Pages

Isnin, 1 November 2010

PIT STOP DISKUSI 4 [AK30903]: Imej wanita dan kanak-kanak dalam iklan


Imej wanita dan kanak-kanak seringkali mendapat perhatian pengiklan terutama untuk meningkatkan daya saing pengeluar produk/penyedia perkhidmatan. Hal ini dilakukan dengan cara menyelitkan elemen-elemen human interest dalam iklan masing-masing. Bagi imej wanita, daya tarikan memfokus kepada prospek pelanggan/pengguna lelaki. Elemen kecantikan, kelembutan dan seksual dijadikan sebagai sandaran kepada pengiklan bagi menarik perhatian audien iklan walaupun produk/perkhidmatan yang diiklankan tidak berkaitan langsung dengan wanita dan kewanitaan. Demikianlah juga dengan imej kanak-kanak yang lazimnya dimanipulasi khusus untuk menarik perhatian ibubapa/penjaga kanak-kanak agar tertarik atau secara 'terpaksa' memberikan perhatian kepada iklan berkenaan. Kedua-dua subjek iklan ini boleh digunakan mengikut tujuan dan jenis produk/perkhidmatan yang diiklankan. Sebaliknya, pengiklan menggunakan kedua-dua subjek sebagai 'agen penarik' perhatian audien iklan tertentu.

8 ulasan:

  1. Seperti apa yang telah kita bincangkan dalam kuliah 9 mengenai cara penampilan wanita dan kanak-kanak dalam iklan adalah kurang beretika.
    Tidak boleh dinafikan sumbangan kecantikan paras rupa dan bentuk badan wanita serta kecomelan dan kenaifan kanak-kanak dalam iklan sehingga dapat menarik perhatian penonton secara berkesan.
    Persaingan yang sengit antara pengeluar produk dan juga pengiklan menyebabkan cabaran untuk menghasilkan satu iklan yang berupaya untuk menarik minat serta perhatian penonton semakin sukar. Penonton didedahkan kepada ratusan iklan setiap hari dan kemungkinan untuk mengelakkan diri daripada menonton iklan yang mereka rasa bosan atau tidak menarik adalah tinggi.
    Penonton yang berasa bosan terhadap sesuatu iklan mungkin akan bertukar saluran televisyen ataupun melakukan benda lain semasa iklan disiarkan seperti sms, berbual dan pergi ke bilik air.
    Jadi, iklan yang berunsurkan human interest ini memainkan peranan penting untuk menarik perhatian penonton untuk mengetahui isi kandungan ( produk atau perkhidmatan apa yang hendak dipromosikan) dalam sesuatu iklan tersebut.

    BalasPadam
  2. Wanita dan kanak-kanak sering digunakan dalam imej iklan kerana kedua-dua golongan ini mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik golongan-golongan tertentu seperti lelaki atau ibu bapa. Hal ini demikian kerana wanita mempunyai ciri kelembutan dan kecantikan semula jadi yang mampu menarik perhatian lelaki, manakala kanak-kanak pula sejak azali lagi “kecomelan” nya wujud sehingga ia mampu menarik perhatian orang. Oleh itu kedua-dua golongan ini sering dijadikan sebagai agen penarik.

    BalasPadam
  3. masyarakat lebih berminat dan tertarik untuk melihat imej wanita kerana ianya membawa kepada simbol sex dan hiburan berbanding kepada isu yang berkisarkan kepada seperti pembangunan,alam sekitar,kerjaya dan sebagainya.sudah lumrah manusia yang gemar untuk melihat imej yang menonjolkan unsur seksual,sex,dan seksi yang bertentangan dengan nilai-nilai norma dan budaya Malaysia. sebagai contohnya, majalah Playboy terbitan dr Eropah yang membentuk idea dan pemikiran golongan lelaki bahawa wanita bukan sahaja sebagai imej tetapi melihat kepada wanita sebagai objek seksual.

    BalasPadam
  4. other critics pointed out that today's women's magazines tend to be just as sexy as men's magazines.in fact it is often difficult to tell which one is the men's section ends and the women's section begins.both magazines used to feature barely clothed model with sexy appearance and cover lines about the sexual topics. the Wal-Mart is an American public corporation that runs a chain of large discount department stores and a chain of warehouse stores announced that it would stop selling there men's magazines,they are Maxim, Stuff and FHM because they used the sexual topics in their cover lines.

    BalasPadam
  5. Ya,benar apa yang di ulas oleh saudari Hong. Sememangnya menjadi kelaziman kepada pengiklan untuk memaparkan wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai jenis iklan produk dan perkhidmatan. Namun, harus dititik beratkan ialah isu etika dan sensitiviti agar maruah dan martabat wanita tidak jatuh lebih-lebih lagi di negara kita yang tercinta ini. Iklan yang memaparkan kanak-kanak juga harus direka dengan kreatif dan menarik agar unsur malu di kemudaian hari, unsur hiperaktif, obesiti dapat dielakkan semasa merancang penghasilan suatu iklan.

    BalasPadam
  6. dalam memaparkan wanita dalam iklan, seharusnya wanita tidak hanya dijadikan sebagai bahan untuk menjadikan iklan agar dapat menarik minat lawan gender mereka iaitu golongan lelaki. banyk iklan yang ditayangkan di majalah dan papan iklan yang menggunakan wanita bagi produk yang tidak berkaitan dengan wanita seperti iklan tayar kereta dan iklan minyak pelincir kenderaan. wanita tersebut juga ditonjolkan dengan imej yang seksi. dalam mengiklankan produk, firma juga harus mematuhi etika dan mengikut garis panduan yang disediakan dan tidak suka-suka untuk menjadikan wanita sebai pelaris kepada produk mereka.

    BalasPadam
  7. iklan yang menggunakan kanak-kanak sebagai 'imej penarik' dalam iklan mereka antaranya adalah iklan makanan segera (KFC dan McD), iklan produk di dapur (sabun pencuci, alat eletrik dan barangan kelengkapan rumah), iklan minuman kesihatan kanak-kanak (vitagen, ribena, scoot imulsion)iklan barangan bayi (lampin pakai buang, lotion dan pelembab badan). kanak-kanak sering ditonjolkan sebagai individu yang comel,riang, penyeri keluarga, aktif dan mudah merajuk. dengan itu,imej-imej yang kerap diketengahkan di media ini menjadi daya penarik iklan kerana ibu bapa terutamanya (yang menjadi sasaran iklan) lebih cenderung untuk tertarik meggunakan produk yang akan membuat anak-anaknya sihat dan aktif seperti apa yang diiklankan.

    BalasPadam
  8. Wanita banyak digunakan dalam iklan majalah dan televisyen sebagai objek seks, suri rumah dan ibu. Wanita kurang digambarkan sebagai individu yang bekerja di luar rumah berbanding lelaki. Dalam iklan juga, wanita sering ditunjukkan secara tipikal di mana mereka sentiasa mengurus bahagian dapur rumah, tandas dan bilik mandi (cth: iklan sabun pencuci dan pencuci tandas). Terdapat juga iklan yang memaparkan wanita ini sebagai individu yang kerap bergantung pada lelaki (cth : iklan mr.muscle dan harpic)

    BalasPadam