Pages

Selasa, 2 November 2010

PIT STOP DISKUSI 6 [AK21503]: Analisis Kempen


Penyakit Denggi berdarah adalah antara penyebab kepada krisis kesihatan di kawasan perumahan, industri malah juga di luar bandar. Terdapat banyak kaedah [mekanisme] mempromosikan cara hidup sihat yang membolehkan ahli masyarakat menghindarkan diri mereka daripada punca-punca berlakunya Demam Denggi. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM] berusaha menjalankan kempen Anti-Aedes dan Cegah Denggi di semua peringkat. Namun, masalah tetap timbul akibat kurang pengetahuan tentang kepentingan menjaga kebersihan di sekeliling rumah terutama hal berkaitan dengan tempat takungan air dan semak-samun yang dipercayai boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes. Siapa yang bersalah dalam hal ini tidak penting tetapi bagaimana kedua-dua belah pihak baik kerarjaan mahu pun masyarakat memberi dan mendapat input yang berguna untuk mencegah Demam Denggi. Apakah pendapat anda terhadap kualiti strategi penyampaian mesej dalam kempen Anti-Aedes terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit Demam Denggi.

13 ulasan:

  1. Salam
    Saya berpendapat cara penganjur kempen memberikan maklumat mengenai langkah mencegah denggi berada pada tahap yang bagus. Ini kerana sendiri pernah menghidap demam denggi pada tahap kritikal.Ketika itu saya masih berada di sekolah menengah. Seingat saya pada waktu itu saya merupakan antara pesakit termuda di tempat sayadan disebabkan hal itu, pihak Kementerian Kesihatan telah melakukan pemeriksaan di kawasan berhampiran dengan teliti. Saya selalu melihat di televisyen iklan yang memaparkan cara- cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dan simptom demam denggi. Di tempat saya juga, pihak berwajib sentiasa melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perumahan dan semburan nyamuk aedes. Saya melihat usaha ini dilakukan secara berterusan.
    Walau bagaimanapun, tidak semua golongan masyarakat mengambil berat hal ini termasuklah saya sendiri. Hanya selepas saya sendiri menjadi mangsa demam denggi, barulah kesedaran terhadap mesej yang disampaikan itu timbul.

    BalasPadam
  2. Salam Sejahtera,

    Kempen Anti-Aedes dan Cegah Denggi merupakan kempen yang dianjurkan oleh kementerian kesihatan. Kempen ini dilihat hampir serupa dengan kempen anti merokok yang dibuat oleh kementerian yang sama. Apa yang dapat kita simpulkan pada kedua-dua kempen ini adalah satu kempen yang gagal kerana tidak mencapai matlamat kempen. Persoalannya mengapa kempen ini tidak mencapai matlamatnya? Berbagai-bagai persepsi yang boleh kita lontarkan tentang kegagalan kempen tersebut misalnya, strategi kempen ini tidak berkesan, perancangan kempen ini tidak betul, kurang pengetahuan tentang pelaksanaan kempen. Pelaksana kempen tidak berpengalaman dalam melaksanakan kempen tersebut. Apa pun yang dihipotesiskan tadi, kita mendapati kebenaran terhadap pernyataan itu dengan melihat peruntukan yang begitu besar yang dihabiskan oleh kementerian kesihatan dalam memerangi masalah ini setiap tahun. Bagaimana pun hasil kempen tetap sama. Pada pendapat saya kempen Anti aedes dan cegah denggi ini perlu dijalankan menggunakan cara ‘two way symmetrical model’ di mana kedua-dua pihak iaitu pelaksana kempen dan sasaran mengadakan dialog dan membuat keputusan bagaimana sasaran mahu kempen itu dilaksanakan. Cara ini memberikan kuasa kepada audien untuk menentukan cara kempen yang patut mereka buat dan laksanakan berbanding keputusan yang hanya dibuat oleh pelaksana kempen. Jika kita libatkan audien sepenuhnya dalam kempen tersebut sambil dibantu oleh kementerian kesihatan dan agensi lain saya melihat ia lebih berkesan.

    Sekian terima kasih.
    YA2007-7546

    BalasPadam
  3. Salam En. Syah dan rakan2.

