Pages

Khamis, 2 September 2010

[AK21503] Kuliah 8

Pembujukan dalam mod tulisan, lisan dan bukan lisan digunakan secara serentak, sebahagian atau salah satu daripada ketiga-tiganya dalam mana-mana aktiviti membujuk. Pilihan untuk menggunakan salah satu atau kombinasi mana-mana dua kaedah komunikasi ini diputuskan oleh pembujuk atas sebab yang berkaitan dengan konteks, matlamat dan jenis audien. Pembujuk yang baik tahu mengenalpasti mana-mana mod yang sesuai digunakan mengikut konteks, matlamat dan jenis audien yang menjadi sasaran pembujukan.

Fikirkan...Kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan yang boleh digunakan dalam iklan produk kecantikan

49 ulasan:

  1. Dewasa ini, terdapat pelbagai jenis iklan produk kecantikan yang terdapat dipasaran. Bagi melariskan jualan produk kecantikan, pihak-pihak yang berkaitan menggunakan kaedah pembujukan untuk memujuk khalayak membeli produk kecantikan mereka. Contoh produk kecantikan yang terdapat dipasaran pada hari ini adalah Garnier, Ponds dan sebagainya.Pembujukan secara tulisan dapat dilihat melalaui produk kecantikan Fair and Lovely yang membujuk khalayak menggunakan brosur. Apabila ingin mempromosi dan memujuk orang ramai membeli produk kecantikan, kebanyakan mereka menggunakan individu-individu yang mempunyai berkreadibiliti dan berkarisma serta ternama untuk menjadi duta produk. Sebagai contohnya, produk kecantikan Safi Rania yang menggunakan Rita Rudaini sebagai duta produk. Bagi pembujukan yang bukan lisan, kita dapat melihat melalui iklan produk kecantikan Fair and Lovely yang mana di dalam iklan tersebut ia menunjukkan gambar perubahan kulit seseorang individu yang yang gelap dapat dicerahkan dalam masa 7 hari sahaja.

    BalasPadam
  2. Salam buat En,Syah, rakan-rakan sekalian dan senior yang dikasihi. Pernah melihat iklan Olay di kaca Tv? Pasti kita semua pernah mendengar ayat ini "Kerana Diriku Begitu Berharga..." ayat ini dipetik daripada iklan Olay yg mnampilkan Camelia sebagai jurucakap pertama produk kecantikan tersebut. Beberapa kaedah pembujukan yang dilakukan semasa iklan tersebut termasuklah artis wanita yang cantik menyebut atau mengucapkan trademark Olay kemudian duta/model mempamerkan kesan yang berlaku pada wajah sebelum dan selepas menggunakan produk kecantikan tersebut sambil membuai pandangan penonton dengan aksi bahasa tubuh seperti eye contact dan postur badan. Tidak ketinggalan, lakaran komputer dalam menghasilkan grafik dan warna yang simple namun menarik perhatian audien untuk melihat iklan tersebut, tambahan pula ini memudahkan audien untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh produk kecantikan tersebut. Namun apa yang menghairankan, walaupun ketiga-tiga kaedah ini dipraktikkan masih ada lagi pengguna produk kecantikan yang kurang yakin dengan produk tersebut, ini kerana produk tersebut lambat memberi kesan pada wajah mereka dan sebagainya.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
    "BERANI? CUBALAH." ini adalah tag line untuk iklan minyak rambut lelaki. iklan yang dipaparkan dengan model yang kacak serta bergaya ditambah pula dengan tagline yang seolah-olah mencabar khalayak sasaran agar menggunakan minyak rambut tersebut menjadikan iklan ini berjaya menarik perhatian khalayak sasaran.iklan ini adalah iklan lisan dan bukan lisan kerana dalam iklan ini terdapat dua kaedah yang digunakan. Iklan ini merupakan iklan produk kecantikan untuk lelaki. bagi produk kecantikan khusus untuk wanita pula kita boleh klasifikasikan kepada beberapa jenis iklan. iklan kecantikan untuk remaja yang mempromosikan produk 'Clean & Clear' dan iklan kecantikan bagi wanita seperti iklan produk kecantikan 'Olay total efect' dan 'sendayu tinggi'. model-model yang menjadi jurucakap untuk produk-produk ini adalah mereka yang mempunyai wajah yang cantik serta menjadi idola khalayak sasaran. Dalam konteks ini, model memainkan peranan yang penting kerana khalayak akan menggunakan produk tersebut dan beranggapan bahawa apabila menggunakan produk tersebut, akan mempunyai taraf dan kedudukan yang sama dengan model serta turut mempunyai kulit atau wajah yang diingini.
    walaubagaimanapun, pemilihan terhadap produk kecantikan adalah berdasarkan ukuran tahap kemampuan individu, kepentingan individu dan minat individu terhadap sesuatu produk itu sendiri. setiap individu mempunyai cita rasa dan minat yang berbeza.Oleh yang demikikan, pembujuk perlu memainkan peranan dan lebih kreatif dalam menghasilkan iklan sama ada secara lisan mahupun bukan lisan.

    BalasPadam
  4. Selamat Sejahtera,
    Seperti yang sedia maklum, semasa menjalankan suatu iklan yang berkaitan dengan pengiklanan produk kecantikan, beberapa kaedah boleh digunakan sama ada dalam bentuk tulisan, lisan dan juga bukan lisan. Berikut merupakan contoh selaras dengan jenis kaedah yang ada.
    a) Tulisan
    Contoh yang boleh digunakan dalam kaedah ini adalah menggunakan kaedah pengiklanan dalam majalah, poster dan sebagainya yang berkaitan dengan penulisan. Perkataan yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membeli produk tersebut.
    b) Lisan
    Kaedah ini digunakan ketika jurujualmemainkan peranan mereka untuk mendapatkan perhatian pengguna. Penjual haruslah memujuk pembeli dengan cara yang beretika.Tambahan pula, mereka harus bijak memilih audien yang sesuai menggunakan produk kecantikan tersebut. Sekiranya jurujual tersebut memujuk seorang kanak-kanak yang dikatakan masih tidak sesuai menggunakan barangan komestik lagi akan menyebabkan proses pemujukan tersebut gagal dilaksanakan. Kanak-kanak tersebut akan mendengar perkara yang diperkatakan oleh jurujual tersebut dengan tidak mempunyai sebarang perasaan minat untuk menggunakan prodeuk tersebut. Selain t=itu juga, jurujual tersebut haruslah bersifat mesra agar dapat menarik perhatian audien.
    C) Kaedah bukan lisan
    Cara membuat demonstrasi merupakan salah satu contoh dalam aspek kaedah bukan lisan. Perkara ini boleh dilakukan di tempat yang strategik agar dapat manarik ramai pengunjung berkunjung ke tempat pembelian bahan komestik tersebut. Tambahan pula, kaedah demonstrasi juga membolehkan audien mengetahui cara-cara penggunaan bahan komestik tersebut. Oleh itu, mereka akan dapat membeli produk tersebut tanpa sebarang perasaan syak wasangka selepas mengetahui bahawa cara penggunaan produk tersebut adalah mudah dan selamat digunakan.
    Selain daripada penggunaan demonstrasi, penggunaan gambar juga merupakan satu kaedah bukan lisan. Iklan yang dipaparkan dalam media elektronik dan bukan elektronik haruslah sesuai dengan tema produk komestik tersebut.

    BalasPadam
  5. Assalamulaikum En. Syah,,,

    Gaya seperti jatuh cinta pandang pertama melihatnya. Setiap kali menggayakannya ia melengkapi penampilan saya", ujar Rozita Che Wan
    Begitulah ungkapan pelakon Rozita ketika diberi peluang mencuba aksesori terbaru keluaran AVON.

    Bagi wanita anggun itu, rekaan hiasan diri itu sungguh indah dan versatil. Ia berupaya mencetuskan sentuhan eksklusif untuk apa jua jenis busana yang dipakai. Terbaru, Avon menyediakan aksesori yang sesuai dipadankan dengan busana kasual, ke pejabat atau untuk majlis-majlis.

    "Sebagai selebriti saya sedikit pun tidak berasa teragak-agak untuk memakai barang kemas Avon kerana ia memiliki kelas tersendiri. Rekaannya sangat versatil. Koleksi ini adalah sentuhan terakhir untuk melengkapkan penampilan diri yang harus dimilki setiap wanita.

