Pengiklan cenderung 'menggunakan' wanita dan kanak-kanak dalam set iklan yang diiklankan di media massa. Pilihan untuk mengetengahkan kedua-dua golongan ini sebagai model iklan dilakukan atas sebab-sebab yang berkaitan dengan aspek minat insani.
Fikirkan…senaraikan sekurang-kurangnya LIMA [5] iklan yang menonjolkan wanita dengan cara yang tidak beretika dan LIMA [5] iklan yang menampilkan kanak-kanak yang anda yakin ditampilkan secara tidak bermaruah. Jelaskan sebab-sebab mengapa anda mengatakan semua SEPULUH [10] iklan itu tidak beretika dan nyatakan cadangan bagi mengatasi isu etika dalam kedua-dua kelompok iklan tersebut.
Walaupun isu mengenai wanita dijadikan sebagai alat untuk menimbulkan perasaan ghairah kepada orang yang melihat gambar dan iklan sering dibincangkan, tetapi sehingga sekarang tiada satu akta atau undang-undang yang mengehadkan penggunaan model seksi dalam iklan. Iklan seperti kereta yang tidak mempunyai kaitan secara langsung ( kecuali wanita sebagai pembeli atau pengguna ) turut memperalatkan ke'seksi'an tubuh badan serta kecantikan paras muka wanita sebagai tarikan utama untuk menarik perhatian khalayak sasaran iaitu lelaki. Contohnya, iklan cetakan toyota rav 4 yang hanya disiarkan di negara barat di mana model wanita berpakaian seksi digunankan serta tagline "7 days a week of non stop excitement" dilampirkan bersama. Adakah tagline tersebut membawa sebarang mesej tersirat?
BalasPadamPada pandangan saya, menjadikan bayi sebagai model iklan adalah tidak beretika dan kurang bermaruah kerana bayi tersebut telah dijadikan satu alat untuk mendapatkan keuntungan. Walaupun sesetengah iklan tersebut membawa mesej bersifat 'sihat', tetapi bayi masih kecil lagi dan tidak sesuai dijadikan sebagai komoditi. Iklan seperti lampin bayi, di mana sesetengah plot cerita dalam iklan tersebut memerlukan bayi untuk menangis. Ya, memang betul kita berasa bayi dalam iklan tersebut comel. Tetapi kita fikirlah dari pihak bayi tersebut, bayi dipaksa menangis berkali-kali sampai mata bengkak (tentu kita tak nampak kerana tidak ditunjukkan dalam iklan) semata-mata untuk mendapatkan 'shot' yang terbagus. Sedihnya kalau saya adalah ibunya.
BalasPadamsalam sejahtera. beberapa contoh iklan yang melibatkan wanita tetapi bagi saya ia tidak beretika adalah:
BalasPadam1) iklan tuala wanita yang disiarkan di televisyen, yang mana iklan ini menggambarkan bahawa wanita tersebut tidur lena walaupun rumahnya telah hancur oleh rebut. Sebenarnya iklan ini cuba menyampaikan keselesan tuala wanita tersebut menyebabkan penggunanya tidak sedar. Tetapi secara realitinya, adakah tuala wanita yang begitu hebat??
2) iklan yang juga kurang beretika adalah iklan sabun pencuci “mr. muscle”. Iklan ini menggambar seorang wanita tidak berjaya menghilangkan kekotoran lalu wanita tersebut memanggil Mr.Muscle. iklan ini secara tidak langsung cuba mengaibkan wanita keran iklan ini menonjolkan kelemahan seorang wanita.
3)seterusnya satu iklan syampo, seorang wanita yang mengalami masalah kelimumur menyebabkan beliau tidak disukai suami dan keluarga suami beliau
4)kemudian, iklan krim muka Fair n lovely yang menggambarkan seorang wanita tidak menemui cinta sejatinya kerana kulit yang gelap. Sebenarnya cinta bukanlah dinilai dari warna kulit semata-mata. Iklan ini telah membayangkan yang sebaliknya.
salam sejahtera. beberapa contoh iklan yang melibatkan wanita tetapi bagi saya ia tidak beretika adalah:
BalasPadam1) iklan tuala wanita yang disiarkan di televisyen, yang mana iklan ini menggambarkan bahawa wanita tersebut tidur lena walaupun rumahnya telah hancur oleh rebut. Sebenarnya iklan ini cuba menyampaikan keselesan tuala wanita tersebut menyebabkan penggunanya tidak sedar. Tetapi secara realitinya, adakah tuala wanita yang begitu hebat??
2) iklan yang juga kurang beretika adalah iklan sabun pencuci “mr. muscle”. Iklan ini menggambar seorang wanita tidak berjaya menghilangkan kekotoran lalu wanita tersebut memanggil Mr.Muscle. iklan ini secara tidak langsung cuba mengaibkan wanita keran iklan ini menonjolkan kelemahan seorang wanita.
3)seterusnya satu iklan syampo, seorang wanita yang mengalami masalah kelimumur menyebabkan beliau tidak disukai suami dan keluarga suami beliau
4)kemudian, iklan krim muka Fair n lovely yang menggambarkan seorang wanita tidak menemui cinta sejatinya kerana kulit yang gelap. Sebenarnya cinta bukanlah dinilai dari warna kulit semata-mata. Iklan ini telah membayangkan yang sebaliknya.
salam. bayi dalam iklan sebenarnya sebagai alat pemujukan. bayi sering dilihat insan yang belum mengetahui apa-apa. ilustrasi iklan biasanya menggunakan pendekatan
BalasPadamemosional; kesedihan, riang, cinta, dan sebagainya.strategi ini bukan sahaj digunakan sebagai penarik perhatian khalayak
tetapi juga ingin menguji perasaan ibu-bapa. tetapi pada asasnya iklan yang melibatkan bayi(lampin pakai buang khasnya) tidak sesuai ditayangkan. banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mempromosi iklan mereka.
