Pages

Selasa, 19 Oktober 2010

PIT STOP DISKUSI 3 [AK30903]: Pengaduan Awam


Saban tahun, kerajaan Malaysia berusaha untuk meletakkan skim perkhidmatan awam di tempat yang sepatutnya terutama dalam hal berkaitan fungsi dan tahap kecekapannya. Ini penting untuk merealisasikan matlamat mewujudkan penyampaian perkhidmatan awam bertaraf dunia. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan menerusi Agensi Pusat kerajaan seperti MAMPU dan EPU adalah mengumpulkan maklum balas daripada orang awam dari masa ke semasa terhadap tahap kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. Maklumbalas bertulis dan lisan daripada khalayak membolehkan kerajaan meneliti masalah yang wujud dalam proses penyampaian perkhidmatan awam sebelum menggubal mana-mana peraturan bagi prosedur penyampaian perkhidmatan yang berkualiti. Sebarang masalah yang timbul akan ditangani dengan cara yang sesuai agar perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pihak khalayak.
Berpandukan pengalaman dan pemerhatian anda, cuba tunjukkan kepentingan pengaduan awam kepada penggubalan dasar awam berkaitan penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan kepada rakyat di Malaysia.

12 ulasan:

  1. salam.. pengaduan awam kepada penggubalan dasar awam adalah sangat diperlukan kerana dengan aduan-aduan yang ada penggubal dasar boleh meningkatkan atau memperbaiki dasar-dasar yang sedia ada,malah dengan aduan awam ini juga mungkin boleh dijadikan sebgai satu panduan kepada pengggubal untuk memberikan layanan yang lebih efektif kepada rakyat. selain itu rakyat di galakkan membuat aduan lebih banyak kerana dengan ini ia akan mendesak penggubal untuk menggubah cara layanan mereka.oleh itu jum kita mengadu banyak2 n ramai2.

    BalasPadam
  2. 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Setara dengan naugan Perdana Menteri, maklum balas rakyat menjadi penting kepada penggubalan dasar awam berkaitan penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan kepada rakyat di Malaysia. Rakyat merupakan pengguna kepada perkhidmatan awam. Oleh itu, maklum balas rakyat adalah penting untuk dijadikan rujukan supaya pihak kerajaan dapat memperbaik dan menaiktaraf dasar awam yang sedia ada. Tanpa maklum balas rakyat, pihak kerajaan akan menganggap bahawa rakyat berasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang sedia ada dan tidak perlu melakukan perubahan atau pembaharuan.

    BalasPadam
  3. Saya berpendapat dengan mengambil kira pendapat dan aduan daripada orang awam,pihak kerajaan dapat mengenal pasti dan menilai masalah atau isu yang mungkin akan memberi impak yang negatif mahupun positif kepada rakyat dan kerajaan.dengan tindakan tersebut, maka kerajaan akan mengambil inisiatif dengan mengenal pasti langkah penyelesaian bagi menangani satu-satu isu yang timbul serta memperbaiki lagi mutu perkhidmatan awam khasnya. Saya percaya maklum balas yang diterima daripada rakyat baik negatif mahupun positif dapat memberi guide kepada pihak kerajaan dalam menggubal atau menambah baik dasar atau undang-undang kerana kemungkinan satu-satu dasar yang sedia ada tidak lagi releven untuk diguna pakai seiring dengan peredaran masa dan globalisasi masa kini. Seperti yang kita tahu,baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bajet bagi tahun 2011. Perdana menteri kita melihat dari pelbagai perspektif dalam mengendali bajet negara seiring dengan perkembangan masa dan cabaran yang perlu dilalui. Pada pendapat saya, bajet yang dibentangkan adalah berbeza setiap tahun mengikut keperluan rakyat dan negara serta maklum balas yang diterima daripada rakyat.sekian.

    BalasPadam
  4. Rakyat merupakan premis bagi penggubalan dasar awam supaya kepentingan mereka terjamin. Akan tetapi, sistem kerajaan adalah kompleks dan agak susah bagi kerajaan untuk mengesan keberkesanannya. Oleh itu, pengaduan awam adalah penting dalam penggubalan dasar awam yang betujuan untuk menyampaikan perkhimatan yang terbaik oleh kerajaan kepada rakyat. Pengaduan awam di sini telah dijadikan satu langkah ekspress untuk mengesan kelemahan sistem kerajaan di Malaysia supaya pihak berkuasa dapat membetulkannya dengan serta-merta.

