Pages

Khamis, 14 Oktober 2010

[AK21503] Kuliah 10

Pembujukan yang baik menjamin kejayaan satu-satu kempen. Pemilihan kaedah pembujukan yang betul dapat membantu pelaksana kempen untuk mencapai matlamat kempen. Sungguhpun begitu, perlu diingat, pembujukan yang cekap dan berkesan bergantung kepada pemilihan cara yang sesuai untuk membujuk, mesej yang mudah dan berupaya menarik perhatian audien, maklumat yang lengkap serta boleh memberi impak kepada aspek pemikiran seterusnya tindakan audien untuk sama-sama menangani satu-satu isu.

Fikirkan...Apakah enam kaedah memanipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan

33 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam persaudaraan.
    Terdapat enam kaedah dalam memanipulasikan mesej dalam pembujukan iaitu kaedah yang pertama adalah dengan menunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat. Misalnya seorang jurujual produk kecantikan membujuk pelanggannya dengan menyatakan bahawa terdapat 20 orang pelanggannya sebelum ini telah membeli dan mencuba produk tersebut. Jurujual tesebut juga menyakinkan pelanggannya dengan mengatakan bahawa kesemua pelanggannya yang sebelum ini memberikan respon yang positif kepada jurujual tersebut. Mereka mengatakan bahawa selepas mencuba produk tersebut kulit mereka menjadi cerah dan kelihatan lebih berseri. Melalui angka signifikan tersebut sudah tentu jurujual tersebut dapat membujuk pelanggannya utuk membeli produk berkenaan. Kaedah yang kedua adalah dengan meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej (serahkan tanggungjawab kepada khlayak). Kaedah ini memerlukan pembujuk meletakkan khalayak sasar dalam mesej yang ingin disampaikan misalnya dengan meletakkan gambar kesan apabila seseorang individu itu merokok, pembujuk meletakkan gambar sebagai pembungkus kotak rokok. Oleh itu, apabila khalayak ingin membeli rokok, mereka akan terlihat gambar tersebut dan khalayak akan berfikir samada mau membeli rokok tersebut ataupun sebaliknya. Selain itu, kaedah yang ketiga adalah mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani. Apabila pembujuk menggunakan kaedah memanipulasi mesej yang ketiga ini, sudah tentu membuatkan khalayak berfikir akan persoalan tersebut dan cuba untuk menangani suatu masalah yang ditimbulkan pembujuk.
    Kaedah yang keempat pula adalah pembujuk menyusun maklumat secara terbalik dalam kempen dan sebagainya. Khalayak sudah tentu tidak perasan bahawa maklumat yang disampaikan adalah terbalik. Oleh itu apabila maklumat tersebut adalah disusun secara terbalik, ternyata pembujuk lebih kreatif dalam menyampaikan mesej yang ingin disamapaikan. Kempen ‘Katakan Tidak pada Plastik’ merupakan contoh bagi kaedah memanipulasikan mesej yang kelima iaitu mewujudkan nada dan posisi emosi (marah dan benci) dalam mesej. Melalui kaedah ini, sudah tentu dapat membujuk khalayak dengan cepat dan berkesan. Walaupun kesan yang dirasai hanya untuk seketika. Kaedah yang terakhir iaitu kaedah yang keenam adalah memanipulasi mesej secara mewujudkan insiden olok-olok (senario buatan) untuk mengacah minda khalayak agar tertarik kepada pelaksana kempen. Contoh bagi kaedah ini adalah seperti kempen keselamatan jalan raya yang kerap dijalankan. Pembujuk menyampaikan mesej dengan membuat iklan bagi kempen ini menggunakan media elektronik iaitu seperti televisyen da radio. Pembujuk membuat lakonan kemalangan jalan raya yang seperti reality telah berlaku. Lakonan tersebut menunjukkan kesan apabila khalyak tidak mematuhi peraturan jalan raya. Setelah melihat iklan tersebut seakan-akan benar-benar terjadi sudah pasti mampu menimbulkan kesan dalam diri khalayak. Oleh itu, apabila pembujuk menggunakan keenam-enam kaedah memanipulasi mesej tersebut sudah tentu khalayak akan lebih tertarik dan mengikuti apa yang telah disarankan.

    BalasPadam
  2. Salam, seperi yang telah dipelajari terdapat enam cara untuk memenipulasikan mesej dengan menggunakan langkah pembujukan iaitu :

    1. Mesej perlu berguna pada sesebuah kempen.
    iaitu dengan membekalkan fakta, terus kepada matlamat kempen. Mesej juga perlu digunakan untuk menggerakkan audien.

    2. Memudahkan pelaksana kempen menjalankan gerak-kerja kempen dengan cara menguntaikan satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.

    3. Mesej kempen bersifat hambar dan biasa.

    4. Mesej biasa boleh diolah kepada mesej yang menarik.

    5. 'Mesej dalam kempen' direkabentuk dengan cara yang betul untuk mendapatkan sokongan khalayak dalam kempen.

    6. 'Mesej dalam kempen' boleh dijana dengan cara yang sebaliknya untuk mendapatkan kesan dramatik agar tumpuan khalayak sasar dapat diselaraskan dengan kehendak pelaksana kempen.

    Pendapat saya, keenam-enam kaedah ini perlu diambil perhatian dan dipelajari dengan teliti bukan sahaja kepada pelaksana kempen tetapi juga kepada sasaran pembujukan kerana "lack of knowledge" pasti badan sendiri yang merana :-)

    BalasPadam
  3. Salam. Kaedah memanipulasikan mesej menggunakan kaedah pembujukan yang saya ketahui dan faham ialah seperti berikut:
    1) Mempamerkan angka signifikan yang merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat
    2) Meletakkan diri khalayak sasar/sasaran pujukan dalam mesej iaitu menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak
    3) Mewujudkan persoalan yang rumit untuk ditangani dan bersifat sukar untuk difahami
    4) Maklumat yang ingin disampaikan disusun secara songsang/terbalik
    5) Menggunakan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci dalam menyampaikan mesej
    6) Mewujudkan perlakuan/tindakan olok-olok(insiden buatan) bagi menarik minda khalayak agar tertarik terhadap perjalanan kempen.
    Setiap tindakan memanipulasikan mesej untuk mendapatkan kesan yang lebih baik daripada sekadar menyampaikan mesej tanpa ada tindak balas daripada khalayak sasar. Justeru itu, memanipulasikan mesej dapat menarik minat dan mendorong khalayak sasar memberi tumpuan terhadap kempen yang dijalankan kerana wujudnya unsur unik dalam kempen tersebut.

