca untuk meneliti iklan tersebut dan menerima mesejnya

    4) kreativiti media turut mempengaruhi keberkesanan sesebuah iklan akhbar. Sebagai contoh, iklan sandwic iaitu iklan yang dimuatkan di tengah-tengah muka akhbar, dengan diapit oleh rencana atau berita, boleh menjana pemerhatian terhadap iklan

    BalasPadam
  16. Salam 1 Malaysia...

    Empat kaedah yang perlu dilakukan bagi menghasilkan iklan melalui akhbar...

    1) Penulisan kapi iklan, yang mengikut kreativiti dan sebaik-baiknya menggunakan iklan jenis direct response. Gunakan juga ayat ataupun tagline yang bersesuaian, mempunyai konsep dan tema iklan yang menarik, paparkan tawaran yang ingin diberikan kepada pelanggan dan juga tawaran yang lebih baik berbanding produk lain yang sama jenis yang terdapat dipasaran.

    2) Pembelian ruangan iklan didalam suratkhabar, samaada ruangan depan, tengah dan belakang ataupun mana-mana tempat didalam surat khabar tersebut. Ini bergantung kepada bajet periklanan sesebuah syarikat pengeluar produk tersebut.

    3) Penghantaran dummy (draf utk semakan). Semakan dilakukan terhadap penggunaan jenis warna, jenis dan saiz font, kedudukan gambar, ejaan dan kedududkan iklan dalam suratkhabar.

    4) Kerjaa-kerja percetakan, iklan dicetak pada kedudukan muka surat yang dikehendaki oleh pengiklan mengikut ulangan cetak (jadual cetakan perlu dipatuhi jika iklan dicetak terus-menerus dalam satu jangkawaktu tertentu).

    BalasPadam
  17. Good afternoon!
    There are several creative tactics use by advertiser when create a print advertising. Advertisers apply four basic components, which are the headline, the body copy, the visual or illustrations, in order to make their advertisement are interesting.
    Firstly, the headlines are the words in the leading position of the advertisement, which is usually in the bold font. Audience will attracted to read the headlines before go beyond to the following part of advertisement. The headlines can be divided into two categories, direct and indirect. Direct headlines are straightforward and audience can get the message without any words guessing. On the other hand, indirect headlines are more creative whereby audience needs to think or read the whole advertisement to get the answer.
    Secondly, the body copy is where audience gets all the information about the product such as product feature and benefit. It is the main challenge for advertiser to gain audiences’ interest to read the body copy. The length of body copy cannot be too long, whereas the audience will easily get bored or they will just skip the part. There are various types of creative appeals can be used to attract audience – comparisons, price appeals, demonstrations, humor, dramatizations and the like.
    Thirdly, the visual element – illustration, it make the advertisement more attractive. People usually prefer to look at the picture or an image than reading the words. But not every advertisement comes together with the visual element because advertiser is limited to the budget. Colours play the important role in the visual element.
    Lastly, the layout – physical arrangement of the headlines, body copy and visual element – is also an important component in creating the advertisements. The size of the layout is depending on the budget of advertiser.

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum dan salam 1 malaysia..
    lazimnya,empat kaedah yang acapkali digunakan dalam dalam menghasilkan set iklan direct respon ialah dengan cara menunjukkan kelainan pada tag line yang sebelum ini biasanya digunakan sebagai contohnya," beli satu percuma satu". selain itu, kaedah pembujukan yang bersifat mengejut seperti "anda pelanggan yang ke 100 dan layak menerima ganjaran". seterusnya ialah penggunaan warna yang garang dan saiz font yang besar. Sebagai contohnya, Iklan maxis dan digi yang menggunakan warna merah dan kuning sebagai background dalam mengiklankan perkhidmatan mereka sering mendapat perhatian audien. Maklumat-maklumat berkaitan perlu disertakan agar memudahkan audien menghubungi jika berminat dengan sesuatu tawaran.

    Dalam menghasilkan Iklan di Akhbar pula,terdapat empat kaedah yang digunakan iaitu penulisan kapi iklan mengikut kreativiti dengan menggunakan iklan jenis direct respon. kaedah yang kedua iaitu pembelian ruang dalam akhbar, biasanya penggunaan satu muka surat penuh akhbar yang mempunyai layout berwarna terang akan dapat menarik perhatian audien. Disamping itu, penghantaran Dummy atau draf untuk semakan penting agar tidak berlaku kesilapan dalam suatu periklanan. Semasa kerja-kerja percetakan perlu dipastikan iklan dicetak pada kedudukan muka surat yang dikehendaki oleh pengiklan mengikut ulangan cetak.