    Selain itu, seperti apa yang dibincangkan oleh saudari S.H.Hong mengenai kempen 1 Malaysia -‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.’ Pengaduan awam memainkan peranan yang penting bersempena dengan kempen tersebut untuk membuktikan dasar kerajaan bukan sekadar retorik politik tetapi maklumbalas rakyat memang diambil berat supaya pencapaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan lagi.

    BalasPadam
  5. Selamat Petang...

    Biro pengaduan awam diwujudkan bagi memperbaiki khidmat dan mutu perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam hanya akan mengetahui kekurangan dan kelebihan mereka berpandukan maklum balas dari orang ramai atau orang awam yang menggunakan khidmat dari mereka. Dalam perkhidmatan awam, amalan birokrasi dilihat sebagai kekangan utama dalam menjalankan sesuatu perkara kerana birokrasi dilihat akan melambatkan sesuatu urusan, namun birokrasi juga merupan satu prosedur yang dianggap sebagai langkah 'profesional' bagi menjalankan urusan dengan sesuatu pihak. Amalan birokrasi ini akan menjadi positif sekiranya penjawat perkhidmatan awam ini menjalankan tugas mereka dengan segera tanpa membuang masa. Mereka akan menjalankan tugas mereka dengan segera sekiranya orang awam sama-sama membuat aduan di Biro Perkhidmatan Awam dan bukan hanya berdiam diri dan 'bercakap belakang' sahaja.

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera,

    Pengaduan awam merupakan satu makanisma kerajaan utk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dlm perkhidmatan awam sebagai satu sistem penyampai kerajaan. Aduan-aduan ini kemudian diproses, diteliti dan diambil kira dalam pengubalan PIAGAM PELANGGAN. Oleh itu, setiap jabatan dimestikan meletakkan piagam pelanggan mereka di tempat-tempat di mana publik boleh melihat dan mengetahui hak hak mereka serta perkhidmatan yg ditawarkan kepada pelanggan. Jesteru, Piagam Pelanggan merupakan satu janji kerajaan kepada pelanggan/publik yang telah dicetuskan melalui aduan awam.

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  7. utamakan kepentingan rakyat.. ini adalah gambaran yang diberikan oleh pemimpin dalam sesebuah negara terutama dalam mendapat sokongan majoriti dari rakyat.. dalam membangunkan sesebuah negara, sokongan dan pendapat rakyat perlu diutamakan.. oleh itu, pengaduan rakyat merupakan aspek penting yang perlu diambil kira untuk menjana kemajuan yang seimbang.. Pengaduan rakyat adalah salah satu dari peranan perhubungan awam dalam sektor kerajaan bagi mendapatkan respon rakyat mengenai sesuatu perkara yang berlaku. sebagai contoh, aduan kerosakan jalan yang perlu dilaporkan kepada Jabatan KerjaRaya. Pengaduan adalah amat perlu bagi memastikan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan mendapat kepuasan kepada pengguna. dalam konteks kerajaan, pengguna merupakan rakyat yang mengundi calon dari parti yang memerintah. oleh itu, rakyat perlu mendapat layanan yang terbaik dan berhak menyatakan aduan bagi menambahkan atau mengurangkan sesuatu perkara supaya ianya menjadi lebih baik dari sediakala.

    BalasPadam
  8. Importance of public complaint is to ensure that all customer problems in knowing next to customer service management mistakes can be corrected by a public organization. Based on my observations at the hospital, many things have improved in maintaining relationships with patients / consumers, such as suspending charter before the counter, there is a notice such as "please wait a while, you'll be entertained for a while longer."