    "Ia mempersembahkan keanggunan koleksi barangan kemas saduran berkualiti tinggi yang dijamin tidak pudar atau luntur warnanya. Selain itu, bahannya mematuhi standard saduran yang tinggi dan hanya menggunakan bahan metal terbaik seperti tembaga dan rhodium asli yang tahan lama. Koleksi Dream CZ juga dijamin selamat untuk mereka yang berkulit sensitif.

    ungkapan kerana diriku begitu berharga amat bermakna bagi setiap wanita. kempen secara lisan juga dapat mempengaruhi golongan wantia yang begitu menitikberatkan tentang kecantikan diri. pelbagai kempen yang dilakukan oleh syarikat produk kecantikan untuk produk mereka... jelas kempen secara lisan dan bukan lisan amat penting dalam menghasilakan sesuatu kempen produk kecantikan kepada khasnya kepada golongan sasaran produk

    BalasPadam
  6. Assalamulaikum En.Syah,,,

    "Gaya seperti jatuh cinta pandang pertama melihatnya. Setiap kali menggayakannya ia melengkapi penampilan saya", ujar Rozita Che Wan.

    Begitulah ungkapan pelakon Rozita ketika diberi peluang mencuba aksesori terbaru keluaran AVON.

    Bagi wanita anggun itu, rekaan hiasan diri itu sungguh indah dan versatil. Ia berupaya mencetuskan sentuhan eksklusif untuk apa jua jenis busana yang dipakai. Terbaru, Avon menyediakan aksesori yang sesuai dipadankan dengan busana kasual, ke pejabat atau untuk majlis-majlis.

    "Sebagai selebriti saya sedikit pun tidak berasa teragak-agak untuk memakai barang kemas Avon kerana ia memiliki kelas tersendiri. Rekaannya sangat versatil. Koleksi ini adalah sentuhan terakhir untuk melengkapkan penampilan diri yang harus dimilki setiap wanita.

    "Ia mempersembahkan keanggunan koleksi barangan kemas saduran berkualiti tinggi yang dijamin tidak pudar atau luntur warnanya. Selain itu, bahannya mematuhi standard saduran yang tinggi dan hanya menggunakan bahan metal terbaik seperti tembaga dan rhodium asli yang tahan lama. Koleksi Dream CZ juga dijamin selamat untuk mereka yang berkulit sensitif.

    jelas golongan wanita begitu senonim dengan kecantikan dan keanggungan yang ditawarkan oleh AVON.... kerana diriku begitu berharga.

    jelaslah bahawa kempen secara lisan dan bukan lisan begitu penting untuk menghasilkan sesuatu iklan produk kecantikan yang boleh menarik perhatian golongan sasaran.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan salam persaudaraan.

    Masyarakat hari ini lebih terdedah dengan pelbagai iklan produk kecantikan.Pemasar juga begitu kreatif dalam memaparkan pelbagai iklan tersebut.Misalnya, produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di hati khalayak adalah seperti iklan "SimplySiti". Dalam iklan ini, pemasar menggunakan kaedah pembujukan secara lisan iaitu dengan memaparkan selebriti terkenal iaitu Dato Siti Nurhaliza sebagai duta produk tersebut dan menjadi jurucakap dalam iklan tersebut. Apabila menggunakan kaedah pembujukan secara lisan sudah tentu pembujukan secara bukan lisan dan tulisan turut digunakan serentak.Apa yang diperkatakan oleh Dato Siti akan dilakukan serentak menggunakan pergerakan isyarat tangan, bahasa badan, kawalan mata dan sebagainya.Pembujukan menggunakan kaedah lisan dan bukan lisan tersebut dperkukuhkan lagi dengan memaparkan "tag line" ataupun "trademark" iklan tersebut. Misalnya iklan produk kecantikan "SimplySiti" menggunakan "trademark" "Rahsiaku Milikmu". Oleh hal yang demikian pada pendapat saya, kaedah pembujukan secara tulisan menggunakan "lakaran komputer dalam menghasilkan grafik dan warna yang simple" seperti apa yang telah diperkatakan oleh saudari Siti Norizan sesuai digunakan dalam pemaparan sesuatu produk kecantikan. Khalayak sasaran bagi iklan tersebut adalah kaum wanita, wanita lebih cenderung menyukai sesuatu yang indah sesuai dengan jiwa wanita yang lembut. Oleh itu lakaran dan paparan warna yang ringkas sudah tentu menarik perhatian khalayak sasaran. Pembujukan secara lisan pula tidak semestinya hanya menggunakan individu yang mempunyai nama, popular dan sebagainya tetapi juga boleh menggunakan individu lain ataupun elemen-elemen semulajadi yang terdapat di bumi ini. Manakala kaedah pembujukan secara bukan lisan pula lebih menarik dan begitu kreatif jika menggunakan gerakan tangan, bahasa badan, kawalan anak mata dan sebagainya dalam memaparkan sesuatu iklan produk kecantikan. Oleh itu khalayak sasaran lebih teruja dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi untuk menggunakan produk kecantikan tersebut. Penggunaan elemen-elemen yang pelbagai dalam pembujukan sudah tentu lebih menarik perhatian khalayak sasaran.

    BalasPadam
  8. Salam.. Pada pendapat saya, untuk mengiklankan sesuatu produk kecantikan, pembujuk haruslah mengetahui kaedah sesuai yang harus digunakan untuk memasarkan produk kecantikan mereka. Kaedah yang berkesan akan menyebabkan audien berminat dan ingin mencuba dengan barangan yang diiklankan. Contoh-contoh iklan produk kecantikan yang ada pada masa sekarang adalah seperti yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan seperti Faizidatul, yang menyatakan iklan kecantikan remaja yang mempromosikan produk seperti 'Clean & Clear' dan iklan kecantikan bagi wanita seperti iklan produk kecantikan 'Olay total efect' dan 'sendayu tinggi'. Model yang menjadi jurucakap untuk produk-produk ini adalah mereka yang mempunyai wajah yang cantik serta menjadi idola khalayak sasaran. Ini adalah salah satu pembujukan secara lisan dimana pembujuk mengunakan model untuk memperkenalkan produk mereka. Bagi kaedah lisan pula boleh dilihat apabila produk-produk ini boleh dilihat di majalah dan terdapat banyak yang ditulis didalamnya mengenai produk tersebut.

    BalasPadam
  9. Pernah anda menonton iklan syampu Pantene dikaca tv anda? sudah pasti pernah dan medengar perkatan "ulala" salah satu ayat yang terdapat di iklan perapi rambut tersebut.

    Beberapa kaedah pembujukan yang dilakukan semasa iklan tersebut termasuklah rupa paras, bentuk badannya dan rambutnya yang cantik.

    Kaedah pemujukan dalam tulisan jelas menunjukkan ayat-ayat yang ditulis oleh pengarahnya untuk menarik perhatian audien.

    Kaedah lisan pula sebutan dan ucapan yang diungkapkan oleh modelnya untuk pemujukan iklan tersebut.

    Manakala kaedah bukan lisan pula dipamerkan menerusi penampilan fizikal model yang cantik, mimik wajah, eye contact, gesture tangannya, postur badan dan rambutnya menarik audien untuk pemujukan terhadap produk tersebut.

    Dimana ketiga-tiga kaedah pemujukan ini sangat memainkan peranan penting dalam sesebuah iklan untuk melariskan produknya dan pemujukan terhadap barangan tersebut.

    BalasPadam
  10. Salam sejahtera.
    Mengiklankan produk kecantikan amat memfokus kepada pembujukan yang kreatif dan meyakinkan audien. Ianya merangkumi elemen-elemen tulisan, lisan, bukan lisan, dan menggunakan media elektronik dan percetakan. Suka saya memberi sedikit tambahan yang diutarakan oleh kak Asrinawaty mengenai iklan syampu Pantene yang sering kita tonton di kaca televisyen, model yang menjadi duta syampu tersebut merupakan artis popular di seluruh dunia iaitu Aishwariaray dan suaminya. Siapa tak kenal ratu dunia itu dengan rambutnya yang lebat dan cantik, tentu audien bertambah yakin dengan produk yang diperkenalkan. Iklan syampu Pantene itu telah berjaya menggunakan kombinasi kaedah komunikasi dalam menyampaikan maklumat.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dan salam perpaduan..saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh saudari suri-indah yang mana mengiklankan produk kecantikan amat memfokus kepada pembujukan yang kreatif dan meyakinkan audien.Pembujukan yang kreatif perlu digunakan dalam mengiklankan produk kecantikan dan hal ini mestilah terkandung dalam penggunaan mesej,kombinasi warna, model yang digunakan dan sebagainya. Ini kerana, dengan adanya pembujukan yang kreatif tersebut maka minat orang ramai untuk mencuba sesuatu produk yang diiklankan adalah tinggi. Di samping itu, saya ingin menyentuh tentang iklan LASINDAH CAFE. Iklan ini merupakan iklan yang pernah disiarkan di TV dan ini adalah iklan minuman untuk menguatkan tenaga batin kaum lelaki.Dalam iklan tersebut, M.Rajoli telah mengungkapkan kata-kata "Kuatlah Pulok" dan kata-kata yang diungkapkan oleh M.Rajoli selain gayanya yang menunjukkan keberkesanan produk tersebut mampu menarik golongan lelaki untuk mencuba produk tersebut.

