Pages

Isnin, 1 November 2010

[AK21503] Kuliah 12

Aspek pembujukan dapat menarik perhatian khalayak kempen untuk terlibat secara langsung sebagai peserta dalam satu-satu kempen. Kejayaan satu-satu kempen ditentukan oleh tahap kesedaran khalayak kempen terhadap peri pentingnya terlibat sebagai penggerak kempen di peringkat akar umbi. Sungguhpun begitu, kaedah pembujukan yang tidak betul dan mesej pembujukan yang tidak sempurna boleh menyebabkan satu-satu kempen kurang mendapat perhatian daripada khalayak.

Fikirkan...apakah pendapat anda terhadap kualiti kaedah dan mesej pembujukan dalam mana-mana kempen yang anda ketahui pernah atau sedang dijalankan di negara ini.

17 ulasan:

  1. Menurut pembacaan melalui Kempen perpaduan kaum yang ditugaskan kepada saya, kempen 1Malaysia mempunyai tahap kualiti yang baik, namun harus dipertingkatkan lagi kerana kesannya belum betul-betul jelas kelihatan. Sesetengah individu mempunyai pemahaman yang berbeza dengan konsep 1Malaysia ini. Oleh yang demikian, pemahaman konsep seharusnya diketengahkan agar setiap penduduk pribumi Malaysia memahami dan menerapkan nilai 1Malaysia dalam diri mereka. Selain itu, kempen perpaduan teras kepenggunaan juga boleh dianggap berkualiti kerana kaedah pembujukan yang digunakan sangat baik. Antara kaedah pembujukan yan dilakukan oleh pihak yang terlibat dengan kempen perpaduan teras kepenggunaan ialah, mengadakan program menulis mesej "Apa yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia", Pertandingan Mewarna peringkat akhir, mengadakan aktiviti jangkauan (outreach program) dan banyak lagi. Bermula dari sini, pembujukan dapat dilakukan dengan memberi ganjaran malah memberi kesedaran kepada khalayak sasaran.

    BalasPadam
  2. Salam 1 Malaysia..saya bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh saudari Nurliza..saya ingin mengulas tentang kempen Anti Cetak Rompak.Kempen tersebut sudah lama dijalankan oleh pelaksana kempen tetapi objektif yang disasarkan oleh pelaksana kempen tidak tercapai.Orang ramai membeli barangan cetak rompak seperti VCD kerana harga barangan cetak rompak adalah murah.Mesej dalam kempen anti cetak rompak perlu diubahsuai menjadi mesej yang lebih luar biasa agar orang ramai sedar akan kepentingan membeli barangan yang original. Selain itu, mesej dalam kempen tersebut haruslah mengandungi unsur-unsur yang dapat menakutkan orang ramai dan kebaikan serta manfaat yang diperolehi sekiranya membeli barangan yang original. Selain itu, gambarfoto dan ilustrasi yang menggambarkan keburukan dan kejahilan pengguna barangan cetak rompak perlulah dimasukkan dalam kempen tersebut supaya memberi kesedaran yang mendalam terhadap masyarakat agar tidak menggunakan barangan cetak rompak yang mampu menjatuhkan industri hiburan di negara kita.

    BalasPadam
  3. Salam buat En.Syah dan rakan sekalian,

    Saya beri contoh Kempen Satu Sekolah untuk Semua (Kempen SSS), kempen ini bertujuan untuk satu Bangsa Malaysia di masa hadapan. Bagi saya kempen ini sangat baik, kerana awal penubuhan kempen ini dikemukakan sendiri oleh segolongan rakyat Malaysia yang prihatin pada perpaduan nasional di dalam negara ini. Malah kempen ini mempunyai satu laman blog khas iaitu http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com. Namun, mungkin kerana kempen ini berkecuali daripada mana-mana fahaman politik maka kempen ini seperti tidak pernah wujud malah tidak diketahui umum oleh masyarakat di Malaysia.