    BalasPadam
  4. Aidah@Dewi Berkata
    Salam untuk pensyarah dan semua rakan-rakan. Dalam kuliah yang ke 10 ini, saya sangat bersetuju dengan apa yang diterangkan oleh pensyarah, tidak dinafikan bahawa sesuatu pemilihan kaedah pembujukan yang betul dapat membantu pelaksana mencapai matlamat kempen yang akan disampaikan. Namun demikian keberkesanan itu, adalah bergantung kepada kaedah pembujukan yang cekap dan berkesan. Justeru itu, pada pendapat saya, mengenai 6 kaedah mamanipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan adalah:
    1.Mewujudkan satu tindakan atau perlakuan yang sengaja diada-adakan, bagi menarik perhatian dan memerangkap fikiran khalayak agar tertarik kepada kempen yang dijalankan.

    2.Menyampaikan maklumat dengan memutarbelitkan fakta
    3.Mempamerkan suatu bentuk atau keadaan yang signifikan dengan merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat.

    4.Mengambil kesempatan meletakkan diri khalayak sasaran pujukan melalui mesej tersebut iaitu dengan menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak.

    5.Membuka suatu persoalan dan pertanyaan yang bersifat sukar difahami dan ditangani, bagi menarik minta khalayak untuk bertanya dan menjawab.

    6.Menyampaikan mesej dengan cara yang bernada kasar seperti marah, merajuk dan benci dalam menyampaikan mesej.
    Peru direnung semula bahawa setiap tindakan memanipulasikan mesej untuk mendapatkan kesan baik, sebaliknya bukan sekadar menyempaikan mesej tetapi tidak ada tindak balas daripada audien. Oleh itu, memanipulasikan mesej, adakalanya dapat menarik minat dan sekaligus boleh mendorong audien memberi tumpuan terhadap kempen yang dijalankan. Sekian dari saya bertemu lagi.

    BalasPadam
  5. Salam sejahtera,

    Saya mengambil contoh kempen Anti Merokok sebagai sample kempen untuk memperlihatkan bagaimana kaedah-kaedah manipulasi mesej yang boleh digunakan dalam kempen tersebut.

    Langkah 1, ialah; Tunjukkan data kematian akibat penyakit kanser seluruh dunia dan data di Malaysia. Misalnya, 1.5 juta orang mati setiap hari akibat penyakit kanser yang berpunca daripada tabiat merokok di seluruh dunia. 100 ribu orang yang mati datangnya dari rakyat Malaysia di kalangan perokok tegar.

    Langkah 2, ialah; Selepas langkah pertama tadi, kita letakkan pula diri khalayak sasar dalam mesej kempen, misalnya, Apakah anda seorang perokok tegar? Mahukah anda menjadi stastistik di antara 100 ribu itu?

    Langkah 3, ialah; Kita wujudkan persoalan besar kepada khalayak sasar dengan soalan seperti; Jangan biarkan keluarga anda menunggu dalam tangisan. Haruskah membakar hidup anda dengan rokok?

    Langkah 4, ialah; Selepas itu kita menyusun mesej itu secara terbalik untuk kahlayak bertanya semula pada diri mereka. Sebagai contoh, kalau bukan, mengapa saya? Saya hamba rokok. dll

    Langkah 5, ialah; Kita kemudiannya mewujudkan nada dan posisi emosi, misalnya perasaan marah atau benci di dalam mesej tersebut. Sebagai contoh, Aku benci rokok. Rokok menyeksa kehidupan kita.

    Langkah 6, ialah; Peringkat akhir langkah ke enam ini kita letakkan satu senario, untuk melihat minda khalayak samada mereka tertarik dengan pelaksana kempen tersebut. Sebagai contoh, Sanggupkah anda melihat anak anda seorang penghidap kanser akibat menjadi perokok tegar?

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera. Seperti yang telah kita pelajari dalam kuliah ke-10, terdapat 6 kaedah memanipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan.

    Kaedah yang pertama ialah dengan menunjukkan data signifikan tentang sesuatu isu yang diutarakan. contohnya, menunjukkan bilangan kematian dalam kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Cara ini dapat menimbulkan rasa takut dalam diri pemandu jalan raya, dan mendorong mereka untuk lebih berhati-hati semasa memandu.

    Yang kedua adalah dengan meletakkan diri khalayak sasaran pembujukan dalam mesej dengan menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak sasaran. Sebagai contoh, dalam kempen anti merokok, pembujuk menunjukkan kesan daripada tabiat merokok yang boleh membawa maut kepada khalayak sasaran pembujukan.

    Yang ketiga adalah dengan mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani. Dalam keadaan ini pembujuk mewujudkan persoalan2 yang menimbulkan keadaan serba salah dalam diri sasaran pembujukan. Sebagai contoh, dalam kempen berhati-hati di jalan raya, pembujuk mewujudkan persoalan seperti, adakah mereka ingin menjadi mangsa kemalangan jalan raya yang seterusnya.

    Yang keempat adalah denagan menyusun maklumat yang diberikan secara songsang. Sebagai contoh, sekiranya para pengguna jalan raya lebih berhati-hati di jalan raya, mereka tidak akan menjadi mangsa kemalangan jalan raya yang seterusnya.

    Yng kelima adalah dengan menggunakan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci semasa menyampaikan mesej pembujukan. Sebagai contoh, pembujuk menggunakan nada suara yang tegas dan muka yang serius semasa menunjukkan kesan pemanduan laju di jalan raya.

    Yang terakhir adalah dengan mewujudkan perlakuan/tindakan olok-olok (insiden buatan). Cara ini bertujuan untuk menarik minda khalayak agar tertarik dengan perjalanan kempen.

    sekian.

