Pages

Selasa, 19 Oktober 2010

[AK30903] Kuliah 11

Kajian ke atas kes-kes dalam bidang perhubungan awam dan perikalan dijalankan khusus untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan dan penghasilan set iklan kepada khalayak sasar sesebuah organisasi atau audien satu-satu produk/perkhidmatan di pasaran. Struktur dan kandungan mesej dalam medium perhubungan awam dan periklanan mempamerkan rekabentuk maklumat yang berguna kepada individu atau kumpulan dalam masyarakat supaya mereka dapat memberikan maklumbalas yang sepatutnya dan dikehendaki oleh pengamal perhubungan awam dan periklanan bagi meningkatkan kualiti hasil kerja mereka.

Fikirkan...Bagaimanakah anda dapat membantu segmen khalayak sesebuah organisasi perkhidmatan awam dalam kalangan mereka yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir memahami mesej berkaitan fungsi dan kesan perkhidmatan yang organisasi anda sampaikan kepada semua kumpulan khalayak ini.

26 ulasan:

  1. khalayak yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir merupakan golongan yang agak sukar untuk dipengaruhi tetapi jika mereka faham mengenai apa yang diperkatakan mereka akan mudah untuk menerima sesuatu yang baru.untuk menyampaikan mesej kepada mereka dalah tidak sesukar mana hanya perlu orang yang mempunyai kelebihan berkomunikasi sahaja, yang lebih bagus hantar orang yang memahami bahasa mereka. sampaikan satu per satu fungsi organisasi dan jelaskan kelebihan organisasi mereka. tetapi perlu tahu bahawa untuk sampai mesej perlulah secara perlahan kerana mereka menerima sesuatu dengan lambat. kesimpulannya, hanya komunikasi secara bersemuka sahaja mampu membantu mereka.

    BalasPadam
  2. Salam 1 Malaysia.
    Sesuatu perkhidmatan khas perlulah dirancang dan dianjurkan khas khalayak yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir. Organisasi bolehlah melatih sekumpulan pekerja tentang teknik komunikasi dengan segmen khalayak berkenaan secara berkesan. Sebagai contoh, kebanyakkan khalayak buta huruf di Sabah bertuturan bahasa tempatan (kadazan dusun dan sebagainya). Jadi, organisasi bolehlah mengupah pekerja yang berupaya berbahasa tempatan. Bah kata satu gambar membawa seribu makna.Saya juga mencadangkan organisasi menterjemahkan mesej yang selalunya dalam bentuk penulisan kepada gambar rajah.

    BalasPadam
  3. Tambahan untuk komen pertama saya di atas. Masalah terbesar untuk berkomunikasi dengan golongan berumah dan kelompok fakir adalah mereka jarang didedahkan kepada media. Tinjauan haruslah dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui tempat mereka sering muncul supaya kita dapat bertemu dan seterusnya menyampaikan mesej.

    BalasPadam
  4. salam sejahtera.saya ingin mengemukakan pendapat saya mengenai soalan tersebut.setiap organisasi baik swasta atau awam perlu mengenal pasti khalayak sasar sebelum menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat. hal ini bagi memastikan satu-satu mesej tersebut dapat disalurkan mengikut aliran yang betul tanpa sebarang halangan. saya berpendapat organisasi perlu mengambil pendekatan yang betul dan sesuai dalam mendekati khayalak sasar seperti buta huruf,warga tua,golongan tidak berumah dan golongan kafir bagi menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan. saya mencadangkan supaya organisasi menggunakan pendekatan meminimakan ayat dan perkataan dalam satu-satu mesej tetapi lebih menggunakan gambar atau visual kepada golongan buta huruf. selain itu, golongan kafir dan tidak berumah ini perlu didekati dan kita sendiri turun padang untuk menemui mereka.

    BalasPadam
  5. Untuk membantu segmen khalayak sesebuah organisasi perkhidmatan awam dalam kalangan mereka yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir memahami mesej berkaitan fungsi dan kesan perkhidmatan yang organisasi anda sampaikan kepada semua kumpulan khalayak ini adalah dengan memberi fasiliti yang bersesuaian dengan golongan ini seperti jurupandu bagi golongan buta huruf dan warga tua untuk membantu mereka membaca dan memahami arahan dalam mengisi borang-borang. Selain itu juga, membina lorong bagi golongan kurang upaya juga membantu mereka mendapatkan kemudahan. Bagi golongan yang tidak berumah pula, wakil dari badan-badan kerajaan seharusnya memantau keadaan mereka di twmpat-tempat mereka berteduh.

    BalasPadam
  6. maaf.terdapat kesalahan ayat dan maksud pada komen saya sebelum ini.golongan kafir digantikan dengan fakir.