    Persoalan saya, mestikah sesuatu kempen di sebuah negara bertunjangkan politik demi untuk meraih sokongan daripada audien? :-)

    BalasPadam
  4. Assalamulaikum dan salam sejahtera…
    Pada pendapat saya, kempen yang dijalankan di dalam negara Malaysia memang banyak dilaksanakan terutama kempen sosial. Baru-baru ini, kempen ‘Kami Prihatin’ telah dilaksanakan untuk menangani masalah pembuangan bayi. Namun demkian, yang menjadi persoalan ialah sejauhmana kempen ini mampu mengatasi masalah ini. Hal ini kerana pihak pelaksana kempen tidak memikirkan cara untuk meluaskan kempen ini di setiap negeri. Kempen ini hanya menggunakan media sebagai pengantar mesej tetapi jarak mesej ini disampaikan terlalu jauh kepada khalayak. Sepatutnya, mereka perlu pergi ke setiap negeri untuk menyampaikan mesej kempen ini.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Menurut saya kempen yang berjaya menarik perhatian saya dalam kualiti kaedah dan mesej pembujukan ialah Kempen Budaya Membaca.Walaupun kempen ini sudah lama wujud dalam negara tetapi kesannya amat sedikit dan tidak menyeluruh.Kita sering mendengar kempen ini dalam media massa,elektronik dan terutamanya dalam perpustakaan agar dapat menanamkan semangat membaca dalam generasi masa kini tetapi kesannya masih kabur.

    Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

    Pada pendapat saya, banyak kempen awam telah dijalankan di negara ini sejak dari dulu lagi. Kempen alam sekitar, keselamatan, budaya dan banyak lagi kempen telah dilancarkan saban tahun. Namun begitu, kesannya tidak mampu mencapai satu tahap maksimun disebabkan kualiti kempen yang masih rendah. Contohnya, kempen keselamatan jalan raya, biarpun kempen ini giat dijalankan mengikut pelan keselamatan jalan raya 2006-2010, namun, kadar kemalangan jalan raya masih berada pada peratusan yang tinggi. Dapat dilihat disini bahawa kualiti kempen keselamatan jalan raya masih rendah dan tidak dapat mencapai tahap optimum dalam menyelesaikan masalah kemalangan di negara ini.

    BalasPadam
  7. Hai,pada pendapat saya sukar bagi kita mentafsir kejayaan satu-satu kempen kerana ia merupakan satu keadaan yang berterusan. Contohnya, kempen Budi Bahasa Budaya Kita,walaupun kempen ini sudah pun dilaksanakan akan tetapi masih ada lagi budaya asing yang kurang menyenangkan diamalkan di Negara kita. Pada pendapat saya, kempen sebegini haruslah dijalankan secara berterusan dan dipandang serius oleh semua pihak kerana ianya membawa nama baik Negara kita di mata dunia luar. Sehingga kini masalah mengenai budaya kita masih lagi dipertikaikan. Yang mengejutkan khalayak yang membawa masalah yang banyak ialah golongan berada iaitu golongan atasan.TQ

    BalasPadam
  8. Assalamuaikum dan salam sejahtera.

    Pada pendapat saya kempen yang menarik minat saya adalah kempen 'Kami Prihatin'. Kerana isu ini sangat berleluasa pada masa kini dan pada tahap 4/10. Fakta tentang keburukan dan bagaimana masalah tersebut boleh diselesaikan tanpa melakukan dosa pembuangan bayi yang tidak bersalah.

    BalasPadam
  9. Salam kepada pembaca sekalian,

    Saban hari kita disogok dengan pelbagai jenis kempen di persekitaran kita. Baik kempen politik, kempen sosial mahupun kempen perniagaan, semuanya tidak putus-putus dicanangkan. Disebabkan itu, pelaksana kempen sentiasa mencari pendekatan-pendekatan baru bagi memastikan mesej mereka benar-benar dapat di dengari oleh khalayak sasar. Kempen yang paling giat dan paling meluas pendedahannya di media massa dewasa ini adalah Kempen 1Malaysia. Kempen sosial yang bersifat patriotik ini, memberi penekanan kepada pemantapan jatidiri rakyat untuk membentuk satu bangsa Malaysia, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Apa yang menarik mengenai kempen ini adalah penjenamaan '1Malaysia' telah menjadi begitu besar impaknya kepada kita rakyat Malaysia secara amnya. Selain daripada sokongan penuh dari media cetak dan media elektronik, usaha kempen turut dikembangkan oleh badan-badan kerajaan juga syarikat korporat yang sering menyelitkan elemen '1Malaysia' ini di dalam kaedah pembujukan Malaysia. Lihat sahaja kepada kempen-kempen seperti Kempen Beli Barang Buatan Malaysia, Kempen Bulan Penggunaan Bahasa Kebangsaan malah kempen sokongan kepada atlit-atlit yang bertandingan di kejohanan antarabangsa juga kini tidak dapat lari daripada hubung kaitnya dengan jenama 1Malaysia. Syarikat-syarikat pengeluar tempatan juga turut mengadaptasi elemen 1Malaysia dalam produk mereka, baik logo mahupun ungkapan 1Malaysia yang makin kerap kedengaran dalam pengisian kempen dan teks pembujukan mereka. Lebih jelas lagi, ungkapan 'Salam sejahtera' yang sering digunakan dalam kehidupan kita seharian kini lebih kerap digantikan dengan ucapan 'Salam 1Malaysia'. Walaubagaimanapun, mungkin jika dinilai dari sudut kualiti kaedah pembujukan ini, lambakan imejan dan gambaran yang berkaitan dengan 1Malaysia dalam pelbagai bentuk kempen, menjadikan pengisiannya tampak tidak begitu tulin. Mungkin ramai di kalangan kita yang hanya tahu mengungkapkannya tetapi sebenarnya masih kabur tentang apakah intipati sebenar semangat '1Malaysia'? Wajar rasanya jika kerajaan meneruskan pemantauan kepada pemahaman sebenar pengisian kempen ini dan tidak membiarkan 1Malaysia akhirnya hanya menjadi sekadar satu ungkapan ataupun isu yang dipolitikkan di atas podium pilihan raya.

