Pages

Selasa, 2 November 2010

PIT STOP DISKUSI 5 [AK21503]: Objektif Kempen



Terdapat perbezaan antara satu kempen dengan satu kempen yang lain dari sudut objektif yang lazim disasarkan untuk dicapai. Pada pendapat anda apakah objektif yakni tujuan satu-satu kempen politik, kempen perniagaan, kempen awam [sosial] dan kempen dakwah dijalankan. Apakah perbezaan yang ketara antara keempat-empat jenis kempen jika ditinjau dari segi audien, mesej kempen, cara kempen dijalankan, program-program yang dirancang untuk dijadikan sebagai bahan pengisian kempen dan trend kempen berkenaan di Malaysia sejak selepas merdeka hinggalah sekarang?

9 ulasan:

  1. Salam Sejahtera,

    Setiap kempen mempunyai matlamatnya sendiri dan terdapat bermacam-macam jenis kempen dengan matlamatnya dan objektif yang berbeza-beza, mengikut isu yang dibawa. Bagaimanapun mereka mempunyai khalayak atau audien yang sama. Justeru, perancangan sangatlah penting bagi sesuatu kempen dalam menentukan mesej, saluran dan matlamat kempen sampai kepada audien. Misalnya, kempen politik adalah satu kempen berkaitan dengan ideologi politik untuk mengekalkan kuasa politik seseorang itu. Kempen promosi pula adalah satu kempen oleh peniaga kepada pelanggan yang bermatlamatkan keuntungan, nilai dan pasaran. Kempen dakwah pula adalah kempen yang berkaitan dengan keagamaan untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama. Manakala kempen sosial adalah, berkaitan dengan perpaduan masyarakat dan dasar-dasar kerajaan, supaya masyarakat menyokong, bersatu padu dalam melaksanakan hasrat atau rancangan kerajaan.

    Sekian terima kasih.
    YA2007-7546

    BalasPadam
  2. Salam buat En.Syah dan rakan sekalian,

    Seperti yang telah dipelajari antara jenis kempen termasuklah kempen awam, kempen perniagaan, kempen dakwah dan kempen politik. Namun terdapat perbezaan dari segi objektif kempen, audien, mesej kempen, cara kempen dijalankan, dan trend kempen.

    1. Kempen Awam.
    Kempen ini bertujuan digerakkan secara khusus untuk menanggani masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu.
    Jenis audien adalah masyarakat umumnya.
    Mesej kempen adalah menjurus kepada usaha memberi peringatan kepada ahli masyarakat tentang bahaya satu-satu tabiat atau gejala ke atas ahli-ahli masyarakat.
    Cara kempen dijalankan mencakupi aktiviti komunikasi kumpulan kecil dan komunikasi massa seperti ceramah, pameran bergerak, dan forum.
    Trend Kempen seperti menyiarkan dan mempampangkan iklan sebelum kempen dijalankan menerusi media elektronik, cetak dan moden.

    2. Kempen Perniagaan
    Kempen ini bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan.
    Jenis audien ialah para pelanggan dan pengguna produk.
    Mesej kempen ialah memperkenalkan perniagaan sambil melakukan urusan jual-beli kepada pengguna.
    Cara kempen dijalankan ialah merangkumi aktiviti periklanan, promosi jualan dan jualan peribadi.
    Trend kempen ialah mengadakan promosi atau diskaun semasa hari-hari perayaan, cuti sekolah dan sebagainya.

    3. Kempen Dakwah
    Kempen ini bertujuan untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama.
    Jenis audien ialah individu yang berminat untuk mendalami dan menghayati sesebuah agama.
    Mesej kempen diterapkan secara unik dalam teks yang digarap daripada kitab atau buku panduan.
    Cara kempen dijalankan lebih cenderung ke arah penceritaan kisah-kisah nabi, hebahan tentang kebaikan hidup beragama dan penghujahan tentang suruhan serta larangan dalam ajaran agama.
    Trend kempen seperti pendakwah berkumpulan(Islam) mengunjungi rumah demi rumah ataupun bergerak secara sendiri(Kristian) dan bertemu dengan mana-mana individu kemudian menyebarkan dakwah.