    Bagi saya kempen ini sangat memberi kesedaran kepada setiap ahli masyarakat di Malaysia. Bila lihat sahaja iklan yang dipaparkan di televisyen contohnya, pasti si Ibu atau si Ayah akan mengingatkan ahli keluarganya agar menjaga kesalamatan diri dan kebersihan rumah ini untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa nyamuk Aedes.

    Pada pendapat saya, pertambahan mangsa nyamuk Aedes ini berlaku di tempat-tempat kawasan setinggan yang mana, mereka ini tidak mempunyai alat-alat media seperti televisyen mahupun radio dan masih ada diantara mereka yang tidak tahu membaca, ini disebabkan golongan ini terpinggir dari segi pendidikan atau tidak mampu membiayai persekolahan.

    Jarang dan sangat jarang perumahan dikawasan elit, penduduknya dijangkiti Aedes. Melainkan penduduk tersebut mendapat penyakit ini melalui lawatan, kunjungan atau setelah habis melancong di negeri orang.

    Saya sangat menyetujui kerajaan dan badan bukan kerajaan telah bertungkus lumus dalam menyelesaikan dan menanggani masalah ini, namun sesuatu perkara atau masalah tersebut pasti mempunyai benteng dan benteng ini hanya boleh dipecahkan oleh seseorang sahaja.

    Jawapannya ialah tindakan dan kerjasama seseorang individu tersebut dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.

    BalasPadam
  4. Kempen Anti-Aedes dan Cegah Denggi ini setiap tahun pasti akan mendapat tempat dalam hati masyarakat. Namun, masyarakat sendiri kurang prihatin terhadap bahayanya Denggi ini. Di kampung saya, sekiranya terdapat pesakit yang disahkan menghidap denggi, barulah pihak berkenaan sibuk-sibuk untuk mencegah dan membuat semburan di kawasan kampung, di setiap rumah. Sepeti di kampung saya, tedapat beberapa rumah yang tinggal berdekatan dengan sungai yang tersumbat menyebabkan pembiakan nyamuk berlaku dengan banyak. Tidak dapat menyalahkan pihak atasan sahaja, masyarakat sendiri entah mengapa terlalu sukar untuk memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan kawasan mereka. Sekiranya kita sahaja yang menjaga kebersihan, tetapi jiran tidak, tetap juga nyamuk akan mudah membiak lebih-lebih lagi di kawasan takungan air. Oleh itu, masyarakat sebenarnya memainkan peranan utama bagi menyelesaikan masalah denggi.. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Pelbagai cara sekalipun untuk membuat kempen kesedaran, namun sekiranya masyarakat hanya memenadang enteng perkara ni, kempen tersebut payah untuk berjaya.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum dan salam persaudaraan.
    Pada pendapat saya, kualiti strategi penyampaian mesej dalam kempen Anti-Aedes terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit Demam Denggi berada pada tahap kualiti yang sempurna. Mesej yang ingin diterapkan dalam pemikiran khalayak sangat jelas dan begitu mudah untuk difahami malah dipraktikkan dalam kehidupan sehari-harian akar umbi.
    Isu sering berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini, jelas telah dianalisis dan dikaitkan dalam kempen ini. Seiring dengan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif melaksanakan kempen bagi mengatasi punca penularan sesuatu isu tersebut.
    Pelaksana kempen juga begiu teliti dan tegas dalam menyampaikan dalam kempen Anti-Aedes. Ketelitian dan ketegasan tersebut terbukti apabila pelaksana kempen memuatkan langkah-langkah pencegahan dan rawatan Demam Denggi dalam ini.
    Disamping itu, kualiti strategi penyampaian mesej dalam kempen tersebut sangat tinggi kerana pelaksana kempen menggunakan Rational Model of Persuasion (RMP) dengan sebaik-baiknya dalam kempen ini. Namun begitu tahap kualiti yang tinggi dan sempurna sahaja tidak mencukupi jika kempen ini tidak dijalankan secara berterusan dan masyarakat tidak memandang remeh terhadap mesej kempen. Masyarakat sebagai akar umbi dalm kempen ini seharusnya menunjukkan sikap bersungguh-sungguh dalam mempraktikkan mesej yang telah disampaikan menerusi kempen ini.
    Oleh itu barulah semua pihak tidak menuding jari antara satu sama lain jika langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit Demam Denggi dipraktikkan dengan sempurna.

