Pages

Rabu, 20 Oktober 2010

PIT STOP DISKUSI 4 [AK21503] : Kesan Psikosial Kempen


Kempen sosial menyajikan mesej berkaitan dengan isu semasa khusus untuk menangani isu-isu sosial dalam satu-satu masyarakat. Isu sosial seperti perselisihan faham antara kaum dan agama begitu berbahaya dan boleh menggugat emosi dan pemikiran seseorang ahli masyarkat. Ia sekaligus memberi impak kepada gaya hidup, pergaulan, cara bertindak dan corak pembuatan keputusan setiap ahli masyarakat terhadap satu-satu isu sosial yang umumnya membabitkan kepentingan diri, keluarga, jiran tetangga dan komuniti mereka. Peranan ahli masyarakat adalah jelas iaitu untuk menangani punca permasalahan yang timbul di tengah-tengah masyarakat. Cuba tunjukkan kesan psikososial satu kempen sosial kepada khalayaknya [sebagai contoh, kesan kempen perpaduan antara kaum di negara ini kepada emosi dan pemikiran ahli masyarakat terhadap nilai persahabatan, sikap memiliki negara secara bersama dan semangat setiakawan untuk hidup dalam suasana yang harmoni.

11 ulasan:

  1. salam sejahtera,

    peristiwa 13 may, telah membuka mata rakyat malaysia terutama pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu. Punca utama tragedi tersebut adalah perpaduan masyarakat. Masyarakat ketika itu masing-masing mempunyai prasangka yang kuat terhadap kaum yg lain. Ini ditambah pula dgn kegiatan politik yg suka mengapi-apikan sesuatu isu utk kepentingan politik mereka. Sebagai langkah pertama kerajaan ketika itu ialah memperkenalkan dasar-dasar baru iaitu DEB, utk menangani isu tersebut. Kemudian kerajaan telah mengadakan berbagai-bagai kempen utk menyatukan masyarakat berbilang kaum bagi mengwujudkan perpaduan.Kempen perpaduan ini dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan di seluruh pelusuk daerah bagi memberi penerangan tentang dasar-dasar baru kerajaan kepada rakyat. Kesan dari kempen ini telah mula membuahkan hasil dengan pembangunan negara yang berkembang maju. Jika tidak adalah mustahil bagi negara membangun tanpa perpaduan dan kerjasama rakyat terutama di peringkat bawahan. Dalam kempen perpaduan yg dijalankan oleh Jabatan Penerangan biasanya menekankan sikap kesederhanaan, toleransi, dan bertanggungjawab dalam menjaga perpaduaan negara. Kesannya kita dapat lihat melalui budaya kunjung mengunjung semasa setiap perayaan kaum diadakan. Ini bukan saja menjadikan perpaduan kaum itu semakin erat tetapi mereka saling mengenali dan bertoleransi dalam semua tindakan. Melalui kempen perpaduan ini juga mengajar masyarakat tentang untung dan ruginya jika masyarakat itu saling bercakaran seperti yang berlaku pada 13 may.

    Sekian terima kasih
    YA2007-7546.

    BalasPadam
  2. Sesungguhnya peristiwa 13 mei merupakan satu pengajaran yang sangat bernilai kepada kita.peristiwa 13 mei haruslah menjadi pengajaran kepada setiap ahli masyarakat, bagi menjaga nilai perpaduan kaum yang kita ada sekarang. Sekiranya diimbas kembali, tanpa peristiwa tersebut kita mungkin tidak mungkin akan menghargai apa yang kita miliki sekarang. Kempen perpaduan telah memberikan kesan psikologi kepada masyarakat dari aspek kognitif(tingkah laku). Masyarakat kini berusaha untuk menjaga nilai perpaduan kaum. pelbagai cara telah dilakukan bagi menjaga nilai perpaduan kaum. Sebagai contoh rumah terbuka bagi sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi nilai perpaduan di antara kaum di negara ini. Sesungguhnya usaha-usaha yang menjerus kepada perpaduan kaum seharusnya diteruskan, tanpa melupakan peristiwa 13 mei sebagai pengajaran yang cukup bernilai kepada semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  3. Salam buat En.Syah dan buat rakan2 seperjuangan (prasiswa @ plums). Saya beri satu contoh kempen sosial yang dijayakan oleh Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) yang mana kempen ini dilancarkan pada 1 Ogos 2009 dan telah dilaksanakan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe merangkap Timb. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia yang dipelopori oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Kempen ini dibuat dengan orang ramai meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3 meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur. Pendapat saya, kempen-kempen seperti ini bukan sahaja dijalankan oleh badan-badan kerajaan, NGO, serta institusi pengajian tinggi malah kaedah pelaksanaan kempen ini juga telah dibuat di seluruh pelosok negeri termasuklah di sekolah-sekolah rendah dan di pra-sekolah. Mesej yang disampaikan cukup mudah untuk dimengertikan, masyarakat juga tidak ragu-ragu untuk menyertainya, masing-masing kaum di negara kita seronok sekali untuk menjayakannya. Lihat saja berita yang disiar di radio, akhbar dan televisyen pun berapa banyak masalah perapaduan yang timbul dalam negara kita, satupun tidak menjejaskan keterlibatan masyarakat dalam menyertai kempen-kempen sosial seperti ini, malah ramai yang menyokong kempen-kempen perpaduan seperti ini. Syabas kepada pelaksana kempen dan audien yang turut serta dalam menjayakan kempen-kempen seperti ini, diharapkan agar kempen sosial yang bercorak perpaduan akan terus dilaksanakan demi untuk merealisasikan matlamat ke arah Wawasan 2020.