    BalasPadam
  19. Good evening.
    I am agreeing with BA081100170, which mentioned about the newspaper is not the most suitable medium for direct-response advertising due to the cost. More often than not, we can find the direct-response ads in the form of sticker or name card, which pasted on the public telephone and bus stop. For illustration, we can see the direct-response ads which sound like “car for rent” and “master-room for rent” on the bulletin board at the campus bus stop. It is easy to recognize the direct-response ads. It always come with the tagline, short persuasive message, and contact number.

    BalasPadam
  20. Generally, there are four ways to produce direct response advertisement in the newspapers as we discussed in the class before which are:
    1) Tagline- Tagline which is different from the usual one. (Something that can attract people attention-‘ mega sales’ or ‘clean-stock sales’ is better than ‘sales’ ).
    2) Content- Persuasive content that will surprise people. (‘free’ , ‘u are lucky’)
    3) Colour & front size- The sharp/bright colour (yellow or red….) and bigger front size.
    4) Information- The information/ order to the consumer in turn to take their action on our offer. (It always includes the info like venue, telephone number, date, events……)

    Among 4 aspest above- tagline, content, colour and front size as well as the information which is the most important aspect that can attract audiences since the audiences are bombarded by the countless ads every day?

    BalasPadam
  21. As my opinion, colour and front sizes is the most important aspect followed by tagline, content and information. For an instance, the advertisement of Airasia with red background with white front very effective in attracting audiences’ attention as well as remind them about the brand-Airsia since red and white is the symbol colour of the company. However, other aspect also should be pay attention to create the audiences’ interest especially the tagline. Tagline of Airasia-‘Now everyone can fly’ is a good example as it is short and attractive.

    BalasPadam
  22. I agree with BA08110170 that questioning the audiences really a creative way to attract their attention. Question always leads people to think. Comparing with we just mention on what we going to offer the consumer, it is a better ways if we ‘create’ consumers’ need and interest by questioning them. Besides, the info also play the important role when one is interest and hope to get the product/services as well as asking for further information.

    BalasPadam
  23. Terdapat empat langkah yang penting untuk menghasilkan iklan di akbar seperti apa yang kita belajar dalam kuliah 8:

    1) Menulis kapi Iklan mengikuti kreativiti.
    Misalnya, menggunakan iklan jenis response yang dibincang sebelumnya.
    menggunakan perkataan-perkataan berkuasa, atau tema dan konsep yang menarik supaya dapat menonjolkan iklan bagi produk/services yang sama dalam pasaran. ‘Now everyone can fly’ bagi iklan Airasia merupakan salah satu iklan yang berkesan.

    2) Pembelian ruang dalam akhbar- muka depan/tengah/belakang
    pada pendapat saya, muka depan dan belakang selalunya lebih menarik perhatian pembaca tetapi keputusan pembelian ruang biasanya berpandukan bajet pengiklanan bagi syarikat pengeluar produk.

    3) Penghantaran draf untuk semakan (dummy)
    Semakan yang dilakukan ke atas jenis warna, jenis font, ejaan. kedudukan gambar serta kedudukan iklan dalam mukasurat. kesemua aspek ini perlu disemak sebelum iklan dipaparkan supaya dapat menarik perhatian pembaca serta memastikan informasi jelas disampaikan. kesalahan pada ejaan mungkin akan menggelirukan pembaca.

    4) Kerja-kerja percetakan
    memastikan iklan dicetak pada kedudukan mukasurat yang dikehendaki oleh pengiklan mengikuti ulangan cetak

    BalasPadam
  24. Referring to BA08110170 and HuiKeet Tan talk about using “question” to create audiences’ attraction, I think that “fear” factor will be the other way to gain their attention as well. “Fear” factor always used in ads to create awareness and interest of audience to read and know more about it. For example, during the crisis of SARS, Dettol Company use this factor in the ads because advertiser noticed that people are worrying about their health and safety.

    BalasPadam
  25. Saya juga bersetuju dengan S.H.Hong dimana pemilihan akhbar juga merupakan salah satu aspek yang agak penting sebelum pembelian ruang dalam akhbar. pengiklan harus memahami atau memastikan target audiences yang hendak ditujui lalu memilih jenis akhbar yang sesuai. Misalnya, kaum dan bahasa- kaum cina lebih cenderung membaca akhbar bahasa mandarin.

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum
    Saya setuju dengan pendapat saudari Badariah yang mengatakan kreativiti adalah satu kemestian. Bagi saya, kreativiti adalah salah satu platform yang menjadikan sebuah iklan itu bertambah menarik untuk dilihat dan menarik perhatian pembeli. Namun, kretiviti itu haruslah tidak melampaui batas-batas etika sehingga boleh menimbulkan kontroversi. Setiap individu mempunyai kreativiti yang berbeza-beza, tetapi mereka haruslah memastikan para pembeli memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengiklan. Hal ini tidak akan menimbulkan kekeliruan dan ketidakfahaman pembeli terhadap iklan yang disampaikan.