salam mesra dan salam perpaduan.Sama ada kita sedar atau tidak,golongan wanita lebih banyak ditonjolkan dalam media yang boleh menyebabkan audiens dalam sesebuah masy akan mudah tertarik.media memaparkan wanita dengan penuh kreativiti dalam bentuk produk mahupun perkhidmatan.saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai iklan yang menonjolkan golongan wanita secara tidak beretika dan berhemah iaitu iklan Johnson & Johnson di mana ia memaparkan model yang dijadikan patung yang 'hidup' dalam satu papan iklan di London.model yang menonjolkan keseksian dan berkeadaan separuh bogel serta menyamar sebagai patung bukanlah satu strategi yang beretika kerana taraf wanita seolah-olah diperdagangkan dan direndahkan.saya percaya dengan penonjolan wanita sebagai patung yang 'bernyawa'seolah-olah telah menjatuhkan maruah kaum wanita. oleh itu,iklan sedemikian perlulah dikawal selia dan dipantau oleh badan-badan berkuasa yang terbabit kerana boleh mengundang kepada kemelesetan budaya yang bertamadun.sekian.sumber : http://www.ibnuhasyim.com/2010/10/iklan-wanita-menyamar-patung-hina-taraf.html
BalasPadamsaya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudari hong di mana beliau ada menyatakan iklan toyota yang menonjolkan wanita bagi mempromosikan kereta keluaran terbaru iaitu rav4 yang mempunyai makna yang tersirat di sebalik iklan tersebut sekiranya kita menghayatinya dengan betul.iklan tersebut membawa tagline yang cuba untuk menonjolkan unsur dan wanita simbol sex bahawa apabila pelanggan menggunakan atau membeli kenderaan tersebut akan mendapat kepuasan dan kegembiraan sama seperti melayani golongan wanita untuk mendapatkan keseronokan. saya berpendapat iklan seperti ini lebih kurang telah menjatuhkan maruah dan harga diri kaum wanita di mata masyarakat.saya amat membantah dan kurang bersetuju sekiranya iklan seperti ini dipaparkan di Malaysia kerana ia telah melanggar norma-norma dan budaya ketimuran.sekian
BalasPadamselamat petang kpd En. Syah dan kawan2...
BalasPadamPada pendapat saya, antara contoh iklan yang tidak beretika yang memaparkan wanita ialah, iklan tuala wanita yang memaparkan Adibah Noor sebagai model, mengapa Adibah Noor dijadikan model?Adakah untuk menggambarkan wanita yang bertubuh besar akan menghadapi masalah kebocoran kerana ketidak selesaan memakai tuala wanita. Hal ini dianggap memalukan dan akan menyebabkan wanita yng bertubuh besar akan berkecil hati. Selain daripada itu, dalam iklan tersebut juga memaparkan imej sedikit lucah kerana menggunakan dua biji tembikai sebagai simbol punggung dan tembikai tersebut diletakkan di bahagian punggung Adibah Noor dan hal ini adalah sangat-sangat tidak beretika kerana meletakkan makanan pada kawasan yang tidak sepatutnya dan produk itu pula adalah membabitkan wanita.
Contoh kedua iklan yang memaparkan wanita secara tidak beretika ialah iklan syampu di Thailand, iklan tersebut membabitkan syampu yang berjenama terkenal iaitu syampu 'R'..:)..Perkara yang tidak beretika yang dipaparkan dalam iklan tersebut ialah bagi menunjukkan kelembutan rambut wanita terbabit, teman lelakinya mengusap rambut wanita tersebut menggunakna kedua-dua belah tangannya tetapi tangan lelaki terbabit berhenti pada payudara wanita terbabit. Hal ini tidak beretika kerana perkara tersebut akan dijadikan ikutan oleh golongan kanak-kanak dan yang belum cukup umur.
BalasPadamGood afternoon.
BalasPadamOn my opinion, advertisers use children as the model in their ads to promote junk food are unethical. As we all know, junk food such as chocolate and fast food will cause diseases, diabetes and obesity for example. Children are unable to justify and differentiate what is good for them and what will harm them. Advertisers use child model appeals in the ads to attract and persuade their target audience – children. For instance, when a child saw an ad whereby the kid in it is enjoying the McD French fried. Thus, the child will also want the product too.
The way to overcome it is government should take action to ban or disallow the junk food ads to be shown in any media in Malaysia.
Besides that, women also have been shown in advertising as the decorative object or promotion tools to increase the sales. In essence, women have been described as lack of intelligence, passivity and deference to men in advertisements and this sound unethical because they are humiliate women. For example, the character plays by women in advertisements always demonstrate as trouble- makers, while men are the heroes who appear to solve the problems. Thus, women’s capabilities are being disputed all the time. The Brands’ ad that portray women as lacking intelligence which the stewardess dropped her key into the drain and was unable to find the solution to it until a man appeals to lend her a hand.
BalasPadamAssalamualaikum & Selamat Sejahtera..
BalasPadamSaya bersetuju dengan pendapat saudari BA08110020 yang mengatakan perkara yang dipaparkan oleh iklan syampu "R" tidak beretika. Hal ini kerana, iklan tersebut menggambarkan rambut wanita tersebut sangat lembut dan licin sehingga menyebabkan teman lelakinya secara tidak sengaja terpegang buah dada teman wanitanya. Selain itu, cara lagu yang dimainkan dalam iklan tersebut juga tidak menunjukkan etika. Hal ini kerana, pada perkataan 'touch' dalam lirik lagu itu, telah menunjukkan tangan lelaki tersebut telah berada di buah dada teman wanitanya. Sepatutnya, perkataan 'touch' itu menggambarkan sentuhan pada rambut iaitu ketika lelaki itu mengusap rambut teman wanitanya. Saya merasakan iklan ini seperti menjatuhkan martabat seorang wanita.
Roshaslindah Bte. Abdul Rashid.
BalasPadamAssalamualaikum, salam sejahtera
saya sangat tidak suka apabila iklan tuala wanita kerap kali disiarkan. bagi saya, ianya agak memalukan...begitu juga dengan iklan pembersih peribadi wanita. Ucapan seperti 'merapatkan hubungan intim' dan 'mengembalikan hubungan malam pertama' sangat sensetif. Lebih-lebih lagi ketika menonton tv bersama keluarga.
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia
BalasPadamAntara iklan yang menonjolkan wanita dengan cara yang tidak beretika ialah:
1. Penggunaan model artis iaitu adibah noor dalam iklan tuala wanita libresse. Dalam iklan tersebut, adibah noor mengatakan "faham2lah" sambil duduk membelakang. Dalam iklan tersebut pasti orang yang menonoton iklan tersebut membayangkan keadaan tuala wanita tersebut dipakai.
2. Iklan sabun mandi seperti lux dan dove yang memaparkan iklan wanita yang sedang mandi. Iklan ini kurang beretika kerana memaparkan bahagian atas tubuh wanita tanpa pakaian.