    4. Kempen Politik
    Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
    Jenis audien ialah ahli politik serta para penyokong setiap parti politik.
    Mesej kempen dipaparkan dalam poster, kain rentang, media massa dan diungkapkan dalam ceramah.
    Cara kempen dijalankan ataupun trend 'turun-temurun' termasuklah aktiviti ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, forum, dan sebagainya.

    Persoalan saya, mungkinkah teknologi bakal merubah 100% cara kempen disampaikan?

    Pendapat saya, kita hampir ke arah itu :-)

    BalasPadam
  3. Nama: Julianus @ Azizul Rahman
    No. Matrix: YA 2007-7551
    Asalammulaikum Tuan Pensyarah Program Diskusi ini, En.Ag. Syahrudian seta rakan-rakan dalam program ini.
    Isu Fakta tidak dapat diubah lagi,

    Saya sangat-sangat bersetuju dengan penulis diskusi ini, dan saya mohon maaf kerana Kopi paste, setelah saya meneliti nota Kuiah,saya mendapatinya, ia jenis persoalan fakta dan kaedah strategi……..

    Sekalung tahniah kepada penuls ini,
    Bahawa……..

    Seperti yang telah dipelajari antara jenis kempen termasuklah kempen awam, kempen perniagaan, kempen dakwah dan kempen politik. Namun terdapat perbezaan dari segi objektif kempen, audien, mesej kempen, cara kempen dijalankan, dan trend kempen.

    1. Kempen Awam.
    Kempen ini bertujuan digerakkan secara khusus untuk menanggani masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu.
    Jenis audien adalah masyarakat umumnya.
    Mesej kempen adalah menjurus kepada usaha memberi peringatan kepada ahli masyarakat tentang bahaya satu-satu tabiat atau gejala ke atas ahli-ahli masyarakat.
    Cara kempen dijalankan mencakupi aktiviti komunikasi kumpulan kecil dan komunikasi massa seperti ceramah, pameran bergerak, dan forum.
    Trend Kempen seperti menyiarkan dan mempampangkan iklan sebelum kempen dijalankan menerusi media elektronik, cetak dan moden.

    2. Kempen Perniagaan
    Kempen ini bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan.
    Jenis audien ialah para pelanggan dan pengguna produk.
    Mesej kempen ialah memperkenalkan perniagaan sambil melakukan urusan jual-beli kepada pengguna.
    Cara kempen dijalankan ialah merangkumi aktiviti periklanan, promosi jualan dan jualan peribadi.
    Trend kempen ialah mengadakan promosi atau diskaun semasa hari-hari perayaan, cuti sekolah dan sebagainya.

    3. Kempen Dakwah
    Kempen ini bertujuan untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama.
    Jenis audien ialah individu yang berminat untuk mendalami dan menghayati sesebuah agama.
    Mesej kempen diterapkan secara unik dalam teks yang digarap daripada kitab atau buku panduan.
    Cara kempen dijalankan lebih cenderung ke arah penceritaan kisah-kisah nabi, hebahan tentang kebaikan hidup beragama dan penghujahan tentang suruhan serta larangan dalam ajaran agama.
    Trend kempen seperti pendakwah berkumpulan(Islam) mengunjungi rumah demi rumah ataupun bergerak secara sendiri(Kristian) dan bertemu dengan mana-mana individu kemudian menyebarkan dakwah.

    4. Kempen Politik
    Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
    Jenis audien ialah ahli politik serta para penyokong setiap parti politik.
    Mesej kempen dipaparkan dalam poster, kain rentang, media massa dan diungkapkan dalam ceramah.
    Cara kempen dijalankan ataupun trend 'turun-temurun' termasuklah aktiviti ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, forum, dan sebagainya.

    Proses pembelajaran sebagai pelajar…….

