Penglibatan aktif yang berterusan oleh masyarakat sivil di negara ini untuk menimbulkan kesedaran dan sokongan daripada ahli masyarakat setempat sudah sekian lama menjadi lanskap gerakerja kemasyarakatan di peringkat tempatan. Namun, penglibatan secara berkelompok dan mengikut konteks isu di peringkat global masih agak baharu bagi warga Malaysia.
Fikirkan...pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera…
BalasPadamPerbincangan mengenai penglibatan masyarakat sivil di negara untuk menimbulkan kesedaran dan sokongan hanya berpusat di dalam negara sahaja dan kurang menyerlah di peringkat serantau dan antarabangsa. Kita tidak dapat menafikan pernyataan seperti di atas kerana ada beberapa factor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa.
Pada pengamatan saya, antara faktor yang menyebabkan timbulnya isu kurang penglibatan warga Malaysia adalah kerana sesetangah pelaksana kempen sosial kurang berminat dengan kempen-kempen sosial yang bukan bermotifkan keuntungan. Tambahan pula kempen sosial pada kebiasaannya tidak dapat menarik perhatian badan-badan korporat, berkanun dan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan pembiayaan bagi menjayakan kempen sosial mereka. Tanpa keuntungan dan pembiayaan, bagaimana sesebuah kempen dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat antarabangsa? Kos perbelanjaan bukan sikit tapi beratus-ratus ribu dan adakalanya mencecah juta.
Faktor seterusnya ialah kurangnya pendedahan awal terhadap kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa. Kurangnya pendedahan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu akan menyebabkan warga Malaysia tidak berminat untuk menyertai kempen sosial. Lama-kelamaan, minat yang cuba dipupuk akhirnya akan menjadikan warga Malaysia kurang yakin terhadap kempen yang akan mereka perjuangkan. Tidak hairanlah jika kesedaran sivik kurang dikalangan warga Malaysia dan adakalanya kita mungkin akan berfikiran pentingkan diri sendiri.
Selain itu, perbezaan budaya, bahasa dan pendapat yang selalu bercanggah juga adalah antara faktor penyebab warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa. Perbezaan budaya negara-negara Asia yang masih lagi berpegang pada landasan ketimuran dengan budaya Barat adalah jauh berbeza. Begitu juga dengan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan rakyat Malaysia dan percanggahan pendapat yang selalu timbul akibat wujudnya keegoan di kalangan negara-negara maju yang susah untuk menerima pandangan negara-negara yang membangun. Kempen Alam sekitar misalnya, negara-negara maju lebih suka dengan sikap dingin dan diam mereka dan tidak mahu memeterai perjanjian hanya kerana mereka terlibat sama dalam pemusnahan alam sekitar dunia.
Saya sangat bersetuju dan bersependapat dengan saudari Intan.M..Paling saya setuju adalah melibatkan bahasa. Tidak semua rakyat Malaysia boelh berbahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris, termasuk saya sendiri. Saya lebih menekankan sebab saya sendiri mengapa tidak atau jarang terlibat dengan kempen sosial ini. Pertama sekali, saya tidak diberi peluang, malah tidak nampak bagaimana caranya untuk menyertai kempen sosial di peringkat serantau apatah lagi antarabangsa. Kadang-kadang, kempen sosial yang ingin saya sertai adalah misi keamanan dunia, seperti yang ke Gaza. Namun, sedikit sebanyak timbul rasa cuak dan takut sekiranya saya menjadi mangsa dalam misi tersebut. Dalam hal ini, tidak pastilah sama ada orang lain turut merasakan apa yang saya rasa, tapi saya memang mempunyai tahap ketakutan yang agak tinggi. Selain itu, kempen sosial yang lain seperti pertolongan untuk warga-warga yang memerlukan, rumah orang tua ataupun nak yatim, ingin sekali saya menyertainya. Namun, secara jujurnya, saya adalah insan lemah dan terlalu sensitif, mudah untuk menangis apabila melihat keadaan seperti mereka-mereka yang memerlukan. Terbit juga rasa ingin membuatkan mereka bahagia, namun, kadang-kadang, kita tidak mampu mahu menolong semua insan di dunia ini.