3. Iklan minyak wangi silky girl yang menampilkan sharifah amani dan mawi dalam iklan tersebut juga kurang beretika kerana iklan tersebut memaparkan sharifah amani ingin menghidu minyak wangi yang dipakai oleh mawi dengan lebih dekat tetapi di halang oleh dinding dan menyebabkan kepalanya terhantuk.
contoh iklan yang memaparkan wanita tidak beretika
BalasPadam1) iklan di laman web fire fly yang mengambil bahagian belakang pramugarinya. mengapa syarikat tersebut tidak mengetengahkan objek lain yang berkaitan seperti kapal terbang mereka untuk mempromosikan syarikat penerbangan itu?
2) iklan produk mandian (shower foam) yang menunjukkan wanita yang berkulit halus dan lembut sehingga selendang yang menutupi bahagian badannya boleh terjatuh dan membuatkan lelaki tertawan dengannya. ada juga iklan yang menunjukkan wanita sedang mandi dengan menggunakan produk mandian tersebut. bagi saya ini tidak beretika kerana ia menunjukkan sebahagian besar tubuh wanita tersebut.
3) iklan hotlink- mengenai seorang gadis yang menjual kad prabayar di kaunter hotlink yang sedang melayan karenah seorang lelaki yang awalnye hendak membeli kad tambah nilai,tetapi apabila terlihat wajah gadis tadi,dia terus bertanyakan mengenai produk baru hotlink.tidak beretikanya iklan ini pada saya adalah ianya seolah-olah menunjukkan bahawa kaun wanita mudah didekati dan cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenalinya.
4) iklan silky girl yang menunjukkan beberapa wanita yang mempunyai wana kulit yang berlainan. imej wanita yang boleh dikatakan 'gedik' melompat-lompat dihadapan kamera ada juga yang menjelirkan lidah untuk menonjolkan dirinya sexy.
iklan yang menampilkan kanak-kanak secara tidak bermaruah di malaysia ini adalah amat terbatas jumlahnya.iklan yang menjadikan kanak-kanak sebagai tidak bermaruah ini untuk tujuan komersial adalah seperti iklan lampin pakai buang yang menunjukkan sebahagian besar punggung bayi/kanak-kanak tersebut. pada suatu ketika dulu pernah kecoh mengenai iklan air asia yang menggunaan kanak-kanak dan wanita. wanita (paramugari airasia) ditonjolkan sebagai seorang yang memiliki bentuk tubuh yang menarik sebagai pramugari manakala kanak-kanak digambarkan sebagai seorang penumpang dalam penerbangan air asia itu. kanak-kanak tersebut mengagumi kecantikan pramugari dan ada juga merakamkan gambar punggung pramugari tersebut. ini adalah contoh iklan yang memaparkan kanak-kanak dan wanita secara tidak beretika dan iklan ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada banyak pihak.ini bermakna masyarakat malaysia masih lagi prihatin dengan iklan-iklan yang dimainkan di televisyen.
BalasPadamSalam 1 Malaysia.
BalasPadamContoh iklan kanak-kanak yang ditunjukkan secara kurang beretika adalah cloud 9 oleh JACK 'n JILL. Watak 'jahat' dalam iklan cloud 9 ditunjukkan mempunyai ciri-ciri kegemukan dan berbadan besar. Dalam iklan tersebut, seorang kanak lelaki kurus sedang makan cloud 9 di dalam bus sekolah tetapi dicuri makan oleh kanak lelaki gemuk dan berbadan besar yang duduk di sebelahnya.
Iklan tersebut seumpamanya membawa mesej bahawa kanak-kanak jahat ataupun nakal adalah gemuk dan berbadan besar. Lantarannya, ia akan menyebabkan kanak-kanak gemuk berasa malu dan tidak bermaruan sehingga kehilangn keyakinan.
Assalamualaikum...
BalasPadamAdvertisers tend to 'use' women and children in a set of ads that advertised in the media. The option to highlight both these groups as a model advertising done for reasons related to the human interest aspects.And there it is 5 advertising that is showing women in unethical way..
1) Ads about hot pregnant women promoting Nova Shin Beers (http://www.adrants.com/2006/09/its-official-hot-pregnant-women-to-replac.php)
2)Ads about promoting "bebe" brand. in that ads women shows in a bird cage.
(http://www.childrensmediaproject.org/article.asp?showid=73)
3) Dolce & Gabbana ads shows about women laying in the ground and being surrounded by a few man. This ads has been discussed in a Adrants web. This ads also have been highlight as an offensive.
(http://www.adrants.com/subject/trends_and_culture/index.php?page=43)
4) Diet ice cream ads (i dont know what the brand is, the picture is blurr and small). In that ads a "chubby" women shows in a half naked and just some part of her body being covered with red rose petals. (http://www.adrants.com/subject/trends_and_culture/index.php?page=43)
5) Ads about promoting a vacuum cleaner but also makes the woman out to seem like a product being sold as well and the women being shows with a sexual appeal.In this ads also promote a stereotype that women is always do the chores.
(http://blogs.bgsu.edu/brittanysblahblahblahs/2010/02/26/roles-of-women-in-advertising-past-and-present/)
FIVE [5] that ad showing children that i believe are not displayed with dignity...
1) In this ads a baby shows with big smile,naked and top of his/her body being illustrated with some of brand like SONY, STARBUCKS, WINDOWS, NIKE, YAHOO, KODAK & MCDONALD (http://www.aef.com/on_campus/adtext/adtext_unit/18)
2) The second ads is shows a girl are sleeping, but in her hands she hold a glass of beer n a cigarette. And beside her there is a bottle of beer and ashtray. (http://uncivilsociety.org/2007/12/)
3) This ads is about promoting MCdonald foods (big mac burger),but the children in this ads appeal wearing a burger costume.
4) The 4th ads is about Mcdonalds too. In this ads the baby is breastfeeding by a women that is wearing a Mcdonalds icon costume.
5) Some children appears in cigarette, like this malboro ads. In this ads, children being shows scared from scold by his mother.The children also ask her mother to light up a cigarette to cool down.
assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..disini saya nyatakan contoh-contoh iklan yang menonjolkan wanita dengan cara yang tidak beretika :
BalasPadam1) http://www.youtube.com/watch?v=RE0DRygzohk..bagi saya iklan syampu rejoice tersebut tidak beretika adalah kerana ianya telah menimbulkan unsur-unsur seks di dalam iklan tersebut.ini sekaligus telah menimbulkan maruah seorang wanita.
2) http://www.youtube.com/watch?v=mj8D-SSwDYc&feature=related.. iklan ini pula tidak beretika adalah kerana telah menonjolkan seorang wanita yang separuh bogel semasa menyapukan losen di seluruh badannya..ia telah menimbulkan unsur seks dan menjatuhkan martabat sebagai wanita terutama sekali bagi wanita muslimah.