    Sekian.

    BalasPadam
  10. Salam 1 Malaysia. Kempen kitar semula merupakan salah satu kempen yang pada pandangan saya mempunyai kualiti kaedah dan mesej pembujukan yang amat baik. Dengan penegsan slogan 3R iaitu “reduce, recycle dan reuse” serta slogan “fikir dulu sebelum buang” cukup menunjukkan mesej yang cuba disampaikan kepada khalayak sasar. Hal ini dapat dibuktikan apabila pelbagai pihak mengambil langkah positif dengan mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyahut dan menyokong program kitar semula ini. Contohnya pihak sekolah terutamanya mendidik pelajar dengan mengadakan minggu kitar semula, hari kitar semula, pertandingan kitar semula antara IPT dan perlumbaan kitar semula. Disampimg itu, kementerian juga menjalankan pelbagai program kesedaran kepada masyarakat seperti melalui lagu, iklan di televisyen, radio dan papan-papan iklan untuk menyedarkan khalayak.

    BalasPadam
  11. Assalamulaikum dan salam 1malaysia..

    En. Syah dan semua pembaca blog ini,

    pada pendapat saya, 'kempen Kami prihatin' telah menarik minat orang ramai tentang kesedaran masyarakat di negara ini untuk membuat satu perubahan dan anjakan paradigma untuk mengetahui kesedaran tentang berbuatan zalim ini. kempen ini benar- benar menyayati hati dan memaberi impak yang besar kepada masyarakat untuk membuat penilaian sejauhmanakah sikap haiwan didalam diri manusia, yang tidak tahu menailai dan menyedari DOSA yang dilakukan.

    BalasPadam
  12. salam sejahtera
    Menurut pembacaan melalui Kempen perpaduan kaum yang ditugaskan kepada saya, kempen 1Malaysia mempunyai tahap kualiti yang baik, namun harus dipertingkatkan lagi kerana kesannya belum betul-betul jelas kelihatan. Sesetengah individu mempunyai pemahaman yang berbeza dengan konsep 1Malaysia ini. Oleh yang demikian, pemahaman konsep seharusnya diketengahkan agar setiap penduduk pribumi Malaysia memahami dan menerapkan nilai 1Malaysia dalam diri mereka. Selain itu, kempen perpaduan teras kepenggunaan juga boleh dianggap berkualiti kerana kaedah pembujukan yang digunakan sangat baik. Antara kaedah pembujukan yan dilakukan oleh pihak yang terlibat dengan kempen perpaduan teras kepenggunaan ialah, mengadakan program menulis mesej "Apa yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia", Pertandingan Mewarna peringkat akhir, mengadakan aktiviti jangkauan (outreach program) dan banyak lagi. Bermula dari sini, pembujukan dapat dilakukan dengan memberi ganjaran malah memberi kesedaran kepada khalayak sasaran

    BalasPadam
  13. Asalamualaikum semua,
    Pada pendapat saya, pengaplikasian kaedah pembujukan yang betul serta keberkesanan mesej yang disampaikan dalam sesuatu kempen adalah penting. Ini adalah untuk memastikan agar sesuatu kempen itu mampu menarik perhatian dan merangsang minat khalayak/audiens. Di negara kita, terdapat beberapa contoh kempen yang sedang dijalankan, dimana keberkesanannya dapat dinilai dari kedua-dua faktor berkenaan. Misalnya, kempen "Jangan Merokok" sepertimana yang sedang dijalankan melalui kaedah pengiklanan pada masa ini merupakan suatu kaedah yang berkualiti. Pengiklanan adalah salah satu pendekatan komunikasi lisan yang dapat menyebarkan sesuatu mesej secara pantas dan meluas. Melalui kaedah ini, mesej Larangan Merokok dapat disebarkan secara langsung kepada golongan sasar kerana ia disalurkan melalui pelbagai media elektronik seperti TV dan Radio secara berulang.