    BalasPadam
  4. ASSALAMULAIKUM N SALAM SEJAHTERA BUAT SEMUA TEMAN..
    Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim alam di kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Program ini juga adalah salah satu kempen sosial yang memupuk perpaduan antara kaum di negara terhadap nilai persahabatan, sikap cintakan negara dan semangat setiakawan untuk hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Kempen ini juga bertujuan mengelak sebarang prejudis terhadap keharmonian sesbuah kaum atau bangsa dan dapat membantu sesama kaum memahami budaya budaya kaum-kaum lain, walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Antara kempen sosial yang dapat memupuk Perpaduan antara kaum di Negara ini ialah kempen menyambut “perayaan Hari Kemerdekaan”

    BalasPadam
  5. Salam 1 malaysia. Sebagaimana yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang lain, kempen sosial terutamanya kempen perpaduan merupakan satu insiatif yang positif untuk membuka ruang kepada semua kaum di Malaysia untuk saling bersatu padu. Lantaran pelbagai isu yang wujud akibat masalah perkauman seperti peristiwa 13 mei membawa kepada wujudnya pelaksanaan pelbagai kempen untuk menghapuskan jurang perkauman yang wujud. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah seperti membuat rumah terbuka bagi setiap perayaan yang diadakan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Sambutan Hari Kemerdekaan dan sebagainya. Hal ini tidak lain untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara semua kaum. Selain itu, konsep 1 Malaysia yang di laksanakan semula oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib bin Tun Razak juga bertujuan untuk mengeratkan dan menyatu padukan kaum secara menyeluruh. Disamping itu, sekolah harian yang membolehkan semua kaum belajar pada satu pusat yang sama juga menunjukkan semangat perpaduan,setiakawan, menghargai antara satu sama lain dapat diterapkan. Namun, kempen sebegini tidak akan berjaya andaikan setiap kaum masih lagi dengan berfikiran negatif antara satu sama lain. Justeru itu, pelaksanaan kempen sebegini perlu diteruskan sehingga mencapai objektif dan matlamatnya.

    BalasPadam
  6. Kempen perpaduan kaum mudah untuk difahami apabila dibaca sepintas lalu, namun untuk menerapkan unsur dan ciri perpaduan itu, berkemungkinan sesetengah pihak sukar untuk memberi kerjasama dalam kempen perpaduan kaum ini. Terdapat kempen-kempen yang berada pada aras yang sama motif dan tujuannya dengan kempen perpaduan kaum iaitu Kempen Perpaduan Teras Kepenggunaan, Kempen Satu Sekolah Untuk Semua, Kempen Satu Kad Satu Pelajar, Kempen 1Malaysia dan banyak lagi. Kempen-kempen ini dijalankan kerana timbulnya isu yang berkaitan dengan perkauman yang boleh membawa ke arah kemusnahan atau rusuhan.

    Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. Negara Malaysia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya demi mencapai hasrat sebagai sebuah Negara maju pada masa akan datang. Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian, kerana rakyat Malaysia sedar bahawa sikap bertolak ansur penting bagi mengekalkan keharmonian negara.


    Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    kempen yang berkaitan dengan kempen perpaduan kaum juga ialah Kempen Satu Sekolah Untuk Semua ( Kempen SSS). Kempen ini sangat berbeza dengan kempen-kempen perpaduan yang lain kerana kempen ini dilaksanakan oleh komuniti blog Demi Negara di Malaysia. Kempen Satu Sekolah Untuk Semua adalah perkembangan terbaru dalam kalangan komuniti bloggers kerana kempen ini merupakan salah satu usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu pada masa hadapan. Sepintas lalu, mungkin kempen ini dilihat sebagai imaginasi kumpulan tertentu di alam siber atau sekadar warna-warni dunia siber. Namun, rasional di sebalik kempen ini perlu dilihat dan diteliti. Suara hati anak bangsa Malaysia yang menginginkan perpaduan kaum dipupuk seawal usia muda bermula di bangku sekolah rendah lagi. Perpaduan antara kaum yang disemai melalui sekolah satu sistem dan aliran, bukannya pelbagai aliran yang hanya menyuburkan sikap saling syak-mengesyaki antara satu sama lain

    BalasPadam
  7. Nama : Julianus @ AzizulRahman
    No. Matrix: YA 2007-7551
    To Know Malaysia , Is To Love Malaysia…..