3) http://www.youtube.com/watch?v=v9oYYoQlIdE&feature=related.... Berikut adalah sebuah iklan minuman beer. Iklan ini tidak beretika adalah kerana manampilkan seorang wanita barat yang berpakaian separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini sahaja. Manakala model lelaki tersebut memandang botol beer seperti wanita seksi tersebut dan memainkan imaginasi terhadap setiap gerak geri wanita berkenaan.
4) http://www.youtube.com/watch?v=zKO-tZGuFDg&NR=1.. Iklan kereta Nissan tersebut amat tidak waras sama sekali dan tentunya telah melanggar etika pengiklanan. Iklan tersebut sama sekali tidak ada kena mengena untuk dikaitkan dengan kereta. Terlalu banyak unsur negatif yang didapati daripada iklan tersebut. Apa yang terjadi sekiranya kanak-kanak di bawah umur menonton iklan tersebut. Sememangnya iklan tersebut harus di “banned” dan tidak patut di komersilkan.
5) http://www.youtube.com/watch?v=zuiBxtiC-d0&feature=related .... iklan pakaian Levis ini sememangnya tidak beretika kerana manayangkan unsure-unsur seks seperti bercumbu-cumbuan dan berpelukan diantara lelaki dan wanita. Ini boleh menimbulkan keghairahan audiens yang menonton iklan tersebut dan tidak mustahil penonton tersebut berani untuk mencuba aksi-aksi seks yang telah ditayangkan menerusi iklan berkenaan.
saya ingin mengemukakan pendapat saya mengenai iklan yang tidak beretika yang dipaparkan dalam poster iklan di Luton England. iklan tersebut mempunyai unsur-unsur yang tidak berhemah dan tidak beretika kerana memaparkan wanita memakai coli dan seluar dalam.iklan tersebut dibawakan oleh jenama pakaian dalam Mark & Spencer. tindakan poster iklan yang sedemikian itu telah menyebabkan sebilangan jumlah penduduk yang beragama Islam di kawasan tersebut telah bertindak mengecat poster iklan sebagai tanda protes.sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm
BalasPadamSelamat petang...
BalasPadamBagi iklan yang melibatkan kanak-kanak yang ditampilkan secara tidak bermaruah ialah iklan yang seakannya menggalakkan kanak-kanak yang masih bersekolah rendah menjalinkan hubungan intim dengan rakan berlainan jantina. Iklan-iklan itu pula dibuat seolah-olah ianya adalah suatu yang baik dan membina. Kalau difikirkan secara logik pun, adalah tidak rasional menayangkan iklan sebegitu dan mengajar kanak-kanak agar mempunyai teman untuk berkasih. Kanak-kanak yang sepatutnya memberi tumpuan pada pembelajaran dan proses membesar dengan sihat, tetapi kini disogokkan untuk memilih pacar atau teman rapat berlainan jantina, seperti budaya orang-orang barat yang semakin runtuh maruah dan akhlaknya.Renung-renungkanlah iklan apakah ini.
Assalmualaikum wbt dan salam sejahtera. Di sini saya menyatakan lima contoh iklan-iklan yang menampilkan kanak-kanak yang ditampilkan secara tidak bermaruah. Contoh iklan-iklan tersebut kebanyakannya telah di ‘banned’ di beberapa buah Negara dan di sini saya berikan sekali “link” iklan tersebut sebagai rujukan :
BalasPadam1) http://www.youtube.com/watch?v=Iuzwq35o6PM&feature=related .. iklan kondom tersebut adalah tidak beretika kerana bagi saya, bayi ataupun kanak-kanak yang telah ditampilkan di dalam iklan tersebut telah menjadi punca penyebab kehidupan seseorang lelaki itu musnah. Ini kerana, mesej yang telah disampaikan menerusi iklan tersebut adalah seorang lelaki sedang berkesedihan kerana tidak menggunakan kondom dan menyebabkan bayi tersebut dilahirkan. Jadi, di dalam iklan ini kelihatan seperti bayi-bayi itu telah dipersalahkan.
2) http://www.youtube.com/watch?v=q2Jfma9F7Mg&feature=related .. iklan kereta berjenama Hyundai telah di ‘banned’ di Australia dan dianggap tidak beretika. Ini kerana iklan tersebut menampilkan kanak-kanak atau bayi yang berpewatakkan seperti orang dewasa dengan memandu kereta dan melakukan aktiviti-aktiviti orang dewasa seperti ‘surfing’. Ini adalah tidak wajar dan melanggar logika di dalam pengiklanan dan sekaligus menunjukkan eksploitasi kanak-kanak.
3) http://www.youtube.com/watch?v=bGybYd_9KQI&NR=1 .. iklan telefon bimbit tersebut telah di ‘banned’ di Negara Thailand. Ini kerana iklan tersebut memaparkan bayi sebagai symbol seks. Menerusi iklan tersebut, bayi yang sedang menghisap putting melihat payudara wanita disekeliling bayi tersebut dan bayi melihatnya dengan penuh keghairahan. Iklan ini sama sekali tiada kaitannya dengan telefon bimbit dan sekaligus memaparkan bahawa iklan ini tidak beretika.
4) http://www.youtube.com/watch?v=o7ECr8hihtg&NR=1 iklan minuman tersebut adalah tidak beretika dan telah di ‘banned’.. ia menampilkan seorang bayi yang mahu lahir tetapi belum bersedia untuk dilahirkan. Kemudian doctor tersebut memberikan setin minuman dan bayi tersebut mengambil dan meminumnya di dalam perut ibunya. Iklan ini sama sekali tidak logic dan menunjukkan seorang bayi yang ganas tetapi pada hakikatnya bayi itu adalah suci.
5) http://www.youtube.com/watch?v=RNlpyTfDQn4&p=C4526DB47F112734&playnext=1&index=29 .. iklan syarikat penerbangan Air Asia ini telah di ‘banned’ di Malaysia. Ini kerana iklan tersebut telah menggunakan symbol seks dengan melihat para peramugari-peramugari yang bertugas di dalam kapal tersebut. Iklan ini adalah tidak wajar di komersilkan di Malaysia yang dikatakan Negara Islam. Itu adalah sebab-sebab iklan tersebut tela di ‘banned’ dan sama sekali tidak beretika.