    BalasPadam
  6. Nama : Julianus @ Azizul Rahman
    No. Matrix: YA 2007-7551:
    Cakap tak serupa bikin…….Mohon maaf jika ada yang tersinggung

    Kempen Anti-Aedes dan Cegah Denggi merupakan kempen yang dianjurkan dicop sebagai gagal. Apa pun kempen yang djalankan oleh pihak berwajip, perlu dan harus dikaji terlebih dahulu melalui penyelidikan PR kerana kempen-kempen tersebut saya melihatnya hampir serupa dengan kempen anti merokok dan Kempen keselamatan di jalanraya, yang telah dibuat oleh kementerian-kementerian berkenaan. Hasilnya, dapat kita simpulkan bahawa kesemua kempen ini adalah suatu kempen yang menemui kegagalan kerana tidak mencapai matlamat kempen. Persoalannya mengapa kempen ini tidak mencapai matlamat sasar?

    Pelbagai andaian atau persepsi negatif memang wajar diterima berkaitan kegagalan kempen tersebut, kerana ia tidak mempunyai Pelan strategi yang betul----di mana perancangan kempen adalah tangkap muat sahaja, malah ia tidak ada unsur-unsur pengetahuan tentang pelaksanaan kempen. Pelaksanaan kempen ini, tidak mempunyai struktur, tidak berjadual secara formal,yang berbentuk pendidikan jangka pendek,sedehana dan jangka panjanag. Tidak mempunyai kajian permasalahan audien sasaran. Kempen dilaksanakan kerana untuk mendapatkan tender atau peruntukan berjuta ringgit dan ia tidak mengutamakan keberkesanan Intipati mesej secara berterusan. Perutusan pendapat diskusi ini, saya menyalurkan ketegangan diskusi, kerana kempen Anti aedes dan cegah denggi ini perlu dijalankan menggunakan kaedah ‘two way symmetrical model’ di mana kedua-dua pihak iaitu pelaksana kempen dan sasaran mengadakan dialog dan membuat keputusan sebagaimana dapatan kajian diperolehi terlebih dahulu demi menyesuaikan setiap tindakan itu tidak merugikan wang rakyat. Cara sebegini akan memberikan kuasa kepada audien untuk menentukan cara kempen yang sesuai mengikut sentiment kefahaman dan berkesan melalui praktikiliti mereka berbanding keputusan yang hanya dibuat oleh pelaksana kempen. Jika sistem dan kaedah berstrategi melibatkan audien sepenuhnyayang dijana oleh kementerian kesihatan dan agensi lain, saya pasti kempen tersebut sedikit sebanyak lebih berkesan secara berterusan

    Kaca Mata audien bakal bertauliah….he-he..

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  7. Pada saya kempen anti-aedes ini kualiti penyampaian mesej adalah berkesan. ini kerana kempen ini dilakukan dengan menyertakan program gotong royong dengan membersihkan kawasan tempat saya tinggal iaitu perumahan rumah murah dan pencegahan dilakukan dengan penyemburan penghapusan nyamuk dan tempat pembiakan nyamuk aedes ini. oleh itu kempen yang dilakukan terhadap anti-aedes ini adalah sampai.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan salam 1Kampus kepada ahli PRCircle dan En.Syahruddin yang dihormati...


    DEMAM denggi dan demam denggi berdarah (DHF) adalah dua penyakit yang boleh membawa maut serta mengugat kesejahteraan penduduk di kawasan tropika.

    Ancaman penyakit ini dikesan pada awal abad ke-20 dan kini terus menjadi kebimbangan negara-negara tropika yang dilanda arus pembandaran, khususnya negara-negara sedang membangun.

    Di Malaysia sahaja, 29,196 kes denggi dicatatkan dengan 76 kematian setakat bulan September 2005. Angka terbaru setakat 15 Julai 2006, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, mencecah 18,484 kes yang disyaki denggi. Lebih membimbangkan, kenaikan jumlah kes yang dilaporkan akan terus melonjak sekiranya penduduk Malaysia tidak mengambil tindakan yang berkesan dengan serta-merta.

