Lagu 'marabahaya' dendangan Pop Shuvit dihasilkan khusus sebagai lagu tema filem Impak Maksima. Filem ini memaparkan aksi pemanduan kereta secara berbahaya. Persoalan yang timbul adalah sama ada pihak berwajib sedar atau sebaliknya bahawa mesej dalam lagu ini menyumbang sesuatu yang positif dalam Kempen Keselamatan Jalanraya di negara ini. Berpandukan bait-bait lirik lagu ini, cuba hasilkan satu lirik lagu 'marabahaya' versi anda sendiri yang secara teknik memperlihatkan mesej yang berlawanan dengan mesej asal dalam lagu tersebut. Gunakan lirik baru lagu 'marabahaya' versi anda itu sebagai mesej nasihat agar pemandu/pengguna jalanraya lebih berhati-hati terutama dalam hal berkaitan dengan had laju pemanduan/tunggangan kenderaan bermotor di jalanraya.
Tajuk Lagu : Tolak Bahaya
BalasPadamKorus : Laju ku meluncur
Dekat lagi matiku
Kanan kiriku
Ada malaikat yg menulis amalku
Lajuku laju
Takkan selamat nyawaku
Hujung hidupku ku nyatalah
Dihitam putihkan salahku
Rap : Majuku sepatutnya
Dengan mengikut waktu
Tidak beraksi berlebih sehingga
Melemahkan jantungmu
Dan niat ini
Telah terbukti
Untuk tidak lagi
Memusnahkan diri
Mengalir dalam diri darah muda
Yang tak perlu dituruti
Segala perkara malang
Harus dijauhi
Jangan terbakar nafsu, nanti diri kecundang
Terus ku menyesal lagi, tidak bertepi.
Korus : Laju ku meluncur
Dekat lagi matiku
Kanan kiriku
Ada malaikat yg menulis amalku
Lajuku laju
Takkan selamat nyawaku
Hujung hidupku ku nyatalah
Dihitam putihkan salahku
Rap : Inilah catur hidup yang perlu dihargai
Dan buka dibazirkan
Dengan lumba haram dan remp-it
Tidak berdiri teguh, malah terbaring kaku
Terlantar kerana angkuh fuhh
Semangat tidak bertempat
Kerana kejar-mengejar hingga
Tidak menggenggam nasihat
bergetar di dada
Amuk dirasuk nafsu litar
Hati keluarga siapa tidak tercalar?!.
Korus : Laju ku meluncur
Dekat lagi matiku
Kanan kiriku
Ada malaikat yg menulis amalku
Lajuku laju
Takkan selamat nyawaku
Hujung hidupku ku nyatalah
Dihitam putihkan salahku
Mari Katakan
TOLAK BAHAYA
Mari Sahutkan
TOLAK BAHAYA
Korus : Laju ku meluncur
Dekat lagi matiku
Kanan kiriku
Ada malaikat yg menulis amalku
Lajuku laju
Takkan selamat nyawaku
Hujung hidupku ku nyatalah
Dihitam putihkan salahku
Salam...saya suka lirik yg dicipta Siti Norizan. Well done.
BalasPadamTAJUK LAGU : NAFSU MEMBARA
BalasPadammoyang lapuk pintar sungguh memadai
sudah berzaman kita mendengar nasihat di alam
kalau nakhoda kurang la pandai
alamat la kapal akan tenggelam
laju-laju menuju dengan nafsu membara
porak peranda orang yang bertata tertib
kamu memang marabahaya
malangnya jiwa mu akan terbit
untuk sejenak sahaja di maya
kerana laju-laju mu ke lubang kubur suda dekat detik
memang penuh kebangGaan di hujung garis hitam
namun garis hitam tiada terangnya
di hujung sana engkau akan berhentam
dengan tunggul memecah kepala
Anak-anak menangis menjerit dengan hampa
menunggu sanak yang tidak akan pulang keriba
ingat pesanan moyang lapuk berkata
biar lambat asal selamat
Lirik menarik yang dicipta oleh norizan. Sememangnya bukan sahaja, lirik lagu dari filem melayu yang memberi gambaran negatif tetapi kebanyakannya mesej dari filem melayu (filem Malaysia)itu sendiri sudah negatif. Apa yang dipaparkan :
BalasPadam1. Pergi ke disko
2. Mengambil syabu dan ecstacy
3. Di tangkap berkhalwat oleh pegawai keselamatan kolej dalam bilik tutorial kosong
4. Hamil
5. Bekerja part-time sebagai pelayan di kelab elit
6. Merokok
7. Hujung minggu tidur di bilik sewa boyfriend
8. Menjalin hubungan cinta dengan pensyarah yang sudah beristeri
9. Minum arak
10. Berjudi
11. Mencuri di asrama
12. Hidup dengan 2 wajah, di kolej pakai tudung, di luar buka tudung
13. Ada sugar-daddy ataupun sugar-mummy
14. Menipu bagi mendapatkan markah tinggi
15. Suka menukar dan mencuri boyfriend
16. Menipu duit orang
17. Panjat pagar
18. Berbohong kepada pegawai keselamatan
19. Tindik hidung
20. Cat rambut
21. Mengambil pil pencegah hamil
dan banyak lagi...