    BalasPadam
  7. salam mesra.saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh saudari hong shu hui dimana beliau ada menyatakan bahawa organisasi perlu mengambil inisiatif dengan memberikan latihan kepada kumpulan pekerja supaya mereka lebih berpengalaman dan tahu peranan serta tugas mereka secara berkesan. saya mencadangkan agar lebih banyak induksi dak kursus kepada penjawat awam khususnya dan menghantar mereka secara kerap ke tempat-tempat segmen khalayak.

    BalasPadam
  8. Salam satu Malaysia….
    Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan sekalian. Segmen khalayak yang dalam kalangan mereka buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir memang susah untuk dicapai. Segmen khalayak tersebut kebanyakannya buta huruf dan jarang didedahkan dengan media sama ada media cetakan mahupun media elektronik. Oleh itu, segmen khalayak tersebut harus dibahagikan ke dalam segmen yang lebih kecil dan dikaji secara mendalam supaya mesej yang disampaikan oleh organisasi difahami. Antara langkah-langkah yang saya cadangkan adalah:

    1. Mengenalpasti ciri-ciri atau latar belakang segmen khalayak (jantina, umur, tempat tinggal, bahasa, minat dan sebagainya)
    2. Membahagikan segmen khalayak kepada segmen yang lebih kecil
    3. Merancang strategi mengikut setiap segmen kecil.

    BalasPadam
  9. Sudah tentu saluran media adalah tidak sesuai diaplikasikan dalam segmen khalayak tersebut disebabkan mereka jarang didedahkan dengan media. Oleh itu, saya mencadangkan organisasi untuk menganjurkan kempen kesedaran mengikut setiap segmen khalayak misalnya mengikut tempat. Kempen kesedaran ini harus dijalankan secara bersemuka. Panji-panji boleh digunakan tetapi tulisan harus dikurangkan (angka boleh digunakan) kerana tulisan hanya mengurangkan minat mereka(mereka tidak faham). Seterusnya, fokuskan perhatian ke atas peranan visual. Satu gambar yang baik dapat menghuraikan mesej yang hendak disampaikan. Akan tetapi, mereka yang tidak berpendidikan tidak dapat menafsirkan iklan secara kritikal. Oleh itu, organisasi harus mengelakkan gambar-gambar yang terlalu kompleks atau susah difahami.

    BalasPadam
  10. Salam ………

    Segmen khalayak adalah khalayak yang menjadi sasaran kepada aktiviti komunikasi dalam sesebuah organisasi samada organisasi itu memiliki kepentingan terhadap khalayak tersebut, mahupun kerana khalayak tersebut adalah aset yang dapat bertindak memberi keuntungan atau kerugian kepada organisasi yang terlibat. Dalam kajian PR, segmen khalayak dalam kalangan mereka buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir memang sukar untuk dicapai. Cara yang berkesan semasa sesebuah orgasanisasi menyampaikan perkhidmatan mereka kepada segmen khalayak ini, dengan menggunakan bahasa yang terbaik, mudah difahami dan mengikut laras bahasa di dalam berkomunikasi dengan sesuai. Selain itu, seimbangkan di antara bahasa yang formal dan tidak formal agar segmen khalayak dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh organsiasi. Melihat situasi juga amat penting supaya mampu menilai segmen khalayak yang terlibat. Apabila sudah mengenali mudahlah untuk menjalin komunikasi dan kesan perkhidmatan yang organisasi sampaikan dapat dicapai.

    BalasPadam
  11. Salam ……..

    Pada pandangan saya sendiri, sistem pendidikan merupakan usaha membantu segmen khalayak memahami mesej berkaitan fungsi dan kesan perkhidmatan yang disampaikan oleh organisasi kepada semua kumpulan khalayak ini. dalam konteks Malaysia sejak merdeka, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan tahap celik huruf , warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir di negara kita sebagai sebahagian strategi pembinaan negara. Antara contoh yang terbaik ialah melalui program pendidikan sistematik dengan mengikut pelbagai tahap segmen khalayak, telah dilaksanakan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan untuk mencapai matlamat kadar celik huruf negara kepada 100 peratus menjelang 2020 terutamanya bagi golongan buta huruf , warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir. Program pendidikan yang perlu dijalankan untuk menambahkan pengetahuan segmen khalayak yang terlibat ini dengan mengadakan kelas pemulihan tentang kesedaran sesuatu perkhidmatan. Melalui program pendidikan ini, mereka akan dapat memikirkan dan menilai akan fungsi dan kesan perkhidmatan dengan baik oleh organisasi yang menyampaikan perkhidmatan tersebut.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum & salam 1 malaysia..