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum dan salam 1Kampus kepada ahli PRCircle dan En.Syahruddin yang saya hormati.

    Saya amat menghormati dengan cadangan dan anjuran daripada Datuk Mayor DBKK. Usaha mereka untuk membanteras Kutu Sampah perlu dapat pujian dan sokongan dari semua rakyat. Sejak Datuk Iliyas jadi Mayor, Bandaraya Kota Kinabalu sudah banyak perubahan. Bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga minda masyarakat. KK semakin bersih dan indah. Sasaran mereka, seluruh kawasan KK akan terus bersih. Jadi kita kena beri sokongan melalui bantuan yang sewajarnya. Sesiapa sahaja yang terlihat orang buang sampah, sms sama DBKK - 088210011. Catat tarikh, nombor kereta, masa, lokasi dan apa barang yang dia buang. Saya pun ada SMS sama dorang, saya nampak ada orang buang botol bah... pada 28 Julai, jam 4.25 petang, depan Chan Furniture, Karamunsing, Pemandu lori SB 4932 buang botol, saya periksa botol itu...ternyata.... Botol Cap Guiness Stout... ternyata pemandu lori tersebut minuma minuman beralkohol. Mari kita bersihkan KK dari kutusampah, jual rokok haram dan PTI.

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

    Dengan mengambil kempen 1malaysia yang telah dilancarkan oleh perdana menteri kita,saya berpendapat kempen yang di jalankan ini adalah sangat baik dan mendapat sambutan yang tinggi dari masyarakat malaysia.Aktiviti dalam menyampaikan mesej gagasan tersebut adalah sangat jelas sehingga mendapat sokongan yang menggalakkan.tetapi masih terdapat kelemahan kecil yang perlu di buat penambaikan dalam memikat golongan muda ini kerana dilihat golongan tersebut masih belum memahami dan meneriman gagasan 1malaysia.cadangan saya ialah,pihak kerajaan perlu turun padang untuk mendekati golongan ini dan memberi kan penjelasan lebih jelas kepada mereka agar mereka ini dalam mendalami dan menanamkam semangat cintakan negara makmur ini.

    BalasPadam
  16. Selamat sejahtera,
    Di sini saya ingin berkongsi mengenai ciri-ciri kaedah dan mesej pembujukan yang dilaksanakan semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya dilaksanakan. Antaranya adalah seperti berikut:
    a) Kualiti Kaedah
    Keadah yang dilaksanakan adalah banyak. Antaranya adalah seperti menempatkan patung-patung yang me,punyai mirip seperti polis trafik di jalan-jalan yang disyaki mengalami kemalangan jalan raya. Namun begitu, kaedah iini sudah tidak memberi sebarang kesan kepada pemandu-pemandu kerana kebanyakan pemandu telah lali melihat patung tersebut dan mengtetahui bahawa patung-patung tersebut hanyalah untuk menggertak mereka.
    b) Mesej Pembujukan
    Banyak poster-poster yang terpapar di merata-rata tempat. Mesej yang disampaikan tidak memberi sebarang kesan sepenuhnya terhadap masyarakat. Hal ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang buta huruf tidak memahami mesej yang hendak disampaikan dalam poster.

    BalasPadam
  17. Salam sejahtera. Saya amat setuju dengan apa ulasan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan saya di atas.
    Menurut pembacaan melalui Kempen kebersihan tentang sungai yang ditugaskan kepada saya, ‘Kempen Cintai Sungai Kita’ mempunyai tahap kualiti yang baik, namun harus dipertingkatkan lagi kerana kesannya belum betul-betul jelas kelihatan. Hal ini disebabkan kempen ini tahap pencemaran air masih meningkat di negara kita dan sesetengah masyarakat masih tidak memberi kerjasama untuk menjayakan kempen tersebut. Oleh itu, program-program yang berkaitan dengan ‘Kempen Cintai Sungai Kita’ seperti program kebersihan sungai, program pendidikan dan sebagainya harus dilaksanakan supaya kebersihan sungai dapat dijaminkan dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang bersih.

    BalasPadam