    =)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Dalam kuliah 10 iaitu Manipulasi Mesej Menggunakan Teknik Pembujukan Dalam Kempen, kita telah pelajari 6 kaedah memanipulasi mesej dalam kempen. 6 kaedah ini adalah :

    1. Menunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat. Contohnya, menunjukkan bilangan kes pembuangan bayi setiap bulan. Melalui kaedah ini, ia dapat menarik perhatian serta keprihatian masyarakat akan gejala pembuangan bayi ini semakin menjadi-jadi.

    2. Meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej. Contohnya kempen keselamatan jalan raya. Pembujuk perlu menunjukkan akibat-akibat yang akan berlaku sekiranya khalayak sasar tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan.

    3. Mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani. Contohnya dalam kempen tak nak merokok, persoalan seperti "adakah anda sanggup kehilangan keluarga anda akibat rokok?" perlu diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada khayalak sasar.

    4. Menyusun maklumat secara terbalik. Contohnya, "saya mahu keluarga saya sihat" atau "saya mampu berubah".

    5. Mewujudkan nada dan posisi emosi dalam mesej. Contohnya dalam kempen anti dadah, "Saya benci dadah!"

    6. Mewujudkan insiden olok-olok untuk mengacah minda khalayak agar tertarik kepada pelaksana kempen. Contohnya kempen keselamatan jalan raya. Kebanyakan iklan yang ditayangkan di dalam tv untuk kempen ini adalah hasil lakon semula atau insiden olok-olok yang difikirkan mungkin akan berlaku sekiranya tidak menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.

    BalasPadam
  8. Assalaulaikum dan salam sejahtera,enam kaedah yang dapat memanipulasi mesej kempen yang kita ketahui iaitu seperti yang pertama ialah menunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat, keadaan ini memperlihatkan angka signifikan misalnya bagi kadar kenaikan jangkitan denggi boleh digunakan bagi mengajak masyarakat untuk mengikuti kempen bagi mengawal persekitaran dan yang kedua iaitu mesej dalam kempen boleh dijana dengan kesan dramatik seperti menletakkan diri khalayak dalam mesej, keadaan ini dapat dilihat menerusi adegan yang dapat menarik kesedaran orang ramai seperti pertunjukkan hukuman sebatan rotan bagi menangani jenayah. Kaedah yang ketiga iaitu wujud persoalan yang besar dan rumit ingatla orang yang tersayang memungkinkan mereka berhati-hati di jalan raya. Selain itu, kaedah yang keempat iaitu susun maklumat secara terbalik dan wujudkan nada dan posisi emosi yang dapat dipaparkan melalui frasa seperti najis dadah,sampah masyarakat dan sebagainya. Kaedah yang terakhir iaitu mewujudkan insiden olok-olok seperti lakonan yang dilakonkan untuk menimbulkan mesej dalam satu kempen.

    BalasPadam
  9. salam semua.. selepas membaca ulasan daripada syazwani, shaleha dan kaylona..saya semakin bertambah faham mengenai kaedah memanipulasi mesej dalam pembujukan.. tetapi, saya kurang faham tentang menyusun semula maklumat secara terbalik.. mungkin, saudari syazwani @ kaylona boleh terangkan pada saya dgn lebih lanjut..??

    BalasPadam
  10. Salam sejahtera...komen saya lebih kurang seperti komen mereka yang di atas.

    Antara keadah memanupulasikan mesej menggunakan pembujukan ialah ;
    1) Menunjukkan angka signifikan
    Contoh - menunjukkan angka ataupun statistik
    berlakunya kemalangan jalan raya sepanjang
    tahun tersebut.

    2) Letakkan diri khlayak sasaran dalam mesej

    3) Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk
    ditangani
    Contoh - Kempen Kami Prihatin wujudkan soalan
    sampai bila masalah ini akan berakhir
    sekiranya ahli-ahli masyarakat tidak
    bekerjasama menangani masalah tersebut?
    (Contoh sahaja)

    4) Susun maklumat secara terbalik
    Contoh - susun ikut tahun secara terbalik

    5) Wujudkan nada dan posisi marah
    Contoh - Belia Benci Dadah!

    6) Wujudkan insiden olok-olok
    Contoh - membuat demonstrasi misalnya tentang
    Kempen Cegah Jenayah berkenaan dengan
    kejadian ragut iaitu dengan melakonkan semua
    kejadian ragut agar ahli-ahli masyarakat
    sedar tentang pentingnya dan bekerjasama
    pihak berkuasa mencegah kegiatan jenayah
    tersebut.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Merujuk kepada ulasan-ulasan yang diberikan oleh kawan-kawan semua saya lebih memahami maksud enam kaedah memanipulasi mesej. Hal ini membuatkan saya lebih tertarik untuk berkongsi bersama kawan-kawan semua berkaitan dengan kaedah pembujukan.

    •Tunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat
    Dalam kaedah ini kita menggunakan angka untuk memanipulasi mesej dengan kaedah pemujukan iaitu contohnya apabila ‘ops-sikap’ berlangsung kita selalu melihat papan tanda yang menunjukkan kadar kemalangan yang berlaku dan jumlah kematian pada sesuatu tempat dan mengikut jenis-jenis kenderaan . Hal ini berjaya menarik perhatian kita kerana kita merasakan takut dan tidak memandu laju apabila kita melihat papan tanda tersebut kerana kita percaya dan yakin bahawa maklumat tersebut betul dan sahih.

    •Letakkan diri khalayak sasar dalam mesej
    Melalui kaedah ini pula, kita dapat menarik perhatian masyarakat dengan memberikan tanggungjawab kepada masyarakat.Hal ini boleh memberi impak kepada masyarakat dengan menarik tanggungjawab bersama.Contohnya kempen kebersihan sungai iaitu ‘kebersihan sungai tanggungjawab bersama’.

    •Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani
    Persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani merupakan persoalan yang diberikan kepada masyarakat sasar untuk menyedarkan mereka.Contohnya Di manakah ibu dan ayah mereka?, kempen pembuangan bayi lagu ‘harapan tanpa suara.’

