Setiap jenis kempen memiliki kriteria unik dari segi mesej, tujuan dijalankan, jangkaan kesan yang diharapkan diterima/dialami oleh khalayak sasar kempen dan cara kempen berkenaan dilaksanakan. Sebagai contoh, kempen dakwah dan kempen perniagaan memfokus kepada matlamat yang berbeza. kempen dakwah misalnya dijalankan untuk mendidik penganut satu-satu agama tentang kehidupan. Manakala, kempen perniagaan pula digerakkan dengan begitu aktif khusus untuk menjana keuntungan.
Fikirkan...Ciri-ciri khusus dan umum mesej pembujukan wujud dalam dalam kempen politik, kempen sosial dan kempen perniagaan.
Dalam kempen politik, perkara yang sering dilakukan oleh pihak yang bertanding ialah ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, forum, acara pseudo-event dan sebaginya. Mesej dalam kempen plotik dipaparkan dalam poster, kain rentang, media massa dan diungkapkan dalam ceramah. Kandungan mesej dalam kempen politik lebih memfokuskan kepada aspek memuji kredibiliti pihak yang bertanding dan kadang-kadang terdengar juga kutukan terhadap pihak lain yang bertanding.
BalasPadamKempen sosial pula adalah kempen yang digerakkan khusus untuk menangani masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan. Sebagi contoh, isu atau masalah seperti kemalangan jalan raya menyebabkan kempen mengenainya dijalankan. ciri-ciri yang perlu ditekankan ialah memberi atau menerapkan unsur penerangan, ugutan supaya pengguna jalanraya lebih takut dan berhati-hati, serta menerapkan unsur kesedaran.
Kempen perniagaan pula lebih kepada kempen promosi iaitu kempen yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan. ciri yang perlu ada ialah dalam konsep periklanan dengan menyatakan tawaran-tawaran hebat, harga yang berpatutan dan kelebihan-kelebihan sesuatu barangan tersebut agar dapat menarik perhatian sasaran pembujukan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
BalasPadamApabila di dalam kempen politik, cirri-ciri khusus dan umum yang wujud seperti untuk mendapatkan perhatian dan sokongan akar umbi di satu-satu konstituen iaitu kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Manakal, kempen sosial pula ialah digerakkan khusus untuk menangani masalah atau isu sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan tertentu. Kempen perniagaan pula adalah untuk memfokus kepada usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan.
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Nurliza di atas.. Terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh pihak yang bertanding dalam kempen politik, iaitu mengadakan ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, acara pseudo-event dan sebagainya. Mesej dalam kempen politik lebih menggambarkan kewibawaan dan kehebatan satu-satu pihak yang bertanding selain menggambarkan keupayaannya dalam memenuhi apa yang dimahukan oleh penduduk di mana tempat mereka bertanding. Mesej dalam kempen politik disebarkan menerusi media cetak dan media massa.
BalasPadamKempen sosial pula adalah kempen yang digerakkan khusus untuk menangani masalah sosial yang berlaku oleh agensi kerajaan.Contohnya,kempen anti-dadah, kempen perpaduan dan sebagainya.
Kempen perniagaan yang dilaksanakan oleh satu-satu pihak bertujuan untuk meningkatkan jualan sesuatu produk atau perkhidmatan. Lazimnya dalam kempen perniagaan, mesej2 yang disampaikan menerusi media cetak dan media elektronik mengandungi tawaran hebat, diskaun yang hebat, kelebihan satu-satu produk dan sebagainya
assalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamPertama sekali, saya bersetuju dengan Nurliza tentang ketiga-tiga jenis kempen yang telah disebutkan. Setiap kempen mempunyai kategori, sasaran dan matlamat masing-masing. Apa yang biasa kita lihat dalam kempen politik tidak akan wujud dalam kempen sosial dan perniagaan, begitu juga sebaliknya.
Dalam kempen politik, perkara khusus yang biasa dilihat ialah aktiviti ahli politik yang bertanding di setiap kawasan. Poster, kain rentang, dan risalah sudah menjadi satu perkara lazim apabila parti politik berkempen. Seperti yang diperkatakan oleh Nurliza, matlamatnya juga berbeza iaitu untuk meraih sokongan daripada masyarakat setempat.
