Pages

Ahad, 8 Ogos 2010

[AK21503] Kuliah 4

Semua pihak perlu tahu bahawa fasa ‘pembujukan’ adalah had masa untuk melaksanakan program/aktiviti dalam pembujukan. Terdapat EMPAT [4] fasa dalam aktiviti pembujukan iaitu, 1. Fasa ‘awal pembujukan’ di mana manusia berusaha mewujudkan kemesraan menerusi perkenalan antara individu yang terlibat; 2. Fasa ‘pra matang’ yang memperlihatkan aktiviti menguji individu terhadap tahap pengetahuan tentang fakta berkaitan tujuan pembujukan; 3. dalam Fasa ‘matang’ , kupasan isi dan hujah tentang isu menjadi intipati percakapan; dan,
4. Fasa ‘pasca pembujukan’ yang memerlukan seseorang membuat rumusan dan pemantauan kesan keseluruhan aktiviti pembujukan.

Fikirkan...Letakkan diri anda sebagai sasaran pembujuk bagi satu-satu aktiviti pembujukan. Selepas aktiviti pembujukan tersebut, senaraikan dan susun perubahan tingkahlaku, emosi dan sikap anda mengikut fasa dalam proses pembujukan.

54 ulasan:

  1. Salam, saya beri satu contoh iaitu aktiviti DiGi menjual broadband. Pada beberapa bulan yang lalu saya berjalan ke kompleks karamunsing bersama teman-teman rapat, hajat kami untuk survey laptop(harga). Setelah puas meninjau di bahagian atas kami pun turun ke bahagian bawah kompleks. Sedang berjalan di tengah-tengah kompleks tersebut kami dikejutkan dengan kehadiran promoter-promoter DiGi. Pertama, pada fasa 'awal pembujukan' saya dan rakan-rakan saya berasa amat kurang selesa dengan pelawaan mereka yang kami anggap sebagai memaksa pelanggan untuk membeli produk mereka, emosi pada masa itu sangat tidak baik dan merimaskan kerana dikerumuni oleh promoter-promoter DiGi. Pada fasa seterusnya iaitu rakan-rakan saya mula bertanyakan harga dan kelebihan yang ada pada produk tersebut berbanding produk lain seperti Celcom dan Maxis setelah itu promoter itu pun menjawab dengan penuh keyakinan tanpa ada riak wajah yang menyatakan mereka tidak mengetahui jawapan yang akan dikemukakan (gaya pembujuk yang pro.) Terakhir rakan dan saya membeli juga broadband DiGi tersebut, kalau rakan saya memang seratus % dah terpujuk rayu oleh pembujuk yang pro. tu tetapi saya pula membeli produk tersebut atas dasar desakan dan keperluan semasa kebetulan tarikh untuk mendaftar akademik dah suntuk, mahu tak mahu terpaksa beli, nak beli celcom dan maxis pada masa itu line laju sangat inipun kerana kawan-kawan dah beli dulu. Tapi lepas dah beli produk ni, hati mula berbunga kembali, ertinya seronoklah tu. Sekian, daripada saya (",)

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera semua=D kalau saudari Norizan menggunakan contoh aktiviti promosi dan penjualan brodaband DG, saya pula brodaband CELCOM =).Sebulan yang lalu, semasa saya pergi ke giant di ip, seorang promoter broadaband CELCOM telah mendekati saya dan mempromosikan broadabang CELCOM kepada saya. Promoter tersebut berusaha untuk memujuk saya agar membeli broadaband CELCOM tersebut dengan menunjukkan patung 'Blue bear' kepada saya. Patung tersebut akan menjadi milik saya sekiranya saya membeli broadaband tersebut. Namun saya tidak terpujuk langsung untuk membeli broadaband tersebut. berdasarkan situasi tersebut, pada fasa 'awal pembujukan' saya sangat tidak selesa dengan kehadiran promoter tersebut. Saya terus berjalan, tetapi promoter tersebut terus mengikuti saya sambil memberitahu pelbagai kelebihan sekiranya saya memiliki broadaband tersebut. Saya hanya mampu mengatakan, "saya tidak berminat. Sorry =)" dan terus berjalan laju meninggalkan promoter tersebut.
    Beberapa minggu kemudian, sewaktu menghadiri kuliah kempen dan pembujukan (oleh en. syah sendiri)en. syah memaklumkan bahawa perbincangan dalam blog adalah 10%, saya terus teringat kepada promoter broadaband CELCOM tersebut. Saya menyedari bahawa saya memang memerlukan broadband bagi memudahkan saya melayari internet untuk tujuan perbinncangan dalam blog. Selepas kelas kuliah, saya terus datang kepada promoter tersebut dan mula bertanya secara lanjut tentang kelebihan broadaband CELCOM tersebut. Dalam situasi ini, fasa kedua iaitu fasa 'pra matang' berlaku dalam diri saya. Fasa seterusnya pula iaitu fasa 'matang', berlaku apabila saya bertanya tentang harga dan seterusnya mengambil keputusan untuk membelinya. Fasa yang terakhir iaitu fasa 'pasca pembujukan' berlaku apabila saya merasakan broadband tersebut telah meringankan beban kerja saya.(sama seperti apa yang pernah dikatakan oleh promoter tersebut).=)

    Dalam kuliah kita yang pertama telah menyentuh tentang sifat sesetengah di mana, ada orang yang senang dipujuk dan ada orang yang sukar dipujuk. Bagi saya, saya berada dalam golongan mereka yang agak sukar dipujuk sekiranya saya merasakan sesuatu pembujukan itu tidak mempunyai kepentingan kepada saya, terutamanya iklan2 tentang barangan.

    Di sini, saya ingin menimbulkan satu persoalan. Adakah fasa pembujukan itu sememangnya berlaku secara serentak dalam 1 masa? (Bagi saya tidak semestinya). =)

    BalasPadam
  3. Salam.. Saya juga pernah menjadi sasaran pembujukan kerana saya amat mudah tertarik dengan kata-kata manis dan cara pembujukan oleh jurujual produk kecantikan. Pada awal pembujukan, saya didatangi oleh jurujual-jurujual satu produk kecantikan di kolej kediaman saya. Pada masa itu, mereka sedang membuat jualan langsung di tempat tersebut, kebetulan saya lalu di kawasan tersebut dan jurujual tersebut terus mengejar saya untuk mempromosi produk kecsntikan tersebut. apabila saya leka mendengar penerangan daripada jurujual tersebut saya mula tertarik kerana produk tersebut dapat memenuhi keperluan saya untuk menjaga kecantikan. seterusnya saya mula terfikir untuk membeli produk tersebut dan saya rasa amat gembira dan tidak sabar untuk menggunakan produk kecantikan itu. Melalui penerangan daripada jurujual itu dan dapat memuaskan hati saya. Akhirnya saya membeli produk tersebut dan saya kerap menggunakan produk kecantikan itu untuk keperluan saya.

    BalasPadam
  4. assalamualaikum dan selamat sejahtera...
    saya adalah seseorang individu yang pernah menjadi sasaran pembujukan. saya pernah terpujuk oleh seorang penjual produk kecantikan. saya berjalan ke sebuah pusat membeli-belah di Tawau,Sabah. tujuan sebenar saya untuk pergi ke pusat membeli-belah itu adalah untuk membeli barangan mandian saya. sedang saya mencari barangan saya, tiba-tiba datang seorang jurujual lalu bertanyakan kepada saya barangan apa yang saya ingin beli. saya pun menjawap produk mandian saya. pada permulaan, saya berpendapat bahawa jurujual tersebut ingin menolong saya untuk mencari barangan yang saya cari. namun demikian, saya telah salah mentafsir kerana jurujual tersebut sebenarnya ingin mempromosikan produknya lalu membujuk saya untuk membelinya. oleh demikian, saya telah melalui fasa pertama disebabkan jurujual itu mengajukan soalan kepada saya dengan mesranya. seterusnya, saya telah mengalami fasa yang kedua apabila jurujual itu telah menerangkan kelebihan produknya sekaligus membuat promosi bahawa potongan harga dibuat pada hari itu sahaja. pada saat itu, saya mula tertarik dengan promosi yang dilakukan oleh jurujual tersebut tetapi saya masih tidak menunjukkan bahawa saya berminat dengan produk tersebut. oleh demikian, jurujual tersebut meneruskan pembujukannya dengan menyuruh saya untuk menghidu produk tersebut. saya sangat menyukai dengan haruman tesebut lalu memberikan reaksi bahawa saya beminat dengan produk tesebut. pada fasa terakhir, saya telah membeli produk tersebut yang merupakan produk pertama kali saya jumpa dan menggunakannya.

    BalasPadam
  5. Hai, perbincangan mengenai empat fasa pembujukan di atas amat menarik perhatian saya kerana saya pernah berada dalam keadaan di mana saya pernah menjadi pembujuk dan juga orang yang dibujuk. Sememangnya setiap orang mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam kes pembujukan ini. Antara pengalaman yang paling menarik dalam hidup saya sebagai seorang pelajar ialah apabila membuat pembelian Broadband. Sebagai seorang pengguna dan pelajar Universiti sudah semestinya saya mempunyai permintaan yang tinggi dan kualiti yang baik dalam sesuatu produk. Bagi saya, saya mengambil serius apabila membuat pembelian produk yang memerlukan pembayaran setiap bulan. Oleh itu semestinya dengan pengalaman yang ada sebagai seorang pembujuk,saya mengetahui secara sedikit mengenai produk yang diingini saya. Dalam mengalami kejadian pembelian produk Maxis Broadband, saya dapat melihat 4 fasa pembujukan yang telah berlaku dalam diri saya iaitu, fasa awal pembujukan, pra matang, matang dan pasca pembujukan. Dalam pembujukan ini had masa bagi pembujukan amat dititik beratkan bagi memastikan pembujukan berjaya berlaku. Pembelian ini berlaku ketika sebuah pasar raya di kuching iaitu ‘The Spring’ mengadakan roadshow untuk Maxis Broadband. Pada fasa awal pembujukan, ingin saya nyatakan di sini bahawa pembujuk yang membujuk saya itu dapat saya katakan sebagai seorang yang professional.Beliau menggunakan teknik yang cukup saya senangi. Oleh itu dapat dikatakan di sini bahawa pada awal pembujukkan lagi saya sudah menyenangi perwatakan pembujuk itu. Beliau menegur saya seolah-olah sudah mengenali saya dalam tempoh jangka masa yang lama. Itu merupakan fasa awal pembujukan. Sudah semestinya ketika itu pembujuk tidak tahu bahawa sama ada saya berminat untuk membeli Broadband atau tidak. Dia juga tidak mengetahui bahawa saya seorang pelajar.

    BalasPadam
  6. Fasa kedua iaitu fasa pra matang berlaku apabila pembujuk mula bertanya sekiranya saya berminat dengan maxis broadband. Pembujuk juga turut bertanya sekiranya saya pernah menggunakan broadband dari syarikat lain sebelum ini. Apabila mengetahui bahawa saya pernah menggunakan broadband sebelum ini daripada syarikat yang berlainan iaitu Celcom, saya berpendapat pembujuk mengklasifikasikan saya sebagai pengguna yang berpengalaman. Di sini merupakan fasa pra matang dan dalam keadaan ini saya sangat serius dengan tujuan menakutkan pembujuk agar tidak menipu saya dan saya pasti pembujuk yang saya katakan seorang yang professional ini dapat menangkap mesej non verbal yang cuba saya sampaikan. Pada fasa ketiga pula iaitu fasa matang pula, pembujuk mengajak saya untuk duduk dan bercakap mengenai produk tersebut secara lanjut.Saya klasifikasikan pembujuk ini sebagai seorang yang bijak kerana beliau berkata bahawa “ tidak apa sekiranya saya membuat pembelian ataupun tidak selepas mendengar penjelasan beliau”.Dalam keadaan ini beliau telah menyakinkan saya bahawa beliau tidak akan menipu.Beliau telah memperjelaskan kepada saya dengan jelas mengenai produk yang dijualnya tanpa cuba menipu saya. Dalam kes ini, beliau telah menyakinkan saya apabila beliau tidak ada pun menyebut perbanding yang ketara bagi mempromosikan produk beliau daripada produk lain.Beliau mengatakan,kualiti produk broadband itu bergantung kepada coverage tempat pengguna menggunakan produk itu.Pada ketika itu keyakinan saya bertambah tinggi. Fasa keempat iaitu fasa pacsa pembujukan berlaku apabila beliau cuba mendorong saya untuk membeli produknya dengan bertanya kawasan tempat tinggal saya bagi menyemak coverage bagi produknya dan sememangnya line di kawasan saya itu bagus. Beliau juga cuba membujuk saya dengan mengatakan bahawa sekiranya pembelian dibuat sekarang,beliau akan memberikan “free give”. Akan tetapi demi menguji kata-kata pembujuk itu pada fasa awal pembujukan yang mengatakan “ tidak apa sekiranya saya membuat pembelian ataupun tidak selepas mendengar penjelasan beliau” , saya tidak membuat pembelian ketika itu.Akan tetapi beliau telah memberikan “name card” beliau kepada saya agar menghubunginya sekiranya berminat. Saya hanya membuat pembelian Maxis Broadband dari pembujuk itu pada keesokan hari. Tq

    BalasPadam
  7. Assalamualikum dan salam sejahtera, sepanjang kehidupan saya selama 21 tahun,1 bulan, dan 13 hari, saya perhatikan kehidupan individu pasti akan terlibat dengan akitivi pembujukan. Dengan ini saya menggunakan contoh produk penjagaan muka.

    Saya sangat jarang mengunjungi pasar raya, oleh itu semasa saya mengunjungi pasar raya Pacific Ngeukee, Sabah, saya telah melihat sebuah produk penjagaan muka menjalankan promosi. Saya lalu dan melihat cara jurujual tersebut menarik pelanggan mereka. Fasa pertama(awal pembujukan) berlaku apabila jurujual tersebut menggunakan daya tarikan dengan berpakaian kemas, senyuman manis, dan percakapan yang lembut. Saya terus tertarik dan terpujuk untuk pergi melihat promosi tersebut. Pada tahap ini perasaan ingin tahu saya membuak-buak kerana saya telah lama ingin mengetahui jenis kulit muka saya (intrapersonal).

    Fasa kedua pra matang, jurujual tersebut bertanya tentang sejauh mana saya mengetahui jenis kulit muka saya, kesan buruk apabila tidak menjaga muka, dan sebagainya. Sesi soal jawab tersebut berjalan dengan baik kerana mereka membekalkan saya dengan pengetahuan baru. Apatah lagi berkaitan tentang penjagaan muka yang sangat dominan di kalangan perempuan. Keinginan mula bercambah untuk membeli produk tersebut. Saya merasa senang dengan jurujual tersebut kerana pendekatan yang mengutamakan budi bahasa meletakkan mereka ke tahap yang berbeza dengan kaedah promosi yang pernah melibatkan saya.