    •Susun maklumat secara terbalik
    Melalui kaedah ini maklumat yang ingin disampaikan disusun dengan terbalik bagi memberikan kesan yang lebih baik. Contohnya sekiranya ingin gaya hidup sihat dan sejahtera,amalkan senaman yang berterusan setiap minggu.

    •Wujudkan nada dan posisi emosi
    Melalui kaedah ini pula, Model atau jurucakap kepada kempen tersebut perlu menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan kempen tersebut. Contohnya kempen keamanan sejagat perlu menunjukkan nada kesedihan yang ditunjukan oleh kanak-kanak kerana mereka memerlukan keamanan untuk meneruskan kehidupan disebabkan sasaran peperangan biasanya kanak-kanak menjadi mangsa utama.

    •Wujudkan insiden olok-olok
    Melalui kaedah ini, biasanya media elektronik banyak menunjukkan insiden olok-olok untuk menyedarkan masyarakat. Contohnya kempen keselamatan jalan raya yang pernah saya saksikan ialah berkaitan dengan pemakaian topi keledar iaitu dengan menggunakan buah tembikai sebagai model dan menggantikan buah tembikai sebagai kepala manusia dan apabila terlanggar dengan benda keras tembikai tersebut pecah berkecai. Hal ini memberikan kesedaran kepada kita kerana kita dapat membayangkan insiden tersebut. Walaupun iklan kempen ini bersifat olok-olok iaitu tidak mungkin buah tembikai sekeras kepala manusia tetapi kita tidak memikirkan hal tersebut kerana kita lebih memikirkan penyampaian mesej yang diberikan .

    Sekian Terima Kasih

    BalasPadam
  12. Salam. Nurliza, mengikut apa yang saya faham..menyusun maklumat secara terbalik adalah seperti menukar sesuatu maklumat yang negatif kepada positif. Sama seperti yang saya nyatakan di atas. Contohnya dalam kempen anti-merokok, daripada kita memberikan maklumat atau kenyataan yang menyalahkan khalayak sasar atau si perokok tadi, kenapa tidak kita memberikan sesuatu maklumat atau kenyataan yang memotivasikan diri si perokok supaya lebih positif seperti meyakinkan diri si perokok supaya mampu berubah menjadi seorang yang tidak merokok. Ini hanya mengikut apa yang saya faham. Tolong betulkan jika saya salah atau En Syah boleh terangkan dengan lebih lanjut =)

    BalasPadam
  13. salam sejahtera semua..=) apa yang saya faham tentang penyusunan maklumat secara terbalik atau songsang adalah sama seperti apa yang dikatakan oleh saudari syazwani. kita menukarkan maklumat yang pada awalnya berbunyi negatif, dengan maklumat yang berbunyi positif. Cara ini dapat memberi gambaran terus kepada khalayak sasaran kempen kesan daripada mengaplikasikan mesej kempen. contohnya, "memandu laju di jalan raya akan membawa maut". Apabila maklumat ini disongsangkan, ia adalah positif iaitu, "berhati-hati semasa memandu, jiwa selamat". Ini adalah pendapat dan pemahaman saya sendiri. En. Syah dan rakan2 yang lain boleh betulkan kenyataan saya sekiranya ada kesilapan. Sekain=)

    BalasPadam
  14. Salam
    Saya juga sependapat seperti yang dinyatakan rakan- rakan mengenai 6 kaedah memanipulasi mesej yang dipelajari iaitu
    1)Tunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat
    Contohnya, seperti dalam kempen kesedaran kanser payudara yang menyatakan kajian menunjukkan setiap 1 dalam 10 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser
    2)Letakkan diri khalayak sasar dalam mesej
    3)Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk
    ditangani
    Contohnya, dalam kempen mewujudkan kesedaran buang bayi, dimana tanggungjawab kita sebagai masyarakat
    4)Susun maklumat secara terbalik
    5)Wujudkan nada dan posisi marah
    Contohnya, Katakan tidak kepada rokok
    6)Wujudkan insiden olok-olok
    Contohnya, dalam kempen keselamatan jalanraya yang memaparkan iklan ujian simulasi terhadap patung manusia yang tidak memakai tali pinggang keledar dan tahap kecederaan yang dihadapi.

    BalasPadam
  15. Kuliah 10
    Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Enam kaedah memanipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan ialah:
    1. Tunjukkan angka signifikan berkaitan dengan orang, tempat, dan peristiwa.
    2. Meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej.
    3. Mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani.
    4. Susun maklumat secara terbaik.
    5. Wujudkan nada dan posisi emosi.
    6. Wujudkan insiden olok-olok untuk menarik perhatian khalayk.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum dan salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa saya bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh rakan2 diatas. Terdapat 6 kaedah memanipulasi mesej kempen. Kaedah2nya adalah seperti berikut:
    1. Tunjukkan angka yang signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tmpt.
    - Dalam kaedah ini, kita menggunakan angka signifikan untuk memanipulasi mesej kempen, contohnya, 7 maut, 28 cedera.
    2. Letakkan diri khalayak sasar dalam mesej (serahkan tanggungjawab kepada khalayak)
    - Menerusi kaedah ini, kita dapat menarik perhatian masyarakat agar mengikuti satu2 kempen dengan membentuk tanggungjawab kepada masyarakat. Contohnya: "Kebersihan Sungai Adalah Tanggungjawab Bersama"
    3. Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani.
    - Pihak pelaksana kempen haruslah mensasarkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani oleh masyarakat bagi menyedarkan mereka tentang isu2 yang diutarakan dalam satu2 kempen. Contohnya: "Di manakah peranan sebagai ahli masyarakat dalam menangani gejala membuang bayi yang semakin menjadi2?".
    4. Susun maklumat secara terbalik (reverse mode)
    - Maklumat yang disusun secara terbalik mampu memberi impak yang besar terhadap kesadaran masyarakat bagi mengikuti satu2 kempen. Contohnya: "Saya mahu keluarga saya sihat".
    5. Wujudkan nada dan posisi emosi (marah dan benci) dalam mesej.
    - Contohnya dalam kempen anti dadah, "Saya Benci Dadah".
    6. Wujudkan insiden olok-olok (senario buatan) untuk mengacah minda khalayak agar tertarik kepada pelaksana kempen.
    - Contohnya, membuat demonstrasi misalnya dalam kempen anti buang bayi. Dalam demonstrasi tersebut, wanita yang membuang bayi tersebut mendapat balasan yang setimpal akibat daripada perbuatannya.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Pertama sekali, sama seperti saudara Syukri, saya juga bersetuju dengan pendapat rakan-rakan di atas. Terdapat 6 kaedah untuk memanipulasi mesej kempen.