    BalasPadam
  27. Salam. Lihat saja iklan perencah nasi goreng di televisyen sungguh memberi direct respon kepada publik. Bait-bait lirik lagu nasi goreng sehingga kini masih dalam ingatan saya. Iklan sebegini menarik minat khususnya kepada kaum wanita, suri rumah dan sesiapa sahaja. .."hei nasi goreng....hei sungguh lazat...sungguh sedap...sungguh enak...dengan perencah adabi".

    BalasPadam
  28. Seperti yang telah ramai kawan-kawan saya utarakan mengenai kaedah memaparkan iklan di akhbar, sememangya akhbar medium penting bagi sesebuah iklan. Mesej dan hebahan boleh disampaikan kepada publik.

    BalasPadam
  29. salam..
    sudah lama saya tidak menghantar sebarang post. mintak maaf ya en. shah. dan kwn2..(semoga ia tidak mempengaruhi markah)..hehe...=)

    hasil dari prkongsian yg diberikan oleh rakan2 di atas, saya telah memperolehi pelbagai input yg menarik dan berguna. saya bersetuju dengan pndangan Badariah dan lain2 tntang kepentingan kreativiti dalam penghasilan sesuatu iklan terutama dalam iklan berbentuk direct respon. Ia memerlukan satu kekreatifan bagi menarik perhatian audiens dan ia turut penting bagi mengelakkan iklan yg dihasilkan dianggap sebagai mmbosankan @ sebagai idea yang lapuk..

    terima kasih!

    BalasPadam
  30. salam sejahtera...
    tujuan iklan pada dasarnya adalah untuk menarik minat pengguna agar membeli produk keluaran sesebuah syarikat. namun demikian, kadang-kadang terdapat iklan-iklan yang tidak sampai mesej utama nya kepada pengguna. hal ini adalah kerana, iklan yang dibina tidak mempunyai kaitan langsung dengan produk.

    terdapat beberapa cara atau kaedah dalam menghasilkan iklan:
    1) tagline yang menarik.
    - audien biasanya mudah mengingati sesuatu produk berdasarkan kepada tagline yang digunakan. contohnya tagline bagi KFC "it's finger liking good". iklan ini telah berjaya menarik perhatian ramai pengguna dan menyebabkan ianya digunakan oleh pengguna setiap kali merujuk kepada KFC.

    2) jingle yang menarik.
    - McD semestinya salah satu daripada syarikat fast food yang mempunyai jingle yang menarik " i'm loving it". mudah dan senang di ingat.

    3) iklan seharusnya menggunakan bahasa yang mudah difahami. selalunya iklan yang menggunakan kaedah tekstual ini adalah iklan yang terdapat di ruangan akhbar misalannya. ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna memahami maksud sebenar iklan berkenaan. dan elakkan daripada menggunakan perkataan yang bombastik.

    4) ton warna yang menarik.
    -selalunya audien mudah tertarik dengan warna2 terang dan ceria seperti kuning dan merah. warna-warna ini kebanyakkannya dipilih oleh syarikat2 produk bertujuan untuk memukau perhatian pengguna.

    BalasPadam
  31. Selamat sejahtera. Pengaplikasian kesemua elemenelemen kreatif seperti warna, tagline, simbol dan slogan adalah berkeupayaan untuk membangkitkan reaksi emosional dalam kalangan khalayak sasaran. Pengiklan akan memilih jenis warna, simbol dan lain-lain elemen kreatif mengikut kepada kesesuaian segmentasi khalayak dan permintaan pengeluar. Penggunaan elemen kreatif yang berjaya akan dapat menarik perhatian ( awareness, serta minat (interest) dan mencungkilkan keinginan (desire) khalayak sasaran supaya bertindak (action) untuk mencuba/membeli produk/perkhidmatan yang disiarkan dalam iklan.

    BalasPadam
  32. Direct response advertising is written to get attention, interest, desire, and action immediately. A strategy to succeed with direct respond newspaper advertising :

    1) appear in the same place in the newspaper at least weekly for an indefinite period
    2) create professional advertisements using professional marketing techniques.
    3) Stimulates interest by touching on human emotions, desires, and needs.
    4) Gets action by making the solution highly desirable yet affordable and easy.
    5) Gets attention through design, ad size, placement, and timing.