Melalui pemerhatian saya terhadap iklan-iklan di Malaysia terhadap pemaparan wanita tidak beretika ialah iklan deodorant jenama 'R' secara terang-terangan menunjuk bahagian ketiak yang dianggap sensitiviti wanita. Selain itu, iklan tuala wanita juga dianggap tidak beretika sebab perkara datang bulan adalah sesuatu yang privasi. Seterusnya,iklan produk merampingkan badan memaparkan wanita yang bertubuh besar dengan pemaparan lemak-lemak dibadan mungkin memalukan sesetengah wanita yang menonton iklan tersebut. Iklan wanita yang tidak beretika seperti memaparkan wanita itu yang lemah misalnya sebagai tukang cuci tandas dan iklan produk perawatan kulit muka dengan memaparkan kulit wanita yang penuh dengan jerawat mungkin akan memberi kesan fobia kepada wanita berjerawat yang menonton iklan tersebut.
BalasPadamIklan yang memaparkan kanak-kanak tidak beretika ialah seperti yang dibincangkan dalam kelas iaitu iklan lampin pakai buang yang memaparkan bahagian punggung kanak2 tersebut. Seterusnya, iklan sabun pencuci piring yang memaparkan budak nakal mengotorkan piring-piring yang tersusun kemudian didenda oleh ibunya dengan mencuci longgokan piring tersebut.
BalasPadamCadangan yang dapat diberi ialah pihak produksi harus meneliti setiap pemaparan iklan yang menggunakan wanita dan kanak-kanak agar tidak menimbulkan sebarang isu masalah etika dan sensitiviti. Pihak berwajib yang telah meluluskan tayangan iklan juga harus peka dengan tayangan-tayang iklan lebih lagi di Malaysia ini. Jangan hanya mementingkan keuntungan maka isu etika hanya dipandang sebelah mata oleh pihak2 tersebut.
BalasPadamselain itu iklan wanita yang dikira melanggar etika seringkal dipaparkan dalam katalog jualan langsung. Produk pakaian dalam wanita dipaparkan dengan menunjukan tubuh badan wanita yang begitu seksi dan mengghairahkan.
BalasPadamsalam mahardika..;)
BalasPadamtidak dpt dinafikan penggunaan model wanita dalam dunia pengiklanan pada hari ini sngt berleluasa. Ia dikatakan mempunyai kuasa yg sngt besar dalam menarik perhatian org rmai yg mnyaksikan iklan berkenaan. Namun, apabila eksploitasi wanita berlaku, iaitu penyalahgunaan terhdp model wanita, sudah pasti ia melanggar etika pengiklanan. menggunakan tarikan seksual bukanlah suatu idea yg kreatif, tetapi ia lebih kepada memanipulasikan wanita dan begitu juga dgn penggunaan kanak2 dlam iklan. knak2 sering dikaitkan dgn kecomelan, dan keriangan, namun, apabila ia disalahgunakan, ia mampu memberikan kesan negatif pada masa akan dtg kpd model knak2 yg dieksploitasi berkenaan.
antra iklan yg mengeksploitasi wanita :
a)paparan wanita dalam iklan kereta terutama dlm iklan kereta. hal ini mungkin disebabkan 3 perkara yg sering dikaitkan utk mnunjukkan simbol lelaki yg hebat seperti 'wanita, kereta dan kuasa'..
b) dalam iklan syampoo. seperti mna yg telah disebutkan oleh rakan2 sy diatas, wanita yg sedang mandi sambil mmbasuh rambut sering digunakan utk iklan2 shampoo. hal ini mgkin kerana brangan seperti ini sering dikaitkan dgn wanita, namun,ia sering menyelitkan unsur seksual dlm iklan brkenaan.
c) dalam iklan sabun mandi. ia sering mggunakan model wanita wlupun aktualny penggunany bukan hnya wanita.
d) iklan mnyak wangi. jika dilihat dlm iklan minyak wangi dlm majalah, ia sering menggunakan wanita yg brpkaian seksi dan mngetengahkan unsur seksual dlm iklan brkenaan.
e) iklan tuala wanita. Ya, sy stuju dengan rkan sy yg mnyatakan iklan tuala wanita yg dilakonkan olh Adibah Noor adlh kurang wajar krana mnyelitkan unsur2 tersurat disebalik simbol yg digunakan contohny buah tmbikai berkenaan.
bagi iklan knak2 pula, apa yg sy dpt lihat eksploitasi ini blh wujud dlm :
a) iklan lampin pkai buang. scr sdar @ x,iklan2 sperti ini sering meggunakan bayi dan ianya mgkin disebabkan ia digunakan olh bayi. tetapi, iklan sering mmaparkan knak2 yg berada dlm keadaan bogel yg mnunjukkan kwsan2 sepeti punggung bayi berkenaan. Mungkin sestegah msyarakat telepas pndang isu ini kerana ia knak2 dan tidak bgitu dititik bratkan olh msyarakat kita, nmun, ia sbnarny mmbrikan kesan kpd knak2 brkenaan pd msa akn dtg.
b) iklan mknan ringan : iklan2 sebegini sering mnggunakan knak2 sbg model dlm mknan ringan. adakalany iklan2 ini mngabaikan ttg faktor keselamatan dan kesihatan. contohny iklan mknan ringan Mc. D.
c) iklan permainan. iklan sebegini sering menyelitkan unsur keganasan kepada knak2.
pda pndgn saya, pngiklanan pd masa kni prlu mncari idea2 baru yg lebih kreatif tnpa prlu mngeksploitasi kaum wanita dan knak2. pendekatan yg lbih unik diperlukan bg mengatasi masalah pelanggaran etika seperti ini yg boleh mnimbulkan kesan negatif kpd msyrakat.
Hai…pembaca2x blog di sana. Pendapat saya mengenai iklan kanak-kanak yang ditampilkan dalam iklan sebagai satu bentuk eksploitasi yang boleh dijadikan sebagai satu iklan yang tidak bermaruah. Kanak-kanak yang dijadikan sebagai model iklan itu tidak tahu apa-apa kerana usianya masih muda dan tidak tahu yang mana baik dan buruk. Namun begitu, inilah lumrah alam yang menyebabkan orang ramai pada sekarang sanggup menjadikan anak mereka sebagai alat atau model iklan untuk mendapat ganjaran keuntungan. Iklan lampin pakai buang banyak diiklankan dalam media televisyen yang sering menggunakan bayi dan produk seperti itu disebabkan sering digunakan olh bayi. Iklan tersebut juga sering memaparkan kanak-kanak yang berada dalam keadaan bogel yang menunjukkan bahagian-bahagian sepeti punggung bayi berkenaan. Mungkin sesetegah masyarakat terlepas menonton babak ini kerana ia adalah kanak-kanak yang mentah dan tidak begitu dititik beratkan oleh masyarakat kita. Tambahan pula, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu hanya inginkan wang dan turut menumpang ‘glamour’ hasil lakonan anaknya itu. Mereka juga ingin memberitahu kepada kawan dan jiran sebelah rumah yang anak mereka itu pernah jadi model dalam iklan TV. Namun begitu, hal ini tidak menjadi masalah kepada mana-mana pihak yang terlibat tetapi pada masa akan datang ia boleh menyebabkan si pelakon atau model kepada produk lampin buang itu akan mengenal dirinya dalam iklan yang dianggap menjatuhkan maruahnya.