BalasPadamSeperti yang dinyatakan oleh saudari Intan di atas, sememangnya tiada pendedahan yang dilakukan berkenaan dengan kempen sosial ini. Buktinya, saya sendiri belum pernah melihat atau menerima tawaran menyertai kempen sosial di tempat saya.
Salam buat En.Syah dan rakan sekalian,
BalasPadamSeperti yang telah dipelajari, antara faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa ialah :
1. Kos pengangkutan, tenaga sukarelawan dan logistik agak tinggi.
2. Masalah imigresen di sebilangan negara. Contohnya peraturan ketat dan perlu melalui proses yang rumit seperti di Gaza.
3. Keselamatan sukarelawan di tahap paling sensitif iaitu sukar menjangka masalah yang timbul akibat krisis kemanusiaan dan perang.
Bagi pendapat saya, rakyat Malaysia tersangat prihatin terhadap kempen sosial global. ini kerana, bilamana berlaku bencana sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara kutipan derma sangat-sangat memuaskan. Malah baru-baru ini atas sumbangan dariapada kedua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia, kini klinik buat warga Palestin dalam 90% siap pembinaaan.
Berat mata memandang, Berat lagi bahu yg memikul
namun
Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing :-)
Pada pendapat saya, penglibatan yang kurang oleh masyarakat setempat di dalam kempen-kempen sosial kerana kempen-kempen sosial kebanyakkannya terlalu mementingkan publisiti semata-mata. Sebagai contoh, kempen untuk menjaga kebersihan terlalu banyak seperti cendawan yang tumbuh tetapi kesemua kempen tersebut banyak yang mendahulukan publisiti daripada kesedaran di dalam kempen tersebut. Selain itu, kempen sosial yang banyak dilaksanakan menyebabkan ramai masyarakat setempat keliru dengan kempen yang dilaksanakan.
BalasPadamSelain itu, kempen sosial yang dijalankan kebanyakkannya ingin menyedarkan namun kurang pembujukan di dalam kempen tersebut. Hal ini menyebabkan masyarakat akan tidak berminat dengan kempen yang dilaksanakan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
BalasPadamSaya tertarik dengan ulasan-ulasan semua berkenaan dengan faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial diperingkat serantau dan antarabangsa.
Pada pendapat saya faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang berminat melibatkan diri dalam kempen ialah:
1.Kesibukan untuk mengejar kemewahan dan merasakan kempen-kempen ini hanya membuang masa sahaja
Dengan apa yang kita sedia maklum masyarakat kini hanya mengejar kemewahan semata-mata tanpa mepedulikan masyarakat disekelilingnya. Apabila terlibat dengan kempen-kempen ini mereka merasakan membuang masa dan tidak mempunyai keuntungan dalam diri mereka.
2.Kurangnya kesedaran dalam diri
Masyarakat merasakan kempen-kempen tersebut hanya melibatkan orang-orang dalam yang menguruskan kempen tersebut dan mereka belum ada kesedaran dalam menjayakan kempen tersebut bersama-sama.Sebilangan yang aktif dalam kempen hanya melibatkan orang yang berkepentingan dalam kempen tersebut.
3.Mudah melepaskan tangan pada golongan pemerintah
Kempen sosial dilakukan oleh golongan pemerintah dan ini mewujudkan spekulasi dalam diri mereka bahawa hanya golongan pemerintah yang perlu melibatkan diri dalam kempen tersebut. Contohnya dalam kempen keamanan sejagat pelbagai cara yang dilakukan oleh golongan pemerintah untuk meningkatkan keamanan negara dengan negara lain. Hal ini menyebabkan masyarakat yakin dan pasti hanya golongan pemerintah yang perlu aktif dalam kempen.
Sekian Terima Kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
BalasPadamPada pandangan saya, terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan rakyat di negara ini kurang melibatkan diri dengan kempen tempatan dan antarabangsa. Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan di atas di mana berkaitan dengan faktor kos, bahasa, kesibukan masa, kurang prihatin dengan isu yang timbul dan tiada sumber untuk dirujuk.
Kos
Untuk faktor kos, hal ini merujuk kepada kempen antarabangsa. Kebiasaannya kempen-kempen antarabangsa ini dijalankan di luar negara tetapi mendapat liputan di kawasan tempatan. Mungkin terdapat warga tempatan yang berminat untuk menyertainya namun tidak mampu untuk berada di tempat berlangsungnya kempen disebabkan oleh kekangan kewangan.