    Dengan menggunakan pendekatan teknologi, jurujual tersebut menggunakan mesin yang boleh zoom 100% dengan lebih dekat untuk melihat jenis kulit dan menyatakan masalah yang wujud pada kulit muka. Fasa ketiga iaitu fasa 'matang' berlaku pada waktu ini, di mana saya mula bertanya tentang masalah kulit saya dan meminta penjelasan yang lebih lanjut dan isi kandungan dalam produk penjagaan muka yang tidak padan dengan kulit saya. Sambil itu saya bertanya, produk yang saya guna pada waktu itu berbeza dan adakah ia baik untuk kulit muka saya dengan menyatakan kelebihannya. Jurujual tersebut menggunakan 'win-win situation' kerana mereka ingin membekalkan pengetahuan lebih daripada pembelian barang mereka. Saya sangat menghormati objektif promosi mereka.

    Peringkat terakhir iaitu fasa 'pasca pembujukan' saya selesai melakukan ujikaji yang melibatkan diri saya sendiri. Semasa penglibatan saya dalam ujian tersebut, saya telah merumuskan bahawa saya telah mempunyai pengetahuan yang memadai bagi penjagaan kulit muka yang mana saya dapat kongsi bersama individu yang lain. Saya membeli produk tersebut tetapi bukan kerana saya ingin terus menggunakan produk tersebut hanya kerana ingin menunjukkan rasa hormat kerana telah memberi masa kepada saya. Dengan ini saya terpujuk untuk membeli produk tersebut tetapi tidak bercadang untuk setia kerana saya mempunyai pilihan yang lain.

    Sekian.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera.......
    Merujuk kepada tajuk perbincangan di atas, saya bersetuju bahawa fasa-fasa pembujukan terdapat empat kategori. Merujuk kepada ulasan-ulasan yang diberikan oleh kawan-kawan semua memang perkara tersebut sentiasa berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar universiti. Apa yang dapat saya fahami daripada ulasan kawan-kawan kebanyakannya mendapat proses pemujukan daripada penjualan broadband dengan pelbagai jenis dan saya amat bersetuju dengan perkara tersebut. Walhal dalam kesempatan ini, saya ingin mengutarakan proses pemujukan yang berkaitan dengan makanan yang dipromosikan dan secara langsung dapat mencuba makanan tersebut.
    Melalui pemujukan ini iaitu, fasa awal pemujukan jurujual tersebut akan mengejar pergerakan kita agar kita mencuba makanan tersebut contohnya makanan ringan yang baru dipasarkan. Hal ini terjadi apabila mempunyai penjualan besar-besaran dengan tajaan syarikat-syarikat besar seperti ‘jom heboh’ yang mempunyai tajaan daripada maxis dan mempunyai pelbagai makanan yang baru naik di pasaran untuk dipromosikan. Hal ini menyebabkan penjual-penjual tersebut berusaha untuk mempromosikan barang-barangnya. Apabila jurujual tersebut mendekati saya untuk mempromosikan barang makanannya dia akan mengejar dan menunjukkan kemesraan untuk menunjukkan dia mengetahui segalanya tentang saya contohnya berasal dari mana ,umur berapa, dan dia mengatakan saya berminat untuk makan barang makanan yang dijualnya. Melalui pujukan dan kata-kata manis yang diberikan fasa pembujukan yang ke-2 telah diberikan oleh penjual tersebut iaitu mengatakan tujuan pembujukan dan secara langsung mempromosikan barang makanannya.Apabila hal ini berlaku saya mula tertarik dengan barangnya apabila penjual tersebut mengunakan fasa pembujukan ke-3 iaitu menerangkan segala hujah-hujah yang berkaitan dengan barang makanannya. Oleh itu pada ketika ini emosi saya telah berubah daripada tidak berasa selesa dengan penjual tersebut menjadi selesa dan terus berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang barangannya. Melalui fasa pemujukan yang ke-4 , apabila mendapat segala pemujukan yang telah diberikan saya bersetuju membeli barang makanan penjual tersebut dan mempunyai promosi jualan iaitu dengan membeli 2 bungkus barang jualan akan mendapat potongan harga dan ini menarik minat saya untuk membeli 2 bungkus.
    Apabila perkara ini terjadi saya ingin menimbulkan persoalan iaitu wajarkan penjual itu mengejar dan memaksa kita untuk melalui proses fasa pemujukan ataupun perkara tersebut terjadi secara langsung tanpa di sedari oleh penjual tersebut bahawa dia telah melalui empat fasa pemujukan..???.terima kasih.

    BalasPadam
  9. Hello everyone! Salam sejahtera semua.:)Saya selalu menjadi sasaran pembujuk dalam satu-satu aktiviti yang melibatkan pembujukan. Namun, saya hanya akan memberi satu contoh aktiviti pembujukan yang melibatkan saya sebagai sasaran pembujuk. Pada bulan yang lepas, saya dan kawan saya Danira, pergi membeli barang keperluan di 1 Borneo. Setelah lama berjalan di sekitar 1 Borneo, kami terlimpaslah 2 orang pembujuk yang berdiri berdekatan dengan tangga eskalator. 2 lelaki tersebut terus menghampiri dan menawarkan satu hadiah. Pada awalnya, kami berdua menolak pemberian hadiah percuma tersebut (hadiah botol kaca tempat letak minyak masak). Namun, akhirnya kami mengalah juga setelah didesak beberapa kali. Pada masa itu, kami berasa serba salah setelah didesak beberapa kali, oleh itu kami berdua terpaksa menerima hadiah tersebut dan meluangkan masa yang kononnya beberapa minit untuk mendengar penjelasan tentang produk mereka. Nama produk tersebut adalah FRICO. Seperti biasa, pembujuk tersebut menggunakan kemahiran-kemahiran yang ada untuk menarik perhatian kami berdua. Mereka juga berusaha mewujudkan kemesraan dengan memberi senyuman yang paling manis waktu itu. Saya dan kawan saya dijemput duduk dan mereka membahasakan kami dengan panggilan MISS. Jujur, produk mereka memang berkualiti seperti periuk, dapur, dan mikrowave. Semua alat-alat tersebut dibuat menggunakan teknologi-teknologi canggih dari Jerman. Kalau dah canggih harga pun mahal kan?? Misalnya, mikrowave FRICO ini boleh digunakan untuk memanggang dengan cepat selain daripada dapat digunakan untuk masak keropok dalam masa satu minit sahaja. Keropok cuma perlu diletakkan di dalam, dalam masa 1 minit keropok tersebut akan mengembang. Selain itu, microwave ini selamat walaupun kita memanaskan makanan di dalamnya dengan menggunakan bahan plastik. Selepas demo apa semua, kami memaklumkan kepada pembujuk tersebut bahawa kami masih belajar dan belum tiba masanya untuk membeli peralatan dapur seperti itu. Namun, pembujuk tetap juga ingin menjelaskan dengan lebih lanjut lagi dengan harapan kami akan membantu mereka mempromosikan produk tersebut kepada saudara mara dan kawan-kawan. Pada masa itu saya dan kawan saya ingin beredar dengan alasan kami tidak banyak masa. Saya pun sudah merasa sangat tidak selesa kerana didesak dan dipaksa untuk mendengar sebentar saja lagi. Langkah seterusnya, mereka menyuruh saya dan kawan saya mencabut baucar di dalam sampul surat. Maka, kami berdua pun cabut baucar dan kawan saya mendapat baucar percuma RM100 dengan pembelian barang FRICO sebanyak RM1999. Saya pula mendapat percuma satu set periuk FRICO dan baucar RM100 dengan pembelian barang FRICO RM1999. Oleh kerana kami bertegas tidak mahu membeli yang kononnya boleh dibayar secara bulanan, dia memberitahu bahawa baucar itu valid selepas 3 tahun (selepas habis belajar) tetapi dengan syarat kami berdua membayar RM100 untuk memanjangkan tempoh baucar tersebut. Kami tetap tidak mahu dan menolak dengan baik. Dalam fikiran saya, perniagaan tersebut menipu semata-mata. Tetapi seorang pembujuk sudah mula meninggikan suara kerana mungkin proses pembujukannya bakal menemui kegagalan. Kononnya, kami ini tidak faham bahasalah. Pada saat itu, saya dan kawan saya berasa sangat menyesal kerana terpedaya pada awalnya dan seakan-akan mahu cabut pada masa itu juga. Namun akhirnya, mereka berputus-asa dan kami terus berlalu dari situ dengan perasaan geram. RM100 kami selamat...lagipun saya sendiri pernah mendengar perniagaan-perniagaan seperti ini melakukan banyak penipuan. Untuk pengetahuan semua, FRICO ini hanya boleh dibeli melalui laman web mereka sahaja dan dibayar melalui bank. Lagipun, harga dia boleh tahan. Dalam lingkungan RM 2000-RM5000 setiap barang.

    BalasPadam
  10. Salam 1 malaysia. Saya pernah menjadi salah seorang sasaran pemujuk yang menawarkan pakej untuk belajar sendiri dalam bahasa inggeris. Pakej belajar tersebut dikenali sebagai Lingua Fon. Saya pada mula tidak tertarik kepada promosi yang dijalankan kerana saya merasakan promosi tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada saya.Namun akhirnya saya telah terpujuk juga untuk membeli produk tersebut. Pada fasa awal pembujukan, promoter atau jurujual produk lingua fon tersebut memanggil saya dan rakan untuk melihat produk tersebut. Kata-kata jurujual tersebut yang masih saya ingat sehingga ke hari ini ialah “dik, sini sekejap ada hal kecemasan”. Apabila kami duduk dan mendengar perkara yang dikatakan “kecemasan” tersebut, jurujual produk tersebut cuba untuk berbual-bual kosong dan hanya bertanya tentang nama,tempat tinggal dan pelbagai bentuk soalan bebentuk peribadi. Promoter tersebut cuba untuk beramah mesra dengan saya dan rakan saya. Kami berasa selesa untuk terus mendengar apa yang cuba disampaikan disebabkan keramahan dan sikap baik yang ditunjukan oleh jurujual tersebut. Kemudian jurujual tersebut mula masuk ke fasa kedua dengan bertanyakan kepada kami tentang pengetahuan kami berkaitan produk tersebut. Jurujual tersebut telah membuat beberapa ujian untuk mengatahui tahap bahasa inggeris kami. Saya dan rakan dikehendakiuntuk menyebu beberapa perkataan dalam bahasa inggeris. kemudian jurujual tersebut menayakan soalan dalam bahasa inggeris dan menyuruh kami untuk menjawabnya. Apabila kami memberi jawapan yang salah, jurujual tersebut mula memperkenalkan produk tersbut. Dalam fasa ketiga, apabila mendapati kami mempunyai kelemahan dalam bahasa inggeris,jurujualr tersebut mula berhujah tentang kebaikan produk tersebut. Jurujual tersebut sedikit pun tidak menyentuh tentang harga atau bayaran yang dikenakan keatas barang tersebut. kami mula rasa tertarik apabila jurujual tersebut mula menunjukkan beberapa lampiran bahawa tokoh-tokoh terkenal pernah menggunakan barangan tersebut. Disamping memperkatakan tentang kebaikan produk tersebut, jurujual tersebut juga mencari pendekatan lain untuk memujuk kami agar membeli barang tersebut. Jurujual tersebut mula menceritakan pengalamannya yang terdahulu tidak tahu berbahsa inggeris, mengalami kesukaran yang sangat tinggi untuk mendapatkan pekerjaan dan berinteraksi dengan orang lain. Dalam fasa keempat ,di sebabkan kami tidak ingin untuk menghadapi perkara sedemikian,kami pun terus membeli produk tersebut. Namun, saya berasa menyesal selepas membeli produk tersebut kerana harga yang mahal dan lansung tidak memberi faedah kepada saya. Malahan setiap kali melihat brg tersebut membuatkan saya berasa menyesal kerana terpengaruh untuk membeli produk tersebut.

    BalasPadam
  11. salam..
    sememangnya kita semua pernah menjadi sasaram bagi pembujukan, saya paling tidak suka apabila seseorg jurujual datang ke arah saya dan memaksa saya untuk menerima segala hadiah-hadia yang mereka hulurkan. Kadang-kala, saya tidak melayan mahupun menerima sebarang benda yang mereka hulurkan. Pernah juga saya dimaki apabila tidak memberi sebarang respon terhadap mereka-mereka yang membujuk tersebut. Selama ini, belum pernah saya terpikat dengan sebarang pembujukan yang dikaitkan dengan jualan lansung. Kadang-kadang saya seorang yang bukan mudah mempercayai setiap kata-kata manis mereka. Semua benda yang mereka jual, tidak pernah ada keburukan, semuanya adalah demi kebaikan. Pernahkah kita fikir setiap benda tersebut tidak mempunyai keburukan walau sedikit pun. Saya mengambil contoh ahli keluarga saya, kakak saya pernah tertipu kerana pembujukan penjual ini sememangnya sangat berkuasa, sehingga saya sendiri hampir terjerat. Sewaktu penjual ini datang setiap rumah ke rumah di kawasan kampung, mereka memberitahu bahawa ada cabutan bertuah dan goren dan menang. Akak saya memilih gores dan menang, dan dia hanya perlu membayar rm5 untuk dapatkan kad goren dan menang tersebut. Setelah menggores, kakak saya dengan bertuahnya mendapat satu set peralatan memasak yang benilai rm500. Dengan gembiranya, dia memberitahu penjual dan menunggu untuk mendapatkan peralatan tersebut. Namun, saya amat terkejut apabila mereka menyatakan bahawa kakak saya perlu membayat rm250 untuk peralatan tersebut. Segala proses pembujukan dilakukan supaya meyakinkan kakak saya agar membayar peralatan tersebut. Sewenang-wenangnya kakak saya membayar wang sejumlah yang dinyatakan demi mendapatkan peralatan memasak. Mereka menyatakan bahawa harga sebenar barangan tersebut adalah mencecah rm800. Kakak saya pula dapat tawaran murah dengan harga rm250. Bagi saya, saya tidak setuju apabila kakak saya membar wang tersebut, kerana di sini dia lebih termakan pujuk rayu daripada penjual-penjual tersebut. sebulan kemudian, secara kebetulan kami pergi membeli belah dan ternampak set peralatan memasak itu dijual dengan harga rm180. Sejak hari tu, saya tidak sanggup untuk mempercayai segala pembujukan-pembujukan yang dilakukan oleh para penjual yang berkenaan.

