Selamat Hari Lebaran,
Sepuluh jari disusun tanda memohon kemaafan atas tutur kata dan tingkah yang menyinggung rasa, semoga kita mendapat keberkatan daripada kemuliaan Ramadhan dan cahaya Aidilfitri. Saya mengambil kesempatan menerusi blog ini untuk berpesan kepada diri saya dan sekalian pelajar yang saya ingati: berjimat dalam perbelanjaan membawa berkat; berhemat dalam pemanduan membawa selamat; bersepakat dalam kebaikan membawa muafakat; beringat dalam kesenangan mahu pun kesusahan membawa maslahat. Mudah-mudahan setiap apa yang kita kerjakan semasa musim perayaan ini memberi kesan baik kepada setiap insan yang ada di sekeliling kita...AMIN
Syah
Roshaslindah Bte Abd Rashid.
BalasPadamAssalamualaikum..
Selamat hari lebaran juga buat En Syah dan keluarga. Mohon ampun dan maaf juga andai ada salah dan silap.... :)
assalamualaikum..
BalasPadamselamat hari raya juga untuk En.Syah dan keluarga.Mohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata dan perbuatan yang tak disengajakan..
Assalammualaikum...
BalasPadamSalam lebaran buat En. Syah dan keluarga... Walaupun sesingkat mana perkenalan, kita masih tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Untuk itu, dengan rendah hati, saya memohon kemaafan atas segala keterlanjuran kata mahupun tingkah laku yang menyinggung hati En. Syah selaku pensyarah kami. Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna kepada kita semua. Amin.
Selamat menyambut hari raya buat En.Syah dan keluarga. Maafkan sekiranya terdapat salah dan silap..May God Blessed all of u..
BalasPadamSelamat hari raya aldifitri kepada en.syah dan rakan-rakan sekalian^^
BalasPadamSelamat Hari Raya buat En. Syah dan Keluarga. Mohon Maaf atas segala salah dan silap yang pernah kami(pelajar) lakukan. Halalkan dan berkati ilmu yang En. Syah tunjuk ajar pada kami =D
BalasPadamsalam aidilfitri buat en. shah dan semua kengkawan...
BalasPadamdlm kemeriahan menyambut raya,jan lupa insan yg tidak berkemampuan dan kurang bernasib baik diluar sna...doakan saudara sesama muslim yg berada dalam kesusahan dan pnderitaan....
jan lupa assignment dan tesis kita r....hehe..
(^,-)v
MULIANA MENGUCAPKAN..........
BalasPadamSELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA BUAT EN. SYAH DAN KELUARGA SEMOGA APA YANG DIHARI YANG MULIA INI KITA DAPAT MENGERATKAN TALI PERSAUDARAAN YANG SEDIA TERJALIN DAN SESAMA INSAN.JANGAN DILUPA PADA YANG ORANG YANGAA BERKEMAMPUAN BANTULAH MEREKA. KERANA MEREKA AMAT MEMERLUKAN.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada En Syah dan rakan-rakan.. Mohon keampunan sekiranya sda terkasar bahasa dan salah silap yang dilakukan..
BalasPadamSELAMAT HARI RAYA!