Keadaan ini berbeza dengan kempen sosial yang lebih memfokuskan kepada isu yang terjadi di kalangan masyarakat. Matlamat kempen sosial adalah untuk menyelesaikan isu dan permasalahan di negara yang melibatkan masyarakat.Contoh yang paling mudah ialah ialah isu perokok tegar di mana pihak kementerian kesihatan telah melakukan kempen untuk membasmi masalah ini. Dalam kempen sosial, fokus hanyalah kepada penyelesaian isu dan bukan untuk meraih keuntungan.
Yang terakhir ialah kempen perniagaan di mana kempen ini merupakan sesuatu yang biasa kita lihat khususnya di tempat tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah. Matlamatnya hanyalah untuk menarik pelanggan dan berpaksikan keuntungan semata-mata. Contohnya, agen yang menjual alat-alat keperluan harian yang menjadikan kompleks beli belah sebagai tempat yang strategik untuk mencari pelanggan. Risalah diberikan kepada orang ramai yang lalu lalang.
Kesimpulannya, terdapat perbezaan di antara ketiga-toga jenis kempen ini dari segi matlamat, cara berkempen dan sasaran kempen.
Salam buat En. Syah dan rakan sekalian,
BalasPadamAntara ciri-ciri khusus dan umum mesej pembujukan wujud dalam kempen politik, kempen sosial, dan kempen pembujukan ialah
Ciri-ciri mesej pembujukan kempen politik seperti berikut :
1. Menggunakan mesej yang ringkas
2. Mesej benar dan boleh dipercayai
3. Mesej menyakinkan dan penting kepada pengundi
4. Mesej menampakkan perbezaan
5. Mesej jelas dan ikhlas
6. Mesej perlu disasarkan
7. Mesej diulang berkali-kali.
Ciri-ciri mesej pembujukan kempen sosial seperti berikut :
1. Bersifat kesedaran
2. Bersifat patriotik
3. Bercirikan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bantu-membantu, amanah dan sebagainya.
Ciri-ciri mesej pembujukan kempen perniagaan seperti berikut :
1. Memberi faedah kepada pengguna
2. Pemberian ganjaran yang berganda
3. Percubaan percuma @ "free tester"
Sekian :-)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BalasPadamSaya bersetuju dengan ulasan kawan-kawan semua berkenaan dengan kempen sosial,politik, dan perniagaan.
Kempen sosial
Kempen sosial merupakan kempen berhubung kait dengan masyarakat yang dilakukan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tidak kira golongan dewasa dan kanak-kanak. Kita sering terdengar kempen ini dalam negara kita yang mengaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita.Contohnya kempen keselamatan jalan raya bagi menyedarkan masyarakat agar berhati-hati di jalan raya.
Kempen Politik
Merujuk kepada kempen politik ini, kempen ini biasanya dilakukan semasa pilihanraya pada sesuatu tempat dan melakukan kempen dalam tempat tersebut. Pada masa ini biasanya bakal pemimpin-pemimpin rakyat akan turun padang bagi melawat kawasan tersebut dan beramah mesra dengan rakyat bagi menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat.
Kempen perniagaan
Kempen perniagaan merupakan kempen untuk meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan. Dalam kempen ini pelbagai kelebihan diberikan kepada pelanggan-pelanggan seperti hadiah,dan memberikan diskaun yang tinggi bagi menarik perhatian pelanggan-pelanggan untuk turut serta dalam kempen mereka dan secara langsung menjual produk dan perkhidmatan mereka.
Sekian Terima Kasih.
assalammualaikum.....
BalasPadamSewaktu pembubaran organisasi setiap calon yang akan bertanding akan mula mengadakan kempen politik, perkara yang sering dilakukan oleh pihak calon yang bertanding ialah ceramah, lawatan ke kawasan pengundian, forum, acara dan sebaginya. Mesej dalam kempen politik dipaparkan dalam poster, kain rentang, media massa dan diungkapkan dalam ceramah. Kandungan mesej dalam kempen politik lebih memfokuskan kepada aspek memuji kredibiliti pihak yang bertanding dan kadangkala terdengar juga kutukan terhadap pihak lain yang bertanding.
Kempen sosial pula adalah kempen yang berunsurkan bagaimana mengatasi masalah sosial dalam masyarakat oleh agensi kerajaan. Sebagi contoh, isu atau masalah seperti kemalangan jalan raya menyebabkan kempen mengenainya dijalankan. ciri-ciri yang perlu ditekankan ialah memberi atau menerapkan unsur penerangan, ugutan supaya pengguna jalanraya lebih takut dan berhati-hati, serta menerapkan unsur kesedaran sebagai contoh meningkatkan harga saman menyebabkan pengguna takut.
