Pages

Isnin, 1 November 2010

[AK21503] Kuliah 11

Individu pembujuk yang dilantik/diketengahkan bagi mewakili satu-satu pasukan pelaksana kempen seharusnya memiliki kredibiliti untuk berhujah untuk membujuk khalayak sasar kempen berkenaan. Daya tarikan yang meliputi aspek karisma, kepetahan bercakap, informatif, tahu menjangka perubahan emosi dan tingkahlaku audien kempen dan bijak mengawal keadaan adalah antara nilai kredibiliti yang perlu ada dalam diri seseorang pembujuk.

Fikirkan...Apakah kepentingan ‘pembujuk yang memiliki kredibiliti’ kepada satu-satu kempen?

20 ulasan:

  1. Pada pendapat saya, Pembujuk yang Memiliki Kredibiliti adalah seorang pembujuk yang berkemampuan untuk mengubah sasaran pembujukannya. Pembujuk ini tahu akan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen penting dalam setiap pembujukan yang dilakukan dalam sesebuah kempen. Sebagi contoh, kempen anti-merokok atau Tak Nak!, seorang pembujuk yang berkredibilti tinggi pasti mampu membangkitkan kesedaran dalam diri perokok walaupun hanya sedikit kesedaran untuk berhenti merokok. Pembujuk yang memiliki kredibiliti ini pastinya memenuhi ktriteria seperti berikut :
    ~memiliki kemahiran berkomunikasi
    ~tahu objektif dan kesan akibat pembujukan yang akan dijalankan oleh beliau.
    ~tahu dan faham gelagat audiens sasar pembujukan
    ~boleh menjangka masalah atau isu yang bakal timbul sebaik sahaja mesej pembujukan didedahkan kepada audiens sasar pembujukan.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Maksud kepada pembujukan yang memiliki kredibiliti ialah pembujuk tersebut sentiasa melakukan pembujukan dengan cara yang beretika. Sebagai contoh, pembujuk tersebut akan cuba memahami dan sentiasa menjaga perasaan khalayak yang ingin dipujuk. Pembujuk yang akan sentiasa mengawal perasaan mereka apabila sedang melakukan pembujukan adalah merupakan pembujuk yang mempunyai kredibiliti. Pembujuk juga kena memastikan agar khalayak sasar sentiasa tertarik dengan cara pembujuk lakukan. Hal ini kerana dapat memberikan tarikan mengetahu mesej yang terdapat di dalam pembujukan tersebut.

    BalasPadam
  3. Salam buat En.Syah dan rakan sekalian,

    Dari apa yang kami telah pelajari dengan adanya pembujuk yang berkeredibiliti ianya akan memberi kesan yang besar kepada aspek penerimaan mesej dari kalangan audien itu sendiri, sekaligus meraih sokongan yang tinggi daripada audien terhadap intipati sesebuah kempen yang dijalankan :-)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Pembujuk yang berkredibiliti merupakan pembujuk yang tahu menilai situasi,perubahan gelagat audien,jenis media(akses mesej),masalah berkaitan isu yang dibujuk dan gangguan persekitaran (lokasi pembujukan) sebelum, semasa dan selepas satu-satu aktiviti pembujukan.

    Merujuk kepada definisi pembujuk berkredibiliti tersebut , menurut pandangan saya pembujuk ini amat memberi kepentingan kepada sesuatu pembujukan disebabkan mereka mengetahui keadaan audiens dan secara langsung dapat mencapai matlamat sesuatu kempen dengan jayanya.Pembujuk ini seharusnya wujud dalam semua kempen agar kempen tersebut berjaya menarik audiens dengan senang dan meningkatkan jumlah audien yang datang dalam kempen tersebut.

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Pembujuk yang berkredibiliti ialah seseorang yang mempunyai karakter, semangat dan pengalaman dalam pembujukan. Seorang pembujuk yang berkredibiliti seharusnya mempunyai kriteria seperti mahir dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau bukan lisan dan tahu akan objektif pembujukan yang dilakukan. Selain itu, pembujuk yang berkredibiliti perlu tahu dan faham akan situasi audien dan kesan pembujukan terhadap mereka. Bukan itu sahaja, malah pembujuk yang baik perlu jelas akan matlamat pembujukan dan bijak mengatur strategi membujuk.

