Terdapat kecenderungan dalam kalangan pembujuk untuk mengaplikasikan kaedah pembujukan yang bercanggah dengan norma serta nilai dalam sesebuah masyarakat. Kempen perniagaan menerusi promosi jualan dan periklanan kerapkali dikaitkan dengan gerakerja pembujukan tidak beretika. Kemahuan untuk memperoleh keuntungan menerusi perhatian prospek pelanggan/pengguna menyebabkan pembujuk membelakangkan aspek etika semasa membujuk.
Bincangkan...bagaimana satu-satu gerakerja pembujukan yang tidak beretika boleh menjejaskan integriti seseorang pembujuk.
Salam buat En. Syah dan rakan sekalian,
BalasPadamSeperti yang telah dipelajari, Pembujukan tidak beretika dapat dikenalpasti jika gerakerja mengandungi aspek-aspek berikut;
1. Terdapat kecenderungan untuk memperdayakan pihak lain dengan menawarkan satu-satu produk pada harga yang keterlaluan sehingga berjaya menarik minat pembeli.
2. Wujud daya tarikan melampau tetapi tidak kena pada tempat dan tidak sesuai dengtan produk yang dipromosikan.
3. Penggunaan unsur yang sensitif kepada agama, adat resam, dan moral masyarakat setempat.
Bila mana perkara ini yang terjadi kesannya kepada pembujuk ialah ;
1. Pembujuk menjadi seorang yang lebih mementingkan keuntungan daripada kepuasan pelanggan.
2. Pembujuk tamak dan pentingkan diri sendiri.
3. Pembujuk tidak berkredibiliti.
dan sebagainya :-)
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
BalasPadamSeseorang pembujuk yang tidak beretika akan mengalami integriti yang tidak baik. Sebagai contoh, apabila pembujuk di dalam sebuah syarikat telah mengalami masalah dengan khalayak sasar dan khalayak sasar tersebut mengambil tindakan seperti menyaman syarikat tersebut maka pembujuk tersebut akan diberhentikan kerja dengan mempunyai rekod yang buruk di dalam pekerjaan. Oleh demikian, individu tersebut akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan . Selain itu, disebabkan tindakan pembujuk tidak berertika itu maka syarikat yang disaman tersebut akan menjadi merosot di dalam menaikkan nama syarikat tersebut. Pembujuk yang tidak berertika akan menyebabkan pelbagai pihak mendapat kesan negatif. Masyarakat juga akan mula memandang serong terhadap syarikat yang disaman kerana mempunyai tenaga kerja yang tidak berkualiti.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BalasPadamPada pendapat saya garakerja pemujukan yang tidak beretika boleh menjejaskan integriti seorang pembujuk ialah apabila seorang pembujuk mempunyai kesan emosi apabila berlaku pembujukan.Apabila seorang pembujuk tidak dapat mengawal emosi dalam proses pembujukan akan menyebabakan proses pembujukan tersebut gagal dan secara langsung kredibiliti seorang pembujuk akan hilang begitu sahaja.Seharusnya seorang pembujuk yang berkebolehan seharusnya dapat menepis segala emosi negatif yang terdapat dalam dirinya
Di sini saya ingin berkongsi cerita berkaitan dengan isu ini iaitu semasa saya menyaksikan seorang pembujuk melakukan pembujukan tetapi dia tidak dapat menarik sesiapa dalam proses pemujukannya dan ini menimbulkan emosi dalam dirinya dan marah dengan orang yang lalu lalang di depannya iaitu "Kalau tak nak membeli tak perlu la jalan sini". Walhal tempat tersebut merupakan tempat lalu lalang orang ramai.. Hal ini menunjukkan kurangnya etika pembujukan yang terdapat dalam indvidu tersebut. Kita sebagai pembujuk seharusnya bijak untuk menangkis emosi kita daripada membelenggu diri kita sehingga merosakkan etika pembujuk.
Sekian Terima Kasih
Hai, saya setuju mengenai pandangan rakan-rakan di atas. Pada pandangan saya, integriti pembujuk akan terjejas dengan melakukan pembujukan di luar etika. Ini akan memberikan pandangan yang buruk oleh audien terhadap pembujuk. Pandangan ini mampu memberikan kesan kepada produk yang dipasarkan oleh satu-satu perniagaan itu. Secara tidak lansung, ianay akan menjatuhkan kejayaan diri pembujuk kerana mesej yang disampaikan mungkin menyentuh isu-isu sensitive suatu pihak dan ada juga di antaranya akan menyebabkan audiens merasa tertipu dengan mesej yang telah disampaikan oleh pembujuk kerana ianay terlalu bersifat berputar belit.boleh disimpulkan di sini bahawa pembujukan secara tulus tanpa sebarang tipu helah amat penting kerana walaupun kita tidak mendapat kejayaan pada masa tersebut,sekurang-kurangnya nama baik syarikat tidak jatuh gara-gara perkara sedemikian.TQ
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera..