Kempen perniagaan pula lebih kepada kempen mempromosi produk sesbuah syarikat yang hanya mementingkan keuntugan dalam usaha meningkatkan jualan satu-satu produk atau perkhidmatan.
sekian,terima kasih.
YA2008-1470
Hai,saya setuju dengan pandangan zamariah mengenai ciri-ciri kempen politik,social dan perniagaan. Pada pendangan saya, kempen politik haruslah mempunyai cirri-cir seperti mengelakkan rasuah bagi mendapat keputusan yang bersih.Kempen social pula lebih berciri-cirikan sikap masyarakat terhadap sesuatu masalah yang timbul. Cirri-ciri demografi masyarakat merupakan ciri-ciri utama dalam kempen. Isu social yang wujud telah menyebabkan timbulnya kempen social iaitu untuk menyelesaikan masalah. Kempen perniagaan pula selalu dikaitkan dengan pemasaran dan memperkenalkan produk di mata dunia. Penggunaan artis sebagai duta produk juga penting dalam pemasaran produk.TQ
BalasPadamsalam semua...
BalasPadamCiri-ciri utama dalam kempen politik adalah penyampaiannya adalah jelas, tepat serta menyakinkan pengundi untuk memilih calon yang bertanding pada ketika itu.
Kempen sosial pula ciri-cirinya menggunakan tag line yang berunsurkan pengajaran, nasihat, sindiran serta dan bahasa yang ringkas dalam sesuatu penyampaian kempen sebagai contoh pengunaan najis dadah bagi kempen dadah. Ianya mengambarkan betapa kutornya dadah tersebut sehinggakan digambarkan sebagai najis.
Ciri-ciri bagi kempen perniagaan pula adalah bersifat memperkenalkan sesuatu barangan baru yang dikeluarkan oleh perniaga dan ianya adalah berunsurkan keuntungga syarikat semata-mata.
sekian...
YA2008-1148
Asssalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamCiri-ciri yang wujud dalam sesuatu kempen..
Kempen Sosial
Kempen ini dijalankan sama ada kerajaan yang menganjurkan atau organisasi swasta yang lain untuk memberi kesedaran, peringatan, amaran berkenaan isu-isu yang melanda masyarakat kini. Contohnya, isu pembuangan bayi.
Kempen Politik
Kempen ini mempunyai sifat bermusim dan hanya akan kedengaran ketika proses pilihanraya dijalankan. Kempen ini bertujuan untuk menyeru rakyat menyokong mana-mana parti yang di percayai. Pemimpin akan turut serta dalam kempen ini untuk menambahkan lagi sokongan.
Kempen Perniagaan
Kempen ini berteraskan keuntungan atau melariskan produk semata-mata. Pelbagai cara dijalankan untuk tujuan promosi dan melariskan jualan antaranya pemberian hadiah, mata ganjaran, bonus, dan sebagainya. Kempen ini bersifat lebih kepada peniagaan perkhidmatan dan produk tertentu.
Sekian Terima Kasih.
Asalamualikum buat Encik Syah dan rakan -rakan seperjuangan sekalian
BalasPadamSaya bersetuju dengan pandangan dan pendapat kawan-kawan lain membincangkan ciri-ciri kempen dakwah,perniagaan dan politik berlansung dalam kehidupan kita.
Pada pendapat saya kempen dakwah biasanya bercirikan kempen kerohanian merujuk kepada sasaran khalayak tanpa mengira demografi. Tetapi kempen ini biasanya mengandungi unsur mesej nasihat kepada sasaran audiens.pada amya kempen dakwah ini disalurkan melalui bantuan alat bantu kominukasi iaitu sama ada elekronik ataupun cetak sebagai contoh paparan viedoe ,poster,bena dan sebagainya.
Manakala kempen politik pula biasanya kempen merujuk kempen berusurkan politik dan biasanya berlangsung mengikut musim.Kempen politik dilakukan bertujuan untuk memertabatkan sesetangah ahli politik ataupun parti yang memepunyai kejayaan yang cemerlang dalam pentadbiran dan dapatmembantu khalayak sasaran menilai parti politik yang sepatutnya dipilih sebagai pentadbir dengan bijak.