    BalasPadam
  12. Salam sejahtera semua..=)
    Melalui semua ulasan di atas yang diberikan oleh rakan2, jelaslah bahawa penggunaan kaedah pembujukan tulisan, lisan, dan bukan lisan memainkan peranan penting dalam sesuatu iklan terutamanya iklan produk kecantikan. Saya sependapat dengar saudari Fazidatul.Penggunaan model2 untuk menyampaikan mesej pembujukan secara lisan haruslah sesuai dengak produk iklan kecantikan yang diiklankan. Model yang digunakan haruslah mempunyai raut wajah yang cantik ( wanita )dah halus untuk mempengaruhi minda sasaran pembujuakan. Begitu juga dengan produk untuk kaum lelaki (kacak dan bergaya). Ini kerana, model yang digunakan juga melambangkan kualiti produk kecantikan itu sendiri.

    BalasPadam
  13. Dalam mempromosikan sesuatu prodak kecantikan, fokus utama adalah dapat menyakinkan dan menimbulkan minat serta terbukti keupayaannya dalam memenuhi keinginan untuk memiliki prodak tersebut. Dalam hal ini peranan pembujukan boleh berlaku melalui 3 kaedah. Iaitu pembujukan lisan, tulisan dan bukan lisan.

    'Kecantikan adalah milik setiap insan'tag line tersebut pernah diungkapkan oleh seorang pengasas prodak kecantikan, ia jelas memberikan gambaran bahawa betapa pentingnya setiap insan untuk mengekalkan atau membelai diri untuk sentiasa tampil anggun dan menawan. Kata-kata tersebut sudah cukup membuat setiap insan berfikir bahawa kecantikan itu adalah anugerah yang perlu dihargai.

    Dalam bentuk pembujukan tulisan pula, ungkapan-ungkapan biasanya mengunakan ayat-ayat yang lebih menawan.Lembut dan biasanya akan membuat setiap wanita khususnya teruja untuk mencuba prodak terwebut. Tulisan yang menyerlahkan kelebihan dan keistimewaan prodak tersebut.

    Biasanya setiap prodak yang diperkenalkan akan menampilkan penampilan para salebriti terkenal. dengan pengunaan grafik yang berteknologi mampu menampilkan kecantikan, keunikan dan menyerlahkan keyakinan model yang mengayakan prodak tersebut. Dengan experasi wajah yang jelas tanpa sebutir cela mampu memukau dan menambat hati untuk menyakini bahawa prodak yang digunakan itu sangat baik. Tapi jangan terlupa... adakah prodak tersebut sesuai dengan kombinasi kulit atau tekstur tubuh kita...Tepuk dada tanya selera..........

    Salam Ceria..

    BalasPadam
  14. Salam Sejahtera...
    Saya amat bersetuju dengan ulasan-ulasan rakan-rakan saya di atas. Saya juga setuju dengan saudari Kaylona kerana dia mengatakan bahawa penggunaan keadah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan telah memainkan peranan yang penting dalam sesuatu iklan terutama dalam iklan produk kecantikan kerana kaedah tersebut adalah saling bergantungan. Hal ini disebabkan dengan melalui kaedah pembujukan tulisan, kita akan lebih tertarik untuk membeli produk kecantikkan tersebut. Selain itu, dalam penggunaan kaedah pembujukan lisan, jurujual telah memainkan peranan yang penting untuk membujukan pembeli membeli produk tersebut. Jikalau jurujual menggunakan kata-kata manisan untuk memberitahu pembeli bahawa produk kecantikkan ini amat sesuai dengan anda dan anda akan menjadi lebih cantik dan mudah jika memakai produk tersebut. Dengan itulah, pembeli juga akan membeli produk tersebut dengan jurujual itu disebabkan dia telah menggunakan kata-kata manisan untuk membujuk orang membeli produk tersebut dan kebanyakan orang akan tertarik dengan kata-kata manisan. Di samping itu, penggunaan media massa adalah salah satu yang amat penting dalam penggunaan pembujukan kaedah bukan lisan untuk menyiaran iklan produk kecantikkan tersebut. Hal ini disebabkan ramai khalayak pada masa telah menggunakan media massa untuk mendapatkan maklumat. Semasa ramai orang menggunakan media massa, mereka dapat melihat iklan yang disiarkan adalah tentang produk tersebut dan mereka juga akan perhatian tentang iklan itu. Apabila mereka berasa iklan itu menarik dan ini juga dapat menarik perhatian mereka untuk ingin membeli produk kecantikkan tersebut untuk mencuba bahawa produk tersebut sama ada berkesan ataupun tidak. Oleh itu, semua kaedah pembujukan yang dinyatakan di atas adalah saling bergantungan untuk menjayakan membujuk orang ramai terutamanya golongan membeli produk kecantikkan tersebut yang disiarkan atau dipromosikan.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum dan salam 1Kampus untuk ahli PRCIRCLE..
    Dewasa ini,dikaca TV hampir keseluruhan siaran dipenuhi dengan iklan-iklan yang pelbagai aksi dan ragam untuk memujuk audiens menyokong produk mereka. Bagi iklan produk kecantikan misalnya kebanyakan produksi akan memilih model atau selebriti terkenal sebagai duta produk keluaran mereka bagi melariskan hasl jualan mereka.Teknik pembujukan melalui tulisan, lisan ataupun bukan lisan dapat digunakan secara serentak atau sebagai pilihan oleh pembuat iklan adalah bergantung kepada kreativiti pemikiran masing-masing untuk menarik minat audien sasaran.
    Sebagai contoh tag line yang digunakan dalam iklan Safi Rania yang diperagakan oleh selebriti Rita Rudaini iaitu " usia hanya pada angka bukan pada wajah"..Saya sebagai penonton amat tertarik dengan iklan tersebut kerana penggunaan tag line yang kreatif dan mampu membujuk audiens untuk memilih produk kecantikan berkenaan.
    Selain itu, mereka juga telah menggunakan teknik bukan lisan seperti menonjolkan suami selebriti tersebut yang merupakan peman bola sepak negara yang mana usianya jauh lebih muda daripada isterinya telah memilih si wanita. Ini secara langsung menguatkan lagi kelebihan produk tersebut di mana ia mampu memelihara wajah sentiasa kelihatan muda dan berseri daripada usia sebenar. Iklan ini dikataan amat berjaya untuk menarik minat golongan sasaran dalam mempromosikan produk kecantikan mereka.

    sekian terima kasih..

    BalasPadam
  16. Salam Sejahtera,
    Saya mengambil enam sample iklan kecantikan yang disiarkan di TV3, untuk kita renungi bersama dan melihat bagaimana syarikat-syarikat kecantikan ini menggunakan kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan dalam iklan produk mereka.
    1.Produk OLAY – Hargai kulit anda.
    2.Produk SERI MAHKOTA DEWA – Sureup, Saya Suka Suami Pun Suka.
    3.Produk REVIVE – Pilihan Sejati.
    4.Produk SHURAH – Yakin dan Suci.
    5.Produk FAIR & LOVLEY – Kecerahan Sekata yang Sempurna.
    6.Produk SILKY GIRL – Serahkan Keyakinan Mu
    Apabila kita melihat iklan-iklan TV dari produk ini, bentuk yang paling dominan digunakan ialah bentuk lisan dan bukan lisan dan sedikit melalui tulisan. Pembujukan berbentuk lisan di kaca TV sememangnya paling sesuai berbanding tulisan. Ini kerana penonton hanya mendengar dan menghayati kata-kata yang diucapkan berbanding membaca iklan tersebut. Perkataan-perkataan dalam iklan tersebut mengambarkan sesuatu yang amat berharga, penting, disukai, ketepatan, berkualiti, boleh dipercayai, berkesan dan sebagainya, diucapkan oleh pengiklan untuk menarik perhatian dan memujuk penonton. Ini diikuti dengan pembujukan bukan lisan seperti cara-cara bagaimana iklan itu disampaikan atau mimik muka seseorang itu menyampaikan mesej iklan tersebut. Mimik muka seperti tersenyum puas, gembira, terkejut, tersipu-sipu, marah dan sebagainya, dapat mempengaruhi penonton atau audien. Bayangkan krim Mahkota Dewa yang dikatakan berupaya untuk membesarkan buah dada wanita yang bermasalah dengan buah dada. Dengan senyuman rasa puas model iklan itu berkata, saya suka suami pun suka. Ini dapat memberikan bayangan atau gambaran kepada penonton dan menimbulkan rasa ingin cuba. Manakala kaedah penulisan pula kebanyakannya digunakan pada majalah-majalah wanita, sukan, fashion, pelancongan, ramaja, kesihatan dan sebagainya. Jika kita lihat teknik-teknik penulisan seperti pengunaan font, saiz font, warna tulisan, merupakan kaedah pembujukan dalam tulisan. Warna tulisan selalunya mengikut tema iklan tersebut, misalnya warna hijau, biru, merah dan sebagainya. Ini supaya dapat menimbulkan mood pembaca serta merangsang minat audien meneruskan pembacaan .