BalasPadamGerak kerja oleh seseorang pekerja dalam sesebuah kempen mendatangkan sedikit sebanyak kebaikan dan keburukan yang akhirnya memberi nilai positif atau pun negatif.
Pekerja yang tidak boleh bekerja dibawah tekanan akan menyumbang kepada masalah kesan nilai yang diberikan kepada seluruh organisasi.
Perubahan emosi yang berlaku akibat kegagalan mengawal perasaan semasa bekerja menyebabkan proses pembujukan boleh terus menerus gagal dan kredibiliti pembujuk pasti akan hilang.
Sekian.
Saya juga sependapat dengan rakan rakan dia atas bahawa pembujukan yang tidak beretika akan menjejaskan integriti pembujuk. Hal ini kerana pembujukan yang tidak beretika akan memperlihatkan sisi negatif seseorang pembujuk kepada khalayak.Ianya akan memberi imej negatif kepada syarikat itu sendiri.
BalasPadamContohnya, ketika saya berada di pusat beli belah, promoter jualan produk seolah-olah memaksa saya untuk membeli barangan mereka.dengan bahasa yang digunakan yang tidak sopan telah menyebabkan saya memarahi promoter itu semula.
pada pendapat saya, apabila pembujuk itu melakukan pembujukan dengan cara yang disenangi khalayak, saya pasti mereka pasti dapat menarik perhatian khalayak tidak kiralah ianya berlaku secara spontan atau tindak balasnya adalah kemuadian.
Salam 1 Malaysia...saya amat bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan
BalasPadamdi atas. Pembujuk haruslah mengelakkan daripada melakukan pembujukan yang tidak beretika dan pembujukan yang tidak beretika mampu menjejaskan integriti pembujuk itu sendiri. Gerakerja pembujukan yang mengandungi unsur penipuan seperti menawarkan harga sesuatu barang yang tinggi dan keterlaluan kepada pihak yang dibujuk sekaligus pihak yang dibujuk terpedaya dengan pujukan si pembujuk merupakan gerakerja yang perlu dihindari. Para pembujuk haruslah sentiasa mengingati bahawa pihak yang dibujuk dapat mengesani penipuan si pembujuk selepas sesi pembujukan selesai kerana masa inilah pihak yang dibujuk memikir kembali kata-kata yang diungkapkan oleh pihak pembujuk sekaligus menyedari penipuan si pembujuk. Pihak yang dibujuk tidak menyedari penipuan pembujuk semasa aktiviti pembujukan berlangsung kerana pihak yang dibujuk dibuai dengan kata-kata yang manis seperti madu di samping komunikasi non verbal si pembujuk yang menarik dan hebat.Walaupun pembujuk telah berjaya memperdayakan pihak yang dibujuk, namun bukan selamanya pihak yang dibujuk akan terpedaya dengan pembujuk.
Salam,
BalasPadamAktiviti-aktiviti pembujukan memang tidak dapat lari dari berdepan dengan isu etika. Pelanggaran etika berlaku apabila pembujuk mempunyai motif exterior dalam kempen mereka yang sebenarnya telah menyimpang daripada keaslian pengisian kempen yang asal. Motif biasanya didorong oleh faktor-faktor yang berkait rapat dengan kepentingan pihak pembujuk baik sebagai sebuah pasukan mahupun individu. Kaedah pembujukan dianggap sebagai tidak beretika apabila mesej yang mereka sampaikan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar-baik ianya produk, servis, manifesto atau apa juga bentuk pengisian kempen. Seperti yang pernah berlaku baru-baru ini, lebih tepat lagi pada bulan Ramadhan tahun ini, telah timbul isu penggunaan nama “Buffet Ramadhan” oleh beberapa buah restoran di Kuala Lumpur. Isu etika timbul kerana restoran-restoran tersebut turut mempunyai pilihan hidangan minuman keras di dalam menu mereka. Walaupun restoran-restoran terbabit cuba menegaskan bahawa makanan mereka di masak menggunakan sumber bahan mentah yang halal dan jauh sekali dari menghidangkan makanan berasaskan daging khinzir, namun pihak Jabatan Agama Islam tetap merasakan penggunaan nama “Buffet Ramadhan” adalah tidak wajar dan boleh memperdayakan serta menyinggung sensitiviti golongan pengguna yang beragama Islam. Sudah semestinya kesan daripada insiden itu sedikit sebanyak akan menggugat integriti restoran-restoran berkenaan pada pandangan pelanggan-pelanggan mereka yang beragama Islam. Status halal makanan yang mereka hidangkan akan terus diragui dan dipertikaikan walaupun setelah mereka diarahkan menghentikan penggunaan kempen “Buffet Ramadhan” dengan serta merta. Jelas membuktikan bahawa integriti pembujuk memang berkait secara langsung dengan amalan pembujukan yang beretika.
