Pages

Isnin, 1 November 2010

PIT STOP DISKUSI 5 [AK30903]: Penarikan Semula Produk dari pasaran


Usaha pihak pengeluar produk untuk menarik semula satu-satu produk keluar dari pasaran dilakukan khusus untuk mengelakkan kemudaratan di pihak pengguna akibat penggunaan produk yang bermasalah. Sungguhpun begitu, terdapat kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh pihak pengeluar produk untuk menarik semula produk dari pasaran, membaikpulih produk [jika masih boleh dipulihkan], membayar pampasan kepada pengguna yang mendapat musibah dan melakukan kerja-kerja perhubungan awam untuk mem'bersih'kan imej-reputasi organisasi pengeluar produk berkenaan di mata dan hati khalayaknya. Pada pendapat anda, apakah kebaikan dan keburukan yang diterima oleh pengguna dan pengeluar produk kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran?

7 ulasan:

  1. Benefits received by consumers due to the product recall of course users will be safe from the harmful product. The disadvantages, the user may be less trust in the product and likely users will receive a case of traumatic effects of the product recall.
    Advantages gained by products producer to product recall is of course keep the image, reducing the suit, prevents the company being wound up. Drawback, manufacturers will suffer losses that are very high and take time to restore public confidence.

    BalasPadam
  2. Kebaikan kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran;
    Aspek pengguna:
    Sesetengah pengguna mungkin akan berasa perbuatan pengeluar untuk menarik semula produk yang mempunyai masalah adalah bertanggungjawab dan keselamatan menggunakan produk terjamin. Mereka akan terus menyokong produk tersebut malah kepercayaan terhadap produk akan bertambah.
    Aspek pengeluar produk:
    Pengeluar dapat mengelakkan diri daripada disaman. Jika pengeluar tidak melakukan penarikan semula produk yang bermasalah dan mengakibatkan kecederaan dalam kalangan pengguna, pengeluar produk akan disaman dan perlu membayar ganti rugi yang lebih tinggi berbanding kos penarikan semula poroduk.
    Manakala keburukan kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran;
    Aspek pengguna:
    Sesetengah pengguna akan hilang keyakinan terhadap kualiti produk tersebut dan menukar kepada pengeluar produk yang lain.
    Aspek pengeluar produk:
    Imej/ reputasi pengeluar produk akan terjejas

    BalasPadam
  3. kebaikan dan keburukan yang diterima oleh pengguna dan pengeluar produk kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran

    kebaikan kepada pengguna: mengurangkan risiko berlakunya sebarang kesan daripada penggunaan barangan/produk yang sudah disahkan tidak selamat digunakan kerana terdapat kerosakan tarhadap produk (barangan)/unsur asing (produk makanan dan ubat-ubatan)

    keburukan kepada pengguna: ragu-ragu untuk menggunakan produk lain yang dikeluarkan oleh pengeluar yang sama.keraguan dan trauma akn leih tinggi jika pengguna itu sudah menerima kesannya sebelum penarikan produk dibuat.

    kebaikan kepada pengeluar:menunjukkan tanggungjawab pengeluar terhadap kesilapan dalam produk mereka.

    keburukan kepada pengeluar: memerlukan kos lain untuk membaiki kerosakan dan memulihkan semula reputasi syarikat untuk mengembalikan keyakinan pengguna mereka.

    BalasPadam
  4. Nama : Julianus @ Azizul Rahman
    No. Matrix: YA 2007-7551
    On The Move…. Straight Foward…..
    To Master your Mind,

    Pro dan Kontra bagi kebaikan kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran melalui kaca perspektif pengguna:

    Keprihatinan segenap lapisan sesetengah pengguna berkemungkinan ia akan berasa perbuatan pengeluar untuk menarik semula produk yang mempunyai masalah adalahmerupakan suatu tindakan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan kepengunaan produk itu lebih terjamin. Lantaran itu,mereka dipercayai akan terus memberi sokongan berdasarkan kepekaan mereka malah kepercayaan terhadap produk sesuatu produk itu akan bertambah lebih baik
    .
    2. Di dalam aspek pengeluar produk:para pengeluar berjaya mengelakkan diri daripada sebarang tindakan perundangan berkaitan,.tetapi jika pengeluar tidak melakukan penarikan semula produk yang bermasalah itu, sudah pasti ia akan mengakibatkan sesuatu yang memudaratkan di kalangan para pengguna,. dalam pada itu, pengeluar produk pula akan berhadapan dengan suatu tindakan atau disaman serta perlu membayar ganti rugi yang lebih tinggi berbanding kos penarikan semula poroduk.
    Manakala keburukan kesan daripada penarikan semula produk dari pasaran;daripada perspektif pengguna akan menjadi kepastian menerima kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kualiti produk tersebut dan beralih kepada pengeluar produk yang lain, menyebabkan imej/reputasi terjejas dan menjunam mendadak.
    Kesimpulannya, Pengeluar Produk akan mengalami kerugian
    Analitikal Kan…kan…kan…..


    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  5. Manufacturers use many controls to make sure that the products they produce are
    safe. Sometimes, for many different reasons, a product may be manufactured and sold
    which may make some people ill or injure them, or is in violation of the legislation.
    When an unsafe or violative product has left the control of the manufacturer, it must
    be removed from the market. Not all violations imply a recall. This process of removing
    the product is called a “ product recall”. If your firm has imported a product that is unsafe or violative and you have sold the product to someone else, you must recall the product.
    Product Recall have many benefit to the organizations or manufacturer such as :
    1) It will avoid the consumers from get injured or ill from using that product.
    2) The consumer will build their mind to trust the organizations or manufacturer again from their honest.
    But 'product recall' will also give the deterioration to the organizations or manufacturer like:
    1) It will caused analytical loss like Julianus said.
    2) Consumer will have bad perception to the organizations and manufacturer and do not trust the brand again in the future.

    BalasPadam
  6. Jika dilihat dari aspek pengeluar, keburukan yang mereka alami adalah reputasi dan imej mereka akan jatuh, malah mereka terpaksa menghadapi kerugian kos yang agak tinggi kerana mereka telah mengeluarkan kos yang tinggi dalam proses pembikinan produk tambah-tambah lagi mereka perlu mengeluarkan kos untuk menarik balik produk mereka. Namun jika dilihat kebaikan yang mereka hadapi adalah kepercayaan publik terhadap mereka mungkin masih ada kerana masih ada nilai tanggungjawab mereka terhadap publik.

    BalasPadam
  7. From consumer side, they will seek compensation commensurate with the losses they are facing. Sometimes, damages are awarded double from actual price. But consumers are not getting the desired product.

    BalasPadam