Bahasa
Hal ini juga merujuk kepada kempen antarabangsa dimana kebanyakan kempen menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantar. Namun tidak ramai warga tempatan yang mahir berbahasa inggeris dan ini juga turut menjadi faktor mengekang.
Kesibukan masa
Hal ini merupakan satu faktor yang lazim melibatkan golongan bekerja kerana kesibukan masa, mereka tidak dapat menyertai kempen-kempen sosial.
Kurang prihatin
Hal ini berkaitan dengan sikap warga tempatan yang kurang prihatin dengan hal ehwal semasa termasuklah kempen-kempen yang sedang berlangsung. Bagi mereka, menyertai kempen adalah sesuatu yang membuang masa dan mereka lebih memilih untuk mengambil langkah berkecuali dalam hal ini.
Tiada sumber rujukan
Hal ini merujuk kepada individu yang berminat untuk menyertai kempen namun tidak tahu dimana sumber yang boleh dirujuk untuk mendapatkan maklumat kempen.
kesimpulannya, faktor-faktor ini melibatkan manusia serta beberapa aspek lain dan telah mengekang penyertaan individu untuk bersama-sama menjadi krew yang mengendalikan sesebuah kempen tempatan dan antarabangsa.
Hai, pada pandangan saya, bukannya warga Malaysia enggan melibatkan diri dalam kempen-kempen sosialdi peringkat antarabangsa tetapi tidak berpeluang melibatkan diri atas sebab-sebab yang sukar dielakan. Antara sebab-sebab yang utama ialah sebab kewangan. Kempen sosial yang dijalankan di peringkat antarabangsa memerlukan bujet yang banyak untuk kos pelancaran dan kos perjalanan. Rakyat Malaysia tidak mampu untuk menampung jumlah kos ini sekiranya semua rakyat menyertai kempen di peringkat antarabangsa ini. Oleh itu sukar bagi kita menyalahkan rakyat jika tidak menyertai kempen di perinkat serantau dan antarabangsa ini. Faktor masa juga turut memainkan peranan dalam penglibatan mereka. Mereka perlu bekerja untuk menampung keluarga masing-masing. Keadaan ini menghalang mereka untuk terlibat dalam kempen berkenaan walaupun ingin terlibat. Sekian.
BalasPadamAssalamualaikum dan Salam sejahtera..
BalasPadamPada pandangan saya, apa yang dikatakan oleh saudari Intan M.dan rakan-rakan lain di atas meliputi semua faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial diperingkat serantau dan antarabangsa.
* Bahasa. perbezaan bahasa wujud dalam dunia yang serba moden ini.
* Kos. perbezaan kos yang sangat ketara untuk mengikuti sebarang kempen di peringkat serantau dan antarabangsa.
* Kesibukan. Terlalu sibuk untuk mengikuti sebarang aktiviti kemasyarakatan tetapi tidak sibuk untuk mengikuti kerja sosial yang juga menggunakan wang seperti bergosip, membeli belah, dan sebagainya.
Salam. Saya bersetuju dan sependapat dengan rakan-rakan di atas. Bagi saya, faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa ialah :
BalasPadam1. Kurang peka dan prihatin - ada sesetangah masyarakat yang leka dan tidak mahu mengambil tahu isu semasa yang sedang berlaku. Ini juga berlaku akibat sibuk melakukan aktiviti lain.
2. Kos/kewangan - bagi yang kurang mampu, menyumbang wang untuk kempen mungkin agak berat bagi mereka tetapi ada juga masyarakat yang berkemampuan terlalu berkira dan tidak mahu menyumbang wang kerana mereka merasakan ianya hanya satu pembaziran dan membuang masa.
3. Bahasa - penggunaan bahasa yang tidak difahami dan berbeza dengan bahasa yang digunakan juga merupakan faktor kenapa masyarakat kurang melibatkan diri dalam kempen.
Asalamualaikum encik Syah dan rakan-rakan lain
BalasPadamsaya bersetuju dengan pandangan dan pendapat rakan-rakan sekalian bahawa penglibatan warga Malaysia di dalam kempen-kempen sosial sama ada diperingkat serantau dan antarabangsa disebabkan pelbagai perbezaan dari aspek demografik amnya menjadikan penyebab warga Malaysia tidak berminat menyertai kempen sosial seperti ini.