Kempen perniagann baisanya bercirikan mempromosikan sesutu barangan produk mengikut jenis jenama barangan tersebut kepada khalayak sasaran untuk membantu pengusaha dan juga peniaga beroleh keuntunggan.
Salam,
BalasPadamKempen secara umumnya membawa maksud yang sama. Ia adalah satu satu program pembujukan yang bersepadu yang bertujuan untuk memenangi hati kumpulan sasaran. Apa yang membezakan antara Kempen Politik, Kempen Sosial dan Kempen Perniagaan adalah objektif dan mesej yang ingin disampaikan melalui gagasan kempen tersebut.
1) Kempen Politik
Umum – Bermotifkan politik. Lazimnya hanya akan tampak agresif pada musim-musim pilihan raya. Bersifat persaingan secara terus di antara parti-parti politik.
Khusus – Pengisian kempen politik adalah berasaskan manifesto yang diperjuangkan oleh sesebuah parti politik itu sendiri. Parti politik bersandar kepada janji-janji mereka untuk membela nasib rakyat terutamanya dalam aspek kemajuan dan peningkatan taraf hidup, sebagai komoditi yang ingin mereka pasarkan kepada kumpulan sasaran. Parti politik memanipulasikan bukan sahaja kekuatan mereka sebagai sebuah parti malahan juga populariti dan kredibiliti seseorang tokoh politik secara individu. Parti juga ada kalanya menjadikan kelemahan parti lawan sebagai asas untuk mereka memperkukuhkan
2) Kempen Sosial
Umum – Bersifat remedial kepada isu-isu sosial yang berbangkit. Tujuan utama adalah untuk mengubah atau menambahbaik komitmen masyarakat terhadap suatu isu sosial yang memberi impak secara menyeluruh kepada masyarakat.
Khusus - Kempen mengandungi pengisian yang berbeza mengikut isu sosial yang ingin diperjuangkan. Kempen sosial mempunyai dua pendekatan utama iaitu : mendidik dan memberi kesedaran. Tidak seperti Kempen Politik yang agresi dan lantang, Kempen Sosial digerakkan dengan cara yang lebih komprehensif dan terancang mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
3) Kempen Perniagaan
Umum - Berorientasikan keuntungan. Objektif utama sesebuah kempen perniagaan adalah untuk meningkatkan jualan.
Khusus – Kempen perniagan memanipulasi empat aspek pemasaran iaitu : produk, perletakan harga, pemilihan tempat dan promosi. Produk perlu menekankan ciri-ciri seperti kualiti, inovasi dan perincian yang lebih menarik bagi membezakannya dengan produk generik lain yang berada di pasaran. Pemasar harus bijak membina persepsi positif pengguna kepada produk mereka. Harus diingat bahawa harga yang murah tidak semestinya menjanjikan kejayaan sesuatu produk di pasaran, kerana kadang kala persepsi pengguna meletakkan harga yang lebih tinggi bersamaan dengan kualiti yang lebih tinggi dan begitulah sebaliknya. Progres kempen perniagaan diukur melalui konsep AIDA, yang bermaksud :
i) Awareness – kempen perlu menimbulkan kesedaran (awareness) orang ramai tentang kewujudan produk
ii) Interest – Produk yang berkualiti dan kempen pemasaran yang meluas akan menjana minat (interest) pengguna untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang sesuatu produk itu.
iii) Desire – minat kemudiannya berkembang menjadi keinginan (desire) untuk membeli produk.
iv) Action – akhir sekali action, merujuk kepada tindakan pengguna untuk membeli produk itu, dan ini bermakna kempen perniagaan berjaya mencapai salah satu daripada objektifnya.
Sekian
SALAM DAMAI..
BalasPadamMerujuk kenyataan dibawah;
I. Kempen politik; Politik adalah seni dan ilmu untuk meraih kekuasaan. kempen politik merupakan rancangan dan tindakan untuk tujuan mendapatkan sokongan serta meraih undi semasa pilihan raya. Ciri-ciri umun yang boleh dilihat dalam kes seperti ini adalah dalam bentuk persaingan diantara parti-parti politik yang bertanding dan hanya berlaku pada masa-masa tertentu; jawatan/kerusi sesuatu kawasan kosong. Manakala ciri-ciri khusus ialah tujuan, matlamat, objektif dan sasaran sesebuah parti iaitu meraih undi dengan majoriti secara menabur janji-janji kepada rakyat dengan harapan kemenangan dicapai.