    BalasPadam
  12. asalamulaikum dan salam ramadhan kepada semua, saya sangat berminat dengan persoalan yang dikemukakan, hal ini disebabkan saya mempunyai pengalaman tersebut.Dalam suatu pembujukan sememangnya keempat-empat fasa memainkan peranan penting dalam pembujukan.Menerusi pengalaman saya,dalam pembujukan saya telah menjadi sasaran mereka untuk membeli produk syarikat mereka yang berbentuk peralatan elektronik yang berfungsi untuk tujuan pembelajaran.Apa yang saya alami dan lihat strategi mereka atau promoter tersebut sememangnya menggunakan keempat-empat fasa tersebut untuk menarik perhatian pembeli.Menerusi pembujukan yang dilakukan oleh pembujuk dalam mempromosikan produk mereka sememangnya menggunakan fasa yang pertama iaitu awal pembujukan, mereka menggunakan sesi perkenalan diri mereka serta menyelitkan unsur kemesraan seperti menggunakan unsur jenaka bagi menarik perhatian sasaran untuk lebih berminat mendengari penjelasan seterusnya tentang produk tersebut.Hal ini adalah sama seperti pengalaman saya dimana mereka datang ke meja makan serta melakukan pembujukan peringkat fasa pertama dengan memperkenalan diri mereka yang mempunyai unsur kemesraan dengan mempraktikan bahasa dalam kaum tertentu kepada kami,Keadaan ini menunjukkan mereka lebih banyak berpengetahuan serta menarik perhatian.Selain itu, mereka juga menyelitkan fasa yang kedua iaitu menceritakan tentang pengetahuan umum dan kebijaksanaan mereka setelah membeli produk tersebut,tambahan pula mereka mereka menguji kami semua tentang kefasihan dalam berbahasa inggeris serta mereka memnunjukkan kearifan mereka dalam berbahasa inggeris,melalui kaedah mereka ini menimbulkan minat saya untuk mendengar lebih tentang kejayaan syarikat mereka.Malah, mereka juga menampakkan bukti kejayaan produk mereka.Setelah itu,fasa yang ketiga mereka hanya meneruskan perbualan dengan menekankan kepentingan dan kelebihan produk serta juga melakukan pemujukan yang tidak henti-henti.Melalui fasa yang keempat yang menyatakan tentang kesan pembujukan ini ternyata saya telah menyetujui pembelian barangan elektronik tersebut yang bernilai ribuan ringgit dan hanya perlu mebayar bulan sahaja selama 2 tahun.Penyetujuan yang saya buat untuk membeli barangan tersebut adalah tanpa berfikir panjang tentang kesan dan tanpa memikirkan kemampuan saya membayarnya kerana seolah-olah saya didesak dan terus didesak.Disamping itu,setelah membeli barangan tersebut,apa yang saya rasakan adalah kekesalan dan bukan kegembiraan.Namun,akhirnya saya dapat membatalkan kontrak pembelian tersebut.Menerusi pengalaman sebagai sasaran ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kesan pembujukan ini boleh bersifat panjang dan pendek,dengan lebih jelas setelah pembujukan dilakukan kita boleh terpengaruh semasa dalam pembujukan sahaja dan bukan dalam tempoh yang lama..Setelah kejadian tersebut saya telah mempelajari sesuatu agar lebih berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan dan bersifat teguh pendirian,Dengan itu, pengalaman mematangkan minda..sekian..

    BalasPadam
  13. Assalammualaikum w.b.t…

    Perbincangan mengenai empat fasa pembujukan di atas amat menarik perhatian saya. Melalui ‘pembujukan’, semua pihak perlu tahu fasa-fasa pembujukan untuk melaksanakan program atau aktiviti dalam pembujukan. Secara keseluruhannya semua orang pernah melalui pengalaman yang tersendiri dalam kes pembujukan seperti ini cuma mereka yang terlibat ini tidak mengetahui yang mereka ini sudah melalui beberapa peringkat yang perlu dilalui dalam setiap fasa pembujukan. Saya juga seperti rakan-rakan saya yang lain yang mempunyai pengalaman tersendiri dalam kes pembujukan ini. Jika rakan saya ( Alie, Kaylona dan Siti Norizan ) terpujuk dengan pembelian broadband, saya pula dengan pembelian laptop. Sebelum saya masuk ke universiti, saya telah meninjau beberapa tempat penjualan komputer riba (laptop) dan saya mendapati semua harga dan perisian di dalamnya lebih kurang sama. Kadang-kadang seseorang individu itu membeli sesuatu produk kerana terpengaruh dengan kata-kata manis pembujuk tersebut.

    Oleh itu, mana-mana pihak yang mudah terpengaruh dengan pujuk rayu pembujuk akan terpengaruh lantas membeli sesuatu produk yang diingini. Setelah puas meninjau beberapa buah kedai yang menjual laptop , saya dapat melihat 4 fasa pembujukan yang telah berlaku ke atas diri saya. Pembelian ini berlaku di sebuah pusat membeli belah di Centre Point Sabah. Pada fasa awal pembujukan, ingin saya katakana juga bahawa pembujuk tersebut bolehlah dikatakan seorang yang berkemahiran atau professional. Pembujuk seolah-seolah dapat membaca apa yang saya ingini. Melalui pengalaman yang dimiliki oleh pembujuk, saya mula menyenangi perwatakan pembujuk. Dengan senyuman dan kata-kata manis yang diberikan, kita seolah-olah dapat memenuhi cita rasa kita sendiri dan menemui barang yang kita ingini. Namun, pembujuk masih tidak tahu bahawa saya berminat untuk membeli atau tidak laptop tersebut walaupun dapat menjangka apa yang saya ingini. Ini merupakan fasa awal pembujukan.

    BalasPadam
  14. Fasa kedua iaitu fasa “pra matang”, berlaku ke atas diri saya apabila pembujuk mula bertanyakan sama ada saya berminat membuat pembelian laptop atau tidak. Apabila mengetahui bahawa saya pernah menggunakan laptop sebelum ini daripada syarikat lain iaitu (Compaq), saya berpendapat pembujuk cuba untuk mengklasifikasikan saya sebagai pengguna yang berpengalaman. Di sini merupakan fasa pra matang dan dalam keadaan ini saya sangat serius dengan tujuan menakutkan pembujuk agar tidak menipu saya dan saya pasti pembujuk tersebut dapat menangkap mesej yang cuba saya sampaikan. Pada fasa ketiga pula iaitu “fasa matang” , pembujuk mempelawa saya untuk duduk dan bercakap mengenai produk tersebut dengan lebih terperinci. Pembujuk mengatakan bahawa “ tidak apa sekiranya saya membuat pembelian atau tidak dan pembujuk juga menegaskan penerangannya hanya 5 minit sahaja dan itu yang membuatkan saya berkata “ tak apalah cuma 5 minit sahaja”.

    Pembujuk telah memperjelaskan kepada saya dengan jelas mengenai produk yang dijualnya tanpa cuba menipu saya. Pembujuk telah meyakinkan saya dengan tidak menyebut langsung perbandingan yang ketara bagi mempromosikan produk syarikat mereka dengan syarikat lain. Pembujuk mengatakan sekali lagi bahawa kualiti produk laptop itu bergantung kepada perisian yang terkandung di dalamnya. Pada ketika itu juga keyakinan saya untuk mendapatkan laptop tersebut semakin tinggi. Fasa keempat pula iaitu fasa “pasca pembujukan” telah berlaku apabila beliau cuba mendorong dan mempengaruhi saya untuk membeli produknya dengan menanyakan pelbagai soalan seperti tempat tinggal, status, umur dan sebaginya. Pembujuk yang saya katakan profesional itu tadi menambahkan minat saya untuk membeli dengan menawarkan pelbagi ‘free give’. Dengan mengimbas kembali kata-kata pembujuk tersebut bahawa “ tak ada apa-apa sekiranya saya membuat pembelian atau tidak selepas mendengar penjelasan pembujuk, saya tidak membuat pembelian ketika itu akan tetapi beliau telah memberikan “ name card” belaiu kepada saya agar menghubunginya sekiranya berminat. Seminggu kemudian saya pun menghubunginya untuk membuat pembelian laptop berjenama “Acer”. Salam…

    BalasPadam
  15. Salam.

    Saya suka untuk memberikan contoh aktiviti pembujukan ini ketika saya ingin membeli sepasang baju tidak lama dahulu menjelang Aidilfitri.Ketika itu saya memasuki sebuah kedai baju dan didekati oleh jurujual kedai tersebut. Pada awalnya ketika saya memilih baju tersebut, jurujual itu hanya tersenyum tanpa berkata- apa terhadap pilihan saya.Saya berasa selesa dengan keadaan itu kerana jurujual itu memberi peluang untuk saya memilih sendiri.Jurujual terbabit membiarkan saya membuat pilihan terlebih dahulu. Kemudiannya apabila saya sudah tertarik dengan salah satu pilihan baju yang ada, jurujual tersebut mula memberi pandangannya mengenai kesesuaian baju tersebut dengan diri saya. Melihatkan respon dari jurujual tersebut, saya juga mula memberi pendapat terhadap pilihan baju yang saya buat.Pillihan baju yang saya buat adalah saya telah memilih sepasang baju kurung berwarna jingga keemasan. Akhirnya, saya membeli baju tersebut setelah berpuas hati dengan harga dan kehendak saya.

    Disini,dalam peringkat fasa awal pembujukan ini, jurujual tersebut tidak melakukannya secara agresif untuk menarik minat pelanggannya yakni saya.Hal ini kerana, sebagai pelanggan saya ketika itu sudah pasti ingin membeli sesuatu dan sebagai jurujual, tindakan membujuk yang sederhana pada peringkat awal telah menarik minat saya untuk terus berada di kedai tersebut.Pada peringkat kedua iaitu pra matang, jurujual itu mula memberi pandangan terhadap pilihan baju yang saya buat.Kemudian pada peringkat matang, saya bertanya pendapat jurujual mengenai kesesuaian pilihan yang saya buat.Dengan mengambil kira faktor, umur, fizikal dan sebagainya, jurujual tersebut memberi pendapat.Setelah berpuas hati , saya akhirnya membeli pilihan baju yang saya buat dan berasa puas hati.Sebagai pelanggan, saya tidak memerlukan aktiviti pembujukan yang keterlaluan kerana pada pendapat saya sederhana itu adalah yang terbaik.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum dan salam satu malaysia. terdapat 4 fasa pembujukan yang telah berlaku ke atas diri saya. seperti rakan-rakan yang lain, sperti kaylona dan norizan saya turut menjadi "mangsa" pembujukan seorang promoter DIGI / CELCOM dalam penjualan broadband. Pada fasa awal pembujukan, seorang promoter digi datang menghampiri saya dengan senyuman yang menyenangkan hati. Beliau menegur saya seolah-olah telah lama mengenali saya. Saya puN turut berbual-bual denagannya .Kemudian dia mulai memerangkap dengan menanyakan saya adakah saya mempunyai broadband. Pada peringkat ini telah masuk kepada fasa “pra matang” di mana beliau menanyakan saya tentang kebaikan penggunaan broadband. Beliau menambah lagi dengan adanya broadband saya tidak perlu risau untuk melaksanakan tugas yang dilakukan kerana saya boleh menggunakan internet dengan menambah maklumat yang ada. Malah saya tidak perlu ke library waktu malam dan hanya membuat kerja di dalam bilik sahaja. Kemudian beliau telah menunjukkan saya penggunaan internet didepan mata. Beliau turut membenarkan saya menggunakan sendiri untuk menguji kebenaran kata-katanya ini telah masuk kepada fasa “matang”. Akhirnya saya turut terpujuk untuk membeli barangan yang telah di promote kepada saya.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum.......bercakap mengenai sasaran pembujuk, saya sendiri mempunyai pengalaman yang mana saya sendiri menjadi sasaran pembujuk.Saya pernah terpedaya dengan beberapa agensi yang mana menawarkan 1001 macam janji.Padahal janji hanya tinggal janji.Geram ya rabbi masa tu.ye la dah kena tipu sapa yang suka.
    Pengalaman petama saya saya menjadi sasaran pembujuk iaitu mereka suruh membeli barangan iaitu alat bantu belajar Bahasa Inggeris dari agensi dari Kuala Lumpur iaitu "LINGUAFON" Pada masa itu bulan puasa saya baru sem 1.Mereka membujuk degan hanya menggunakan tagline " Adik kalau nak ilmu kita jangan kedekut duit, jagan risau pasal duit sebab ia boleh cari, kami nak tolong adik ja" Kata-kata diaorang membuatkan saya cair macam aiskrim yang kena panas.yela sampai tarawih pun saya xpergi masjid.Fuh memang berbaloi pujukan diaorang.Akhirnya saya beli juga.harga barangan tersebut RM2K lebih..tetapi bayaran permulaan memang murah.Tapi kalau dilihat sendiri alat tersebut hanya berjumlah RM200 lebih sahaja.kalau bayar bulanan mesti kena terikh yang sama beli.kalau lambat bayar ja walaupun 2 @ 3lewat agensi tersebut terus telefon.Jadi saya terus bayar lebih dan selesaikan dalam masa 3 bulan ja.Geram tu memang ada tapi dah sign agriment maka saya beli jugak.ini merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan la.
    so bagi rakan-rakan di luar sana saya harap korang jangan terpedaya dengan orang2 macam ni.pandai-pandai ok jika beli barang..huhuuh

    BalasPadam
  18. salam ramahdan buat rakan-rakan sekalian dan pensyarah yang dihormati menggenai sasaran pembujukkan saya juga tidak terkecuali dari sasaran ini oleh pelbagai pihak yang cuba mempromosikan satu-satu barangan bagi tujuan keuntungan semata-mata.Disampinc itu, saya tertarik dengan pengalaman seorang rakan iaitu saudari Norizan mengenai jualan broadband dan cara mempromosi barangan tersebut dengan kaedah sendiri untuk mempenggaruhi khalayak sasaran dan begitu jugak dengan rakan-rakan lain seronok mendengar pengalaman anda sedikit sebnyak hampir kita semua sebagai khalayak sasaran pernah mengalaminya.Oleh itu,kita sebagai khalyak atau pennguna perlulah bijak dan berkhemah dalam menangani dan menghadapi situasi sebegini terutamanya ketika agensi-agensi tertentu cuba mempenggaruhi anda perlulah bijak membuat keputusab jadilah pengguna yang bijak

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum dan salam sejahtera...saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk.Pada semester lepas, saya dan rakan saya iaitu Hasman pergi ke Wawasan Plaza untuk membeli barang keperluan.Kami pun berjalan la di Wawasan Plaza sambil berbual dan bergurau senda.Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba kami dikejutkan oleh penjual minyak wangi yang menjual pelbagai jenis minyak wangi. Pada mulanya kami berasa geram kerana penjual tersebut mengganggu perbualan kami tetapi setelah beliau memujuk kami dengan menerangkan kelebihan minyak wangi yang dijual serta harganya yang berpatutan, kami berasa tertarik untuk melihat kesemua jenis minyak wangi yang dijual oleh penjual tersebut.Setelah kami puas melihat minyak wangi tersebut,kami pun mengambil keputusan untuk membeli minyak wangi yang dijual oleh penjual tersebut.