    Tetapi malangnya, orang ramai masih tidak menghiraukan ancaman ini meskipun sektor awam, yang diterajui oleh kerajaan pusat dan pihak berkuasa negeri, telah melaburkan banyak wang ringgit dan mencurahkan masa dan tenaga untuk memerangi denggi. Kebanyakan orang masih terus beranggapan “wabak denggi masalah jiran saya, bukan masalah saya.”

    Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, pada tahun 2005, sejumlah RM180 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja pembersihan termasuk kegiatan penyemburan dan pendidikan. Di samping itu, syarikat-syarikat swasta juga terus memberikan sokongan padu kepada kempen anti denggi.

    Oleh yang demikian, sikap endah tak endah orang ramai memang sukar diterima.

    Rakyat Malaysia mesti menyedari bahawa untuk membasmi wabak denggi, kita tidak boleh berpeluk tubuh. Kita perlu bertindak segera dan memainkan peranan yang aktif untuk membantu mencegahnya.

    Salah satu daripada cara paling proaktif yang boleh lakukan dalam usaha mencegah denggi di rumah kita dan kawasan sekitar ialah dengan membersihkan tempat-tempat yang boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk. Ini mudah dilakukan dengan membuang barang-barang yang boleh menakung air, terutama sekali tayar lama, botol dan tin minuman. Longkang-longkang dan alur-alur hendaklah dibersihkan selalu untuk mengelakkan takungan air hujan.

    Di samping itu, penukaran air mandian burung dan air minuman untuk binatang peliharaan kesayangan secara kerap dan pembuangan takungan air dalam piring pengalas pasu bunga di luar rumah boleh membantu mencegah pembiakan nyamuk. Jika air perlu disimpan selama lebih daripada 4 hari, gunakan ikan yang memakan larva untuk menghapuskan jejentik. Elakkan rumah anda daripada menjadi tempat yang selesa untuk nyamuk Aedes dengan menyembur racun serangga setiap minggu dan melindungi keluarga anda daripada gigitan nyamuk dengan penghalau nyamuk.

    Kita perlu prihatin terhadap nyamuk Aedes jika kita ingin membanteras denggi. Marilah kita menggembleng tenaga dan menggiatkan usaha untuk memastikan rumah kita dan keluarga kita bebas daripada nyamuk Aedes dan ancaman denggi. Penyakit ini merupakan masalah bagi seluruh masyarakat dan sebarang kecuaian boleh membawa maut.

    Kusmayani Jainudin
    YA2008-1143

    BalasPadam
  9. Salam sejahtera.. Saya amat bersetuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Pada pendapat saya, saya berasa kempen Anti-Aedes kurang memberi kesan kepada masyarakat. Hal ini disebabkan masih banyak kes penyakit Deman Denggi berlaku di negara kita dan kebanyakan masyakat masih kurang prihatin terhadap bahayanya penyakit denggi tersebut. Selain itu, kebanyakan masyarakat juga kurang faham apa sebenarnya mesej yang hendak disampaikan dalam kempen Anti-Aedes tersebut. Oleh itu, mereka pun tidak tahu mengambil tindakan yang betul untuk mencegahnya. Di samping itu, alam sekitar yang kotor merupakan salah satu punca yang menyebabkan penyakit deman denggi merebak kerana kebanyakan nyamuk telah hidup dalam alam sekitar yang kotor. Oleh itu, kerjasama setiap pihak amat diperlukan untuk menjayakan kempen Anti-Aedes. Selain itu, program-program yang harus dilaksanakan dalam kempen Anti-Aedes ialah program pembersihan alam sekeliling, program pemeriksaan setiap rumah oleh pegawai kesihatan, program pendidikan dan sebagainya. Program-program dilaksanakan tersebut diharap dapat menjayakan kempen Anti-Aedes. Selain program-program perlu dilaksanakan, kerjasama setiap pihak juga diperlukan untuk menjayakan kempen tersebut. Jadi, kualiti strategi penyampaian mesej dalam kempen Anti-Aedes adalah baik kerana semua pihak telah berusaha untuk menjayakan kempen tersebut. Apakah langkah-langkah yang paling baik untuk mencegahkan penyakit Deman Denggi?