    Pertama, menunjukkan angka signifikan yang berkaitan dengan peristiwa, orang dan tempat. Contohnya, memberikan statistik tentang sesuatu perkara. (Jumlah kematian disebabkan kemalangan)

    Kedua, meletakkan diri khayalak sasar dalam mesej. (Isu alam sekitar)

    Ketiga, mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani.(isu buang bayi)

    keempat, menyusun maklumat secara terbalik. (Isu kesihatan)

    Kelima, mewujudkan nada dan posisi emosi dalam mesej. (Isu dadah)

    Keenam, wujudkan insiden buatan untuk menarik khayalak. (demonstrasi dalam kempen)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada En. Syah dan rakan-rakan....
    Seperti yang telah dipelajari dalam kuliah 10, terdapat 6 kaedah memanipulasi mesej kempen.

    Langkah pertama adalah menunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat. contohnya, bilangan tertinggi kematian yang dicatatkan setiap tahun adalah berpunca daripada kemalangan jalan raya.keadaan ini akan menimbulkan rasa takut dalam diri khalayak dan akan mendorong mereka untuk lebih berhati-hati apabila berada di jalan raya.

    Kaedah kedua adalah dengan meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej iaitu menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak. Contohnya, dalam mewujudkan kesedaran terhadap bahaya rokok, kita boleh timbulkan kesedaran dalam diri khalayak dengan memberi contoh seperti menunjukkan gambar yang terdapat di kotak rokok akibat daripada tabiat merokok dan biarkan mereka berfikir adakah mereka juga ingin menerima nasib yang sama seperti di dalam gambar tersebut.

    Kaedeh ketiga pula adalah mewujudkan persoalan yang rumit dan sukar ditangani.contohnya, dalam mewujudkan kesedaran terhadap masalah pembuangan bayi, persoalan seperti " Adakah anda sanggup membuang bayi ini sedangkan dia tidak bersalah, yang bersalah adalah anda sendiri"? Persoalan sedemikian perlu ditimbulkan untuk menyedarkan mereka tentang perkara tersebut.

    Kaedah keempat pula adalah dengan menyusun maklumat secara terbalik. Contoh, sekiranya masyarakat berfikir dahulu, masalah pembuangan bayi tidak akan berlaku.

    Kaedah kelima pula adalah mewujudkan nada dan posisi emosi seperti benci dan marah dalam mesej. contohnya, pembujuk hendaklah menunjukkan perasaan benci semasa mengadakan Kempen Anti-dadah seperti "Saya Benci Dadah".

    Dan kaedah keenam adalah dengan mewujudkan insiden olok-olok. Dengan cara ini, khalayak akan menunjukkan minat dan tertarik terhadap sesuatu kempen serta akan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap kempen yang dijalankan.

    BalasPadam
  19. assalamualaikum dan salam sejahtera....mesej kempen amat penting dalam menjayakan sesebuah kempen bagi menimbulkan perhatian khalayak terhadap kempen yang dilaksanakan. namun, mesej yang cuba disampaikan dalam kempen yang dijalankan oleh agensi tertentu tidak dapat menarik perhatian khalayak sasar mereka.

    terdapat enam kaedah memanipulasi mesej seperti yang di nyatakan oleh rkan2 yang lain. setiap contoh yang di utarakan membuatkan saya lebih memahami dengan teliti mengenai kaedah memanipulasi mesej bagi mendapatkan kesan dramatik agar tumpuan khalayak dapat diraih serta menjayakan kempen yang dilaksanakn....

    BalasPadam
  20. Salam.....

    Seperi yang telah dipelajari terdapat enam cara untuk memenipulasikan mesej dengan menggunakan langkah pembujukan iaitu :

    1. Mesej perlu berguna pada sesebuah kempen.

    2. Memudahkan pelaksana kempen menjalankan gerak-kerja kempen dengan cara menguntaikan satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.

    3. Mesej kempen bersifat hambar dan biasa.

    4. Mesej biasa boleh diolah kepada mesej yang menarik.

    5. 'Mesej dalam kempen' direkabentuk dengan cara yang betul untuk mendapatkan sokongan khalayak dalam kempen.

    6. 'Mesej dalam kempen' boleh dijana dengan cara yang sebaliknya untuk mendapatkan kesan dramatik agar tumpuan khalayak sasar dapat diselaraskan dengan kehendak pelaksana kempen.

    Pada saya, keenam-enam kaedah ini perlu diambil perhatian dengan teliti bukan sahaja kepada pelaksana kempen tetapi juga kepada sasaran pembujukan.

    YA2008-1470

    BalasPadam
  21. Hai,saya menyokong pendapat semua rakan-rakan di atas. Semestinya terdapat enam kaedah yang dapat digunakan dalam memanipulasikan mesej kempen. Antaranya ialah dengan menunjukan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat. Kedua, dengan meletakan diri khalayak sasar dalam mesej iaitu menyerahkan tanggungjawab kepada khlayak. Ketiga, dengan mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani. Keempat, menyusun maklumat secara terbalik. Kelima, mewujudkan nada dan posisi emosi seperti marah dan benci dalam mesej. Dan yang terakhir, mewujudkan insiden olok-olok untuk mengacah minda khlayak agar tertarik kepada pelaksana kempen.TQ

    BalasPadam
  22. Hai, saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan di atas mengenai perkara di atas. Sememangnya antara 6 cara untuk memanipulasikan mesej menggunakan kaedah pembujukan ialah: pertama, dengan mempamerkan angka signifikan yang merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat, kedua, dengan meletakan diri khalayak sasar dalam mesej iaitu dalam masa yang sama menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak, ketiga, dengan menyusun mesej yang ingin desampaikan secara terbalik(reverse mode), keempat, dengan mewujudkan persoalanan yang rumit untuk ditangani dan bersifat sukar untuk difahami, kelima, menggunkan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci ketika menyampaikan mesej dan yang keenam, dengan mewujudkan insiden olok-olok bagi menarik minat minda khalayak agar tertarik terhadap perjalanan kempen. Ini dapat menghiburkan khalayak dan menarik penyertaan khalayak dalam aktiviti kempen.TQ

    BalasPadam
  23. Enam kaedah tersebut adalah :

    * Tunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat.