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Pada pandangan peribadi saya, satiap orang itu adalah berbeza. Ada yang mudah untuk menerima pujukan dan sebilangannya tidak. Seperti yang diperkatakan oleh sahabat saya, saudari Nurliza saya merasakan kami mempunyai persamaan kerana saya juga merupakan jenis individu yang tidak mudah untuk menerima pujukan lebih-lebih lagi jika saya merasakan sesuatu perkara itu tidak memberi kepantingan atau faedah kepada saya. Ketika mengunjungi pusat membeli beli belah, saya juga sering menerima tawaran-tawaran daripada jurujual-jurujual produk tertentu yang ingin mempromosikan barangan mereka, namun saya hanya tersenyum dan mengangkat tangan sebagai isyarat saya tidak berminat untuk mengetahui produk berkenaan dan berlalu pergi. Kesannya, jurujual tersebut berhenti mendekati saya.

    Namun, saya igin berkongsi pengalam rakan saya yang mana terlibat dalam proses pembujukan ini. seperti yang diceritakan oleh rakan sebilik saya, pada ketika itu rakan saya ingin menghabiskan masa menyiapkan tugasan di perpustakaan UMS. Ketika melalui ruang legar luar perpustakaan, dia ditahan oleh seorang lelaki yang agak segak dan berpakaian kemas. Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Amir dan meminta rakan saya itu untuk meluangkan waktu bersamanya. Pada mulanya rakan saya menolak dengan mengatakan dia tidak mempunyai masa namun lelaki itu memujuk dengan tersenyum manis dan menyatakan dia tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja kerana dia ingin menerangkan perkara yang sangat penting dan rakan saya akan rugi jika tidak mengetahui kerana perkara itu penting buat seorang pelajar. Kata-kata yang digunakan oleh lelaki berkenaan menyebabkan rakan saya bersetuju untuk mendengarnya. Lelaki itu kemudiannya cuba bebual-bual mesra dengan rakan saya dengan menanyakan nama,umur, apa jurusan yang diambil, dan sebagainya. Pada pendapat saya, keadaan ini merupakan fasa awal pembujukan kerana lelaki berkenaan cuba menawan hati rakan saya dengan membuat rakan saya merasa selesa dan lelaki tersebut telah berjaya untuk membuatkan rakan saya mendengar perkara yang ingin disampaikannya.

    BalasPadam
  21. Sambungan...

    Menurut rakan saya lagi, lelaki itu kemudiannya menanyakan kepadanya jenis perkhidmatan talian yang digunakan oleh rakan saya, dan kadar tambah nilai yang dibuat dalam masa sebulan. Pada ketika ini berlaku fasa pra matang dalam proses pembujukan kerana proses pembujukan mula menunjukkan perkembangannya. Pada mulanya rakan saya tidak memahami maksud lelaki tersebut, apabila dijelaskan barulah rakan saya mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah jurujual yang ingin mempromosikan perkhidmatan nilai tambah (top up) menerusi internet yang dikenali sebagai "Flippo".
    Setelah mengetahui perkara itu, rakan saya mencuba untuk mengelakkan diri namun jurujual itu tetap berusaha untuk memujuk rakan saya dengan menggunakan pelbagai kaedah pembujukan lain seperti kata-kata yang manis dan tawaran hadiah pen yang kelihatan mahal secara percuma jika membeli perkhidmatan tersebut. Jurujual itu juga mengatakan bahawa perkhimatan yang mereka tawarkan adalah sangat murah, jimat dan sangat sesuai untuk golongan pelajar. Mereka juga menawarkan pemberian hadiah secara bulanan kepada pelajar jika pelajar mampu mengumpul point pada tahap-tahap tertentu melalui apa-apa jenis resit pembelian barangan dan turut memberikan perkhidmatan insurans kepada pelajar menerusi pembelian barangan tersebut. Menurut rakan saya lagi, jurujual tersebut telah menunjukkan gambar-gambar yang berkaitan dengan perkhidmatan yang telah mereka jalankan di beberapa buah universiti di Malaysia sebagai bukti mereka tidak melakukan penipuan. Imej pelajar-pelajar universiti juga ditonjolkan dalam gambar tersebut. Pada pandangan saya, ketika ini berlaku fasa matang dalam proses pembujukan kerana penjual mula memberikan hujah yang kuat bagi memujuk rakan saya untuk membeli perkhidmatan tersebut
    Akhirnya, rakan saya mempercayai perkhidmatan tersebut adalah baik untuk dirinya dan membeli perkhidmatan tersebut dangan membayar RM150. Di sini telah belaku fasa pasca pembujukan kerana rakan saya akhirnya terkesan dengan pembujukan yang dilakukan oleh jurujual tersebut. Sungguhpun begitu, rakan saya menyatakan kekesalannya mendapatkan perkhidmatan tersebut kerana sehingga ke hari ini dia masih tidak mengetahui cara untuk menggunakan perkhidmatan tersebut melalui internet kerana prosudernya terlalu rumit dan dia menyesal kerana telah menggunakan RM150 untuk perkara yang sia-sia. Oleh yang demikian, saya menasihati rakan-rakan sekalian untuk lebih berhati-hati dan berfikiran rasional sebelum membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana jurujual. Sesungguhnya, kemahiran pembujukan yang baik sememangnya mempunyai kuasa yang tinggi dalam mempengaruhi seseorang individu. Sekian, terima Kasih.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk. Pada bulan ramadhan tahun lepas,saya dan rakan saya iaitu Rizwan pergi ke sogo untuk membeli baju raya.Kami pun berjalan la di sogo sambil bergelak ketawa. Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba kami dikejutkan oleh penjual butang baju Melayu. Pada mulanya kami berdua berasa marah kerana penjual tersebut menganggu perbualan kami tetapi setelah beliau memujuk dengan menerangkan kelebihan butang baju melayu tersebut serta menunjukkan corak butang baju melayu tersebut yang menarik, kami berasa tertarik untuk melihat kesemua butang baju melayu yang dijual oleh penjual tersebut.Setelah kami puas melihat butang baju melayu tersebut, kami pun mengambil keputusan untuk membeli butang baju melayu yang dijual oleh penjual tersebut.

    BalasPadam
  23. Salam sejahtera.Jika kita perhatikan semua pengalaman rakan-rakan kita,kebanyakan mereka terpengaruh dengan pembujukan disebabkan bahan yang menjadi bahan pembujukan adalah berkaitan dengan keperluan mereka.Jadi disini saya ada sedikit persoalan. Adakah peratusan individu yang terpegaruh lebih tinggi jika bahan pembujukan tersebut adalah berkaitan dengan keperluan mereka atau disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan langsung berkaitan bahan tersebu???tq...

    BalasPadam
  24. Selamat Sejahtera.
    Menjadi seorang pelanggan yang dipujuk oleh pemilik kedai merupakan satu rutin yang biasa kepada semua orang. Begitu juga saya sebagai pengguna yang meggunakan motorsikal. Pada suatu hari, akibat ditimpa kemalangan jalan raya, saya terpaksa membaiki motorsikal saya yang mengalami kerosakan yang teruk. Berikut merupakan cara pemujukan yang berlaku antara pemilik kedai dengan saya:
    1)Fasa awal pemujukan:
    Apabila saya memasuki ke dalam kedai aksesori motorsikal, penjual di kedai tersebut menyapa saya dengan ramah. Oleh itu, sebagai respon, saya beraa tertarik tuntuk berbincang dengan penjual tersebut megenai pembelian barang yang diperlukan oleh saya.Kemudian penjual tersebut menanyakan apa yang terjadi pada motor saya dengan menunjukkan muka yang simpati terhadap keadaan saya. Kemudian, saya menceritakan segala perkara yang berlaku terhadap motorsikal saya. Selepas itu, saya menanyakan aksesori yang hendak dibeli oleh saya.
    2)Fasa Pra Matang:
    Selepas penjual tersebut mendapat pertanyaan dari saya, penjual tersebut menanyakan sama ada saya ingin membeli jenis jenama aksesori yang saya hendak saya beli. Pada masa yang sama, penjual tersebut juga merekomenkan tentang kedai tersebut menjual dua jenis aksesori. Antaranya adalah aksesori "original" dan jenis kedua merupakan aksesori "non-original". Besar kemungkinan akibat saya bersifat ramah dengan penjual tersebut, penjual tersebut dengan tanpa segan silu menyatakan bahawa di kedai tersebut ada menjual barangan yang "non-original"
    3)Fasa Matang:
    Penjual tersebut juga ingin mencuba untuk menarik perhatian saya dengan memberitahu bahawa harga aksesori "non-original" adalah jauh berbeza dengan harga aksesori "original". Pada mulanya, saya tertarik dengan penyataan tersebut. Tetapi dengan nasihat yang telah diberikan oleh ayah saya sebelum menghantar motorsikal mengenai sikap berhati-hati membeli barangan aksesori motor, saya memberitahu kepada penjual bahawa saya ingin membeli aksesori "original". Hal ini kerana, penjual berkemungkinan akan mendapat untung yang tinggi dengan menjual barangan "non-original" berbanding dengan penjualan barangan "oroginal".
    4)Fasa pasca pemujukan:
    Selepas penjual tersebut mendapat penyataan dari saya untuk membeli aksesori "original", penjual tersebut menanyakan tentang kepastian saya untuk membeli aksesori "original". Saya, tanpa berfikir segera menyatakan saya pasti membeli pilihab saya. Penjual tersebut mencuba mengalih perhatian saya dengan menyatakan bahawa harga kedua-dua jenis aksesori ini adalah sangat berbeza. Kemudian, saya berasa tidak selesa dengan pujukan tersebut, dengan segera menyatakan bahawa saya tetap dengan pendirian saya. Tambahan pula, saya juga menyatakan bahawa saya akan membeli aksesori yang sama di kedai lain sekiranya jurujual tersebut tidak menyelesaikan masalah motorsikal saya pada hari itu juga. Kemungkinan penjual berasa pujukan beliau tidak menjadi, beliau dengan kadar segera menjalankan pemasangan "aksesori" original yang baharu dalam hari yang sama. Akibatnya, saya mendapat menyelesaikan masalah motorsikal saya dalam hari yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum dan salam sejahtera..
    Melihat kepada ulasan rakan -rakan di atas, saya yakin bahawa setiap orang pernah mengalami situasi dipujuk dan memujuk. Saya juga tidak terkecuali daripada situasi seperti ini. Untuk contoh yang mudah iaitu dalam situasi pembelian broadband misalnya, individu yang memerlukannya akan pergi ke booth celcom,digi atau maxis dengan tujuan ingin melanggan perkhidmatan broadband disamping membuat perbandingan di antara ketiga-tiga rangkaian ini. Setelah melalui 4 fasa pembujukan, pada akhirnya individu tersebut tetap akan melanggan broadband daripada mana-mana perkhidmatan yang telah berjaya menarik hatinya. Situasi ini berbeza dengan individu yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dan keinginan terhadap sesuatu produk yang ditawarkan kepadanya. Setelah melalui 4 fasa pembujukan, pada akhirnya individu tersebut mungkin tidak terpengaruh dan tidak membeli produk yang bukan menjadi keperluannya. Pada pendapat saya sendiri, individu yang memerlukan sesuatu lebih mudah terpengaruh berbanding individu yang tidak mempunyai keinginan ataupun pengetahuan terhadap sesuatu namun tidak mustahil ada juga individu yang terpengaruh disebabkan oleh kurang pengetahuan.

    BalasPadam
  26. Salam sejahtera.
    Berdasarkan ulasan rakan-rakan saya di atas, saya percaya bahawa semua orang mesti pernah menjadi sasaran untuk dipujuk. Saya juga mengalami situasi sedemikian.Beberapa bulan yang lepas, saya pergi membeli-belah dengan mak saya di pusat beli-belah, kami telah ditahan oleh seorang penjual yang mempromosi produk untuk muka iaitu 'Skinz'.
    Pada fasa 'awal pembujukan', saya tidak peduli dengan promoter itu, tapi dia tidak putus asas dan asyik mempromosi bahawa produknya boleh melicinkan muka saya. Jadi,saya pun dengar penjelasannya.
    Pada fasa 'pra-matang', selepas mendengar penjelasannya, saya pun membeli botol yang kecil untuk memcuba sahaja, dan promoter itu pun memberi jaminan, jikalau produk itu tidak baik, saya boleh cari dia. Jadi, saya pun percaya pada dia dan membeli produknya.
    Pada fasa 'matang', selepas satu minggu saya menggunakan produk 'Skinz', kulit muka saya betul-betul berubah lebih licin berbanding dahulu, jadi saya pun balik mencari promoter tersebut bahawa saya ingin lagi membeli produk tersebut kerana produk tersebut memang boleh membantu muka kulit saya menjadi lebih licin.
    Pada fasa 'pasca pembujukan', promoter itu telah memperkenalkan produk yang baik untuk saya dan saya masih menggunakan produk yang tersebut sampai sekarang kerana produk itu sesuai dengan kulit muka saya. Saya telah berjaya dipujuk oleh promoter tersebut kerana dia betapa ikhlas terhadap semua pembeli kerana beberapa kawan saya juga telah dipujuk olehnya dan juga menggunakan produk 'Skinz' itu.

    BalasPadam
  27. assalamualaikum, saya amat bersetuju dengan pendapat rakan-rakan di atas, saya juga turut mempunyai pengalaman dipujuk oleh promoter-promoter. sebagai contoh, saya pernah berjalan dengan ibu saya di sebuah pasaraya besar di Seremban, ketika kami berjalan melintasi sebuah butik kecantikan,kami telah ditahan oleh seorang promoter yang mempromosikan produk kecantikan iaitu 'Sendayu Tinggi'. pada mulanya, ibu saya tidak berminat, tetapi setelah promoter tersebut menunjukkan gambar-gambar mereka yang telah menggunakan produk tersebut dan hasilnya amat memuaskan, ibu saya mencuba dengan membeli set percubaan. begitu juga dengan saya. saya turut membeli dan mencuba produk tersebut. walaubagaimanapun, bukanlah mudah untuk memujuk ibu saya untuk membeli produk tersebut, kerana ibu saya adalah seorang yang cerewat. promoter tersebut terpaksa membuat pelbagai helah seperti mengajak minum dan memberikan gula-gula, memujuk dengan menggunakan ayat-ayat yang manis dan pelbagai lagi.

    selain daripada itu, ada satu lagi pengalaman saya yang berkaitan dengan pembujukan ini. peristiwa ini berlaku kira-kira tiga tahun yang lalu ketika saya dan abang saudara saya berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah di Seremban. pada waktu itu, saya mahu membeli aiskrim, tetapi saya telah ditarik oleh seorang promoter yang mempromosikan pekej percutian ke luar negara. dengan rasa rendah diri dan rela serta tidak ada tujuan selain membeli aiskrim kami pun mengikuti promoter itu. kami berdua diberikan tempat duduk yang sangat selesa.promoter tersebut menerangkan dengan bersungguh-sungguh tentang pekej percutian tersebut. pada mulanya dia hanya menyatakan akan mengambil masa lima minit sahaja untuk menerangkan pekej tersebut, tetapi masa yang diambil adalah lebih kurang 30 minit. peristiwa ini tidak dapat say lupakan kerana promoter tersebut menerangkan dengan bersungguh-sungguh tentang pekej percutian untuk dua orang tersebut tanpa mengatahui hubungan kami. setelah penat promoter tersebut bewrcerita, diakhir perbualan tersebut, barulah dia bertanya sama ada kami sudah berkahwin atupun belum, dan kami menyatakan bahawa kami belum berkahwin kerana lelaki tersebut adalah abang saudara saya. selepas mengetahu perkara tersebut, promoter tersebut meminta maaf kerana dia telah terslah target. kami keluar daripada tempat itu dengan perasaan yang tidak dapat dikawal dan rasa geli hati.