II. Kempen sosial; sosial adalah bersifat umum merujuk kepada isu-isu yang berlaku dipersekitaran, misalnya isu-isu berkenaan dengan tingkah laku manusia, budaya, global dan sebagainya. Tujuannya ialah mempertingkatkan taraf hidup, pembangunan komuniti dan lain-lain. Ciri Khusus merujuk kepada tujuan dan sasaran kempen sosial yang mana pelaksanaannya mestilah memberi impak yang dalam kepada masyarakat. Sesuatu kempen sosial mestilah memberi fokus kepada satu topik sahaja supaya mencapai kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling.
III. Kempen perniagaan; ciri-ciri umum merujuk kepada tahap keuntungan yang diperolehi iaitu mencari jalan untuk mencapai hasil jualan yang banyak; Khusus merujuk kepada empat aspek pemasaran iaitu, produk, perletakan harga, pemilihan tempat dan promosi. Keempat-empat aspek ini haruslah menekanakan tentang kualiti, kuasa beli pengguna, persepsi pengguna terhadap barangan dan faktor-faktor lain.
Sekian...
salam sejahtera...
BalasPadamterus kepada pokok persoalan bagi menjawab iaitu ciri-ciri utama dalam kempen politik adalah penyampaiannya adalah jelas, tepat serta menyakinkan pengundi untuk memilih calon yang bertanding pada ketika itu.
Kempen sosial pula ciri-cirinya menggunakan tag line yang berunsurkan pengajaran, nasihat, sindiran serta dan bahasa yang ringkas dalam sesuatu penyampaian kempen sebagai contoh pengunaan najis dadah bagi kempen dadah. Ianya mengambarkan betapa kutornya dadah tersebut sehinggakan digambarkan sebagai najis.
Ciri-ciri bagi kempen perniagaan pula adalah bersifat memperkenalkan sesuatu barangan baru yang dikeluarkan oleh perniaga dan ianya adalah berunsurkan keuntungga syarikat semata-mata.
Salam...
BalasPadamSetiap jenis kempen mempunyai objektif yang berlainan dan mempunyai mesej yang berlainan.
Kempen politik adalah lebih kepada untuk mendapatkan sokongan, keyakinan dan kepercayaan terhadap calon yang bertanding dalam pilihan raya dan kepada seseorang pemimpin. Kempen ini selalunya diadakan semasa musimpilihan raya umum. Para pengundi menjadi khalayak sasar utama bagi mesej pembujukan kempen ini. Lazimnya, penawaran jani-janji sama ada janji benar atau palsu akan sering berlaku dalam kempen ini.
Kempen sosial pula adalah untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul dalam kalangan masyarakat. Kempen ini bertujuan bagi mengubah persepsi, tindakan dan memupuk kesedaran masyarakat berkaitan sesuatu isu. Kempen ini tidak mementingkan keuntungan kerana ianya lebih kepada menitikberatkan soal kepentingan setiap pihak.
Kempen perniagaan pula adalah mementingkan aspek keuntungan. Kempen ini bersifat komersil yang mana ingin menarik seramai mungkin pelanggan untuk membeli dan menggunkan produk yang ditawarkan. Kempen ini seringkali menggunkan media kerana penggunaan media membantu memberi impak yang besar ke atas kesan kempen terhadap khalayak.
assalamulaikum dan salam 1malaysia
BalasPadamEn. Syah dan semua rakan-rakan seperjuangan
seperti diketahui umum kempen politik adalah bertujuan untuk memperngaruhi sesorang dan sekelompok masyarakat untuk mendapatkan sokongan dari akar umbi dari segi pemerintahan kerajaan. kempen seperti ini berlaku pada masa-masa tertentu sahaja iaitu pada musim pilihan raya sahaja.
kempen sosial pula dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang satu-satu isu atau masalah yang terjadi dalam masyarakat kita. contohnya kempen anti dadah, kempen kebersihan tandas awam dan pelbagai lagi. ia nya dilakukan untuk kebaikan bersama-sama.
kempen perniagaan pula ialah dilakukan untuk memdapatkan keuntungan semata-mata. biasanya ia dilakukan untuk memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu peniga. dalam kempen ini ia menitikberatkan soal harga, bilangan stok dan tawaran pada satu-satu musim contohnya pada musim perayaan ia sering dilakukan oleh peniaga.