    * Letakkan diri khalayak sasar dalam mesej (serahkan tanggungjawab kepada khalayak sasar)

    * Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani.

    * Susun maklumat secara terbalik (reverse mode)

    * Wujudkan nada dan posisi emosi (marah dan benci)dalam mesej

    * wujudkan insiden olok-olok untuk mengacah minda khalayak agar tertarik kepada palaksana kempen.(gimik, senario buatan)

    BalasPadam
  24. asalamulaikum dan salam 1 Malaysia buar Encik Syah dan rakan -rakan sekalian
    Seperti rakan-rakan yang lain pada pendapat saya enam kaedah memanipulasi meseg dalam pembujukan adalah
    i.Penggunaan kaedah signifikan merujuk kepada lokasi,peritiwa dan sebagainya.
    ii.Seseorang itu,perlulah meletakkan diri sebagia khalayak sasaran pembijukan untuk dipenggaruhi.
    iii.Menimbulkan persoalan yamg rumit dan mencari jalan penyelesaian
    iv.menyususn persoalan secara sonsang
    v.Mewujudkan nada intonasi marah kelihatan tidak puas hati terhadap satu perkara tersebut.
    v.Mewujudkan keadaan atau situasi olok-olok untuk menguji minda sasaran khalayak.

    BalasPadam
  25. Salam kepada semua pembaca blog,

    Daripada komen-komen yang telah diutarakan oleh rakan sekuliah, jelas kita semua telah sedia maklum tentang enam kaedah manipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan. Enam kaedah yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1) Mempamerkan angka signifikan yang merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat. Secara ringkasnya : statistik. Statistik berkait rapat dengan pengukuran fakta yang jelas sebagai pembuktian kepada kepentingan mesej kempen. Sebagai contoh, Kempen Keselamatan Jalan Raya tidak boleh lari daripada menyelitkan statistik kemalangan dan kemalangan maut dalam pengisian kempennya sebagai bukti betapa serius isu keselamatan jalan raya di negara kita dan disamping itu ia menjadi iktibar kepada pengguna jalan raya yang lain.

    2) Meletakkan diri dalam khalayak sasar/sasaran pujukan dalam mesej. Dalam kaedah pembujukan ini, penggerak kempen cuba untuk meyakinkan audien bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada khalayak, lantaran itu tiada motif luaran yang berteraskan kepentingan mereka sendiri. Contohnya, untuk bersaing dengan syarikat-syarikat pengeluar minyak yang lain, Esso & Mobil, mengambil pendekatan ini di dalam kempen perniagaan mereka dan muncul dengan tag line : “Kerana Kami Juga Pemandu Seperti Anda”

    3) Mewujudkan persoalan yang rumit untuk ditangani dan bersifat sukar untuk difahami. Kaedah ini cuba untuk meletakkan mesej kempen kepada perspektif yang lebih luas. Mesej kempen cuba untuk menunjukkan akibat yang lebih besar kesan daripada tindakan seseorang itu. Sebagai contoh Kempen Penjimatan Tenaga yang disokong secara global di beri penekanan dengan sambutan Earth Hour saban tahun. Penggerak kempen dengan jayanya telah mengemukakan isu-isu yang bakal berlaku di masa akan datang seperti pemanasan global, kepupusan hutan dan sebagainya, kemudian mengikat kita dengan persoalan “Apakah sumbangan kita sebagai penduduk dunia?”. Impak soalan itu begitu besar sehingga ramai di antara kita yang turut bergelap selama satu jam semasa kempen Earth Hour diadakan, walaupun kita sendiri masih kurang memahami bagaimana ianya boleh menyumbang untuk melengahkan pemanasan global?

    4) Maklumat yang ingin disampaikan disusun secara songsang/terbalik. Mesej kempen lazimnya disusun atur mengikut urutan tindakan dan akibat. Contohnya seperti dalam Kempen Anti Merokok, pendekatan kempen lazimnya adalah dengan memaparkan gejala-gejala yang akan berlaku kesan daripada perbuatan merokok. Manipulasi secara songsang pula akan menunjukkan imej dan gambaran kehidupan yang lebih sihat dan bahagia yang hanya boleh dimiliki sepenuhnya jika anda tidak merokok.

    5) Menggunakan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci dalam menyampaikan mesej. Nada suara dan emosi ini bukan sahaja boleh diekspresikan melalui kempen di dalam mod lisan tetapi mod bertulis dan bukan lisan juga tidak terkecuali. Ekspresi emosi di dalam teks boleh ditegaskan mengikut font tulisan dan juga penegasan di dalam mesej yang cuba di sampaikan. Kempen lazimnya akan mempunyai cogan kata utama yang akan berperanan untuk menyemarakkan lagi semangat ahli khalayak sasarnya. Contohnya seperti “Tak nak!” untuk Kempen Anti Merokok dan “Perangi Aedes!” yang dicanangkan untuk mengawal sebaran demam denggi.

    6) Mewujudkan perlakuan/tindakan olok-olok(insiden buatan) bagi menarik minda khalayak agar tertarik terhadap perjalanan kempen. Contohnya seperti pendramaan latihan bantuan kecemasan oleh Persatuan Bulan Sabit merah yang sering di jadikan salah satu pengisian dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya. Pendramaan juga adalah manipulasi yang paling sering digunakan dalam kempen melalui media elektronik.Rata-rata kempen iklan yang kita lihat dan dengar melalui televisyen dan radio memanipulasikan mesej dengan cara sebegini. Kaedah ini membolehkan unsur-unsur kreativiti disuntikkan di dalam kempen


    Sekian.