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum, salam seahtera dan salam 1 Malaysia...

    Saya ingin berkongsi mengenai salah satu aktiviti pembujukan yang sering berlaku terhadap diri saya. Aktiviti pembujukan ini melibatkan anak-anak saya yang sering membujuk saya dan suami untuk membelikan alat permainan kegemarannya iaitu helikopter kawalan jauh.

    Anak-anak saya yang berusia antara 3 hingga 4 tahun amat meminati permainan tersebut sehingga setiap kali melalui kedai yang menjual alat permainan itu, mereka akan berhenti berjalan dan singgah di kedai berkenaan untuk melihat bagaimana helikopter kawalan jauh itu dikendalikan oleh pekerja kedai itu. Saya mengenalpasti fasa ini sebagai fasa ‘awal pembujukan’ di mana anak-anak saya berusaha menunjukkan minat mendalam terhadap permainan tersebut kepada saya dengan memegang tangan saya atau suami untuk singgah di kedai berkenaan. Dalam fasa ini, saya dan suami menurut sahaja kehendak anak-anak untuk singgah melihat permainan itu.

    Fasa ‘pra matang’ pula berlaku apabila anak-anak saya mula merenung dan bercakap mengenai kebaikan permainan itu dengan harapan saya turut sependapat dengannya mengenai kebaikan dan kehebatan helikopter kawalan jauh itu. Melihat kesungguhan anak-anak saya, perubahan emosi mula berlaku terhadap diri saya iaitu daripada hanya ingin memenuhi hasrat anak untuk melihat permainan kepada perasaan kasihan.

    Anak-anak saya kemudiannya akan cuba mendapat respon daripada saya dan suami untuk memperkatakan tentang helikopter kawalan jauh yang menjadi perhatian mereka atau lebih tepat lagi mendapatkan keputusan kami sama ada mahu membeli permainan itu atau sebaliknya. Fasa ini merupakan fasa 'matang’ di mana saya dan suami mula berfikir bagaimana untuk menolak permintaan anak-anak walaupun kasihan terhadap mereka. Dalam fasa inilah saya merasakan, kita perlu menggunakan logik dan rasional sebelum membuat keputusan.

    Fasa terkahir dalam aktiviti pembujukan ini ialah fasa ‘pasca pembujukan’ di mana anak-anak saya sudah mendapatkan respon daripada saya dan suami susulan pembujukannya terhadap kami untuk membeli helikopter kawalan jauh itu. Dalam fasa ini pula, saya sudah mengambil keputusan nekad dan bersikap tegas untuk tidak membeli permainan itu dengan menyediakan beberapa alasan rasional dan cadangan lain kepada anak-anak.

    Sekian perkongsian saya dalam Kuliah 4 kali ini. Wassalam.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya amat seronok membaca komen adik2 (fulltime student) mengenai pengalaman mereka yang pelbagai dan amat menarik untuk dikongsi bersama. Pengalaman dipujukrayu, diputarbelit, ditipu dan diperdaya oleh jurujual sememangnya sesuatu yang perlu dikongsi bersama. Saya percaya pengalaman mahal adik2 kita ini akan memberi pengajaran yang amat berharga kepada mereka untuk berhadapan apa jua kisah kempen dan pembujukan yang akan mereka tempuhi pada masa hadapan.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum, saudari Aliza...eh apasal la kau tidak belikan anak2 mu helikopter tu, kesiannya bah budak2 tu. Harap2 saudari Aliza tidak akan bertekad dan bertegas lagi utk membeli permainan tu selepas mengikuti kursus kempen dan pembujukan. Masa kecil ni lah peluang mereka utk bermain...berikanlah mereka peluang itu....

    BalasPadam
  31. Assalamulaikum rakan-rakan semua, saya ingin berkongsi pengalaman dalam aktiviti Pemujukan yang pernah saya alaminya sendiri.

    Pada peringkat pertama Fasa'awal pemujukan' saya menerima satu panggilan dari seorang perempuan kawan lama kenalan dari persekolahan tempat anak saya belajar. Semasa dalam perbualan kami, dia mengajak saya keluar minum lepas waktu kerja. Saya memberi alasan saya sibuk buat masa kini. Seminggu kemudian dia telefon sekali lagi tetapi saya menolak dengan alasan saya ada operasi pada sebelah malam. Seminggu lagi dia telefon juga tanpa berputus asa mengajak saya keluar, kononnya lama tak jumpa dan asik-asik sibuk. Kali ini saya tak mampu untuk menolaknya kerana ingin menjaga perasaan kawan juga. Saya pun keluarlah pada malam tersebut.

    Fasa'pra matang' saya pun berbual-bual dengan dia sambil ketawa menceritakan kesah anak di sekolah mereka. Setengah jam berlalu saya pun nak minta izin untuk balik dengan alasan anak bersekolah esok pagi, dengan pantas dia membayar bil kami tu sampai saya tak sempat nak bangun ke kaunter. Dia pun mula memberitahu hal sebenar yang dia nak ajak sangat saya keluar adalah ingin mempekenalkan produk kesihatan. Saya menolaknya kerana sudah banyak produk yang pernah saya gunakan tetapi dia tidak berputus asa dengan pelbagai teknik pemujukan.

    Fasa'matang' saya pun terpujuk dengan pemujukanya sehingga saya sanggup membayar wang dengan sejumlah empat anggka tanpa pemikiran yang waras kerana dia telah menggunakan teknik pemujukan yang berkesan sehingga saya terpengaruh.

    Fasa'pasca pemujukan' saya sampai di rumah dengan perasaan gembira bahawa saya telah membeli produk kesihatan untuk keluarga saya. Apabila suami saya melihat barang yang saya bawah balik dia pun bertanya, makanan apa yang awak beli tu? (anak-anak saya pun meluru dengan cepat untuk mendapatkan barangan tersebut. Saya pun menjawap, saya beli dengan kawan produk kesihatan. Suami saya pun melihat barangan tersebut, dengan perasaan yang gembira saya pun memberinya. Suami saya bertanya berapa harganya? saya menjawap dengan jumlah RM..... Dia terkejut barangan tersebut adalah barangan tiruan dan tiada lambang halal dan telah tamat tempohnya. Saya pun dengan cepat menelefon kawan tersebut tetapi nombor telefonya tidak dapat dihubungi. Rupa-rupanya saya telah ditipu.

    Ini adalah pengalaman saya yang tak pernah serik-serik dan selalu terkena kerana ingin menjaga perasaan kawan tetapi kawan tiada perasaan yang ikhlas untuk berkawan dengan jujur.

    BalasPadam
  32. Aidah @Dewi berkata:

    Asalamualaikum dan salam 1 UMS, Dalam kehidupan manusia di dunia ini, lazimnya cara dan penerimaan seseorang kepada sesuatu perkara atau maklumat adalah tidak sama dan berbeza-beza. Ianya bergantung kepada pemikiran, penilian dan pemahaman seseorang terhadap perkara atau maklumat yang diterima. Dari pengalaman saya, pada peringkat awal pembujukan, pembujuk telah berusaha mendekati saya dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan tindakbalas saya. Pembujuk telah menggunakan komunikasi yang baik dalam proses untuk mengubah pandangan saya dari segi sikap dan tingkalaku. Pembujuk telah menelefon saya, untuk membawa saya masuk perniagaan MLM. Mulanya saya ragu-ragu, dan tidak yakin dan timbul perasaan bimbang dan curiga.
    Peringkat kedua, yang melibatkan usaha pembujuk dalam fasa'pra matang', dimana pembujuk telah berusaha meyakinkan dengan menggunakan kata-kata yang manis, dan memujuk saya dengan cuba memuji kebolehan saya kononnya saya pandai bercakap, macam-macam pujian yang diberikan, akhirnya saya datang berjumpa dengan dia. Pembujuk telah memperlihatkan saya semua prodak dalam perniagaan tersebut. Pembujuk amat bijak berkata-kata tentang peluang yang cerah dalam perniagaan itu.
    Peringkat ketiga dalam fasa 'matang', pembujuk telah membuat segala kemahiran dan kebolehan yang ada dalam dirinya untuk mengupas segala isi dan hujah yang berkaitan untuk meyakinkan saya. Saya cuba menolak dan bermacam-macam persoalan yang saya timbulkan, tetapi pembujuk dapat memujuk saya dengan memperlihatkan bonos yang diperolehinya setiap bulan dan akhirnya saya percaya dan masuk sebagai ahli.
    Seterusnya peringkat keempat, dalam pasca pembujukan, pembujuk telah merungkai semua idea, kaedah dan segala langkah-langkah yang merujuk kepada aktiviti pembujukan untuk memancing saya agar dapat menerima segala maklumat yang disampaikan. Walaupun, pada peringkat ini saya masih ada sedikit keraguan tetapi saya sematkan juga keyakinan apabila melihat beberapa bukti dan penyampaian pembujuk yang ikhlas, kebetulan pula pembujuk itu adalah kawan lama.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum...salam sejahtera..,

    Begitulah peranan pembujuk dalam menyakinkan para sasarannya untuk menerima apa sahaja bentuk prodak mereka. Kemesraan adalah tiket utama mereka. Ambil hati adalah tektik permulaan. Apabila hati sudah tertawan, mudahlah mencapai misi. Namun segalanya bergantung kepada pemikiran,penilaian dan penerimaan setiap individu.Mungkin persekitaran lebih banyak mempengaruhi dalam kita menerima dan membuat keputusan. Saya sokong pendapat Puan Aidah mengenai pembujukan ini. Seperti Puan Aidah, saya juga melalui fasa yang serupa.

    Pada Fasa awal pembujukan, saya telah diperkenalkan dengan buku yang mengandungi beberapa cerita pengajaran berunsur pendidikan. Ia lebih kepada pendidikan agama yang mendidik anak-anak kecil seusia di bawah 12 tahun.Diselitkan dengan CD yang menampilkan lagu-lagu rohani khas untuk kanak-kanak.

    Fasa 'pra matang' saya mula memberi respon yang baik, apabila menyedari buku ini sememang bagus untuk perkembangan minda dan pembesaran anak-anak saya. Saya tidak teragak-agak membelinya kerana saya juga sedar mengenai apa yang ingin disampaikan dalam buku tersebut.

    Fasa 'matang' berlaku apabila anak-anak saya seronak menyanyi dan mendengar kisah serta pengajaran dari buku dan juga CD tersebut.Saya melihat betapa seorang kanak-kanak berusia setahun lebih dapat menghafal Alif, Ba, Taa sehingga habis hanya dengan mengikut rentak lagu tersebut dan melihat cara ianya disampaikan, iaitu pendidikan melalui lagu.

    Pada fasa 'pasca pembujukan' saya menyedari.Saya selalu dan suka menghadiahkan anak-anak saya dengan buku dan CD yang mengandungi ilmu untuk mereka praktikkan sampai bila-bila. Pembujuk yang berjaya menyampaikan masej sebenar.

    sekian dulu dari saya,

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum dan salam perpaduan..saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudari Ayie. Anak-anak haruslah diberi peluang untuk bermain dan biarlah mereka merasai kenikmatan semasa mereka di zaman kanak-kanak.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum dan salam 1Kampus buat ahli PRCIRCLE yang dirahmati...
    Saya amat tertarik setelah membaca tajuk kuliah 4 yang dipaparkan oleh pensyarah kita. Ini kerana saya telah mengalami pengalaman keempat-empat fasa pemujukan yang telah memberi kesan sehingga ke hari ini.Kejadian telah berlaku di salah sebuah pusat membeli belah Giant di mana saya telah diperdayakan oleh agen jualan langsung yang berpeleseran. Ketika itu saya bersama suami ke Giant untuk membeli barang keperluan harian dalam suasana yang sesak menjelang sambutan Aidilfitri.
    Fasa pertama : 'Awal Pemujukan'
    Peristiwa bermula apabila promoter barangan jenama AOWA telah manahan laluan saya sebelum memasuki pasaraya Giant dan meminta saya untuk membuat cabutan. Setelah cabutan dibuat, dia telah menunjukkan reaksi yang terkejut dan gembira kerana saya telah memenangi hadiah 4 buah barangan elektrik secara PERCUMA daripada syarikat mereka. Saya seperti terpukau dan telah diminta untuk ke kaunter seterusnya untuk mengisiborang penyertaan sebagai syarat untuk menuntut hadiah tersebut.

    Fasa kedua : 'Pra-matang'
    Saya dan suami seperti terpukau dan terus menuruti arahan promoter tersebut walaupun saya dalam keadaan yang tergesa-gesa. Mereka telah membujuk saya dengan mengatakan tuah anak dalam kandungan saya kerana memenangi cabutan bertuah tersebut. Suami saya telah bertanya secara detail mengenai syarat dan terma selanjutnya dan berkali-kali mereka menegaskan ianya adalah percuma.

    Fasa ketiga : 'Matang'
    Setelah saya menurunkan tandatangan dan butiran pribadi lengkap, promoter berkenaan meminta saya hanya perlu membuat pembayaran RM2,100 sahaja untuk memperolehi 4 produk iaitu ( vacume, blander, aircond dan air purifier ). Secara tiba-tiba suami saya menarik tangan saya dan meninggalkan kaunter tersebut.

    Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
    Promoter-promoter tersebut telah berlari mendapatkan saya untuk memujuk saya agar menerima tawaran mereka dengan menerangkan bahawa harga sebenar produk tersebut ialah RM9,200. Tetapi saya dan suami telah membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan mereka.

    Akhirnya kesan kejadian kempen dan pemujukan yang dilakukan oleh agen berkenaan telah memberi "trauma" kepada saya jika terlihat agen-agen jualan langsung. Jadikan ia sebagai teladan dan peringtan.

    terima kasih...

    BalasPadam
  36. Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

    Post kali ini bertujuan memberi maklum balas kepada ulasan Saudari Ayie tentang ulasan saya sebelum ini mengenai keputusan tidak membelikan permainan helikopter kawalan jauh untuk anak-anak saya.

    Sebenarnya, sebagai ibu bapa, kita juga perlu menguasai kemahiran membujuk anak-anak apabila mereka meminta untuk dibelikan alat-alat permainan. Kanak-kanak memang sukakan permainan dan mereka juga mudah bosan dengan satu-satu alat permainan dalam tempoh yang singkat.

    Keengganan seseorang ibu bapa itu bukanlah bermakna mereka tidak menyayangi anak tetapi kerana terlalu sayanglah, ibu bapa akan memilih permainan yang lebih sesuai untuk anak-anak.