BalasPadamHai semua..Iklan yang tidak beretika banyak juga dipaparkan melalui media massa kerana aktiviti penerbitannya tidak ditapis dengan mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Pengiklanan. Sementara itu, terdapat juga iklan yang boleh menyentuh sentiviti dan perasaan golongan wanita yang dianggap sebagai golongan yang tidak berupaya membuat kerja yang menjadi kebiasaannya mereka dalam hidup berumah tangga. Walaupun iklan ini masih dikategorikan sebagai iklan beretika, namun ia boleh menggugat sentiviti sesetengah orang. Contohnya, iklan mengenai produk makanan yang berjenama Adabi yang kerap diiklankan dalam TV3 menunjukkan wanita muda tidak pandai memasak dan mengharapkan si ibu mertua memasak sebelum menunggu suaminya balik dari kerja. Wanita muda itu hanya melihat telatah si ibu mertuanya memasak di ruangan dapur dan tidak menolong si ibu mertuanya membuat apa-apa perkara yang berkaitan dengan kerja sebagai isteri. Selepas itu pula, si ibu mertua cuba mengajar wanita muda itu cara memasak dengan menggunakan produk Adabi tersebut sehingga suaminya percaya yang isterinya boleh memasak dan boleh membuatkan hatinya senang selepas balik dari kerja. Wanita muda itu hanya pandai bermanjakan dengan suaminya sahaja. Iklan ini dipaparkan seolah-olah wanita muda pada zaman sekarang hanya mahu kasih sayang dan belaian manja dari seorang suami tetapi tidak tahu melakukan tanggungjawab terhadap tugas-tugas di rumah seperti tidak pandai memasak.
BalasPadamSalam kepada kawan-kawan semua dan en.Sya
BalasPadamPada pandangan saya, menjadikan wanita sebagai model iklan yang tidak beretika adalah dijadikan satu alat untuk mendapatkan keuntungan. Golongan wanita lebih kerap ditonjolkan dalam media massa yang boleh menyebabkan audiens dalam sesebuah masyarakat akan mudah tertarik dan diharapkan produk yang diiklankan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Walaupun imej sebenar wanita yang diiklankan itu dapat menarik perhatian bagi segenap audiens yang menontonnya, namun dari luar batasannya boleh menyebabkan maruah wanita tersebut tercemar tanpa disedari dari luar jangkaan mereka.Contohnya, pelakon Wardina Syafia dalam iklan produk syampu Sun Silk pada tahun 2000 telah menunjukkan iklan wanita yang bertudung menggunakan produk syampu Sun Silk semasa mandi. Kalau diikutkan sebenarnya, wanita yang memakai tudung tidak boleh menampakkan rambut atau auratnya semasa mandi. Hal ini menyebabkan imej wanita yang bertudung mempunyai perwatakan yang sama dengan wanita yang lain bagi audiens yang menonton iklan sebegini. Mereka merasakan juga bahawa,wanita bertudung hanya sekadar pandai bergaya dan sebagai perhiasan kepala sahaja. Iklan seperti ini boleh mengubah pemikiran orang ramai terhadap wanita bertudung yang dianggap sebagai insan solehah dan mithali.
Pengiklan-pengiklan gemar memaparkan imej wanita dalam iklan untuk meningkatkan minat insani manusia terhadap produk yang diiklankan. Iklan-iklan yang menampilkan wanita sering dikaitkan dengan elemen kecantikan, seksual, persaingan, feminisme, kelembutan serta daya tarikan lawan gender. Oleh itu, banyak iklan produk lelaki kerap menggunakan wanita sebagai penghias mukasurat iklan, jurucakap mahupun model. Iklan-iklan tersebut tidak beretika kerana hanya memperalatkan wanita untuk menarik perhatian tanpa menghormati atau bertimbang dari persepsi kaum wanita.
BalasPadamDi bawah terdapat beberapa contoh iklan yang menonjolkan wanita secara tidak beretika:
1. Iklan kereta BMW. Iklan tersebut memaparkan wanita dengan watak yang materialistik (tertarik dengan lelaki yang memandu kereta BMW) dan cuba menggoda lelaki tersebut. Unsur seks, babak-babak menggoda serta personaliti yang materialistik telah menampilkan wanita secara tidak bermaruah dalam iklan tersebut.
sumber: http://www.youtube.com/watch?v=rihD4B5J3vg
2. Iklan alkohol Guiness. Ayat “Share one with a friend. Or two. ” mengelirukan mesej yang hendak disampaikan (seolah-olahnya ada maksud tersirat-kongsi perempuan tersebut) serta unsur seks (wanita berbogel) telah mencabul maruah wanita.
sumber: http://www.youtube.com/watch?v=1IrPnRGaSUk
3. Iklan minyak wangi ‘unforgivable’ oleh penyanyi, P. Diddy. Iklan tersebut memaparkan wanita sebagai ‘sex object’.
4. Iklan produk kecantikan clean & clear yang disiarkan dalam TV. Iklan tersebut cuba menonjolkan kecacatan kulit perempuan dan mendiskriminasikan perempuan yang mengalami kecacatan kulit bahawa mereka tidak disukai ramai. Iklan tersebut mungkin akan menjejaskan keyakinan sesetengah perempuan.
5. Iklan laptop Sony. Iklan tersebut menampilkan wanita secara sexual walaupun laptop tidak berkaitan dengan elemen seksual mahupun daya tarikan lawan gender. sumber:http://www.youtube.com/watch?v=nvI3jD0B6Oo&NR=1
Saya bersetuju dengan pendapat S.H.Hong bahawa pengiklan yang menampilkan kanak-kanak dalam iklan-iklan makanan ringan mahupun makanan segera adalah tidak beretika. Ini disebabkan iklan-iklan itu tersirat elemen-elemen penyakit seperti diabetis, obesiti, hyperaktif dan kaviti akibat daripada produk makanan yang kurang sihat. Kanak-kanak yang mentah pemikiran tidak sedar akan keburukan makanan tersebut dan tertarik dengan produk yang diiklankan.