    BalasPadam
  26. Asslamulaikum dan salam 1malaysia...

    En. Syah dan semua pembaca blog ini.

    seperti yang telah dikuliahkan oleh En. Syah, terdapat enam kaedah manipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan. Enam kaedah yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
    1) Mempamerkan angka signifikan yang merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat. ini bermaksud mesej yang kita sampaikan dalam sesuatu kempen hendaklah bertepatan dengan kempen yang hendak dilakukan.

    2) Meletakkan diri dalam khalayak sasar/sasaran pujukan dalam mesej.ini bermaksud kita meletakkan diri sebahagian dari khalayak atau audien. oleh kerana itu pihak khalayak tidak akan ragu-ragu tentang sesuatu kempen itu.

    3) Mewujudkan persoalan yang rumit untuk ditangani dan bersifat sukar untuk difahami.cuba menarik perhatian audien dengan pelbagai persoalan yang boleh menarik perhatian audien yang terlibat.

    4) Maklumat yang ingin disampaikan disusun secara songsang/terbalik. Mesej kempen lazimnya disusun atur mengikut urutan tindakan dan akibat. keadeah seperti ini boleh dilakukan dalam kempen anti merokok namum ia juga memberi peringatan kepada diri kita sendiri.

    5) Menggunakan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci dalam menyampaikan mesej. cara untuk menambah keyakinan orang ramai terhadap kempen yang kita lakukan yang melibatkan emosi.

    6) Mewujudkan perlakuan/tindakan olok-olok(insiden buatan) bagi menarik minda khalayak agar tertarik terhadap perjalanan kempen. ini bermaksud ia benar-benar terjadi kepada kita dan ia mamapu menarik perhatian umum.

    BalasPadam
  27. Salam sejahtera
    seperi yang telah dipelajari terdapat enam cara untuk memenipulasikan mesej dengan menggunakan langkah pembujukan iaitu :
    1. Mesej perlu berguna pada sesebuah kempen.
    2. Memudahkan pelaksana kempen menjalankan gerak-kerja kempen dengan cara menguntaikan satu aktiviti dengan aktiviti yang lain.
    3. Mesej kempen bersifat hambar dan biasa.
    4. Mesej biasa boleh diolah kepada mesej yang menarik.
    5. 'Mesej dalam kempen' direkabentuk dengan cara yang betul untuk mendapatkan sokongan khalayak dalam kempen.
    6. 'Mesej dalam kempen' boleh dijana dengan cara yang sebaliknya untuk mendapatkan kesan dramatik agar tumpuan khalayak sasar dapat diselaraskan dengan kehendak pelaksana kempen.

    BalasPadam
  28. salam,

    bagi saya 6 cara memanipulasikan mesej ialah:

    1. menanyakan soalan yang rumit dan sukar dijawap agar penerima akan menyedari sesuatu yang perlu diberi perhatian.

    2. mengaitkan mesej dengan situasi lain, agar mesej mudah difahami.

    3. mesej harus dialun dengan kata-kata atau gaya bertutur sesuai dengan budaya/ sosiologi bergantung kepada kawasan.

    4. beri perkataan yang mampu menarik emosi audiens.

    5. dari segi tulisan, slogan atau tagline yang ditulis di dalam backdrop, banner, bunting atau sebagainya hendaklah mempunyai tarikan dari segi warna yang mempunyai elemen memberi amaran atau sebaliknya.

    6. gunakan body gesture dan intonasi yang sesuai bagi mendapatkan perhatian yang lebih pada waktu menekankan mesej yang hendak disampaikan.

    sekian.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum dan salam 1Kampus buat warga PRCircle dan En.Syahruddin yang dihormati.

    Seperti yang kita selaku pelajar Kempen dan Pembujukan telah pelajari melalui pensyarah kita En.Syahruddin, kita semua sedia maklum bahawa ada terdapat enam (6) kaedah manipulasikan mesej yang sudah dipelajari.

    Langkah pertama adalah menunjukkan angka signifikan berkaitan peristiwa, orang dan tempat. contohnya, bilangan tertinggi kematian yang dicatatkan setiap tahun adalah berpunca daripada kemalangan jalan raya.keadaan ini akan menimbulkan rasa takut dalam diri khalayak dan akan mendorong mereka untuk lebih berhati-hati apabila berada di jalan raya.

    Kaedah kedua adalah dengan meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej iaitu menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak. Contohnya, dalam mewujudkan kesedaran terhadap bahaya rokok, kita boleh timbulkan kesedaran dalam diri khalayak dengan memberi contoh seperti menunjukkan gambar yang terdapat di kotak rokok akibat daripada tabiat merokok dan biarkan mereka berfikir adakah mereka juga ingin menerima nasib yang sama seperti di dalam gambar tersebut.

    Kaedeh ketiga pula adalah mewujudkan persoalan yang rumit dan sukar ditangani.contohnya, dalam mewujudkan kesedaran terhadap masalah pembuangan bayi, persoalan seperti " Adakah anda sanggup membuang bayi ini sedangkan dia tidak bersalah, yang bersalah adalah anda sendiri"? Persoalan sedemikian perlu ditimbulkan untuk menyedarkan mereka tentang perkara tersebut.

    Kaedah keempat pula adalah dengan menyusun maklumat secara terbalik. Contoh, sekiranya masyarakat berfikir dahulu, masalah pembuangan bayi tidak akan berlaku.

    Kaedah kelima pula adalah mewujudkan nada dan posisi emosi seperti benci dan marah dalam mesej. contohnya, pembujuk hendaklah menunjukkan perasaan benci semasa mengadakan Kempen Anti-dadah seperti "Saya Benci Dadah".

    Dan kaedah keenam adalah dengan mewujudkan insiden olok-olok. Dengan cara ini, khalayak akan menunjukkan minat dan tertarik terhadap sesuatu kempen serta akan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap kempen yang dijalankan.