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  17. Salam, pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-2 tahniah buat en Syah yang telah mencipta blog dikusi ini. Idea beliau yg amat dinamik ini memberi satu pengalaman baru bagi kami, iaitu pengalaman baru dimana kami mendapat 2 peluang utk berdiskusi, yg pertama dikelas semasa kuliah, dan ke2 di dlm blog ini. Banyk idea dan pendapat yg dapat dikongsi bersama, malang sekali dari pemerhatian saya dari kuliah satu hingga lapan, penglibatan pelajar utk berdiskusi dan memberi pendapat dlm blong ini semakin berkurangan. Klu saudara saudari melihat kembali komen2 yg tertera dr kuliah 1 hingga 8, ianya semakin berkurangan. Apakah punca dan faktor yg menymubang kpd pengurangan ini. Jika kita mengaitkan keadaan ini dgn satu2 kempen, keadaan yg sama berlaku....iaitu satu2 kempen itu pd mulanya akan mendpt perhatian dan penglibatan ramai pihak, tetapi bila sampai satu masa yg tertentu, keadaan akan berubah....

    Bagi pendapat saya, kurangnya penglibatan pelajar dlm diskusi blog ini merupakan satu kerugian yg amat besar. Secara peribadi saya amat seronok membaca setiap komen dan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pendapat dlm blog ini. Diharap agar semua pelajar akan menumpukan perhatian semula kpd setiap topik yg dibincangkan dlm blog ini. Anda tidak perlu terlalu 'serious' dlm meluahkan pendapat, yg penting setiap pendapat diluahkan secara ikhlas dan sejujurnya memberi komen demi kebaikan kita semua.

    BalasPadam
  18. salam sejahtera....saya trpangil untuk menyampaikan pendapat di ruangan ini, merujuk kepada tajuk perbincangan pada kuliah 8 sahaja.

    hampir keseluruhan ulasan-ulasan pada kuliah ini telah saya baca, tahniah kerana kebanyakan pelajar memahami apa yang harus dan ditumpukan pada perbincangan ini.

    sesuatu yang saya tidak faham mengenai pandangan dan ulasan yang diluahkan oleh ayie YA20077514, membaca keseluruhan komentar beliau telah meenimbulkan tanda tanya saya mengenai maksud sebenar di sabalik apa yang diperkatakan oleh beliau.

    seperti yang kita sedia maklum adalah baik sekiranya pandangan dan ulasan kita menjurus terhadap topik yang diberikan oleh pensyarah.

    sekian,
    (ahmadmarif ya20076829)

    BalasPadam
  19. Salam sejahtera,
    Bagaimana jika kita melihat kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan yang boleh digunakan dalam iklan produk kecantikan dari perspektif Teori SMCR yang di perkenalkan oleh David Barlos (1960) . Mari kita lihat model tersebut dan di bahagian manakah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan itu boleh kita letakkan. Apa yang pasti bagi saya ketiga-tiga elemen tersebut boleh kita letakkan di bahagian SOURCE dan MASSAGE. Berdasarkan pada teori ini elemen-elemen tadi perlu mempunyai kemahiran komunikasi, sikap yang baik, bermaklumat/ berpengetahuan, sistem sosial dan budaya. Persoalannya mengapa? Tanpa kemahiran dalam komunikasi, sikap, pengetahuan, sistem sosial dan budaya, kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan tidak akan memberi kesan kepada audien malah ia akan memberikan gambaran yang buruk kepada pelaksana kempen. Jika kita melihat pada MASSAGE pada teori ini, content atau kandungan mesej adalah penting untuk kita tentukan agar CHANNEL atau saluran dapat menerima mesej tersebut. Ini penting kerana setiap mesej yang diterima oleh RECIVER bergantung kepada tahap kemahiran komunikasi penerima atau audien. Begitu juga dengan sikap penerima, pengetahuan, sistem sosial, dan budaya audien, menjadi penentu bahawa mesej atau kempen itu dapat diterima dan difahami. Justeru, sebagai sebuah organisasi pengiklan barangan kecantikan , kaedah-kaedah pemujukan berdasarkan model Barlos ini amat penting, kerana ia bukan saja cuba memahami sebelah pihak tetapi untuk kedua-dua pihak dan teori dua hala asemetrik juga boleh membantu sesebuah kempen tersebut kerana ia berbentuk dua hala ia itu di antara pembujuk dengan audien.

    Sekian Terima Kasih

    BalasPadam
  20. Aidah@Dewi Berkata
    Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia….
    Cara seseorang pengiklan dalam menghasilkan iklan jenis direct response di akhbar adalah, seperti berikut:

    1.Membuat tagline – Pengiklan yang bijak, perlulah menggunakan tagline yang sesuai dengan menggunakan reka cipta dan teknik yang konsisten dalam pemilihan huruf yang sesuai, terang, ringkas dan pendek. (biasanya khlayak lebih berminat tagline yang ringkas tetapi padat.

    2.Penggunaan ton warna – Pengiklan harus peka kepada kesesuaian warna mengikut mesej dalam iklan yang ingin disampaikan. Warna terang, cerah dan dua gabungan warna biasanya menarik hati audien.

    3.Kaedah Pembujukan- Kaedah pembujukan perlulah dimasukkan dalam iklan iaitu pembujukan yang benar dan tepat. Walau bagaimanapun kebijaksanaan pengiklan untuk menarik minat audien perlulah diselaraskan dengan mesej yang disampaikan.

    4.Maklumat terperinci- Pengiklan harus peka kepada kehendak khalayak dan bijak mengagak pemikiran audien. Dalam konteks ini pengiklan perlulah menjelaskan maklumat terperinci kepada khalayak seperti tempat, no. telefon, gambar produk, harga, dan promosi besar-besaran untuk menarik minat khalayak.

    4 kaedah memaparkan iklan dalam akhbar adalah seperti berikut:
    Pertama: Perancangan Bentuk Iklan – Dalam membuat perancangan iklan, perlulah menggunakan strategi pengiklanan yang menggabungkan aspek konsep, tema/mesej, slogan dan penggunaan gambar dan saiz iklan itu sendiri.

    Kedua: Pemilihan jenis media – Dari sudut ini pengiklan haruslah bijak memilih media atau akhbar dalam menyampaikan sesuatu mesej, kerana tidak semua media atau akhbar dapat menerbitkan apa yang kita kehendaki. Biasanya media akan melihat dari semua sudut mengikut kesesuaian dan pemilihan iklan.

    Ketiga: Menganalisis maklumat sebelum diterbitkan – Sesuatu iklan yang hendak di terbitkan dalam akhbar atau media perlulah di analisis terlebih dahulu apakah mesej sebenar yang akan disampaikan untuk kesesuaian aduien sasaran agar dapat diterima oleh khalayak.

    Keempat: Penghantaran draf/dummy pertama: Sebelum sesuatu iklan atau mesej diterbitkan di dada akhbar, perlulah disemak terlebih dahulu, penggunaan ayat, maksud mesej, bahasa, saiz iklan, jenis iklan samaada perlu dilekatkan dimuka depan atau iklan separuh sahaja dan lain.lain lagi dan yang terakhir diterbitkan dalam akhbar setelah diluluskan mengikut akta penerbitan. Sekian kali ini.