Selamat Sejahtera,
BalasPadamSetiap jenis kempen adalah berbeza dari segi mesejnya. Antaranya adalah seperti berikut:
a) Kempen politik
- Mesej yang disampaikan adalah ringkas : Mesej yang disampaikan kepada pengundi dalam tempoh kurang seminit, calon akan kehilangan perhatian pengundi terbabit dan berkemungkinan juga undi ereka
- Mesej yang disampaikan mestilah benar dan boleh dipercayai : Mesej yang disampaikan mestilah daripada nilai-nilai, amalan-amalan, dasar-dasar dan sejarah calon tersebut
- Mesej yang disampaikan perlulah meyakinkan dan penting keada pengundi : Mesej yang disampaikan adalah topik-topik yang penting kepada audiens sasaran
- Mesej yang disampaikan haruslah menampakkan perbezaan : Mesej yang disampaikan adalah berbeza dengan calon lain agar dapat menarik perhatian pengundi
- Mesej haruslah jelas dan ikhlas : Guna bahasa yang difahami oleh pengundi. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian pengundi.
- Mesej tersebut haruslah disasarkan dengan menyasarkan audiens yang boleh mengundi mereka
- Mesej yang disampaikan haruslah diulang berulang kali untuk meyakinkan pengundi
b) Kempen sosial
- mesej yang disampaikan dalam kempen sosial adalah bersifat menumpukan terhadap sesuatu isu, bersifat ugutan agar dapat menyedarkan masyarakat
c) Kempen perniagaan
- Bersifat memberi faedah kepada pengguna
Diulang berulang kali agar dapat memberi kesedaran kepada audiens
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
BalasPadamDi antara ciri-ciri umum yang terdapat dalam kempen :
a)kempen dakwah.
-kempen ini di jalankan untuk menarik perhatian penganut baru masuk ke menganuti satu-satu agama yang ada.Dalam situasi ini,pendakwah di sifatkan sebagai agen mesej dan pelaksana aktiviti kempen.Kandungan mesej adalah bersifat dakwah dengan menceritakan kebaikan agama yang di anuti,kebaikan hidup beragama,perintah dan larangan,dan menceritakan kisah-kisah nabi.Setiap kisah dan dakwah di garap daripada kitab dan buku panduan agama.
b)Kempen perniagaan.
-kempen ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan jualan dan langganan sesuatu produk yang di keluarkan.selain itu,mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada.Dalam kempen ini matlamat utama dilakukan adalah melipatgandakan keuntungan syarikat dan cuba meminimakan risiko kerugian syarikat.
c)Kempen awam(sosial)
-Kempen ini pula,dilakukan khusus untuk menangi masalah(isu) sosial yang wujud dalam masyarakat.Ia dilakukan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab.Dalam kempen ini gerakerja kempen melibatkan komunikasi kumpulan kecil dan komunikasi massa.kempen dilakukan secara ceramah,pameran-pameran bergerak dan forum.Kempen ini dilakukan bertujuan memberi peringatan dan maklumat kepada masyarakat.
Assalamualaikum dan salam 1Kampus saya ucapkan kepada En.Syahruddin dan ahli PRCircle yang saya hormati sekalian.
BalasPadamBerdasarkan kepada kuliah yang sudah dipelajari, ciri-ciri dan faktor-faktor setiap kempen adalah seperti berikut :-
1. kempen politik ialah ianya seharusnya lebih sensitif kepada kehendak akar umbi dan prospek pengundi seseorang calon atau satu-satu parti yang bertanding.Kempen ini lazimnya digunakan sebagai platform oleh seseorang calon politik yang bertanding untuk menyampaikan mesej daripada parti yang diwakilinya kepada khalayak parti dari kalangan ahli parti tersebut.
2. Kempen sosial; sosial adalah bersifat umum merujuk kepada isu-isu yang berlaku dipersekitaran, misalnya isu-isu berkenaan dengan tingkah laku manusia, budaya, global dan sebagainya. Tujuannya ialah mempertingkatkan taraf hidup, pembangunan komuniti dan lain-lain. Ciri Khusus merujuk kepada tujuan dan sasaran kempen sosial yang mana pelaksanaannya mestilah memberi impak yang dalam kepada masyarakat. Sesuatu kempen sosial mestilah memberi fokus kepada satu topik sahaja supaya mencapai kesan yang positif kepada masyarakat sekeliling.