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  4. salam,

    pada pendapat saya, kesemua kempen tersebut mempunyai matlamat yang berbeza disamping kaedah penyampaian yang mempunyai batas demi untuk melindungi hak individu untuk membuat keputusan. namun demikian setiap kempen berkenaan mempunyai cara dan teknik yang betul untuk mempengaruh sama ada dari segi emosi mahupun tindakan rasional bergantung kepada keaadaan dan persekitaran.

    wasalam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum dan salam 1Kampus kepada ahli PRCircle dan En.Syahruddin yang dihormati....


    Seperti yang telah dipelajari antara jenis kempen termasuklah kempen awam, kempen perniagaan, kempen dakwah dan kempen politik. Namun terdapat perbezaan dari segi objektif kempen, audien, mesej kempen, cara kempen dijalankan, dan trend kempen.

    1. Kempen Awam.
    Kempen ini bertujuan digerakkan secara khusus untuk menanggani masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu.
    Jenis audien adalah masyarakat umumnya.
    Mesej kempen adalah menjurus kepada usaha memberi peringatan kepada ahli masyarakat tentang bahaya satu-satu tabiat atau gejala ke atas ahli-ahli masyarakat.
    Cara kempen dijalankan mencakupi aktiviti komunikasi kumpulan kecil dan komunikasi massa seperti ceramah, pameran bergerak, dan forum.
    Trend Kempen seperti menyiarkan dan mempampangkan iklan sebelum kempen dijalankan menerusi media elektronik, cetak dan moden.

    2. Kempen Perniagaan
    Kempen ini bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan.
    Jenis audien ialah para pelanggan dan pengguna produk.
    Mesej kempen ialah memperkenalkan perniagaan sambil melakukan urusan jual-beli kepada pengguna.
    Cara kempen dijalankan ialah merangkumi aktiviti periklanan, promosi jualan dan jualan peribadi.
    Trend kempen ialah mengadakan promosi atau diskaun semasa hari-hari perayaan, cuti sekolah dan sebagainya.

    3. Kempen Dakwah
    Kempen ini bertujuan untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama.
    Jenis audien ialah individu yang berminat untuk mendalami dan menghayati sesebuah agama.
    Mesej kempen diterapkan secara unik dalam teks yang digarap daripada kitab atau buku panduan.
    Cara kempen dijalankan lebih cenderung ke arah penceritaan kisah-kisah nabi, hebahan tentang kebaikan hidup beragama dan penghujahan tentang suruhan serta larangan dalam ajaran agama.
    Trend kempen seperti pendakwah berkumpulan(Islam) mengunjungi rumah demi rumah ataupun bergerak secara sendiri(Kristian) dan bertemu dengan mana-mana individu kemudian menyebarkan dakwah.

    4. Kempen Politik
    Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
    Jenis audien ialah ahli politik serta para penyokong setiap parti politik.
    Mesej kempen dipaparkan dalam poster, kain rentang, media massa dan diungkapkan dalam ceramah.
    Cara kempen dijalankan ataupun trend 'turun-temurun' termasuklah aktiviti ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, forum, dan sebagainya.

    Pada pendapat saya sebagai warga Malaysia, saya berpendapat bahawa kita telah mempraktikkan kesemua jenis kempen di atas di dalam sistem pentadbiran di negara kita dengan jayanya..

    Kusmayani Jainudin
    YA2008-1143

    BalasPadam
  6. Selamat Sejahtera,

    Tujuan kempen politik adalah untuk mendapatkan undian masyarakat, kempen perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan yang telah disasarkan, kempen awam pula adalah untuk mempengaruhi tindakan masyarakat untuk menangani sesuatu isu yang telah dincangkan dalam kempen dan kempen dakwah pula berobjektifkan masyarakat sentiasa mengamalkan aktviti seperti yang tertakluk pada agama masing-masing.