    BalasPadam
  21. Salam sejahtera semua..pendapat saya tidak banyak berbeza dengan rakan-rakan yang diatas. Lebih kurang sama sahaja. Iklan produk kecantikan boleh menggunakan kaedah bukan lisan dengan menggunakan model-model yang cantik sebagai model produk mereka supaya khalayak akan berasa teruja untuk membeli produk tersebut. Misalnya, model yang berkulit halus dan mulus, badan yang ramping dan kulit yang putih berseri. Ini menunjukkan bahawa produk tersebut berkesan untuk kegunaan bagi mereka yang inginkan perkara-perkara di atas. Bagi kaedah yang menggunakan tulisan, pihak yang mengiklankan hendaklah mencipta satu tagline yang mampu membuat khalayak ingin mencuba produk tersebut. Selain itu, dengan kaedah tulisan, pengiklan dapat mereka sebuah cerita yang berkaitan dengan produk...~to be continue..no idea hehhhe~

    BalasPadam
  22. Salam, terima kasih saudara Ahmad kerana anda telah membaca seluruh komentar saya didalam blog diskusi ini, ertinya ada sesuatu yg telah saya tulis dan telah menarik perhatian saudara, berbanding dgn tulisan kawan-2 yg lain.

    Dlm mencipta sesuatu mesej, kita perlukan kelainan. Kelainan pastinya akan mampu menarik perhatian. Menarik perhatian bererti kita akan mendapat respon. Bukankah itu salah satu kaedah dlm kempen dan pembujukan? Oleh kerana saudara dah baca keseluruhan komentar saya...boleh juga saya andaikan taktik ini berjaya...

    BalasPadam
  23. Aidah@Dewi Berkata
    Asalamualaikum En. Syah. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tersilap memberi ulasan pada kuliah 8 kerana persoalan yang saya buat itu adalah soalan untuk pelajar sepenuh masa, tetapi saya terhantar juga dikuliah 8 untuk pelajar PLUMS. Harap segalanya dapat dimaafkan.
    Ini adalah komen saya yang sebenar mengikut soalan yang diberikan.
    Pembujukan dalam mod tulisan lisan dan bukan lisan sememangnya suatu pendekatan dalam merancang aktiviti membujuk, tetapi walau bagaimanapun pembujuk haruslah bijak menggunakan kaedah yang sesuai mengikut jenis audien dan mengenalpasti mod-mod yang perlu mengikut matlamat dan jenis audien yang menjadi sasaran pembujukan. Dalam hal ini kaedah pembujukan tulisan lisan dan bukan lisan haruslah mempunyai daya tarikan yang menarik, mempunyai mesej yang tersirat dan boleh menguasai pemikiran audien contohnya produk kecantikan untuk menguruskan badan. Pembujuk harus memiliki kemahiran mengolah tulisannya dengan meyelitkan unsur pengaruh dalam tulisan tersebut iaitu contoh ayat “ Boleh menguruskan badan dalam temph 7 hari, cepat rebutlah peluang ini”
    Sesetengah iklan dalam produk kecantikan juga, menggunakan model sebagai salah satu kretiviti untuk menarik perhatian audien kerana model ini akan memainkan peranan penting sebagai duta produk tersebut bagi tujuan keberkesanan produk itu kepada khalayak, bila mana khalayak melihat kecantikan si pemodel maka sudah tentu khalayak akan menggunakan produk itu kerana beranggapan mereka juga tentu akan memiliki wajah yang cantik macam model itu.
    Perlu difikirkan juga bahawa pembujukan tulisan lisan dan bukan lisan dalam iklan produk kecantikan yang mana, unsur penggunaan ayat yang baik dan gambar menarik serta penggunaan warna yang menarik dan tawaran harga yang berpatutuan mungkin akan menarik minat audien. Contohnya iklan kecantikan untuk golongan remaja yang mempromosikan produk Fair and Lovely yang memaparkan perbezaan wajah seorang wanita dari raut wajah yang tidak halus dan putih tetapi minggu ke minggu ada perubahan dan harganya pun berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan remaja.
    Walau bagaimanapun, pemilihan produk kecantikan adalah bergantung dari diri sendiri, kerana ianya merujuk kepada ukuran tahap kemampuan individu, keperluan mendesak, kepentingan jangak masa panjang, minat terhadap produk, keberkesanan produk, pengalaman yang pernah dialami terhadap produk itu, dan lain-lain lagi. Namun apa yang penting kepada audien adalah kepuasan dan keberkesanan sesuatu produk tersebut. Sekian dan wasalam….

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Diantar 3 kaedah pembujukan iaitu dari segi tulisan, lisan dan bukan lisan juga boleh diterapkan dalam produk kecantikan sekiranya ianya menerapkan serta menitikberatkan tentang sosialbudaya serta keadaan bentuk muka bumi produk yang diiklankan kepada audien.

    sebagai contoh pengiklanan secara lisan munkin boleh digunakan secara jualan langsung dengan cara memperomosikan dari rumah ke rumah dan bersemukan serta menerangkan secara terperinci tentang produk kecantikan yang dijual. Selain itu juga audien juga dapat mencuba dan melihat dahulu produk sebelum penjual mampu membujuk pelangan untuk membeli produk tersebut.

    Pembujukan bagi produk kecantikan boleh juga dilakukan dengan cara tulisan, dimana ianya boleh dibuat dengan mengiklankan di tepi jalan dan sebagainya. Tetapi pendekatan ini mungkin tidak sesuai diterapkan di kawasan pendalaman yang tahap pengetahuan terutama akedemik. Sekiranya pembujukan seperti ini dilakukan mungkin tidak meyampaikan mesej yang hendak dibuat bagi produk ini.

    Kaedah bukan lisan pula seperti menyediakan sempel produk kecantikan tersebut dan memberikan kepada audien secara percuma dengan cara pos atau memberikan dari rumah ke rumah.

    BalasPadam
  25. asalamualaikum dan salam 1 malaysia buar En.Syah dan rakan-rakan lain bagi pendapat saya kaedah lisan adalah sesuai digunakan bagi jenis produk barangan jualan terus seperti peralatan rumah,kerata,software komputer dan sebagainya melibatkan barangan bernilai.Manakala kaedah bukan lisan adalah sesuai digunakan bagi jenis produk makanan,kosmetik,buku,pakaian dan lain-lain kerana jenis barangan asasi ini tidak perlu memerlukan khidmat juruh jual.

    BalasPadam
  26. Asalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua..ya saya turut menyetujui semua pendapat rakan-rakan tentang kaedah pembujukan dalam produk kecantikan..misalnya pembujukan dalam tulisan bagi sesuatu iklan kecantikan seharusnya mempunyai tulisan yang dicetak adalah menarik dan sesuatu yang meyakinkan dari segi maklumat yang lengkap dalam peghasilkan produk serta tempoh keberhasilan kecerahan kulit muka hanya dalam tempoh yang begitu singkat, Ia juga perlu dipaparkan melalui banyak saluran media agar semua masyarakat akan sentiasa memandang produk tersebut dan sedikit sebanyak mempengaruhi pembaca. Manakala, bagi pembujukan dari segi kaedah lisan dengan menyuarakan tagline produk dan bukan lisan adalah benda yang dapat digabungkan bersama seperti penggunaan model yang cantik untuk krim pencerah muka sambil menyuarakan tagline sememangnya mempengaruhi wanita diluar sana untuk membelinya seperti iklan garnier yang menggunakan model pelakon dengan senyuman yang menawan juga dapat digambarkan dengan kaedah bukan lisan iaitu dari ekspresi muka. Sebagai ringkasan pembujukan dalam iklan yang mempunyai ketiga-tiga kaedah ini adalah penting untuk menghasilkan iklan yang berjaya menarik minat audiens untuk mencuba produk tersebut.

    BalasPadam
  27. Salam semua, berdasarkan contoh-contoh yang rakan semua, saya mula faham dan ingin memberi contoh dari persepsi saya. Berdasarkan kaedah tulisan, terdapat di beberapa iklan yang dapat dilihat mencari kata-kata yang sesuai bagi melariskan jualan, manarik minat dan meyakinkan khalayak. Sebagai contoh, iklan produk De’Putih, kata-kata yang digunakan ialah “Ringkas, Selamat & Berkesan”. Sesetengah khalayak mudah untuk mempercayai kata-kata dari tulisan pada sesebuah produk kerana ia mampu menarik minat serta merta. Manakala, sesetengah orang pula sukar untuk yakin terhadap sesuatu produk khususnya produk kecantikan kerana takut akan memudaratkan. Oleh yang demikian, kaedah lisan juga patut dilakukan kerana menambahkan lagi kepercayaan khalayak terhadap produk tersebut. Melalui kaedah lisan ini, segala penerangan yang diberi oleh jurujual tersebut. Selain itu, iklan daripada televisyen dan radio mengenai produk tersebut turur membantu dalam pengiklanan produk. Untuk lebih meyakinkan seseorang terhadap produk kecantikan, kaedah bukan lisan turut digunakan. Sebagai contoh, gambar-gambar testimonial bagi wajah seseoarng sebelum dan selepas menggunakan produk ini pasti membantu khalayak untuk lebih yakin dan lebih ingin membeli produk kecantikan berbanding dengan iklan kecantikan yang tidak menggunakan segala kaedah ini.