    Kusmayani Jainudin
    YA2008-1143

    BalasPadam
  30. Asalammualaikum dan selamat sejahtera.

    Terdapat 6 kaedah memanipulasi mesej yang telah di pelajari antara nya :

    1)Menunjukkan angka yang signifikan terhadap hal berkaitan seperti peristiwa.orang dan tempat.

    2)Meletakkan diri khalayak sasaran ke dalam mesej kempen yang di lakukan.Hal ini cuba letakkan tanggungjawab kepada audiens.

    3)Mewujudkan atau menimbulkan satu persoalan yang besar dan rumit untuk khalayak berfikir bersama mengenai kempen yang di jalankan.

    4)Susun maklumat secara terbalik.

    5)Mewujudkan satu nada dan emosi yang berubah-berubah seperti marah dan benci dalam mesej kempen dengan tujuan membawa khalayak kepada situasi sebenar.

    6)wujudkan satu lakonan yang di reka-reka bagi melihat respon minda khalayak terhadap perlaksana kempen.

    Pada pendapat saya,6 kaedah ini sangat memainkan peranan penting bagi memastikan sesuatu kempen yang dijalankan mendapat sambutan khalayak dan memberi kesan yang positif berpanjangan.

    BalasPadam
  31. Selamat sejahtera,

    Antara teknik memanipulasikan mesej dalam sesuatu kempen adalah seperti berikut:
    a) Mengadakan situasi yang hampir sama dengan isu kempen. Hal ini bertujuan untuk menyedarkan audiens sedar tentang isu yang hendak dibincangkan dalam sesuatu kempen.
    b) Mempamerkan statistik kes. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mempamerkan statistik berlakunya kes kemalangan jalan raya yang berlaku di jalan raya. Tujuan kaedah ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak bersikap cuai semasa memandu di jalan raya.
    c) Menggunakan nada yang berunsurkan marah dan benci. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh menggunakan model-model yang benci kepada dadah agar masyarakat dapat mengikut tabiat artis kegemaran mereka.
    d) Menyusunkan maklumat secara terbalik. Hal ini bertujuan untuk membenarkan audiens dapat membezakan keadaan sebelum mesej diterbalikkan dan selepas diterbalikkan
    e) Mengutarakan persoalan kepada audiens. Tujuan kaedah ini dilaksanakan agar dapat menyedarkan audiens tentang isu yang hendak dibincangkan.
    f) Meletakkan audiens dalam situasi olok-olok seperti mempamerkan gambar-gambar kecederaan akibat kecuaian memandu

    BalasPadam
  32. Salam sejahtera. Enam kaedah memanipulasi mesej menggunakan kaedah pembujukan yang saya pelajari adalah seperti:
    a)Menunjukkan angka signifikan yang merujukkan peristiwa, orang dan tempat
    b)Meletakkan diri khalayak sasar dalam mesej
    c)Mewujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani
    d)Menyusun maklumat secara terbalik
    e)Mewujudkan nada dan posisi emosi dalam mesej
    f)Mewujudkan insiden olok-olok untuk mengacah minda khalayak agar tertarik kepada pelaksana kempen
    Secara kesimpulannya, setiap kaedah yang dinyatakan di atas adalah kaedah yang baik untuk digunakan dalam kaedah pembujukan. Hal ini disebabkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas adalah untuk menyakinkan orang yang telah dipujuk dengan berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan serta menggunakan kaedah-kaedah yang manfaat untuk membujuk mereka.

    BalasPadam
  33. Asalammualaikum dan selamat sejahtera.


    Pendekatan manipulasi merupakan satu pendekatan yang mempengaruhi pemikiran audiens melalui mesej-mesej yang berkesan.

    Terdapat 6 keadah memanupulasikan mesej menggunakan pembujukan
    1) Menunjukkan angka signifikan
    Contoh - tarikh, jumla yang terlibat, number dan sebagainya. cara ini memudahkan audiens mampu mengigati dan mudah dipengaruhi usaha permbujukan contoh yang jelas 1 Malaysia ( penggunaan 1 merupakan satu simbol memudahkan audiens menafsir dan tersimpan dalam memori fikiran)

    2) Letakkan diri khalayak sasaran dalam mesej
    satu kemapuan pembujuk bagi memberikan audiens dapat menafsir kesan dan realti keadaan sebenar situasi. ini merupakan satu tektik pembujuk yang mahir dimana audiens merasakan dalam mesej yang disampaikan.contoh mesej "bayangkanlah anda pergi meninggalkan orang yang tersayang kerana kecuaian memandu" ..satu mesej yang mampu membawa audiens ke situasi sebenar.

    3) Wujudkan persoalan yang besar dan rumit untuk ditangani. teknik mesej yang menyebabkan audiens terpaksa turut serta berfikir dan sehinggakan audiens tertarik dan terlibat dalam mesej tersebut.


    4) Susun maklumat secara terbalik
    penyusunan maklaumat adalah penting bagi membolehkan audiens percaya dan yakin tentang pembujukan kempen yang dilakukan contoh mesej "Fikir dulu sebelum buat".


    5) Wujudkan nada dan posisi marah
    kaedah ini sering digunakan oleh kempen politik. kemampuan mesej ini mampu membuatkan audiens turut serta dan percaya mesej yang disampaikan melalui alunan nada marah dan emosi serta akhirnya merayu sebagai contoh mesej "kita mahukan keadilan, kita tidak mahu rakyat kita dibohong dan ditipu" satu teknik mesej yang digunakan oleh penghujah dalam kempen bagi mempengaruhi audiens. kadangkala fakta tidak tepat.tetapi penghujah mampu memperdayakan audiens.

    6) Wujudkan insiden olok-olok
    mesej ini sering digunakan dalam kempen sosial, pihak penganjur akan mewujudkan suasana berlakon bagi membina sebuah demontrasi hingga audiens terpukau dan dipengaruhi kempen tersebut.banyak kaedah ini telah digunakan oleh kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan PDRM dan Jab.Pengangkutan Jalan.

    sekian, terima kasih

    MOHD RIZAL AWANG DAMIT
    YA2008-1464

    BalasPadam