Selain itu,sikap warga negara ini masih menggamalkan budaya pentingkan diri sendiri atau masih amalkan sijap tidak ambil peduli dalam apa juga perkara yang hanya memikirkan soal kepentinggan diri.Hal ini terjadi mungkin kesibukan dengan aktiviti harian mereka menyebabkan tidaj ada masa untuk menyertai mana-mana kempen yang dianjurkan oleh pihak yang berkewajiban.
sekian terima kasih
Selamat menyambut Aidil Adha dan selamat menempuh peperiksaan akhir,
BalasPadamWalaupun impak kempen-kempen sosial berskala global mungkin boleh dianggap masih baharu di negara kita, tetapi keterbukaan rakyat Malaysia kepada isu-isu sebegini pada pendapat saya sudah mula menunjukkan peningkatan. Mungkin penerimaan dan komitmen rakyat Malaysia banyak dibatasi oleh faktor-faktor seperti kekurangan dana,kedudukan geografi,perbezaan budaya dan sebagainya, tetapi daripada apa yang kita lihat pada paparan media massa jelas penglibatan kita di dalam kempen-kempen sosial ini sudah jauh melebihi tahap signifikan. Malaysia kini makin lantang menyuarakan komitmen dan pendirian mereka tentang isu-isu sosial yang di hadapi masyarakat dunia. Isu Palestin misalnya, Kempen Viva Palestina yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan , Aman Malaysia, diberi sokongan penuh oleh kerajaan, begitu juga sumbangan dari badan-badan korporat dan orang persendirian begitu memberansangkan dan tidak pernah putus-putus. Malaysia juga turut komited kepada isu-isu global dan serantau seperti isu alam sekitar, isu pemerdagangan manusia, isu pendidikan juga isu yang berkaitan dengan kanak-kanak. Sebagai contoh baru-baru ini, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, telah mengasaskan satu pertubuhan yang di anggotai oleh wanita-wanita pertama dari seluruh dunia, di mana mereka bergabung untuk menyuarakan pendapat secara kumulatif dalam memastikan hak untuk beroleh penjagaan dan pendidikan yang berkualiti boleh dikecapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Sebenarnya tidak ada masalah dari segi penerimaan ataupun keengganan untuk memberi komitmen kepada mana-mana kempen sosial di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang penting adalah peranan kerajaan juga media massa untuk menambahkan lagi kepekaan dan kesedaran di kalangan rakyat tentang kempen-kempen sosial yang sedang giat dilaksanakan di sekeliling mereka.
Sekian dan selamat berjuang.
Ahmad Jurie Aliudin
(Pelajar PLUMS/ Program Komunikasi)
(YA2008-1119)
Salam 1 malaysia. Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial diperingkat serauan dan antarabangsa adalah kurangnya pendedahan dan galakan daripada pihak-pihak tertentu untuk menarik minat warga Malaysia melibatkan diri. Selain itu kekangan-kekangan oleh faktor-faktor masalah pengangkutan, kos perbelanjaan yang tinggi dan memerlukan pengorbanan masa menghadkan minat warga Malaysia terhdapat kempen-kempen sosial yang dijalankan. Disamping itu seperti yang dinyatakan rakan yang lain iaitu penggunaan bahasa yang berbeza menyebabkab masalah komunikasi akan wujud dan akan menimbulkan kesulitan kepada warga Malaysia yang kurang fasih menggunakan bahasa antarabangsa.
BalasPadamSalam perpaduan..Saya amat bersetuju dengan apa yang telah diutarakan oleh Siti Mariani..Bagi pendapat saya,faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat antarabangsa adalah sikap sesetengah warga Malaysia itu sendiri yang tidak peka dengan apa yang sedang berlaku.Hal ini berlaku disebabkan oleh kesibukan mereka dengan aktiviti harian. Selain tidak peka dengan apa yang sedang berlaku, keyakinan yang kurang terhadap keberkesanan kempen-kempen sosial tersebut dalam mengubah satu-satu keadaan di samping tidak mampu untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat juga merupakan faktor yang menyebabkan sesetengah warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat antarabangsa. Mereka memperlekehkan kempen-kempen sosial tersebut dan menganggap bahawa kempen-kempen sosial tersebut tidak berkesan dalam mengubah satu-satu keadaan. Di samping itu, mereka juga menganggap bahawa impak positif tidak mampu dijelmakan kepada masyarakat semasa dan selepas kempen dijalankan.
BalasPadamfaktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa
BalasPadam1.tiada masa kerana ada kerja lain
2.tiada minat dalam mengadakan kempen
3.masalah kewangan untuk melaksanakan atau pergerakan semasa kempen
4.mempunyai perasan malu untuk berdepan dengan orang atau masyarakat
5.mementingkan diri sendiri tanpa mengambil peduli keadaan sekeliling
assalamulaikum dan salam sejahtera
BalasPadamEn. Syah dan semua pembaca blog ini,,,,
pada pendapat saya kenapa masyarakat kita masih kurang terlibat dengan sesuatu kempen diperingkat antarabangsa atau global...
1. faktor kewangan.
masyarakat kita tidak mempunyai sumber kewangan dalam menjalankan kempen-kempen di peringkat antarabangsa. kurangnya sokongan dari pihak-pihak yang mampu memberikan sumber kewangan.
2. kurangnya bahan-bahan logistik
disini boleh dikaitkan dengan bahan-bahan yang terlibat dalam perlaksanaan kempen. sukar untuk mendapatkan bahan-bahan yang terlibat dalam kempen.
3. sikap masyarakat yang kurang berminat dalam kempen.
kadang kala masyarakat kita tidak peka dengan apa yang terjadi diluar sana dan mengambil sikap pentingkan diri dan tidak mahu terlibat dengan masalah orang lain. jika ada kesedaran pun memerlukan masa yang panjang untuk menerap nilai-nilai tersebut.
salam,
BalasPadambagi saya, kebanyakan masyarakat yang terdapat di Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen seperti kempen awam adalah disebabkan kerana kurang bersatu dalam menangani sesuatu isu yang masih belum dianggap terlalu kritikal untuk diperjuangkan, atau hanya menunggu orang kenamaan seperti menteri-menteri atau timbalannya untuk menyuarakan isu berkenaan. gaya pemikiran kebanyakan masyarakat buat masa ini di Malaysia hanya lebih mahu mendengar permasalahan ini daripada orang yang mempunyai kuasa dalam bidang-bidang tertentu, dan ada juga pengalaman yang saya alami adalah kempen yang dianjur oleh sekumpulan badan bukan kerajaan dimana segelintir individu yang bercakap
" tak payahlah ikut tu, mau minta derma saja tu, bagus kalau betul-betul tolong orang, silap-silap masuk pocket sendiri"
kepada rakan-rakan atau relatif yang berada dikawasan kempen berkenaan. hal sebegini merupakan antara sebab kenapa kempen sebegini kurang mendapat sokongan segelintir masyarakat Malaysia, disebabkan boikot berkenaan pernah tercetus, maka tidak hairanlah pemikiran segelintir masyarakat di Malaysia hanya mahu mengolotkan fikiran mereka tentang kempen sebegini.
amalan sebegini hendaklah dihakis demi mewujudkan kesedaran awal. pemikiran negatif yang sudah ditanam dalam diri masyarakat sebegini harus dihakis demi kebaikan semua pihak.
sekian.
salam,
BalasPadamuntuk peringkat antara bangsa, kita boleh katakan segala kemudahan media eletronik di Malaysia kurang canggih kerana, isu yang diketengahkan di peringkat antara bangsa biasanya sampai lebih awal daripada Malaysia.
sekian
Assalamualaikum dan salam 1Kampus saya ucapkan kepada En.Syahruddin dan ahli PRCircle yang dihormati sekalian..
BalasPadamSaya berpendapat apakah faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa?
1) Faktor yang pertama ialah masalah kos kewangan dan pihak penaja.Rakyat Malaysia sama orang perseorangan akan hilang minat dalam menjayakan apa jua bentuk kempen jika terpaksa mengeluarkan modal sendiri tanpa mendapat imbalannya.
2) Faktor yang kedua ialah masalah ketiadaan masa lapang untuk menjalankan kegiatan kempen yang dianjurkan. Masyarakat pada masa kini kebanyakannya sibuk mengejar masa dengan mencari wang pendapatan sampingan untuk kehidupan seharian.