    Perbezaan yang ketara antara keempat-empat jenis dari segi audien, kempen politik menyasarkan masyarakat yang terdiri daripada masyarakat yang memerlukan wakil untuk menyelesaikan permasalahan atau keperluan mereka. Kempen perniagaan pula menyasarkan masyarakat yang mempunyai perkaitan dengan organisasi mereka. Hal ini bertujuan masyarakat dapat memberi sumbangan seperti melabur wang dalam organisasi mereka dan seterusnya mereka akan mendapat keuntungan. Kempen sosial pula menyasarkan audiens yang peka dengan isu-isu semasa. Kempen dakwah lazimnya dilaksanakan di tempat-tempat ibadat. Oleh itu sasaran kempen dakwah menyasarkan masyarakat yang sentiasa berkunjung ke tempat ibadat.

    BalasPadam
  7. Salam sejahtera.. Saya amat bersetuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Objektif bagi semua kempen yang dilaksanakan adalah berbeza tetapi matlamatnya adalah sama iaitu mengharapkan kempen yang dilaksanakan dijalankan dengan lancer dan juga dapat memberi kesan kepada audien. Objektif bagi kempen politik ialah untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Objektif bagi kempen perniagaan ialah untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan. Objektif bagi kempen awam ialah digerakkan secara khusus untuk menanggani masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu. Dan objektif bagi kempen dakwah ialah untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama.
    Objektif bagi keempat-empat kempen yang dinyatakan di atas adalah berbeza. Audien yang disasarkan oleh keempat-empat kempen tersebut adalah berbeza dan mesej yang hendak disampaikan juga adalah berbeza. Kempen politik adalah mensasarkan audien yang mempunyai kuasa dalam politik dan juga boleh mempengaruhi orang lain. Mesej yang disampaikan dalam kempen politik adalah berkaitan dengan politik dan juga hendak mendapat sokongan daripada audien. Kempen perniagaan adalah mensasar audien sebagai pembeli kerana kempen perniagaan ini adalah usaha untuk meningkatkan jualan sesuatu produk atau perkhidamatan kepada audien. Mesej yang disampaikan melalui kempen tersebut adalah mempromosikan sesuatu produk kepada pembeli. Manakala kempen sosial adalah mensasarkan masyarakat kerana hendak menangani masalah sosial dalam kalangan masyarkat dan kempen dakwah adalah mensasarkan kepada penganut baru untuk menganuti sesuatu agama. Mesej yang disampaikan dalam kempen sosial adalah untuk menangani masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan mesej yang disampaikan dalam kempen dakwah adalah berkaitan dengan agama. Oleh itu, audien dan mesej yang disampaikan dalam keempat-keempat kempen tersebut adalah berbeza.

    BalasPadam
  8. Salam. Setiap ketegori kempen mempunyai perbezaan matlamat yang berlainan dalam pelbagai aspek. Contohnya bagi kempen awam bertujuan untuk menangani masalah (isu) yang berkaitan sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu seperti kempen anti-dadah dan kempen perpaduan. Selain itu, bagi kempen dakwah pula bertujuan untuk menarik perhatian pengabut baru bagi menganut satu-satu aganma dengan menghebahkan tentang kebaikan hidup beragama, penceritaan kisah-kisah nabi, dan penghujahan tentang suruhan atau larangan dalam ajaran agama. Seterusnya, kempen politik bertujuan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu konstituen iaitu kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjalankan aktiviti kempen seperti ceramah, forum dan lawatan ke kawasan pengundian. Disamping itu, kempen perniagaan pula bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan. Trend kempen ialah mengadakan promosi atau diskaun semasa hari-hari perayaan, cuti sekolah dan lain-lain.

    BalasPadam
  9. Salam 1 Malaysia..setiap jenis kempen yang dijalankan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Sebagai contoh, kempen perniagaan bertujuan untuk memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan manakala kempen dakwah pula bertujuan untuk menarik perhatian penganut baru bagi menganut satu-satu agama. Kempen-kempen yang telah dinyatakan tersebut dirancang dengan baik dan teliti agar dapat mencapai objektif yang telah disasarkan.

    BalasPadam