    BalasPadam
  28. Salam. Sebagimana yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang lain, saya juga turut bersetuju bahawa kaedah pembujukan yang menggunakan tulisan,lisan dan bukan lisan yang bersesuaian akan membantu dalam menarik minat penonton untuk melihat dan seterusnya tertarik untuk memiliki barangan tersebut terutamanya iklan produk kecantikan. Iklan produk kecantikan akan dapat menarik perhatian terutamanya kaum wanita. Lebih-lebih lagi penggunaan tulisan yang pastinya dapat memujuk wanita secara emosi. Golongan wanita selalunya akan mudah terpujuk apabila menggunakan sesuatu tariakan yang berkaitan dengan diri mereka. Contohnya iklan produk De Putih yang menggunakan pendekatan tagline iaitu “selamat, putih dan berkesan” dapat menarik minat golongan wanita yang menginginkan kulit yang putih,halus dan bersih daripada sebarang bentuk kecacatan. Hal ini terbukti apabila saya sendiri amat mudah terpengaruh dengan sesuatu iklan produk kecantikan yang dapat mencantikan kulit wajah saya. Selain itu, melalui kaedah lisan pula, akan menambahkan lagi keyakinan saya untuk membeli sesuatu produk kecantikan apabila promoter dapat menunjukkan dan memberikan jaminan bahawa produk kecantikan tersebut dapat memberikan kesan yang saya idamkan.

    BalasPadam
  29. salam 1 malaysia, iklan produk kecantikan di kaca tv atau dimana-mana tidak terkira banyaknya. kesemua produk kecantikan ini menggunakan pelbagai kaedah untuk membujuk wanita-wanita untuk membeli produk mereka termasuklah menggunakan kaedah pembujukan secara tulisan, lisan, dan bukan lisan untuk menyerlahkan lagi iklan yang dilakukan.
    seperti contoh-contoh yang diberikan oleh rakan-rakan dapat menunjukkan lagi kaedah pembujukan secara tulisan, lisan dan bukan lisan memainkan perana penting dalam membujuk khalayak untuk membeli barangan produk kecantikan mereka. kebanyakan iklan produk kecantikan yang menggunakan kaedah tulisan dapat kita lihat di dalam majalah khususnya dalam majalah wanita dan remaja. mereka mensasarkan kaum wanita yang amat bersesuaian dengan produk yang diiklankan. malah iklan yang ditampilkan dikaca tv lebih menggunakan kaedah pembujukan secara kisan dan bukan lisan. contohnya iklan safi Rania Gold "usia bukan lagi penghalang" yang menggunakan artis tempatan iaitu Catriana ross sebagai juru cakap untuk iklan tersebut dengan postur dan mimik wajahnya yang mampu menarik perhatian audiens untuk memyaksikan iklan tersebut.

    BalasPadam
  30. Salam...
    Pelbagai iklan kosmetik wujud pada ketika ini. Ada yang menggunakan kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan. Pelbagai tema yang ditulis untuk membujuk sasaran, sebagai contoh, Yakin dan Suci (Shurah),serlahkan keyakinanmu (Silkygirl) dan macam-macam lagi. Ada juga yang barangan kosmetik yang menggunakan ikon (artis) untuk menarik pelanggan. Manakala di majalah, akhbar, risalah lebih menggunakan kaedah tulisan untuk membujuk khalayak.

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Pada pendapat saya, kombinasi kaedah pembujukan yang menggunakan tulisan, lisan dan bukan lisan sangat sesuai digunakan dalam iklan produk kecantikan. Ini adalah kerana dengan menggunakan kombinasi kaedah-kaedah ini, kreativiti pemasar tidak terhad dan terbatas dalam mempromosikan produk. Sebagai contoh iklan produk GARNIER. Dalam iklan produk ini, kombinasi ketiga-tiga kaedah ini telah digunakan. Penggunaan font tulisan yang jelas dapat membantu kaedah lisan iaitu suara latar yang menerangkan kebaikan mengenai produk tersebut. Begitu juga dengan kaedah bukan lisan, gerakan tubuh model yang selari dengan suara latar itu turut membantu supaya mesej yang disampaikan boleh difahami oleh penonton. Penggunaan tagline "Ukurlah Sendiri" juga dapat menarik minat penonton untuk mencuba produk ini.

    BalasPadam
  32. salam...

    dalam iklan produk kecantikan terdapat 3 kaedah yang sering digunakan iaitu kaedah lisan, kaedah bukan lisan dan kaedah bertulis.

    pembujuk yang bijak akan tahu menngunakan kaedah lisan dan bukan lisan ini dengan sebaik-baiknya kerana ia dapat memberi kesan kepada yang dibujuk. sebagai contohnya, model yang digunakan dalam iklan kecantikan tersebut menggunakan atau mengucapkan tagline mengenai iklan produk kecantikan tersebut dengan menggunakan eye contact dan gerakan badan yang dapat menarik perhatian audien. tambahan lagi, sekiranya iklan tersebut menggunakan model yang cantik dan mempunyai bentuk badan yang menarik menyebabkan audien tertarik terhadap produk kecantikan tersebut.manakala kaedah bertulis pula, saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan yang lain iaitu melalui lakaran komputer dalam menghasilkan grafik yang dapat menarik perhatian audien.

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Saya bersetuju dengan pandangan saudari syaleha berkenaan dengan isu ini berkenaan dengan iklan ‘simply siti’ iaitu berkenaan dengan penggunaan pembujukan dalam mod tulisan, lisan, dan bukan lisan. Saya ingin menambah lagi berkenaan dengan iklan ini sekadar hanya ingin berkongsi pendapat dengan kawan-kawan semua.

    •Mod tulisan
    Berkenaan dengan mod tulisan iklan ini mempunyai sidang akhbar iaitu disebabkan produk kecantikan ini merupakan produk daripada artis nombor satu Malaysia iaitu Siti Nurhaliza. Hal ini dapat menarik audiens untuk memberi fokus lebih kepada iklan ini di samping dapat menarik minat pembaca. Di samping itu, iklan ini juga di selitkan di dalam majalah untuk paparan masyarakat bagi menambah lagi fokus masyarakat untuk iklan ini. Tulisan ini juga melalui kaedah penulisan yang menarik melalui nama produk iaitu ‘simply siti’ ditulis dengan ‘s’ terbalik pada frasa ‘siti’. Hal ini juga dapat diperhatikan melalui tulisan tagline iaitu ‘rahsiaku kini milikmu’.

    •Kaedah lisan
    Melalui kaedah lisan pula, iklan ini menggunakan jurucakap Siti Nurhaliza dan secara langsung menjadi model kepada iklan ini. Hal ini menjadikan Siti Nurhaliza merupakan fokus utama masyarakat untuk menggunakan produk ini kerana Siti Nurhaliza mempunyai raut wajah yang menarik serta muka yang halus dan licin. Hal ini menarik golongan wanita untuk menggunakan produk ini.

    •Kaedah bukan lisan
    Melalui iklan ini kaedah bukan lisan yang digunakan ialah melalui mimik muka yang ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza serta senyuman dan pergerakan tangan yang ditunjukkan oleh Siti Nurhaliza.

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Kaedah pembujukan tulisan, lisan dan bukan lisan biasa digunakan oleh penjual produk-produk kecantikan. Hal ini dpt dilihat bukan hanya dalam televisyen malah turut berlaku dlm situasi yang sebenar. Saya ingin mengambil contoh bagaimana produk-produk kecantikan yang diiklankan di televisyen seperti Garnier, Olay, Fair and Lovely dan sebagainya menggunakan kaedah pembujukan ini. Tujuannya tetap berfokuskan kepada satu iaitu untuk menarik minat orang ramai agar membeli dan menggunakan produk mereka. Di sini dapat dilihat bahawa pengeluar produk telah menggunakan kesemua kaedah pembujukan melalui iklannya.