    Salam persahabatan kekal… berterusan tanpa prejudis….buat Pensyarah khusus dalam program diskusi ini,dan tidak ketinggalan juga dengan rakan-rakan seperjuangan (prasiswa @ plums).
    Menurut contoh kempen sosial yang dijayakan oleh Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) di dalam pelancaran kempen ini telah dilancarkan pada 1 Ogos 2009 dan telah dilaksanakan oleh YB Dato' Tan Lian Hoe merangkap Timb. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ia pasti bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia Amnya, selaras dengan inspirasi 1Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Bentuk dan corak kempen ini telah dibentuk khusus sebagai senjata ampuh dan mungkin juga ia ajaib dalam kempen pembujukan Politik sehingga ke akar umbi yang menyeluruh di segenap lapisan Masyarakat berbilang kaum Malaysia untuk meletakkan tapak tangan mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3 meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur.
    Pola dan corak kempen-kempen seperti ini bukan sahaja dijalankan oleh badan-badan kerajaan,tetapi ia juga disokomg penuh oleh badan-badan NGO, serta institusi pengajian tinggi malah kaedah pelaksanaan kempen ini juga telah dilaksanakan secara menyeluruh dan cukup mudah untuk difahami oleh masyarakat tanpa sebarang intipati prejudis
    Sehubungan itu, penggunaan ICT moden sebagai instrument mantap penghebahan kempen bermesej, melalui radio, akhbarcetak, Elektronik, dan televisyen Mesej perapaduan yang unggul di negara kita,telah bertambah kukuh. Justeru itu saya mengucapan syabas dan tahniah kepada para pelaksana kempen dan audien yang turut serta dalam menjayakan kempen-kempen seperti ini, yang diyakini akan menerapkan nilia-nilai kerharmonian kaum serta kempen sosial yang bercorak perpaduan akan terus mekar mewarnai kecemerlangan demi untuk merealisasikan pencapaian matlamat Wawasan Malaysia menjelang tahun 2020.
    Terima kasih dihulurkan….

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan salam 1Kampus kepada warga PRCircle dan En.Syahruddin yang dihormati..

    Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

    Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

    Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

    Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

    Kusmayani Jainudin
    YA2008-1143

    BalasPadam
  9. Selamat Sejahtera,

    Seperti yang sedia maklum, kempen 1Malaysia yang dilaksanakan telah serba sedikit memberi kesan kepada masyarakat. Antaranya adalah seperti Masyarakat lebih suka bergaul dengan satu sama lain tanpa membezakan warna kulit. Perkara ini boleh dilihat pada keadaan yang berlaku di sekolah-sekolah. Murid-murid didapati berkawan antara satu sama lain tanpa membezakan warna kulit. Namun begitu, beberapa pendekatan harus diambil kira untuk memastikan objektif kempen dapat dicapai.

    BalasPadam
  10. Salam sejahtera.. Saya amat bersetuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan tentang peristiwa 13 Mei merupakan satu pengajaran yang amat berharga kepada kita dan peristiwa ini haruslah dijadikan sebagai pengajaran kepada setiap ahli masyarakat untuk menjaga nilai perpaduan anatara kaum yang ada pada sekarang. Jikalau tidak ada peristiwa tersebut, semua masyarakat berbeza kaum mungkin masih tidsk bersepadu hal ini disebabkan mereka hanya akan mementingkan kaum mereka sendiri sahaja, jadi perpaduan antara kaum pun tidak dapat disepadukan. Oleh itu, kempen perpaduan antara kaum negara ini telah dilaksanakan supaya dapat melahirkan masyakat yang berbeza kaum dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan mempunyai sikap patriotik kepada negara. Selain itu, ‘Kempen 1 Malaysia’ yang dinyatakan oleh saudari Bee juga dilaksanakan untuk menyepadukan pelbagai bangsa kaum di Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni tanpa mengirakan warna kulit atau apa bangsa.

    BalasPadam
  11. Salam 1 Malaysia..saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh rakan-rakan saya di atas..kempen 1 Malaysia amat berguna untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia..Kita sebagai rakyat Malaysia boleh melihat bahawa peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa yang merugikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa..Jadi,rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seharusnya berusaha untuk mengeratkan perpaduan antara kaum.Untuk mencapai ke arah perpaduan antara kaum,mesej yang diutarakan dalam kempen perpaduan mestilah boleh membuat rakyat Malaysia sedar akan kepentingan mengeratkan perpaduan antara satu sama lain di samping penglibatan pihak-pihak lain untuk meluaskan lagi kempen tersebut

    BalasPadam