    Untuk makluman Saudari Ayie, saya ada 2 orang anak yang mempunyai minat sama. Harga sebuah helikopter kawalan jauh sekurang-kurangnya RM99.90. Membeli 2-buah bermakna RM199.80 hampir mencecah RM200. Rasionalnya, adalah lebih baik wang itu dibelanjakan untuk membeli alat permainan yang lebih sesuai dan bermanfaat serta disukai mereka kerana 2-buah helikopter kawalan jauh yang dibeli untuk mereka sebelum ini musnah dalam satu insiden perlanggaran sesama sendiri di udara sebelum terhempas di laut Tanjung Aru!

    p/s : Jadilah pembeli bijak!

    BalasPadam
  37. Salam sejahtera,
    Proses pembujukan mempunyai fasa-fasa atau peringkat mana sesuatu kempen itu dijalankan mengikut tempoh masa tertentu. Fasa-fasa ini disebut sebagai fasa awal pembujukan, fasa pra matang, fasa matang dan pasca pembujukan. Setiap fasa ini merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan mengikut urutan fasa tersebut. Sebagai contoh, fasa awal pembujukan adalah di mana pembujuk berkenal-kenalan dengan sasaran atau audien untuk menjalinkan hubungan kedua-dua pihak. Ini boleh menjalinkan kemesraan dalam hubungan dan kedua-dua pihak sudah boleh bertukar-tukar pendapat dan maklumat di antara satu dengan yang lain. Peringkat fasa pra matang pula, pembujuk telah mula menguji tentang sesuatu fakta maklumat audien tersebut. Sebagai contoh, pembujuk bertanyakan soalan apakah pendapatnya mengenai kempen anti buang bayi, atau patutkah ramaja hamil ditempatkan disekolah khas. Dengan soalan sedemikian audien sudah mula memberikan respon kepada isu atau persoalan atau topik kempen tersebut. Fasa selanjutnya, iaitu fasa matang pembujuk mengupas isu pembuangan bayi dengan hujah-hujahnya sekali. Sebagai contoh, bilangan kes buang bayi sepanjang tahun semasa dan tahun lalu, kes-kes yang melibatkan ramaja bawah umur umpamanya dan sebagainya. Setelah itu pembujuk perlu merumus dan memantau kesan-kesan kempen tersebut, dan fasa ini disebut sebagai fasa pasca pembujukan. Ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kempen tersebut berjaya menarik audien menyertai, memberi pendapat atau cadangan serta melihat tahap kefahaman dan sumbangan idea mereka terhadap isu ini.
    Perkongsian pengalaman yang pernah saya lalui semasa melawat satu pemaran computer atau ‘computer fairs’, yang di adakan di Dewan Chancellor UMS dua tahun lepas. Keramahan petugas di pameran tersebut menjadikan saya tertarik untuk mendengar penerangan yang panjang lebar mengenai computer berjenama Fujitsu. Petugas pameran seorang lelaki cina yang masih muda tetapi sangat fasih berbahasa melayu dan Inggeris. Cara menyapa yang penuh sopan dan hormat, disertai senyuman yang ceria, menarik minat saya untuk berhenti mendengar penerangannya, dan inilah yang disebut fasa awal pemujukan di mana pemuda tersebut berjaya menarik perhatian saya untuk berbual dengannya. Kemudian saya bertambah tertarik apabila pemuda cina itu mendemokan computer tersebut kepada saya. Beliau memberi penerangan secara terperinci mengenai computer riba tersebut malah meminta saya untuk mencubanya sendiri. Setelah menguji computer tersebut saya mula bertanya beberapa soalan berkaitan computer itu. Dengan pantas beliau memberikan saya jawapan yang memang tepat dan memang jawapan yang saya perlukan. Peringkat ini juga dikenali sebagai fasa pra matang dalam proses pembujukan. Seterusnya pembujuk menerangkan keuntungan jika saya memilih untuk membeli komputer dari jenama itu. Dengan memberikan segala alasannya yang memang betul pada pandangan saya, saya pun mengambil satu keputusan untuk membeli computer tersebut dan ini adalah peringkat fasa matang. Petugas itu juga menerangkan bahawa saya telah membuat satu pilihan yang tepat kerana jenama computer ini dikeluarkan terus daripada dua negara iaitu Jepun dan Jerman dan bukan seperti beberapa jenama yang lain yang dikeluarkan dari beberapa negara secara klon computer. Selepas itu petugas pameran tersebut mengatakan beliau sangat gembira bukan saja dapat menjual computer tersebut tetapi dapat berkenalan dengan saya sebagai seorang kawan. Saya merasakan gambira kerana bukan saja mendapat sebuah computer baru tetapi mendapat seorang kawan baru yang pakar computer dan ini lah yang dikenali sebagai fasa pasca pembujukan.
    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  38. Salam...Adik Syukri, thank u very much sb ko slu sokong akak...rasanya klu akak bertanding jadi ahli parlimen pun kau akan turun mengundi dengan semangat yg berkobar-2. Klu menang gerenti akak jadikan kau Setiausaha Politik utk membantu dlm kempen2 yang memerlukan pembujukan yg berkesan.

    Saudari Aliza, thank u 4 yr response and the explaination as well. Ingatkan kau tiada beli bah utk durang, rupa2nya ada pula. I am definitely agree with u, yelah klu dah pernah dibelikan lepas tu masih mau lagi dah tentu kita sebagai ibubapa akan berfikir banyak kali utk membelikan mereka, lagipun rasionalnya permainan tu mahal, dan klu musnah lagi sekali bererti terbang duit RM200. Situasi yg dialami oleh saudari Aliza turut berlaku kpd saya yg ada 4 anak lelaki, selalunya saya akan memberi mereka peluang utk memiliki permainan yg mereka kehendaki. Bukan hnya atas sebab saya menyayangi anak2 dan merasakan semasa kecil saja mereka berpeluang utk bermain, tetapi juga saya akan melihat dan menimbangkan juga pelbagai aspek spt pengalaman, pengajaran dan keseronokan yg akan mereka alami semasa sesi bermain. Namun sbg anak2 yg masih kecil, merosakkan barang permainan adalah perkara biasa yg akan berlaku. Jesteru kita sbg ibubapa boleh menggunakan situasi ini sbg salah satu elemen pemujukan, kita letakkan syarat bhw kita hny akan membeli permainan tersebut jika mereka berjanji utk menjaganya dgn baik, dan sekiranya permainan itu rosak...there is no second chance, dan mereka kena belajar menerima 'term and condition' tersebut.

    BalasPadam
  39. Salam kepada semua rakan-rakan...

    Seperti yang telah dipelajari, tentang kaedah-kaedah pemujukan. Di sini kita beralih pula kepada fasa-fasa pemujukan. Seperti yang saya fahami, pemujukan memainkan peranannya yang penting kepada setiap audiens yang disasarkan. Matlamat yang jelas dan berterusan sehingga membentuk persepsi dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu. Pemujukan yang berulang-ulang dan yang cukup menarik, menyebabkan keyakinan golongan sasar, sekaligus membimbing dan mempercayai idea-idea yang ditawarkan mengikut kehendak dan keinginan. Sebagai manusia memang tidak akan lari daripada pengalaman pemujukan yang berlaku dalam diri, dan tidak terkecuali saya sendiri.

    Mengikut pengalaman saya, fasa pertama ialah awal pemujukan yang mana saya mula-mula diperkenalkan dengan barangan kosmetik. Memandangkan tugas rutin saya sebagai pegawai khidmat pelanggan yang sentiasa berhadapan dengan pelanggan dan berada di kaunter hadapan, saya terpaksa menjaga penampilan diri dan kelihatan menarik. Di tambah lagi dengan saranan yang diberikan oleh ketua jabatan, yang menekankan perkara tersebut, sehingga sanggup menguruskan jurusolek untuk mengajar cara-cara menggunakan barangan mek-up. Saya yang kurang berminat dan tidak terbiasa menggunakan barangan mek-up pada ketika itu, cuba memperlekahkan kata rakan-rakan yang setiap masa menggunakan mek-up. Sehingga pada suatu hari saya bercerita dengan rakan baik saya, dia juga memberikan pendapat yang sama tentang perlunya berpenampilan menarik. Dia juga berkata tidak rugi sekiranya bersolek untuk kelihatan lebih menarik untuk pelanggan dan juga keselesaan orang yang memandang dan apalagi bila diarahkan oleh bos.

    Fasa yang ke-dua ialah pra-matang. Fasa ini telah membawa saya kepada kisah kehadiran jurusolek yang secara tiba-tiba, yang diarahkan untuk mengajar cara-cara menggunakan alat mek-up. Dalam keadaan yang didatangi tiba-tiba, telah memaksa diri saya bagikan patung bernyawa, yang terpaksa akur dengan kehendak jurusolek tersebut. Di mulakan dengana sesi perkenalan dengan barangan mek-upnya, seterusnya mengenakan mek-upkan saya. Banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Kehalusan budi bicara dan kelembutan tangan jurusolek tersebut, lama-kelamaan menyebabkan saya rasa terbuai dan terpanggil untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai mek-up yang sesuai dan cara menjaga kecantikan diri.

    Fasa matang pula berlaku, setelah siap disolek, saya melihat penampilan wajah baru saya yang agak menarik perhatian saya. Padahal pada awal pertemuan, saya amat keras hati untuk mengaku tentang kehebatan jurusolek dan kosmetik yang digunakan tersebut dapat mengubah penampilan wajah saya, diselang selikan lagi dengan kata-kata manis mereka yang memuji penampilan wajah baru saya dan kelebihan mempunyai wajah cantik seiring dengan tugas yang perlu berdepan dengan orang ramai dengan penampilan wajah yang lebih berkeyakinan di kaunter.

    Manakala Fasa pemujukan berlaku apabila saya mula bermain dengan perasaan sendiri, saya terpujuk dan merenung kembali kata-kata rakan pejabat yang memberi tahu saya tentang kepentingan berpenampilan dengan wajah menarik. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan, perlunya ada perubahan kearah yang lebih baik untuk kemajuan diri dan kepentingan mengikut situasi dalam jangka masa terdekat.

    BalasPadam
  40. Salam kepada semua rakan-rakan,
    Merujuk kepada pengalaman yang dihadapi oleh Talita, saya juga mempunyai pengalaman yang hampir sama seperti beliau. Tetapi ada sedikit perbezaan contohnya pda Fasa awal pembujukan, mereka yang menjual barangan jenama Frisco ini menunjukkan kemesraan yang berlebihan sehingga menimbulkan perasaan yang kurang senang kepada saya dan juga keluarga saya. Kemudian, pada peringkat pra matang mereka mula memberikan barangan percuma kepada saya. Apabila saya ingin mengambil barangan tersebut mereka menahan saya dan menyuruh saya mengisi borang. Tetapi saya telah menolak untuk tidak menerima barangan tersebut. Kemudian, untuk fasa matang mereka menggunakan anak saya yang berumur 4 tahun untuk mengambil barang tersebut. Cara paksaan mereka menyebabkan anak saya menangis kerana mereka telah menarik tangan anak saya. Mereka memaksa dia untuk mengambil barang tersebut kemudian menahan kami sekeluarga. Ini menyebabkan saya sakit hati dan terus melenting kepada jurujual tersebut. Bagi fasa terakhir iaitu pembujukkan saya menganggap dan membuat rumusan bahawa perbuatan menjual barangan dengan cara yang dilakukan oleh Frisco dan yang seangkatan dengannya sangatlah tidak sesuai dan kurang sopan. Ia seperti kita menipu kepada pelanggan dengan cara bermulut manis dan memberikan kata-kata yang bagi saya seperti ugutan.Jualan seperti ini bagi saya tidaklah sesuai dan menganggu ketenteraman pengunjung terutama di kompleks membeli belah.

    Sekian.

    BalasPadam
  41. Salam..seperti rakan-rakan saya yang lain saya juga pernah menjadi sebagai sasaran pembujuk dimana fikiran saya berubah untuk berminat membeli produk kesihatan iaitu tepung organik yang dapat membuang lemak yang tidak bagus didalam badan kita serta memudahkan pembuangan air besar bagi mengelak penyakit buasir.Pada awal pembujukan,saya diperkenalkan oleh penjual produk mengenai serba sedikit tentang penggunaan produk tersebut.seterusnya pada peringkat fasa pra matang,saya masih kurang berminat untuk membeli produk tersebut serta masih ragu-ragu kerana saya takut tentang kesan-kesan yang tidak baik berlaku.Selain itu,saya juga memikirkan kos kerugian melalui pembelian sekiranya produk tersebut tidak mujarab seperti yang dikatakan.Tetapi apabila sampai ke peringkat fasa matang saya mula tertarik untuk membeli produk tersebut setelah penjual menerangkan kelebihan-kelebihan yang ada pada penggunaan produk itu.Penjual juga berusaha menarik perhatian saya untuk membeli dengan memberikan diskaun.Melalui pengalaman pelanggan lain yang berasa puas hati dengan penggunaan produk ini menyebabkan saya yakin untuk membeli.Pada peringkat yang terakhir iaitu fasa pasca pembujukan,saya amat berpuas hati dengan pembelian produk tersebut setelah melihat perubahan yang berlaku kepada diri saya tanpa kesan-kesan yang tidak baik.Sekarang saya sentiasa menggunakan produk kesihatan ini tanpa menukar produk lain.Saya juga pernah membawa rakan-rakan saya untuk mencuba produk ini.

    BalasPadam
  42. Salam.....
    Dalam pembujukan mengikut pensyarah ada 4 fasa. Saya telah mengalami pengalaman keempat-empat fasa pemujukan. Kejadian telah berlaku di pusat membeli belah Giant, di mana saya telah di tipu oleh agen jualan yang menjanjikan kunun-kunun hadiah yang lumayan setelah membuat cabutan yang pada saya telah dirancangkan.

    Fasa pertama : 'Awal Pemujukan' Setelah cabutan dibuat, agen telah menunjukkan reaksi yang terkejut dan gembira lalu berlakon kununnya saya telah memenangi hadiah menarik dan terus menelefon bosnya menyatakan saya menang dan mengesahkan saya tiada keluarga dalam kalangan agen tersebut. Saya seperti tidak percaya dan terkejut adakah ianya benar atau pun satu penipuan ke atas diri saya lalu agen tersebut meminta saya untuk ke kaunter bagi urusan tuntutan hadiah kununnya free.

    Fasa kedua : 'Pra-matang' hati saya berdetik lagi, adakah ianya benar dan betul. Saya masih tidak mempercayainya lagi, lalu bertanyakan lagi adakah hadiah tersebut perlukan bayaran. Lalu di terangkan saya hanya perlu membayar 1 barangan sahaja bagi mendapatkan 4 atau 5 barangan seterusnya.

    Fasa ketiga : 'Matang' Setelah saya amati benar-benar ternyata saya ibarat mengantuk disorongkan bantal. Disini saya dapat membuat kesimpulan bahawa tektik yang agen ini buat adalah tektik hanya mahu melariskan jualan dengan sedikit penipuan. Hati saya berdetik , tinggalkan lah kaunter tersebut dengan menyatakan saya tidak mempunyai wang untuk membayar 1 barangan yang harganya menceceh 2 ribu ringgit.

    Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
    lalu saya pun menganbil keputusan meninggalkan agen tersebut tanpa menghiraukannya tanpa belas kasihan....hahahaha...lariii
    sejak dari itu apabila saya pergi ke gaint, saya tidak lagi menghiraukan rayuan dan pembujukan agen yang mahu menipu pada pandanagan saya.sekian....

    BalasPadam
  43. salam dan selamat sejahteraan..
    kuliah 4 adalah kuliah yang amat menarik minat semua pelajar.ia menceritakan pengalaman masing masing yang pernah kit alami.saya juga mengalami pengalaman sama.Perkara ini berlaku di salah sebuah pusat membeli belah di kota kinabalu.Di dalam pusat membeli belah ini terlampau banyak promoter promoter jualan pelbagai barangan.saya pernah di tahan oleh seorang promoter AOWA semasa saya memasuki bangunan tersebut.promoter tersebut cuba menghulur kan kepada saya hadiah berupa botol air yang cantik dan mahal.Pada fasa ini ia di panggil fasa awal pemujukan di mana ia cuba memikat saya dengan memberi barangan percuma kepada saya.Sekiranya saya mengambil barangan percuma tersebut seumpama saya termasuk perangkap mereka.setelah saya ambil sahaja barangan ia akan masuk ke fasa kedua iaitu fasa pra matang di mana promoter akan mengajak saya duduk di meja mereka dan akan mencerira kan tentang barangan yang mereka sedang promosi kan.Dalam fasa ini mereka akan menggunakan bahasa yang manis manis dan indah untuk memikat hati saya.mereka akan bersungguh bercerita sehingga menimbulkan keyakinan dalam diri saya terhadap barangan mereka.ini mereka hampir berjaya memujuk saya.Proses ini terus masuk ke fasa matang setelah saya hampir terperdaya dengan kata kata mereka.dalam proses ini mereka telah memberi saya 5keping cabutan bertuah dan mereka menyuruh saya memilih salah satu nya.setelah sya memilih mereka terus mengata kan dengan penuh semangat mengata kan saya menang hadiah bernilai rm2500.mereka juga mengatakan saya adalah orang pertama yang memenangi cabutan bertuah ini.saya rasa sangat teruja pada masa itu.dan saya telah termasuk perangkap mereka.Pada proses terakhir ialah pasca pemujukan mereka mengatakan sekiranya saya ingin mengambil hadiah cabutan bertuah tersebut saya mesti membeli barangan mereka yang bernilai rm3500 dahulu baru la say dapat menuntut hadiah cabutan bertuah tersebut.saya berasa hairan dan tertipu kerana harga barangan tersebut lebih mahal dari hadiah cabutan yang saya menangi itu.dalam pada masa yang sama promoter tersebut telah memaksa maksa saya supaya menbeli barangan mereka dengan mengatakan saya kan rugi sekiranya tidak membeli barangan tersebut kerana hadiah cabutan bertuah akan terlepas.dala proses ini saya menjadi tidak selesa dan marah kerana rasa tertipu oleh pujukrayu mereka.
    Dan akhir sekali saya terus bangun dan pergi dari situ tetapi promoter tersebut tetap mengejar saya dan terus memaksa saya terus saya memarahinya lalu ia berhenti dari memaksa.
    Dari pengalaman yang telah saya alami itu telah menjadi kan saya fobia untuk memasuki pusat membeli belah tersebut sekiranya saya ingin memasuki bangunan tersebut saya akan melalui pintu belakang agar tidak berjumpa dengan promoter promoter yang suka memaksa itu.

    BalasPadam
  44. Aslmualaikum and greetings to all...
    as a person who is being persuade by a campaigners (flatterer) or promoter, or whoever, at first we must feel like not comfortable with the situation. but a promoter (for example) use various kind of persuasion method in order to build or create an interest to what he or she is talking, so that we will feel comfortable. sometimes we can feel like angry and want to avoid them. but sometime if they used a suitable method of persuasion, we can be influenced by them.
    At 2nd phase, when they already create interest, so we will give him time to explain on what he wants to talk to, and we can ask them if we had any enquiry about that. but sometimes if we cannot be influenced (from their perception), they will used reverse phsychology. but we cannot simply believe or accept all of the promoters words.
    Then the person will explain further, let say for example, if we want to buy an insurance, at first we will just heard on what they said, but then they will explain about their products detailed. so that we can ask them more and they will try to influenced us to buy. sometimes, although we feel that we are not being comfortable, but the promoter will realize and then used any methods that can influences his audiences. And sometimes we just feel wanna be angry with them because some of my friends were being forced to buy someting.
    The last phase, the flatterer (people who persuade) will now ask us using the reverse phsychology action. at this phase, we must know that a person had an interest or not. if a person had an interest, he (the promoter)will give more benefits to them.we at that time will feel very cheap, promotion, and others but somet people will not accept that kind of way to market your product.
    As a conclusion, the process of persuasion is very difficult because it is not easy to influence people on what are you talking.sometimes as promoter, should remove your shyness and then you will persuade people.maybe the last phase of persuasion is the effectiveness of the product.people who persuade will be able to identify his or her consumers. at the last phase, a consumer will decide whether to accept or not about the product...
    salam....

    BalasPadam
  45. Salam semua.
    Setelah membaca semua komen-komen daripada rakan-rakan seperjuangan, saya tertarik dengan ulasan saudari Sandralyn Abarasa. ya kalau kita tengok hampir semua di setiap pusat membeli belah dapat dilihat ramai promoter yang mempromosikan barang jualan mereka. Saya juga seperti kebanyakan orang yang mana akan mengelak jika ada promoter yang cuba mempromosikan barang mereka kepada saya. Bukan apa, cara mereka tu kadang-kadang buat kita menyampah dan ada juga yang cuba menipu. Jadi, berhati-hati saja la okay.

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Sememangnya banyak keadaan yang dialami oleh rakan-rakan tentang peristiwa yang dibujuk untuk membeli sesuatu barangan. Saya juga ingin berkongsi mengenai pengalaman bagaimana berlaku perubahan tingkahlaku, emosi dan sikap selepas aktiviti pembujukan. Memang manis kata-kata seorang yang mempromosi produknya. Kadangkala peringkat pertama kita akan diperangkap dengan beberapa perkara. Diberi barangan percuma, diberi kertas untuk digores dan macam-macam lagi supaya kita tidak dapat lari daripada mereka.
    Selepas itu bermula penerangan tentang produk mereka. Kita terpaksa mendengar walaupun tidak berminat. Apabila sudah diterangkan, dipaksa pula kita membeli produk tersebut, walaupun kita tidak berminat. Dan akhirnya membuat kita meluat dan meninggalkan mereka. Selepas itu saya tidak pernah lagi berminat dan meluat dengan orang dan produk yang dipromosikan. (Sebab : Caranya memaksa pelanggan untuk membeli produk tersebut)

    BalasPadam
  47. Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia...

    Cara luarbiasa sebagai manusia biasa, ‘alah bisa tegal biasa’..itu prinsip kebanyakan para promoter produk mahupun perkhidmatan yg ada pada masa kini. Kemesraan adalah tiket utama mereka dalam menyakinkan para sasarannya untuk menerima apa sahaja bentuk produk mahupun perkhidmatan yg ditawarkan. Kita perhatikan fasa2 dalam proses pembujukan ini; situasi di mana saya dan juga sepupu sedang menunggu tibanya masa berbuka puasa (Anjung Selera).

    Fasa awal pembujukan, saya bersama dengan sepupu didatangi oleh seorang promoter barangan (Buku2 kanak2 & CD). Beliau memperkenalkan diri dengan nada suara yg amatlah mesra disamping penampilan yg kemas. Beliau menerangkan beberapa buku kanak2 yg sememangnya bagus utk sesi pembelajaran kanak2, kerana ianya disertai dengan CD.

    Fasa Pra matang pula berlaku apabila Sepupu sy yg mempunyai keinginan utk membeli Buku tersebut utk anak buah kami cuba membelek2 bbrp buku tersebut. Promoter tersebut memberikan penerangan yg lebih lanjut dan kami disogokkan dengan harga promosi (Lebih Murah –RM10) dari harga biasa yg ada tertulis di dalam buku tersebut. Sy sebenarnya kurang berminat (apatah lg masa itu tengah lapar) Tapi kerana rasa kasihan, sy turut saja melayan promoter tersebut. Walaubagaimanapun, sebenarnya saya telah lama menyimpan niat utk membeli CD (Bacaan ayat suci) utk di dengar dlm kereta. Promoter tersebut sememangnya mempunyai CD tersebut, maka sy pun tidak teragak2 untuk membelinya kerana dia menjanjikan yg CD tersebut sememangnya berkualiti baik (Sesuai utk VCD/Mp3).

    Seterusnya pada fasa matang apabila kedua2 pihak bersetuju dengan tawaran harga dan barangan tersebut. Saya dan sepupu sy berfikir bahawa tidak salah utk membeli buku dan CD tersebut kerana kami mempunyai kepentingan dan keperluan utk memilikinya.

    Pada fasa berikutnya, di mana dalam fasa pasca pembujukan ini, sememangnya kami akan mendapatkan kebaikan dgn membeli Buku & CD tersebut. Sebelum promoter tersebut meninggalkan kami, dia ada berpesan sekiranya inginkan produk keluaran mereka pada masa akan datang, maka bolehlah menghubungi beliau seperti yg tertera di dlm kertas yg diberikan olehnya. Kami berdua hanya mengangguk, mengiyakan kata2nya. Dalam fasa ini, memperlihatkan peranan promoter tersebut yg telah berjaya mempengaruhi kami utk membeli produk mereka.

    semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, sy dan sepupu mencuba CD tersebut. Maka, sy pun memasangkan di dalam VCD/Mp3 player kereta. CD yg disertakan di dalam Buku kanak2 tersebut boleh didengari. Sayang dan hampa, CD (Bacaan ayat suci) tersebut tidak dpt dibaca dan langsung tiada bunyi.Aduhhh...pada akhirnya, sy pasrah juga memandangkan niat sy utk membelinya adalah telus. Sepatutnya sy cuba utk mendengarnya sendiri baharulah sy membelinya. (sebagaimana CD2 yg dijual di kedai2)...Betullah pepatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’...

    sekian...sekadar perkongsian pengalaman...

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan blog yang saya hormati.

    Secara jujur dan ikhlas saya mendapati bahawa blog ini telah mencapai fasa ‘matang’ dan sedang menuju ke pasca pembujukan bagi diri saya sendiri kerana jika selama ini saya hanya tahu memberikan alasan “tunggulah….tunggulah ada masa baru buat.” Tapi, sekarang bukan hanya sekadar ingin berdiskusi atau berbincang dengan rakan-rakan, tetapi saya dapat rasakan bahawa saya begitu berminat untuk melemparkan rumusan dan pengalaman saya ke dalam blog ini. Terima kasih encik Shah kerana telah menghasilkan satu ruangan ‘pembujukan’ yang berkesan dan memberikan ‘hadiah’ yang sudah pastinya akan menarik minat pelajar-pelajar untuk turut serta.

    Selepas membaca beberapa perbincangan rakan-rakan yang lain, saya mendapati bahawa pengalaman mereka tidak banyak beza dengan pengalaman yang pernah saya lalui. Cuma, kes Aliza dan Ayie sahaja yang saya belum rasa sendiri kerana anak masih kecil lagi. Belum tahu apa itu meminta walaupun sudah pandai memujuk minta makan dan minum susu. Saya tertarik dengan pengalaman Kusmayani78 kerana apa yang dia katakan memang ada benarnya. Jurujual-jurujual barangan elektrik ‘AOWA’ sememangnya mempunyai pembujukan kuat dan kadang-kadang dapat mempengaruhi pelanggan untuk membeli barangan mereka.

    Fasa pembujukan:

    Pengalaman saya berjalan-jalan di City Mall bersama-sama dengan makcik saya yang kebetulan ingin membeli barangan elektrik. Sedang kami berjalan-jalan tiba-tiba langkah kami terhenti ketika mendengar satu sapaan lembut dari arah depan kami. Mula-mula malas juga nak mendengar. Namun, cara komunikasi dan mesra mereka membuatkan kami mengambil keputusan untuk mendengar penerangan barangan elektrik mereka. Saya lihat makcik saya pun dah mula berminat. Jadi, saya tidak sampai hati nak menolak. Apa salahnya mendengar demi menjaga hati orang tua.

    Fasa ‘pra matang’:

    Semasa penerangan terperinci diberikan kepada kami, makcik saya memang sudah termakan pujukan jurual tersebut. Dia sudah mula bertanyakan soalan-soalan berkaitan barangan elektrik mereka. Mungkin juga ingin menguji atau membuat perbandingan barangan elektrik yang makcik saya pernah beli sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa makcik saya sedikit sebanyak mempunyai pengalaman dalam memilih barangan elektrik. Kami dibawa masuk ke dalam kedai dan memberikan kami sati peraduan kalau tidak silap saya tentang peraduan gores dan menang.

    Fasa matang:

    Saya pun menggores peraduan gores dan menang tersebut dan kami mendapati kami telah memenangi peralatan dapur dan beberapa barangan elektrik yang lain. Pada mulanya kami sangat gembira kerana riak wajah mereka menunjukkan kami yang kami telah berjaya membawa pulang barangan yang bernilai ribuan ringgit. Tetapi, saya mula sedar dan berubah sikap sebaik sahaja jurujual tersebut mengatakan bahawa kami hanya dapat membawa pulang barangan tersebut jika kami membayar sejumlah wang. Pada masa inilah saya mula rasa was-was dengan keikhlasan jurujual tersebut.

    Fasa ‘pasca pembujukan’:

    Selepas keluar dari kedai tersebut, saya menerangkan kepada makcik saya mengapa saya mengambil keputusan untuk keluar dari kedai tersebut. Ini kerana pengalaman kawan-kawan telah mengingatkan saya pada ketika itu supaya berhati-hati berurusan dengan orang sekiranya melibatkan soal ‘wang’. Saya sangat bersyukur dan sejak dari hari itu, saya cukup berhati-hati apabila terserempak dengan pembujuk/jurujual yang cuba mendekati saya. Lebih baik katakan ‘tidak’ sebelum terperangkap lebih lama.

    Jumpa lagi diperbincangan seterusnya.

    BalasPadam
  49. fairoz yahya YA2008-1470

    Assalamualaikum dan salam sejahterah
    Saya amat tertarik setelah membaca tajuk kuliah 4 yang dipaparkan oleh pensyarah kita. Ini kerana saya telah mengalami pengalaman yang sama keempat-empat fasa pemujukan .Kejadian telah berlaku di salah sebuah pusat membeli belah city mall di mana saya telah diperdayakan oleh promoter . Ketika itu saya bersama ibu saya ke sana untuk membeli barang keperluan dapur .