    BalasPadam
  35. Penggunaan ketiga-tiga kaedah pembujukan tulisan,lisan dan bukan lisan ini biasanya berlaku dalam mana-mana aktiviti membujuk misalnya dalam mempromosikan produk kecantikan.Semua ini bergantung kepada jenis komunikasi yang dilakukan dalam membujuk bagi menyakinkan dan mewujudkan rasa minat pelanggan untuk membeli produk tersebut.Dalam kaedah pembujukan lisan,kita dapat melihat bahawa semakin banyak iklan-iklan yang seringkali dipaparkan di kaca televisyen mengenai kecantikan terutamanya para wanita yang ingin sentiasa tampil lebih menawan.Contohnya produk kecantikan kulit muka untuk kelihatan lebih cerah dan menawan.Manakala dalam pembujukan tulisan pula,komunikasi yang sesuai amat dititikberatkan dalam menawan hati setiap pelanggan dengan cara yang lembut.Penerangan mengenai kebaikan dan keistimewaan produk tersebut juga amat berkesan khususnya wanita-wanita yang berminat dalam mencuba produk tersebut.Seterusnya,bagi pembujukan bukan lisan penampilan selebriti dalam sesuatu produk dimana model yang dipilih tampil dengan lebih menawan dan memperlihatkan perubahan yang ketara selepas menggunakan produk tersebut akan lebih menyakinkan pelanggan wanita bahawa produk yang digunakan sangat baik dan amat berkesan.

    BalasPadam
  36. Salam sejahtera.
    Saya ingin memberikan contoh produk kecantikan Maybelline yang menjadikan Selebriti Liyana Jasmay sebagi duta produk tersebut.Dari segi kaedah lisan , ganbar Liyana Jasmay menggunakan produk tersebut begitu menyerlahkan kecantikan dirinya. Kita juga maklim bahawa Maybelline merupakan antara produk kecantikan yang terkenal . Kaedah bukan lisan pula boleh dilihat melalai pengambilan Liyana Jasmay sebagai duta produk Dengan perwatakan beliau yang sentiasa ceria dan dan bertenaga , ianya memberikan mod yang meyakinkan pengguna terhadap produk ini.

    BalasPadam
  37. salam...pernahkah anda dengar perkataan "TIAP HARI SAYANG" dari FAIR % LOVELY, "SELEMBUT BELAIAN KASIH IBU" dari JOHNSON BABY, BERRRR dari minman COCA COLA dan banyak lagi.Mereka menggunakan kata2 berkuasa yang mampu mempengaruhi minda bawah sedar masyarakat.Secara tidak langsung masyarakat mudah terpesona dengan permainan kata2 sesuatu produk. Kata2 berkuasa ini mampu juga mengubah persepsi seseorang individu sendiri.Tagline juga merupakan elemen penting dalam sesuatu produk. Modul yg digunakan juga mempengaruhi mata masyarakat kerana dengan menggunakan model wanita yg cntik, tampak ayu dan putih dapat menarik minat org lain untuk menjadi sepertinya.Kita dapat lihat bahawa permainan yg di gunakan dalam setiap produk hampir sama tetapi mungkin berbeza pada tagline, model dan cara penyampaiannya.oleh itu kaedah2 ini sering kali wujud dalam kebanyakkan produk di Mlaysia.

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Pada pendapat saya, kaedah pembujukan tulisan boleh dilakukan seperti para penjual menyediakan ‘fliers’ dan ‘brosur’ yang berkenan dengan kelebihan atau kebaikan tentang produk kecantikan yang ingin dijual. Selain itu, cuba memasukkan produk kecantikan tersebut untuk diiklankan di dalam surat khabar atau majalah yang boleh dibaca oleh khalayak.
    Kaedah pembujukan lisan sperti para penjual tersebut cuba berkomunikasi dengan menggunakan pelbagai teknik pembujukan seperti kata-kata manis kepada khalayak.
    Kaedah pembujukan bukan lisan seperti para penjual menggunakan bahan-bahan ‘tester’ untuk para khalayak agar khalayak mengetahui kelebihan yang ada di dalam produk tersebut tanpa diberitahu atau dimaklum.

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia untuk ahli PRCIRCLE..
    Akhir-akhir ini siaran TV hampir keseluruhan siaran dipenuhi dengan iklan-iklan yang pelbagai aksi dan ragam untuk memujuk audiens menyokong produk mereka. Contohnya iklan produk kecantikan kebanyakan produksi akan memilih model terkenal juga yang sememangnya cantik sebagai duta produk keluaran bagi melariskan hasl jualan mereka. Pada saya teknik pembujukan yang dilakukan ini secara langsung menguatkan lagi kelebihan produk tersebut di mana ia mampu memperagakan wanita yang ingin memelihara wajah mereka sentiasa kelihatan muda dan berseri daripada usia sebenar. Iklan ini dikataan amat berjaya untuk menarik minat golongan sasaran dalam mempromosikan produk kecantikan mereka.

    sekian, terima kasih
    YA 2008-1470

    BalasPadam
  40. Hai, merujuk kepada perkara di atas, kaedah pembujukan tulisan yang boleh digunakan dalam iklan produk kecantikan ialah dengan menggunakan perkataan yang dapat menggambarkan produk, contohnya, “confident”. Kaedah lisan pula dengan menggunakan artis sebagai duta produk untuk mempromosikan produk tersebut. Kaedah ini amat member impak yang besar dalam pemasaran produk kecantikan. Kaedah bukan lisan pula boleh ditonjolkan dalam iklan yang diedarkan dalam bentuk brochure.

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Pendekatan yang paling saya minat adalah penegasan langsung terhadap produk. Ini kerana tidak kira kaum wanita atau lelaki kini menjaga penampilan mereka. Proses mengedit iklan sangat mempengaruhi kadar nilai kejayaan iklan tersebut.

    BalasPadam
  42. Salam kepada rakan pembaca sekalian,

    Mungkin jika dilihat pada pola satu atau dua dekad yang lepas, segmen sasaran pembujukan bagi produk kecantikan adalah tunggal dan begitu jelas : kaum wanita. Tetapi kini pendekatan kempen pembujukan bagi produk-produk kecantikan telah melalui revolusi di mana kaum lelaki juga di lihat sebagai satu peluang pemasaran yang begitu tinggi potensinya. Pembujukan melalui mod tulisan adalah sinonim kepada pengiklanan menerusi media cetak. Majalah dan akhbar menjadi platform utama kepada penyebaran mesej oleh syarikat-syarikat pengeluar produk kecantikan. Oleh kerana majalah itu sendiri sudah terlebih dahulu direkabentuk berdasarkan segmentasi pembaca masing-masing, adalah lebih mudah untuk pemasar menentukan penerbitan di dalam majalah yang bagaimana yang mampu menjana minat kumpulan sasaran mereka. Anda sendiri pasti menyedari berapa banyak muka surat yang diisi dengan iklan produk-produk kecantikan setiap kali anda membelek majalah yang di khususkan untuk golongan wanita. Produk-produk kecantikan yang di sasarkan kepada kaum lelaki pula kini mula mengisi halaman-halaman dalam majalah untuk lelaki contohnya seperti FHM dan Maskulin.
    Pembujukan dalam mod lisan adalah lebih diverse jika dibandingkan dengan penulisan. Mod lisan boleh digunapakai dalam pengisian kempen pembujukan melalui media elektronik dan juga khidmat pelanggan. Khidmat pelanggan lebih berbentuk hubungan lisan secara bersemuka manakala media elektronik pula menjadikan radio dan televisyen sebagai perantaranya. Kaedah pembujukan menggunakan iklan-iklan televisyen dan radio untuk produk kecantikan adalah sesuatu yang sangat biasa kita dengar dan saksikan setiap hari. Tren yang paling ketara dalam mod pengiklanan lisan ialah penggunaan jurucakap dari kelompok selebriti. Selebriti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat, lantaran itu pengeluar produk-produk kecantikan menjadikan kelebihan ini untuk melantik selebriti terkemuka sebagai refleksi 'wajah' kepada produk mereka. Sebagai contoh, Lisa Surihani dan Fahrin Ahmad untuk produk Garnier dan Ning Baizura untuk rangkaian produk Olay Regenerist.
    Akhir sekali, contoh mod pembujukan bukan lisan yang sesuai untuk produk-produk kecantikan adalah pengedaran kupon diskaun juga tawaran kad keahlian yang memberikan harga lebih menarik kepada kumpulan sasaran. Banyak syarikat-syarikat pengeluar produk kecantikkan yang sudah mempraktiskan kaedah seperti ini. Contohnya produk kecantikan jenama Body Shop, menggabungkan kedua-dua elemen bukan lisan ini dalam kaedah pembujukan mereka, di mana apabila anda mendaftar menjadi ahli, anda akan diberikan kupon-kupon diskaun yang menarik sebagai tanda untuk mengalu-alukan keahlian anda.