Lirik yang terbaek wok dari saudari Siti Norizan..:)
BalasPadamWah..zaza, bukan main panjang lagi senarai kau, rasanya kalau bkn kerana ruang ulasan ni tida muat, mesti lengkap satu buku. Saya kagum dgn keperihatinan zaza mengenai perkara ini. Saya tidak menonton filem melayu, jadi saya tidak sedar bhw dlm filem-2 kita terdapat banyak mesej-2 negatif yang dipaparkan samaada ianya bertujuan utk menyedarkan kita realiti masyarakat kita pada hari ni, ataupun ianya mungkin bagi tujuan mempengaruhi masyarakat kita bagi tujuan2 negatif.
BalasPadamApapun lirik lagu versi Norizan tu amat relevan, mungkin boleh diketengahkan dlm kempen-kempen yang berkaitan dgn keselamatan dijalanraya. Setiap hari media massa menyiarkan dan memaparkan pelbagai bentuk kemalangan ngeri dan kemalangan maut, tapi masyarakat kita tidak sedar-sedar juga. Statistik kemalangan semakin meningkat. Ratapan demi ratapan dari keluarga yg kehilangan org yg disayangi menyentuh hati kita, tapi mengapa perkara yang sama tetap berlaku? Dimana kekurangannya usaha pihak kerajaan dan masyarakat secara umum dalam mengatasi permasalahan ini? Pelbagai kajian sudah dilakukan, pelbagai kempen sudah dilaksanakan, penguakuasaan sudah diperkasakan, dimana lagi kekurangan kita?
Assalamualaikum da salam sejahtera
BalasPadamTahniah diucapkan kepada saudari Norizan dengan penciptaan lirik lagu yang menarik dan secara langsung memberikan kesedaran kepada remaja-remaja kini.
Di sini sekadar ingin menambah dan menimbulkan persoalan wajarkah penciptaan lagu ini disebabkan kita bertungkus lumus untuk membuat kempen keselamatan jalan raya tetapi lagu ini seperti meningkatkan kemalangan jalan raya??
Renungkan bersama,...
TAJUK LAGU : Tersedar Sebelum Terlewat
BalasPadamKorus: Semakin ku meluncur laju
Laju dan terus laju
Tidak peduli apa yang menghalang
Walau ku tahu bahaya ada didepan
Semakin aku laju
Semakin kuat desakan hati
Mengingatkan aku pada sesuatu
Membuat aku terkadang tersedar
Rap : Laju ku tidak bermakna
Andainya aku hanya wira
Yang dibenci masyarakat
Dikutuk dunia
kerna salahku sendiri
Lajuku bukan bermakna apa-apa
Bila aku yang
Tanpa pingat
Tanpa nama
Akhirnya
Mati sia-sia
Tanpa simpati sesiapa
Korus : Semakin ku meluncur laju
Laju dan terus laju
Tidak peduli apa yang menghalang
Walau ku tahu bahaya ada didepan
Semakin aku laju
Semakin kuat desakan hati
Mengingatkan aku pada sesuatu
Membuat aku terkadang tersedar
Rap : ya aku tersedar
Perlukah aku terus begini?
Tiada hala hidup
Hanya ingin
mengecap hidup gembira
Yang hanya sementara
Aku perlu berubah
Berubah demi diriku
Aku perlu mula
Mencari titik hidupku
Syukur tuhan menyayangi ku
Menyedarkan ku sebelum terlewat
Korus : Semakin ku meluncur laju
Laju dan terus laju
Tidak peduli apa yang menghalang
Walau ku tahu bahaya ada didepan
Semakin aku laju
Semakin kuat desakan hati
Mengingatkan aku pada sesuatu
Membuat aku terkadang tersedar
Berubah la
Berubah sebelum telewat
Korus : Semakin ku meluncur laju
Laju dan terus laju
Tidak peduli apa yang menghalang
Walau ku tahu bahaya ada didepan
Semakin aku laju
Semakin kuat desakan hati
Mengingatkan aku pada sesuatu
Membuat aku terkadang tersedar
assalamualaikum.. saya setuju dengan rakan yang lain.lirik lagu yang cik siti norizan buat boleh memberi kesedaran.saya buat lirik dengan jadikan lirik cik norizan sebagai contoh.
BalasPadamsekian terima kasih
Tajuk lagu: Belum terlambat
BalasPadam(Korus)
Terusku menuju ke hadapan langkahku
Tiada lagi batas disempadan hidupku
Namun apakah ini yang aku mahu
Kerna ku kini hampir tersepit dalam khayalanku
(Versi Rap 1)
Hey diri, apa ini beri erti
Adakah ini pasti menjadi
Jangan nanti merana diri
Kerna yang pasti hidup ini hanya sekali tak bisa diulangi
Dan kini aku berjanji sendiri pada diri ini
Segala yang ku idam dulu akan ku buang
Mengejar mimpi membakar diri
Menutup pintu hati dari dekati Ilahi
(Korus)
(Versi Rap 2)
Ini kisah
Yang bisa mengundang padah jika tak berubah
Janganlah hanya berserah
Ayuhlah kita!