    BalasPadam
  6. Hai, pada pandangan saya pembujuk yang mempunyai kreadibiliti mampu mempengaruhi pihak yang dibujuk dengan mudah. Kekreadibiliti mereka dapat menyakinkan audien mengenai mesej yang hendak disampaikan oleh mereka. Perbezaan dapat dilihat dengan ketara antara pembujukan yang dilakukan oleh pembujuk yang tidak mempunyai kreadibiliti dengan sebaliknya. Pembujuk yang berkreadibiliti mempunyai pengalaman yang banyak dan ini membolehkan mereka mengubah audien.TQ

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    'Pembujuk yang memiliki kredibiliti' adalah :

    * Individu atau kumpulan yang boleh diberikan tanggungjawab menjalankan aktiviti pembujukan kerana mempunyai karakter, semangat, dan pengalaman positif dalam hal berkaitan pembujukan.

    * Pembujuk yang memiliki kredibiliti mampu manjana sokongan daripada audiens dan menyumbang kepada faktor kejayaan proses pembujukan.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum dan salam perpaduan..Saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Alie yang mana pembujuk yang berkredibiliti mampu mempengaruhi pihak yang dibujuk dengan mudah. Bagi pendapat saya,pembujuk mestilah memiliki karisma yang tersendiri dan karisma merupakan nilai kredibiliti. Hal ini penting dalam memulakan proses pembujukan kerana dengan karisma inilah perhatian audiens mula terarah kepada si pembujuk. Selain karisma seseorang individu perlu memenuhi kriteria-kriteria yang lain untuk menjadi pembujuk yang berkredibiliti seperti mempunyai kepakaran dalam berkomunikasi, mempunyai pengalaman yang luas dalam memahami gelagat audiens dan sebagainya. Sekiranya kriteria tersebut tidak dapat dipenuhi maka seseorang individu tersebut tidak mampu untuk menjadi pembujuk yang berkredibiliti dan kemungkinan besar proses pembujukan tidak dapat mencapai objektif yang telah disasarkan.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita pelajari dalam kuliah 11, pembujuk berkredibiliti ialah merupakan individu atau kumpulan yang boleh diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti pembujukan kerana mempunyai karakter, semangat dan pengalaman (positif) dalam hal berkaitan pembujukan. Kepentingan pembujuk yang memiliki kredibiliti kepada satu-satu kempen ialah supaya mampu meraih dan menarik perhatian audien untuk melibatkan diri dalam kempen dan mampu mempengaruhi audien dalam penerimaan mesej kempen.

    BalasPadam
  10. Asalamualaikum dan salam satu Malaysia,
    buat Encik Syah dan rakan-rakan sekalian,
    Pada pendapat saya seseorang pembujuk yang mempunyai kreadibiliti,adalah pembujuk yang berjaya memepenggaruhi sasaran khalayak sasaran dengan mempamerkan perwatakan yang menarik,berkeyakinan,jujur,amamanah,dan sebagainya mampuh menjadi role model terhadap audiens.
    selain itu, nilai tingkah laku yang positif mampu untuk memberi nilai kepercayaan kepada pihak lain.Oleh itu,sesorang pembuji tersebut perlulah sentiasa berfikiran positif dalam semua tindak-tanduknya terutamanya melibatkan aspek pembujukan yang memepengaruhi seseorang.
    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  11. Salam 1 Malaysia,

    Objektif aktiviti pembujukan adalah untuk mempengaruhi dan memenangi hati kumpulan sasar, tanpa kredibiliti adalah sukar untuk pembujuk memenuhi matalamat tersebut. Kredibiliti adalah kombinasi daya tarikan yang dibina dari aspek karisma, kepetahan bercakap, bijak dan informatif, berupaya untuk menjangka perubahan emosi dan tingkahlaku audien juga bijak mengawal keadaan. Pembujuk berperanan sebagai salah satu tunjang yang menentukan berjaya atau tidaknya sesebuah kempen. Pembujuk adalah jentera penggerak kempen yang akan berinteraksi secara langsung dengan khalayak sasar. Pelaksana kempen di serata dunia juga turut menyedari betapa pentingnya peranan seseorang pembujuk di dalam menjayakan kempen. Tren yang paling ketara wujud dalam strategi kempen masa kini ialah dengan melantik selebriti atau tokoh ternama untuk menjadi jurucakap mereka sekaligus menjadi ejen pembujuk utama di dalam kempen berkenaan. Jurucakap yang dilantik adalah dipilih di atas faktor personaliti, populariti, kredibiliti juga persamaan ciri yang mereka miliki dengan kumpulan sasaran. Lebih efektif lagi jika individu pembujuk yang dilantik mempunyai ciri-ciri yang ingin dimiliki oleh segmen sasaran kempen. Sebagai contoh, bintang antarabangsa Angelina Jolie, diangkat menjadi jurucakap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi meningkatkan kesedaran global dalam menangani isu kebajikan kanak-kanak bersama UNICEF.

    Sekian.