    Fasa pertama : 'Awal Pemujukan'
    Bermula apabila saya didatangi oleh promoter barangan elektrik didalam kompleks tersebut meminta saya untuk mendengar dan menjanjikan hadiah berbentuk diari hanya untuk mendengar. Saya diterangkan mengenai produkyang mereka jual sambil berjalan ke premis mereka. Setelah sampai di permis tersebut saya melihat ada 2 orang lagi promoter yang ada disitu. Saya disuruh untuk mengores satu cabutan dan alngkah terkejutnya saya apabila saya dikatakan telah memenangi hadiah barangan elektrik secara PERCUMA daripada syarikat mereka. Saya seperti terpukau dan telah diminta untuk bersabar kerana promoter tersebut mahu membuat panggilan bagi mengsahihkan yang saya telah mendapat cabutan yang bertuah.

    Fasa kedua : 'Pra-matang'
    Tak semana-mana saya diarahkan untuk mengisi boring tetapi saya telah menyedari akan tipu helah mereka kerana jika benar saya bertuah mengapa saya perlu mengisi boring tersebut. Jika sekadar untuk mengambil nombor kad pengenalan bagi mempastikan saya mendapat hadiah tersebut takpalah. Ini boring yang diberikan seolah-olah saya hendak membeli barangan mereka.

    Fasa ketiga : 'Matang'
    Saya tidak mengisi boring tersebut dan bertanya apa yang mereka mahu? Promoter berkenaan memberitahu saya hanya perlu membuat pembayaran RM 2000 sahaja untuk memperolehi 7 item produk iaitu ( vacume, blander, aircond dan air purifier ). Promoter tersebut juga menyuruh saya untuk memanggil kawan saya untuk memuatkan barang-barang tersebut kedalam 2 kenderaan kerana kenderaan yang saya guna tidak mencukupi ruang untuk barang-barang tersebut.

    Fasa keempat : 'Pasca Pemujukan'
    Saya sudah menjadi marah dan berkata kepada promoter-promoter tersebut saya mahu hadiah yang kamu telah janjikan iaitu diari kerana saya telah mendengar apa yang mereka telah promosikan. Setelah mendapat diari tersebut saya beredar dari sana sambil menyatakan kepada promoter-promoter tersebut supaya mereka perlu berhati-hati kerana tidak semua orang senang dengan apa yang mereka lakukan kepada saya tadi. Tetapi saya telah berfikir profession mereka sebagai promoter memang itulah kerja mereka jika difikir-fikirkan harga kepada 7 item barang tadi akan mencecah RM 6,000 hingga RM 8,000.

    Akhirnya kesan kejadian kempen dan pemujukan yang dilakukan oleh agen berkenaan telah memberi kesan dalam diri saya supaya tidak akan terpedaya kepada agen-agen jualan langsung lagi.

    BalasPadam
  50. Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk. Saya telah didatangi seorang lelaki berusia separuh abad ketika saya sedang bersarapan. Dia ingin memohon derma ikhlas daripada saya bagi disalurkan kepada Persatuan Orang Kurang Upaya. Bagi pendapat saya, proses Fasa Awal Pembujukan yang dialami saya adalah lelaki itu tersenyum sedih sambil datang menghampiri. Saya sebenarnya khuatir tentang apa yang dikehendaki lelaki tersebut. Namun, tetap senyum dengannya. Hal ini kerana saya berasa kasihan dengan renungan matanya yang sayu. Ternyata, dia datang mendekati dan menyapa saya secara sayu dan memberitahu tentang tujuannya untuk memohon saya membeli 1 paket pen biasa. Saya cuba menolak memandangkan saya tidak mempunyai keperluan untuk membelinya pada ketika itu. Selain itu, ia adalah disebabkan saya sedang bersarapan ketika dia datang menyapa. Fasa Pra Matang berlaku apabila dia cuba memberitahu saya bahawa wang pembelian pen tersebut akan diberi kepada Persatuan OKU. Saya mula berasa terpujuk atas dasar simpati. Dia menyuruh saya agar berbuat amal sementara masa masih ada. Saya berasa tersinggung. Namun, ada kebenarannya. Seterusnya, Fasa Matang berlaku apabila saya seolah-olah masih ragu terhadap kata-katanya. Dia terus menunjukkan sebuah kad yang telah ditandatangani ramai (seperti kad derma untuk larian). Dia juga menunjukkan gambar kanak-kanak OKU kepada saya. Saya pun berasa yakin dan simpati lalu menghulurkan wang sebanyak RM10 untuk pen yang biasa yang harganya kurang dari RM 3. Fasa Pasca Pembujukan berlaku apabila saya mula berfikir tentang kebenaran kenyataan lelaki tersebut kerana saya melihatnya tidak meminta derma daripada mana-mana pelanggan dalam kedai tersebut. Namun, saya juga tidak ambil kisah sangat memandangkan keadaan fizikal lelaki itu sememangnya boleh menyentuh hati nurani saya.
    Saya berpendapat walaupun saya tidak mempunyai keperluan untuk membeli pen tersebut namun disebabkan faktor kasihan(psikologi) telah membuat saya membuat keputusan tersebut.
    Itu lah perkongsian pengalaman saya sebagai sasaran pembujuk. :)

    BalasPadam
  51. Salam sejahtera. Seperti rakan-rakan yang lain, saya juga pernah menjadi sasaran pembujuk. Saya telah didatangi seorang lelaki berusia separuh abad ketika saya sedang bersarapan yang ingin memohon derma ikhlas daripada saya bagi membantu Persatuan Orang Kurang Upaya. Bagi pendapat saya, proses Fasa Awal Pembujukan yang dialami saya adalah lelaki itu tersenyum sedih sambil datang menghampiri. Saya sebenarnya khuatir tentang apa yang dikehendaki lelaki tersebut. Namun, tetap senyum dengannya. Hal ini kerana saya berasa kasihan dengan renungan matanya yang sayu. Ternyata, dia datang mendekati dan menyapa saya secara sayu tentang tujuannya untuk memohon saya membeli 1 paket pen biasa. Saya cuba menolak memandangkan saya tidak mempunyai keperluan untuk membelinya pada ketika itu. Selain itu, ia adalah kerana saya sedang bersarapan ketika dia datang menyapa. Fasa Pra Matang berlaku apabila dia cuba memberitahu saya bahawa wang pembelian pen tersebut akan diberi kepada Persatuan OKU. Saya mula berasa terpujuk atas dasar simpati. Fasa Matang pula berlaku apabila saya seolah-olah masih ragu terhadap kata-katanya. Dia terus menunjukkan sebuah kad yang telah ditandatangani ramai (seperti kad derma untuk larian). Dia juga telah menunjukkan gambar kanak-kanak OKU kepada saya. Saya pun berasa yakin dan simpati lalu menghulurkan wang sebanyak RM10 untuk pen yang biasa yang harganya kurang dari RM 3. Fasa Pasca Pembujukan berlaku apabila saya mula berfikir tentang kebenaran kenyataan lelaki tersebut kerana saya melihatnya tidak meminta derma daripada mana-mana pelanggan dalam kedai tersebut. Namun, saya juga tidak ambil kisah sangat memandangkan keadaan fizikal lelaki itu sememangnya boleh memujuk hati nurani saya. Saya berpendapat bahawa saya membuat keputusan tersebut kerana faktor kasihan (psikologi) dan faktor persekitaran ketika itu. Saya berharap urusan antara lelaki tersebut berakhir secepat mungkin kerana banyak mata sudah memandang ke arah kami menyebabkan saya berasa kurang selesa.
    Itu lah perkongsian pengalaman saya sebagai sasaran pembujuk. Sekian.

    BalasPadam
  52. Salam Damai..

    Sesi pujuk memujuk merupakan rutin seharian yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan sama ada dalam suasana pembujukan penjualan barangan, pembujukan perasaan yang sedang merajuk atau kecewa, pembujukan kempen-kempen seperti pilihan raya dan sebagainya. Pengalaman saya dalam situasi ini ialah semasa membeli ‘handphone’ di sebuah supermarket yang terkenal di Kota Kinabalu.

    1)Fasa awal pemujukan:
    Sedang saya berjalan-jalan mengelilingi deretan kedai jualan telepon bimbit, tetiba saya ternampak handpone yang sangat menarik perhatian saya. Dengan sesaat langkah laju saya menuju kea rah kedai jualan handphone tersebut. Dengan senyuman ramah penjual di kedai tersebut menyambut kehadiran saya dan serta merta mengajukan soalan kepada penjual kedai handphone tentang jenis/ model handphone. Saya menyatakan kesukaan saya kepada penjual tersebut ialah Sony Ericsson, lantas dia memberi jawapan dan respon yang positif.

    2)Fasa Pra Matang:
    Selepas penjual menjawab pertanyaan dari saya, penjual tersebut menanyakan sama ada saya berminat membeli jenis/model handphone yang lain selain dari Sony Ericsson. Saya tertarik dengan cadangan penjual tersebut, lantas penjual tersebut mengambil dan mengeluarkan model-model handphone lain. Antara model-model canggih yang dipertontonkan penjual tersebut kepada saya ialah jenama LG, NOKIA, APPLE dan sebagainya. Saya sekadar membelek-belek handphone tersebut kerana hati saya hanya pada jenama Sony Ericsson.

    3)Fasa Matang:
    Penjual tersebut mencuba untuk mengubah perhatian saya dengan memberitahu bahawa tahap kecanggihan jenama dan model-model handphone tersebut lebih tinggi berbanding Sony Ericsson. Walau bagaimanapun respon saya tidak berubah dan tetap untuk Sony Ericsson, maka penjual tersebut berdiam diri selepas mendengar keputusan saya.

    4)Fasa pasca pemujukan:
    Selepas itu, sekali lagi penjual tersebut menanyakan tentang kepastian saya untuk membeli handphone model Sony Ericsson, tanpa berfikir panjang saya segera menyatakan saya mahu membeli pilihan saya. Sekali lagi penjual tersebut mencuba mengalih perhatian saya dengan menyatakan bahawa harga kesemua jenama dan model tersebut adalah berbeza-beza. Namun begitu saya tetap dengan pendirian saya. Bagi elakan komunikasi lisan yang panjang dengan penjual handphone tersebut, saya mengeluarkan wang dari dompet saya dan membeli handphone kesukaan saya.
    Pengalaman saya ini memberi gambaran jelas kepada empat fasa pembujukan. sekian..

    BalasPadam
  53. Assalamulaikum dan salam sejahtera

    En. Syah dan semua pembaca blog ini

    pembujukan ini digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan perhatian dan lama kelamaan ia mendapat perhatian yang lebih lanjut dan membentuk kita untuk membuat keputusan dalam sesuatu perkara. dalam situasi ini, saya berpengalaman semasa dipejabat dengan seorang jurujual buku memperlajari bahasa inggeris.

    1)Fasa awal pemujukan:
    seorang jurujual buku untuk mempelajari bahasa inggeris cuba memberi penerangan kepada saya dengan memperkenalkan buku tersebut sesuai untuk kanak-kanak seawal umur 1 tahun. jurujual tersebut memberitahu anak saya sudah sesuai untuk memiliki buku tersebut kerana pembelajaran mestilah bermula dari awal.

    2)Fasa Pra Matang:
    jurujual tersebut memberikan penerangan bahawa saya pun boleh turut serta mempelajari bahasa melalui buku tersebut. kakak pun boleh belajar sama kan jika membeli buku ini.... kata jurujual itu. cia cuba meyakinkan lagi dengan memberi contoh-contoh buku itu, dan apabila saya melihatnya saya mula tertarik,,,,


    3)Fasa Matang:
    jurujual mencuba lagi meyakinkan saya dengan tawaran cara pembayaran, kerana harga buku itu juga boleh dikatakan agak mahal. setelah berbincang dia memberikan 3 pilihan cara bayaran iaitu bayar secara tunai atau pun bulanan selama 12 bulan atau 24 bulan. saya pun mula berfikir kerana saya sudah tertarik dengan buku tersebut.

    4)Fasa pasca pemujukan:
    pada peringkat ini saya sudah betul-betul tertarik dengan kandungan buku tersebut ditambah lagi dengan tawaran cara bayaran yang diberikan. jurujual juga meyakinkan saya kalau kakak beli buku ini , ia boleh dipakai sampai bila- bila untuk kesemua anak kakak akan datang. pada peringkat ini saya pun membuat keputusan untuk membeli buku ini dengan membuat booking dalulu dan membuat bayaran pendahuluan sebagai belian.

    BalasPadam
  54. Situasi yang pernah saya lalui berlaku pada tahun lepas apabila dua orang yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah saya. Apabila pintu rumah dibuka kedua-dua orang tersebut (seorang lelaki dan seorang lagi wanita) memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai daripada sebuah agensi yang dilantik pihak kerajaan bagi memantau keselamatan dapur gas memasak dirumah-rumah. Pada ketika ini fasa awal pembujukan sudah bermula. Sebenarnya saya juga berasa hairan kerana baru pertama kali saya mendengar adanya agensi yang dilantik untuk tujuan tersebut.

    Selepas memperkenalkan diri tetamu wanita yang tidak diundang itu kemudiannya seolah-olah meminta untuk dibenarkan masuk ke dalam rumah setelah saya tidak mempelawanya masuk dengan mengatakan,"di hadapan pintu saja kah kami boleh bercakap." Pertanyaan wanita tersebut telah menunjukkan fasa pra matang pembujukan kerana pada ketika itu juga matanya melirik ke ruang tamu rumah saya.

    Fasa berikutnya masuk ke fasa matang pembujukan apabila saya membenarkannya masuk (dengan syarat hanya dia seorang sahaja, yang lelaki kena tunggu di luar)dan dia mula membuat pemeriksaan pada hos dapur gas saya dengan gaya seolah-olah seorang pakar dalam bidang tersebut. Dia kemudiannya membuka hos dapur gas saya dan menggantikannya dengan hos baru yang dibawanya.

    Fasa terakhir berlaku apabila dia mula menyalakan api dapur gas tersebut dan menyatakan bahawa api nyalaan dapur itu kini lebih kuat dan ianya lebih menjimatkan gas. Saya tersenyum dan berkata, "oh ya ka, saya nampak macam biasa saja". Melihat reaksi saya yang tidak menyokongnya dia kemudiannya berkata,"puan kena bayar RM45 untuk hos yang baru saya gantikan." Saya mengatakan kepadanya yang saya tidak mahu membayar kerana saya tidak pun menyuruhnya menggantikan hos tersebut. Dia kemudiannya mengurangkan harga hos tersebut ke RM15 dan saya bersetuju untuk membayar dengan harga tersebut memandangkan rayuannya seolah-olah meminta kesihan. Lagi pun hos dapur gas saya juga sudah lama tidak berganti.

    Kedua-dua orang tersebut sebenarnya adalah jurujual dan bukannya pegawai yang dilantik bagi memantau keselamatan dapur gas. Itu la antara kes pembujukan terhadap saya yang pernah saya alami.

    BalasPadam