    Bagi membantu sesebuah organisasi untuk menyampaikan mesej organisasi kepada golongan-golongan seperti buta huruf,warga tua,golongan tidak berumah dan kelompok fakir, cara penyampaian mesej haruslah sesuai. sebagai contohnya, bagi golongan buta huruf, mesej seharusnya disampaikan dengan cara audio atau visual dan tidak melibatkan media bercetak yang memerlukan pembacaan untuk memahami suatu mesej organisasi. Manakala bagi golongan tidak berumah atau golongan fakir pula, Organisasi seharusnya menyampaikan mesej organisasi dengan cara melaksanakan tanggungjawab sosial korporat. Disamping dapat beramal, secara tidak langsung golongan tersebut dapat mengetahui fungsi dan kesan perkhidmatan sesebuah organisasi.

    BalasPadam
  13. Di samping itu, bahasa juga merupakan salah satu kriteria yang penting dalam penyampaian mesej. Warga tua atau mereka yang buta huruf tidak dapat memahami bahasa lain selain ‘dialek’ sendiri. Ini sering berlaku terutama di Sabah dan Sarawak yang mempunyai berbilangan kaum rakyat. Mereka yang tua dan tidak berpendidikan biasanya jarang didedahkan dengan bahasa lain mahupun bahasa melayu. Selain itu, mereka terutamnya warga tua mungkin bukan lahir di Malaysia tetapi berasal dari negara lain seperti China dan sebagainya. Oleh demikian, organisasi harus menyampaikan menerangkan fungsi dan kesan perkhidmatan mereka menerusi bahasa yang boleh difahami oleh segmen khalayak.

    BalasPadam
  14. Furthermore, it is hard to attain attention or interest from this target audience group since the olds and vagrants more concern on their basic needs and always pay less attention to the their surroundings. In the Maslow’s Hierarchy of needs, the lower-level psychology and safety needs includes the primary needs to sustain life such as food, shelter, clothing, security and protection. In this case, the organization has to search for the opinion leader. Opinion leader is someone who is credible and has their influences in the groups such as a chief in a village. The opinion leader plays an important role to call attention as well as make the campaign more persuasive.

    BalasPadam
  15. Salam semua, golongan yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir merupakan khalayak sasar yang perlu diberi perhatian, cara untuk menyampaikan maklumat kepada golongan ini , pihak perhubungan awam perlu turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar golongan ini. Ini kerana golongan tersebut sukar untuk mendapat maklumat daripada media.
    Cara untuk menyampaikan mesej berkaitan fungsi dan kesan perkhidmatan sesebuah organisasi kepada golongan ini ialah mengkaji sudut kepentingan mereka, apakah pandangan, pendapatan yang ingin sampaikan.
    Berkomunikasi dengan golongan tersebut, dengan cara berkomunikasi secara langsung mampu menyampaikan mesej dengan berkesan kerana dengan cara berkomunikasi secara lansung dapat mengwujudkan kepecayaan terhadap sesebuah organisasi itu.
    Gunakan perlbagai saluran media untuk menyampaikan maklumat kepada golongan seperti ini kerana jika hanya tertumpu kepada satu saluran media, maka maklumat itu tidak sampai sepenuhnya
    Mesej yang ingin disampaikan mestilah mendapat menarik minat golongan ini, mudah difahami, diyakini dan tiada unsur penipuaan

    BalasPadam
  16. Salam semuanya,
    Saya bersetuju dengan pendapat S.H.HONG mengenai bahasa yang digunakan oleh golongan buta huruf. Kebanyakan golongan buta huruf mengunakan bahasa tradisional untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat dan pendapat. Jika pihak perhubungan awam mempunyai kemahiran untuk mengunakan pelbagai bahasa, ia merupakan satu pakej untuk menarik perhatian golongan ini untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan sesebuah organisasi itu

    BalasPadam
  17. I agree wit Jarina opinion, PR can take inisiative to communicate trough audio or visual such as create a video to show how to use the function of the service. Graphic communication can help public especially the buta huruf to understand the message of organisation. For the warga emas, PR can approach them and communicate personally or help them to fill the form. For the homeless and poor, PR can do CSR such as the Bersamamu program to help them and by the time thier know about our organisation.

    BalasPadam
  18. There is the wheel chair service for golden age citizen or OKU by some company such as the shopping mall. By this, it shows that the company cares about them. Thus, they will feel trusted to the company and the message of the company had successfully received by them. The message here is mean – the company wants them to feel that they are not ignored by company. I think this is a good idea. So with that there is the small little cute trolley (in the shape of cartoon) to help parents taking care the children so that they can shop ‘peacefully’.