Berusaha berjaya kerna tugas yang utama untuk menjaga dunia
Jangan lupa apa yang ada hanya pinjaman semata bila hilang barulah tersedar semula
Kerna Tuhan lebih berkuasa
(Korus)
Mari semua tepis bencana
Janganlah kita terus tersiksa
Thumb up for very nice lyrics done by Siti Norizan.
BalasPadamtahniah kepada pembuat lirik.. Siti Norizan, Siti Mariani dan Norimah.. sangat menerujakan saya.. Saya terasa sukar untuk membuat lirik lagu ini lebih-lebih lagi untuk versi rap itu..
BalasPadamSalam perpaduan..saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Norizan, Siti Mariani dan Norimah yang berjaya menghasilkan lirik lagu. Anda bertiga menghasilkan lirik lagu yang baik.
BalasPadamWell done to Siti Norizan. I tried to create one but failed to do one.. U r awesome.. :)
BalasPadamBagi pendapat saya, Kempen Keselamatan JalanRaya yang diadakan haruslah berlandaskan keadaan (geografi/ budaya pemanduan)di sesebuah kawasan. Contohnya, di negeri Sabah, ramai pemandu ambil ringan tentang kelajuan kenderaan di sebelah haluan kiri dan kanan. Kemalangan boleh berlaku apabila kenderaan terlalu perlahan di sebelah lorong kanan. Mungkin penguatkuasaan tentang kenderaan yang tidak menggunakan lorong yang betul dengan kelajuan yang sesuai akan membantu mengurangkan kadar kemalangan 'langgar belakang'. :P
Salam,
BalasPadamSebagai seorang spoke person yang hebat, kita perlu bijak melihat masa/ waktu yang sesuai untuk meggunakan 6 kaedah memanipulasikan mesej untuk membujuk agar tahap kesedaran dapat dikesan dengan amaun yang tinggi dikalangan audiens:
1) menjelaskan angka signifikan yang merujuk kepada peristiwa, orang dan tempat contohnya,angka kematian pesakit aids telah meningkat sebanyak 65% bagi tahun 2xxx berbading tahun 19xx iaitu hanya 0.35%
2) Meletakkan diri khalayak sasar/sasaran pujukan dalam mesej iaitu menyerahkan tanggungjawab kepada khalayak.
3) Mewujudkan persoalan yang rumit untuk ditangani dan bersifat sukar untuk difahami. Contohnya bagi kempen MLM yang biasa saya dengar, “dapatkah anda mencari wang sebanyak rm500 dalam masa 2 jam?”
4) Maklumat yang ingin disampaikan disusun secara songsang/terbalik
5) Menggunakan nada suara dan posisi emosi seperti marah dan benci dalam menyampaikan mesej contohnya kempen anti barangan keluaran Israel seperti Starbucks yang dituduh menaja keperluan alatan perang Israel untuk menyerang Palestine.
6) Mewujudkan perlakuan/tindakan olok-olok(insiden buatan) bagi menarik minda khalayak agar tertarik terhadap perjalanan kempen.
Assalamulaikum dan salam 1Kampus kepada En.Syahruddin dan ahli PRCircle yang dihormati sekalian.
BalasPadamSaya amat kagum dengan lirik lagu hasil ciptaan kreatif cik Siti Norizan. Bagi saya semua mesej yang amat tersirat dan sungguh menyentuh kehidupan remaja masa kini. Terdapat elemen manipulasi mesej turut dimasukkan di dalam lirik lagu tersebut. Syabas.
Kusmayani Jainudin
YA2008-1143
Tajuk: Too Fast To Die
BalasPadamFast and fast you drive the car
To reach your destination early
The most important is had you think that
This will lead you to the die way???
Born to lead the sadness of your loving family
Fast and fast you ride the bike
To race with the useless people
The most important is had you think that
This will lead you to the die way???
Even heaven won't accept you after
Slow and steady you drive your car
To reach your destination without any pain
Won't you feel happy if you reach safely??
Even your family will always loving you
So remember, drive safely......
Slow and steady you ride the bike
Without racing with the useless person
Won't you feel safe if you do this???
Even heaven will accept for the goods that you had done
So remember, ride safely.....
Tajuk : Drive Carefully Dear
BalasPadamSo what do you think it means to me
The dirty hands to bound you
The dirty hearts of scoundrels
I'll have to write this down because I'm human
And I think
Do you think?
It's time for you to live frantically
The abyss is just a fraction above
The jury laughs at you, love
My little nest of vipers
My little miss know-it-all
Drive carefully, dear
(The slow circling of the drain)
Salam perpaduan..saya amat kagum dengan saudari Bee dan Audrey kerana berjaya menghasilkan lirik lagu inggeris yang baik..
BalasPadam