    Sekian.

    BalasPadam
  43. Salam Damai..

    Kempen, iklan atau promosi sama ada kempen kebajikan, iklan produk, atau promosi harga merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian masyarakat supaya terlibat dalam situasi pembujukan atau dibujuk/dipujuk. terdapat beberapa kaedah iaitu dalam bentuk tulisan, lisan dan bukan lisan.

    a) Tulisan; misalnya sekiranya menggunakan kaedah pengiklanan dalam majalah, poster dan sebagainya yang berkaitan dengan penulisan. Perkataan yang dapat menarik perhatian pembaca untuk membeli produk tersebut. Selain daripada itu “papan iklan” seperti terdapat di sepanjang jalan juga merupakan teknik pengiklanan yang sangat berkesan.

    b) Lisan; Kaedah lebih merujuk kepada kemahiran berkomunikasi oleh penjual iaitu menyentuh tentang tahap penguasaan berkomunikasi sama ada berkebolehan berbahasa lebih daripada dua atau tiga bahasa, perwatakan yang berimej “high class” akan memberi gambaran positif dari pembeli/pelanggan. Sesi pembujukan oleh penjual haruslah dengan cara yang beretika, bijak berkata-kata dengan kanak-kanak, serta bersifat lembut dan mesra supaya dapat menarik perhatian audien.

    C) Kaedah bukan lisan; Cara ini ialah melakukan demonstrasi. Pemilihan lokasi untuk melakukan demonstrasi seharusnya di kawasan yang strategik agar dapat manarik perhatian pengunjung. Melalui demonstrasi, pengguna akan tahu bagaimana sesuatu barangan digunakan supaya mereka membeli produk tersebut tanpa rasa ragu-ragu dan syak wasangka.
    Selain itu, cara menggunakan gambar juga merupakan satu kaedah bukan lisan iaitu dipaparkan secara media elektronik dan bukan elektronik.

    Sekian, Terima Kasih
    dr Nenly M

    BalasPadam
  44. salam,

    a) Tulisan


    Tulisan yang mempunyai ciri-ciri fizikal kreatif mengandungi unsur tarikan kuat seperti tulisan font ALGERIAN, BAUHAUS 93 dan lain-lain agar kelainan ini menarik minat pembeli

    b) Lisan

    Biasanya seorang jurujual hendaklah tampil untuk mendapatkan First Impression dengan menggunakan kata-kata yang baik seperti memuji target audiens, dan menghiburkan dengan adegan-adegan yang menaikan semangat audiens berkenaan.
    C) Kaedah bukan lisan

    Kaedah bukan lisan adalah dengan menunjukan demonstrasi seperti membuat pertunjukan kepada audiens yang disasarkan.

    sekian.

    BalasPadam
  45. Salam sejahtera, pada pendapat saya, untuk mengiklankan sesuatu produk kecantikan, pembujuk haruslah mengetahui kaedah sesuai yang harus digunakan untuk memasarkan produk kecantikan mereka. Kaedah yang berkesan akan menyebabkan audien berminat dan ingin mencuba dengan barangan yang diiklankan. Kecantikan remaja yang mempromosikan produk seperti 'Clean & Clear' dan iklan kecantikan bagi wanita seperti iklan produk kecantikan 'Olay total efect' dan 'sendayu tinggi'. Model yang menjadi jurucakap untuk produk-produk ini adalah mereka yang mempunyai wajah yang cantik serta menjadi idola khalayak sasaran. Contoh Rita Rudaini. Ini adalah salah satu pembujukan secara lisan dimana pembujuk mengunakan model untuk memperkenalkan produk mereka. Bagi kaedah lisan pula boleh dilihat apabila produk-produk ini boleh dilihat di majalah dan terdapat banyak yang ditulis didalamnya mengenai produk tersebut.

    BalasPadam
  46. Salam. Pendapat dan idea yang telah dipaprkan oleh rakan-rakan di atas sememangnya sangat bernas. Kaedah pembujukan iklan boleh dilakukan melalui tulisan, lisan dan bukan lisan. Kaedah-kaedah ini digunakan mengikut kesesuaian dan keberkesanannya mengikut konteks iklan sesuatu produk. Kaedah-kaedah ini banyak turut digunakan dalam iklan produk kecantikan. Misalnya, produk kecantikan Garnier menampilkan Fasha Sandha sebagai model produk tersebut. Iklan produk ini dilakukan menggunakan ketiga-tiga kaedah pembujukan di atas. Iklan produk ini menggunkan kaedah pembujukan tulisan apabila iklan ini dipaparkan di dalam majalah. Manakala, kaedah pembujukan lisan dan bukan lisan digunakan dalam paparan iklan produk ini di media seperti televisyen. Iklan produk ini menggunkan audio (lisan) dan visual (bukan lisan) untuk menceritakan tentang produk tersebut. Penggunaan pelbagai kaedah ini mampu menarik perhatian khalayak sasar dan mencapai jumlah khalayak yang besar.

    BalasPadam
  47. Assalammualaikum dan salam sejahtera
    pendapat saya,dalam mengiklankan dan mempromosi sesuatu produk kecantikan.kaedah bukan lisan sangat sesuai di gunakan.yang dengan menggunakan cara demontrasi.sebagai contoh menjadi artis terkenal sebagai duta produk tersebut,seperti contoh dato siti nurhaliza menjadi duta kepada maybeline.faktor populariti pada dato siti telah mempengaruhi sasaran dan menjadi kan proses pembujukan itu berjaya

    BalasPadam
  48. Dalam persaingan memenangi hati pelanggan/pembeli, pebagai kaedah pembujukan turut digunakan oleh pengeluar produk kecantikan yang semakin berkembang pada hari ini. Misalnya dalam iklan produk Safi Rania Gold di mana produk ini menggunkan kaedah pembujukan secara lisan melalui slogan "Jelita Tanpa Mengira Usia".

    Manakala perkataan 'Nano Emas 24K'yang tertera di kaca tv merupakan kaedah pembujukan tulisan yang digunakan bagi menyatakan kandungan produk tersebut dan menerangkan fungsi kandungan tersebut sebagai agen pengembali keanjalan kulit muka.

    Kaedah bukan lisan pula ialah strategi menggunakan model yang jelita dengan lenggok badan dan lirik mata yang mempesonakan bagi menarik hati pelanggan/penmbeli terhadap produk Safi Rania Gold tersebut.

    BalasPadam
  49. Assalammualaikum dan salam seperjuangan buat tenaga pengajar dan rakan-rakan...

    Iklan kecantikan kebanyakan golongan sasaran adalah merupakan wanita...pelbagai tektik cara bagi mendapatkan perhatian audiens. pelbagai kaedah pembujukan dengan menggunakan kaedah tulisan antara contoh penggunaan ayat "menambahkan kejelitaan anda". melihat iklan Olay "Kerana Diriku Begitu Berharga..." .banyak bentuk tulisan yang amat mempengaruhi "dijamin 100" juka boleh mempengaruhi audeins terhadap produk kecantikan.

    Bagi kaedah lisan adalah merupakan kaedah percakapan dimana sesuatu mesej percakapan yang berbunyi meyakinkan dan manis untuk mempengaruhi audiens tentang mutu produk contoh "inilah produk pilihan saya" .

    Bagi cara tanpa lisan pelbagai cara boleh mempengaruhi audines ianya selalunya memperlihatkan gerak badan,jelingan mata,lenggokan badan dan sebagainya..namun bentuk tanpa lisan memerlukan seorang model yang cantik (wanita)dan segak(lelaki) ini kerana sesuatu tarikan itu perlu menggunakan aksi model yang sungguh menawan hati audiens. maka sudah tentu sekiranya iklan produk kecantikan menggunakan model yang tak menarik sudah tentu tidak mampu mempengaruhi audiens.

    oleh itu gabungan ketiga elemn-elemen ini dalam sebuah iklan produk kecantikan perlu menggunakan komponen-kompenen yang menarik erti kata: ayat manis(lisan)+ mesej meyakinkan(tulisan)+ dan Model menarik dan gaya menggoda(lisan), sudah tentu audiens akan mampu dipengaruhi.

    sekian, terima kasih

    MOHD RIZAL AWANG DAMIT
    YA2008-1464

    BalasPadam