BalasPadamKebanyakan pengiklan hanya mengutamakan kepentingan diri (dapat mempromosikan produk mereka secara berkesan) tanpa mempertimbangkan kesan negatif yang ditimbulkan. Adakah tanggungjawab pengiklan hanya sekadar mempromosikan produk mereka secara berkesan tanpa mengendahkan tanggungjawab sosial mereka? Setujukah anda dengan sikap pengiklan yang mengabaikan etika pengiklanan dan memaparkan iklan-iklan yang dianggap kreatif kononnya?
BalasPadamGood morning.
BalasPadamWomen and children have been portrayed unethically in ads. In order to overcome the problems, we must first educate the people about their consumer right. Consumers are the target audience for ads. When consumers feel unsatisfied with the ads or feel its stereotype and unethical, they should stand out and protect their right. Here, I am not encouraging the demonstration, but we can do it in the proper way. We can report to the authority, ASA (Advertising Standards Authority), so that ASA will take action on it.
saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudari hui keet tan dimana beliau ada mempersoalkan pengiklan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata berbanding melihat kepada aspek tanggungjawab sosial mereka.tindakan pengiklan yang sedemikian tanpa mengambil kira etika dan tanggungjawab dalam pengiklanan boleh menimbulkan kekeliruan atau menyinggung perasaan kaum yang pelbagai di negara kita. pihak pengiklan perlu menitikberatkan prinsip rasa bertanggungjawab dengan menerbitkan iklan yang mengandungi aspek-aspek yang telah diluluskan oleh kod ASA serta mematuhi kod tersebut dengan berkhidmat secara tanggungjawab kepada pengguna dan masyarakat.sekian
BalasPadamsalam semuanya..
BalasPadamperana iklan adalah untuk membuat pembujukan terhadap penguna untuk melihat produk yang di promosikan atau mesej yang ingin disampaikan dan kebanyakan iklan mengunakan model wanita dan kanak-kanak untuk mempromosikan produk mereka hingga ada iklan yang menjatuhkan maruah wanita dan kanak-kanak
1. Iklan sabun DOVE yang mengunakan wanita seksi menjadi model dalam iklan itu, memperlihatkan tubuh badan mereka walaupun hanya bahagian belakang. Ini menunjukkan wanita dengan mudah memaparkan tubuh badan mereka tanpa rasa segan
2. Iklan Axe Deodrant Commercial yang memaparkan wanita mudah tergoda dengan lelaki tampan hingga dengan mudah member i nombor telefon tanpa di minta oleh lelaki tersebut.
3. Iklan Merdeka Petronas. Percintaan Tan Hong Ming dengan Umi Qazrina, dalam iklan ini memaparkan budaya percintaan dalam usia muda awal. Iklan ini tidak sesuai dipaparkan kerana ia boleh mempengaruh fikiran kanak-kanak
Below are five examples of ads that immorally advertise the children:
BalasPadam1. Zazoon condom ad. The ad portrays the child as a disturbing ‘monster’ that embarrasses his father and everyone do not like him.
Source: http://www.youtube.com/watch?v=nojWJ6-XmeQ
2. Durex condom ad with the theme-cheaper. Although the ad did not portray the children directly but it shows the price of children related products to illustrate that the children are costly and the condom is cheaper. However, the children are priceless and it is immoral when the ads indirectly portray the children as a product with price.
3. Ikea curtain ad. The ad shows that the children are waiting downstairs to peek the sexy women from the window. The ads seem like try to make fun with the children bad behavior but it may cause the negative effects when other children imitate the action. Source: http://www.youtube.com/watch?v=KDADS0_286c&NR=1
4. Johnson& Johnson Baby Shampoo ad. The ad immoral since it shows the children in naked looks.
Source: http://www.youtube.com/watch?v=ViVbjZfyV4U&p=D46C0C8487722FF1&index=15&playnext=3
5. Hyundai car ad in Australia. The ad immoral since it portrays the child in half bared. Besides, the ads also unethical since it shows the child take the key and driving without parent conscious. This ad leads to the harmful consequences if other children imitate the action.
Source: http://www.youtube.com/watch?v=q2Jfma9F7Mg&NR=1
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah etika para pengiklan adalah seperti menerusi pemantauan agensi-agensi tertentu, misalnya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangungan Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Penerengan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Lembaga Piawaian Pengiklanan (Advertising Standards Authority- ASA). Sebagai contoh, ASA berperanan untuk menggalakkan dan menguatkuasakan piawaian etika dalam iklan. Bidang kuasa agensi tersebut termasuk menyiasat aduan, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah bagi memastikan bahawa sistem ini berfungsi mengikut kepentingan awam serta menjadi saluran komunikasi dengan pihak berkepentingan dalam piawaian pengiklanan.
BalasPadamDi samping itu, Kod Amalan Pengiklanan juga penting sebagai garis panduan para pengiklan. Akan tetapi, pengiklan-pengiklan sendiri harus sedar akan kepentingan kod amalan tersebut serta memastikan ‘hasil kerja’ mereka tidak bercanggah dengan kod amalan tersebut.
Salam warga Bloggers sekalian, saya sangat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan bahawa wanita dan kanak-kanak memang telah banyak dieksploitasi melalui iklan, antara iklan wanita yang telah dipaparkan dalam media elektronik adalah:
BalasPadam1) Iklan tuala wanita Libresse yang memaparkan Adibah Noor dan Yuna sebagai model, Adibah Noor telah menunjukkan buah tembikai yang dipadankan dengan anggota badan wanita iaitu bahagian punggung yang dikaitkan dengan tuala wanita yang mengikut lekuk badan.
2) Iklan keropok 'Lurve' yang menunjukkan seorang wanita berada dalam sebuah kereta di tengah hutan sedang berdua-duaan dengan keropok Lurve yang telah dianimasikan. Iklan ini tidak beretika kerana menunjukkan kelemahan wanita yang mudah tergoda.
3) Iklan D'Folia (Kopi - Sendayu Tinggi) yang menggunakan Rozita Che Wan sebagai model telah menampakkan susuk tubuh yang menawan sehingga menyebabkan kaum lelaki tidak lagi memandang teman wanita/ isteri di hadapan mereka.
4) Iklan Hotlink Pelan Berganda yang menunjukkan model wanita yang menerangkan pelan tersebut dengan suara yang lunak sehingga menyebabkan lelaki yang hendak membeli pelan Hotlink tersebut menjadi 'pekak badak' sehinggakan tersalah tafsir setiap dialog wanita tersebut, seperti 'tadi kanda, sekarang abang'.