Sekian.
Salam 1 malaysia. Berdasarkan pendapat rakan-rakan yang lain saya juga bersetuju bahawa satu-satu gerakerja pembujukan yang tidak beretika boleh menjejaskan integrity seseorang pembujuk apabila pembujuk tidak dapat mengawal emosi ketika menjalankan proses pembujukan. Pembujuk memiliki kecenderungan untuk memaksa dan memperdayakan khalayak sasarannya dengan menawarkan sesuatu yang diluar kemampuan sasarannya seperti menjual dengan harga yang mahal namun bijak menggunakan kata-kata pujukan yang menyebabkan khalayak sasarnya terpedaya. Hal ini dapat menunjukkan pemujuk yang tidak mempunyai kreadibiliti dalam dirinya kerana tidak beretika dalam menjalankan tugasnya dan bersikap mementingkan diri sendiri demi keuntungannya.
BalasPadamsalam sejahtera
BalasPadamGerak kerja oleh seseorang pekerja dalam sesebuah kempen mendatangkan sedikit sebanyak kebaikan dan keburukan yang akhirnya memberi nilai positif ataupun negatif.
Pekerja yang tidak boleh bekerja dibawah tekanan akan menyumbang kepada masalah kesan nilai yang diberikan kepada seluruh organisasi.
Perubahan emosi yang berlaku akibat kegagalan mengawal perasaan semasa bekerja menyebabkan proses pembujukan boleh terus menerus gagal dan kredibiliti pembujuk pasti akan hilang.
Assalamulaikum dan salam 1malaysia
BalasPadamEn. Syah dan semua rakan-rakan seperjuangan...
pada pendapat saya kadang kala pada masa kini terdapat kekurangan nilai etika dalam diri masyarakat yang semakin jauh dari adat ketimuran kita. begitu juga dalam etika sesuatu pembujukan masa kini kadang kala ada pembujuk yang mementingkan diri tidak mematuhi etika sosial kerja yang baik. pembujuk dalam pengiklanan juga begitu mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga melupakan nilai-nilai yang perlu diterap dalam diri kita. dari segi agama dan moral serta kesedaran sivik dalam sesuatu perkara yang hendak kita lakukan.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
BalasPadamEncik Syah dan rakan2 seperjuangan....
Konsep etika dalam proses pembujukan memainkan peranan penting bagi mencerminkan kewibawaan dan integriti seseorang pembujuk. Dalam hal ini, seseorang pembujuk perlu mematuhi beberapa garispanduan dan prinsip asas sejajar dengan norma dan nilai-nilai yang menjadi amalan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Pelaksana kempen boleh memilih untuk menggunakan kaedah pembujukan yang mematuhi peraturan iaitu berusaha menghindarkan elemen yang bercanggah dengan moral dan tuntutan agama. Pelaksana kempen termasuk kempen promosi jualan dan periklanan seharusnya mengutamakan aspek moral dan sensitiviti ahli masyarakat yang disasarkan dalam kempen dan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata. Dua kesan langsung daripada pembujukan beretika adalah audiens / khalayak menerima kehadiran pembujuk sebagai rakan dan bukan sebagai seteru / ancaman. Pembujukan yang konsisten memperjuangkan sesuatu ideologi atau subjek untuk kepentingan masyarakat dapat mengelakkan sebarang unsur negatif yang boleh memberi kesan samada dari segi perpaduan kaum, kehormatan agama, ritual adat, maruah individu, serta nama baik sesebuah masyarakat. Konsep etika dalam sebarang bentuk tindakan manusia adalah sejajar dengan prinsip agama dan moral iaitu penekanan terhadap kebaikan dan kesejahteraan dalam kehidupan penganutnya. Maka pengabaian terhadap mana-mana garispanduan serta prinsip dalam sesuatu proses pembujukan bolehlah disifatkan sebagai amalan yang tidak beretika. Amalan seperti ini sepatutnya dijauhi kerana ia adalah bertentangan dengan norma-norma kemasyarakatan. Gerakkerja pembujukan yang tidak beretika akan membawa kesan negatif serta mengundang kepada wujudnya kecelaruan, percanggahan dengan lumrah tabii manusia.