    BalasPadam
  33. here i want to share a Direct Response Advertising Example:

    “Hungry? Try Our .99 Double Cheeseburger”

    This ad achieves one-on-one communication, and it motivates the reader to recognize a problem [hunger] by asking a stimulating question.

    “Hungry?” [“Yes”, the reader replies, “That’s me.”] The ad then offers an immediate, highly desirable solution. “Try Our .99 Double Cheeseburger” [problem, solution, value, desire, satisfaction.]

    The ad gets visual attention simply by using special fonts. It gets attention, identifies a problem [stimulates interest], creates desire, and demands immediate action.

    Notice that this newspaper advertising does not ask the reader to try the product - it tells the reader to try it. And if the reader is actually hungry, this ad can stimulate a physical reaction in their stomach and in their mouth. Using the right colors in the ad will increase this physical reaction. A full color photo of the product could make your stomach grumble.

    This deceptively simple newspaper advertising works. It is written to get a response, and it does.

    source: http://www.myprofessionaladvertising.com/Newspaper%20Advertising1.htm

    BalasPadam
  34. Salam.....

    To put it simply, a direct response ad is one which is designed to lead to a sale. Effective direct response advertisements can take on many forms; the common thread running through all good ads of this sort is that they make sales, plain and simple. Direct response marketing may take many forms, from short-form advertising copy (such as print ads, contextual PPC advertising, radio spots, TV commercials and the like)....

    This is how to create ads in newspapers.
    1) thinking out the title for the ads
    2) Provide a complete description of your item
    3) include pictures.
    4) include your adress and telephone number in the listings description.

    BalasPadam
  35. Salam dan selamat pagi, Cara untuk menghasilkan Iklan direct response di akhbar ialah:

    1.Penulisan kapi iklan mengikut kreativiti
    Mengunakan perkatan yang power dan tema yang menarik disertakan dengan tawaran-tawaran yang hebat berbanding produck/perkhidmatan yang sama contohnya, iklan DIGI yang mengunakan perkataan yang hebat hingga mampu menarik perhatian pembaca

    2. pembelian ruang akhbar, di bahagian hadapan,tengah, belakang bahagian yang selalu dilihat oleh pembaca.
    Setiap bahagian di dalam akhbar yang mempunyai kos yang berlainan dan ini mengikut kemampuan pihak pengiklan untuk memilih bahagian mana yang sesuai untuk memaparkan iklan mereka

    3. penghantaran dummy ( draf untuk semakan )
    Semakan dilakukan ke atas jenis warna jenis font, saiz font kedudukan gambar ejaan dan kedudukan iklan dalam mukasurat

    4. kerja-kerja percetakan
    Iklan dicetak pada kedudukan mukasurat yang dikehendaki oleh pengiklan mengikut ulangan cetak (jadualan cetakan perlu dipatuhi jika iklan drcetak terus-menerus dalam satu jangkawaktu

    Terdapat empat langkah dalam menghasilkan satu-satu set iklan direct response

    1 tunjukan kelainan pada tagline dengan penyusunan kata frasa dan ayat mengikut keperluan tema dan konsep iklan. Permilihan kata-kata dan frasa yang berkuasa power word untuk menarik perhatian pelanggan, contohnya JUALAN MEGA, SALE

    2 terdapat unsur pembujukan yang mengejut contohnya ANDA BERTUAH

    3. gunakan warna yang garang dan font yang lebih besar. Contohnya warna merah, kuning

    4. senaraikan arahan anda dimana anda mahu pelanggan memberi respon terhadap iklan anda. Contohnya menyertakan dengan nombor telefon dan alamat.

    BalasPadam
  36. salam, to generate direct response advertising is a 4 element is 1. show abnormalities in the tagline. gunaka powerful words to attract customers. 2, the content of the ads that have the element of surprise. 3, using vivid colors, light and use a large font. 4 list the number or address for client products and services to provide a response to the advertisement

    BalasPadam
  37. Empat (4) kaedah memaparkan iklan dalam akhbar adalah seperti berikut:

    1.)Penghasilan kapi iklan
    - idea kreaktif seperti konsep, tema, slogan, gambarfoto, tagline yang menarik.

    2.)Pemilihan akhbar dan pembelian ruang dalam akhbar
    -Jenis akhbar dipilih berpandukan kepada khalayak sasaran. contoh:the borneo post=penduduk tempatan, new straits times=rakyat Malaysia (lebih bersifat antarabangsa)
    - pembelian ruang berpandukan kepada bajet

    3.)Penghantaran dummy untuk semakan sebelum dicetak supaya tiada kesilapan yang tidak diingin dilakukan dalam pencetakan

    4.)Mencetak iklan

    -kekerapan berpandukan masa promosi bergantung kepada peruntukan yang diberi

    BalasPadam