    BalasPadam
  19. Besides, there are the volunteer who work without paid for NGO helping the homeless people. They patiently convince the homeless people to accept their help. For some homeless people, they do not like others to help them because they feel that it is a shame by receiving people’s donation. Therefore, when communicating with those homeless people, we might have to ‘mind’ our words. I would like to suggest organization to do a public opinion research to see what homeless people think about the CSR role of the organization. From there, we will find out the most efficient way to communicate with them.

    BalasPadam
  20. I would also like to suggest the organization to do the visit to the rural area and giving out some donation to have a better understanding with the people. The people who live in rural area are mostly illiterate or old folks. Some of them maybe never been to town before, they are separate from the outside world. But this does not mean they are not important and organization should not neglect them. Organization can shoot two birds with one stone by giving donation to the people. They build the relationship among consumer and seller and gain their confidence. On the other hand, organization can send their message easily to them.

    BalasPadam
  21. Seperti yang dikatakan oleh HuiKeet Tan mengenai ketua pendapat, saya berasa peranan ketua pendapat sememangnya penting dan adalah berkuasa dalam kalangan mereka yang buta huruf atau tidak berumah.
    Mereka selalunya akan mematuhi atau mengikut apa yang dilakukan atau disuruh oleh ketua pendapat dalam kalangan mereka. Hal ini kerana mereka sendiri tidak dapat melakukan keputusandan kurang pengetahuan.
    Oleh itu, organisasi perlu berkomunikasi dengan ketua pendapat dan menyakinkanya dahulu. Selepas itu, ketua pendapat akan membantu organisasi untuk menyampaikan mesej kepada 'anah buah'nya.

    BalasPadam
  22. Salam....

    Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan sebelum ini, bagi kalangan mereka yang buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir, satu pendekatan yang baru perlu dilaksanakan bagi membantu golongan ini memahami mesej yang disampaikan oleh sesebuah organisasi. Dan pendekatan tersebut haruslah berbeza memandangkan golongan-golongan tersebut tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses maklumat serta disebabkan oleh keadaan kehidupan mereka sendiri. Bagi saya, pertemuan secara bersemuka adalah lebih sesuai untuk menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Selain daripada mudah untuk menyampaikan maklumat, organisasi tersebut akan lebih peka terhadap cara penyampaian maklumat yang lebih sesuai untuk publik tertentu.

    BalasPadam
  23. I agree with Jarinah opinions, with using CSR to reach the audiences, but for the homeless, blind people, older people and poor people. We must create the right message for them to understand what exactly it is, and this will make them easy to understand. Besides that we also must know the appropriate language and tone to use when we reach this audiences. Follow up with our audience and pay them some attention and thank them for getting involved. This is a crucial step to really encouraging interaction and creating a successful platform for your messages and make the messages easy to understand.

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

    Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan di atas. Golongan yang buta huruf, warga tua,tidak berumah dan kelompok fakir merupakan golongan yang lambat menerima mesej dan maklumat yang disampaikan oleh sesebuah organisasi. Pendekatan yang diutarakan oleh saudari Jarinah mengenai penggunaan audio dan visual terhadap golongan buta huruf sememangnya sesuai untuk menyampaikan mesej. Manakala, golongan tua pula lebih suka menghabiskan masa mereka dengan membaca, oleh itu mesej yang sesuai untuk disampaikan adalah menggunakan saluran media cetak seperti surat khabar. Rancangan Bersamamu yang disiarkan di saluran televisyen TV 3, yang ditaja oleh Syarikat Faiza merupakan salah satu cara organisasi tersebut menyampaikan mesej terhadap golongan fakir dan tidak berumah. Malahan, dengan kaedah itu, mereka juga dapat melakukan amal dan tanggungjawab sosial terhadap golongan ini.

    BalasPadam
  25. Salam Damai

    Khalayak buta huruf, warga tua, golongan tidak berumah dan kelompok fakir merupakan kumpulan masyarakat yang sering ketinggalan dalam era pembangunan Negara terutama dalam bidang pengetahuan dan pendidikan, alam cyber dan sebagainya. Oleh itu , pendekatan untuk menangani masalah ini ialah dengan melalui kempen iklan secara bukan lisan. Pendekatan iklan secara imej atau gambar merupakam kaedah paling mudah dan boleh difahami oleh golongan ini walau pun golongan ini tidak tahu membaca dan menulis. Melelui pendekatan ini mereka mungkin tahu menafsir dan menganalisis sesuatu gambaran (lukisan). Elektronik seperti television juga merupakan medium penghubung komunikasi kepada golongan ini.

    sekian...

    BalasPadam
  26. I agree with my colleagues. the illiterate, the poor and the elderly is the need to be addressed in delivering information, such groups should be given much attention because of the many drawbacks. for example to meet head on with these people and understand the problems they are able to deliver the information easily. moreover, if we know their culture and language. they will be happy and not feel neglected by society

    BalasPadam