3) Faktor yang seterusnya ialah sikap masyarakat kita yang masih terlalu mengharapkan pihak lain yang melaksanakannya. Sikap berpeluk tubuh lebih gemar diambil oleh masyarakat kita dewasa ini. Mereka hanya menunggu pihak lain untuk memulakan sesuatu kempen yang dianjurkan.
Kusmayani Jainudin
YA2008-1143
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
BalasPadamPada pandangan saya antara faktor yang menjadi penyebab rakyat malaysia kurang menglibatkan diri dengan kempen-kempen antarabangsa ialah :
1)masalah kewangan
-seperti umum ketahui,bahawa rata-rata rakyat malaysia hanya berpendapatan rendah.ini telah menyukar rakyat malaysia untuk terlibat dengan kempen sosial antarabangsa.
2)masalah keselamatan
-Dengan melihat situasi dunia sekarang sedang kacau bilau,telah menyebabkan rakyat malaysia takut untuk ke negara lain untuk menghulurkan bantuan.
3)masalah kesedaran yang rendah.
-Rata-rata rakyat malaysia masih kurang kesedaran tentang tanggungjawab sosial mereka setiap insan di dunia.mereka masih berfikir di sempadan kelompok mereka sahaja tanpa memikirkan kelompok luar lain..
saya berpendapat,kerajaan harus memainkan peranan secara agresif dengan memberikan rakyat maklumat=maklumat mengenai aktiviti kempeb sosial di peringkat antarabangsa.usaha ini akan menjadi kan rakyat malaysia mengetahui dan dapat menanam minat masyarakat malaysia akan tanggungjawab sosial mereka.
Selamat Sejahtera,
BalasPadamAntara faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa adalah seperti berikut:
a) Kurangnya didikan untuk mengikuti kempen yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, ibu bapa tidak menjalankan tugas untuk mendidik anak-anak mereka untuk mengikuti kempen sosial yang telah dilaksanakan. Namun begitu, ibu bapa pula sentiasa mementingkan kerjaya mereka sehingga tidak mengikuti kempen sosial yang telah dilancarkan dan seterusnya menyebabkan anak-anak mereka tidak tahu melibatkan diri dalam kempen sosial yang telah dilaksanakan
b) Cara penyampaian kempen adalah tidak berkesan. Sebagai contoh, cara penyampaian mesej kempen kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penduduk yang berada di luar bandar pula tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh organisasi yang melancarkan kempen. Hal ini disebabkan oleh keadaan geografi mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat mengakses maklumat terkini tentang kempen sosial yang dilaksanakan.
c) Organisasi kempen yang melaksanakan kempen sosial secara hangat-hangat tahi ayam juga boleh menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri. Sebagai contoh, kempen yang dilaksanakan adalah secara tidak berterusan. Tambahan pula, pelaksanaan aktiviti kempen sepanjang kempen dilaksanakan tidak berlangsung secara berterusan menyebabkan warga Malaysia berasa tidak mahu mengikuti kempen yang telah dilaksanakan.
d) Pengalaman boleh mempengaruhi tindakan seterusnya. Sevagai contoh, warga yang pernah mengikuti kempen yang tidak menarik perhatian mereka akan menyebabkian mereka mengambil tindakan tidak mengikuti rancangan kempen seterusnya.
Salam sejahtera, saya bersetuju dengan ulasan-ulasan yang diberikan oleh rakan-rakan saya di atas.
BalasPadamPada pendapat saya, terdapat beberapa faktor-faktor yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa. Faktor-faktor adalah seperti:
a) Faktor budaya
Faktor budaya yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau atau antarabangsa kerana pelbagai bangsa mempunyai budaya yang berbeza, malahan pendapat mereka juga tidak sama. Oleh itu, mereka telah berpendapat kempen tersebut adalah tidak mendatangkan faedah kepada mereka malahan telah membangkitkan kemarahan pelbagai kaum kerana berpendapat yang tidak sama.
b) Faktor bahasa
Bahasa merupakan faktor utama yang menyebabkan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen. Hal ini disebabkan sesetengah masyakat tidak faham bahasa yang digunakan dalam kempen tersebut. Jadi, mereka pun tidak melibatkan diri dalam kempen tersebut kerana kurang faham apa kempen yang sedang dilaksanakan.