    BalasPadam
  12. Salam 1 malaysia. Pada pendapat saya, kepentingan pembujuk yang memiliki kreadibiliti kepada satu-satu kempen ialah dapat memberi keyakinan kepada sasaran pembujukkannya untuk mempercayainya. Pembujuk sebegini akan mampu untuk mengubah sikap dan pendapat sasaran pembujukknya untuk sesuatu yang dibujuk oleh pembujuk tersebut. Contohnya dalam kempen kitar semula. Apabila pembujuk yang memiliki kreadibiliti memujuk khalayak sasarnya dalam mengitar semula barangan yang boleh digunakan untuk sesuatu yang lebih bermanfaat pasti akan dapat membawa kesedaran kepada khalayak sasarannya.

    BalasPadam
  13. salam,

    bagi saya, populariti seorang pembujuk amat penting dalam sesuatu kempen. pembujuk haruslah memiliki kredibiliti dalam mendapatkan sokongan dari audiens. contohnya seperti seorang ahli politik yang mempunyai karakteristik yang sangat menyerlah. pembujuk semestinya harus memahami gelagat, tingkah laku audiens agar minat mereka untuk mendapatkan maklumat daripada penyampai akan lebih effektif.

    BalasPadam
  14. Assalamulaikum dan salam 1malaysia..

    En. Syah dan semua raka-rakan seperjuangan

    pada pendapat saya, kredibiliti seseorang dalam aspek pembujukan dalam sesuatu kempen itu terletak pada kebijaksanaannya dalam menarik minat audien dalam memahami kempen tersebut untuk terlibat sama. kejayaan sesuatu kempen juga terletak pada kebijaksanaa si pembujuk dalam memanipulasikan mesej keapda audien.

    BalasPadam
  15. salam sejahtera
    Dalam hal ini saya merumuskan bahawa, Pembujuk tahu akan kelebihan dan penggunaan elemen-elemen penting dalam setiap pembujukan yang dilakukan dalam sesebuah kempen. Contohnya, kempen berhenti merokok atau Tak Nak! merokok, seorang pembujuk yang berkredibiliti tinggi pasti mampu membangkitkan kesedaran dalam diri perokok walaupun hanya sedikit kesedaran untuk berhenti merokok. Pembujuk yang memiliki kredibiliti ini pastinya memenuhi kriteria seperti berikut :

    1.memiliki kemahiran berkomunikasi
    2.Tahu objektif dan kesan akibat pembujukan yang akan dijalankan oleh beliau.
    3.Tahu dan faham gelagat audiens sasar pembujukan
    4.Boleh menjangka masalah atau isu yang bakal timbul sebaik sahaja mesej pembujukan didedahkan kepada audiens sasar pembujukan.

    BalasPadam
  16. Pada pendapat saya, penting bagi seseorang Pembujuk itu memiliki ciri-ciri pembujuk yang berkredibiliti tinggi. Di antara ciri-ciri yang perlu ada ialah pembujuk yang berkarisma, iaitu mempunyai aura, daya tarikan yang tersendiri,dan daya kepetahan bercakap yang istimewa. Pembujuk yang baik juga mestilah seorang yang informatif iaitu seorang yang berpengetahuan dan mampu menyebarkan sesuatu maklumat dengan tepat dan bernas. Selain itu, seorang Pembujuk yang baik juga mestilah bijak mengawal keadaan dan mampu menjangka perubahan yang mungkin berlaku pada emosi dan tingkahlaku seseorang pelanggan/audiens. Kesemua ciri-ciri ini haruslah dimiliki oleh seseorang Pembujuk bagi membolehkan sesuatu proses komunikasi atau pembujukan itu lebih berkesan dan menjadikan pihak audiens lebih 'responsive' kepada si Pembujuk. Ini kerana, kerapkali wujud situasi di dalam sesuatu proses pembujukan dimana kegagalan dalam tugas si pembujuk bukanlah disebabkan oleh maklumat yang disampaikan kurang menarik, tetapi adalah disebabkan cara penyampaian yang tidak berkesan.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum dan salam 1Kampus kepada ahli PRCircle dan En.Syahruddin yang dihormati.