    BalasPadam
  9. Salam buat en Syah dan rakan2 yg dikasihi sekalian. Tahniah kpd semua rakan2 kita yang telah memberi komen yg amat bernas mengenai biro pengaduan awan, ini jelas menunjukkan kepentingan biro pengaduan awam dlm memberi input kpd pihak kerajaan untuk sebarang penambahbaikan dlm sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan. Kefahaman ttg biro pengaduan awam ini, baik kpd masyrakat mahupun penjawat awam sendiri pastinya akan memperkasakan lagi kredibiliti pihak kerajaan. Walaupun terdapat banyak kelemahan terutamanya dlm mengurus dan menyelesaikan perkara-perkara yg diadukan oleh masyarakat, namun kita seharusnya tidak berputus asa dalam setiap usaha utk melakukan perubahan. Ini adalah kerana sebarang perubahan memerlukan masa, revolusi dlm perkhidmatan awam itu sendiri terlalu kompleks utk dilakukan secara drastik, tetapi kami sebagai penjawat awam percaya ianya boleh dilakukan. Selagi dunia ini belum berakhir, harapan tetap ada, cuma masa dan kepercayaan kita akan menentukan segalanya. Jadi teruskan membuat pengaduan, kerana apa yg anda adukan itu amat penting walau sekecil manapun masalah yg dihadapi dan sememangnya ia amat dihargai.

    BalasPadam
  10. Nama:Julianus @ Azizul Rahman
    No. Matrix: YA 2007-7551
    Melihat serta melahirkan pendapat serta berdiskusi,
    Asalammulaikum dan salam setahtera….
    Sesungguhnya,rakyat umu merupakan audien umum berhak untuk menerima jaminan penyampaian pengaduan awam sebagai landasan atau platform penggubalan dasar awam supaya kepentingan mereka terjamin. Justeru itu, sistem kerajaan yang yang mantap dan cekap adalah pedoman pemandu arah hala tuju untuk mengesan keberkesanannya. samada pengaduan awam adalah penting dalam suatu penggubalan dasar awam yang betujuan untuk menyampaikan intipati mesej perkhimatan yang terbaik serta cemerlang oleh mana-mana kerajaan kepada Audien umum.Dasar pengaduan awam dikenalpasti serta telah dijadikan sebagai struktur yang kemas atau langkahan ekspres untuk mengesan kekuatan atau kelemahan sistem kerajaan di Malaysia supaya pihak-pihak berkuasa dapat memperbaikinya sebelum ia dieksploitasi dan dimanipilasi oleh pihak musuh tertentu..
    Walau bagaimana pun sesuatu sistem yang wujud itu, seperti apa yang dibincangkan oleh saudari S.H.Hong mengenai kempen 1 Malaysia -‘1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.’ Pengaduan awam merupakan salah satu teknik kemas yang dapat diaplkasikan fungsi dan peranannya bagi menjana kekuatan instrument penghebahan mesej yang berkesan dan tepat kepada sasaran bersempena dengan kempen tersebut untuk membuktikan dasar kerajaan bukan sekadar bahan komunikasi politik atau retorik muslihat pemalsuan kesedaran tetapi ia adalah sistem dan tetingkap khusus untuk memperolehi maklumbalas rakyat secara maksimum supaya pencapaian perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan atau diperbaiki dengan lebih teratur, terancang, teliti,tepat dan kemas lagi.
    Terima kasih,

    BalasPadam
  11. sebagaimana yang diketahui,fungsi aduan selalunya adalah individu yang mengadu itu menginginkan perubahan. dalam konteks penggubalan dasar ini, sekiranya tiada aduan yang diterima oleh orang awam terhadap dasar-dasar yang diketengahkan oleh kerajaan,ini akan memberi tanggapan kepada kerajaan bahawa sagala dasar adalah diterima oleh kerajaan dan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik dan sempurna.

    di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta, kebiasaannya akan ada unit aduan yang akan menyelaras, menerima, dam memantau segala aduan yang diterima oleh oranag awam. dengan berpandukan aduan yang diterima, segala kelemahan akan dapat diatasi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan organisasi tersebut sekiranya organisasi memandang serius segala bentuk aduan yang diterima.

    BalasPadam
  12. Public complaints is important to be deal with in the formulation of government policies. This is important to determine the appropriate steps are taken to meet the needs of the public. Complaint also important to assist the department to improve their service quality by identifying weaknesses or new issues that require immediate attention.

    BalasPadam