Assalamualaikum dan salam 1Kampus saya ucapkan buat En.Syahruddin dan ahli PRCircle yang dihormati...
BalasPadamSaya amat bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan
di atas. Pembujuk haruslah mengelakkan daripada melakukan pembujukan yang tidak beretika dan pembujukan yang tidak beretika mampu menjejaskan integriti pembujuk itu sendiri. Gerakerja pembujukan yang mengandungi unsur penipuan seperti menawarkan harga sesuatu barang yang tinggi dan keterlaluan kepada pihak yang dibujuk sekaligus pihak yang dibujuk terpedaya dengan pujukan si pembujuk merupakan gerakerja yang perlu dihindari. Para pembujuk haruslah sentiasa mengingati bahawa pihak yang dibujuk dapat mengesani penipuan si pembujuk selepas sesi pembujukan selesai kerana masa inilah pihak yang dibujuk memikir kembali kata-kata yang diungkapkan oleh pihak pembujuk sekaligus menyedari penipuan si pembujuk. Pihak yang dibujuk tidak menyedari penipuan pembujuk semasa aktiviti pembujukan berlangsung kerana pihak yang dibujuk dibuai dengan kata-kata yang manis seperti madu di samping komunikasi non verbal si pembujuk yang menarik dan hebat.Walaupun pembujuk telah berjaya memperdayakan pihak yang dibujuk, namun bukan selamanya pihak yang dibujuk akan terpedaya dengan pembujuk.
Kusmayani Jainudin
YA2008-1143
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
BalasPadamGerakerja yang tidak beretika akan memberi pelbagai impak yang negatif terhadap pembujuk itu sendiri di antaranya ialah :
1)pembujuk itu akan dilihat tidak berkreadibiliti.
2)pembujuk akan di lihat di menhormati norma dan nilai-nilai masyarakat di sekeliling.
3)pembujuk akan menjadi tamak dan mementingkan diri sahaja tanpa menghiraukan perasaan khalayak.
Selamat Sejahtera,
BalasPadamPelaksanaan kempen secara beretika adalah amat penting dalam sesebuah kempen. Namun begitu, beberapa kesan yang berkaitan dengan intergriti seseorang pembujuk adalah seperti berikut:
a) Pembujuk akan diberikan imej negatif oleh audiens yang telah menjadi "mangsa" kepada pembujuk itu sendiri. Hal ini boleh menyebabkan tiada sokongan yang akan berlaku sekiranya pembujuk tersebut mengadakan kempen yang laiin pada masa akan datang.
b) Audiens juga akan mendapat pengaruh negatif. Sebagai contoh, berkemungkinan audiens yang tidak dapat menerima tekanan yang dilakukan oleh pembujuk secara tidak beretika akan menyebabkan berlakukanya penyakit kemurungan dan sebagainya
c) Apabila intergriti pembujuk tergugat, hal ini seterusnya akan memberikan kesan terhadap organisasi yang diikuti oleh pembujuk itu sendiri. Masyarakat luar juga tidak akan menghormati organisasi tersebut dan seterusnya akan menyebabkan organisasi tersebut berpecah belah.
Salam sejahtera..Saya amat setuju dengan ulasan-ulasan yang dinyatakan oleh rakan-rakan saya di atas.
BalasPadamPada pandangan saya, sesuatu gerakerja pembujukan yang tidak beretika boleh menjejaskan integrity seseorang pembujukan dengan memberi imej yang buruk kepada orang yang dipujuk. Hal ini disebabkan terdapat sesetengah pembujukan sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik untuk menjayakan pembujukan tersebut. Selain itu, mereka juga sanggup melakukan pembujukan dengan menyalahi agama masing-masing. Dengan itu akan membangkit kemarahan pelbagai kaum. Selain membangkitkan kemarahan agama masing-masing, mereka juga menyalahi etika dalam pembujukan. Oleh itu, seorang pembujukan yang tidak beretika bukan hanya gerakerja mereka, malahan imej organisasi mereka juga akan terjejas.