    Dalam sistem komunikasi terdapat elemen-elemen asas yang mmbentuk satu-satu sistem seperti komunikator yang berkredibiliti sama ada sebagai pengirim atau penerima mesej, saluran atau media dan mesej. Sementara itu, proses komunikasi pula adalah sebarang usaha untuk menghidupkan sistem komunikasi agar mesej dapat dikongsi antara komunikator yang terlibat dalam sistem berkenaan. Proses komunikasi seharusnya dipenuhi dengan aktiviti bercakap, menulis dan menerima maklum balas daripada kandungan mesej yang ditulis atau diperkatakan.
    Komunikator adalah ejen penyampai mesej dalam kempen. Individu dan kumpulan komunikator yang melaksanakan kempen seharusnya menjadi nadi kepada kejayaan satu-satu kempen. Oleh itu, komunikator seharusnya memiliki ciri-ciri seperti berikut :-
    1) Bermaklumat iaitu mempunyai maklumat asas dan maklumat terkini berkaitan dengan isu atau perkara yang menjadi pokok perbincangan dalam satu-satu sistem komunikasi.
    2) Berkebolehan enyampaikan mesej secara lisan, tulisan, isyarat dan menggunakan perantaraan teknologi.
    3) Tahu menilai aspek asas interpersonal dan manipulasi aspek berkenaan untuk kebaikan semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi.
    Objektif aktiviti pembujukan adalah untuk mempengaruhi dan memenangi hati kumpulan sasar, tanpa kredibiliti adalah sukar untuk pembujuk memenuhi matalamat tersebut. Kredibiliti adalah kombinasi daya tarikan yang dibina dari aspek karisma, kepetahan bercakap, bijak dan informatif, berupaya untuk menjangka perubahan emosi dan tingkahlaku audien juga bijak mengawal keadaan. Pembujuk berperanan sebagai salah satu tunjang yang menentukan berjaya atau tidaknya sesebuah kempen. Pembujuk adalah jentera penggerak kempen yang akan berinteraksi secara langsung dengan khalayak sasar. Pelaksana kempen di serata dunia juga turut menyedari betapa pentingnya peranan seseorang pembujuk di dalam menjayakan kempen. Tren yang paling ketara wujud dalam strategi kempen masa kini ialah dengan melantik selebriti atau tokoh ternama untuk menjadi jurucakap mereka sekaligus menjadi ejen pembujuk utama di dalam kempen berkenaan. Jurucakap yang dilantik adalah dipilih di atas faktor personaliti, populariti, kredibiliti juga persamaan ciri yang mereka miliki dengan kumpulan sasaran. Lebih efektif lagi jika individu pembujuk yang dilantik mempunyai ciri-ciri yang ingin dimiliki oleh segmen sasaran kempen.

    Kusmayani Jainudin
    YA2008-1143

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

    Pada pendapat seorang pembujuk yang mempunyai kreadibiliti yang tinggi adalah seorang pembujukan yang dapat mengawal emosinya dalam apa jua keadaan dan pandai menggunakan elemen-elemen pembujukan yang ada.selain itu juga,Ia perlu bijak memanipulasi satu-satu mesej yang hendak di sampai kan agar dapat meraih sokongan khalayak dan dapat mempengaruhi khalayak.

    BalasPadam
  19. Selamat Sejahtera,

    Pemujuk yang berkredibiliti harus mempunyai beberapa kriteria yang penting agar dapat melaksanakan sesebuah kempen dengan berkesan. Antaranya adalah seperti berikut:

    a) Pemujuk harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan betul. Tambahan pula, kelancaran berkomunikasi harus dimiliki oleh seorang pembujuk yang berkredibiliti. Tujuannya dapat meyakinkan audiens untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dalam kempen.

    b) Pembujuk juga harus mempunyai kemahiran dalam mengendalikan alat-alat yang perlu digunakan semasa melakukan pembujukan. Sebagai contoh, seseorang pembujuk yang mahir menggunakan teknologi seperti komputer dapat menarik perhatian audiens untuk melibatkan diri dalam kempen tersebut.

    c) Seorang pembujuk juga harus mahir dalam mengendalikan kempen dengan betul. Sebagai contoh, sebelum menjalankan sesebuah kempen, pembujuk harus menyiasat terlebih dahulu ciri-ciri yang dimiliki oleh audiens agar dapat menyampaikan mesej kempen dengan berkesan.

    BalasPadam
  20. Salam sejahtera. Saya amat setuju dengan ulasan-ulasan yang dinyatakan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Pada pendapat saya, ‘pembujuk yang memiliki kredibiliti’ ialah seorang pembujuk yang berjaya membujuk orang. Hal ini disebabkan dia telah menggunakan kaedah pembujukan yang sesuai semasa membujuk orang. Kepentingan ‘pembujukan yang memiliki kredibiliti’ kepada satu-satu kempen kerana ini adalah salah satu kriteria yang menjayakan sesuatu kempen. Selain itu, pembujukan yang memiliki kredibiliti adalah sentiasa melibatkan diri dalam sesuatu kempen dengan ikhlas dan jujur demi menjayakan kempen tersebut.

    BalasPadam