c) Faktor kos
Hal ini disebabkan terdapat sesetangah kempen yang dilaksanakan hendak membuat bayaran . Oleh itu, terdapat sesetengah masyarakat tidak melibatkan diri dalam kempen tersebut disebabkan tidak mahu membuat bayaran.
d) Faktor kurang peka terhadap kempen sosial yang dijalankan di sekelilingnya
Terdapat sesetengah langsung tidak peduli dengan apa yang telah berlaku dalam sekeliling mereka dan juga tidak tahu apa kempen yang sedang dilaksanakan. Secara langsungnya mereka pun tidak terlibat dalam kempen tersebut kerana kurang prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
e) Faktor kesibukan
Hal ini disebabkan kebanyakan masyarakat sanggup menggunakan masa mereka untuk mengejar kerjayaan dan tidak sanggup mengorbankan sedikit masa untuk melibatkan diri dalam sesuatu kempen. Mereka telah menganggap bahawa masa merupakan emas dan mereka tidak sanggup melepas peluang tersebut. Jadi, masyarakat yang sibuk mengejar kewangan kurang melibatkan diri dalam sesuatu kempen.
Secara kesimpulannya, faktor-faktor yang dinyatakan di atas merupakan pendapat saya terhadap zaman reality sekarang bahawa kebanyakan warga Malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa.
Salam 1 Malaysia untuk semua,
BalasPadamPada pendapat saya, antara faktor-faktor yang menyebabkan warga malaysia kurang melibatkan diri dalam kempen-kempen sosial di peringkat serantau dan antarabangsa adalah kerana faktor budaya, bahasa dan pendapat yang selalu bercanggah di kalangan pelaksana-pelaksana kempen atau mana-mana pihak yang terlibat samaada kempen tersebut dijalankan di negara serantau atau di peringkat antarabangsa. Selain dari itu, isu ini juga dapat dilihat dari faktor lain, iaitu disebabkan sesetengah pelaksana kempen sosial tidak berminat kepada sesuatu kempen yang tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka. Pada masa yang sama juga, kempen sosial, biasanya tidak menarik perhatian kepada sesetengah pihak yang terlibata seperti bandan-badan koporat, badan berkanun yang mempunyai kepentingan untuk mendapatkan tajaan atau pembiayaan untuk melaksanakan kempen sosial mereka. Berdasarkan keadaan ini, jika kita teliti, tanpa keuntungan dan pembiayaan bagaimana sesebuah kempen itu dapat dilaksanakan ke peringkat antarabangsa kerana dari segi kos perbelanjaannya sudah tentu terlalu tinggi yang mungkin melibatkan ribuan atau jutaan ringgit.
Disamping itu, kurangnya pendedahan awal terhadap sesuatu kempen sosial di kalangan masyarakat juga menjadi satu faktor mengapa kurangnya penglibatan masyarakat terhadap kempen ini, hal ini adalah kerana masyarakat kurang faham dan yakin apa sebenarnya mesej yang disampaikan dalam kempen berkenaan dan mungkin mereka beranggapan bahawa kempen tersebut tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka. Faktor peraturan yang ketat yang diamalkan di sesetengah negara juga merupakan salah satu faktor kurangnya penglibatan, masyarakat terhadap sesuatu kempen sosial, sebagai contoh, kempen bantuan kemanusiaan di Gaza, di mana peraturan yang ketat yang diamalkan oleh negara Israel dan resiko bahaya untuk menghantar bantuan kemanusiaan di sana, menyebabkan mengapa masyarakat kurang memberi perhatian dan melibatkan diri kepada kempen ini.Adakalanya, masyarakat terlalu mengejar kemewahan dan kejayaan mereka hingga mereka tidak sanggup atau tidak menghiraukan sedikit masa untuk melibatkan diri dalam sesuatu kempen sosial kerana masalah kesibukan.
Tidak dinafikan bahawa kurangnya penglibatan masyarakat terhadap kempen sosial ini adalah kerana beberapa faktor yang telah dijelaskan di atas. Oleh itu kesedaran perlulah dipertingkatkan di kalangan masyarakat agar lebih ramai yang faham dan menyertai kempen sosial di masa akan datang.
sekian