3. Kempen perniagaan; ciri-ciri umum merujuk kepada tahap keuntungan yang diperolehi iaitu mencari jalan untuk mencapai hasil jualan yang banyak; Khusus merujuk kepada empat aspek pemasaran iaitu, produk, perletakan harga, pemilihan tempat dan promosi. Keempat-empat aspek ini haruslah menekanakan tentang kualiti, kuasa beli pengguna, persepsi pengguna terhadap barangan dan faktor-faktor lain.
Kusmayani Jainudin
YA2008-1143
Salam sejahtera, saya amat setuju dengan ulasan-ulasan yang diberi oleh rakan-rakan saya di atas.
BalasPadama)Kempen Politik
Ciri-ciri kempen politik ini ialah mesej yang disampaikan adalah jelas kerana kempen ini adalah untuk mendapat sokongan daripada akar umbi. Selain itu, ciri-ciri kempen ini juga harus mengelakkan rasuah yang dalam kalangan ahli politik.
b)Kempen Sosial
Ciri-ciri kempen sosial ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menyedari kepentingan kempen itu dijalankan. Sebagai contohnya tentang “Kempen Cintailah Sungai Kita” telah memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan sungai kehidupan seharian individu.
c)Kempen Perniagaan
Ciri-ciri kempen perniagaan ialah memberi faedah kepada pembeli seperti mendapat hadiah yang misteri atau mendapat hadiah secara percuma. Ini adalah teknik kempen perniagaan yang dijalankan kerana hendak menarik perhatian masyarakat untuk membeli produk tersebut.
Secara kesimpulannnya, ciri-ciri bagi kempen politik, kempen sosial dan kempen perniagaan adalah berbeza. Hal ini disebabkan sasaran untuk kempen-kempen tersebut adalah berbeza.
Assalamualaikum buat En. Syahruddin dan rakan sekalian,
BalasPadamAntara ciri-ciri khusus dan umum mesej pembujukan wujud dalam kempen politik, kempen sosial, dan kempen perniagaan.
Jika melihat kepada bentuk Kempen Politik memiliki sifat-sifat meraih sokongan dari masyarakat disuatu setempat, kebanyakan kempen politik ini menggunakan mesej "kata-kata janji".."perjuangan untuk rakyat" "pembangunan untuk rakyat" dan sebagainya bagi tujuan menpengaruhi hati audiens(masyarakat)..tidak dinafikan juga pertandingan jawatan dalam parti juga menggunakan kaedah kempen politik yang bersifat peribadi..kuasa dan mempengaruhi sokongan dari akar umbi juga merupakan satu bentuk pembujukan bagi mendapatkan sokongan.secara umumnya kempen politik dikaitkan dengan agenda suasana pengaruh,kuasa dan kedudukan.
*Maka diharapkan masyarakat kini mahupun pemimpin masa kini tidak menyalahgunakan kempen politik dengan cara menabur fitnah,menghina dan mengherdik parti lawan atau apapun objektif kempen politik.gunakanlah kedemokrasian yang betul dan telus untuk mendapatkan KUASA dan KEPIMPINAN.*
Kempen Sosial selalunya bersifat kemasyarakatan, tujuan menyedarkan dan membawa masyarakat kearah kesedaran. sesuatu kempen sosial selalunya wujud disebabkan permasalahan-permasalahan yang wujud dalam masyarakat di peringkat setempat dan peringkat globalisasi, fenomena-fenomena ini akan menjadikan suatu kesedaran dalam masyarakat sehingga mewujudkan kempen bagi membendung permasalahan yang berlaku contoh kempen anti pembuangan sampah.kempen membasmi dadah dan sebagainya.
Kempen Perniagaan
satu perlakuan kempen yang untuk membujuk audiens membeli dan terpengaruh dengan perniagaan.matlamat utama adalah keuntungan organisasi dan meningkatkan jualan serta langganan sesuatu produk yang dikeluarkan contoh pengisian kempen " harga Runtuh" "Potongan 50%" "Belilah Barangan....." dan sebagainya.
Oleh itu, bagi saya masyarakat umum mahupun pengajur ketiga-tiga bentuk kempen ini. lakukanlah kempen dengan pengisian yang betul dengan tidak semata-mata mendapatkan keuntungan, kuasa, dan agenda kepentingan diri sendiri. kempen adalah merupakan satu nilai yang murni maka gunakanlah agenda kempen dengan sebaiknya.
sekian,terima kasih
MOHD RIZAL AWANG DAMIT
YA2008-1464