5) Iklan shampoo Sunsilk yang menunjukkan wanita bertudung yang mandi menggunakan shampoo tersebut, walaupun tidak menampakkan sehelai rambut pun, namun dengan pemaparan buih shampoo dapat memberi bayangan bahawa model tersebut sedang mandi dalam bilik air. Iklan ini tidak beretika kerana wanita bertudung dipandang tinggi dari segi adab dalam kalangan masyarakat.
Iklan-iklan yang telah dinyatakan merupakan bukti kepada wanita yang telah dieksploitasi secara perlahan-lahan oleh media massa pada masa kini.
1)Iklan mandian LUX, 2)Iklan mandian Jonhson&Johnson [versi mandi susu], 3)Iklan tuala wanita Libresse [versi Adibah Noor], 4)Iklan minyak wangi AXE [versi 1&2], 5)Iklan Slim World [versi Erra Fazira]..
BalasPadamPada saya semua iklan-iklan diatas adalah contoh iklan yang menampilkan wanita secara tidak beretika. Bagi iklan mandian LUX, ada banyak versi yang memperlihatkan wanita mandi (biasanya ditayangkan bahagian bahu) dan ada sesetengah yang melampaui batas (wanita sedang mandi dalam tab mandi dengan menyangkan sedikit kaki sehingga aras pangkal peha) minta maaf saya cakap. Tapi ia memang tak beretika. Rasanya iklan versi ini sudah lama tidak ditayangkan tapi saya pernah lihat beberapa kali dalam tv. Samalah juga dengan iklan John&Johnson yang menayangkan wanita mandi. Dalam islam, bolehkah buat macam tu?
Iklan tuala wanita, saya terbaca blog rakan-rakan yang turt mempersoalkan hal ini, nampaknya bukan saya saja yang merasakan iklan ini tidak beretika (satu part Adibah Noor berkata dalam iklan tersebut iaitu “...paham-paham je le...” buat saya tergelak sendiri kerana maknanya terlalu dalam tapi jelas ditonjolkan)..
Begitulah juga dengan Iklan AXE, bukan sekadar dibincangkan dalam kuliah, malahan juga dalam kalangan blogger turut mempersoalkan bagaiman iklan ini terlepas. Sudah jelas wanita ditampilkan dengan cara tidak beretika (berunsurkan lucah lagi). Samalah juga dengan iklan Slim World versi Erra Fazira. Cakap saja ingin langsingkan badan, mendapatkan bentuk badan yang menarik selepas bersalin pun audien dah cukup paham, tidak perlulah sehingga ada visual menarik perhatian (menayangkan pinggul Erra yang ramping). Memang meyakinkan tapi tidak beretika bagi seorang wanita.
Salam, saya tertarik dgn komen BA08110020 dan Siti Nabilah mengenai iklan syampoo di Thailand. Iklan tersebut yang memaparkan adegan terpegang buah dada sememangnya merupakan iklan yang tidak beretika...tapi itu dlm konteks budaya kita di Malaysia, berlainan dgn Thailand, ianya dilihat sebagai satu karya seni yg kreatif.
BalasPadamDi Malaysia kita belum ada iklan2 yg berani spt mana yg berlaku di Thailand, cuma kita ada bentuk2 iklan yg menjurus kepada unsur-2 seks, contohnya iklan KFC di radio. Antara skrip yg dpt saya ingati dgn jelas ialah, pertanyaan watak wanita iaitu 'Kalau saya lapar?' dan dijawab oleh watak lelaki, 'Lapar yg macamana?' watak wanita menjawab, 'Lapar giler'. Iklan ini pd pendapat saya ada unsur2 yang tersurat,dan tersirat dlm skripnya.
Salam. Saya ingin mengulas sedikit mengenai komen adik Freschela dan CT Nurynee. Kedua-dua adik ini telah membuat pemerhatian yang amat kritis terhadap aspek bagaimana wanita dan kanak-2 telah diperlakukan didlm iklan yang mereka nampak. Walaupun demikian, adik2 harus tahu bahawa dunia realiti adalah amat berbeza dgn apa yg diajar kpd kita sama ada di sekolah mahupun peringkat unversiti. Dunia realiti mengutamakan keuntungan, etika dianggap perkara kedua, dunia realiti adalah pertimbangan antara aspek ekonomi dan nilai kemanusiaan. Dunia realiti kadang kala bersifat 'ambivalence' iaitu satu dunia yang tersepit di antara pemikiran murni dan pemikiran yg terjajah. Sebenarnya bkn sesuatu yg mudah utk belajar menjadi dewasa, but as you get older 'like me' you will get tired of all these. Tapi itulah dia hakikatnya dunia realiti.
BalasPadamSalam kepada semua, salah satu iklan yang menjatuhkan maruah wanita dan kanak-kanak adalah iklan airasia. Iklan itu memaparkan bagaimana seorang kanak-kanak berpewatakan seperti orang dewasa yang mana ia tidak sesuai di pertontonkan. Watak Wanita dalam iklan itu sperti diesplotasikan. Bentuk badan wanita lebih ditonjolkan contohnya punggung paramugari itu. Dari segi pakaian, adakah ia sesuai untuk menyelamatkan penumpang ketika kecemasan atau penumpang terpaksa membantu pramugari berpakaian ketat dan skrit yang pendek
BalasPadamSetiap kali penumpang naik airasia, ia akan mengingat punggung pramugari dan kanak-kanak itu bukannya perkhidmatan yang diberikan.
Sesiapa yang perna melihat iklan cuti-cuti cinta yang dilakon oleh farid kamil dan nora Danish. Dalam iklan itu untuk mempromosikan wayang cuti-cuti cinta terdapat babak perbualan antara farid kamil dan nora Danish, dalam perbualan itu, farid kamil mengatakan nasi lemak 50sen ia bermaksud payu dara nora Danish, disini kita dapat lihat wanita mudah sahaja diesplotasikan terutamanya tubuh badan wanita. Tubuh badan wanita adalah sensetif tetapi dalam iklan ini ia mudah sahaja diperkatakan. Agenda ini boleh mempengaruhi minda kanak-kanak dan boleh menjadi ikutan.
Salam dan selamat pagi, saya bersetuju dengan pendapat ayie YA20077514, pengiklan diluar lebih mengutamakan keuntungan dan menghasilan iklan yang kretif untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan. Di tambah lagi persaingan yang tinggi membuatkan pembuat iklan berfikiran secara meluas dan terbuka. Isu etika menjadi pekara kedua kerana jika pengiklan mengutamakan etika, iklan yang dihasilkan adalah sama dan tidak ada perkembangan
BalasPadam