    BalasPadam
  10. Selamat Sejahtera,

    Kempen anti-aedes telah lama diadakan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, kempen tersebut didapati tidak memberi sebarang kesan kepada masyarakat. Siapa yang bersalah? Persoalan ini ditujukan kepada semua orang. Kita tidak boleh menyalahkan kepada pihak kerajaan sahaja yang bersalah. Masyarakat juga harus dipersalahkan kerana tidak memberi kerjasama kepada pihak yang menganjurkan kempen tersebut. Selain itu, pihak penganjur juga dieprsalahkan kerana tidak mengadakan kempen ini secara berterusan dan berkesan. Mereka hanya mengadakan kempen tersebut seperti hangat-hangat tahi ayam.

    BalasPadam
  11. Salam. Seperti rakan-rakan yang lain saya juga turut berpendapat kualiti penyampaian mesej dalam kempen Anti-Ardes terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit deman denggi pada tahap sederhana. Kempen yang dijalankan tidak bersifat menyeluruh menyebabkan sesetengah masyarakat tidak mengambil kisah tentang kempen yang dijalankan. Disamping itu, sikap tidak suka memberi kerjasama dalam menjaga kawasan persekitaran juga menyebabkan keadaan ini berlaku. Walaupun pelbagai langkah dengan mengiklankan cara-cara mengelakkan pembiakan nyamuk aedes di paparkan namun tidak dapat mengubah sikap masyarakat yang hanya tersedar apabila menghadapi penyakit tersebut. sementara itu, tidak dapat dinafikan usaha kerajaan yang sedaya upaya untuk menangani isu ini, namun pendekatan yang kurang sesuai menyebabkan objektif kempen tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya.

    BalasPadam
  12. Salam perpaduan..saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Siti Mariani. Bagi pendapat saya, kualiti penyampaian mesej kempen Anti-Aedes terhadap langkah-langkah pencegahan demam denggi di tahap yang memuaskan dan bukan di tahap yang terbaik. Pihak kerajaan sudah berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah tersebut tetapi objektif yang menjadi sasaran tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya kerana sikap masyarakat di negara ini yang tidak memberi kerjasama. Mereka menjadi sedar setelah ditimpa penyakit tersebut dengan membersihkan kawasan sekitar rumah mereka ibarat sudah terhantuk baru nak tergadah.

    BalasPadam
  13. Salam 1Malaysia Semua,
    Aidah@Dewi Berkata

    Dari kempen Anti Aedes yang sering kita lihat di TV mahupun di radio, sememangnya amat bertepatan malah saya berpendapat bahawa kauliti kempen ini terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan bagi penyakit demam denggi adalah dalam tahap yang sempurna. Boleh dikatakan setiap hari kita dijamu dengan siaran melalui TV dan redio kerana kerajaan amat mengambil berat akan hal ini terutama Kementerian Kesihatan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberi penjelasan dan penerangan secara lebih terperinci mengenai langkah-langkah mengahapuskan nyamuk Aedes, bagi menggalakkan masyarakat mengambil perhatian sewajarnya terhadap bahaya penyakit demam denggi ini. Disamping itu kerajaan juga sentiasa meneruskan usaha untuk membasmi nyamuk aedes melalui semburan di kawasan-kawasan perumahan di seluruh negara, samaada di bandar dan di luar bandar. Namun demikian, masalah yang timbul adalah sikap tidak ambil peduli di kalangan individu atau mesyarakat terutamanya di kawasan luar bandar iaitu di kawasan-kawasan pedalaman. Hal ini adalah kerana kurangnya kesedaran dalam diri mesyarakat terhadap bahaya penyakit ini kerana beranggapan di kawasan pedalaman tidak mungkin berlaku. Selain dari itu, sikap malas yang wujud sediakala, menyebabkan mereka kurang perihatin terhadap perkara ini.Oleh yang demikian, perlulah pihak kerajaaan memperluaskan lagi kempen kesedaran ini diklaangan masyarakat yang tinggal di luar bandar agar lebih mengambil berat terhadap langkah-langkah pencegahan dan rawatan demam denggi tersebut demi kesejehteraan semua.

    BalasPadam